.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Anugerah ~

Bismillah...
" Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya yang nampak mahupun yang tidak. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan "
( Luqman : 20 )

Puji pujian buat Allah SWT, tuhan sekalian alam, pentadbir segala yang ada. Selawat dan salam buat baginda junjungan, insan mulia Muhammad Rasulullah SAW.

Ana tidak mahu menulis panjang, hanya mahu mencoret sedikit sahaja, semoga ada manfaatnya juga...

Manusia sentiasa mahukan anugerah, anugerah dari manusia, anugerah dari Allah. Oleh kerana ini kita sentiasa berdoa memohon anugerah dari Allah, dan di atas hal ini juga telah dijadikan pelbagai jenis anugerah di dunia, sebut saja anugerah apa, anugerah kecemerlangan akademik, anugerah industri muzik dan sebagainya.

Dan seringkali kali anugerah itu dipandang ia adalah sesuatu yang datang kepada kita dalam bentuk yang besar dan mengujakan, bagai bulan jatuh ke riba barangkali. Anugerah juga sering dipandang sebagai rezeki yang datang bergolek. Ya, itu semua anugerah, cuma manusia sering lupa yang anugerah juga datang secara beransur2 dengan diberikan dahulu ujian dan dugaan.

Apakah ujian dan dugaan, kesempitan hidup, kegagalan, dan yang sewaktu dengan itu adalah bukan bentuk anugerah?, adakah ia bentuk yang menunjukkan zalimnya Allah?...

Pasti semua akan mengatakan tidak, tetapi tidak dimulut bukan semestinya tidak dihati. Setiap kali menghadapi ujian, ramai yang langsung rasa tersisih, rasa marah, rasa putus asa, kenapa mahu rasa begitu jika kita benar2 dapat merealisasikan kata2 kita yang ujian itu sebenarnya tarbiyyah bahkan anugerah daripada Allah?...persoalan ini perlu dijawab dengan hati sendiri...

Sesungguhnya ujian, dugaan, rintangan, kegagalan dahulu sebenarnya adalah anugerah, ia adalah anugerah Allah kepada hambaNya agar mendapat yg lebih baik dan terbaik utk dirinya. Setiap ujian dari Allah jika dihadapi dengan sabar, maka nanti hasilnya amatlah manis dan mulia.

Jadi ana kata, ujian itu itu sebenarnya anugerah. Hasil taqwa, tawakkal, serta sabar atas ujian Allah itu juga adalah satu anugerah, dan ana sedang merasai salah satu anugerah dariNya sekarang, thumma alhamdulillah!, semoga di beri kemudahan dan keredhaanNya, Allahumma ameen!.

Salah satu nasyid yang sgt ana suka adalah Anugerah dari Nahwannur, jadi ana kongsikan :



Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com

Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita


p/s : Manis itu akan dapat dirasai dan dihargai sebaik baiknya jika kita tahu apa itu pahit... :)

p/s : Bersiap mahu ke 'round' seterusnya yang pasti lebih 'mencabar', semoga dipermudahkan... :)

3 comments:

Part p/s pertama tu yang merumuskan segalanya. Terima kasih atas perkongsian.

 

Assalamu'alaikum.

"Manis itu akan dapat dirasai dan dihargai sebaik baiknya jika kita tahu apa itu pahit... :)"

Ana jadi sebak lak baca ayat ni, sedang menikmati salah satu anugerah dari NYA. Moga lulus ujian yang Dia hadirkan... "sedikit dikalangan hamba Ku yang bersyukur."

Maka, bersyukur dengan setiap anugerah yang Dia hadirkan.

 

to milik Allah...

Ya kak, ia merumuskan segalanya...sama2..:)

to wardatul shaukiyyah...

Sebak kerana masih punya hati...:)...

sedikit hambaNya yg bersyukur, maka sama2 usahakan utk menjadi yg sedikit...insyaAllah...