.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Nature VS Nurture - Satu Penilaian

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri "
ar Rad : 11

Panjatkan syukur dan puji buat ilahi, segala nikmat dan rahmatNya tidak terperi, antara alpa atau sedar saja. Selawat dan salam buat baginda junjungan, insan mulia sepanjang zaman, qudwah terbaik buat ummat. Jangan malas2, nanti diri sendiri yang kerugian.

Paper masih belum habis, ana tahu, tapi sedikit masa diluangkan sekejap, rehatkan minda, releasekan tension, sebenarnya takdalah tension pun. Apa pun menulis buat ana selesa, kalau nak bagi alasan tak ada masa, rasanya itu kurang tepat, ana tak rasa 24 jam sehari suntuk kita baca buku ja kan?...ada masa luangnya, kadang kita guna buat sembang2, baring2, dan macam2 lagi, jadi alasan tak ada masa ditolak sama sekali!

Kalian pernah lihat Slumdog Millionaire?...yang mengisahkan tentang seorang remaja jalanan berjaya menjadi Millionaire setelah mampu menjawab keseluruhan soalan dalam rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire'. Hanya kerana beliau adalah remaja jalanan, telah dituduhnya menipu, namun setelah siasatan, telah disahkan tiada penipuan yang berlaku. Itu yang tersurat, namun dari pandangan ana, filem itu sebenarnya mahu menunjukkan realiti sebenar kehidupan di India, terutamanya kehidupan kanak2 jalanan di sana, mahu tahu?...tontonlah!.

Jika belum sempat menonton Slumdog Millionaire, sudahkah kalian tonton Laskar Pelangi?...filem dari seberang yang mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 miskin di Pulau Belitong yang begitu komited dalam menuntut ilmu, sehingga ada yang sanggup berbasikal setiap hari berpuluh2 kilometer demi mahu mengutip sebutir dua mutiara hikmah, malah dalam perjalanan kesekolah perlu melalui kawasan buaya dan hutan, kita bagaimana?.

Mengapa ana membangkitkan soal 2 filem itu? mungkin ada yang kata disebabkan ana sudah terpengaruh dengan hedonisme, kalau ada sila jumpa ana, nanti ana sekolahkan biar jumud dalam kepala tu hilang, ingat Kak Ina STAD ja yang boleh sekolahkan budak2 ni?...:D...Sebenarnya, setelah menonton 2 filem ini, ana terus teringatkan perkataan NATURE dan NURTURE. Kenapa?...kena terus bacalah...izinkan ya Allah.

Mengikut ilmu psikologi, NATURE dan NURTURE ini adalah faktor dalam pembentukan personaliti, bahkan sudah berdekad2 perbahasan yang mana lebih penting dalam membentuk personaliti seseorang, adakah NATURE yang boleh kita katakan kualiti dalaman atau bakat semulajadi itu lebih penting? sedangkan NURTURE iaitu environment, didikan, asuhan juga adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak kepentingannya.

Dr. Donald Hebb, seorang pakar psikologi terkenal dari Kanada pernah menjawab soalan journalis bila mereka bertanyakan yang mana lebih penting antara NATURE atau NURTURE, dan apa jawapan beliau?...beliau menyoal balas " Which contributes more to the area of a rectangle, its length or its width? ", satu lontaran idea yang sememangnya tidak pelik jika datang dari seorang ahli psikologi. Jadi apa jawapan anda untuk soalan Dr. Hebb?...apakah yang lebih penting bagi membentuk segi empat, adakah tingginya atau lebarnya?...ana masih berfikir sekarang.

Gerakan Nazi yang terkenal itu, mereka telah menekankan konsep NATURE lebih penting dalam mengejar agenda, sedikit sebanyak mereka telah berjaya, tidak dinafikan berjayanya mereka, juga tidak dinafikan mereka juga gagal. Kita lihat pula fahaman Komunis, yang mana Karl Marx telah mempromosikan penggunaan NURTURE bagi membentuk fahaman yang kuat. Ini juga telah berjaya, tetapi hakikatnya tetap gagal. Konflik ini telah membuatkan kontroversi antara sociobiology dan evolutionary psychology semakin berlanjutan. Yang ini ana punya jawapan, kenapa mereka gagal akhirnya, apa dia?...kerana secerdik dan selicik mana pun fikiran mereka dalam membentuk fahaman, tetapi dasarnya tidak mengikut SYARIATULLAH!, macam mana mahu berjaya?

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata "
al Baqarah : 208

Setelah lama berfikir, ana punya satu pegangan sekarang, mulanya ana suka untuk mengatakan keduanya sama penting, dan ana pernah ditanya oleh seorang sahabat dahulu mengenai perkara ini, jawapan ana, BOTH!, keduanya saling memerlukan. Namun saat ini, ditambah pula dengan tontonan ana terhadap 2 filem yang telah disebutkan di atas, maka ana telah berani menyatakan bahawa NURTURE lebih penting dalam membentuk personaliti. Ana tidak menafikan kepentingan NATURE, pastinya ia saling bertaut, cuma jika ditanya mana lebih penting, ana akan mengangkat tangan dan menjawab NURTURE!.

Kembalilah kepada Islam, yang mementingkan penerapan bi'ah solehah dalam kehidupan bekeluarga. Tidak terhad kepada keluarga sebenarnya bahkan pemerintah atau siapa pun perlu menekankan soal bi'ah solehah. Kenapa Islam begitu mementingkan environment yang sihat? ini tidak lain adalah kerana dari asuhan, didikan dan persekitaran mampu membentuk peribadi yang mulia. Ana sebut saja, Madinah al Munawwarah dengan New York, mana lebih bertamadun kalian rasa?...jangan pula ertikan tamadun itu bangunan yang tinggi2, tapi akhlak, ilmu, adab, budaya dan lain2 itu perlu dilihat terlebih dahulu.

Maksud firman Allah SWT :
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan "
al Hajj : 41

Maka disini dapat dilihat Islam menekankan NURTURE sebagai titik tolak bagi membentuk personaliti yang mantap. Dari didikan dan asuhan Rasulullah SAW jugalah telah lahir sahabat2 yang begitu mantap akhlaknya, teguh imannya. Andaikanlah Umar al Khattab yang bengis pada mulanya itu jika tidak diasuh dan di didik Rasulullah SAW apa jadinya ya?...benar hidayah milik Allah, namun Allah menjadikan sesuatu pasti dengan asbabnya, dan Rasulullah adalah salah satu asbab Umar berubah. Dalam masa yang sama, NATURE umar yang bengis dan garang pada asalnya itu, telah digunakan oleh Rasulullah menjadi kekuatan pula bagi umat Islam dengan menggunakan NURTURE iaitu didikan dan asuhan yang penuh hikmah, subhanallah!

Dapat dilihat disini, bagaimana NURTURE mampu mengubah NATURE manusia sekaligus mampu memaksimumkan kualiti dalaman seseorang, bahkan mampu pula melahirkan sesuatu yang positif sedangkan asalnya ialah negatif. Semua ini berlaku jika syariat diikuti dengan sebaik baiknya, bukan ambil sebahagian dan buang sebahagian. Pendapat ana ini diteguhkan lagi pabila mengingatkan dan mengkaji filem Slumdog Millionaire, yang mana NATURE watak utama adalah seorang budak periang, bijak, berani mengambil risiko, dan bersemangat, namun akhirnya telah menjadi yang agak liar. Watak utama itu beragama Islam, namun jika dilihat dia telahpun menyimpang dari Islam yg syumul. Beliau telah membesar dalam environment yang tidak sihat, tiada didikan dan asuhan yang sempurna, dan semua ini adalah faktor2 NURTURE dalam mempengaruhi personaliti seseorang.

Dalam Laskar Pelangi pula, dapat dilihat, pabila kanak2 itu berada dalam lingkungan mereka yang gemar belajar walaupun berada dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka semuanya menjadi bersemangat menuntut ilmu. Lintang, salah satu watak yang begitu menarik untuk dikaji dalam persoalan NATURE VS NURTURE, insyaAllah pengkajian ana akan dikongsikan. Lihat, Lintang adalah seorang murid yang genius! bijak secara semula jadi (NATURE), ayahnya pula seorang yang begitu bersungguh2 mahu melihat lintang berjaya (NURTURE), dan ini telah membuatkan Lintang begitu besemangat dalam pembelajaran sehingga sanggup berbasikal berpuluh2 kilometer setiap pagi untuk ke sekolah.

Namun, apa yang telah mengubah Lintang menjadi seorang buruh kasar saja di alam dewasanya? Ini kerana, kemiskinan keluarganya telah menyebabkan Lintang terpaksa menggantikan ayahnya yang meninggal dunia untuk menampung keluarga, juga persekitaran kawasan itu sememangnya menuntut untuk dia melakukan pekerjaan sedemikian (NURTURE). Oleh sebab tiada galakan dan bantuan yang sepatutnya dari pihak bertanggungjawab, Lintang yang genius itu hanya menjadi buruh kasar pada akhirnya, ini kerana NURTURE tidak digunakan untuk memaksimumkan NATURE Lintang yang genius itu.

Satu lagi watak iaitu Kucai, yang mana beliau bolehlah dikatakan paling lemah dalam pembelajaran (NATURE), dalam filem mungkin tidak kelihatan sangat, tapi jika membaca novelnya, insyaAllah akan menunjukkan bahawa Kucai adalah antara yang lemah. Apa yang menjadikan ana teruja, walaupun beliau lemah dalam pembelajaran, akhirnya pada alam dewasa, beliau mampu sudah meraih gelaran Doktor Falsafah. Ini tidak lain, melalui environment, didikan, dan asuhan (NURTURE) yang diterima sedari kecil telah menguatkan semangatnya untuk terus berusaha belajar mengejar cita, lihat bagaimana NURTURE mampu mempengaruhi NATURE.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" seseorang itu menurut agama(jalan) temannya,maka oleh sebab itu hendaklah kamu semua meneliti orang yang digaulinya "
HR : Abu Daud & Tirmizi

Ulasan2 ana adalah melalui pemerhatian, juga bila dikaitkan dengan Islam itu sendiri, maka akan terlihatlah kepentingan NURTURE itu lebih terkehadapan dalam membentuk personaliti seseorang. Ana tidak membangkul sampahkah NATURE sebagai salah satu faktor, namun jika ada yang bertanya apa yang lebih penting, maka jawapan ana sekarang sudah mantaplah NURTURE ataupun boleh dilihat sebagai persekitaran, didikan dan asuhan. Kalau mengikut ilmu psikologi, atau perdebatan mengenai NATURE VS NURTURE ini, sebenarnya NURTURE itu dapat dikembangkan lagi pemahamannya, sehingga pengaruh semasa mengandung pun dikira salah satu proses pembelajaran, dan ana amat setuju dengan itu kerana Islam juga menyuruh membuat perkara2 baik, memperbanyakkan bacaan al Quran dan lain2 diwaktu mengandung bukan?

