.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

MMU Awards - Satu Penilaian

Bismillah...

Segala puji dan syukur dirafa'kan buat ilahi, yang mana haknya wajib dipenuhi, selawat dan salam buat junjungan mulia, jangan sombong jangan malas kelak siapa yang rugi.

Mulanya ana mahu tuliskan satu artikel, sesuai dgn permintaan seorang dua sahabat...tp ana tangguh dulu kali ini oleh satu sebab. Asbabnya apa?...begini sirahnya, sesuai dengan tajuk di atas, mulanya ada yang mengajak turut serta, ana kata takpelah, ada kerja...memangnya ana tak tipu, kerjanya mmg ada dan nyata. Tapi, pagi sabtu, setelah selesai ujian MUET, err...baru ambil MUET?...ya benar, ana baru ambil, itupun kerana syarat nak grad nanti kena ada MUET...ish, awal2 tak mahu ambil!

Sambung2, masa ujian tu terperasan ramai juga sahabat Usrah yang ambil sama, jd...ana ada geng!...Hazwan amir Institusi Usrah pun ada, maka dia kata, abang zul tak p MMU Awards ke?...ana fikir, nanti petang confirmkan balik. Alih2 balik lepas ujian MUET tu ana tidur, tgk2 aja dah banyak miskol dari Hazwan yang hensem tu, maaf ye wan, terimalah pujian ikhlas tu...ehehe

Mulanya ana bagitahu, confirm taknak g, tp masa tu tengah tak buat apa sgt, ana fikir lagi, mmg fatrah sekarang ana perlu duduk2 dengan sahabat..ana perlu, bukan apa, mahu cari ketenangan sikit, sambilnya eratkan ukhwah yang pasti!...insyaAllah ya sahabat!...ana call balik, bgtau confirm ana pergi, nasib baik tak diganti lg tempat ana dengan org lain...huhu...dan itulah asbabnya ana sampai ke MMU Awards kali ni (Last minute lagi buat keputusan...isk!)

Ok, kita teruskan dengan MMU Awards...kami pergi kali ini mewakili Institusi Usrah MMU Melaka, yang mana di reserved kan sudah 2 meja, satu muslimin satu muslimat. Oh ya...lupa pula, majlis kali ni di adakan di Grand Hall MMU Cyberjaya...ini ana mahu lakarkan rasa tak puas hati yang membara, dah lama pendam, ehehe...Grand Hall MMU Cyberjaya tu mmg ana x puas hati sbb mmg grand betul...banding kami kat Melaka, isk...dah la luas dan besar MMU cyber...ini tak adil!...lama da tak puas hati ngan MMU cyber ni...huk2

Sebenarnya, MMU Awards ini adalah majlis yang diadakan secara tahunan, bagi mengiktiraf kelab2 dan individu2 yang menyumbang dalam pelbagai bentuk, Institusi Usrah juga tak terlepas dari menerima pencalonan, tapi kali ini, nasib tidak menyebelahi kami di pihak IU, tidak seperti tahun2 sudah, kali ini tiada awards yang kami gondol, tetapi kami dapat sesuatu yang lebih besar dari itu...apa dia?...tarbiyyah dari Allah supaya lebih maju lagi!...bukan maju bagi merebut anugerah2 tapi maju mengerakkan sistem2 yang ada supaya cita2 kami boleh direalisasi, KE'IZZAHAN ISLAM!...semoga Allah mempermudahkan jalan ini.

Usah difikir sangat anugerah itu, bak kata Hazwan...no heart feeling, walaupun feeling tu ada..ehehe...tp usah terbawa sangat, pasti ada hikmahnya Allah aturkan begini, kini tinggal kita mahu mengkaji apa silapnya, dan sama2 kita terus maju ke depan!...terus juang sahabat!...menang kalah adat perjuangan, ambillah ini sebagai titik tolak kita meneruskan usaha, insyaAllah, Allah itu dekat!

Sebenarnya soal MMU Awards, ni...memang hebat, grand!...tp bg sesiapa yang sudah biasa turut serta pasti tahu apa isunya majlis ini, tak mahu ana bicara2 soal itu, tp harapnya selepas ini perjalanannya berubah menurut landasan yang diredhaiNya, jadi tak perlu kami menundukkan pandangan sepanjang masa, dan tak perlu ana ulang alik ke tandas setiap kali persembahan selingan, ish...Allah saja yang tahu...moga berubah...moga berubah...USAHA!!!

Alhamdulillah, macam biasa, kalau ke cyber, dapatlah ketemu sahabat yang lama tak jumpa, sahabat Institusi Usrah Cyber dan lain2, alhamdulillah kita punya ruang ketemu, dan harapnya kita ketemu lg dilain masa...biiznillah! Oh ya...pada yang dapat awards malam tu, tahniah ya, kalian mmg berhak dengan anugerah tu atas usaha kalian yang keras...tak lupa buat abang aizam yang dapat anugerah individual, Golden Achievement...subhanallah!...bukan mudah!...ucap syukur padaNya!...mabruk 'alayk ya akhi!

Rasanya itu saja ana update buat kali ni, seterusnya macam biasa, update2 macam ni ana sertakan juga gambar untuk tatapan, tp kali ni tak dapat ambil banyak, bateri HP kong...lupa nak charge...uhuh, jadi byk la agenda yg x sempat dirakam...tapi takpa, banyak rasanya kamera malam tu, pasti ada yg rajin update nnti kan...:)



( Antara saguhati comel yang free2 je dapat...korang dapat x?...ada yg tak...ana tau2..eheh )


( Zul wadiqurra' )

( Antara wakil IU dari kalangan muslimin, belakang tu wakil IU dari muslimat )



( Antara juadah malam tu, alhamdulillah sedap juga )

( Zulhairi dengan Hazwan yang hensem - Zulfazlizan mesti jeles sebab x promote dia, sapa suh dia join geng acheh - Zulfaz suruh promote dia kat blog, sshh...jgn btau dia! )





(Bertuah la sapa duk sebelah ana, selalu masuk gambar )


p/s : Agak kecewa tahun ni x dapat ikut serta ke pesta buku, sudah rancang nak g hari ahad, tp balik semalam penat sgt...sampai pukul 3 pagi, lepas subuh baru tidur, takut x bangun ja kalau tidur 3 pg tu, penat, hari sebelumnya tidur 2 jam ja...uhu...apa pun harap buku yang dipesan tu dapat juga!...ruginya xdapat g!...ehe

Ku Bakar Cinta Itu!

Bismillah...

Syukur alhamdulillah kepada Rabbul 'Izzah yang tinggiNya tidak mungkin digapai, muliaNya membuat kita hina, kasihNya membuat kita bahagia...Dialah tuhan yang mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata. Selawat dan salam buat insan mulia penghulu umat, bersih pekertinya membuat kita kotor, lembut tingkahNya membuat kita kasar...Muhammad Rasulullah penunjuk jalan.

Maksud firman Allah SWT :
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)"
al Baqarah : 165

Dalam fatrah ini, tarbiyah dariNya datang menduga ku, aku bukan mahu lari dari menghadapi, tapi sekali lagi aku menulis bagi meredakan hati sendiri. Juga aku menulis kerana memenuhi hajat seorang sahabat agar aku mencoretkan perihal yang bakal ku lakar di sini nanti. Pastinya aku bukan insan terbaik bagi bicara soal ini, tapi mahu atau tidak aku telah pilih jalan ini, kenapa mahu aku mengelak sedangkan aku mampu berusaha. Ah, maafkanku kerana aku ber 'Aku' kali ini. Ini kerana aku mahu bicara dan menyentuh hati sendiri, hati kalian aku tak tahu mampu disentuh atau tidak tapi tolong fahamkan apa ini yang mahu aku sampaikan, moga kalian mendapat manfaat dariNya.

