.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Seputar PRK Hulu Selangor ~

Bismillah...

Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar!...ringankanlah diri untuk sentiasa bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, tunjukkan diri ini hamba, bukannya tuhan!. Jangan pula lupa untuk meringankan diri demi baginda tercinta, janganlah kedekut lagi untuk berselawat buat Muhammad Rasulullah SAW.

Syukur pada Allah, mengizinkan sedikit coretan dari ana bagi melakari Wadi al Qurra'. Bukannya apa, cuma sekadar ukiran ringkas terhadap perjalanan ana di Hulu Selangor. Ana rasa memang nama Hulu Selangor sekarang masih lagi panas, dan apa yg membuatkan Hulu Selangor panas itulah yg telah menjemput ana ke sana. Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru saja berlalu, dan ana sempatlah juga mencatit nama antara puluhan ribu manusia yang mengunjunginya bagi tujuan yg sama.

Bukanlah hasrat ana mahu bercerita satu persatu, cukuplah rasanya jika ana berkongsi secara ringkas. Seperti yang diketahui umum, keputusannya memihak kepada Barisan Nasional, dan secara jujurnya, telah ana utarakan kepada beberapa sahabat sebelum hari pengundian lagi, yang mana pilihanraya ini Pakatan Rakyat umumnya, khususnya PKR, akan kalah kerana beberapa sebab, sebab2nya ana rasa tidak perlulah ana sebutkan disini. Sahabat ana mulanya kurang setuju dengan kata2 ana tempoh hari, baru saja tadi mengakui apa yg ana katakan padanya, pastinya ana mengatakan begitu bukan kerna ana ahli nujum, tetapi ana amat pasti, bahawa kemenangan itu tidak akan dicapai jika syarat2 yg ditetapkan oleh Allah utk kita mencapai kemenangan itu tidak dipenuhi. Ana tidak mahu ulas panjang soal ini, mungkin boleh jadikan homework utk fikirkan sendiri :)

Jika mahu melihat kepada usaha2 Barisan Nasional, PM berkampung disana, isu peneroka felda, sabotaj eletrik, pembahagian wang dan sebagainya, mmg cukup banyak, ana biarkan kepada yang lain utk menganalisanya, namun apa yg ana sendiri alami di sana, memang begitulah. Namun secara jujurnya, ana tidak suka melihat kepada pihak lain saja, lebih utama untuk kita menilai diri sendiri sebenarnya, banyak kelemahannya, ana bukan mahu berat sebelah, namun ana minta demi Islam, jika mahu menang, buatlah seperi mahu menang, kepada jentera PKR terutamanya, jangan terlalu mengharapkan PAS saja yang berkorban, ayuh! turunkan tenteramu!...bersiap siaga dari sekarang, jadikan ini sebagai pengajaran!...insyaAllah!

Ana disana bersama sahabat2 seperjuangan berkampung di Kampung Gesir, Markaz Dewan Pemuda PAS Pusat berdirinya di situ, nun dalam kampung sana, kawasan kelapa sawit. Berhadapan adalah bilik gerakan PKR, dan disebelahnya BN punya. Alhamdulillah tiada kejadian teruk2 yang berlaku. Pergeseran2 biasa itu adalah juga, tapi itu perkara biasa sebenarnya dalam pilihanraya, kadang2 ada yang terlebih adrenalin, emosi tak stabil dan sebagainya lah kan. Itu sedikit ceritanya, sediki lagi, ana sempat ke Kuala Kubu Bharu pada malam akhir sebelum pilihanraya, ada Ceramah grand finale, tak dapat dinafikan cukup ramai, di dalam stadium saja sudah 20000++, campur diluar2 sana lagi approx 40000, ramai kan... :)

Boleh kata semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat turun, Tok Guru Nik Abdul Aziz, Anwar, Azmin Ali, Husam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Sing, dan ramai lagi sampai tak muat pentas. Namun yang paling membuat ana terharu, semasa Tok Guru sampai, puluhan ribu orang bangun, lagu Shoutul Harakah didendangkan, takbir bergema, memang berdiri bulu roma ana, sambutan yang paling hangat antara pemimpin2 yang hadir, sehinggakan semasa Anwar tiba, di sebabkan ketika itu Tok Guru sedang berucap, semua khusyuk mendengar, menghormati tokoh ulama' itu, tiada sambutan ketibaan Anwar sepertimana yang dilakukan kepada pimpinan yang lain. Ana berfikir sejenak, kaum China, India dan sebagainya begitu menghormati tokoh ulama' itu, bagaimana pula yang mengaku muslim diluar sana, tak nampak lagikah?...