Sebagai khulasahnya, apa2 pun jika ada keraguan padanya, mahu mencari kebenaran, mahu merungkaikan apa yang tersimpul, Islam ada jawapannya, sesuailah dengan Islam itu sendiri yang bukan sekadar agama, bahkan ia adalah satu cara hidup yang merangkumi seluruh rangka sosial dalam bermasyarakat. Jadi, apa pun permasalahan yang timbul kembalilah kepada al Quran dan as Sunnah, kembalilah kepada Islam yang punya segala jawapan, ana undur dulu...wallahu'alam.

Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah buat kesekian kalinya, jangan leka ucap puji dan syukur kerna nikmat dan rahmatNya tidak pernah terhenti walau sedetik. Buat baginda insan mulia, Muhammad Rasulullah penghulu ummat, jangan dilupa selawat dan salam.

Seketika lagi waktu diberi oleh MMU tercinta buat ana melepas lelah dari menghadapi perperangan jiwa dan pena. Kali ini 3 hari waktu diberi, Sabtu nanti paper last, insyaAllah last paper untuk ana ambil di MMU. Tadinya sudah satu paper yang amat "senang", kata orang tua2 macam kacang ja, tapi ana up lagi sedikit, macam kacang lupakan kulit ja!. Sebenarnya ana sedang mempraktiskan teknik reverse phsycology untuk membetulkan kembali saraf2 otak yang sedang berpintal ketika ini, think positive is a MUST!

Oh ya, kita tinggalkan saja zul wadiqurra' dengan sarafnya yang berpintal itu, sekarang sama2 kembali ke dunia nyata. Kalam ana dipaksa lagi untuk berbicara tanpa suara kali ini kerna melihatkan Wadi al Qurra' semakin merindui tulisan tuannya, mungkin laman ini akan merajuk jika dibiar lama2, ana tak mahu nanti ada makhluk2 halus yang datang membuat kediaman rasmi disini. Kita terus saja dengan agenda sebenar, apa itu "Jauh Tak Berjarak, Dekat Tidak Bersentuh?"

Pastinya pelbagai telahan timbul untuk meneka apakah bendanya yang bersifat sedemikian. Bukan QURRA' sekalian saja yang mahu menelah, bahkan ana sendiri pun turut sama berfikir apakah kebarangkalian yang mungkin menjadi jawapannya. Suka hati kalianlah mahu memikirkan apa, tiada skema disini untuk ana berikan markah atau mengatakan betul dan salah. Apa yang terzahir diminda kalian anggap saja itu jawapannya, tetapi kalau mahu tahu apa jawapan dari minda ana, ayuh teruskan pembacaan.

Ana mahu fokuskan dalam permasalahan cinta, rasanya bukan ana yang terbaik membicarakan soal ini, namun ana tak mahu menunggu menjadi yang terbaik baru mahu memberi. Dalam pada kita usaha menjadi yang terbaik, seiringkanlah juga dengan usaha untuk menambah baik yang lain, begitu juga hendaknya kalian, saling memberi juga saling menerima. Ah, teringat pula kata2 Pak Harfan dari Pulau Belitong dalam Laskar Pelangi, " Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak banyaknya!"

Anda ada kekasih hati? pujaan jiwa? atau apa saja yang seangkatannya, ana mahu tanya sudikah kalian jadikan sidia itu sebagai jawapan kepada " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh? "...mahu atau tidak?. Sebelum ana lanjutkan lagi bicara santai ini, ingin ana tegaskan bukan niat ana menggalakkan cinta palsu!. Bicara ini lahirnya kerna kesedaran ana sebagai manusia yang tidak sesekali boleh menolak FITRAH!. Jadi kali ini, semacam satu solusi dan peringatan ana sediakan, fahamilah.

Pastinya, yang tidak bertudung, bertudung singkat mahupun labuh, berkopiah, berjubah, bertopi sudu, semua itu selagi bergelar manusia maka fitrah ingin mencintai dan dicintai pasti hadir. Oleh kerana itulah pelbagai kisah dukacita masih lagi mampu didengar termasuklah soal khalwat antara pasangan ustaz dan ustazah, ini bukan rekaan bahkan kenyataan yang haq!. Tidak segan ana tonjolkan kebenaran demi kemaslahatan. Jika dikalangan orang2 biasa, mungkin boleh di andaikan mereka tidak tahu, tetapi jika si lelaki itu sudah hafaz 30 juzuk, dan si muslimat itu bertudung litup serta dari keluarga kuat pegangan agamanya, apa cerita?

Tidak lain tidak bukan, kerana cinta yang tidak terkawallah salah satu asbabnya. Perasaan cinta itu pasti hadir, akan buruk akibatnya jika tanpa kawalan yang sepatutnya, bagaimanapun jika landasan yang diikuti adalah landasan yang benar maka fitrah itu akan menjadi anugerah. Salah satu solusi yang mampu ana berikan, cuba teliti kata2 " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh ". Sebolehnya jika perasaan sudah mula berbunga2 maka praktikkan ini!

" Jauh Tak Berjarak ", sudi kiranya ana menjelaskan ini sebagai satu kata yang membayangkan sekuat mana rindu mahupun cinta kalian, hadirkanlah didalam hati, sidia yang dicintai itu walau jauhnya beribu batu, tetapi Allah ada untuk menjaganya. Maka buat apa mahu difikir2, dirindu2, dirisau2 sedangkan sebaik baik penjaga sudah ada sebagai penemannya, ragukah kalian akan kekuasaan Allah?. Itu satu, peringkat yang lain pula, jangan terlalu dirisau teman hidup anda jika masih belum punya seseorang, sesungguhnya ia "Jauh Tak Berjarak", sudah ada utk kita insyaAllah, cuma perlu sedikit usaha lagi dan sepenuh tawakkal kepadaNya. Sebenarnya bukan payah mahu mempraktikkan semua ini, jika hati yakin dengan TUHAN!.

Pelbagai alasan itu dan ini diberikan demi menghalalkan yang haram, pada hakikat sebenarnya satu saja alasan yang boleh diberi, TAK YAKIN PADA ALLAH!, renung2 kembali, ada benarnya bukan?. Selanjutnya ana teruskan dengan " Dekat Tak Bersentuh ". Begini, kita mulakan dengan yang mudah dahulu. Selagi mana belum halal melalui syariat Islam iaitu perkahwinan, maka tidak usahlah mencari cari alasan berdampingan, bersentuh sentuhan, ber dating2, tiada hujah yang mampu menghalalkan!. Itu rasanya sudah jelas bukan, namun kita teliti lebih sedikit maksud tersiratnya. " Dekat Tak Bersentuh " bukan saja soal fizikal, bahkan batin juga!

Jika benar kalian sudah punya komitmen dengan seseorang, jangan sampai ia membenarkan perasaan masing2 saling bersentuhan sehingga membawa kepada lagho dan zina batin!. Sedekat mana pun hati kalian dengan sidia, tetap jua perlu diingat garisan yang telah ditetapkan Islam. Jika tidak mampu kawal maka cepat2 lanjutkan keperingkat yang menghalalkan semua itu, jika tidak mampu melanjutkan keperingkat itu, maka atas dasar apa kalian memberanikan diri melawan arus dan mempermainkan dustur ilahi? atas dasar apa komitmen hubungan itu diteruskan?...atas dasar apa sebenarnya kalau bukan dasar keberanian menderhaka kepada TUHAN semata?...sedarkah?

Mahu bicara soal cinta ini memang tiada sudahnya, akan berlanjutan saja sampai tak sudah, namun ana perlu sudahkan juga kerna telah mulakan. Sebagai ingatan kepada diri juga kepada yang sudi, jika tidak mampu dari awal, jangan sesekali cuba melawan arus, arus manusia ana tidak risaukan, tetapi jika melawan arus yg ditetapkan Allah, maka sakitnya tak sudah nanti, ingat ya!. Oh ya, sebelum itu, satu lagi jawapan kepada " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh "...nak tahu apa?...TUHAN kita itu lah!...ALLAH SubhanaWata'ala!...^_^...ana undur dulu!

Kembara Penuh Makna - Ingatan Kepada Yang Mahu

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji kehadrat ilahi, masih lagi diizinkan ana menitipkan sedikit buah tangan buat diri juga kepada yang sudi. Selawat dan salam buat baginda, Rasul junjungan, insan mulia, sosok agung, pekerti ikutan...Muhammad Rasulullah.

Ruang diberikan oleh MMU, membenarkan ana bercuti sementara dari menghadapi madah2 berhelah yang masih lagi tinggal 2, dah sudah tamatnya 2. Ruang seminggu diberikan buat ana berehat dan memperkemaskan ibadah sirr...OopSs!. Namun, setelah kerinduan untuk menulis melambai2, membangkitkan semangat untuk berkongsi. Kali ini izinkan lagi ana berkhayal, insyaAllah menjadi pengajaran dan ingatan. Mungkin agak panjang coretan ini, tapi harapan ana hanya satu, bukan memaksa, tapi mengharap, bacalah hingga akhirnya supaya sampai apa yang mahu disampaikan. Semoga bermanfaat.

Suatu malam, tamat sudah aku berjamaah dimasjid, melangsai tuntutan TUHANKU. Isya' berjamaah memang seronok, bahkan kalau dicampur lagi dengan ganjaran jika subuh juga berjamaah, seolah telah menunai ibadah malam...subhanallah. Usai sudah ku bersolat, juga menjamah sedikit jamuan di masjid bersama pakcik2 yg memang setia denganku setiap malam, mana yang sebaya denganku, aku pun tak tahu, sibuk berdakwah barangkali, penat dan tak punya masa ke masjid, barangkali aku ulangi.

Solat sudah, kenyang pun sudah, sidang jamaah tadi telah pun mula melangkah pulang. Aku masih lagi termanggu di sudut masjid. Sebuah masjid yang sederhana saiznya, tetapi binaannya amat indah pada amatanku, antik dan tradisional. Kudengar memang telah lama bertapak, sebelum zaman jepun menjajah lagi. Tetap juga kukuh masjid kayu usang ini, tetapi masih gah melayan sang hamba yang mahu menyembah TUHAN. Tuan Imam, atau mesra aku aku panggilnya sebagai Imam Ali datang menyapa, " Yusuf, belum mahu pulang lagi? "...aku senyum dan menyahut, " Belum pak Imam, mahu duduk2 sekejap, nanti saya padamkan lampu2 dan tutup pintu2 masjid ya "

Aku sendirian sekarang, entah angin apa yang membuatkan aku malas2 mahu pulang, mungkin sedikit pelik jika ada yang melihat aku seorang2 saja, bahkan menjadi makin pelik, bukannya aku sedang bersolat atau mengaji Quran, aku termanggu saja ditangga, macam pungguk menunggu bulan lagaknya. Dan sememangnya aku sedang mengintai bulan, subhanallah!. Aku mengira2, kenapa masih ada yang mahu ingkar akan kebesaran dan kekuasaan TUHAN, tidak cukupkah buktinya?...atau memangnya tak mahu ambil tahu?