Maksud firman Allah SWT :
" Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang mereka selalu kerjakan"
al-An'am : 43

Wahai QURRA' sekalian umumnya dan diri sendiri khususnya, ayat2 Allah itu tidak sekali pernah berdusta, walau setitik mahu sedetik, tidak pernah dan tidak akan ada keraguan padanya, kalau pernah kalian sekali meraguinya, maka pantaslah kalian ke nerakaNya jika tiada disusuli dengan taubat kepadaNya. Maka benar sekali jangan di ragu lagi ayat yang aku sertakan di atas itu, kamu merasa kerjamu baik, kelakuanmu santun, pekertimu indah...sangkaan mu itu disekalikan dengan hati yg keras lagi kaku, tidak mahu mendengar bicara kebenaran, mencintai kebatilan mahupun nyata...maka itu aku berani katakan yang syaitan telahpun menjadi teman rapatmu sehingga kamu lupa sahabat sebenarmu disisi.

Sesungguhnya apa yang mampu menjadikan semua ini nyata, satunya adalah CINTA, cinta yang dimanipulasi kebobrokan hati yang punah dan koyak akibat kebejatan diri mempercayai tipu daya syaitan laknatullah. Dusta itu kamu terima mentah2 kerna mengagungkan CINTA PALSU yang dilandasi nafsu menggila, membuat kamu lupa yang mana nyata yang mana dusta. Dan ingatlah wahai diri2 yang dhoif, sekali kamu terperangkap, payah sungguh mahu keluar...yang dusta itu kamu usahakan menjadi nyata, yang sebelum ini kamu mampu dengan terang melihatnya sebagai satu kesilapan, tetapi setelah kamu masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, matamu BUTA mengiakan DUSTA. Nah!...kamu sudah angguk pada SYAITAN dan kamu geleng pada PENCIPTA!

Apa kamu tidak menyedari, tingkah hinamu itu telah merobek kasih antaramu dengan PENCIPTA, dengan sahabat sejati, dengan rakan taulan, dengan keluarga?...apa kalian merasa CINTA DUSTA dengan si LELAKI ATAU WANITA IDAMAN itu mampu membawa kalian ke syurga?...aku mahu bicara kali ini, syurga dunia pun kalian boleh terlepas jika CINTA DUSTA itu yang kalian kejar! Perlu aku ingatkan aku bicara soal CINTA YANG DUSTA, bukan cinta yang berlandas keimanan dan ketaqwaan padaNya, itu perkara lain!

Aku mahu tanya lagi, apakah dengan tingkahmu bergayut siang malam membakar duit makanmu yang di cucuri penat lelah dan titik peluh orang tuamu yang tidak tahu bila mahu pulang kesisiNya itu, adakah itu suatu perkara mulia?...aku tanya!...adakah dengan tingkah 'MULIA' itu kamu mampu meruntun hati sang pencipta membantu hubungan CINTA DUSTAMU dengan membiarkan kamu bersatu akhirnya?...apa kamu ingat yang Maha Kuasa itu seperti kamu?...apa kamu ingat DIA senang saja mahu membiarkan begitu?...apa kamu ingat DIA redhakan saja tingkah kejimu?...apa kamu fikirkan semua ini, atau mungkinkah kamu sudah lupa adanya PENCIPTA setelah dibuai nafsu dan angan kosongmu yg dibelenggu syaitan laknatullah???

Aku mahu teruskan, sudah mahu berhenti membaca?...sudah terasa ada api yang membakar bakar hatimu marahkan bicaraku?...aku tidak peduli!...aku memangnya mahu bakar CINTA DUSTAMU dengan api panas merejam, merejam sifat angkuhmu yg menolak yang haq dan menyangjung yang batil, aku mahu bakar sifat egomu, aku mahu kamu terbakar hari ini kerana aku sayang kamu kerana Allah!...ini aku lanjutkan bertanya, pernah atau tidak kamu sedari, hati2 sahabat disisi, yang sayangnya kepadamu dengan sebenar benar cinta dan kasih...sedayanya mereka cuba membantumu, menasihatimu...tapi kamu tetap dengan nafsu gelojoh menolak saja bicara mereka, mengguris dan merobek hati2 sahabat yg selama ini siang dan malam mendoakan kesejahteraanmu...kamu lakukan ini hanya kerana SI DIA yang kamu cintai dengan diwalikan syaitan laknatullah...renungkan wahai sahabat...

Tidak terasa lagi aku mahu sejukkan keadaan, maka aku bakar lagi!...apakah kalian ingat CINTA DUSTA itu kekal abadi sehingga akhir?...apa kalian gembira sungguh setiap kali SMS dari si dia tiba?...apa kalian seronok benar setiap kali si dia menghubungi?...apa kalian suka benar menatap wajah si dia pujaan?...aku mahu igtkan...pernah kalian terfikir...suatu ketika, SMS dari si dia tidak lagi menjelma...panggilan dan suara si dia tidak lagi kalian dengari, wajah si dia jadi kenangan cuma...ini yang aku mahu igtkan, ia tidak abadi!...si dia itu pastinya tidak KEKAL ABADI! cinta DUSTA itu juga kalian jgn sangka indahnya sampai ke petang...mana kalian tahu badai dan petir melanda nanti?...ah mudah saja bagi Sang PENCIPTA...DIA sebut saja 'KUN FAYAKUN'!!...maka hancur leburlah cita dan anganmu, tidak kemana...hanya pilu menyeliputi diri...sedarlah wahai sahabat...

Aku sedih dan kecewa jika sahabat masih lg mahu terus dengan CINTA DUSTA itu, aku sedih jika kalian tidak faham bicaraku, aku tahu hidayah itu milikNya...tapi aku tetap sedih aku tidak mampu menyentuh hati sahabat...aku sayang semua kerana Allah!...aku mohon dengan sangat, tolonglah...jangan lagi menongkah kebenaran, demi Allah aku minta ini bukan untuk diriku saja, bahkan untuk diri kalian, taatlah padaNya, bercintalah kamu mengikut syariatNya, agar mudah mudahan DIA berkenan membantu CINTA kita hingga ke syurga sana...mudah mudahan sahabat...ameen ya Allah!

“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"
al-Syams : 7-10

Cukuplah setakat ini hati2 kita diperdaya oleh syaitan laknatullah dengan menghiasi kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga tampaknya indah belaka, membuat kita ragu dalam menilai yang mana benar dan yang mana palsu, sungguh!...jika diselami betul2, maka pasti....biiznillah, akan terlihatlah kesesatan yang nyata itu...aku pohon sahabat, MUHASABAH kembali sebelum DIA menyungkurkan kita ke dasar!...sesal di waktu itu, hanya ratapan saja yang mampu, aku undur dulu...

IU Dinner - A Night To Unite

Bismillah...

Alhamdulillah...dengan nikmatnya masih lagi kita disini, ucap syukur ungkap puji, semua milikNya, selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah.

Kali ini, update sekadar mahu mengalihkan fokus ana dari sesuatu dan berkongsi berkenaan Dinner Institusi Usrah yang telahpun selesai pada Ahad lepas, 19 April 2009. Dengan tema yang menarik, A Night To Unite - Bridging Ukhwah In One Night. Dinner kali ini alhamdulillah dengan izinnya telah sedikit sebanyak memperakui dan meraikan ahli2 yang telah berpenat lelah mencurah bakti dan tenaga buat kelestarian perjalanan Institusi Usrah MMU Melaka.

