.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Langkah Tercipta ~

Bismillah...

Syukur pada Allah, puji ke atasnya, nikmat da
n
rahmat tidak lekang di kurniakan, kita saja suka benar putus hubungan denganNya. Selawat dan salam pada baginda Rasulullah SAW, cinta dan kasih buatnya.



Nasyid ini sudah lama ana dengar, sedap, ana suka irama dan lagunya, membawa kepada realiti manusia, ya...hakikat sebagai manusia, apa yang dialunkan dalam lagu ini pasti dilalui, jika belum dilalui, kita akan merasanya nanti, jika sudah, kita akan memahaminya, jika sedang, kita perlu menguatkan diri, jika tidak melaluinya langsung, maka kamu bukanlah manusia... :)

Ana melihat lagu ini tidak dalam konteks besar kali ini, biasanya ana sering mengulas sesuatu isu yg berlaku terhadap diri sendiri atau sahabat2 dengan meluaskan skop ulasan, kerna ana suka untuk berkongsi dengan ramai, ana tahu Wadi al Qurra' bukan saja dikunjungi oleh sahabat yg terdekat, jadi demi meraikan kunjungan yg pelbagai itu, ana sering meng 'universal' ulasan, supaya ia tidak terlalu merujuk kepada hal peribadi walaupun ia memang peribadi. Ana menulis untuk memberi, lillahita'ala, dan ana mengharapkan agar redha Allah dapat dihampiri dan dicapai, doakan...

Namun, ada sedikit artikel dalam Wadi al Qurra' sebelum ini yg tampak agak peribadi, nisbahnya mungkin 2:100, mungkinlah. Artikel ini ana rasa akan menambah nisbah yg kurang itu, nasyid ini buat ana mahu berkongsi dengan diri sendiri, jika ada manfaatnya, silalah ambil, ia dari Allah jua pastinya. Tajuk nasyid ini Langkah Tercipta, ana melihat dan membahagikan sendiri fasa nasyid ini kepada 3, dan fasa ini ana bahagikan mengikut apa yg hati ana rasa berdasarkan pengalaman lalu, biiznillah.

Fasa Pertama - Impian

Dulu2, bukan sekaranglah, ana pernah lalui satu peristiwa, harapan ana tinggi untuk mendapatnya. Harapan ana itu pula berbalas, orang melayu suka mengatakan bagai bulan jatuh ke riba, ya, keadaan ketika itu ana anggap sebagai bulan jatuh ke riba, kerna ia datang memberi harapan begitu saja. Ana akui fatrah itu sangat menggembirakan ana, hati ana cukup berbunga bunga melaluinya, semampu mungkin ana cuba mengekalkan apa yang patut dijaga. Manusia jika diberi peluang merasa nikmat, memanglah gembira dan seronok bukan?... :)

Fasa Kedua - Langkah Terhenti

Saat ana merasa enaknya nikmat, tiba masanya roda berputar, giliran ana jatuh ke bawah, jatuh tersungkur sebenarnya. Langkah ana terhenti menghadapi situasi ini, ana tertunduk saja, impian yang telah di bina tiba2 saja dilandai badai. Ana hilang punca, cuba mencari cahaya dalam gelap malam. Sebenarnya amat tergamam, kenapa terjadi begini, sedangkan sudah sedayanya menjaga apa yang perlu, membinanya dengan asas yg digaris, kenapa?. Dalam gelap malam, setelah tersungkur rebah, sedikit cahaya mula menyinari, ya, Allah memberi sinarNya, ana menyedari yang tiada apa pun milik kita, semua miliknya, semacam mana sayang atau menjaganya, jika DIA meminta, tiada daya menahan pergi. Jangan di anggap apa yg dimiliki adalah milik kita, ia pinjaman saja, pengajaran yg begitu bermakna buat ana.

