Bismillah...
Rahmat Allah terus saja dilimpahkan buatku, nikmatNya percuma saja diberikan padaku, namun apa payah benar aku mahu mengucap syukur, hanya mahu menangisi musibah, sedangkan sukar sekali mengucap syukur pabila diberi kenikmatan, itulah aku yang sering alpa sering lupa. Rasulullah SAW, insan mulia, junjungan umat, kata dimulut cinta dan sayang, tapi hakikatnya mahu berselewat cukup liat, ingat2 lupa saja dihati, benarlah manusia mudah lupa!
Izinkan ana mencoret satu kisah, ianya fiksyen semata, satu kisah yang mungkin dalam sekali bahasa dan banyak maksud tersiratnya, mungkin dapat difahami, mungkin juga tidak, sedikit sebanyak ia soal kehidupan, semoga manfaat dariNya sama2 kita perolehi...ameen ya Allah...
TAMAN ITU...
Termenung aku dinihari itu, kala subuh telah ku selesaikan, al Furqan itu pula telah ku jamah2 sedikit buat hidangan pagi sambil2 mencari beza yang mana benar yang mana salah. Aku lihat mentari mula bersinar, cantik dan menawan...rasa hati mahu saja aku berlari mengejarnya, mahu kugapai!. Aku dengar alunan merdu unggas2 kecil ciptaan Yang Maha Kuasa, alunan alam ini buat aku terbuai di kala mentari mula meninggi. Sejuk dan nyaman waktu itu, menyedarkanku akan nikmatNya tidak mengenal siapa, hamba berdosa atau 'abid yg soleh, sungguh DIA Maha Penyayang!
Puas sudah melayan rasa, membangkitkan kehambaan diri, aku mula mengorak langkah, menuju ke taman sekitar laman. Laman yang kubina, kubina ia jadinya taman yang indah, mekar bunganya, lebat buahnya. Aku terpegun lagi, ya, memang aku yang membina lanskap indah ini, tetapi kudratku saja bukan boleh menjadikan ia terbentuk indah sebegini rupa, ini tidak lain, kalimah KUN FAYAKUN dariNya juga yg membenarkan.
Aku bersiar di taman duniawi, kulihat kiri dan kanan, semua indah belaka, aku tersenyum sendiri, apakah syurga begini? lantas aku rasionalkan akal, mana mungkin indah syurga dengan indah dunia suatu yang hampir? apa aku sudah hilang waras berfikir? Ku ambil ibrah dari fikiranku sendiri, beginilah manusia ketika mana berhadapan dengan kenikmatan duniawi, senang saja hilang pedoman dan lupa diri. Akulah termasuk dikalangan itu, pelupa!
Saat aku bersendiri melangkah, deru air mengubat hati, anak sungai kecil dan jernih buat aku terpana, aku berhenti dan bertapak sejenak, ku celupkan tanganku mencecah air suci itu, sejuk...aku senyum lagi, aku terpaku, tak mahu lagi menapak ke langkah berikutnya, sudah, inilah jalanku...akan ku berhenti disini dengan nikmat yang diberi. Seketika saja sempat aku begitu, satu bisikan melintasi, " Wahai diri yang hina, kamu ingat langkahmu sudah selesai? adakah kesejukan air itu sudah pun mampu mematikan langkah dakwahmu?" Mataku terbuka luas, butir2 peluh membasahi dahiku, ya Allah, aku leka lagi!...begitu mudah sejuknya semangatku?...dimana tahap sebenar imanku ya Allah! Aku bangun berlari!
SAAT ITU!...
Penat!...larianku mula membuatku tercungap, aku singgah sebentar di pondok binaanku, lengkap sekali taman ini. Inilah saatnya! saat yang benar2 aku mahu kongsikan. Sedap aku merebahkan diri, menikmati nikmat rehat dari ilahi. Aku tidur seketika mencari tenaga. Sungguh! aku nyenyak tanpa sedar. Seketika saja aku sudah di awan, aku terbang?...ya aku kini terbang di langit biru, angin menderu bersilang tingkah melintasiku, aku terus saja ikut rentak badanku yang melayang entah mahu kemana. Aku suka dan gembira bebas begini.
