.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Jika Kesempurnaan Yang Dicari

Bismillah...

Alhamdulillah, kepada Allah kita kembalikan segala puji dan syukur, moga diterima dengan rahman dan rahimNya. Kepada Rasulullah baginda junjungan, tutur dan ungkap selawat serta salam, moga syafaatnya bersama kita.

Akhir2 ini, ana sedikit kurang mengerti, dirasa sihat2 saja diri, walaupun kdg2 ada sakit pening tp ana kira itu perkara biasa. Tapi, semalam bila mengunjungi kedai makan di plaza siswa, salah satunya adalah kedai nasi ayam zul, namanya zul, sama pula ya...abg zul tegur ana "eh, kenapa pucat ni, nampak kurang sihat benar"...ana senyum saja....kata ana " takde lah, biasa2 ja, xmakan semalam kut, sbb tu cari nasi ayam abg zul ni "...gelak2 saja dia...tp dia pesan juga..." kesihatan badan kena jaga, jangan main2 "...ana berlalu...ini bukan kali pertama, rasanya sudah berbilang kali org tegur, apapun bg ana, mungkin ada faktor2 lain yg menjadikan begini tp yg utama rasanya kurang makan kut...:)...jangan difikir sangat, Allah itu dekat bukan...^_^

Ah, sebenar bukan berkenaan itu mahu ana kongsi, tetapi tertulis pula, maka baca saja ya wahai QURRA' sekalian, ana menulis, kalian membaca...bila kalian menulis ana pula yg membaca, indah bukan?..:). Sebenarnya Kali ini ana mahu bawa satu kelainan, ana ada terbaca entah dari mana suatu cerita yang enak sungguh bagi hati ana, mulanya ana mahu copy dan paste saja disini, tetapi tidak mendapat kepuasan pula, jadi tujuannya ana ambil dan akan ana corakkan satu cerita sepenuhnya dengan hati dan penceritaan ana sendiri, mewakili sesiapa yang mahu mengerti, ini bukan cerita ana tetapi sekadar fiksyen dan harapannya moga membawa manfaat, insyaAllah...

Aku, seorang insan biasa yang tak punyai apa, hanya sekadar nikmat2 Allah yang dibawa kesana kemari, cantikkah aku?...kacakkah aku?...kayakah aku?...kalau pun aku begitu yang hakikatnya tidak, sekali sahaja Allah berseru, nikmat cantikmu AKU ambil kembali! maka tiada lagi cantik itu...tiada lagi si cantik itu, jika itu yang kamu pandang2kan, aku memang pastinya bukan pilihan, tapi aku punya satu matlamat, aku ingin jadi yang terbaik! kerana yang terbaik juga yang aku mahukan...dorongan ini kudapat jua kerana suatu peristiwa...maka telusurilah...

Sedang enak aku menghirup secawan kopi pahit malam itu, buat menyegarkan mata...sahabatku datang singgah di tepi, " wahai syahid, termenung apa sendiri2 begini "...aku berpaling sedikit, " Ah, Mujahid...tafaddal ya akhi, mari minum kopi "...aku senyum. Sejenak kami sama2 diam, masing2 bagai mengerti soal apa dihati. Mujahid menyoal aku secara tiba2 " Syahid, kamu berfikir mahu yang terbaik ya, jika benar adakah soal pasangan? "...aku terkesima, bila masa pula dia belajar 'irab, tak mungkin!...oh ya, mmg sebenarnya itu yang aku fikir...aku mendongak..." anta benar, nampaknya hati kita sudah bertaut, kamu memahamiku, aku memahamimu "

Sudah lama benar nampaknya si Syahid, mencari2 apa yang dikata Mujahid tadi, PASANGAN!...ketemu saja sudah ramai, cuma masih lagi tiada yang tersangkut, kerana apa?...kerana inilah!...mahu tahu?...kita teruskan...:)

Mujahid membuka bicara, " Syahid, sebenarnya sudah acap kali ana dengar yang anta asyik2 ketemu calon tapi sudahnya tiada kesudahan, sebab itu ana bisa menelah hati anta "...Mujahid mengambil biskut sambil mencecah kopi...kemudian menyambung " tetapi tidak sekali pun anta menceritakan apa yang berlaku membuatkan semua itu gagal, sudikah kiranya kita berkongsi cerita malam ini? "...aku senyum lagi, kali ini aku tekad, cerita ini akan sama2 dikongsi demi kemaslahatan bersama...maka sirahnya begini!

