.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Cermin Atau Senapang?

Bismillah...

Alhamdulillah,kesempatan diberi lagi oleh yang Maha Kuasa, syukur dan puji padaNya atas limpah rahmat dan kurnia. Buat kekasih tercinta, insan mulia, sosok agung sepanjang masa, Muhammad Rasulullah penerang maya, ucap selawat ucap salam buat baginda.

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus"
al Maidah : 14 - 15

Fatrah ini sebenarnya fatrah imtihan, imtihan niha'ie yang betul2 niha'ie buat ana dan segelintir sahabat insyaAllah. Fatrah yg sememangnya memerlukan ana dan rakan2 di MMU khususnya meluangkan masa yang lebih bersama buku2, nota2, dan tutorial2 yang tercinta. Bukan apa, masing2 mahu menunjuk taring nanti, menunjuk belang tarung di dewan peperiksaan dengan persedian rapi, namun ana masih lagi mencari2 aura belang tarung itu, dimana ya?...boleh tolong tujukkan?

Ana menulis kali ini bukan kerana punya masa lapang, tetapi ana melapangkan sedikit masa untuk menulis, kerna apa?...mungkin ada yg mengata ah zul ni, bezakanla yang mana aula, ini fatrah imtihan!. Ada yang kata?...begini, bagi ana study memang nombor satu, tetapi berkongsi ilmu bukan nombor dua, clear?...kalau mahu boleh saja, susun masa, masing dah pandai semuanya...insyaAllah...:)

Senapang atau cermin, itu yang akan menjadi perbincangan di Wadi al Qurra' kali ini. Sebenarnya ana mahu membawa QURRA' sekalian kepada satu pemahaman iaitu JADIKAN AL QURAN SEBAGAI CERMIN, BUKAN SENAPANG!. Sejak bila pula al Quran boleh jadi cermin atau senapang ni?...sabar, ini bukan bida'ah ya, jangan sampai lepas ni bising kata Wadi al Qurra' mempromosikan al Quran itu sebenarnya cermin atau senapang, nanti ada pula yg kata ana bawa fahaman muktazilah yang kata al Quran tu makhluk, nau'zubillah.

Teliti kenyataan ana sungguh2, al Huda, an Nur, al Mubin, al Busyra dan apa2 lagi, ini semua adalah antara sifat2 al Quran yang kita baca tiap2 hari itu. Kalian baca kah? maksud ana selain dari masa solat?...ataupun sebab fatrah imtihan ni tak sempat baca?banyak nota2 yang belum baca lagi kan, maklumlah masing2 sudah pandai fiqh aulawiyat, fatrah imtihan kena tumpu study betul2, betul tak?...hak kalian!

Berbalik soal tadi, dengan sifat2 al Quran yang begitu banyak, ada yang sedap di dengar, ada juga yang menggentarkan hati, macam2 nama dan sifatnya al Quran ini. Tetapi rasanya ada ke senapang atau cermin termasuk dalam nama dan sifat al Quran?...adakah ana mahu loyar buruk saja meletakkan tajuknya begitu?...QURRA' sekalian, bukan kerja ana mahu mensia siakan masa kalian, insyaAllah. Selanjutnya ini, cuba fahami bukan sekadar ketahui.

Sifat cermin, pabila kita berhadapan dengannya akan terhasil satu reflek dari sosok kita sendiri, contohnya sedang menyikat rambut, semampu mungkin kita akan memperbaiki sehingga betul2 berpuas hati akan jambul yang dibuat, bagi muslimat pula, muncung itik tudung itu semahunya perlu jadi sekemasnya sebelum keluar rumah. Hasil refleksi dari cermin itu, yang mana bayangan diri sendiri, telah membantu kita mengubah dari yang kurang kemas, menjadi lebih kemas, jika dengan cara yang betul, insyaAllah.

Senapang pula sifatnya, pastinya ana bercakap soal senapang yang punya peluru, bukan kosong angin saja. Ya!...senapang sifatnya membunuh atau mencederakan. Sekali tembak kalau senapang patah, pelurunya akan bertaburan. Belum lagi kita bercakap soal machine gun yang lebih tepat sasarannya itu, dan mampu memuntahkan peluru berpuluh2 dalam masa satu saat. Pasti menyakitkan bila terkena tusukan2 peluru itu?...ana pasti sakit, tapi kalian mungkin kuat, mungkin...

Maksud firman Allah SWT :
" Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran "
Sod : 29

Kata ana, JADIKAN AL QURAN SEBAGAI CERMIN, BUKAN SENAPANG!...rasanya QURRA' sekalian sudah bisa mengerti kenapa ana beranalogi begitu sekarang bukan?. Benarlah, al Quran itu yang sebenar benar penggunaannya adalah sebagai cermin kepada diri sendiri, mahupun orang2 di sekitar. Untuk diri sendiri kita lihat sedalam mungkin pengertian diri dengan memahami kalimat2 agung Yang Kuasa, dan teruslah bertindak mengikut susun atur yang telah ditetapkanNya. Untuk sahabat2 disekeliling, tunjukkan dan bacakanlah ayat2 muliaNya itu sebagai pemangkin dan pemula kepada perubahan.

Jika al Quran digunakan hanya untuk menyerang dan terus menyerang tanpa henti, menyesakkan lagi kepada mereka yang mula mahu berjinak2 dengan agama dengan persoalan neraka, azab, dan macam2 lagi kengerian, mengungkap bicara syariah, hukuman, hudud dan apa lagi kepada non muslim, pasti mereka berasa takut dengan Islam, bukan kagum!...dakwah bilhikmah!

