.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Jangan Sampai Ditangkap!

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah atas segala nikmat pemberianNya, selawat dan salam buat baginda junjungan Muhammad Rasulullah.

Sekadar memanfaatkan ruang yang diberi olehNya, ana suka untuk menggunakan sekadar yang terdaya buat mengisi kelompongan hati sendiri dengan tulisan yang entah isinya mampu digunakan atau tidak, biarlah, asalkan ana mahu menulis, insyaAllah.

Kecamukan politik Malaysia yang tidak pernah sepi2, kali ini telah ditambah lagi perisanya dengan keaadaan yang lain pula, apa dia?...Mantan mufti pula yang ditangkap, alasannya, tiada tauliah untuk menyampaikan ceramah, erm, tauliah itu apa ya?...ana sememangnya insan dhaif lagi kurang ilmu, maka telah diberitakan bahawa seorang pensyarah, mantan mufti, mantan ahli majlis fatwa, yang telah dikenali latar belakang dan ilmunya, dinafikan hak oleh JAIS utk memberi kuliah...dengan hal ini ana yang dhaif ini makin keliru apa ertinya tauliah yg diperlukan oleh JAIS lagi?...yang menyeronokkan lagi telah dibawa segerombolan anggota Polis utk menahan mantan mufti itu, wah, hebat benar, mungkinkah mantan kita itu punya M16 dan beberapa butir bom tangan?...agaknya.

Ana bukan mahu membela mantan itu, dia tiada kene mengena pun dengan ana, bukan ayah saudara, mahupun sepupu sepapat yang terdekat, cuma dalam menilai gaya tindak tanduk pihak yang menahan itu, lagaknya semacam tidak pernah belajar pula, nak kata jahil pastinya tidak, nak kata pandai, mungkin lagilah tidaknya. Lihat saja Selangor negeri kesayangan itu JAIS, cuba bilang kelab2 malamnya, dengan arak2 yg bertebaran, judi dan nombor ekor berleluasa, pelacuran dan segala macam perkara ma'asi yang lain, sudah lihat?

Ana baru katakan gejalanya, belum lagi ana katakan si pelaku2 ma'asi yang tidak langsung mampu dihitung, sebut saja siapa, Dato'?...Datin'?...pastinya tidak terbilang, maka ana mahu tanya, JAIS mengapa tidak utamakan yang itu dahulu?...kenapa mantan mufti yg akhirnya dilepaskan tanpa pendakwaan itu yang didahulukan sedangkan si pelaku ma'siat tadi bebas melata tidak kira tempat tidak kira pangkat?...oh, mungkinkah JAIS yang bijak akan memberikan alasan mereka tiada tauliah?...ana senyum saja.

Mungkinkah juga JAIS itu mendapat tauliah untuk tidak mempedulikan kelakuan yang terang2 memancung syari'atullah itu?...sebab itu jugalah mereka berani menjeling saja atas pelaku2 ma'asi itu dengan sebelah mata sahaja, ya, mungkin JAIS ada tauliah ini, tauliah utk membenarkan segala kelakuan ma'siat yang lain...ana senyum lagi.

Ana terdengar suara besar JAIS yang hebat berkata, bidang kuasa mereka lebih besar dr kerajaan negeri Selangor dalam penguatkuasaan undang2 Islam, ana jadi teruja mendengarkannya, tapi ana tersipu2 malu sendiri pabila yang ditangkap bukannya penjenayah mahupun pelaku ma'asi, tetapi sasarannya seorang ulama'...ah, ana sendiri menjadi malu walaupun encik JAIS itu bukan ayah saudara ana mahupun sepupu sepapat.

Tidak perlulah JAIS menghujahkan apa2 lagi demi membela penahanan itu, mantan itu mungkin ada terlanjur katanya, akan tetapi tidaklah beliau seorang penjenayah hebat yang perlu ditahan sebegitu rupa, jangan lagi gunakan alasan tiada tauliah, itu sudahpun boleh digumpal2 dan dbangkul sampahkan. Yang benar2 perlu bagi JAIS supaya tidak dikata jahil nanti, ubah lagak, dan tonjolkan gaya sebenar pejuang agama dengan membanteras segala kelakuan yang memancung syariatullah, bukan sekadar2 saja tapi sepenuh tenaga.

Entahlah, 1 Malaysia sekarang, macam2 hal yang terjadi, kecil ada, besar pun ada, yang lucu pun ada, yang lucu tak menjadi pun ada juga. Kecamukan ini ana kiranya tidaklah lain, hasilnya kerana cakap sahaja besar dan berdegar, pelaksanaannya saja yang kecil molek sgt sampai tak kelihatan, sama2 lah muhasabah, kita semua manusia biasa, perlu utk refresh setiap masa. Sekadar itu saja, ana undur dulu.

p/s : Untuk sekalian imam, ulama', pendakwah dan yg sewaktu dgnnya, hati2 kerna anda sedang diperhatikan, untuk sekalian tokey judi, bapa ayam, tokey kelab malam, pelaku2 ma'siat, usah takut, anda sememangnya dilindungi...fikir2kanlah...

2 comments:

tuan pandai bermain sentimen. mmg tindakan JAIS nampak buruk di mata kasar. lebih2 lagi bila dicanai oleh sibijak lisan spt anda namun hakikatny Allah izin itu semua terjadi , pasti ada hikmah disebalikny. individu yg tak menghargai penghormatan diriny sebagai bekas mufti dan sengaja menimbulkan kecelaruan kpd orang awam yg tdk begitu arif ttg agama mmg patut disentap sekali sekala. Dr Asri tdk membantu satukn umat tapi sering memprovok persoalan yg tlh diselesaikan oleh ulamak terdahulu. org yg tdk tahu menghormati amalan dan pegangan org lain mmg patut disekat dgn un dang2.

 

wa'alaikumussalam saudara anon...:)

Ana x mahu berkata panjang, cuma muktazilah, khawarij dan sewaktun dgnnya, semuanya dimatikan dengan hujjah, bukan penyekatan secara begini, jika ini tindakannya, api akan lebih besar...

Hikmah dan profesionalisme itu yang kita cari, bahkan ia amat2 dituntut dalam Islam, jangan disekat pembudayaan ilmu, akan tetapi jika rasa ia silap, maka matikan dgn hujah...jika x mampu, maka mungkinkan kita yang silap?...

ana suka dua perkataan dalam isu ini ILMIAH @ PROFESIONALISME...sekian...:)