Suatu ketika, ketika masih mentah, pernah ku ketemu...gadis rupawan, cantik wajahnya, bak bulan purnama...fasih lidahnya dalam berkata, membuat aku terpesona...aku menyapa dia membalas, kutanya nama, dia menjawab...aku suka! hatiku begelojak gembira, inikah pasangan hidupku? akal singkatku yg mentah itu berfikir, sudah sempurna amat sekali pandang, tetapi setelah ku amat amati, dan mendapat nasihat dari yg lebih mengerti, gadis itu bukan yang terbaik sebenarnya, dia tidak melindungi mahkota seorang wanita!...rambutnya ditayang2!...ah, aku masih mentah!

Tidak lama selepas itu, aku meningkat sedikit dewasa. Di kota metropolitan Kuala Lumpur aku ketemu seorang gadis pujaan, lembut wajahnya, auratnya ditutup dengan baik, aku cuba mendekati, dia tidak menghindari, aku soal saja belajar dimana, dia malu2, oh rupanya, tidak lagi belajar, dia sudah kerja sambil sambilan di pasaraya berhampiran, belajarnya kandas awal2 lagi. Ah...aku tidak suka!...bukan ini yang aku cari!

Langkah aku teruskan, ku menginjak ke alam berikutnya, aku semakin matang dan sekarang aku di pusat pengajian tinggi. Disini kulihat ramai gadis2 yang mungkin bisa menepati kriterea ku...aku jumpa!!...Satu persatuan denganku, pakaiannya bisa menambat hati, auratnya rapi ditutup, aku mula berjinak2 mahu mengenali...ah...dia dengan senang memberi balasan...hatiku melonjak gembira!...suatu hari, rakan kuliahku memberitahu, si dia yg aku minati itu sebenarnya mmg senang2 saja melayan muslimin, katanya sebagai teman2...aku kecewa, ini bukan muslimah! kataku...senang2 saja melayan kaum berlainan jantina, teman atau apa pun alasan, aku benci begini!...aku tinggal saja!

Dari tahun ke tahun, aku semakin matang, ku sertai pula waktu ini satu jemaah Islam, pergerakan dakwah yang aktif bersama mahasiswa dan masyarakat luar, aku seronok dengannya, lebih2 lg muslimat di situ rata2 memiliki apa yang aku cari..
Aku mula mengorak langkah, aku ingin kali ini menjadi!...Muslimah itu manis rupanya, tudungnya labuh, tingkahnya lembut, baik agamanya...kudekati dia dengan cara sepatutnya, dia tidak menolak mentah2...suka!...aku suka!...ku mula selidiki latar belakangnya, ah...rupanya dia dari keluarga yang bermasaalah, keluarga yg berpecah belah!...aku tidak mahu begini!...akan membawa masalah nanti kepada aku dan mungkin keluargaku jua!...aku tinggalkan lagi kali ini!

Sudah hampir mahu aku putus asa, sekarang aku mencuba nasib menceduk 'ilmu di bumi anbiya'...aku mahu merasa suasana ilmu disana, dan suatu ketika, hatiku tiba2 dicuri lagi!...Muslimah idaman itu mula menghuni taman hatiku!...dia muslimah idamah seluruh kuliah disana!...Rapi wajahnya dilindung purdah, sempurna tubuhnya dilindung jubah, tudungnya litup mengikuti suruhan Allah!...Wajahnya manis, ayu dan indah, matanya saja membuat aku gundah, agamanya teguh, akidahnya sohih, amalnya istiqomah...datangnya dari keluarga ulama' terbilang di Malaysia, tingkahnya tegas, hatinya tabah...perjuangan tetap tidak berubah!...ya Allah...inilah yang aku cari2...inilah dia calon pilihanku!...tiada lain lagi, akan aku sudahi!