Sedang aku bermonolog sendiri, bicara dengan hati, dalam masa aku sendiri kebingungan dengan lagakku yang tak mahu pulang, bagai ada sesuatu yang menghalangi ku, aku disentak perasaan aneh. Hatiku berdebar tiba2, laju dan kencang bagai baru usai berlari pecut seratus meter. Aku pandang sekeliling, tiada apa, hatiku saja yang tidak berapa kena, debarku bukan kerna takut, ia debar datang tidak semena mena, apa ini rasanya debar sahabat yang mula merasa cinta? Aku pelik dan keliru, apa pula yang buat jadi begini, apa ini, aku jatuh cintakah, pada siapa?

Masa itu juga, sentakan perasaanku makin hebat jadinya, aku jadi sejuk menggigil tanpa ada amaran dahulu, cuaca jadi sejuk amat hingganya mencapai tetulang sumsum ku, Malaysia akan turun salji!...Apa salji?...aku mula hilang kawalan atas akal ku sendiri, salji di Malaysia, nampaknya aku benar2 tersentak dengan keadaan aneh ini, sampai akal ku juga turut menjadi aneh. Betul!...aku betul2 sejuk sekarang, mahu saja ku buka langkah 2 - 3 ribu berlari, tapi tetap, duduk ku tak mahu berganjak, seolah ada kuasa yang mahu aku membatu disitu, aku pasrah, aku juga mahu tahu.

Mahu saja aku pengsan, satu suara garau lagi tegas menerpa di telinga, " Yusuf!!!...pandang kami! "...Aku kuatkan hati mencari, arah mana, dari mana dan siapa yang berbicara, suara itu bergema, bagai ada lantunan suara, gemanya menggegar hati menggoyah perasaan, pastinya bukan pakcik2 yang aku kenal!. " Yusuf!!!...pandang kami!...dongakkan kepalamu wahai manusia!!! "...aku mahu menangis rasanya, terasa kecil dan kerdil, dengan apa aku berhadapan ini, aku kuatkan semangat, aku toleh dan dongakkan kepalaku...MasyaAllah!!!

Atas sana!...ya, aku mendongak dan kulihat di atas sana, bukan diatas masjid, bukan diatas pokok!...tapi betul2 diatas kepala ku, ada enam, ah tujuh, aku kurang pasti saat itu, bukan masanya aku mahu belajar mengira, mahu saja aku pengsankan diri, namun tiada daya, aku masih lagi sedar, dan sekarang aku berhadapan dengan sekumpulan makhluk yang melayang2 di atas angin, benarkah aku masih sedar?. Aku menarik nafas dalam2, sejukku masih belum hilang bahkan bertambah tambah pula. Sedang melayang diatas kepalaku, dan aku pasti sekarang bilangannya tujuh, berpakaian putih dan ada juga hijau, sosok dan gayanya seakan manusia, cuma tingginya lebih banyak dari ku. Aku terpana, siapa mereka?

Aku masih lagi terpegun, tidak tahu apa tindakan yang perlu, hanya sekadar pandangan ku halakan ke arah tujuh jisim asing di atas ku itu. Dalam masa aku kaku membatu, mereka bertujuh menghampiriku, dan terus yang berada dihadapan sekali yang aku kira ketuanya berucap kepadaku, " Yusuf!...jangan gentar, kami at Tayaarun!...bangsa penerbang dikalangan jin "...Aku teringat, benar...Jin punya banyak jenis2nya, bangsa penerbang, bangsa penyelam, bangsa penipu, bangsa pelayan, ah...banyak lagi, bukan masanya aku mahu bilang satu2. Aku mengumpulkan segala semangat yang ada, ku luahkan juga perkataan pertamaku sedari tadi, " Wahai hamba Allah, aku sebenarnya masih keliru, tapi izinkan aku tahu geranganmu dan apa peganganmu "...Si ketua tadi dengan pandangan tajam tetapi penuh kemesraan memandangku, " Aku namanya 'Ainyaail, dan agamaku sekata denganmu wahai manusia, bahkan semua yang disini dalam akidah yang sama "

Sejukku tadi sudah mula menghilang, hangat2 telah mula kurasa, bukan hangat yang panas sampai membuat aku berpeluh2, tapi ini kehangatan yang lain, aku terasa hangat kerana kemesraan. Mereka selain 'Ainyaail tadi, seorang demi seorang memperkenal diri, Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, dan Kasfiyaail. Itu nama2 yang mereka khabarkan, dan aku berfikir sejenak, aku macam pernah saja dengar nama2 begini, bukankah ini namanya Raja2 jin alam atas yang Islam?...aku pernah dengar begitu, tapi kepastiannya aku kurang. Dari gaya dan lagaknya, memang mereka itu kelihatan terhormat, juga ada aura pemimpin. Aku biar saja persoalan itu, ada persoalan lebih besar menanti.

Pandanganku terus pada mereka kini, sudah tiada lagi sejuk, gerun pun sudah beransur pergi, dapat kurasa kemesraan walau pada zahirnya wajah2 mereka itu tegas dan sedikit garang, agak menakutkan jika dipandang dengan mata zahir cuma, aku cuba mempraktiskan padangan mata hatiku. Rukiyaail yang berada belakang sendikit dari 'Ainyaail terbang ke sebelah ku, dipautnya bahuku, " Hilangkan ragumu Yusuf!...kami datang bukan sebagai pengganggu, bahkan mahu membantu "...Semacam sudah lama kenal saja, perasaan ku sekarang amat tenang, dengan sekali pautan saja dari Rukiyaail, benarlah, mereka ini Makhluk alam ghaib yang misteri, punya sesuatu yg istimewa kurniaan TUHAN.

Aku bertanya, " Kalian, hajat sebenarnya apa yang membuat kalian datang begini ke alam manusia?...katanya mahu membantu, bantu apa? "...'Ainyaail menyahut, " Yusuf, kami bukan ke alam manusia, bahkan kamu sudahpun berada di Alam Mithal sekarang, ini alam kami, diantara alam manusia dan malaikat "...Mikiyaail yang berada dibelakang sekali meluncur kehadapan, " Yusuf, cuba kamu perhatikan sekelilingmu sekarang, apa beginikah alam manusia?...dan benarlah, tujuan kami membawamu untuk membantu, musafir kita selepas ini akan menjawab segala persoalanmu Yusuf "...Aku kaget, kupandang sekeliling, memang benar, alam yang aku berada bukan alam biasa, Alam Mithal pernah aku dengar dahulu, tapi tak pernah aku sampai!...hening keadaannya, sepi, tapi penuh dengan keajaiban bagi manusia!

'Ainyaail menghulurkan tangannya padaku, aku menyambut saja tanpa sebarang soal, sedikit demi sedikit, aku mula terangkat, terasa bagai mimpi tapi kenyataan yang aku hadapi kini. Aku sedang terbang sekarang dengan pimpinan 'Ainyaail dan sahabat2nya yang lain, " Yusuf, aku bawamu kini bersamaku, bukan sekadar musafir biasa, aku mahu dengan apa yang kamu lalui dan dapati nanti, gunakanlah untuk ummah! "...Ainyaail bersuara garau. Aku angguk saja, kerna aku pun belum pasti apa maksudnya, dan apa bantuan yang mereka perkatakan itu. Bagai tahu apa yang bermain di benak mindaku, Samsamaali datang mendekat, " Kami bukan manusia, tapi kami tetap Islam, kami kini terlalu rungsing melihat perilaku ummat islam dan manusia itu sendiri, bahkah yang paling menyayat hati, kelompok yang mengaku berjuang kerana Islam pun tidak faham erti perjuangan sebenar "...Aku beliakkan mata, " Kenapa?? "...Samsamaali tersenyum saja, dapat aku lihat, Samsamaali ini manis rupanya, paling cantik pada pandanganku jika dibanding dengan lain2.

Agak lama juga aku melayang2 diudara, seronok pula rasanya, teringat zaman kecilku yang selalu berangan mahu jadi superman. Tidak sedar aku di mana sekarang, tiba suatu tempat di awangan itu, kulihat satu mahkluk hitam yang agak besar dan tegap dihadapan, sungguh ia terlalu berbeza dengan temanku yang bertujuh itu. Makhluk itu maju ke arahku, laju!...Jibriyaail yang dari tadinya senyap saja, meluru dan berteriak, " asy Syaqq!!!...ini bukan mangsamu!!!...baik saja kamu nyah dari sini kalau rasa tak mahu menggelupur kesakitan! "...gegak gempita suasana dengan lantunan suara yang amat2 menggentarkan dari Jibriyaail, sedikit lagi aku mahu pengsan. Makhluk tadi lintang pukang beterbangan melihat Jibriyaail dengan suaranya. Asy Syaqq, nama itu yang disebut Jibriyaail tadi, ku ingat pesan murobbi ku tentang syaitan yang namanya asy Syaqq, kerjanya mengganggu manusia yang bermusafir berseorangan. Itu rupanya, pengajaran bermakna bagiku.

Perjalanan diteruskan, kami masih di awangan, sampailah satu ketika 'Ainyaail menyuruh semuanya berhenti, dengan pandangan penuh makna, mereka bertujuh memandangku, 'Ainyaail bersuara garau seperti biasa " Yusuf, ingat! semua yang kamu tahu dan pelajari nanti gunakan untuk ummah! "...Aku angguk seraya berkata, " InsyaAllah...doakan untukku "...Kami meluru kebawah sekarang, kulihat satu kelompok manusia, " ini alam manusiakah? "...aku menyoal...Kasyfiyaail datang kepadaku dan menerangkan, " Yusuf, kamu jangan hairan ya, sekarang dengan izin Allah kita sedang melihat alam nyata manusia, juga alam ghaib jin, ini gabungan dua dunia Yusuf, sekarang perhatikan! "...semakin mendekat dengan kelompok itu, ah ini rupanya kelompok manusia yang sedang mendengar kuliah. Aku senyum, bagusnya mereka ini, tekun!

Dari pendengaranku aku mula mendengar soal2 jamaah, harakah, dan lain2, pastinya dengan mudah aku dapat simpulkan ini kelompok manusia yang masih dalam jamaah. aku seronok mendengar dan melihat sampailah satu ketika. Ku dengar dari mulut penceramah itu apa yang benar2 buat aku gelisah, dia sekarang sedang membanding bandingkan gerakan dakwah Jamaahnya dengan yang lain, katanya Jamaah inilah lebih dekat dengan Ikhwan!, kitalah yang benar, yang lain perlu ditolak!...katanya lagi, perlu diperjuangkan Jamaah ini kerana ini saja yg menepati sunnah, malah apa yang membuat aku hampir2 menangis, penceramah yang berpakaian seolah ulama' besar itu sanggup memburukkan Jamaah lain selain dari Jamaahnya!...yang mendengar pula mengangguk2 penuh pasti tanda setuju. Aku menitiskan air mata kini, Allah!...apa ini ya Allah!...Sarifiyaali berbicara buat pertama kali padaku, " Yusuf, sabar Yusuf...inilah hakikat dunia hari ini, inilah alam nyata Yusuf, "...Suara Sarifiyaali yang halus benar2 mengusik jiwa dan menenangkan, aku sekarang terasa lebih tabah dan kuat.