Suatu saat, aku sampai di suatu persinggahan, hatiku berkata, boleh aku berhenti seketika menikmati permandangan. Aku jejakkan kaki di awan putih, serentak dengan itu juga nafasku bagai terhenti, satu taman indah dihadapanku, mahu aku katakan, taman ini seribu kali indah dari tamanku...aku terus saja berkata, ini syurga!...saat itu juga suara bisikan tadi menerpa " Jangan mudah menyangka! fikir dahulu sebelum berkata! adakah kamu lupa Dia amatlah Berkuasa! " Aku pucat lesi, gentar dan luluh hatiku mendengar, jadi apa pula yg indah begini!?
Ku telusuri lembah indah kayangan itu, sampai satu ketika kulihat suatu kawasan yg dipagari, gelodak ingin tahuku bukan senang dibuang saja, aku melangkah laju, apa yang dipagari, pasti suatu yang mulia! ku cuba mendekati, ku cuba memasuki, payah! mana pintunya!? Aku berseru, " wahai pemilik taman terlarang! sudikah kirannya kau benarkan aku memasuki? "...ku dengar sahutan " kuncinya sudah ada padamu wahai pemuda! "...aku pelik, kunci apa pula sedangkan taman itu bukan milikku.
Aku sujud, memohon dariNya petunjuk, seikhlas mungkin ku hambakan diri, sepenuh pengertian ku titip di hati, tanganku dengan bukan kawalanku bertindak menghulur ke arah taman larangan itu, dan di situ muncul pintunya, aku terpaku, suara dari dalam menerjah " Hatimu kuncinya! " Aku tunduk malu, ku sedar segala jawapan pastinya ada, cuma perlukan satu hati yang IKHLAS!. Masa tidak aku buang, aku meluru masuk, apa didalamnya??
Sungguh! ini lebih indah dari sebelumnya, aku mahu berkata ini syurga, tapi ku ingat kembali pesan suara tadi, JANGAN MUDAH MENYANGKA!. Aku perlahan lahan melangkah, tempat apa sebenarnya ini, dikayangan, indah sekali, tidak terperi! Kulihat ditengahnya suatu pohon emas, berkilau dedaunnya, mataku silau, namun aku melangkah jua ingin tahu. Semakin hampir semakin berdebar...hatiku sungguh berbolak balik, apakah mahu dan perlu aku teruskan. Ku sujud lagi pada ilahi, sebenar benar petunjuk ku mohon, semampu mungkin IKHLAS aku terapkan. Hatiku mantap! akan kuteruskan langkahan ini!
MAWAR SIAPA!?
Dekat benar aku dengan pohon emas itu sekarang, tadinya silau, kini tenang kembali, tapi degup hatiku tak pernah reda, mantap tetapi masih kencang berdegup, tanda apakah ini? Kini aku benar2 disisi pohon emas, aku terkejut bukan kepalang, rupanya itu bukan pohon emas sekadar emas saja, terselit disitu mekar merah sekuntum mawar. Mawar itu membuat hatiku gundah, mawar apa ini! Aku tak bisa menahan rasa lagi, aku takut juga risau, tapi hatiku berkata, sebenarnya aku gembira! Apa gembira begini rasanya? inikah gembira? atau duka?
Aku ingat kembali, hatiku telah mantap dgn petunjuk ilahi, kenapa mahu ragu lagi, apa pun natijahnya aku redha, langkahku tak kan mati disini! Aku mula menyoal, " wahai pemilik taman larangan, mawar ini mahu kupetik, izinkan aku "...ku dapati sahutan " Mawar itu bukan milikku ". Aku sedikit terkesima, apa benar ia bukan milik tuan punya taman, kenapa adanya ia di taman ini?...aku tanya! MAWAR SIAPA???
Kurenung dalam pengertian diri, mengapa aku disini, apakah tempat ini, dan yg utama mawar siapa ini!? Ah, manusia sering lupa mencari petunjuk, aku menangis mengenang diri yg alpa, aku sujud lagi! Ku pohon sungguh2 mencari jawapan, ku alirkan mutiara2 berbisa dari diri seorang lelaki, Oh pencipta! aku dambakan pengertian!. Sejenak aku berteleku, suara halus menerpa, ini suara baru, aku belum pernah dengar saat pengembaraan ini, " siapa kamu? "...soalku. ia menyahut " Akulah mawar itu ". hatiku mula laju berdegup dengan kencang sungguh.
Bekal keyakinan dari Ilahi, aku tekadkan hati, " Wahai mawar indah, milik siapa kamu? "...seraya itu ia membalas, " Kenapa wahai pemuda? apa maksudmu bertanya soal ini? "...aku teruskan walaupun hati bergetar, akan kusudahi kali ini, bukan masanya lagi aku mahu bermain kata, demi Allah akan kusudahi demi jalanMu ya Rabbi! natijahnya aku tidak ketahui, tp yang pasti aku yakin denganMu, jalanMu dan petunjukMu!...kataku kepada mawar indah, " Wahai mawar indah, ku soal itu hanya satu tujuan, ingin ku petik buat menemani perjalanan pulangku kesisi Ilahi, moga perjalananku nanti dihiasi serimu "
KEMBALI...
Allah!...tidurku panjang!...aku terjaga dari lena, apakah ia mimpi semata? Aku mula mencari, mencari mawar indah itu, ku lihat disisi pondokku, entah dari mana jelmanya, sepohon mawar merah mekar mewangi. Aku senyum lagi, mawar ini akan ku sudahi, akan ku santuni, akan ku mekarkan lagi. Langkahku tegas kini, aku menuju laju, menuju padanya, tiada lagi keliru dihati, sungguh natijahnya tidak aku ketahui, ku tahu ia milikNya, cuma yakinku bukan palsu...ku hulur tangan...aku senyum sendiri...REDHA!
Nazam Ubat Hati
1 week ago
14 comments:
jangan hanya terus bermimpi
bangkitlah kembali
untuk mencapai redha Ilahi
[bermakna sungguh!~]
pandai kamu bermain kata..
subhanallah!
terlalu metafora tetapi masih boleh difahami ertinya.
"jangan menoleh, santunilah mawar itu andai dirimu benar-benar yakin dialah mawarmu sampai syurga"
Ya Allah, sertailah langkah pemuda ini bertemu denganMu di syurga.
to aini...
benar, bermimpi semata tanpa usaha pastinya sesuatu yang sia2, sama2 bangkit mengejar redha Allah...
bermakna ya, semoga bermanfaat, insyaAllah jadi pengajaran...
to Mardhatillah...
kata2 ini saja dimainkan sebegini rupa...
to nurizz...
metafora ya, sebenarnya mmg tujuan ana melangit langitkan entri ini, niat asal mahu meninggikan lg kata2 ini, tp risau pula takut ramai yang pening membaca...
syukran atas doa, Ameen ya Allah...semoga kita semua sentiasa dalam redhanya...:)
salam..
wow..
sekuntum mawar merah..sebuah puisi..hihihi..
-co-pilot yg cemerlang -
wah2..besh2..bravo la bro..hhehehe penulisan yg cantik..ler de talent ghupanya die..sgt2 bermakna penulisan ini..
" Wahai mawar indah, ku soal itu hanya satu tujuan, ingin ku petik buat menemani perjalanan pulangku kesisi Ilahi, moga perjalananku nanti dihiasi serimu "
to anonymous @ co pilot yang cemerlang...
wslm wrhmtlh, alamak...dia nyanyi pulak kat cni, co pilot yang berjaya ni...hehe
anda masih ada tugas yg perlu diselesaikan...:p, semoga berjaya...insyaAllah ada saguhati nnti atas usaha anda...:D
to ika...
alhamdulillah, dari Allah semuanya...:)...moga manfaatNya sama2 kita perolehi...ameen ya Allah...
nice post..
mendalamnya...
syukran...semoga bermanfaat ya...
:)utk hati2 yg bisa mengrti...mg sntiasa di bwh redha-NYA..AMEEN
semoga ketemu yang terbaik.
yakin pada petunjuk Ilahi
to sophie...
moga semua hati bisa mengerti...syukran, Allahumma ameen....
to husna samsudin...
insyaAllah semua pasti ada yg terbaik, apapun perkara, yakinlah pada Allah....
Allahuakbar,,mesti PTS bangga klau dpt penulis muda ini...Wahai pemuda,,,jgn dipetik bunge itu,kerna ia pastikan layu...Tp,tanamlah ia,bersiramkan baja serta air yg secukupnya,agar ia subur berkembang sehngga menjadi taman bunge yg indah lg berseri,di ladang tempat bercucuk tanam..
PTS?...jauh lagi2...:)...penulis muda...ya..ana masih muda lagi...sesiapa yg buat kenyataan ana sudah tua maka mereka itu sebenarnya xdapat terima kenyataan..:p...
erm...jangan dipetik, tetapi disirami dan dibajai...saru analogi yang menarik...ana suka!!...idea menarik ya ukhti...syukran 'alaik!
Post a Comment