.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Mencari Cinta ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"
at Taubah : 24

Syukur pada yang Kuasa, segala puji bagiNya, dengan izinNya jua aku mampu bersyukur dan memuji. Muhammad Rasulullah SAW, dengan nurNya alam diterangi, rahmat dilimpahkan, manusia biasa yang bersifat luar biasa, datang juga dariNya, jangan lupa selawat dan salam.

Kalau tulisan sebelum ini tajuknya Epilog Cinta, kali ini Mencari Cinta pula, kenapa banyak sangat perkataan CINTA, adakah ana sedang bercinta?...

Ya...ana sedang bercinta, kerna manusia jika tanpa cinta akan hancur dan porak perandalah kehidupan. Tanpa cinta manusia binasa, ana menyeru kepada semua, marilah bercinta. Bercintalah dengan Allah dan bercintalah kerana Allah, pasti kita akan bahagia, cintailah sesiapa saja, asalkan disandarkan padaNya.

Malaysia kini sememangnya sedang diselaputi cinta, itu bagus, namun yang tidak bagusnya cinta iu disandarkan pada dunia, rakyat Malaysia sekarang sedang mencintai segala yg ada dengan disandarkan pada dunia, oh ya...bukan Malaysia saja sebenarnya, tapi seluruh dunia, namun usah melihat lebih besar jika diri sendiri terkontang kanting.

Ana sempat mengkuti program edaran risalah sempena Ramadhan, Merdeka dan 'Eidul fitri di Melaka anjuran GAMIS. Jika kita pada bulan mulia selalu mendengar tazkirah sempena Ramadhan, bertarawih, beratadarrus, menulis tentang Ramadhan dan kelebihannya dengan sangat bersungguh2 di blog2 atau mana saja, sahabat kita di luar sana juga sedang bersungguh sungguh mencari cinta terlarang. Secara praktikalnya, adakah apa yang kita buat sekarang membantu sahabat kita yang lain?, atau sebenarnya kia hanya sedang membantu diri sendiri sahaja?, sekadar persoalan, insyaAllah kita sama2 berusaha lebih gigih, sama2 mengejar mardhatillah.

Ana berpeluang mengedarkan risalah dan menegur mesra 'beberapa', oh ya, 'beberapa' yang ana sebut itu sebenarnya bermaksud BANYAK. Banyak pasangan yang sedang mencari cinta, apatah lagi yang sedang bercinta. Gayanya macam2, ada yang berkepit, ada yang berbaring mesra, ada yang berbual2 biasa, namun oleh kerana keadaan tempat itu agak gelap, jadi pasangan berkenaan perlu duduk rapat2, takut barangkali, syaitan diikat, tetapi jin tetap ada di bulan Ramadhan ini.

Reaksi yang di terima pelbagai, namun alhamdulillah semuanya positif, bermaksud mereka masih lagi punya HATI!. Ada juga yang sedang berbaring mesra itu terkejut bila di sapa, terus bangun dan apa yang keluar dari mulutnya adalah, ya ALLAH!, terkejut dengan cara pakaian dan kOpiah barangkali, mungkin disangka pegawai pencegah maksiat, itu tidak perlu dikisahkan, tetapi yang ana gembira, masih ada ALLAH di hati mereka.

Ada pendapat mengatakan perlu ditanggalkan kOpiah dan imej agama semasa gerak kerja begini diadakan, tetapi ana pula sengaja melawan arus, kenapa tidak mahu menonjolkan syiar agama, sedangkan pengalaman ana sendiri, golongan sebegini lebih menghormati imej agama yang dibawa. Mereka akan segan sendiri, malu sendiri kepada Islam yang ada dalam diri mereka. Ini bukan sekadar teori, ini adalah observation dari pengalaman sendiri, pergaulan dengan sahabat yang begitu, dan terbukti secara praktikalnya, apalagi di bulan Ramadhan ini.

Maksud firman Allah
" Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti2 kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
al Baqarah : 208-209

Tidak ada yang lari, bahkan sangat mesra pula, approach yang betul akan membantu pakej pakaian atau syiar yg dibawa, kita mahu mengislah dan berdakwah untuk manusia kembali pada Islam, kenapa mahu bawa imej yang sama seperti mereka, lagipun keberkesanannya telah terbukti. Bawalah imej Islam, jangan takut manusia akan lari kerana fitrah manusia itu pada ISLAM, yang perlu dikhuatirkan adalah cara bertindak dalam situasi yang berbeza.

Golongan tertentu 'Mencari Cinta'...

Heboh kini dengan isu non Muslim memasuki masjid, ada pihak2 tertentu sedang mencari cinta dengan cara mengharamkan non Muslim memasuki Masjid. Mereka menunjukkan mereka sangat cintakan agama, dan inilah caranya mereka mencari cinta, tetapi mahu bercinta juga perlulah di dasari dengan ilmu. Kamu cintakan Islam tetapi kamu tidak tahu dan tidak mengikut apa yang Islam minta, cinta apa begini?