Dengan pakaian ala tradisional dan kekampungan yang telah dijadikan tema persalinan dinner kali ini, maka, agak menarik perhatian juga melihat mereka2 ini berkain pelikat masuk ke Avillion Legacy Hotel, tapi bukan ana, ana tidak ikut tema, mcm biasa, buat cara sendiri, pakai saja yg rasa berkenan.

Majlis di serikan dengan aturcara2 yang menarik seperti nasyid, permainan, kuiz, lakonan dan pastinya yang paling menarik adalah makanan!...Kali ini, asam pedas pun ada sekali dalam menu, tradsional la katakan, sedap juga, dan lain2 menu, usah cerita, ana tak ingat. Yang menarik perhatian dalam banyak2 atucara itu adalah lakonan yang mengisahkan seorang pemuda kampung yang menang lawan gusti tangan, kemudian menjadi kaya selepas itu dan terus lupa diri, menarik, dengan pelakon yg amat berbakat.

Dan sebenarnya ada satu lagi yang amat bermakna, yang hadir malam itu bukan kami saja ahli2 IU, tetapi ada tetamu istimewa, bak kata Ustaz Najib, merekalah VVIP malam itu, ya, tentu sekali mereka! Mereka datang dari Darul Aitam dan juga Maahad ar Rahmah, dua buah penempatan anak2 yatim dan kurang kemampuan, Adik2 dari sana jumlahnya lebih kurang 40 org, Merekalah sebenarnya watak utama untuk dirai.

Alhamdulillah, ana di aturkan untuk duduk di meja jemputan bersama adik2 dari Darul Aitam, jadi dapatlah kami melayan kerenah adik2 ni, sibuk layan adik2 makan, nasi, lauk pauk kami tolong tuang2kan, terasa macam ayah2 pula. Bilamana kuiz dan permainan, kami macam yg mcm ayah2 ni sibuk angkat tangan, nak suruh adik2 ni contribute sama, nanti dapat hadiah, tp kami pula lebih2...tapi alhamdulillah, meja kami 2 kali juga dapat hadiah, tahniah adik2 ya. Apapun Alhamdulillah, semuanya lancar, syukur dapat meraikan mereka yang memerlukan, mungkin boleh dipergiatkan lagi selepas ini, insyaAllah.

Maksud firman Allah SWT :

" Mereka juga memberi makan benda2 makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang2 yang bersalah: Masam berkerut-kerut. Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera "
al Insan : 8-12

Untuk selanjutnya ana sertakan sedikit gambar dan biarkan ia berbicara sendiri :

( Lakonan pentas )

( Bersama Adik2 Darul Aitam )

( Zul & Hisyam )

( Bersama barisan pelakon malam tu )


( Selepas program tamat )


* Masih ada lagi ke IU dinner selepas ini? ia last untuk ana saja, atau last untuk IU sendiri?...satu persoalan untuk semua yang berkenaan

Ta'adud Dan Pluralisme Jamaah : Satu Realiti

* Penulisan ini ana mohon maaf dulu, ada sesuatu yg mengganggu sekarang, tapi ingatkan sahabat yg meminta, ana teruskan menulis, juga bagi ana, bila menulis isu yg agak komplek begini, sedikit sebanyak boleh mengalihkan fokus daripada sesuatu permasalahan, jadinya, jika terkurang, harap maaf...

Bismillah...

Alhamdulillah, rafa'kan kesyukuran dan pujian ke hadrat ilahi, Sampaikan selawat dan salam buat baginda kekasih yg dikasihi, Muhammad Rasulullah

Afwan, mulanya dengan maaf kepada QURRA' sekalian, kali ini selepas berfikir fikir sejenak setelah di minta untuk mengulas soal yang mungkin agak kompleks ini, ana lakarkan juga di Wadi al Qurra' satu coretan yang rasanya perlu. Ana mulakan dengan lafaz afwan oleh kerana mungkin ada yang tidak berpuas hati, mungkin juga ada yang puas, dan mungkin juga ada yang sedang2 saja...wallahua'alam, apapun ana tidak dikiri, ana juga tidak dikanan mahupun ditengah, ana mahu dan tak akan berganjak dari satu landasan haq...tidak dimana2 hanya saja disitu...insyaAllah.

Melihat kepada Ta'adud dan Pluralisme, perkataan itu akan terus membawa kita untuk membayangkan satu keadaan di mana ia bukan satu, malah banyak dan berbilang bilang. Melihat pula perkataan jamaah, terbayang pula kita pada satu golongan atau kelompok, jadinya apa yang ana mahu bawa pada coretan ini adalah soal kepelbagaian atau lebih sesuai dan untuk mudah difahami adalah percambahan kewujudan jamaah, tidak perlu kita pergi jauh2, sekadar Malaysia saja sudah mencukupi.

PAS, PKPIM, ABIM, ISMA, GAMIS...ah...kalian senaraikan sendiri, bukan tujuan ana mahu menyenaraikan satu2, tapi hakikatnya begitulah, sudah berbilang jamaah kita di Malaysia ini yang rata2nya mempunyai aspirasi yang sama, KE'IZZAH'AN ISLAM!. Memang tiada penafian ke arah itu, semuanya mahukan ISLAM menjadi paksi, jika ada yang menolak aspirasi ini, maka nyahlah kamu, bukan tempatnya kamu di sini, bahkan di bumi ini pun tiada tempat bagimu.

Sekali pandang, sungguh!...Percambahan bilangan jamaah itu adalah suatu yang positif, dapat kita lihat umat islam sekarang semakin bijak mengatur organisasi, tertubuhnya pelbagai nama baru dengan sistem, manhaj dan aspek teknikal yang berbeza2. Kepelbagaian cara pelaksanaan dan tumpuan oleh jamaah2 yang lahir itu memberi tafsiran yang baik pada umumnya bukan?...

Sudah ana katakan, itu jika sekali pandang, tapi bila dipandang 2 atau 3 kali, dan pandanglah dalam2, maka ada sesuatu yang boleh dijadukan isu. Mari kita pergi lebih jauh, kalian selalu saja dengar bukan perbezaan pendapat itu rahmat, mungkin benar...tetapi pendapat yang bagaimana, siapa yang berbeza pendapat itu, apa isunya, itu perlu juga diteliti.

Sedikit sebanyak ia merungkai satu aspek di mana, perbezaan pendapat antara golongan yang alim dan golongan jahil bukanlah sesuatu yang sama, kerana apa? yang alim itu berbeza pendapat dengan ilmu tetapi yang jahil berbeza pendapat dengan nafsu! maka di mana mahu datang rahmatnya jika begitu?...keadaan yang sama juga dapat di qiaskan dari sini apabila apa yang dibezakan itu adakah satu perkara kebaikan atau satu perkara yang boleh membwa mafsadah. Contohnya, 2 orang penyangak mahu merompak, seorang mahu merompak bank, seorang lagi mahu merompak kedai emas, apakah itu kita panggil perbezaan pendapat membwa rahmat?...kalian punya akal utk memikirkannya.

Malah Ibn Qasim ra pernah berkata :

“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah SAW bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah! "

Ia menunjukkan dimana, setiap kali peselisihan itu berlaku, pasti ada yang benar dan pasti ada yang salah, atau boleh kita wasatiahkan sedikit disini, setiap kali ada perbezaan pendapat pasti ada yang benar dan yang kurang benar sedikit dimana, ia juga dilandasan betul menuruti syara', cumanya kurang tepat jika dikira waqi dan sebagainya. Jika mahu berselisih, perlulah dengan adab, bukan nafsu semata.