Fasa Ketiga - Langkah Tercipta

Fasa ini ana kira paling ditekankan dalam nasyid ini, ia mengajar kita, bila tersungkur jangan bertangguh untuk bangun kembali, terus saja bangun dan melangkah lagi!. Begitu juga apa yang ana lalui, setelah kedua fasa sebelumnya, ana melangkah lagi setelah dikuatkan tuhan. Mencipta langkah sememangnya mudah, namun mengekalkan langkah memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi, istiqomah dalam melangkah akan membantu kita melihat lebih jelas matlamat dan tujuan.

Pengalaman lalu mengajar erti yang sungguh bermakna, ia mematangkan dan menjadikan ana lebih rasional, ia adalah tarbiyyah dari Allah. Kini, ana terus melangkah, mencari sinar2 kebahagiaan, letakkanlah Allah atas segalanya, pasti kebahagiaan yg kita peroleh, halawatul iman pasti menenangkan jiwa. Ana berusaha melengkapkan kehidupan, terus melangkah, menanti saat2 bahagia lain yang bakal tiba, Allah tujuanku, dan ana bertekad mahu membawa siapa yang mahu melangkah bersama ana kepada kebahagiaan hakiki, ini janji yang dibuat bersaksikanNya!...bantulah hambamu ini ya Allah!

Perkongsian Rasa

Dalam menghadapi tiga fasa di atas, ana hanya mengadu kepada Allah, ana bukanlah seorang yg terlalu gemar berkongsi rasa, ana kurang gemar di leter dengan pelbagai motivasi. Bukanlah ia kerna kesombongan, namun ana lebih selesa memotivasikan diri sendiri, dan utamanya memohon motivasi dari Allah, hasbunallah wani'mal wakil!. Ana ada menceritakan masalah yang dihadapi itu, namun sampailah saat ini termasuk keluarga bilangannya kira2 tidak lebih dari 10 orang yang tahu, ana berkongsi pun kerna ada asbabnya, namun ana tetap dengan perangai lama, setiap masalah yg dihadapi, ana pendamkan dan ana akan motivasikan diri sendiri, kerna ana suka begitu, ana suka mengadu pada Allah! kerna Allah lah tuhan ana, dan ana adalah hamba kepada tuhan.

Bercakap perihal motivasi, ana sgt susah terkesan mendengar leteran motivasi yang tidak punya ruh, maksudnya disini, biarpun ia terkenal sebagai pakar tersohor, namun jika tiada penghayatan kepada apa yg diperkatakan, ana sukar menerima. Di sekolah menengah dulu, pernah pihak sekolah membelanjakan berbelas ribu untuk satu program motivasi penceramah terkenal, ana dengan rela hati tidak menyertai, ana balik ke rumah mencari ruh sendiri. Berkali2 ana buat begitu sebenarnya dlm program2 yg lain, namun biiznillah natijah peperiksaan ana sangat manis juga. Ana lebih suka memotivasikan diri sendiri dengan panduan Allah, ana mahu hati ana jadi lebih kuat dari hari ke sehari!.

Namun, ada tokoh2 yang boleh buat ana termotivasi tanpa bercakap pun, dan antaranya adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ana banyak kali juga dapat face to face dgn tokoh ini, berbual pun pernah, namun sosok ini, dianugerahkan oleh Allah dengan ruh yang kuat barangkali, boleh membuatkan ana termotivasi dengan sendiri. Sedangkan solat dibelakang beliau pun boleh membuat hati terasa gentar, bukan gentarkan Tok Guru, tapi melihatkan Tok Guru, membuatkan kita lebih terasa dekatnya Allah, sebaik baik manusia adalah manusia yang mampu mengingatkan kita kepada Allah!. Pengajaran yang ana kira sesuai adalah, kuatkanlah ruh kita dalam menghadapi hari2 yang mendatang, agar hati menjadi tabah, jiwa menjadi tenang, perjuangan tidak goyah, pengorbanan pula tiada mengharap balasan...insyaAllah.