'Ainyaail menepuk bahuku, " Yusuf, sekarang cuba kamu lihat di sekitar kawasan kuliah itu, lihat di sana! "...Aku membulatkan mataku, ya Allah!...aku terkejut bukan kepalang lagi, melihat tiga makhluk yang sangat hodoh rupa dan penampilannya berlegar legar mengelilingi kumpulan manusia tadi, satu daripadanya berada dibelakang Penceramah, kelihatan ia sedang ketawa berdekah2 sampai berguling2 di lantai. Aku menyoal 'Ainyaail apa itu dan tidak sedarkah manusia2 itu. 'Ainyaail menjawab garau, " Itulah Masuth dan sekutu sekutunya, Iblis dan syaitan yang kepakarannya menyebarkan fitnah dan kebohongan, dan manusia disitu tidaklah dapat melihat alam ghaib "...Manusia senang2 saja ditipu dan diperguna oleh Iblis dan Syaitan sebegitu rupa. Namun ku ingat pesan murobbi ku, Iblis dan Syaitan itu tidak akan mampu dan sanggup memperdayakan orang2 yang IKHLAS!...jadi aku bertanya kepada hati sendiri, bagaimana duduknya Jamaah2 yang mengaku memperjuangkan Islam namun dalam masa yang sama menyebar fitnah, seakan seiring sejalan dengan Masuth dan kuncu kuncunya saja, IKHLAS kah mereka?...Allah saja yang tahu.

Jibriyaail berkata sesuatu kepada 'Ainyaail sambil menunjuk2 keatas, aku cuba mendongak, kulihat sekilas satu sosok berjubah hitam pekat, dari jauh saja ku dapat lihat keperkasaan badannya, dia memandang seketika dengan pandangan merah menyala dan terus laju meluncur dan hilang sekelip mata, aku beristighfar lalu mendekati Sarifiyaali, " siapa itu? "...Sarifiyaali dengan suara yang menenangkan berkata " Yusuf, nanti kamu akan tahu juga sosok itu, jangan gundah, tiada yang mampu memberi mudhorat tanpa izin Allah! "...Sarifiyaali senyum, aku pun turut senyum dan lega mendengar khabar dan suara halus Sarifiyaali. 'Ainyaail memanggilku dan menghulurkan tangannya padaku, maksudnya kami akan terbang lagi, kemana pula ingin dibawa ku, aku pun kurang pasti bahkan tak ketahuan langsung, aku ikut saja.

Masa di awangan, Kasyfiyaail datang mendekat, " Yusuf, destinasi selepas ini pasti akan membuat kamu terkejut dan teruja bahkan mungkin juga kagum! "...Hatiku benar2 berdebar kini, semangat ingin tahuku membuak2. Kami terbang melintasi banyak kota dan kampung, namun seketika aku terkejut, dalam gelap malam itu, aku bagai ternampak kubah yang berkilau emas, dan satu lagi kubah yang sudah kusam warnanya, ditambah pula gelap malam. seakan kawasan Masjidil Aqsa, dan yang keemasan tadi adalah Qubbatus sakhra. Kasyfiyaail bagai tahu apa yang aku fikirkan, sesuailah namanya Kasyfiyaail, punya ilmu kasyaf barangkali. Katanya padaku, " Ya Yusuf, baru saja kita melintasi al Aqsa tadi, dan sekarang kita hampir saja tiba ke destinasi, negara haram Israel! "...Allahu Allah!...aku benar2 hampir sesak nafas mendengar, al Aqsa, Israel???.

'Ainyaail mula memperlahankan kelajuan, beransur2 berhenti, begitu juga yang lain, aku yakin yang destinasi yang ditujui betul2 berada dibawahku. Kulihat dibawah satu bangunan besar, dan dengan jelas ku dapat melihat berkibar megah bendera haram Israel puncak bangunan. 'Ainyaail berseru, " Kita akan masuki bangunan dibawah ini, menuju terus ketingkat bawah tanah, jangan risau akan pintu dan sistem penggera, kita di alam lain sekarang "...Aku tahu, tentunya kata2 itu dituju buatku, mana tidakknya, pasti aku gundah mahu menceroboh bangunan Israel yang terkenal mantapnya sistem keselamatan, dan baru juga aku terperasan, bangunan itu sebenarnya milik salah satu kementerian Israel. Kami meluru memasuki bangunan, menembusi dinding2 tebal, hinggalah tiba di suatu dewan yang besar dan luas, ramai yang berkumpul ketika. Seperti sedang bermesyuarat, dan rasanya sememangnya mereka sedang bermesyuarat. Seseorang yang seolah2 bertindak sebagai ketua sedang berucap di hadapan, wajahnya semacam aku kenal, Ehud Olmert ?, dan dapat dilihat ditangan beliau satu buku tulisan Theodore Herztl. Aku lantas dapat mengagak, " Persidangan rahsia zionis kah ini? "...Tanyaku pada Rukiyaail disebelah..." Kamu pantas Yusuf, benar!...dan perhatikanlah! "

Aku kini berada dalam sidang rahsia zionis, rasanya memang aku kenal segelintir yang ada di persidangan, itu Shimon Perez, Ehud Barak, dan ramai lagi barisan kabinet Israel, di satu sudut lain kelihatan juga CEO McDonalds yang juga Honorary Director American - Israel Chamber of Commerce and Industry, Jack M. Greenberg pun ada sama!. Kulihat mereka begitu kemas dan teratur, begitu menjaga thiqah dalam bermesyurat, dan bila tiba masanya soal jawab, masing2 menjaga etika dan saling bertukar pandangan. Pelbagai agenda dirancang bagi menjatuh dan melumatkan umat Islam, aku dapat melihat kekecewaan mereka yang jelas kerana masih juga gagal menjatuhkan Islam, bahkan menawan Ghazzah pun tidak mampu!. Namun dari perbincangan mereka, tiada pun unsur2 putus asa kelihatan, masing2 punya idea bernas dan bersemangat menyumbang dalam gerak kerja zionis. Seorang pun tiada dalam kalangan mereka menjatuhkan antara satu sama lain, mereka saling berbangga antara gerakan2 yang ada dan saling memuji, tahalluf antara mereka amat padu aku lihat. Perhatikan saja dengan bilangan mereka yang sedikit itu, dunia sudah pun mampu dikuasai!...Tiba2 pintu bilik mesyuarat terbuka, seorang tua yg seakan Ariel Sharon kelihatan memasuki bilik mesyuarat dan bersuara, " Jauhkan Muslim dari al Quran, maka kamu akan berjaya!!! "...Aku terkejut, "siapa itu?...bukankah Ariel Sharon itu sedang koma?! "...'Ainyaail menyahut persoalan ku, " Itu Marid wahai Yusuf, antara Syaitan dari kalangan Jin, mereka datang membantu agenda2 zionis menghancurkan Islam! "

Teringat pula satu sirah yang berlaku sebelum hijrah, Syaitan telah menyerupai seorang syeikh kononnya dari Najd, dan telah masuk dalam satu mesyuarat di Darunnadwah yang mana ia adalah mesyuarat orang2 Quraisy untuk membunuh Rasulullah SAW, Si Syaitan laknatullah itu hadir sebagai pemberi nasihat, memberi nasihat bagaimana untuk membunuh Rasulullah SAW. Juga satu peristiwa pada perang Badar, Syaitan telah masuk dalam kelompok musyrikin dan menjelma sebagai Salah seorang lelaki dari bani Mudallij, Suraqah bin Ju'tsam. aku berkira2 sendiri, sungguh, dengan kekuatan dan etika antara gerakan zionis seluruh dunia, ditambah pula bantuan syaitan laknatullah, memanglah mereka berupaya menguasai dunia, tetapi semuanya berlaku dengan izin Allah. Samsamaali mencuit tanganku, " Yusuf, yang BATIL jika dilakukan secara terancang akan mampu menewaskan yang HAQ jika tiada susun atur yang baik "...Aku berfikir sejenak, Gerakan yahudi zionis saling bertahalluf antara mereka, namun kita sesama Jamaah Islam dan ummat Islam saling menfitnah antara satu sama lain, jatuh menjatuh, buruk memburuk...astaghfirullahal 'adzim!

'Ainyaail mula memberi isyarat padaku, nampaknya sudah masanya kami keluar dari tempat ini, aku masih lagi gundah dengan apa yang terjadi, kalau inilah yang berterusan, ditambah fitnah yang semakin berleluasa antara umat Islam, dimana mahu ku cari ke'izzahan Islam selepas ini?. Sarifiyaali menenangkanku dengan suara lunak dan halusnya, kami bertujuh kemudiaannya sama2 beristighfar dan mendoakan kesejahteraan seluruh ummat Islam. Aku bertanya kepada 'Ainyaail, " Adakah lagi destinasi selepas ini? "...dengan garau 'Ainyaail menjawab, " Ini destinasi akhir kita malam ini wahai yusuf, bersedialah! "...Kami lalu kembali terbang ke awangan dengan kelajuan lebih dari sebelumnya, Kopiahku tadi jatuh entah kemana, kusut masai jadinya rambutku, ah...biar saja!.

Kali ini kami tidak melalui kota2 mahu kampung2, kami merentas hutan, padang pasir gurun dan tiba di suatu kawasan pergunungan. Dipuncak pergunungan itu dapat kulihat seakan kota besar, Mataku terbeliak!...Syarifiyaali mendekat, " Yusuf, kamu ingat sosok yang berjubah hitam tadi?...ingat yang aku katakan sebelum ini?...kamu akan tahu siapa dia sebentar saja lagi "...Aku teruja, namun sedikit gerun bila teringatkan pandangan Makhluk itu sebelum itu, tajam dan merah menyala!. Jibriyaail berseru kepada semua, " Kali ini kita di daerah Ifrit!, jangan leka dan lalai, pastikan sentiasa bersedia dan yakin sepenuhnya bantuan Allah! "...Rukiyaail datang padaku, mengingatkan lagi pesan2 Jibriyaail, katanya dalam hal ini, Jibriyaail paling luas pengalamannya. 'Ainyaail dan Jibriyaail kali ini keduanya memimpin tanganku, aku masih terpinga pinga, Ifrit??...bukankah itu Jin yang terkenal paling bijak, licik serta jahat!...aku sedikit menggeletar.