Mahu berbeza2 dan berbilang2 tidak ana katakan secara totok ianya salah, tetapi perlu dilihat keadaan, masa, tempat, siapa dan apa yang mahu di perselisihkan atau lebih terang ana katakan...mahu berkelompok kelompok itu perlu ada dasarnya yang teguh dan utuh, jika ia mampu membawa mafsadah dan kerosakan yang membinasa gerakan Islam yang sedia ada, maka hukumnya boleh meningkat kepada haram!...tetapi bilamana ia membawa maslahah dan kebaikan yang mampu membina, maka memanglah digalakkan demi ISLAM!

Maksud firman Allah SWT :
“ Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai”
ar Rum : 31-32

“ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah BERCERAI BERAI dan BERSELISIHAN (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”
Ali Imran : 103-105

Ta'adud dan pluralisme jemaah ini bukan lahir di zaman ini, sudah berkurun diperdebat, sudah pelbagai pendapat dan aturan di perjelas, cumanya masih lagi menjadi permasalahan hinggalah sekarang kerana ketidakfahaman yang jelas sesetengah pihak, memperjuangkan jamaah, bukannya Islam, kewujudan jamaah adalah untuk Islam, Islam bukan alat untuk mempejuangkan ideologi jamaah2 tertentu, maka jika yang kita agung2kan itu hanya jamaah yang disertai saja, silap dan kelemahan sendiri tidak mahu diakui, bila ditegur masih buat hal sendiri, maka jamaah apa ini?...sudahlah begitu, diserang serang pula yang lain...soal pengkaderan usah cerita, saling berebut mahu ahli, ah!...adakah ini kebaikan yang kamu cari? Adakah begitu adabnya jika mahu Islam menjadi mulia, kalian punya akal!

Syeikh2 besar kita, bukan syeikh tabligh atau tareqat ya, sekarang kita tumpu soal gerakan, maka syeikh2 haraki yang mahu ana bawa. Mereka2 itu telahpun menggariskan pelbagai panduan bagi pejuang2 dan gerakan Islam, hanya saja tinggal kita untuk mengikutinya. Soal Ta'adud ini syeikh Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :

" Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "


Telah ana ulaskan tadi, ana tidak menolak ta'adud dan pluralisme jamaah, secara jelas bukan kalian pastinya faham kata2 di atas, tiada halangan tapi masih lagi bersyarat. Syeikh Solah Shawi pula pernah mengatakan dalam Mada Syariyyatul Intima' :

" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah "

Dan satu lagi bicara kata yang perlu di ambil iktibar untuk semua, adalah dari kata2 Syeikh Mustafar Masyhur yang mana katanya di dalam Wahdatul Amal Fi Qatril Wahid :

" Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah2(selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat menasihati, bantu membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu "


Jadi pastinya jelas bagi QURRA' sekalian bukan, selagi mana ia mampu membawa KE'IZZAH'AN buat Islam, tiada masalah ta'adud dan pluralisme jamaah, hanya yang amat perlu di tekankan adalah syarat2 yang telah dijelaskan, adab dalam bejemaah, dan lain2. Jika menubuhkan satu jamaah, dan ia mampu membawa kerosakan kepada jamaah sedia ada, maka diamlah, itu lebih baik buat kamu, bantu saja yang sudah sedia ada, insyaAllah, usaha kalian jika ikhlas, Allah ada untuk menilai.

Mahu lebih jelas, mahu ana bawa kata amaran dari beberapa syeikh kita iaitu Mustafa Masyhur, solah Shawi, Yusuf Qaradhawi dan Said Hawwa yang bersependapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan sama sekali taadud seandainya jemaah yg baru ditubuhkan tersebut tidak mengikuti ketetapan syara' dan timbul pecah belah serta dendam kesumat juga ditubuh atas dasar tidak puas hati antara satu sama lain. Nah, kalian boleh menilai dan mentafsir sendiri, apa yang benar dan apa yang batil, sama2 muhasabah diri, perbaiki mana yang batil, teruskan mana yang haq.

Maksud firman Allah SWT :
“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu ”
al-Anfaal : 46

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”
Ali – Imran : 102

Sedikit sebanyak, di mana duduknya ana sudah jelas pada QURRA' sekalian bukan, ana tidak sekali2 secara totok menolak ta'adud, tetapi harapannya moga kalian dapat memahami dengan hati bukan sekadar tahu. Betul ta'adud dibenarkan dengan SYARAT, tetapi perlu ditafsir dengan mata hati, dan janganlah mempergunakan syarat2 itu demi mewujudkan satu jamaah baru yang didasari rasa tidak puas hati dengan jamaah yang sedia ada kerana itu boleh membawa kepada perpecahan. Kewujudan jamaah yang dilahirkan atas dasar tidak puas hati terhadap yang lain secara jelas tidak di persetujui oleh syeikh2 kabir kita. Jalan yang terbaik adalah sama2 bersatu dibawah satu panji, saling menyokong dan bekerjasama, jika ada yang kurang senang, bincanglah dengan tertib...insyaAllah.

Bagi jamaah yang sudah sedia ada, tidak perlulah diperdebat soal ideologi masing2, saling menyerang antara satu sama lain, gayanya bukan begitu!. Setiap gerakah dakwah pasti tidak lari dari dua aspek iaitu al thawabit yang mana aspek dasarnya dan al mutghayyirat iaitu aspek teknikalnya. Yang sering saja menjadi isu adalah teknikalnya, perbezaan pendapat soal ini sering kali berlaku dan kadang2 boleh membawa perpecahan dan inilah yang perlu dijaga dan diteliti, soal dasar perjuangan rasanya itu memang tiada masalah untuk dikompromikan. Usahlah saling mencari perbezaan dan kelemahan, tetapi carilah titik persamaan dan kebaikan, dan sama2 berganding bahu, bukannya bersilang bahu.

Fahamilah benar2 fiqhul harakah agak gerak kerja bukan mahu bersaing siapa lebih hebat tarbiyahnya, siapa lebih hebat berprogram, siapa lebih hebat dalam pengkaderan, siapa lebih hebat berusrah...tiada guna bersaing begitu jika perpecahan yang timbul, letaklah Islam di atas jamaah, isilah kelompongan jamaah disebelah kita, jika mereka kurang dalam pengtarbiyahan, bantulah, jangan sempitkan mereka, tuntun dan pimpinlah, sama2 saling melengkapi dan itulah fitrah dari ilahi. jadikah fitrah ini anugerah bukannya fitnah!

Untuk mencapai kesepakatan ataupun wahdatul amal antara gerakan yang sedia ada ini, ada sedikit solusi yang mahu ana sertakan, jadikan ia sebagai titik mula untuk saling berkompromi, jangan lagi sini jeling sana, sana jeling sini, sudahnya dua2 juling, antara solusinya begini :

1.Menerima pakai konsep Pluralisme dan Ta'adud Jamaah, dan setiap kumpulan sedia mengiktiraf kumpulan yang lain dengan baik.

2.Mengakui sumbangan pihak lain dan menghormati usaha2 mereka walaupun cuma sedikit.

3.Bebaskan pemikiran kepartian masing-masing dan tidak meninggikan diri dengan usia yang lama di medan dan ahli yang banyak.

4.Saling menghormati dan tidak perlu mempersoalkn niat masing2, supaya tidak timbul prejudis.

5.Saling nasihat menasihati dan bertukar-tukar pengalaman.

6.Sentiasa memperbaiki dalaman dan memperbetulkan keaiban kumpulan sendiri.

7.Sentiasa berbincang untuk kepentingan bersama dan untuk merawat penyakit masyarakat.

8.Sentiasa berkerjasama dalam perkara-perkara yang di sepakati dan sentiasa memberi keuzuran pada perkara-perkara yang berbeza pandangan.