Banyak sebenarnya pengalaman, namun biarlah ana pendam sahaja dulu(malas menaip sebenarnya)...itulah sedikit cerita, hari pengundian ana tak duduk lama di Kampung Gesir. Agak membosankan melihat gelagat pihak yang kurang faham bahasa, sudah dikatakan tidak boleh berkempen di kawasan pengundian pada hari buang undi, di bantainya buat skuad khas untuk itu, melalak memekik di tepi jalan, lelaki dengan mengada ngadanya, perempuan dengan tergedik gediknya, susah benar ke nak faham arahan SPR?. Jentera Pakatan memang tidak plan untuk itu pun, sbb itu arahan SPR yg terbaru, mungkin sebabnya jentera Pakatan ni lebih cerdik agaknya, boleh fhmlah arahan tu.

Malas lah ana nak cerita byk lagi, kang macam hal pulak terkeluar, apa pun bagi ana, janganlah kita suka sangat melihat dan mengata pihak lain saja bila tewas, cubalah lihat diri sendiri pula... :).Ok, hari pengundian ana tinggalkan awal markaz, bertolak ke TTDI Jaya, Shah Alam, ada Seminar Pendakwah Muda di sana, Ustaz Hasrizal Saiful Islam instruktornya, alhamdulillah, sampai walaupun sesat barat juga. Program yang byk manfaatnya, cuma penambahbaikan dari segi fasi dan lain2 mgkin boleh dipertingkatkan lagi untuk masa akan datang, ana punya expectation yang amat tinggi ke seminar begitu untuk diajar, bukan mengajar!...tapi, dari Ustaz Hasrizal, itu memang amat2 byk ana belajar, alhamdulillah!

Habis saja seminar, pulanglah ke Melaka, malam jugalah sampainya, penat jgak berlumba :p, namun terlalu byk hikmah yang dapat dikutip dari musafir ini, masih lagi mahu berfikir, menelaah, mengutip hikmah2 yang ada, kalau boleh ana tak mahu keciciran satu pun, kerna hikmah itu bukan barang yang layak untuk dicicirkan, tetapi hakikatnya manusia sering saja tercicirkan hikmah itu, bahkan ada yg sudah menjumpai hikmah tetapi membuang ia begitu saja, ya, mungkin mereka menganggap ia tiada harga...mungkin!...ana undur dulu!

Ana sertakan sedikit photo di sini :

( Kat Markaz Pemuda PAS Pusat - Ngan Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat )

( Kempen Rumah Ke rumah )

( Penerangan kepada penduduk - macam2 gak dorang mengadu )

( Sedikit bantuan dihulurkan )

( Zul Wadiqurra membuat tinjauan :D )

( Ini antara rumah BN tegar, ana bagi harakah, dia kabo, dah sepuluh kali bagi da ni...sabo jela )

( Anak monyet main2 ngan anak kucing :D, menarik kan...cOmel! - Jumpa ni time edar risalah dari rumah ke rumah pula )

( Puluhan ribu manusia membajiri Stadium Mini Kuala Kubu Bharu - Ceramah Grand Finale )

( Hadirin mula bangun meraikan ketibaan Tok Guru Nik Abdul Aziz )

( Tok Guru sedang berucap )

( Hadirin Khusyuk )

( Itu antara skuad kempen BN yg sedang melanggar arahan SPR )



( Ada gaya untuk jadi calon tak? )

~Salamatussodri - Mutiara Yang Hilang~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan "
al Maidah : 8

Segala puji kepada Tuhan sekalian alam, Maha Suci Allah yang menciptakan, segala sesuatu terjadi adalah kehendaknya, penguasa alam pentadbir semesta. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dengan hadirnya juga rahmat dilimpahi, Muhammad Rasulullah SAW kekasih tercinta.

Alhamdulillah, Wadi al Qurra' diisi lagi kali ini, semoga isinya dapat dicurahkan di tempat yang lain juga...insyaAllah. Mengambil ibrah dari sirah perjuangan baginda Rasulullah SAW, sahabat, ulama salaf dan khalaf serta lain lainya, keberjayaan perjuangan samada di medan dakwah atau medan perang, didasari banyak faktor, ya...faktor utamanya adalah keizinan dari Allah, namun perlu di ingat kejayaan dan kekalahan yang berlaku bukan datang tanpa asal dan usulnya. Kemenangan datang pabila syarat2 untuk mencapai kemenangan itu dicukupi, dan kekalahan datang pabila syarat kemenangan itu tidak dicukupi.

Apabila bicara soal faktor2 keberjayaan ini, lihat bagaimana Sultan Muhammad al Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel yang dikatakan mustahil untuk ditembusi akibat daripada kedudukannya yang amat strategik. Ana tidak berniat membincangkan semua faktor pentingnya, cuma sekadar mahu mengambil satu daripadanya, iaitu sikap Salamatussodri atau berlapang dada al Fateh dalam menerima pendapat tenteranya dengan tidak mengira pangkat. Lihat bagaimana idea pembinaan benteng Rumelli Hissari yang amat membantu itu sebenarnya datang daripada idea seorang tentera bawahan, al Fateh berlapang dada menerimanya, tidak seperti kebanyakan pemimpin yg menutup terus ruang bagi pengikut bawahan bersuara dek kerana ego membuta.