" Tenang Yusuf, ...tenang "...bisik Kasyfiyaail yang seperti biasa, tahu2 saja apa yang dihatiku. Kami perlahan2 mula memasuki kota itu, dan meluncur selaju2 lajunya terus ke singgahsana yang betul2 bertepatan di tengah kota. Istana itu kami masuki dengan berhati2, berharap agar tidak disedari. Samsamaali dan Rukiyaail nampaknya sedang terkumat kamit membaca sesuatu, dan lagaknya seperti sedang menabur pasir ke sekitar kami dan kawasan istana. Jibriyaail bertanya, " Sudah selesai Samsamaali? Rukiyaail? "...mereka berdua senyum dan mengangguk tanda selesai. " Sekarang InsyaAllah jika tiada aral, Ifrit dan kuncu kuncunya tidak mampu melihat kita "...Kata Jibriyaail, membuat aku sedikit lega, Alhamdulillah. Kami sekarang menghala ke ruang tengah istana, dan disitu aku terkejut bukan kepalang!...aku tersentak! hingga hampir2 saja terlepas dari pimpinan 'Ainyaail dan Jibriyaail.

Ruang legar istana itu penuh sendat, hingar bingar dengan bermacam jenis makhluk yang tidak mampu aku huraikan sifat zahirnya, aku beristighfar. Aku cuba lihat2 sedikit kehadapan, ada satu singgahsana besar!...dan yang paling mengejutkan ku, Makhluk berjubah hitam yang kulihat sekilas tadi, duduk megah di di atasnya, jelas kini bentuk badannya, memang perkasa, tetapi dasyat sekali wajahnya, matanya yang merah itu saja mampu membuatku kecut perut. Inilah Ifrit yang dikatakan tadi, sungguh, sesuailah wajahnya dengan reputasinya aku kira, bengis dan menakutkan!. Dalam kekalutan majlis ditengah ruang legar istana itu, Ifrit bangun berseru, " Wahai Iblis, Syaitan dan Jin, sahabat2 ku sekaliannya!...aku kira sangat sesuai malam ini kita bertukar pandangan soal menjerumuskan manusia kelembah kehinaan! "...makhluk yang lain2 itu bersorak, bertempik dan melolong tanda setuju. Aku beristighfar lagi.

'Ainyaail menerang padaku, inilah majlis bulanan anjuran Ifrit dan sekutunya yang sentiasa diadakan bagi berdiskusi soal menghacurkan ummat manusia. Aku melihat dan mengikuti perbincangan antara mereka, ada rancangan2 yang aku kira agak ke anak anakan, ada pandangan yang boleh dibangkul sampah saja, namun ada juga pandangan yang begitu bernas sekali dalam melalaikan manusia dari dekat dengan al Quran, memecah belahkan Jamaah, meninggalkan terus solat berjamaah, memukau dengan budaya hedonisme, membentuk persepsi matlamat menghalalkan cara, menghasut manusia memilih pemimpin yang zalim dan fasik bahkan banyak lagi!. Sungguh, aku tak mampu menidakkan mereka cukup licik dalam gerak kerja, memang ada yg tak boleh pakai, tapi masih banyak rancangan yang pasti akan mendatangkan kesan. Kebanyakan rancangan2 bijak itu lahirnya dari kelompok2 yang aku kira bangsawan mereka barangkali. Jibriyaail berkata padaku, " Yusuf, yang kamu lihat bijak2 dan agak kemas penampilan itu sebenarnya amat berpengalaman, pastinya mereka punya rancangan yang hebat, itulah dia al 'Awwar, Zalambur, Thabur, Dasim, dan Masuth...Iblis perosak! "...Aku tanya lagi kepada Jibriyaail, " Yang di baris belakang mereka itu siapa pula, nampak macam berpangkat juga "...Jibriyaail menjawab, " Itu antara Jin jahat Yusuf, al Ghaddar, al Khabil dan al Hajis gelaran mereka "

Tiba2, tidak disangka2 Ifrit bersuara, " Kita ada tetamu istimewa malam ini Iblis, syaitan dan Jin semua!...mereka ingat aku tidak tahu! "...Jibriyaail dan 'Ainyaail memegang kemas tanganku, sakit!. Rukiyaail, Samsamaali, Sarafiyaali, Kasyfiyaail, Mikiyaail saling berpandangan. Ifrit menyambung, " Manusia juga ada bersama, saja aku biarkan mereka dengar, terutama manusia itu!...aku tahu, manusia mudah lupa!...sekejap saja semangat, lalu terus khayal kembali! "...Gelak tawa makhluk2 aneh itu dan Ifrit bagai mahu memecah gegendang telingaku. Aku terpaksa menerima hakikat, bukan semua begitu, tapi hakikatnya majoriti berperilaku sedemikian. Aku mula ketakutan, " Bagaimana dia boleh tahu? "...Soalku pada Jibriyaail..." Aku sudah ikutimu dari awal, sedangkan kamu baru saja membaca ayat pelindung ketika dikota! "...Sampuk si Ifrit. Memang licik makhluk ini, dan kami pula sedikit tersilap langkah.

Ifrit tiba2 melayang, wajahnya bertambah bengis, matanya bersinar merah saga!...kuncu kuncunya juga nampak sudah bersiap siaga, semuanya bagai sedia untuk menerkam mangsa, Kami masih kaku tekejut, namun Jibriyaail dengan tenang berkata, " Kita ada Allah! "...Sarifiyaali dengan suara lunak dan tenangnya membaca ayatul Kursi, Syaitan2 yang nampak seperti yang biasa2 ini sudah bergelimpangan kepanasan, namun Ifrit dan para bangsawannya masih teguh dengan kebengisannya. Sarifiyaali memperkuatkan bacaan2 ruqyah, semakin lama semakin kuat dan berdengung2 gemanya, tetapi masih lagi lunak, merdu serta menenangkan. Sedikit sebanyak, bangsawan2 pengikut Ifrit mula jatuh dan mengerang kepanasan, namun Ifrit dan aku kira masih ramai bangsawannya yang masih degil dan semacam tidak tekesan dengan bacaan Sarifiyaali. Ifrit nampaknya bengang sekali, Ia berteriak menggegar kota, " Hancurkan mereka!!!!"...Mikiyaail lantas mara berdiri dihadapan menghadangi tubuhku bagi menghadapi kemungkinan serangan Ifrit terkena ku mungkin. Mikiyaail mengangguk pada Jibriyaail dan 'Ainyaail yang setia kemasnya pegangan ke atas tanganku. Ifrit dan sebilangan yang tinggal meluru laju bagai singa mahu menerkam rusa. Ketiga tiga sahabat Jin ku itu lantas bersuara menggegar kota, " ALLAHUAKBAR!!! "...tercampak Ifrit dan kuncunya bergelimpangan mengerang sakit, Kami mengambil peluang itu meluncur laju ke awangan, terus dan terus laju meninggalkan kota Ifrit. Jibriyaail tiba2 bersuara, " Kita salah langkah tadi, tapi apapun alhamdulillah, selamat semuanya, ingat!...kita ada ALLAH! "

Aku masih lagi agak kaget, 'Ainyaail berkata padaku, " Yusuf, musafir kita berakhir sudah, sekarang kami akan menghantarmu pulang ya "...aku angguk saja tanda setuju. Sarifiyaali dalam perjalanan itu mengalunkan ayat2 suci al Quran, aku beransur tenang, sungguh, suaranya begitu lunak dan merdu, mampu menenangkan siapapun aku kira. Aku terlena dalam perjalanan pulangku, penat dan juga asyik dengan bacaan Sarifiyaali. Seketika saja, aku rasa sudah berhenti angin yang menderu, begitu juga bacaan Sarifiyaali. 'Ainyaail dengan garaunya itu berseru, " Yusuf, bangun yusuf, Kita sudah tiba di tempatmu "...aku dalam keadaan separuh sedar itu terjaga dari lena, " Sudah sampai? "...Sahabat2 ku yang bertujuh itu menganguk saja, kulihat Samsamaali tersenyum manis. Hatiku mula terasa sayu, musafirku malam itu bukan saja sarat dengan pengajaran, ia juga dihiasi dengan bunga2 persahabatan yang mekar dengan begitu cepat. 'Ainyaail datang mendekat, " Yusuf, kami amat hargai kesudianmu mengikut, kembara ini berlakunya denga izin Allah Yusuf, demi memberi tahu kepada sesiapa yang mahu, sampaikanlah kepada semua akan pengajaran yang telah kamu dapati, kita pertahankan akidah dan memacu ke arah ke'izzahan Islam! "

Dalam kesayuan itu, kami berpelukan tanda perpisahan makin hampir, mutiara berbisaku mula membasahi pipi, aku sedih tetapi tetap bersyukur amat dengan pengajaran yang ku dapati. Mereka bertujuh itu semuanya memeluk dan memberi kata2 semangat buatku. Aku yang masih lagi sayu melayan perasaan, ditambah pula menghadapi satu kembara yang tidak disangka, hanya mampu mengukir senyum dan mengucap terima kasih serta mengungkap InsyaAllah. Usai sudah kami berpelukan mesra, tiba masanya kini mereka bertujuh pergi, 'Ainyaail mula melayang ke awangan, mereka memandangku penuh makna, Samsamaali tetap dengan senyumannya, aku mendongak, makin tinggi, dan hilang di dalam gelap malam...jumpa lagi sahabat!

Kira2 setengah jam selepas itu subuh membuka tirai, Bilal dan Imam Ali tiba, terkejut melihatku masih disitu. Aku kata saja kepada Bilal dan Imam yang aku tertidur dimasjid semalam. Aku berjamaah solat subuh, kupuhon dengan penuh pengharapan agar diberi kekuatan menyampaikan pengajaran yang kudapati dari pengembaraanku, benar2 aku mengharap, sudahlah kita bercekak pinggang dan berkeris parang sesama Islam, sedangkan musuh2 di alam nyata mahupun alam ghaib sana sedang bertungkus lumus mahu melumatkan kita, belum sedarkah manusia kini, belum sedarkah semua?

P/S : Membaca memang perlu tumpuan dan mengambil masa untuk menghayati, namun menulis lebih lagi mendambakan masa dan penghayatan, Syukur kepada Allah kita masih dikurnia nikmat membaca dan menulis...:)

Mujahadah Bermusim - Hamba Siapa?

Bismillah...

Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar. Syukur dan puji padaNya kerna memberi lagi sedikit ruang ana menulis dan kalian membaca. Selawat dan salam jangan dilupa buat insan mulia, Muhammad Rasulullah.

Jari ana menari lagi mahu menghiasi laman serba dhoif ini. Fatrah imtihan ini, rasanya suka untuk ana menulis soal mujahadah bagi membangkitkan semangat sendiri. Kalau ada yang sama2 turut terbangkit, alhamdulillah.Tapi ana tetap risau juga, jika yang lain bangkit tapi ana sendiri masih tidur, pastinya tak aci! Jadi...harapnya semua dapat sama2 ingat mengingatkan antara satu sama lain ya, insyaAllah.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya "
al-Ankabuut : 69

Seringkali kita mendengar perkataan MUJAHADAH ini, begitu biasa berkumandang ditelinga, apalagi buat sahabat2 di arena dakwah. Namun mengetahui dan mendengar tidak membawa satu pengertian yang menjamin mujahadah itu berlaku. Pastinya diri ana sendiri bukan kuat soal mujahadah ini, selalu leka!...kalian mungkin kuat dan hebat, tapi ana tidak!