9.Sentiasa berusaha meletakkan dasar dalaman yang boleh di ikuti semua kumpulan.

10.Sentiasa berusaha keras untuk membina integriti dalam gerak kerja dakwah yang jauh dari kepentingan diri.

Itu sedikit sebanyak jalan yang boleh ana sertakan untuk mencapai wahdatul amal, ana pasti QURRA' sekalian lebih pandai dan bijak, maka teruslah tingkatkan kreativiti masing2 bagi mencapai apa yang kita cari, KESATUAN DEMI KE'IZZAH'AN ISLAM!...insyaAllah. Dan izinkan ana selitkan di sini, sedikit gagasan yang perlu di realitikan demi menjayakan misi tajdid dan islah, moga dapat dipraktikkan :

1. Berikan teladan sebelum berdakwah
2. Ikatan hati sebelum suntikan fikrah
3. Pengenalan asas sebelum memberi bebanan
4. Beransur-ansur dalam memberikan taklif
5. Memudahkan bukan menyulitkan
6. Perkara pokok sebelum perkara cabang
7. Berita gembira sebelum berita ancaman
8. Memahamkan bukan menghafal
9. Mendidik bukan menghukum
10.Berguru


Harapnya, semua dapat ambil iktibar, insyaAllah, semoga bermanfaat buat semua, ambil yang baik, tinggal yang mudhorat. Rasanya mahu berhenti disini dahulu kali ini, sakit mata hadap skrin, isu ini sebenarnya memerlukan tumpuan ketika menulis demi mengelakkan tersentuh hati mana2 pihak, jika ada yang tidak berkenan, jangan pancitkan tayar kereta ana ya!...eh...lupa pula, kereta lembu mana ada tiub!...semoga Allah merahmati semua!....wallahu'alam

Tasawwur ~ Ahlami


Aku bukan pendeta

Aku juga bukan pujangga

Bukan niat mahu bermadah bicara

Hanya itu yang mampu ku kata


Tidak sekali mahu permainkan

Sebuah dustur dari ilahi

Sudah dikata aku bukan pendeta

Tetapi sedarku jua adanya pencipta


Ku sedar siapa diri

Ku sedar kau juga sedari

Tetap jua ada yang membatasi

Ku tahu itu siapa, laknatullah pencetus benci


Suatu realiti sama dilalui

Sama2 mengejar erti

Erti diri yg kadangnya rumit

Tetap jua usaha mengerti


Pernah sekali ku gagah berdiri

Pasti dengan pengertian diri

Tapi kini jadinya keliru

Apa itu dusta dan apa itu nyata


Bisakah yang nyata menjadi dusta

Atau yang dusta menjadi nyata

Ku rayu lagi pengertian

Mahu ku peroleh sebenar benar makna


Kalam mu walau kudengar mahupun kubaca

Yakinku datangnya dari hati

Ku kenal hati suci itu

Tidak menipu tidak berdusta


Ku titip erat janji

Tidak sekali luntur hati

Kupegang teguh kalimah bicara

Kerna datangnya ia darimu


Aku sendiri mengolah janji

Sahutannya jua kudapati

Tidak sekali ku dustai

Kerna ku tahu dusta itu duka


Diri ini dan diri itu

Mungkin sulit kondisinya

Ku renung jua sedalam yg mampu

Ku tunduk sujud menghambur mutiara


Tetap jua ku peroleh keyakinan

Darinya pasti bukan tipuan

Ku gagahkan hati kembali berdiri

Kerna yakinku dasarnya dari yang satu


Dirimu dan diriku

Anugerah itu mulia

Jangan biar dinodai

Tanpa satu erti yg mengikat diri


Aku tetap aku

Kau tetap engkau

Aku memahami dan engkau mengerti

Keyakinanku dan keyakinanmu


TIDAK LUNTUR TIDAK GOYAH!


* Maksud sebenar wacana ini adalah berdasarkan pada tasawwur dan tafsiran QURRA' sekalian, ana dengan hak ana, kalian dengan hak kalian...yang pasti ia membawa satu erti...moga bermanfaat.

Tembikai Itu...

Bismillah...

Syukur dan puji kehadrat ilahi, Pencipta dan Pencinta, Allah...Rabbul 'Alamin, Selawat dan salam buat Baginda junjungan, yang di cipta dan di cintaiNya, Muhammad Rasulullah.

Alhamdulillah ana berkesempatan lagi kali ini, mengukir dan melakar buah fikir, buat dijadikan santapan pada ruh2 yang mengiginkan, buat jasad2 yang mahu, dan buat diri2 yang suka. Yang utamanya, kebaikan itu sama2 kita kecap dan peroleh. Ambil yang baik, tinggal yang mudhorat. Ada satu sirah yg mahu dikongsi, akan ana coretkan dan sama2 kita hayati...mari renungkan sirah ini, renung dengan mata hati kemudian sama2 kita muhasabah diri...insyaAllah.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Selesai sudah satu sirah yang enak bagi ana, dan mungkin QURRA' sekalian juga. Ya!...ini kisah sufi, sekali pandang, jika hanya dipandang dengan mata zahir, bertunjang syariat semata, tanpa ada asas2 tasawwuf...maka perkara yang mula2 akan terlintas dibenak fikir adalah penjual itu telah melakukan satu kesalahan!...dia menipu dalam jualannya, jika tidak menipu pun si penjual itu telah melakukan suatu kesalahan dari segi muamalah, menjual barangan yg gharar, tidak tahu kualiti sebenar, barangan yang masih ada keraguan pada sifatnya.

Nah!...hebat kita dalam syariah dan fiqh!...sebut pasal muamalah bagai sedang memakan kacang butir saja, hukum hakam syariat, semua dalam kepala...terus saja dengan sifat itu, maka yang akan terzahir adalah kekerasan jiwa semata. Pernah ana dengar dari butir bicara ayahanda Tok Guru, syariat dan fiqh tidak boleh dipisahkan dengan tasawuf. Maka apa yang ana mahu bawa kali ini adalah pentingnya kebersihan jiwa dan rohani, demi Allah, jiwa dan rohani yang bersih membantu hati menjadi tenang serta terang!

Cubalah dilihat kembali sirah yang ana sertakan di atas, sungguh dan benarlah kata si sufi itu, tembikai itu datangnya dari Allah! Secara jelas bukan, termaktub sudah setiap kejadian di dunia ini milikNya jua. Kadang2 kita memandang rupa dan wajah, kita memandang harta dan pangkat, kita memandang yg zahir saja sebenarnya. Kita jelik dengan kekurangan diri2 lain, mungkin dirasa kita cukup tegap dan gagah...ah!...ana mahu tanya...kalaulah kalian benci, atau pernah datang terdetik dihati tidak suka akan kekurangan insan lain, maka sebenarnya, hakikatnya...pada siapa perasaan kalian itu kembali?...adakah kalian berasa jelik terhadap PENCIPTA yang menciptakan insan2 itu?...ya!...itulah yang kalian rasa!...cuma terhijab oleh jiwa dan hati yg keras, maka kita susah menyedarinya...na'uzubillah!

Maksud firman Allah :
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
al Hadid : 16

Sirah yang ana bawakan itu sebenarnya menunjukkan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu memandang, melihat, mentafsir setiap apa yang terzahir, tertulis, termaktub...adalah hak mutlakNya. Sucikanlah hati, maka pasti suatu ketika, kalian bila melihat kereta2, motor2 yang bergerak itu dapat mentafsir dengan betul2 tafsiran, bukan sekadar tahu saja yang semuanya adalah atas kekuasaan Allah, pandanglah dengan mata hati!...semuanya datang dari Dia!

