Kulihat awan berarak mendung,
Sesekali sinar mentari terpancar terang,
Menyelit mencari ruang di celahan yang ada,
Ku sedar sedari dulu begitulah ceritanya.
Aku lontarkan fikiran jauh ke sana,
Membilang hari mendung dan panas,
Tidak sedikit rupanya,
24 tahun merangkak, menari di dunia fana.
Jika dulu aku anak kecil,
Kini aku pula mendambakan kehadirannya,
Jika dulu aku seorang,
Kini aku sudahpun berdua.
Puisi ini bukan untukku,
Puisi ini puisi istemewa,
Puisi dari hati untuk hati,
Buat peneman setia, isteri yang ku cinta.
Hadirmu dengan izin Yang Kuasa,
Cinta kita kerana cinta DIA,
Membenih rasa menanam mahabbah,
Menuai sakinah hidup mulia.
Hadirmu bukan sekadar saja,
Menyubur rasa pada Pencipta,
Menguatkan langkah terjun ke Medan,
Mengatur gerak melaju terus.
Kau isteriku,
Belahan jiwa dan perasaan,
Biar setahun jagung usia perkahwinan,
Aku memandang syurga sebagai tujuan.
Buat isteriku NORAZINI,
Jika dirimu bukan lilin yang menerangi perjalanan,
Usah dikau terkilan durja,
Kerana dirimu bukan sekadar lilin, tetapi CAHAYA!
7 comments:
romantik pula zauj pn.zini ni. Moga kalian terus tabah, sabar, dan bahagia sampai ke syurga :)
p/s: moga selamanya begini ^,^
dari en semuat kepada puan semut;-)
aini mardhiyyah
well...hehe...
syukran, Allahumma ameen
Permata
en SEMUAT pon bole la..:p
peh!
tak pernah aku melihat kau mengarang sebegini... utk yg tersayang semuanya pasti jadi ye?
haha...musti la, da kawen musti kene romentik2 skit baru feel...xbole la rigid sgt...hehe...
salam...lama xdgr citer...ape khabar orang nun jauh...:D..macam mana ye skang??huhu..romantik karangan baarakah syeikh..huhu
Saya minta izin copy iya encik.. ��
Post a Comment