Sempena fatrah imtihan di MMU sekarang, izinkan ana mencoret sedikit, yang mana mungkin kadang2 kita terlepas pandang. Seringkali, tibanya imtihan, maka berduyun2 lah yang study sakan, tak lena tidur dibuatnya. Itu satu, tetapi yang menarik perhatian ana disini, bila tiba saja fatrah ini, adalah solat hajat secara besar2, dan ramailah juga beribadah secara individu saja. Bangun tahajud, banyakkan solat sunat, memohon dari Allah supaya kecemerlangan digapai.

Sesungguhnya ana ingin tegaskan disini, ana amat suka melihat bila sang hamba mula kembali kepada tuhanNya. Pastinya ia menyenangkan melihat begitu ramai lagi yang masih punya rasa dan sedar adanya Pencipta Yang Maha Kuasa di atas sana. Dan pastinya juga keadaan sedemikian rupa adalah satu keadaan yang amat bagus dan bermakna!...siapa mahu menafikan?

Maksud firman Allah SWT :
" Dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa"
Muhammad : 17

Namun ana mohon padaQURRA' supaya dapat memahami sebenar benarnya apa yang mahu ana sampaikan selepas ini. Begini, sekali2 ana tidak menafikan kepentingan menambah baik ibadah diwaktu kita semua menghadapi imtihan, sememang ia sesuatu yang dituntut. Namun apa yang membuat ana sedikit terkesan ialah, bila saja fatrah imtihan selesai, masing2 kembali pada zaman sebelumnya, zaman apa ya?

Tamat saja imtihan, masing2 membawa perangai lama, tahajud entah kemana, solat hajat entah kemana, ibadah sunat lain juga entah kemana perginya, bercuti ke hawaii barangkali. QURRA' sekalian, inilah satu konsep MUJAHADAH yang disalah guna dan di salah tafsir, ianya tidak lain hanya MUJAHADAH BERMUSIM yang sebenarnya tidak pun layak dipanggil MUJAHADAH!. Apa kalian sudah selesa dan rasa sudah cukup dengan amalan begitu yang hanya bermusim?...mana pergi perkataan ISTIQOMAH?...mana dia?

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya : " Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda : " Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit ". Beliau bersabda lagi : " Dan lakukanlah amal-amal itu, sekadar kalian sanggup melakukannya "
HR : Bukhari

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. dia berkata : Rasulullah SAW bersabda :” wahai Abdullah janganlah kamu seperti Fulan, dia melakukan sholat tahajjud, lalu meninggalkannya "
HR : Bukhari & Muslim

Niat ana bukan sesekali mahu menjatuhkan semangat semua dikala masing2 sedang enak melaksanakan dan menambah baik ibadah dikala imtihan, bukan itu QURRA' sekalian yang ana maksudkan! Tapi sedarlah, jika mujahadah yang kalian maksudkan sebagaimana perilaku bermusim yang ana sebut tadi, maknanya sebenarnya ia hanyalah tidak lain, terperangkap sudah kita dengan politik mainan syaitan, yang menjadikan benda2 palsu kelihatan benar dan manis belaka, Ibadah kerana nafsu!

Cuba sama2 fikir dan zikir, jika fatrah imtihan saja kita bersungguh2 beribadah, dan pada masa lain kita kembali enak dengan duniawi, lupa perkara2 ukhrawi, sunnah kemana yg fardhu pun kemana. Tahajud bukan main lagi kala imtihan, selepas itu ditinggal2 seolah tidak kenal lagi apa itu Tahajud, maka ingin ana bertanya kepada diri ana dan juga QURRA' sekalian, KITA HAMBA SIAPA SEBENARNYA? HAMBA ALLAH ATAU HAMBA IMTIHAN SEMATA?...jawab dengan ikhlas kepada hati!

Ingatlah setiap amalan kita, belajar, imtihan, bekerja, mengatur organisasi, berprogram dan apa saja wahai QURRA'...itu semua adalah demi mencari REDHA ALLAH!, bukannya natijah semata!...jika natijahnya yang kita kejar, mahukan penghargaan semata, maka satu lagi mainan politik si laknatullah telah berjaya mengena. Natijah yang baik adalah bonus dari Allah atas gerak kerja yang tersusun, namun disebalik semua itu hanya satu yang menjamin kelangsungan dan keberkatan, itu dia yang kita panggil RAHMAT DAN REDHA ALLAH!

Kalau redha Allah itu diterapkan sebagai tujuan dalam setiap urusan yang dilakukan, maka insyaAllah amalan itu dengan sendiri menjadi manis dan pastinya biiznillah amalan itu dengan enak dapat dilakukan secara istiqomah. Kejarlah redha Allah, dan insyaAllah pastinya duniawi dan ukhrawi akan kita dapati rasa manisnya. Benar ia bukan mudah, tetapi pastinya sesuatu yang mulia akan berliku jalan menujunya dan dari liku2 itulah akan dapat dikecapi manis itu, lebih manis dari madu, apalagi gula.

" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan "
al-Qashash : 77

Hari ini, bukan esok lagi! Sama2 kita mulakan MUJAHADAH yang sebenar, bukan lagi MUJAHADAH BERMUSIM, Tekadkan hati, insyaAllah perkara baik akan ada bantuanNya, cuma perlu usaha. Elok benarlah jika masih leka, gunakanlah fatrah imtihan ini sebagai titik tolak kita memulakan langkah, kejarlah ukhrawi dan jangan dilupa duniawi, ikutilah aturan2 ilahi, maka jaminanNya sudah ada untuk semua, nikmat besar menanti, disini dan disana nanti. Cukuplah menjadi hamba imtihan, hamba program, atau hamba lain2, JADILAH HAMBA ALLAH YANG SEBENAR DENGAN MUJAHADAH YANG HAKIKI!...wallahu'alam.

Pesan ana untuk diri juga QURRA', jangan lupa jadi hamba yang bersyukur!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

Daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha berkata; Bahawasanya Nabi SAW mengerjakan sembahyang disepertiga malam (bertahajjud) sehingga bengkak kakinya, maka aku pun berkata kepada baginda; " Mengapa engkau melakukan begini wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah diampunkan segala dosa yang terdahulu dan akan datang? Maka nabi SAW bersabda; " Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur? "
Muttafaqun 'Alaih

Ma'a taufiq wannajah fi imtihan!

Cermin Atau Senapang?

Bismillah...

Alhamdulillah,kesempatan diberi lagi oleh yang Maha Kuasa, syukur dan puji padaNya atas limpah rahmat dan kurnia. Buat kekasih tercinta, insan mulia, sosok agung sepanjang masa, Muhammad Rasulullah penerang maya, ucap selawat ucap salam buat baginda.

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus"
al Maidah : 14 - 15

Fatrah ini sebenarnya fatrah imtihan, imtihan niha'ie yang betul2 niha'ie buat ana dan segelintir sahabat insyaAllah. Fatrah yg sememangnya memerlukan ana dan rakan2 di MMU khususnya meluangkan masa yang lebih bersama buku2, nota2, dan tutorial2 yang tercinta. Bukan apa, masing2 mahu menunjuk taring nanti, menunjuk belang tarung di dewan peperiksaan dengan persedian rapi, namun ana masih lagi mencari2 aura belang tarung itu, dimana ya?...boleh tolong tujukkan?

Ana menulis kali ini bukan kerana punya masa lapang, tetapi ana melapangkan sedikit masa untuk menulis, kerna apa?...mungkin ada yg mengata ah zul ni, bezakanla yang mana aula, ini fatrah imtihan!. Ada yang kata?...begini, bagi ana study memang nombor satu, tetapi berkongsi ilmu bukan nombor dua, clear?...kalau mahu boleh saja, susun masa, masing dah pandai semuanya...insyaAllah...:)

Senapang atau cermin, itu yang akan menjadi perbincangan di Wadi al Qurra' kali ini. Sebenarnya ana mahu membawa QURRA' sekalian kepada satu pemahaman iaitu JADIKAN AL QURAN SEBAGAI CERMIN, BUKAN SENAPANG!. Sejak bila pula al Quran boleh jadi cermin atau senapang ni?...sabar, ini bukan bida'ah ya, jangan sampai lepas ni bising kata Wadi al Qurra' mempromosikan al Quran itu sebenarnya cermin atau senapang, nanti ada pula yg kata ana bawa fahaman muktazilah yang kata al Quran tu makhluk, nau'zubillah.

Teliti kenyataan ana sungguh2, al Huda, an Nur, al Mubin, al Busyra dan apa2 lagi, ini semua adalah antara sifat2 al Quran yang kita baca tiap2 hari itu. Kalian baca kah? maksud ana selain dari masa solat?...ataupun sebab fatrah imtihan ni tak sempat baca?banyak nota2 yang belum baca lagi kan, maklumlah masing2 sudah pandai fiqh aulawiyat, fatrah imtihan kena tumpu study betul2, betul tak?...hak kalian!

Berbalik soal tadi, dengan sifat2 al Quran yang begitu banyak, ada yang sedap di dengar, ada juga yang menggentarkan hati, macam2 nama dan sifatnya al Quran ini. Tetapi rasanya ada ke senapang atau cermin termasuk dalam nama dan sifat al Quran?...adakah ana mahu loyar buruk saja meletakkan tajuknya begitu?...QURRA' sekalian, bukan kerja ana mahu mensia siakan masa kalian, insyaAllah. Selanjutnya ini, cuba fahami bukan sekadar ketahui.

Sifat cermin, pabila kita berhadapan dengannya akan terhasil satu reflek dari sosok kita sendiri, contohnya sedang menyikat rambut, semampu mungkin kita akan memperbaiki sehingga betul2 berpuas hati akan jambul yang dibuat, bagi muslimat pula, muncung itik tudung itu semahunya perlu jadi sekemasnya sebelum keluar rumah. Hasil refleksi dari cermin itu, yang mana bayangan diri sendiri, telah membantu kita mengubah dari yang kurang kemas, menjadi lebih kemas, jika dengan cara yang betul, insyaAllah.

Senapang pula sifatnya, pastinya ana bercakap soal senapang yang punya peluru, bukan kosong angin saja. Ya!...senapang sifatnya membunuh atau mencederakan. Sekali tembak kalau senapang patah, pelurunya akan bertaburan. Belum lagi kita bercakap soal machine gun yang lebih tepat sasarannya itu, dan mampu memuntahkan peluru berpuluh2 dalam masa satu saat. Pasti menyakitkan bila terkena tusukan2 peluru itu?...ana pasti sakit, tapi kalian mungkin kuat, mungkin...