Jika nampak pada seseorang itu yg mendatangkan ketidaksukaan pada diri kalian, jangan cepat mengucap benci, bahkan perhati dan tafsir apa yang tersirat disebalik yang terpampang di depan mata. Contoh yang ana mahu sertakan, jika terlihat satu pasangan sedang berhimpit himpitan, maka jgn terus menghukum...ah si bedebah ini neraka tempatnya!...jangan begitu QURRA' sekalian, tetapi cuba kita kembalikan kepada diri sendiri, tafsirlah dengan akal yg diberi, mereka sedang berhimpit himpit itu, mungkinkah mereka tidak tahu, dan apa tugas kita sebagai yang tahu?...hanya mengutuk2 saja? jadi apa tugasnya seorang da'ei?...cuba fikir begitu, hikmah dari setiap yang berlaku pastinya ada.

Maksud firman Allah SWT :
“ Allah menganugerahkan al hikmah (kebijaksanaan/pemahaman)
yang dalam kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al
hikmah itu, ia benar2 telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan
hanya orang2 yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (dari
firman Allah)”
al Baqarah : 269

Itu soal yg begitu, bagaimana pula dengan soal memandang enteng2 saja jika melihat paras rupa yg tidak menyenangkan, begitulah hakikatnya...mahu cari pasangan umpamanya, cakap berdegar2, kuliah sana sini, AGAMA YANG UTAMA!...itu yang diulang2, tapi diri sendiri, hati masih lagi memandang KECANTIKAN yang utama. Ini cakap tidak bagai tindakan yg nyata. Pernah satu kisah benar yang terjadi di Maghribi sana, seorang khatib sedang berpeluh hangat, bagai mahu patah tongkat berkhutbah jumaat, bicaranya soal memberi sedekah, katanya apa yang paling kita sayang itulah yang utama untuk disedekahkan, sesuai dgn satu hadith Rasulullah...tetapi tiba2 bangun seorang pengemis...dengan semangat juga si pengemis itu berkata..."ah, cakap saja begitu...tapi bila mahu berikan sedekah, duit syiling itu saja yg diberi"...bagaimana dengan kalian?...sama2 muhasabah

Tulisan kali ini unsur utamanya tasawwuf, ana berkata soalnya lebih kepada kerohanian, bukan fiqh mahupun syariat, jadi cuba2 fahamkan apa yang tersirat itu, jangan terlalu dikeraskan jiwa, sampai lupa apa berlaku dan tercipta itu datangnya semua dari Allah, Rabbul 'Izzah...tiada lain, Dia yang satu!...ingat ingatlah Allah jangan dilupa lupa...

Maksud firman Allah SWT :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia ”
ar Ra'd : 28

The Return of JEDI

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur padaNya kita masih disini, selawat dan salam Buat junjungan, Muhammad Rasulullah.

Ana memang amat pantas meng'update' jika keinginan itu datang, dan buktinya ana sertakan lg kali ini...hehe, Mulanya posting kali ini pun sudah merepek maka kalian boleh telahi apa yang akan ana bawa hingga akhirnya, pasti ia bukan satu tazkirah yang dibuat secara khusus, tetapi jika mahu boleh juga di ambil sebagai peringatan, hanya saja hati yg perlu memahami :)

The Return of JEDI, ini bukan JEDI dalam filem starwars itu..:D asalnya bukan begitu bunyinya, tetapi ini kata Ustaz Abi kerana katanya, nama2 program budak2 MMU ni canggih2 belaka :D. Yang sohihnya adalah The Return of JED (TROJ), yang mana JED itu adalah singkatan pada Jejak Eksplorasi Diri, atau senang cerita utk memudahkan QURRA' sekalian, ia adalah tamrin qiadi, hah...senang bukan, itu saja yg sebenarnya :D

Alhamdulillah, semuanya lancar. Ia bermula pada hari jumaat (10/04/09) dan tamatnya ahad (12/04/09), tetapi oleh sebab ana ada paper untuk electronic commerce pada pagi sabtu, maka ana perginya lewat sedikit, sebenarnya banyak...hehe...hari sabtu malam kami sampai di sana, tempatnya di Asahan, Anjung Bonda Homestay...menarik tempatnya, banyak buah buahan...hehe. Sebenarnya ini pertama kali ana sampai ke sini, jalan pun tak tahu sangat, nasib baik ada co-pilot yang cekap dan berwibawa (walaupun terlajak sedikit), terima kasih kepada co-pilot tersebut...kalau terbaca, jangan marah, senyum2 saja...hehe

Disebabkan kelewatan sampainya ana, maka ana akui, agak blur dengan aturcara, dah la time briefing fasi, ana on the way pulang dari Bukit Gantang, makanya jadilah pening2 lalat sedikit, tak tau nak buat apa, banyak LDK, kuliah dan semua yang tertinggal, maaf ye semua, bukan sengaja lewat tiba, tp kerana sebab yang x dapat dielakkan.

Tapi alhamdulillah, apa pun yang berlaku, sempat juga menapakkan diri disana, dengan adik2, abang2, dan kakak2...hehe. Malam itu semasa sampai, kuliah dari saudara Aidil UTEM baru saja tamat, soal fiqh aulawiyat...selepas itu slot Abi, tapi kami ada meeting sedikit masa tu, bolehla dengar hujung2 telinga, asal boleh je.

Tamatnya meeting, seeiringan pula selepas itu tamat slot Abi, ana berganjak ke dapur, makan!...nasib baik urusetia TROJ ni sungguh baik hati, tau2 ja ana belum makan...hehe. Sempat pula memetik sebutir dua mutiara hikmah dari Abi, yang sedang menjamu selera di dapur ketika itu. Maka, apa yang sedikit boleh menimbulkan keraguan pada hati ana mengenai soal bughoh, atau soal belot pada pemerintah terjawab, dengan santai dan logik akal saja Abi jawab soalan ana itu, alhamdulillah, ia penuh hikmah...:)

Tidak perlu ana detailkan perjalanan program, yang pastinya, apa yang dijalankan insyaAllah akan membawa manfaat kepada peserta dan sesiapa saja yang mahu mengerti. Pastinya ia dijalankan dengan penuh kasih sayang bukan, kasih sayang kerana Allah demi memartabatkan Islam! :)...Peserta juga alhamdulillah, nampak komitmen mereka, kesungguhan itu ada, dan insyaAllah sama2 pertingkatkan lagi.

Tamatnya program, ahad tengah hari, sesudah resolusi peserta dan post mortem kami, solat zuhur serta makan, kemudiaannya pulang ke MMU. Sampai saja di kampus, hujan mencurah2, sempat main hujan sebelum sampai di rumah dan sekarang ana sudah demam...ehehe. Rasanya itu saja ana mahu update kali ini, tak mahu panjang2 sekadar mahu berkongsi sedikit perjalanan, mungkin langsung tiada manfaat, mungkin juga ada sedikit, apa pun, TROJ tetap jua berlangsung dan harapannya moga terus segar apa yang kita dapat di program itu, insyaAllah...demi Islam, TERUS JUANG!!!

* Tahniah kepada rakan2 fasi, urusetia, ustaz2, tenaga bantuan, dan seluruhnya, dan terutamanya kepada para PESERTA! semoga Allah bersama KITA!