Aku mula terbayang redup mata sang muslimah itu, aku tekadkan hati akan ku sudahi kali ini, kuhantar wakil meminang si dia...mengikut sunnah, menurut adat...sesempurnanya akan kubuat!...

Suatu hari, kudapat berita dari si dia muslimah pilihan. Satu pesanan yang membuat aku menjadi aku yang sekarang, " Ana tahu sudah tentang lamaran anta, cuma ana ingin satu kepastian, jika jawapan yg diberi anta adalah 'YA' kesemuanya maka lamaran anta ana terima, Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap?, dua : bagaimana perjuangan anta? sudah teguh?, tiga : bagaimana amalan anta? sudah istiqomah? empat : bagaimana hati anta? sudah suci dari bisikan nafsu semata?, lima : Apa yang telah membuat anta tepaut pada ana? adakah kerana agama yang utama?"

DIA JUGA MENCARI YANG TERBAIK!...Aku tunduk menangis kali ini, aku tidak mampu memberikan jawapan YA untuk kesemuanya, aku sedar dan sedar!...aku mencari kesempurnaan, aku mencari yang terbaik buatku, tetapi aku lalai dari berusaha utk menjadi yang terbaik buatnya!...zalimnya aku!

Sesudah itulah, tidak lagi kucari2 yg terbaik, yang utama, aku mesti berusaha menjadi yg terbaik terlebih dahulu, ya Allah...izinkan kami menjadi insan itu!...izinkan aku ya Allah!...ku sujud padaMU, moga akulah yang terbaik buat insan itu, ku pasakkan keyakinan nan teguh padaMU, tidak luntur tidak goyah!

28 comments:

TAHNIAH USTAZ.

 

Syukran ya....semoga bermanfaat...:)

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

 

cerita ustaz bagaimana pula? bertemu dgn pasangan ustaz? apa ustaz sudah bernikah?

 

cerita ana, insyaAllah mungkin suatu ketika akan dikongsi juga...

setakat ni bernikahnya belum, tapi insyaAllah ke arah itu...kita semua menuju ke arah itu bukan?..:)...sama2 dOa

sebelum tu, boleh ana tahu siapa gerangan anonymous ni?

 

salamullah alaik..
memang mcm tu la yg ada kt dunia ni..ramai yg mencari yg sempurna..,mencari kepuasan..mencari keindahan..n xtau yang macam mana yg cukup?n brapa yang cukup.??
smoga allah memberi petunjuk..

 

nice artikel,nice blog.hmm mencari yang sempurna agak mustahil.hakikatnya hanya boleh menjadi orang yang sentiasa berusaha menjadi sempurana.tiada yang sempurna melainkan ALLAH swt.
wslm.

 

to mencari ALLAH yg hilang

wslm...itulah manusia, x pernah cukup...sama2 kita panjatkan doa moga setiap dr kita dikurniakan petunjuk dari Allah...

to nur insani...syukran...

ya, itulah hakikatnya, xkan ada kesempurnaan di dalam manusia, lebihnya disini, kurangnya disitu, selagi diri bergelar manusia, fitrah kekurangan itu tetap disitu...cumu apa yg mampu, berusaha ke arah yg lebih baik...insyaAllah...