Maksud firman Allah SWT :
" Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran "
Sod : 29

Kata ana, JADIKAN AL QURAN SEBAGAI CERMIN, BUKAN SENAPANG!...rasanya QURRA' sekalian sudah bisa mengerti kenapa ana beranalogi begitu sekarang bukan?. Benarlah, al Quran itu yang sebenar benar penggunaannya adalah sebagai cermin kepada diri sendiri, mahupun orang2 di sekitar. Untuk diri sendiri kita lihat sedalam mungkin pengertian diri dengan memahami kalimat2 agung Yang Kuasa, dan teruslah bertindak mengikut susun atur yang telah ditetapkanNya. Untuk sahabat2 disekeliling, tunjukkan dan bacakanlah ayat2 muliaNya itu sebagai pemangkin dan pemula kepada perubahan.

Jika al Quran digunakan hanya untuk menyerang dan terus menyerang tanpa henti, menyesakkan lagi kepada mereka yang mula mahu berjinak2 dengan agama dengan persoalan neraka, azab, dan macam2 lagi kengerian, mengungkap bicara syariah, hukuman, hudud dan apa lagi kepada non muslim, pasti mereka berasa takut dengan Islam, bukan kagum!...dakwah bilhikmah!

Untuk sahabat yg sudah di arena dakwah sekalipun, sudah faham dengan al Quran, masih juga perlu menjadikan al Quran sebagai CERMIN!...cermin kepada diri dan semua, lihatlah sedalam mungkin pengertiannya dan bertindak menurutnya, bukan hanya sekadar berdegar degar siang malam dalam kuliah membaca ayat2Nya itu menembak sesiapa yang tidak berkenan dihati, cuba jadikan ia cermin kepada semua, kerna kalau jadikan senapang, orang sekitar akan takut terkena tembakan, mereka akan mengelakkan diri dan lari, itu fitrah manusia.

Mungkin ada yang terfikir, kadang2 perlu juga menjadikan al Quran sebagai senapang, terutamanya kepada golongan yang tahu agama tetapi tak mahu menjalankan suruhanNya. Contohnya seorang ustaz yang tahu hukum hakam, tahu fiqh, tahu tafsir, tahu macam2 lagi, tetapi dalam pada masa yang sama dia tak menjaga soal ikhtilat. Sedap2 saja abang sayang, siang malam bergayut, keluar dating, wah! romentiknya!...ya, mungkin ada yang kata orang begini perlu ditembak denga senapang!....

Begini, jika ditembak, kemungkinan untuk dia lari dari jalan dakwah itu besar, mungkin si ustaz tadi akan rasa, ah! agama ini menyusahkan aku saja!...ataupun mungkin saja dia mati terus ditembak, putus asa, futur dan selanjutnya. Akan tetapi jika kita letakkan satu cermin besar dihadapannya, ketika dia enak2 melakukan benda2 ma'asi, lalu dia terpandang apa yang sedang dibuat, rasanya bagaimana?...malu sendiri bukan, melihat refleksi dari tindakannya sendiri, dan biasanya, insyaAllah fitrah manusia, akan mengubah apa yg kurang cantik itu menjadi lebih cantik. Semacam juga keadaan menyikat rambut dan membetulkan tudung tadi...:)

Ana menulis soal ini kerna kadang2 rasanya kurang enak melihat tulisan2 menyerang membuta tuli. Ana juga punya prinsip, hikmah itu tidak semestinya keras, tidak semestinya lembut, juga tidak semestinya sedang2 saja, hikmah itu adalah tindakan yang dilakukan bersesuaian dengan keadaan dan hasilnya adalah positif biiznillah. Itu prinsip yg ana pegang selama ini. Mungkin ada yang mempersoalkan pula, kalau begitu ada masanya perlu kita jadikan al Quran sebagai senapang lah, ikut keadaan!...tapi bagi ana tetap, cermin itu lebih efektif dari senapang dalam apa jua keadaan sekalipun, cermin itu sendiri satu yang fleksibel, kadang2 ia juga mampu menyerang si pelaku, menyerang dengan menayang tindakan dan serangannya tidak membunuh seperti senapang bahkan mampu mengubati pula, wallahua'alam!

Jangan lupa baca al Quran ya teman2!

Maksud sabda Rasulullah SAW :
daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya ”
HR : Muslim

Sehari di PWTC - Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Bismillah...

Sebesar2 dan sebanyak2 syukur buat Pemilik dan Pencipta diri, bahkan seluruh yang ada adalah ciptaanNya yang Kuasa. Selawat dan selawat buat baginda yang dirindui, Muhammad Rasulullah.

Berakhir sudah satu konvensyen yang julung kalinya diadakan seumpamanya. Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang telah berjaya mengumpulkan anak2 Malaysia yang punya kesedaran terhadap isu Palestine dan dengan jayanya telah mengumpulkan semua dalam satu dewan seramai lebih 3000 orang, alhamdulillah!

Konvensyen telah berlansung pada 9 Mei 2009, iaitu hari sabtu yang lepas. bertempatnya di PWTC, alhamdulillah ana berkesempatan turut serta memeriahkan suasana yg sememangnya cukup meriah. Kami rombongan MMU mewakilkan 2 bas, dan selebihnya 2 bas lagi adalah rombongan dari Melaka, jadinnya 4 bas lah, ramai juga, alhamdulillah. Kami bertolak dari MMU pukul 6.45 pagi dan sampai lebih kurang 8.30. memang ngam2 saja masanya, sampai2 pi mai2 kejap then terus masuk dewan, majlis baru saja hendak mula, alhamdulillah tidak ketinggalan.

InsyaAllah ana akan kongsikan sedikit maklumat, sedikit yang sempat dingati dan dicatat, kebanyakannya akan ana sampaikan mengikut apa yang ana dengar dari panelis, mungkin ada yang kurang ana setuju, tapi itu hak panelis dengan ilmunya dan pegangannya, ana sampaikan disini sebagai info serta perkongsian. Mungkin juga ada sedikit ulasan ana.

Sesi Pembentangan pertama telah disempurnakan oleh Dr Roslan, pensyarah UM yang telah mendapat ijazah kedoktoran dari Scotland, punya kelulusan dalam bidang Kajian Jurusalem - Islam. Banyak info2 yang telah dibentangkan Dr Roslan, terutamanya tentang cara perluasan kuasa oleh zionis. Juga dibentangkan perihal pemula idea penubuhan negara yahudi oleh Theodore Hertzl yang terkenal itu. Asalnya idea penubuhan negara yahudi ini bukanlah di Palestine, si Theodore Hertzl itu bukanlah religous sangat, baginya asal ada tempat saja untuk negara Yahudi.

Dr Roslan juga menerangkan tentang kekejaman bangsa kolonial eropah yang telah menindas teruk golongan yahudi, sehinggalah munculnya idea penubuhan negara Yahudi oleh kerana ketidakpuasan hati bangsa yahudi. Sebenarnya inilah juga yg disebut dalam persidangan oleh presiden Iran tempoh hari, Ahmadinejad, beliau telah utarakan soal inilah sehingga delegasi2 dari negara eropah memboikot persidangan, tak mahu terima kenyataan, bodoh sombong!. Mengikut Dr Roslan jika dilihat kembali, apa yang berlaku sekarang di Palestine, puncanya adalah dari tindakan bangsa kolonial eropah dulu yg telah menindas teruk yahudi, dan sekarang mereka bermati matian menyokong agenda yahudi zionis demi menutup kesilapan mereka yang lalu.

Kemudian ana lanjutkan ke pembentangan kedua oleh panelis yang tidak asing lagi, Dr Azzam Tamimi, beliau adalah pengarah jabatan pemikiran Islam di London, beliau adalah ahli politik dan aktivis palestine, sekarang warganegara British. Dr Azzam ini memang sedikit lain dari yang lain, Ideanya sarat dengan benda2 baru dan kadangkala amat contra serta bertentangan dengan apa yang selalu kita dengar, menarik!. Satu kenyataan menarik dari Dr Azzam, zionis bukan saja Yahudi, bahkan sesiapa yang menyokongnya dan beraliran sama seperti mereka, adalah zionis. Jadi Kristian ke, Islam ke, Buddha ke berpontensi menjadi Zionis. Ana tersenyum sendiri ketika itu, Islam Zionis?...ah...siapa ya...senyum lagi!.

Dr Azzam juga menekankan kita tidak bermusuhan dengan yahudi, bahkan mampu berbaik2 dgn mereka tanpa masalah, asalkan tiada konspirasi. Idea ini ditentang oleh salah seorang Dato' semasa sesi soal jawab, panjang lebar beliau menerangkan dan menyerang idea Dr Azzam, katanya agenda yahudi zionis telah bermula pada 70 masihi lagi semasa Rom menghalau "yahudi" dan beliau mengaitkan dengan ayat Quran yg menyatakan tidak akan redha yahudi dan nasrani kepada Islam sehingga kita mengikuti mereka. Dr Azzam membalas kembali, mengatakan ayat2 Quran perlu ditafsir bukan saja dengan tahu balaghah, nahu dll, tetapi perlu mengetahu asbabun nuzul, ketika ayat itu diturunkan keadaan bagaimana, dimana, dan apa sebabnya nuzul ayat itu.

Menurut Dr Azzam, musuh kita adalah zionis dan agendanya, bukan yahudi. Kerana konspirasi zionis inilah telah memporak perandakan Islam dan Palestine kini. Jadi apapun, bahkan jika Ikhwanul Muslimin, HAMAS, atau apapun jemaah Islam telah beralih arah mengkuti agenda zionis, maka kita wajib memusuhinya! Pokoknya adalah memusuhi agenda zionis itu. Sebenarnya kata Dr Azzam lagi, idea yang dibawa oleh Theodore Herztl yang mahu menubuhkan negara yahudi telah dianggap sesat oleh org yahudi sendiri bahkan telah mengatakan si Theodore itu telah pun murtad.

Akan tetapi lama kelamaan idea Theodore Herztl semakin diterima akibat penindasan teruk oleh bangsa kolonial eropah terhadap yahudi, salah satu peristiwa utamanya ialah Holocoust itu sendiri, yang mana bangsa yahudi di bunuh beramai2. Kata Dr Azzam, Hitler sendiri sebenarnya telah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk meyakinkan bangsa yahudi mereka tidak lagi selamat untuk berada di negara eropah dan perlu berpindah ke Palestine. Dan itu antara sbb Holocoust berlaku.

Dr Azzam juga mengingatkan agar setiap maklumat yg kita dapat perlu ditapis dan dikaji secara mendalam bagi mengelakkan penipuan, Ascertain the truth! katanya. Ini kerana byk maklumat yang salah, beliau menyatakan antara contohnya adalah Protokol Zionis atau hukama sohyuni itu yang kita ketahui datangnya dari hasil seludupan oleh seorang wanita Perancis selepas satu persidangan rahsia Freemason kalau tak salah ana. Mengikut Dr Azzam itu adalah dokumen palsu, sebabnya tak mungkin zionis membenarkan agenda rahsia meraka secara besar besaran disebarkan bahkan membiar saja. Satu lagi adalah mengikut Dr Azzam tidak tahu mana asal usul datangnya dokumen itu secara pasti. Idea ini juga telah ditentang oleh perserta konvensyen, ada yang menyoal balas bertanya kalau begitu, apa buktinya atau apa faktanya yang mampu membenarkan kenyataan Dr Azzam bahawa dokumen itu palsu. Ana berfikir!