Sedikit gambar untuk perkongsian,

(Siapa kami?..., dari kiri...akhi khair selaku wakil dari Institusi Usrah MMU Cyberjaya, akhi Zulhairi selaku wakil dari Brigade al Qassam - HAMAS...:p, akhi Shahrul Nizam yang juga wakil dari MMU cyberjaya)

(Akhi Hazwan selaku Camp Commandant yang hensem dan berwibawa - nanti blanje OK, baru pujian ni akan di 'convert'kan menjadi ikhlas)

(Akhi Zulfazlizan berbaju merah jalur kelabu, bukan Zulhairi ok! - tengah berpura2 khusyuk untuk 'mencapub')

(Hanif & Din, Mereka ini sungguh bersemangat sehingga boleh berada diluar kawalan, kes3...lek r)

(Menyanyikan lagu tema TROJ, Bingkai Kehidupan...semangat semuanya!)

Lagu Tema TROJ

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami

Jika Kesempurnaan Yang Dicari

Bismillah...

Alhamdulillah, kepada Allah kita kembalikan segala puji dan syukur, moga diterima dengan rahman dan rahimNya. Kepada Rasulullah baginda junjungan, tutur dan ungkap selawat serta salam, moga syafaatnya bersama kita.

Akhir2 ini, ana sedikit kurang mengerti, dirasa sihat2 saja diri, walaupun kdg2 ada sakit pening tp ana kira itu perkara biasa. Tapi, semalam bila mengunjungi kedai makan di plaza siswa, salah satunya adalah kedai nasi ayam zul, namanya zul, sama pula ya...abg zul tegur ana "eh, kenapa pucat ni, nampak kurang sihat benar"...ana senyum saja....kata ana " takde lah, biasa2 ja, xmakan semalam kut, sbb tu cari nasi ayam abg zul ni "...gelak2 saja dia...tp dia pesan juga..." kesihatan badan kena jaga, jangan main2 "...ana berlalu...ini bukan kali pertama, rasanya sudah berbilang kali org tegur, apapun bg ana, mungkin ada faktor2 lain yg menjadikan begini tp yg utama rasanya kurang makan kut...:)...jangan difikir sangat, Allah itu dekat bukan...^_^

Ah, sebenar bukan berkenaan itu mahu ana kongsi, tetapi tertulis pula, maka baca saja ya wahai QURRA' sekalian, ana menulis, kalian membaca...bila kalian menulis ana pula yg membaca, indah bukan?..:). Sebenarnya Kali ini ana mahu bawa satu kelainan, ana ada terbaca entah dari mana suatu cerita yang enak sungguh bagi hati ana, mulanya ana mahu copy dan paste saja disini, tetapi tidak mendapat kepuasan pula, jadi tujuannya ana ambil dan akan ana corakkan satu cerita sepenuhnya dengan hati dan penceritaan ana sendiri, mewakili sesiapa yang mahu mengerti, ini bukan cerita ana tetapi sekadar fiksyen dan harapannya moga membawa manfaat, insyaAllah...

Aku, seorang insan biasa yang tak punyai apa, hanya sekadar nikmat2 Allah yang dibawa kesana kemari, cantikkah aku?...kacakkah aku?...kayakah aku?...kalau pun aku begitu yang hakikatnya tidak, sekali sahaja Allah berseru, nikmat cantikmu AKU ambil kembali! maka tiada lagi cantik itu...tiada lagi si cantik itu, jika itu yang kamu pandang2kan, aku memang pastinya bukan pilihan, tapi aku punya satu matlamat, aku ingin jadi yang terbaik! kerana yang terbaik juga yang aku mahukan...dorongan ini kudapat jua kerana suatu peristiwa...maka telusurilah...

Sedang enak aku menghirup secawan kopi pahit malam itu, buat menyegarkan mata...sahabatku datang singgah di tepi, " wahai syahid, termenung apa sendiri2 begini "...aku berpaling sedikit, " Ah, Mujahid...tafaddal ya akhi, mari minum kopi "...aku senyum. Sejenak kami sama2 diam, masing2 bagai mengerti soal apa dihati. Mujahid menyoal aku secara tiba2 " Syahid, kamu berfikir mahu yang terbaik ya, jika benar adakah soal pasangan? "...aku terkesima, bila masa pula dia belajar 'irab, tak mungkin!...oh ya, mmg sebenarnya itu yang aku fikir...aku mendongak..." anta benar, nampaknya hati kita sudah bertaut, kamu memahamiku, aku memahamimu "

Sudah lama benar nampaknya si Syahid, mencari2 apa yang dikata Mujahid tadi, PASANGAN!...ketemu saja sudah ramai, cuma masih lagi tiada yang tersangkut, kerana apa?...kerana inilah!...mahu tahu?...kita teruskan...:)

Mujahid membuka bicara, " Syahid, sebenarnya sudah acap kali ana dengar yang anta asyik2 ketemu calon tapi sudahnya tiada kesudahan, sebab itu ana bisa menelah hati anta "...Mujahid mengambil biskut sambil mencecah kopi...kemudian menyambung " tetapi tidak sekali pun anta menceritakan apa yang berlaku membuatkan semua itu gagal, sudikah kiranya kita berkongsi cerita malam ini? "...aku senyum lagi, kali ini aku tekad, cerita ini akan sama2 dikongsi demi kemaslahatan bersama...maka sirahnya begini!

Suatu ketika, ketika masih mentah, pernah ku ketemu...gadis rupawan, cantik wajahnya, bak bulan purnama...fasih lidahnya dalam berkata, membuat aku terpesona...aku menyapa dia membalas, kutanya nama, dia menjawab...aku suka! hatiku begelojak gembira, inikah pasangan hidupku? akal singkatku yg mentah itu berfikir, sudah sempurna amat sekali pandang, tetapi setelah ku amat amati, dan mendapat nasihat dari yg lebih mengerti, gadis itu bukan yang terbaik sebenarnya, dia tidak melindungi mahkota seorang wanita!...rambutnya ditayang2!...ah, aku masih mentah!

Tidak lama selepas itu, aku meningkat sedikit dewasa. Di kota metropolitan Kuala Lumpur aku ketemu seorang gadis pujaan, lembut wajahnya, auratnya ditutup dengan baik, aku cuba mendekati, dia tidak menghindari, aku soal saja belajar dimana, dia malu2, oh rupanya, tidak lagi belajar, dia sudah kerja sambil sambilan di pasaraya berhampiran, belajarnya kandas awal2 lagi. Ah...aku tidak suka!...bukan ini yang aku cari!

Langkah aku teruskan, ku menginjak ke alam berikutnya, aku semakin matang dan sekarang aku di pusat pengajian tinggi. Disini kulihat ramai gadis2 yang mungkin bisa menepati kriterea ku...aku jumpa!!...Satu persatuan denganku, pakaiannya bisa menambat hati, auratnya rapi ditutup, aku mula berjinak2 mahu mengenali...ah...dia dengan senang memberi balasan...hatiku melonjak gembira!...suatu hari, rakan kuliahku memberitahu, si dia yg aku minati itu sebenarnya mmg senang2 saja melayan muslimin, katanya sebagai teman2...aku kecewa, ini bukan muslimah! kataku...senang2 saja melayan kaum berlainan jantina, teman atau apa pun alasan, aku benci begini!...aku tinggal saja!

Dari tahun ke tahun, aku semakin matang, ku sertai pula waktu ini satu jemaah Islam, pergerakan dakwah yang aktif bersama mahasiswa dan masyarakat luar, aku seronok dengannya, lebih2 lg muslimat di situ rata2 memiliki apa yang aku cari..
Aku mula mengorak langkah, aku ingin kali ini menjadi!...Muslimah itu manis rupanya, tudungnya labuh, tingkahnya lembut, baik agamanya...kudekati dia dengan cara sepatutnya, dia tidak menolak mentah2...suka!...aku suka!...ku mula selidiki latar belakangnya, ah...rupanya dia dari keluarga yang bermasaalah, keluarga yg berpecah belah!...aku tidak mahu begini!...akan membawa masalah nanti kepada aku dan mungkin keluargaku jua!...aku tinggalkan lagi kali ini!