 

salam ustaz,

ble ustaz nk nikah? xsabo nk makan free nih. kui3

 

salam~

kadang2..ego yg membuatkan kita sentiasa mengejar kesempurnaan dr manusia lain..tanpa menilai prestasi diri..mahu lihat siapa yg lebih hebat..dia atau kita?

tp..tanpa kita sedar..manusia mmg tiada yang perfect..krn itu, Allah menciptakan Adam dan Hawa sbg berpasangan utk melengkapi antara satu sama lain..

bg sy..muhasabah diri adalah satu method yg sesuai utk menilai kembali..mana letaknya diri kita~

wallahua'lam

 

to andi...wslm wrhmtlh...

ade budak yg mau kene debik...eheh...nak makan free suh le member kamu blanje...

to ainies...wslm wrhmtlh...

betul!...actually semua punye ego, tp ego perlu dikawal bukan diikuti semberono saja...

pastinya tiada yg perfect, sama2 muhasabah kembali...kdg rasa diri sudah cukup dgn sifat qanaah, wasatiah n so on...tp sebenarnya masih lg bangga diri, riak, serta takjub dgn diri sendiri...na'uzubillah...

 

salam ziarah..ermm cinta adalah satu fitrah yg Allah anugerah kan dalam diri kt..walaubagaimanapun..cintailah Allah melebihi dr segalanya..

 

terharu dan menangis..
mahu menjadi seperti muslimah itu..

 

sebak hati nurani
menyentak jiwa yang khayali
tenggelam dalam mimpi,
mencucur airmata dingin
ya rabbi,tazkirah ini benar-benar
menghapuskan angan-anganku!

 

Barakallahufik ustaz!
Artikel mantop. InshaAllah.
Ana do'akan semoga cepat2 ya ke arah walimatulurus tu :D ~

Oh, mencari atau menjadi? Lebih baik menjadi drpd mencari~ iNshaAllah :)

 

aik. ustaz bkn mmbe saye ke? xpon, cik tunam ustaz tu mmbe sy jugak. gaa XD

amin kan doa khazinatul_asrar jugak ^^,

 

to mardhatillah

wslm wrhmtlh, pastinya cinta kepada Allah itu lebih mulia dari segalanya...:)

to cik santun

menangislah dengan sopan dan santun...ehehe..

insyaAllah membawa pengajaran kepada semua, moga apa yg lahir dihati terzahir dengan perbuatan...insyaAllah cik santun...semoga menjadi muslimah itu..

to auzaei SM

moga benar apa yg lahir dihati itu ya akhi...Allah yubarik fik!...

cuma jgn hapuskan cita, tapi tanamlah lg cita2 nan tinggi, juga usahalah ke arah lebih baik, moga kita mendapat yg terdapat jua, tidak disini, disana pasti!...:)

to khazinatul asrar

syukran ya ukhti, segala pujian hak Dia yg kuasa, kembalikan padaNya...

ameen ya Allah...:)

bagi ana, mencari dan menjadi perlu seiiringan kalau mahu yg terbaik..:)...insyaAllah...

to andi

ehe...menjawab, rotan kang!...

Allahumma ameen!...

 

assalamualaikum

dah menjadi satu kebiasaan bahawa manusia itu inginkan kesempurnaan (",)

 

subhanallah....best :)

 

Assalamu'alaikum whb. :)
Seperti biasa, bicara soal jodoh ni pasti banyak komen yang bakal menjengah di ruangan blog (",) artikel ni ana baca lebih dari 3x dan ana cuba fahamkan tersiratnya. Bukanlah apa... ana cuba tadabbur dan rasa akan maksud yang ingin saudara sampaikan, panjang muhasabah ana. Senyum juga akhirnya kerana setiap kali usai membaca, ana akan kenangkan apa yang selalu ana ingatkan pada adik-adik usrah juga sesiapa sahaja yang bicara soal jodoh;

JADILAH solehah sebelum MENCARI yang soleh. JADILAH yang soleh sebelum MENCARI yang solehah. Kalau semua orang berusaha untuk MENJADI, insyaAllah akan mudah urusan penCARIan yang rumit. Wallahua'lam.

Wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan ana masih melihatkan soalan akhir gadis itu kepada Syahid... "Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap?, dua : bagaimana perjuangan anta? sudah teguh?, tiga : bagaimana amalan anta? sudah istiqomah? empat : bagaimana hati anta? sudah suci dari bisikan nafsu semata?, lima : Apa yang telah membuat anta tepaut pada ana? adakah kerana agama yang utama?"

Mampukah...??.... *_*

 

wa'alaikumussalam wrhmtlh...

Alhamdulillah anti nampaknya fhm benar soal ini, mmg itulah maksud ana, cerita ini bukan ana karang untuk menjadi cerita sebenarnya, tapi lebih kepada tazkirah dalam bentuk penceritaan, moga dapat difahami semua, insyaAllah...:)

ana setuju sangat kata2 anti itu, dan mmg itulah maksud utamanya tulisan ini.

berkaitan soalan akhir gadis tu...itu mmg soalan maut sebenarnya..hehe...kalau anti tya ana begitu maka jawapannya WALLAHU'ALAM!...yang ana tahu, kita perlu berusaha ke arah itu semampu mungkin dan itulah yg dipandang Allah...USAHA!..bukan natijah, natijah itu hak mutlak Rabbul 'Alamin...:)....

insyaAllah...jika yg baik di usahakan, pasti ada jalannya...terus juang!

 

salam'alaik

sedikit sambutan komen para pengunjung Qurra.

Mencari yang sempurna bukan suatu kesalahan. biarpun ada yang mengatakan, jangan terlalu memilih. wallahi, kalau ini sekadar pilih baju atau pilih makanan, boleh juga kata jangan terlalu memilih. rasa macam tak sesuai atau tak elok, boleh saja buang atau lebih sopan, berikan kepada orang lain.

ini ya Qurra, pilih suami atau isteri. subhanallah! yang akan tentukan penghakiman Allah kepada kita. apatahlagi, ana semakin menemukan beberapa ciri pelik lelaki soleh yang menyebabkan ana takut untuk mengambil keputusan.mengapa banyak benar ana berjumpa yang soleh tetapi tidak mahu 'beradab'.

oh ya, soleh yang ana maksudkan, sekadar kemampuan mata dan hati ana yang menilai luarannya. tetapi, title hafiz yang dibawa, orang dakwah yang terkenal, apakah belum cukup untuk membentuk adab melengkapkan ciri soleh itu.

sungguh, persoalan ini yang membuat ana terpinga-pinga. ana akan panjangkan komen ana kepada penulisan ana di blog akan penemuan-penemuan sikap pelik pada lelaki soleh yang harus diratah lumat-lumat ketika memahaminya. ia amat mencacatkan title yang dibawa.

 

wslm wrhmtlh

lelaki soleh yang pelik?...kerana solehnya tidak datang dari hati yg ikhlas tapi datangnya dari nafsu...semoga memahami...

mencari kesempurnaan pastinya suatu kesalahan, jika itu yg dicari, maka ana mahu tanya mana letaknya kesempurnaan dimata manusia?...kesempurnaan manusia takkan terlihat oleh mata manusia sendiri, kecuali...hanya saja Allah yg mengetahui, mana tahap kesempurnaan hambanya, kerana DIA mengetahui limitasi hambanya...

Jika bicara soal mencari yang terbaik...Wallahi ana bersetuju, mencari yang terbaik untuk diri, mencari pasangan yg terbaik buat menemani...itu memang amat dituntut, tp ingat yang terbaik untuk kita tidak semestinya sempurna!...mana mungkin sifat kesempurnaan itu ada pada manusia?...

ana lanjutkan sedikit, benar, mungkin kita terpinga2 memilih kerana ramainya yg soleh2 itu, sudah tidak lagi sekata dgn titlenya....tapi izinkan ana mengingatkan...yang mana tujuan utama ana menulis artikel ini, jika sentiasa kita melihat kelemahan insan lain...sampai lupa meningkatkan usaha MENJADI YANG TERBAIK...maka, apakah kita mengharapkan Allah membantu kita memperoleh insan yang terbaik yang kita mahu?...AKAR umbi artikel ini adalah, USAHALAH SEMAMPUN MUNGKIN MENJADI YANG TERBAIK, SEMOGA YANG TERBAIK JUGA KITA PEROLEHI...ameen ya Allah...

ana menunggu wacana ukhti nurizz pula...moga bermanfaat...