Untuk sahabat yg sudah di arena dakwah sekalipun, sudah faham dengan al Quran, masih juga perlu menjadikan al Quran sebagai CERMIN!...cermin kepada diri dan semua, lihatlah sedalam mungkin pengertiannya dan bertindak menurutnya, bukan hanya sekadar berdegar degar siang malam dalam kuliah membaca ayat2Nya itu menembak sesiapa yang tidak berkenan dihati, cuba jadikan ia cermin kepada semua, kerna kalau jadikan senapang, orang sekitar akan takut terkena tembakan, mereka akan mengelakkan diri dan lari, itu fitrah manusia.

Mungkin ada yang terfikir, kadang2 perlu juga menjadikan al Quran sebagai senapang, terutamanya kepada golongan yang tahu agama tetapi tak mahu menjalankan suruhanNya. Contohnya seorang ustaz yang tahu hukum hakam, tahu fiqh, tahu tafsir, tahu macam2 lagi, tetapi dalam pada masa yang sama dia tak menjaga soal ikhtilat. Sedap2 saja abang sayang, siang malam bergayut, keluar dating, wah! romentiknya!...ya, mungkin ada yang kata orang begini perlu ditembak denga senapang!....

Begini, jika ditembak, kemungkinan untuk dia lari dari jalan dakwah itu besar, mungkin si ustaz tadi akan rasa, ah! agama ini menyusahkan aku saja!...ataupun mungkin saja dia mati terus ditembak, putus asa, futur dan selanjutnya. Akan tetapi jika kita letakkan satu cermin besar dihadapannya, ketika dia enak2 melakukan benda2 ma'asi, lalu dia terpandang apa yang sedang dibuat, rasanya bagaimana?...malu sendiri bukan, melihat refleksi dari tindakannya sendiri, dan biasanya, insyaAllah fitrah manusia, akan mengubah apa yg kurang cantik itu menjadi lebih cantik. Semacam juga keadaan menyikat rambut dan membetulkan tudung tadi...:)

Ana menulis soal ini kerna kadang2 rasanya kurang enak melihat tulisan2 menyerang membuta tuli. Ana juga punya prinsip, hikmah itu tidak semestinya keras, tidak semestinya lembut, juga tidak semestinya sedang2 saja, hikmah itu adalah tindakan yang dilakukan bersesuaian dengan keadaan dan hasilnya adalah positif biiznillah. Itu prinsip yg ana pegang selama ini. Mungkin ada yang mempersoalkan pula, kalau begitu ada masanya perlu kita jadikan al Quran sebagai senapang lah, ikut keadaan!...tapi bagi ana tetap, cermin itu lebih efektif dari senapang dalam apa jua keadaan sekalipun, cermin itu sendiri satu yang fleksibel, kadang2 ia juga mampu menyerang si pelaku, menyerang dengan menayang tindakan dan serangannya tidak membunuh seperti senapang bahkan mampu mengubati pula, wallahua'alam!

Jangan lupa baca al Quran ya teman2!

Maksud sabda Rasulullah SAW :
daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya ”
HR : Muslim

10 comments:

Subhanallah! Syukran atas perkongsian.

 

wah...bagos artikel ni....
trime kaseh=)

 

to wardatul syauqah

afwan, semoga bermanfaat ya..:)

to serunai kelang

smoga bermanfaat insyaAllah...sama2

 

Salam,
minta maaf. bukan wardatul syauqah, wardah syaukiyyah. bukan syauqah (rindu) tapi syaukiyyah (duri). pening pula nanti ramai yang "syauq"... huhu. asif... asif..

 

wslm wrhmtlh...

eh...betul la...afwan, ana salah pandang...huhu..

 

ya. itu dia.. mawar berduri..mendalam maksud tu..

artikel yg menarik.. jadikan akhlak kita seprti al-quran.. yang belajar, tapi masih menceburkan diri dalam bidang kemaksiatan itu lah ilmu tanpa amal..

best jugak tengah2 buat maksiat, letak cermin besar kat depan tu, terlihat semua apa yng dilakukan.. sedar la juga, ini lah yg berlaku di padang mahsyar nnti.. terpampang segala apa yang kita lakukan di dunia.. mulut tertutup.. tangan kaki yg berkata..

sy juga berpendapat cermin lebih berkesan.. cuma, ada masa kita guna senapang, gunakanlah senjata yg satu itu.. kerana 'hikmah itu adalah tindakan yang dilakukan bersesuaian dengan keadaan dan hasilnya adalah positif biiznillah' (copy ayat artikel).. ckp lembut tak dtg kesan, cakap keras la cara berhikmahnya..

 

mawar?....mawar siapa?...hehe...teringat posting yg lalu pula...

ahaa...di sana nnti begitulah hakikatnya, tp cermin di Mashsyar nnti hanya boleh dilihat apa reflek dr tindakan tanpa boleh memperbaiki lagi...sudah terlambat..

pendapat cik santun untuk menyerang dengan senapang ana hormati, semua punya cara dan pendapat, cuma bagi ana, ana lebih suka menyerang dengan cermin...:)

 

jom semangat membaca ayatayat DIA untuk dihayati+diamalkan.ngee.

 

salam,

all the best for final..
semoga grad dgn jayanya...

 

to aku fobia

insyaAllah...sama2 kita amalkan..:)

to ainies

wslm wrhmtlh...syukran!...

insyaAllah, sama2 kita grad dengan jayanya...:)