Sudah hampir mahu aku putus asa, sekarang aku mencuba nasib menceduk 'ilmu di bumi anbiya'...aku mahu merasa suasana ilmu disana, dan suatu ketika, hatiku tiba2 dicuri lagi!...Muslimah idaman itu mula menghuni taman hatiku!...dia muslimah idamah seluruh kuliah disana!...Rapi wajahnya dilindung purdah, sempurna tubuhnya dilindung jubah, tudungnya litup mengikuti suruhan Allah!...Wajahnya manis, ayu dan indah, matanya saja membuat aku gundah, agamanya teguh, akidahnya sohih, amalnya istiqomah...datangnya dari keluarga ulama' terbilang di Malaysia, tingkahnya tegas, hatinya tabah...perjuangan tetap tidak berubah!...ya Allah...inilah yang aku cari2...inilah dia calon pilihanku!...tiada lain lagi, akan aku sudahi!

Aku mula terbayang redup mata sang muslimah itu, aku tekadkan hati akan ku sudahi kali ini, kuhantar wakil meminang si dia...mengikut sunnah, menurut adat...sesempurnanya akan kubuat!...

Suatu hari, kudapat berita dari si dia muslimah pilihan. Satu pesanan yang membuat aku menjadi aku yang sekarang, " Ana tahu sudah tentang lamaran anta, cuma ana ingin satu kepastian, jika jawapan yg diberi anta adalah 'YA' kesemuanya maka lamaran anta ana terima, Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap?, dua : bagaimana perjuangan anta? sudah teguh?, tiga : bagaimana amalan anta? sudah istiqomah? empat : bagaimana hati anta? sudah suci dari bisikan nafsu semata?, lima : Apa yang telah membuat anta tepaut pada ana? adakah kerana agama yang utama?"

DIA JUGA MENCARI YANG TERBAIK!...Aku tunduk menangis kali ini, aku tidak mampu memberikan jawapan YA untuk kesemuanya, aku sedar dan sedar!...aku mencari kesempurnaan, aku mencari yang terbaik buatku, tetapi aku lalai dari berusaha utk menjadi yang terbaik buatnya!...zalimnya aku!

Sesudah itulah, tidak lagi kucari2 yg terbaik, yang utama, aku mesti berusaha menjadi yg terbaik terlebih dahulu, ya Allah...izinkan kami menjadi insan itu!...izinkan aku ya Allah!...ku sujud padaMU, moga akulah yang terbaik buat insan itu, ku pasakkan keyakinan nan teguh padaMU, tidak luntur tidak goyah!

Dia Sudah Pergi, Dia Pula Sudah Datang

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur dan puji kehadrat ilahi, memberi izin dan ruang untuk mencoret sesuatu hari ini. Selawat dan salam tujunya terus kepada baginda tercinta juga mengharap cintanya, Muhammad Rasulullah.

Sebelum terlupa, Tahniah pada Haji Nizar di bukit gantang, juga buat PKR di Bukit Selambau. Alhamdulillah, tidak salah pemerhatian ana di Bukit Gantang sebelum ini, moga yang benar terus mendapat haknya, insyaAllah, sama2 doa.

Apa yang berlaku seminggu dua ini menggambarkan dengan jelas tajuk posting kali ini, ada yang pergi ada pula yang datang. Pak Lah kesayangan kita sudah pergi dari kerusi empuknya, Najib pula datang mengganti. Begitu juga sahabat2 kita di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai nun jauh di sana. Tahniah di ucapkan kepada yang datang itu, jangan di lupa tanggungjawab berat menanti, jangan bermain api dengan amanah yang di beri, di SANA nanti suatu yang besar menanti.

Rakyat sudah meluahkan, keputusan sudah ditentukan, ana tidak mahu bermain secara sinis kali ini, cuma apa yang berlaku sehari dua ini jelas sekali melihatkan apa yang KAMI mahu, sudahlah dengan kebobrokan, ubahlah kepada kebaikan. Sistem ciptaan manusia sekarang sudah semakin tertuju kepada satu jalan mati, maka kembalilah kepada tali Allah, terutama kepada PM baru kita, banyak sekali cerita depan dan belakangnya, tiada keputusannya sampai ke hari ini, tiada kejelasan, gharar menguasai...ah, secara peribadi, ana tidak suka dengan itu semua, semuanya mengundang fitnah, mengapa anda sanggup menanggungnya tanpa menjelaskan dengan sebenar benarnya, ana hanya mahu tahu yg benar...KAMI mahu tahu!

Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Sayidina Ali :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan."
HR : Muslim

Siapa pun dia, jika maksiat yang menjadi pilihan, maka dengan sepenuh daya dan usaha, jauhilah!...jika kamu mampu maka nasihatilah, moga2 Dia sedar dengan apa dia bakal berdepan di SANA nanti! Sebenarnya kali ini adalah wadah bicara ana untuk meraikan PM baru kita, ana mahu raikan dengan sedikit ingatan kepada semua, beginikah pemimpin yang kita cari, tidak mahu ana ulas soal peribadi, masalah, tuduhan, QURRA' sekalian ana rasa boleh mencari sendiri dan mentafsir juga sendiri siapa PM baru kita. Ana mahu lontarkan kali ini, apa itu ciri2 pimpinan Islam, maka lihatlah sendiri, mencakupi atau tidak beliau itu. Kita tidak mahu melihat secara detail, kerana ia pasti akan memakan masa dan panjangnya tidak akan terkira jika bicara soal kepimpinan dalam Islam, kita diskusikan yang asas2 saja dulu.

1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar2 menghayati agamanya. Ingatlah kita sebaik baik ummat, maka kenapa saja kita mahu menyerah kuasa kepada golongan yang kufur?

2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegang. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumi ini. Sebagaimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3. Berilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4. Melaksanakan hukum Allah - Tiada jalan lain bagi seorang pemimpin Islam, selain menegakkan syari'atullah. Strategi, polisi politik, apa pun alasannya, cuma cepat atau lambat saja, tetapi perlu juga dilaksana, jangan ditolak mentah2 dan memberi alasan dengan akal yang pendek itu.

Maka nilailah sendiri dimana letaknya pemimpin yang kamu pilih, banyak lagi ciri2 lain, tapi rasanya cukup dulu untuk kali ini, ana agak berat kepala sedikit sekarang, pening2 pula...huhu. Kita lanjutkan sedikit lagi...sudah ana katakan, ana tidak mahu mengulas mengenai tingkahnya, lakukan ulangkaji sendiri, ana hanya saja mahu melontar idea membuka ruang fikir QURRA' sekalian, adakah kita betul dalam memilih apa yang ada sekarang, sudah dilandasan yang benarkah? Fikir2lah...pendirian ana? rasanya sudah jelas bukan...:)

Ingin pula rasanya berkongsi satu hadith dari Raslullah SAW yang mana maksudnya :

"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukannya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil"
HR : Tirmidzi

Simpulkan saja, adil itu wajib bagi pemimpin Islam, jika tiada keadilan pada pemerintahannya maka di SANA nanti, sediakan jawapan bagi menjustifikasikan perbuatannya, silakan kalau berani.

Akhir bicara ini, ana sertakan jua satu kata2 dari al Imam Hasan al Basri ketika mana beliau ditanya Amirul Mukminin Umar Abdul 'Aziz apakah ciri2 pemimpin Islam yang sebenar, maka jawab al Imam :

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."