Salah satu alasannya adalah kerana YB bukan Islam yang memasuki masjid itu tidak menutup aurat, tak memakai tudung, bergegar gegar golongan pencari cinta ini mengeluarkan hujah. Secara peribadinya ana juga setuju, sepatutnya penganjur majlis perlu menasihatkan YB non Muslim itu memakai tudung, YB itu tidak ada masalah pun utk memakainya, cuma beliau tidak tahu.

Namun, ada apa dengan ini?...

( Pencari cinta hakiki...surau atau masjid mana ni?... )

Jika golongan ini yang bergegar menyuruh memakai tudung dan menutup aurat bila memasuki masjid sebagai menghormati agama Islam, bagaimana pula mereka yang beragama Islam, tetapi membuka aurat merata rata, bahkan sampaikan dalam surau pun masih menonjolkan rambut yang hitam pekat itu?, Cakap saja bergegar, diri sendiri...carilah cinta yang sebenar, jika sudah jumpa jangan pula berpaling demi kepentingan diri.

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya "
as Saff : 2-3

Golongan pencari cinta ini menari lagi...

Mereka berhujah pula Islam mengharamkan non Muslim memasuki masjid, seolah2 secara total Islam mengharamkan. Mungkin mereka terlalu sibuk mencari cinta hingga terlupa untuk membelek kitab dan melihat pandangan ulama' terdahulu dan kontemporari, bahawa jumhur ulama' dan fuqaha' membenarkannya.

Imam Bukhari ada membawakan sebuah hadith yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap kerana kesalahan tertentu)

Maksudnya :
" Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid "
HR : Bukhari & Muslim

Selepas tiga hari di tahan, Thuhamah bin Uthal telah memeluk Islam demi kerana melihat keramahan dan budi pekerti umat Islam serta keindahan mereka dalam beribadah.

Thuhamah itu semasa ditahan belum memeluk Islam dan tempatnya adalah di dalam Masjid, jadi bagaimana sekarang golongan pencari cinta yang sedang menari?...

Imam al Mawardi as Syafie di dalam al Hawi al Kabir telah membawa pendapat Imam as Syafie, maksudnya :

" Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram "

Dapat kita lihat, membenarkan non Muslim memasuki masjid adalah salah satu uslub dakwah yang digunakan Rasulullah SAW, dan ia di sepakati oleh majoriti ulama' dalam mengharuskannya. Jadi kalau kita yang bukan siapa2 ini, usahlah bergegar gegar mahu membantah tanpa dasar, oh mungkin ada dasarnya, POLITIK SEKULAR!. Jadikanlah hubungan politik dengan bukan Islam sebagai salah satu cabang dakwah untuk kita, ini juga salah satu cara dalam mengejar cinta Allah, bukannya dengan menjauhkan lagi non Muslim dari Islam.

Di Merata dunia, United Kingdom, German, London, bahkan Masjid al Azhar sendiri membenarkan non Muslim memasukinya. Ketua paderi Kristian juga pernah memasuki masjid dalam rangka lawatannya ke negara Arab. Persoalannya bukan di ruang dalam atau luar, ruang solat atau di mana pun, selagi mana adab dijaga, ia diharuskan.






Mencari cinta itu satu kewajipan bagi seluruh manusia, namun perlulah mencari cinta yang benar, dan jalannya pula perlulah syarie. Mencari cinta perlu dengan ilmu, bukan dengan bersandarkan kepentingan diri dan dasar emosi membuta, tidak kiralah siapa pun kalian, ana undur dulu.

p/s : Nampaknya ana update lagi, sgt termotivasi :D...apa pun JOM BERCINTA! :)

2 comments:

loh cerita politik rupanya.... ape kate klu berdakwah jgn libatkan politik2 ni, smpi bila pn x habis, pihak ni kate die x betul, yg 1 lg kate die tu x betul.... adoiyai....

 

salam 'alayk...

anOn...

Ana hanya mengikut sunnah Rasulullah SAW, berdakwah dan berpolitik...salahkah?

n one more thing,ana tidak menyebelahi mana2 pihak atas dasar siapa dia, tetapi atas dasr benar atau salah, ana tidak mengatakan yang benar itu salah dan yang salah itu benar tetapi ana akan bertegas mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah...itulah namanya dakwah dan Islah...

Kebenaran dan kebatilan memang sampai bila pun xkan habis, sentiasa akan ada pertentangan, sebab itulah adanya syurga dan neraka, dan tugas kita sedayanya, cubalah meramaikan syurga, ini juga namanya dakwah dan islah...semOga Allah redha...:)