Banyak pula ana cerita soal motivasi, namun hakikatnya itulah yang sebenarnya, rasanya ramai yang boleh sahkan, memang ana tidak berapa gemar berkongsi untuk dimotivasi, kecuali untuk keadaan dan orang tertentu sahaja. Itu nature ana, dan ana melaluinya dengan baik setakat ini, alhamdulillah, rasanya ana tidak menyusahkan orang dan tidak menyusahkan diri sendiri jua, kerna Allah ada untuk mempermudahkannya :). Dalam pada masa yang sama, ana tiada masalah untuk memotivasikan sahabat, ana suka sebenarnya jika ada yang mahu berkongsi. Agak ramai juga yang berkongsi cerita dengan ana, ana meraikan sebaiknya, sebolehnya ana mahu menjadi asbab seseorang itu mendapat manfaat dari Allah, ana suka begitu, ana mohon pada Allah, agar dipermudahkan untuk sahabat2 sekalian.

Sudah ana katakan, ini entry untuk peribadi, maka tidaklah pelik jika banyak persoalan peribadi ana coretkan. Dalam melalui kehidupan yang serba mencabar ini, penuh mehnah dan tribulasi, ia mengajar ana pelbagai erti. Pengalaman2 lalu semakin membuatkan ana matang, ia semakin menyedarkan ana ini sangat lemah sebenarnya, insan yang sangat2 lemah. Oleh itu, ana berusaha menjadi kuat, ana melalui fasa2 dalam kehidupan dengan kekuatan sendiri yang dikurniakan Allah. Semakin lama mengharungi kehidupan dunia, semakin hampir pula kita dengan hari kematian, oleh itu, kita perlu bersedia, perlu kuat dan tabah mempersiapkan diri. Setiap yang hadir di dunia ini jika ia adalah peluang untuk membuat amal soleh, apa pun amal soleh, maka segerakanlah untuk melakukannya, lillahita'ala!...bimbang jika ditangguh2, ia akan hilang dan tidak kembali lagi, ia pesan seorang murobbi. Ana ingin menyahutnya, Allah yusahhil!

Ana ingin akhiri coretan ini dengan satu lakaran hati kepada diri :

Wahai dunia yang terbentang luas,
Aku seorang pengembara hina,
Beberapa tempoh telah aku lalui,
Bahagia, derita, suka dan duka telah kuharungi.

Aku pernah saja tersungkur,
Aku pernah juga bangun kembali,
Ia mengajar aku pelbagai erti,
Erti kehidupan yang sebenar.

Setelah diajar oleh mehnah,
Aku mahu langkah yang istiqomah,
Dan kini aku mahu mengotakan kata,
Lillahita'ala, LANGKAH TERCIPTA lagi!

Robbana Yusahhil!

8 comments:

me too..waahh lama xmenyemak kat sini..maaf tumpang lalu ya

 

to sophie...

lagu yg sgt menarik kan... :)

to cik ika...

silakan, sambil2 stadi menyemak la cik ika, releasekan tensiOn...:D

 
Zinnirah Al Jannah

Tengah2 orang busy exam, dia rajin pulak meng-update ye? Haih, sabar je lah~ :P

 

tO...tO share to give..:p

Masa org x exam, byk sgt updatenye, nak2 dari teratak semut87 tu...ade je ceritenye...:p...so time exam ni giliran wadiqurra la plak meng update...:D

Sabar2...sObrun jameel!...sabar baru cantek kan..hehe...nanti update bebanyak ye!...:D

 

A.Cik, I like it!
..dan satu lagi, ameen untuk Langkah yang bakal tercipta tu. :)

err...lagu tu tak pernah dengar lagi. Nanti-nanti, Kak Hany ajak A.Ngah dengar2kan ya.

 

kak hany!...

u like it?....i like it too...hehe

Allahumma Ameen...:)...tapi, langkah ape kak hany?..hehe

dgr sOrang2 pun bOley, tapi ajak a.ngah skali pun ok gak...sume org kene cipta langkah baru untuk istiqOmah dgn langkah sedia ada kan...:)

 

dah lama xmenjenguk kat sini.. dah lama jugak kita xberkontek2,kan..moga sihat slalu~ :)

ukhuwah fillah abadan abada~