.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

KAD '09 ~ Muslim And Non Muslim Relationship In Malaysia Seminar @ Cyberjaya

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, kurnia nikmat dan rahmatNya tidak kunjung putus, masih berlarut larutan hingga kini, dan seterusnya pasti. Insan mulia, sosok agung, Muhammad Rasulullah, menyinari alam dengan nurnya, menyintai umat dengan kasihnya, hargai ia dengan selawat berpanjangan, insyaAllah.

Update ini sekadar penceritaan biasa diari dan aktiviti, mari kita telusuri dahulu mengenai satu perjalanan dari Melaka ke Shah Alam. Sabtu lepas, 1 Ogos, ketika mana para demonstran bersiap siaga mahu melangkah ke medan, ana bersiap siaga juga ke program yang telah mengacau sedikit planning awal, maaf para demonstran sekalian, Allah tidak membenar ana melangkah kesana pagi itu.

Tidak perlu ana panjang2kan lagi soal demonstrasi, tidak perlu ana ulas panjang soalnya, masing2 sudah bijak pandai menilai halal haram, maslahah mafsadahnya, jadi ambil yang terbaik pada kalian, bukan sekadar syok nafsi2 membenar dan mengia pendapat sendiri, wallahu'alam. Ana sebutkan tadi, perjalanan dari Melaka ke Shah Alam akan diriwayatkan. Begini, setelah habis program pagi sabtu itu, kami, iaitu berlima, 4 dari MMU dan satu dari KYM, telah melangkah gagah dengan satu tujuan, Ke Konsert Antara Dunia anjuran Gamis.

Banyak juga kong kali kong, yang telah menyebabkan perjalanan itu sedikit terganggu pada awalnya, tapi alhamdulillah ia berlaku juga biiznillah. Dengan Menaiki kereta kebal JDM 6145 ( Hanya yg berkenaan sahaja akan mengetahui ), kami melaju ( laju ke? ) di highway. Secara jujurnya jalan ke Shah Alam ana tidak mahir sangat, begitu juga jalan di Shah Alam, bukan tak biasa pergi, tapi oleh kerana terlalu byk makan asam, maka ingatan sedikit menghilang.

Oleh kerana tidak mahir sangat dengan liku2 untuk menyampaikan kami ke destinasi, maka, khidmat Co-pilot yang cemerlang dan berkaliber @ Kak Ros Upin Ipin amat ana dambakan, dan seperti yang telah dijangka, khidmat dari Co-pilot tetap itu amat membanggakan ana...haha. Alhamdulillah, walaupun berbekalkan buah langsat semasa dalam perjalanan, kami tidak sesat, itulah pabila mendapat khidmat cemerlang Co-pilot kita, di tambah pula dengan ijtihad Pilotnya ( yg diakui seantero dunia ), kami berjaya menelusuri sirotul mustaqim...ana serta merta teringat wonderpets...apa yang penting?...kerjasamaa...:D

Konsert Antara Dunia ( Raihan, Rabbani, Hijjaz, Shoutul Harakah, Nibraz ), iaitu konsert pertama anjuran Gamis, komen ana, tidak mahu ana besar besarkan soal picisan, namun soal yang ana mahu kehadapankan adalah nilai2 yang berjaya diterapkan. Alhamdulillah, ana dapati respon yang positif dari pelbagai pihak mengenai penerapan nilai2 itu, bahkan ana sendiri mahu mengungkap syabas buat Gamis dan setiap pihak yang terlibat, nilai2 murni, pengajaran, semangat perjuangan, dan lain2nya dapat dirasai dengan jelas melalui lagu2, pentomen, juga puisi2 yang disampaikan, jadi, thumbs up untuk hal yang demikian, dan perbaiki dan tambah baik lagi untuk yang akan datang.

( Sebahagian hadirin )

( Ucapan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ayoh Zik kitO...takbir!!! )

( Majlis perasmian oleh Ayoh Zik )

( Persembahan Shoutul Harakah, memang mantap...bersemangat!! )

Tamatnya konsert, kami ke cyber pula dengan diiringi khas oleh taiko2 MMU cyber. Kami ke cyber dengan 2 tujuan, pertamanya adalah tidur...:p...terima kasih buat Zack meoww yang hensem kerana sudi menumpangkan kami di biliknya, bagi muslimin, untuk muslimat, biarlah muslimat sendiri yg mengucapkan terima kasihnya kepada pihak2 yg berkenaan...hehe. Tujuan Keduanya adalah menghadiri Seminar, Muslim And Non Muslim Relationship in Malaysia. Alhamdulillah, menarik...tambahan pula Bro Shah Kirit turut menjadi speaker, seperti kebiasaan lah, dengan hujah2 dan analogi beliau, berjaya menambat hati Muslim dan Non Muslim juga.

Petang Ahad, setelah selesai semuanya, kami beransur pulang ke pangkal jalan. Alhamdulillah, semuanya lancar2 saja, kecuali satu hal yang tak nak ana ceritakan kat sini, ana harap lain kali jangan buat lagi ya Hazwan...OppSs...haha. Kami sampai Melaka lewat malam jugalah, tapi takpa, semuanya selamat sampai ke tempat beradu masing2. Rasanya tak mahu ana celoteh lagi, mengantuk sudah. Akhirnya, terima kasih pada semua ya...=)

( Sahabat2 MMU Cyber, kecuali yang paling kiri tu...:p )

( Kami khusyuk mendengar pembentangan para speaker, tiada masa untuk pOsing...:D )

( Bro Shah Kirit yang best )

( Forum ~ Acara last seminar )


p/s : Terima kasih tak terhingga buat ajk teknikal dan transport (tidak rasmi) KAD '09 atas segala jasa n usaha kalian...:D

5 comments:

Assalamualaikum..

Wow Bestnyeee^_^ SH kumpulan feveret selamanya..(Ni mesti ponteng kerja nie..)

Ok jangan lupe belanje ye bile dah masuh gaji nanti.. (Aqu rase dah masuk)

 

ramai gila KAD tu ya, dengar2 5000, 5000 kali tahniah untuk GAMIS, mantoppp!!!

jalan kt shah alam pun tak lepas?? ape laa.. pejam mata ja saya tau belok kanan belok kiri shah alam tu.. cakap ja nak g mana..

 

salam...

hahahah..yer..Ucapan tidak terhingga Terima kasih kepada AJK technical N transport secara tidak rasmi KAD 09..

Yer terima kasih juga kepada CO-Pilot yang cemerlang 2 yer...


- Kak ros upin ipin -

 

to hafizuddin

wslm wrhmtlh...SH paling best!...

oh tidak...keje ke gaji ke...sekarang zaman nafsi2...belanja2 sorry la...haha

to shafiqah

yaa...mmg mantap la gamis...takbirr!...

hek eleh...pejam mata?...ana sambil tido pon boleh...siap dengkur2 lagi...:p

to kak ros upin ipin

sebesar2 penghargaan kepada AJK tak rasmi kita tu ya...hihi...

ahaa...mmg time kasih bebanyak la kat co pilot tu...mmg cemerlang la...leh la pasni keje jadi co pilot...hihi

 

sah!!!!
tido berdengkur......