 

salam ziarah.

post yg menarik akhi.

benar ya,jika dicerita pasal jodoh,ramai sekali yg ingin beri komen termasuk diri ini.:)

tetapi kisahnya seperti watak dalam cerita ini terjun dalam medan dakwah dan tarbiyah niatnya untuk mencari pasangan..mungkin cara saya menilai cerita yg dibawa ada silapnya. :(

terpaku juga dengan soalan muslimah tu..benar sekali,kita selalu angankan yg terbaik.yg cantik rupanya,yg indah pekertinya,yg mulia keturunannya,yg teguh agamanya yg jelita akhlaknya..

tp adakah kita ini sudah cantik akhlak kita? sudah terjaga ibadah kita?tampan wajah dan pesona?dan bukankah kecantikan itu akan hilang 20,30 tahun lagi.kalau hilang pesona cantiknya itu,adakah kita akn cari yg lain sbagai pengganti??

kepada ukti nurizz

ilmu yg dibawa tidak semestinya mampu membentuk seseorang.snouck hogronje seorang orientalis bahkan mengkaji Islam sesungguhnya tetapi tidak juga beriman.pernah juga terjadi kes2 guru agama yg trlibt dgn prkara yg tidak elok.

kesolehan seseorang adalah pada pandangan ALLAH.yg ada pada pandangan manusia terhadap kesolehan sesorang tu hanyalah simptom2 atau tnda2 kesolehan sahaja.dn seringkali pndgn mnsia ini silap.maka dalam pada kita melihat juga dengan pndgn mata kita,kita perlu juga menghrp untk Allah melihat bagi pihak kita..

kerana pndangan mata manusia ini kerap sahaja menipu..tetapi pndangan Allah itu adalah yg paling benar..

semoga bermanfaat.

cuma saja2 mencelah dan memberi komen pada tulisan yg amt menarik

 

wslm wrhmtlh...syukran sudi berziarah...:)

oh..ramai yang kata begitu, dan hakikatnya lihat saja disini...

berkenaan watak yg terjun dalam bidang dakwah untuk cari pasangan, atas kedhoifan ana ia berlaku, lagipun telah ana nyatakan sebenarnya, kisah ini bukan ana karang sebagai satu bentuk cerita, tapi ia sebagai tazkirah yg dalam bentuk bercerita...makanya mmg ana kurang ambil perhatial soal2 teknikal...afwan...:)

ya..benar ya akhi!...itu point utamanya, kita mencari yg terbaik, tetapi kita tidak mahu menjadi yg terbaik buatnya...namanya zalim jika begitu...

dan akhi benar lagi, jika pandang2 kecantikan saja, suatu ketika, sudah dimamah usia, hilang sudah rasa cinta?...ah..ia tidak kekal!

PANDANGAN ALLAH PALING BENAR, USAHAKKAN SUPAYA ALLAH MELIHAT UNTUK KITA...ana suka!...syukran atas komentasi yg benar2 menyegarkan!...

jazakallah!

 

ada blog ghupernyer. aduh.. beratnya topik.. hnshh.. hnshh

 

salam'alaik

kerana itu, ana telah panjangkan komen ana di blog ana. juga boleh dikatakan ana menyahut komen akh di situ. mudah-mudahan peliknya lelaki soleh yang ana maksudkan difahami makna 'pelik' itu. bukan sekadar pelik yang biasa-biasa, tetapi pelik yang memang menghairankan.

wallahu'alam..

 

semua mahukan yang terbaik hinggakan lupa diri sendiri tidaklah sesempurna insan yg ingin dimiliki...