.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

PPSMI

Bismillah...

Alhamdulillah...sedikit kesempatan ini dapat ana gunakan untuk memetik metik jari di papan kekunci laptop kesayangan. Modal kali ini adalah PPSMI yang famous itu, maka ana mahu menumpang ke'famous'an PPSMI dengan menulis diruangan ini. Izinkan...

PPSMI atau pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah satu isu nasional yang tidak kunjung tiba penyelesaiannya setakat ini. Tidak adakah penyeselaian segera? ini soal anak maruah, budaya dan bangsa. Ana dipihak mana? pastinya ana mahu berada dipihak yang haq!...pihak manakah yang benar?...pihak yang benar itulah yang benar...^_^

Jika kita perhatikan isu ini, kerajaan menjayakan program ini dengan harapan Malaysia amnya dan bangsa Melayu khususnya akan berjaya dipersada dunia, kata mereka dunia globalisasi sekarang ini memerlukan bahasa inggeris untuk diterokai. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris maka, akan mundurlah anak2 bangsa...betulkah begitu?

Tujuan mereka itu tiada salahnya, memajukan anak bangsa, tetapi caranya tu nampaknya kurang betul, apakah anak2 yang baru setahun jagung itu mahu dilumat cukup2 dengan bahasa asing?...ummi ana sendiri terlibat sebagai salah seorang tenaga pengajar bagi program ini, komennya?..=)..bolehlah ana konklusikan PPSMI ini perlu dimansuhkan segera.

Mahu memajukan anak bangsa tidak semestinya dengan bahasa inggeris!...lihat sahaja negara2 maju seperti Jepun, Perancis, German, dan lain2...apakah mereka mengamalkan PPSMI?...mereka maju dengan berpijak dibumi sendiri, tidak perlu meng'asing' sistem ataupun bahasa. Kenapa kita pula yang terhegeh2 tanpa diundang mahu menjayakan apa yang dinamakan PPSMI itu?

Majukanlah bangsa kita dengan jati diri sendiri, ana bukan anti bahasa inggeris, tidak salah mempelajarinya dan menggunakannya. Apa yang ana tidak kemahuan adalah program PPSMI itu, tidak kena pada tempatnya ana kira. Jika mahu juga ia dijalankan, boleh dibincangkan langkah2 pengubahsuaiannya. Mungkin diajar di sekolah menengah...mungkin juga di universiti ataupun apa sahaja caranya agar PPSMI yang ada sekarang ini berubah wajahnya. InsyaAllah boleh dibincangkan bersama.

0 comments: