.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Halalkan Samun!

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka "
ar Ra’d : 11

Alhamdulillah wa syukurlillah, tuhan sekalian alam, maha suci Allah, raja segala raja, peguasa segala penguasa, pentadbir segala pentadbir. Selawat dan salam buat baginda junjungan, sohibul 'alam, Muhammad Rasulullah SAW.

" You cannot cross the sea merely by standing and staring at the water ", entah kenapa kata2 ini menjadi pilihan untuk ana letakkan pada wacana kali ini. Suka untuk ana katakan, yang sememangnya ana tidak suka sekadar merenung sahaja air laut jika ana mahu merentasinya, dari dulu lagi, ana di ajar untuk bersikap sebegitu. Jika mahu, pohonlah kebersamaan dan petunjuk Allah, bila telah ada ketetapan dan keyakinan, maka lakukan. Jangan gopoh, jangan pula bertangguh, do it smart!

Sebenarnya, muqaddimah itu ana yakin membuat qurra' kepelikan jika melihat kepada tajuk entri, ya, memang pelik mungkin. Akhir2 ini banyak isu nasional yang menarik minat ana, sampaikan suatu hari ana boleh bertanya kepada sahabat sambil tangan di atas keyboard..." nak tulis apa ek, isu A ke, isu B ke...fiuh... ". Akhirnya ana tidak menulis apa2 akibat kecelaruan pemikiran sendiri, salah sendiri bukan salah orang. Hari ini, tiba2 pula rasa mahu juga menulis, dan sudah punya ketetapan akan apa yang mahu di wacanakan, di tambah pula dikurniakan lebihan masa,alhamdulillah.

Tidakkah qurra' alert dengan isu menghalalkan judi untuk piala dunia nanti oleh kerajaan Malaysia?. Jika belum, sila cari maklumat ini, sebagai muslim dan merangkap rakyat Malaysia, maka jika boleh ana mahu wajibkan untuk semua tahu isu ini. kerajaan Malaysia telahpun menghalalkan satu lagi bentuk perjudian, iaitu perjudian untuk perlawanan piala dunia bola sepak nanti, dan telah dijelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab antara faktor utama menghalalkannya adalah sebagai langkah kerajaan untuk mengawal perjudian haram yang berlaku, juga mengambil hasilnya untuk digunakan sebagai dana pembangunan sukan negara.

Ana sangat teruja melihat tujuan murni kerajaan Malaysia ini, sememangnya hasil judi sangatlah banyak, lihat saja Genting sana, Sport Toto dan lain2, telah ramai yang menjadi jutawan apabila melibatkan diri dengan 'perniagaan' ini. Jadi, dengan hasil yang bakal diperoleh dari hasil judi nanti, dapatlah rakyat malaysia menikmati kemudahan dan infrastruktur tambahan, bayangkan bantuan2 yang bakal diberi, bonus, masjid2 yang besar2 bakal didirikan, sekolah agama, lihat bagimana kerajan Malaysia begitu berpandangan jauh dalam merealisasikan dan menunjukkan betapa " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ".

Namun, dalam asyik2 berfikir akan apa maslahah atau kebaikan yang bakal diperoleh daripada penghalalan judi itu, tidakkah elok kiranya jika kerajaan Malaysia turut menghalalkan samun, rompak, ragut dan lain2 yang asalnya haram itu?. Sebabnya ana melihat jika kita halalkan samun, nanti indeks jenayah negara pasti akan berkurangan secara mendadak, kerna bila samun halal, si penyamun yang menyamun tidak lagi dikira sebagai penjenayah. Selain itu, penyamun itu tidak perlu ditangkap, dia boleh sahaja bebas menyamun selagi mampu, dan mungkin juga boleh menjadi jutawan suatu hari nanti dan turut menyumbang kepada agama, negara dan bangsa. Jika penyamun itu lelaki dan sudah berkeluarga, maka keluarganya juga tidak akan menderita akibat daripada penangkapan ketua keluarga mereka.

Banyak lagi maslahah atau kebaikan yang bakal diperoleh jika kerajaan mengambil prinsip sebegini, ana sangat sangat menyokong dan jika boleh ana mahu mengusulkan hari ini juga kepada perdana menteri Malaysia, harap harapnya dipertimbangkanlah. Nah, Sekarang adakah qurra' sekalian akan mengatakan ana sudah gila kerana berfikiran sebegini?, agaknya jika ana usulkan idea ini kepada adik2 di sekolah rendah, mereka akan mengatakan ana gila atau genius?. Ana yakin ramai yang akan mengatakan ana sudah hilang kewarasan atau gila, ya, jika kalian katakan ana gila, maka secara automatiknya kalian mengakui yang pihak berwajib yang telah menghalalkan perjudian bola sepak demi kemaslahatan negara itu lebih2 lagi gilanya!.

'Asif jiddan kerna telah menggunakan perkataan gila, namun lebih lembut jika dibandingkan dengan kejian Allah terhadap mereka yang lupa daratan, binatang ternak, anjing, itu lebih keras rasanya. Jadi jika ana katakan gila bagi orang yang melanggar syariatullah dengan fikiran yang sedar, juga punya ilmu di dada, tetapi tetap jua mendahulukan akal dari aturan Rabbul 'alamin, maka ia sangat ringan sebenarnya. Akibat daripada merajakan akal beginilah dahulu pernah seorang dari pimpinan kerajaan Malaysia mahu menghalalkan pelacuran. Atas dasar apa semua ini terjadi sebenarnya, cetek benarkah ilmu sekalian pimpinan kerajaan Malaysia sekarang?

Maksud firman Allah SWT :
" Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu "
al Furqan : 43-44

Ana jawab tidak!, mereka itu bijak pandai semuanya, mereka mengerti apa yang halal apa yang haram sebenarnya, namun, oleh kerana sikap keras mereka dalam menolak kebenaran Islam, mengeji ulama', memperkotak katikkan al quran dan as sunnah, maka inilah balasan Allah, telah ditutup mata hati mereka sehinggakan telah membuat keputusan2 yang sangat terkutuk nilainya disisi Islam. Di butakan hati untuk melihat kebenaran, dan ana yakin sepenuhnya, ini adalah salah satu cara Allah mahu menonjolkan kebobrokan mereka2 itu kepada rakyat seluruhnya. Tidakkah rakyat melihat apa yang telah berlaku sekarang, ana pasti semua melihat dan menyedarinya, kecuali mereka yang buta hati!.

Maksud firman Allah SWT :
" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan "
al Maidah : 90

Sebijak manapun akal manusia, ia tidak akan dapat mengatasi syariatullah. Judi adalah sesuatu yang qat'ie, telah tetap dan tiada sebarang perselisihan antara ulama', ianya HARAM!, maka tidak ada satu hujah pun yang boleh mengatasi syariatullah ini, tidak sama sekali!. Maka atas dasar apa kerajaan Malaysia yang diketuai orang Islam ini mahu menghalalkan judi?, mengaku negara Islam, namun menghalalkan judi secara besar besaran, belum lagi sebut isu lain. Ana tiada kata2 lagi sebenarnya, harapnya ummat Islam dapat bangkit dan jatuhkan pengkhianat agama sebegini, itu saja yang mampu dilakukan kini, lainlah jika kalian masih mahu terus bersabar dan bersubahat melanggar syariatullah, silakan!.

al Imam Sayuti ada menyebut satu kaedah fiqh yang bermaksud :

"Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya"

Kita mampu mengubahnya, tapi berbalik kepada kata2 yang ana sebut di awal tadi, "You cannot cross the sea merely by standing and staring at the water", jika kita mahu mengubah segala yang berlaku kini, jika kita mahu meletakkan Islam pada tempatnya, jika mahukan Daulah Islamiyyah, maka kita perlu berusaha dan berjuang, bukan sekadar melihat dan memerhati dari sisi2 pantai dan hanya merenung saja air laut itu, sampai bila pun kita tidak akan sampai kesebarang sana!...ana undur dulu...

2 comments:

assalamu'alaikum

jangan sampai lari dari pantai....~

tiba-tiba ana teringat yg ada org selalu pesan :

jgn asyik berfikir ja,kenala bertindak... bila mahu,kena buat...

dreamer,
novocastrian,
australia.

 

wa'alaikumussalam wrhmtlh

anon, kalau ini anon the dreamer dari australia, maka kata2 "You cannot cross the sea merely by standing and staring at the water" ni mmg x asing la kan...:D...status yg amat menarik!...

yup. jangan lari dari pantai, terjun la kan, best mandi pantai..:p

aha...jgn berfikir ja, kene bertindak la kan...:)

p/s; Jadikan impian hari ini sebagai kenyataan hari esOk!