.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Geli Hati, Valentine's Day & Cinta

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu "
al Baqarah : 120

Lafaz syukur dan pujian buat Tuhan yang menciptakan jangan di lupa, Alhamdulillah wa syukurlillah, masih lagi dilimpahkan nikmat dariNya walau diri seringkali alpa dan lupa dalam mengingati. Buat baginda yang dicintai, sosok agung sepanjang zaman, jasad mulia penegak kebenaran, menghampar rasa dengan selawat, mengharap kasih dan syafaat, menjunjung sunnah mengharap berkat, izinkan kami mencintaimu ya Muhammad Rasulullah SAW.

Ana sekarang agak geli hati dek kerana beberapa perkara, dan geli hati ini buat ana mahu menulis, syukurlah hati ana geli, kerna geli ana itu berupaya melawan sikap malas. Ana menulis kali ini pada tanggal 14 Feb 2010, hari berkasih kasihan, itu mungkin boleh jadi point utama dalam tulisan ini, tapi, ana tidak mahu geli hati berseorangan, jadi ana mahu kongsikan dengan kalian dulu...apa2 sajalah zul!.

Sudah lama memerhati gelagat ini, tapi sekarang ana tak boleh bendung lagi, hati ana cukup tergeletek apabila melihat berita jam 8 malam di TV satu. Bukan hari ini saja, bahkan hari2 sebelum ini pun, cuba kalian lihat nanti, setiap kali pasti ada diselitkan perihal " Program Juara Rakyat ", ya, gayanya macam rakyat sudah jadi juara atau ada pihak lain yang menjadi juara kepada rakyat?...biarlah itu, yang ana mahu kalian lihat, bila saja iklan atau selingan, ada saja keluar lambang 1 Malaysia, itu tidak mengapalah, tapi yg buat ana geli, dalam angka "1" itu, ada pula bendera UMNO dan BN, jadinya bukan satu Malaysia lagi, 1 UMNO dan BN?. Ana jadi pelik, RTM itu milik kerajaan, dibayar cukainya dari wang rakyat, sekarang ia mengiklankan parti, ana mahu tanya adakah semua rakyat di Malaysia ini di pihak UMNO dan BN?... ke mana pula perginya rakyat yang menyokong PAS, PKR, DAP dan lain2?...ana mahu tanya lagi adakah seluruh rakyat menghalalkan penggunaan sebegitu?...di sini saja sudah kelihatan penyalahgunaan wang rakyat, ini yang kita nampak walaupun kecil, apa pula agaknya yg ada disebalik tabir?...ana tak mahu menuduh, tepuk dada tanya iman.

Hati ana belum berhenti digeletek, dalam keriuhan menyambut Valentine's Day, tidak kiralah RTM ke, TV3 ke, rasanya semuanya ada memuatkan berita perihal pengharaman menyambut hari kekasih ini bagi umat Islam, tapi yang buat ana geli hati terutamanya RTM, drama selepas saja berita, tajuknya Kekasihku Valentine, oh...mari gelak golek2 bersama sama!...inikah ajaran 1 Malaysia?...tidak kisahlah jika mahu kata itu utk non muslim ke atau apa pun, jika kita as muslim bertindak seolah menyokong kelakuan itu, samalah juga seperti mempromosikan sama, ingat, peranan media mampu merobah landskap sosial dan politik negara!.

Ada lagi wahai sahabat, hati ana masih geli!...bercakap soal hukum hakam, itu haram ini halal, sudah jadi tugas media untuk menyampaikan pada rakyat, samalah juga soal menyampaikan maklumat haramnya sambutan Valentine's Day, sebelum ini soal kalimah Allah, dan macam2 lagilah. Namun ana sungguh keliru, jika tengok muka dalam menyampaikan berita sungguh2 benar, haram!...tak boleh sambut!...haram! kalimah Allah non muslim tak boleh guna!...begitu juga gaya pembesar2 negara...tapiii...sambil duk haram sini haram sana, rambut tejulOq keluar, baju sendat, tidakkah itu juga haram?, syariat entah ke mana, sunnah lagilah pula, jadi sekarang, macam manalah rakyat nak berubah?...fikirlah sendiri...

Maksud firman Allah SWT :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam"
an Nisa : 140

Sudah2, ana mahu berhenti gelak sekarang kerna ana mahu serius pula. Point utama lakaran kali ini sebenarnya perihal Valentine's Day. Meriah sungguh ya hari kekasih ni, dengan simbolik barangan bewarna merahnya, terutama mawar merah, coklat dan apa2 lagi. Belum lagi sebut soal sambutan dengan mengadakan kempen "No Panties" ('asif jiddan terpaksa menyebut buat pengetahuan). Ini berlaku di Malaysia, bukannya di Puerto Rico atau Trinidad & Tobago!...ana sebenarnya tidak terlalu pelik dengan keadaan ini, dan ia sama sekali tidak pelik selagi al Quran dan as Sunnah tidak dijadikan undang2 dan perlembagan tertinggi negara. Masyarakat telah terdidik dengan keadaan sebegini, dalam sedar atau tidak, inilah didikan penguasa terhadap kita semua, telanlah walaupun ia pahit wahai sahabat, inilah yang berlaku sekarang.

Kata Hujjatul Islam al Imam al Ghazali Rahimahullah dalam al Iqtishad fi al 'Itiqad :

" Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang "

Sahabat sekalian, Islam yang dijunjung bukanlah sekadar pada nama, dan janganlah sesekali meletakkan diri kita sebegitu, biarlah jika sistem tidak mengajar kita Islam yang sebenar, tetapi kita yg mengusahakan agar sistem akan mengikut acuan Islam yang sebenar kelak. Ana mahu beralih arah sekarang, soal cinta pula ana mahu dendangkan "sempena" hari kekasih ini. Ana tahu, dikalangan kita ramai yang di cintai dan mencintai, ramai yang saling berkasih mesra, namun janganlah kasih, cinta dan mesra kita itu menjadi bahan bakar api neraka, jangan wahai sahabat, kita semua tidak kuat untuk hadapi maraknya api itu, kasih dan cinta yang sepatutnya membawa bahagia ke syurga jangan di salah guna sehingga ia melorongkan kita kepada azab seksa.

Maksdu sabda Rasulullah SAW :

" Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."
HR : Bukhari & Muslim

Bercinta dan berkasih boleh, cuma perlulah ia diselarikan dengan syariat, jangan kita menyangka apa yang kita buat selalunya betul dan tepat, kerna mata dan hati mungkin telah dikaburkan syaitan, yang haq di sangka batil, yang batil disangka haq, Allahu Allah. Adakah cinta itu indah jika bilangan kes pembuangan bayi meningkat?...lihat saja beberapa yang lalu, mayat bayi perempuan dijumpai dengan dihurungi semut, mayat bayi lelaki dibakar di dalam tong sampah, adakah ini cinta pada pandangan kita?...apakah ini natijah cinta yang kita mahukan?...adakah cinta itu indah dengan kes2 bunuh diri akibat cinta berleluasa kerana ditinggal pasangan?...adakah cinta itu indah dengan semakin ramai anak2 gadis hilang maruahnya akibat sayangkan pasangan, namun bila habis madu sepah di buang!...inikah erti kata cinta yang sebenar?

Cinta dari perspektif Islam amatlah indah, ia sesekali tidak akan mengecewakan jika konsep sebenar diikuti. Namun, masih ramai yang mahu mengikut erti kata cinta palsu yang dusta, mengekor saja petunjuk barat dan nafsu, Valentine's Day salah satunya, pembuka jalan kemaksiatan dan kemudharatan yang cukup2 besar. Sedar atau tidak, kita sering kalah dengan nafsu, tunduk pada syaitan, mencabar Tuhan Yang Menciptakan!. Fahamilah wahai sahabat, setiap kali kita tunduk pada syaitan, membenarkan yang batil, mengikut hawa nafsu yang bejat, ia seolah kita sedang mencabar Allah!...kita mahu cinta kita diberkati, mahukan kesudahan yang baik, namun dalam masa yang sama kita menyanggahi seruan dan syariatNya, tidakkah ia perbuatan yang cukup2 biadap?. Apakah hubungan yang dibina dengan asasnya adalah kemaksiatan dan keingkaran kepada Allah bakal membuahkan hasil yang elok?

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka "
HR : Muslim daripada Abu Said al Khudri

Sahabat sekalian, tidak mahukah kita cinta yang mampu membuahkan bahagia di dunia dan akhirat?...tidak mahukah kita keindahan syurga yang kekal abadi?...bercinta dan berkasihlah dengan panduan yang telah di gariskan. Jangan meletakkan diri kita dilembah kebinasaan sedangkan peluang terbentang luas untuk memperoleh bahagia di dunia dan akhirat, sabarlah sahabat!. Yang utamanya, cintailah Allah dan RasulNya, maka pastilah kita akan mendapat cinta yang hakiki, bahkan biiznillah, cinta makhluk pun akan kita peroleh, dan itulah sebaik baik jalan dalam meraih cinta. Tidak perlulah berkasih mesra, berkhayal alpa, sedangkan janji Allah itu pasti. Valentine's Day atau apapun yang tidak ada asasnya dalam Islam tinggalkan saja!...kerna ia bakal membawa kepada kekecewaan yang berpanjangan dan kebahagian yang sementara, sedangkan telah tersedia jalan untuk kita dalam menggapai bahagia yang hakiki dari ilahi!...di dunia dan akhirat, cinta Pencipta dan cinta makhluk, itu semua akan di peroleh, dengan syarat, taatilah tuntutanNya! ~ CINTA SEJATI MEMBAWA KE SYURGA, CINTA DUSTA MEMBAWA KE NERAKA ~...timbang2kan...wallahu'alam...ana undur dulu

Maksud firman Allah SWT :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
al Kafirun : 1 - 6

2 comments:

Salam..
Hebat sungguh penulisan ya akhi..
Thanks atas peringatan..

 

wslm wrhmtlh...

semOga sama2 beroleh manfaat dari Allah...insyaAllah..