.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Hasad Dengki Perosak Ummah

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu "
al Baqarah : 109

Subhanallah, walhamdulillah, walaailahaillallah, wallahuakbar
...semoga zikir kepadanya sentiasa membasahi lidah juga hati, agar diri tidak keras membatu, bongkak tak bertempat, dan sombong dalam kebodohan. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah, qudwah sepanjang zaman, kecintaan sepanjang masa.

Tidaklah ana menulis kali sesuatu yang jarang kedengaran, bahkan ia sudahpun menjadi kebiasaan, satu kebiasaan yang mana asalnya aneh. Ya, hasad dengki yang bakal dikoreksi kali ini, dan ana berani nyatakan benda aneh ini sudahpun menjadi kebiasaan ummat Islam sekarang. Kenapa ana katakan ianya aneh?...tidakkah sesuatu yang keji kiranya seorang muslim itu berdengki dengan hati kotornya terhadap seorang muslim yang lain?...oleh kerana itulah ana katakannya aneh, aneh yang amatlah hasad dengki ini jika menjadi amalan seorang muslim, aneh dan keji!

Dalam masa yang sama, ana cuba2 juga mahu mencari alasan untuk menolak bahawa sifat keji ini telah menjadi kebiasaan ummat Islam sekarang, namun ana tidak mampu membantah sesuatu yang haq bahawa memangnya telah menular sifat keji ini menjadi suatu kebiasaan, tidaklah kepada firqah yang tidak memahami Islam saja, bahkan kepada firqah yang memperjuangkan Islam pun telah menjadikan hasad dengki ini sebagai silibus utama dalam memacu pergerakan dakwah, dimana silapnya?...tepuk dada tanya iman.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara "
HR : Muslim

Ana tidak dapat melihat mana asbabnya datang perpecahan akan firqah yang membawa Islam kiranya sama2 dengan satu matlamat, yakinnya ana katakan bahawa jika hanya manhaj yang berbeza, ia bukanlah sesuatu yang besar yang mampu merobek perpaduan selagi mana pembawaan Islam itu menjadi pegangan. Namun bila hasad dan dengki, juga ketidakpuasan antara satu sama lain, ditambah lagi dengan hati yang kurang didikan, maka disini, ana mampu meyakinkan diri bahawa perpecahan itu sememangnya patut berlaku, fikirlah selanjutnya. Ana mohon maaf kerana menyatakan yang benar.

Ana pernah dengar dari al Imam al Ghazali yang menyatakan bahawa dengki itu ada tiga macam dan ianya adalah :

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih keji daripada dengki yang pertama.


3. Tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.


Tidak perlu dijelaskan bait2 kata al Ghazali, kerna ana yakin benar QURRA' sekalian cukup bijak dalam memahami, dan ana lebih2 lagi yakin bahawa semua adalah dari golongan yang mudah menerima teguran dan berubah demi kemaslahatan ummah. Ana tahu ana amatlah lemah untuk berubah dan menerima teguran, namun kalian tidaklah seperti ana, maka tolonglah berubah dan tegurlah ana. Ummah tidak lagi memerlukan hasad dengki dalam memacu gerakan untuk mendapat ke'izzahan Islam.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar "
HR : Abu Daud daripada Abi Hurairah

Tidaklah lain selain dari mudhorat yang akan lahir dari sifat keji sebegini, dan teranglah sudah ia bukanlah baik untuk diamalkan, jadi kenapa tidak ditinggal saja, tarbiyahlah hati!. Mungkin ada masanya kita merasa diri cukup terjaga dari sifat hasad dengki, namun dalam tidak disedari, hati merasa kurang senang jika diri semacam dikurangi dari diri yang lain, baliklah kepada kenyataan al Ghazali tadi. Sungguh, bukanlah mudah menjaga diri dan hati daripada menghidapi penyakit hati, tetapi ia bukanlah mustahil jika ada mahu dan usaha kearah mengubati.

Namun mahu juga ana jelaskan, jika perasaan bila melihat sahabat berjaya, dan diri terasa kecil dibandingkan dengan sahabat itu, dan secara tidak lansung dimotivasi oleh keadaan sedimikian, maka itu bukanlah dengki pada maknanya, bahkan ia sememangnya sesuatu yang baik dan tidak perlulah ia untuk dielakkan, ana mengenali sifat ini dengan namanya iaitu ghitbah, iaitu sifat yang ada dalam diri setiap manusia, keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Tidak ada salahnya bersaing mendapat yang terbaik, namun natijahnya janganlah diharapkan sentiasa sesuai dengan target yang ditetapkan semuanya, kita punya pegangan iaitu percaya kepada qada & qadar.

Maksud sabda Rasulullah SAW : Dari Ibnu Mas'ud :
" Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya "
HR : Bukhari, Muslim & Tirmidzi

Tiadalah salahnya mengejar dan berlumba2 ke arah kebaikan, namun bilamana ia didasari dasar ketidakpuasan hati, maka tidaklah ia akan membawa keberuntungan kepada individu ataupun mana2 gerakan mahupun organisasi, bahkan hanya akan membawa kepada sebuah kerosakan yang merugikan. Hindarilah apa yang mebawa mafsadah dan carilah apa yang membawa maslahah, janganlah lagi kita terperosok dalam mainan politik syaitan yang nyata, pohonlah dariNya agar diberi kekuatan.

Sebelum ana akhiri, sekadar perkongsian dari kata2 Abu Laits :
" Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad,kerana penghasad itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa2 yang dihasad iaitu: Risau hati yang tak putus-putus, bala yang tidak berpahala, tercela yang tidak baik, dimurka Allah SWT, tertutup padanya pintu taufiq "
Sekian saja kali ini, ana undur dulu.

4 comments:

Salamu'alaykum..
na'uzubillah!
mhn dijauhkn..
nmpknya..bnar akhi,
adkla kta sndri ta sedar..
hati dn diri mudah btl trjebak dlm sifat2 mazmumah mcm ni..
sbaiknya seorg manusia yg lemah brgaul dgn insan2 yg kuat dn mantap akhlaqnya..
agr sifat2 ini,trbatas dn trcantas dgn sifat2 mahmudah yg mnguasai..
wallahu'alam.
syukran~
mmg menarik!

 

wa'alaikumussalam wrhmtlh...

mohon dijauhkan...ameen ya Allah..
betul...dalam tak sedar kadang2 mmg kita dikuasai sifat2 sebegini, dan ana setuju, bergaul dengan org2 soleh juga adalah salah satu cara menghindari diri dari sifat mazmumah..

syukran atas komentar...semoga sentiasa dalam rahmat Allah...

 

Tuan, terime kaseh atas mesej yang jelas sebagai pedoman. Cuma mahu bertanya, ade kitab Ihya' Ulumuddin tak? Boleh pinjam?

 

to hanif amir

syukran....'asif, ihya' ulumuddin xde la encik sasterawan negara, muqodimahnya adelah...bidayatul hidayah...