.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Berehat Sebentar, Berhenti Seketika...

Bismillah...

Alhamdulillah syukur kepadaNya, selawat dan salam buat kekasihNya, Muhammad Rasulullah.

Buat makluman, perkongsian di Wadi al Qurra' mungkin akan terhenti seketika dalam jangka masa seminggu, ana pulang bercuti bertemu mata dengan keluarga tercinta...:)

Sebenarnya tak perlu diumumkan pun takpa, tapi rasanya ana menggalas tggungjawab utk menerang, kalau dtg pengunjung tp tiada bicara2 yg baru, sedikit sebanyak mungkin mengecewakan. Kita menulis kerana Allah, kerana jalan dakwah dan islah...mgkin juga pengunjung tidak peduli lansung posting disini, tp tetap jua ana rasa bersalah jika tidak menerang begini...tanggungjawab bila kita sudah mantap utk berbuat sesuatu...maka peganglah ia seteguh teguhnya...insyaAllah


Teringat pula kata2 Badiuzzaman Said Nursi :

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."


Semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi, oh ya, sebenarnya sehari dua ini ana dibekalkan dengan satu keyakinan yg amat teguh, benarlah janji2 Allah...Dia tidak akan menghampakan hambaNya, hanya perlu utk kita pasakkan keyakinan dan keteguhan dalam keimanan kita kepadaNya, YAKIN lah!...dan itulah yg ana lakukan, sedayanya meletakkan keyakinan kepadaNya!

Sessungguhnya Dia telah menunjukkan yg keyakinan itu berbalas, kerana itulah janjiNya kepada seluruh hambanya, apa yg diberi beraliran, sejalan dengan apa yg ana pinta dan mohon...petunjuk2nya diberi sedikit demi sedikit, dan keyakinan juga datang dariNya membuat diri tetap teguh dengan JANJI2 itu...betapa kasihnya Yang Maha Kuasa itu kepada hamba2Nya!

Yang haq tetap ditempatnya, yang batil tetap ditempatnya...BENARLAH!...BENARLAH!...BENARLAH!...


Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "

HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah


Maksud firman Allah SWT :
" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "

Ghafir : 60

Maksud firman Allah SWT :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Al-Baqarah: 214

Benarlah segala galanya!...keyakinan hambaNya tak kan dipersia sama sekali kerana itu janjinya...Maafkan ana kerana bermonolog sendiri, maaf membuat QURRA' sekalian terpaksa membaca bicara sebegini...tetapi teman ana pasti akan sepenuhnya faham monolog ini, tidak pastilah sempat atau tidak teman membuka laman ini, tetapi pasti akan difahaminya...:)...syukran kepada teman...ana undur dulu...ilalliqo..

0 comments: