.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Diari Pengantin Baru ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur buat tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat insan mulia sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah.


Wadi al Qurra' berubah wajah, usaha tajdid yang di usahakan oleh isteri tercinta, yang mahukan isinya juga turut di tajdid, maka, ana sememangnya termotivasi sehingga keluarnya entry kali ini. Oh ya, lupa pula setelah sekian lama Wadi al Qurra' diam bertapa, hari ini, penulis telah pun berubah status daripada bujang menjadi seorang suami, alhamdulillah :).

Pastinya setelah diam dan tidak terisi begitu lama, banyak yang mahu dikongsikan, ana tidak mampu memuatkan semuanya, tetapi insyaAllah sedikit diari perjalanan kehidupan akan dikongsikan.

Walimah 11.03.11 dan 13.03.11 ~

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun lafaz sakinah terpaksa diulang 3 kali dek kerana jurunikah yang mahukan perkataan AKAN dilafazkan juga. Ana tidak mahu memanjangkan hal tersebut, cuma mungkin jurunikah sekalian perlu membelek helaian kitab2 muktabar yang ada untuk melihat apa saja sebenarnya lafaz yang diperlukan, jangan rumitkan apa yang mudah!... Yassiru wala tu'assiru...:)

Namun bila sahabat2 duk perkenakan ana dengan 3 kali lafaz tu, ana jawab senang, ambil wudhu' pun sunnah ulang 3 kali, apa salahnya lafaz juga 3 kali, 'sunnah' la tu kan :D. Setelah selesai semua, saat yang paling 'best' pun tiba, usai solat sunat selepas nikah, upacara menyarungkan cincin bermula, inilah saat yang mendebarkan, kerana pengantin lelaki segan nak sarungkan, pengantin perempuan pula tak mahu hulurkan tangan, dengan kata lain, kami sangat comel ketika itu (ketika yang lain pun comel juga :P)

Sangat banyak detik2 manis, ana rasa tidak sempat menyebut satu persatu, namun cukuplah ana biar gambar yang berbicara...

( Beberapa minit sebelum akad, peace! :D ~ )

( Saat lafaz sakinah ~ )

( Zawjati habibati menyarungkan cincin :) )

( Sama segan, sama cOmel :p )

( Rentak pendekar hijau ~ :D )

( Ehem... )


Di Kelantan pula, sebelum majlis bermula rumah ana telah dinaiki air dek kerana hujan yang tak henti2 pada hari2 yang sebelum, namun alhamdulillah, Allah Maha Kuasa, setengah jam sebelum ketibaan pengantin perempuan selaku isteri tercinta, air telah surut sepenuhnya.

Majlis di Kelantan juga menjadi satu kenangan indah, terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 Multimedia University kampus Melaka & Cyberjaya yang telah menyerbu majlis kami, kekecohan yang dibuat oleh rombongan satu bas sahabat sekalian pasti menjadi kenangan buat kami :)

Ana serahkan lagi kepada gambar untuk bercerita...

( Kek Tiramisu, Nyum2 :D )

( Pengantin yang supan :D )

( Nyum2 )

( Menyambut ketibaan tetamu dari jauh - rombongan MMU )

( Rombongan MMU - Muslimat )

( Muslimin - MMU )

( Adik beradik, anak2 saudara & ipar duai )

( Bergambar kenangan dengan Bas rombongan dari MMU )

Setelah bergelar suami...

Kehidupan bujang dan berkeluarga sangat banyak bezanya, satu amanah daripada Allah!. Berat memang berat, tapi yang berat itulah manis :). Melayari kehidupan berumah tangga sememangnya penuh rencah, walaupun baru 3 minggu usia perkahwinan kami, namun telah banyak juga kami belajar. Ringkasnya, alam rumah tangga menuntut pengorbanan, keredhaan, tangunggjawab dan yang sewaktu dengannya, namun setiap satu dari itulah yang memberikan kemanisannya.

Dulu teringat ingat boleh datangkan dosa, sekarang rindu rinduan pun dapat pahala :). Sebenarnya walaupun telah 3 minggu bergelar suami isteri, kami masih lagi ada keseganan antara satu sama lain, terutamanya untuk panggil isteri dengan panggilan apa, kekok menyebut 'sayang', begitu juga zawjati habibati yang kekok menyebut 'abang'... Namun kami perlahan lahan cuba membiasakan diri, kami mulakan dengan SMS ber 'abang' 'sayang' :)... Walaupun nak mulakan dalam sms pun segan.

Kadang2 ana saja membuat muka bila isteri tercinta memanggil orang lain dengan gelaran 'abang', "Orang lain panggil abang boleh pulak" :P Bukan apa, saja meriahkan suasana :D, padahal diri sendiri pun masih segan2 cOmel.

Belum lagi masuk part jalan2 sambil pegang tangan, kami masih lagi segan2 cOmel, kalau kat shopping complex atau tempat2 ramai, memang segan lagi la setakat ni nak pegang :D. Sebelum ni lagi best, sebab inai masih terang, masing2 gigih nak sorokkan jari sebab tak nak orang nampak :D Apa bole buat, comel betul kan kami?..time kasih..:p

Sebenarnya banyak sekali ceritanya sejak bergelar suami, dengan pelbagai aktivitinya, namun tidaklah ana mampu untuk menjadi penglipur lara sepenuh masa, jadi sekali lagi ana hadiahkan sekeping dua gambar untuk menglipur larakan sahabat sekalian...

( Dating di Pasar Payang, Kuala Terengganu - First time keluar sama2 :D )

( Dah boleh bergOsip sama2 da :p )

( @ Cameron Higlands ~ :) )

Orang kata kawen itu best, ya, memang best, namun apa yang membuatkan ia best bukan perkara2 yang best sahaja, namun jatuh bangun, susah senang bersama itulah yang akan menjadikan ia lebih bermakna dan sangat manis :)...semOga Baitul Muslim yang di bina ini akan menjadi satu jalan buat kami untuk terus menyumbang buat Addeenul Islam, Baitul Muslim tidak dapat tidak adalah asas kepada sebuah daulah!

p/s : Gambar sangat banyak tapi memang tak terdaya nak letak semua :D

14 comments:

finally updated..segan2 comel~~~ u both mmg comel..

 

hehe...comel...selamat menjalani kehidupan berumahtangga...Barakallahu lakuma..moga kekal bercinta hingga ke syurga...

 

bila ke cameron tu?
napa tak kabor, kot kot boleh menjamu selera pengantin baru... :)

 

cik ika...

ha'ah, semua org pun kate cmtu, nak buat cane :p

mamahumaira...

well...mmg sah2 terbukti kami comel..:D

tinta muallimah

comel kan?...:D

insyirah

dua minggu lepas kami g, kami g family outing, geng2 uspok pun ada, kalau g umah enti gegak gumpita gamaknya...hehe

lagipun g semalam je...insyaAllah lain masa g kemeren lagi ana inform...:D

 

eceh eceh eceh.. dh boleh dating... haih sabo je la.. belagak.. ok, kite tgk.. sy pn nak dating2 gak!!!!

 

tau la dah nak walimah, bising je...:p

 

ouh..tidak..sesungguhnya aku sangat2 JELES,..heheh...:P

 

waaaah cumel!


tetibe rasa nak kawen

hihik :P
(pastu nnti ckp 'pengaruh zul' hahaha)


anyway ... SELAMAT PENGANTIN BARU


^___^
*excited nih*

 

zack meow...

alahai zack, ape nak jeles2, aku rasa hang yg paling byk ambik berkat time walimah haritu, so x lame da la tu kan..:p

hanin...

i memang cumel sepanjang masa...:P

ok, xkesah pun pengaruh sape2, janji kawen cepat2...haha..

x sabar nak g walimah kat SG PENCHALA...:D...*xcited jugak*

 

Barakallahulakuma wabaraka 3alaikuma wajama3a bainakuma fi kheir ^_^

Adeh, mmg comel betul korg ni :D
Semoga dapat baby comel2 juga :P

Moga mawaddah,sakeenah wa rahmah menerangi baitul muslim kalian :)

 

barakallahulakuma...blm terlambatkan nak ucap utk pengantin baru..punye la susa nak cr mcnor..pn.norazini. smga baitul muslim kekal bahagia, cinta smpai ke syurga..sampaikan salam pada pn.norazini =)

 

Akma, Saidatul Akma? :-O

Wa'alaikumussalam. :)

 

ye mcnor, pn norazini..susa kami cari kamu..akhirnye, jumpe2 da jd milik org...=)..suke bace blog awk =) keep it up.