Begitu jugalah amalan khalifah Islam yang terdahulu, dan pastinya itu juga amalan Rasulullah SAW, berlapang dada!. Disini ana mahu melanjutkan, bahawa Salamatussodri ini ruangnya amat luas untuk di amalkan, lihat bagaimana pertelingkahan antara umat Islam kini dalam pelbagai aliran, 'Asyairah dan Ibnu Taimiyyah, Salaf dan Khalaf, dan lain2, pertelingkahan dalam hal2 ini semakin meruncing seolah mahu menghancurkan Islam, kenapa ini berlaku?...ana belum pernah mendengar ajaran dari Rasulullah SAW yang menuntut kia berpecah belah, bahkan baginda mengajar kita untuk berlapang dada apabila timbul khilaf atau perselisihan pendapat.

Kata Syeikh Rashid Ridha :

" Kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati, dan saling bertoleransi dalam perkara yang berbeda "

Sangat merisaukan melihat situasi kini, tidak tahu dimana hilangnya Salamatussodri, masing2 mahu mendabik dada, tidak kenal lagi erti tasamuh atau toleransi, ke mana hilangnya ajaran Rasulullah SAW yang satu ini?. Melihat dalam ruang lingkup yang besar, itu yang akan kita lihat, bagaimana pula jika kita kecilkan skop, sikap kita dengan sahabat2 disekeliling. Mungkin perkara sebegini dipandang enteng sahaja, namun cuba lihat dalam hal2 yang kita perselisihkan antara sahabat, adakah seringkali kita bertindak membelakangi Salamatussodri dan merajakan emosi?

Ana menyebut perkara ini dalam konteks yg lebih kecil kerana ia lebih dekat dengan kita, selalunya kita lebih mendahulukan emosi, menjadikan emosi sebagai cara berhadapan dengan perbezaan pendapat, dan ini adalah sikap yg perlu dijauhi. Seringkali apabila berhadapan dengan situasi begini, kita akan merasakan kita betul, namun kita gagal untuk meletakkan diri kita dalam situasi pihak yang satu lagi, disebabkan inilah Salamatussodri itu tidak kita capai. Merasakan diri betul, tanpa berlapang dada untuk melihat kepada pendapat lain, sebenarnya kita telahpun membenarkan jarum2 syaitan menusuk, kita membenarkan tuntutan syaitan itu sendiri!, dan sememangnya kerja syaitan laknatullah itu menampakkan apa yang haq sebagai batil, serta yang batil itu sebagai yang haq.

Kata al Imam Ahmad bin Hanbal :

" Tidak sewajarnya seorang ahli fiqh memaksa manusia kepada pendapatnya dan bersikap keras terhadap mereka "

Ingatlah, mengenyampingkan sikap Salamatussodri serta tasamuh akan membuahkan penyakit yang amat bahaya, iaitu penyakit hati, semakin hari semakin membesar, jiwa akan semakin keras...riya', 'ujub dan lain2 sifat tercela akan menguasai diri. Ini semua akan berlaku dalam keadaan tidak kita sedar, kita akan menyangka kehebatan kita berhujah, memberi pendapat dan lain itu sebagai kelebihan yang hanya kita perolehi, sedangkan apa yg dilontarkan pihak2 lain adalah kurang tepat semuanya, kita akan menyangka kita benar dalam segala perkara, dan inilah yg membuatkan syaitan bertepuk sorak!

Memang susah untuk berlapang dada dalam sesetengah keadaan, namun susah itu disebabkan kita melayan emosi dan mengiakan talbis syaitan, cuba rasionalkan dengan akal yang diberi tuhan, dengan dipandu bisikan hati yang benar, maka akan terlihatlah akan sikap penuh emosi dan mahu mendabik dada dengan pendapat sendiri adalah sikap yang tercela, sungguh!...apatah lagi jika turut memburuk burukkan pihak yang tidak sependapat dengan kita, sikap sedemikian adalah hasil daripada didikan syaitan yang dihanyuti emosi semata, tiada untungnya buat Islam dan diri sendiri jika merajakan sikap sedemikian, akhirnya musuh Islam yang bertepuk sorak serta syaitan pula bekenduri besar.

Maksud firman Allah SWT :
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. "
al Baqarah : 237

Cubalah wahai sahabat sekalian, nilailah setiap perkara dengan ilmu, dan jangan terlalu laju mencantas pihak yang lain, jikapun pihak yang lain itu mencetuskan sesuatu yang tidak sealiran dengan kita, berlapang dada lah, carilah solusi dengan menggunakan akal yang dipandu hidayah Allah, bukan dengan emosi yang dipandu syaitan laknatullah. Ambillah ibrah daripada kisah2 terdahulu, belajarlah dari sejarah supaya kita dapat bertindak dan berfikir secara lebih rasional. Jagalah hati dari penyakit penyakitnya dengan Salamatussodri serta tasamuh, ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang punya akal untuk berfikir, insan lain juga punyai benda yang sama...ana undur dulu...wallahu'alam