Satu lagi kenyataan Dari Dr Azzam yang membuat ana berfikir, katanya jangan kaitkan dengan Dajal, semua cara dan kebijakan konspirasi zionis adalah kerana mereka terdidik dari kecil untuk bijak berkonspirasi, bukan kerana bantuan dajal atau apa pun, dajal itu akan datang pada masa depan dan jangan kaitkan dengan masa ini katanya. Ana fikir lagi! dan kali ini kami wakil2 MMU ketika itu berbincang kalau dapat ketemukan Dr Azzam dengan Sir Halim (pensyarah economic MMU) pasti seronok melihat debat ilmiah mereka. Mungkin!...:)

Dan ini lagi satu aura panas telah dibawa oleh Dr Azzam, beliau dengan semangat berkata if you want to wait for Mahdi or Messiah, just wait for it! but i don't want to! because there is no such thing! everybody is mahdi! we have to do it now!, not just wait!. Ini benar2 mencabar fikrah ana, dan sebilangan peserta konvensyen juga hangat dengat kenyataan ini. Ia bukan sekali bahkan diulang2 Dr Azzam. Ana dengan tegas disini mengatakan bahawa jika maksud Dr Azzam ialah dia dengan benar dan besungguh2 menolak kehadiran Imam Mahdi, kerana alasan itu hadith dho'if, maka ana menolak keras kenyataan ini dengan akidah yang ana yakini. Mungkin hadith itu dho'if tetapi jalan periwatannya banyak dan saling boleh menguatkan antara yg lain, juga ia tetap hadith, mgkin lemah disebabkan ada sedikit syarat yg x dipenuhi, tetapi tetap bukan maudu'!

Akan tetapi Dr Azzam menyambung dengan memberitahu kepada hadirin bahawa kita perlu bangkit berusaha sendiri bukan hanya menunggu!...kalau Dr Azzam bermaksud mahu mengubah persepsi Umat Islam bahawa sekarang kita perlu bangkit dan tidak lagi malas2, perlu berjihad!...maka ana setuju matlamat itu, tetapi caranya itu rasanya kurang tepat, bukan semua org boleh memahami, org awam dengan fikrah meraka, org berilmu dengan fikrah mereka, jadi sebaiknya elakkan kenyataan yang boleh timbul salah faham. Bahkan dalam perbincangan kami selepas program, Ustaz luthfi dari HEP pun mengatakan masa itu Dr Azzam agak emosi, memang pun, merah mukanya dengan nada tinggi pula, kami juga bersependapat bahawa jika Dr Azzam benar2 menolak kedatangan Imam Mahdi, kami berlepas diri dari kenyataan itu. Dia dengan kenyataannya, kami dgn pegangan kami, wallahu'alam.

Itu adalah sedikit perkongsian dan ulasan kenyataan yang disampaikan Dr Azzam Tamimi, sebenarnya banyak lagi, namun disebabkan oleh masalah2 teknikal, sesi kedua pembentangan Dr Azzam, selepas rehat dan makan, telah menyebabkan ana gagal menyerap dengan baik maklumat pada waktu itu, sebagai penegasan dan bagi mengelak berlakunya salah faham, ana ingin nyatakan disini bahawa ana tak tidur pada waktu itu, tak caye takpelah, tak nak kawan....hehehe. Betul, tanye sape2 yang nampak ana, ada nampak ana tidur???...kalau nampak ana pejam mata tu, tengah berzikir tu...ibadah sirr!...

Ok Kita lanjutkan, sekarang ana kongsikan pula apa yang ana dapati dari panelis ketiga, Dr Mohsen Salleh. Beliau merupakan pengarah al Zytouna Center of Studies and Consultations, Beirut. Beliau adalah seorang yang aktif dalam isu palestine, menerbitkan buku, berceramah keseluruh dunia and etc. Dr Mohsen telah menyatakan bahawa Palestine sememang istimewa, ada tiga tempat yang penuh keberkatan iaitu Madinah, Makkah, Dan Palestine sendiri, tetapi jika dilihat Madinah dan Makkah telah dijanjikan Allah sebagai tempat yang aman. akan tetapi palestine pula telah dijanjikan sebagai bumi perjuangan.

Dr Mohsen juga menegaskan bahawa yahudi zionis bukanlah lawan umat Islam jika jika bersatu, masalahnya ialah umat islam tidak bersatu, tiada perpaduan, dan kelemahan inilah yang telah menjadikan yahudi zionis ini kuat. Israel juga mengharapkan barat, mereka menjadikan barat sebagai proksi2 mereka, dan kebijakan mereka telah mampu membodohkan barat. Jika umat Islam bersatu sebenarnya semua ini mampu diatasi. Ana berfikir, benar sungguhlah, sekarang kita dapat lihat sesama jamaah Islam pun boleh saling memburukkan antara satu sama lain, yang itu kata aku lebih 'ikhwan', yang sini kata aku lebih tarbiyah. Lepas tu saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain, kelemahan jamaah disisi didedahkan kepada org yang baru mula mahu berjinak dengan arena dakwah, bukan mahu membantu dgn cara yg berhikmah...elok benarlah tu, kita saling jatuh menjatuh, musuh sebenar zionis sana sedap2 saja menyembelih umat Islam. Teruskan begitu, dan tunggu masanya kita sendiri disembelih ketika sedang mengumpat jamaah lain. Sarcastic?...ini kenyataan!

Ok2, kita teruskan dengan Dr Mohsen. Beliau menyatakan yahudi zionis tetap gagal dalam usaha menghapuskan umat Islam di Palestine, pembunuhan besar besaran, serangan bermacam jenis bom, jet2 canggih, senjata kimia and so on, tetapi gagal, bahkan bilangan kelahiran di Palestine meningkat, rakyatnya sentiasa bertambah. Inilah bantuan Allah, teruskan berjihad, itu urusan kita sekarang, yg lain2, serahkan pada Allah, jangan ragu dengan bantuanNya!

Seterusnya Dr Mohsen menyatakan bahawa tentera Israel mmg cukup kuat, dan ia dicipta untuk memenangi sebarang perang antara negara Arab. Dengan kelengkapan serba moden dan sebagainya, namun tetap tidak dapat mengalahkan pejuang2 Palestine, tidak berjaya dalam usaha menakluk Ghazzah, cuba bayangkan kalau seluruh umat Islam diseluruh dunia bersatu, mahunya negara haram Israel itu hancur lebur,bahkan dunia pun akan mampu diterangi dengan kalimah LAILAHAILLALLAH!!!.

Kata Dr Mohsen, walaupun kelengkapan tentera Israel hebat, tetapi askar2nya penakut dan tidak punya semangat juang. Dan satu yang agak lawak, Dr Mohsen kata, tentera Israel ni disebabkan oleh pemalas dan penakutnya mereka, ketika berada didalam kereta kebal, tak mahu keluar, walaupun nak buar air, buang dalam tu ja, penakut!. Jadi kita sudah nampak perbezaan ketara antara tentera israel dan mujahideen palestine, sekarang kita juga perlu bezakan diri kita dengan soldadu Israel bangsat itu, kalau kalian pilih untuk terus malas2 dan saling bergaduh sama sendiri...ya, jadilah macam si bangsat itu, afwan jika terkasar.

Rasanya setakat itu dulu ana kongsikan untuk kali ini, penat menaip. Bersyukur sangat berpeluang ke konvensyen kali ini, begitu berinfomasi, juga dapat melihat betapa ramai lagi manusia2 yang begitu perihatin dengan nasib umat Islam sekarang, juga ana bangga melihat hadirin yang hadir adalah muda mudi majoritinya!...masa depan umat Islam ditangan pemuda dan pemudi, ingat tu!...Dalam pada itu syukur juga, dalam celah2 orang ramai dapat juga ketemu sahabat2, bahkan sahabat lama dari sekolah, yang sudah 4 tahun tak jumpa pun dapat ana ketemu...:). Lupa ana ingin nyatakan, juadah tengah hari tu agak sedap la, dan rasanya sbb ramai yang makan banyak, jadinya sesi petang itu ramai yang "syahid"...ana tak, ana "ibadah sirr"...

Konvenysen tamat awal dari jangkaan, belum pun pukul 4 sudah tamat, jadi berlegar2 lah kejap, ke The Mall, merayau kejap, mula merayau dengan Hisyam, pastu secara individu pula, banyak masa, tapi pulus tak ada, so merayau jela, belinya tak dapat lah. Disebabkan sedikit bosan, petang tu lepas p meronggeng minum petang dengan Hanif anak muda kat PWTC, ana turun kejap, last2 penin lalat taktau duk kat mana, hehe, cari yang lain2 tak jumpa, kredit plak takde time tu, tengah penin2 tu jumpe cik co - pilot yg berkaliber dan cemerlang dengan 2 junior, buat2 rilek jela, hehe...depa kata nak p The Mall, ana pun dapat idea, haa...p The Mall la beli Topup...lepas depa p tu ana p kejap...hehe....adehai zul...kamu mmg pening!

Alhamdulillah setel semua, dalam pukul 6 petang kami mula naik bas untuk pulang, awalnya ana nak join Hisyam naik bas sekali, tapi last minit dengan ilmu kasyaf ana yg terer ni, tukar pilihan...naik bas satu lagi. Last2 dapat tau bas yg ana tak jadi naik tu rosak, lambat la depa sampai sikit, kesian...tapi alhamdulillah selamat semuanya...:)...mungkin co pilotnya tak cemerlang kut...hahaha...nampaknya ana membebel lagi..jangan pening2 ya. Apapun semuanya lancar dan alhamdulillah semuanya selamat...semoga apa yang kita dapat ini boleh dimanfaatkan untuk ummah!...sekian ana undur dulu...wallahu'alam

p/s : Apakah itu Islam zionis?...ada atau tidak?...ini kerja rumah untuk semua, semoga bermanfaat...:)

p/s : Perkataan yang paling ana ingat sampai skrg adalah perkataan Dr Azzam Tamimi - Bloody arab! - Bastard Jews!....adei2...satu dewan hingaq...ganas betul encik Azzam ni.

* Ana Sertakan sedikit gambar, sedikit ja kali ni dari phone ana, sebab malas nak ambik, tp nanti pasti ramai yang update gambar...nnti boleh la nak cilok...:D

( Ramaikan manusia... )

( Barisan VVIP - Perasmian )

( Muka tak tidur satu hari sebelum konvensyen, sibuk fikir masalah umat...:p )

( Pembentangan Dr Azzam Tamimi )

( Ucapan dari SS Dr Juanda, Mufti Perlis )

* InsyaAllah ada kesempatan lain2 photo akan di upload kemudian...