.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Al Hikmah Yang Semakin Hilang

Bismillah...

Saranan Allah swt kepada dua rasulNya, Musa dan Harun yang diutuskan bagi menyampaikan dakwah kepada Fir‘aun : Maksud firman Allah SWT :
" Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, berbicaralah dengannya menggunakan perkataan yang lembut, mudah mudahan dia akan ingat dan merasa takut "
Taaha : 43-44

Alhamdulillah, sebesar besar kesyukuran dan pujian dirafa'kan buat Robbul 'Alamin, tidak kita disini tanpa izinNya. Selawat dan salam pulan jangan dilupa buat baginda, Muhammad Rasulullah.

Ana terasa kali ini, telah dimotivasikan oleh keadaan mungkin, selain dari sahabat2 sekeliling, menjadi teruja mahu menulis sesuatu. Sesuatu yang bukanlah asing lagi, dan ia adalah sesuatu yang kiranya bagi ana, sesuai untuk sama2 difikirkan, bukan di campakkan. Sesuatu itu ana kenali namanya sebagai al hikmah, bukan rekaan ana perkataan itu, berdekad, berkurun sudah ianya ada. Ana mahu wacanakan al hikmah ini di Wadi al Qurra' bukan sekadar hanya untuk kalian, bahkan lebih2 lagi buat diri sendiri yang sering lupa.

Syeikh Said bin ‘Ali bin Wahf al Qahtani dalam al Hikmah fi al Da’wah ila Allah, telah mengatakan al hikmah itu ertinya betul dan tepat di dalam percakapan dan perbuatan, serta meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Masih ada takrifan lain sebenarnya, tetapi cukup yang satu ini ana kira, lain2nya, jika di senaraikan satu2, maka ia akan membawa maksud yang seakan sama juga akhirnya. Pasti, ana yakin, semua mengetahui akan kepentingan al hikmah ini, dan ana lebih2 pasti, bahawa kepentingan berhikmah dalam dakwah itu tiada dapat ditolak lagi.

Seringkali bukan, kita mendengar dengar soal masyarakat menjauhi dakwah yang disampaikan, dan seringkali juga terdengar kata2, bahawa yang lari itu adalah golongan yang menolak dakwah, menolak kebaikan, menolak kebenaran. Ana tidaklah menafikan memangnya ada makhluk sedemikian, namun ana jadi sedikit keliru bilamana sahabat yang pernah bergerak dalam dakwah juga boleh melarikan diri. Situasi sebegini memang ada dan memang jelas kelihatannya, soalnya, kenapa?

Mungkin boleh saja jawaban kita mengatakan hidayah itu hak Allah, namun sampai bila mahu beralasan sedemikian jika makin2 ramai pula yang lari?...bolehkah sekali kita cuba mengkoreksi diri, menanyakan diri sendiri, apakah cara yang dibawa itu sudah dikira berhikmah?...atau sekadar hikmah syok sendiri saja?. Pastinya masing2 boleh cuba muhasabah, apa yang tidak kenanya, rasanya pasti ada, selagi bergelar manusia, memang ketidaksempurnaan itu teman rapat kita.

Tidak lainlah, jika hikmah dalam dakwah sudah hilang, maka akibatnya semakin ramai yang akan lari, itu fitrah. Berdakwah bukan saja perlu menyerang dan menembak, ianya bukan cara yang tepat, bahkan apa amat penting adalah dengan menerang dan menjelaskan. Maaf ana katakan, ramai yang merungut mad'u lari, dan maaf lagi ana katakan, masih ada yang suka mengatakan ia terjadi kerana pihak lain, mungkin keadaan, suasana ataupun yang sewaktu dengannya, jika itu alasannya, tidak perlulah lagi dengan dakwah kalian, boleh saja resign, maaf ana katakan begitu.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Serulah manusia, hendaklah kamu berdua memberi khabar gembira dan jangan melakukan sesuatu yang menjauhkan manusia dari kamu, permudahkanlah dan janganlah kamu menyulitkan sesuatu perkara "
Bukhari & Muslim

Ana berkata sekali2 tidak berkepentingan untuk mana2 pihak, bahkan ana lebih suka jika perkataan itu untuk Islam semata, jadi jangan serang2, tetapi cuba lihat silap sendiri dan muhasabah diri, apakah tebal benar ego masing2?...ana pasti tidak bukan...:). Begini QURRA', dalam pada inilah, kepentingan hikmah itu amat2lah diperlukan, ingatlah Islam itu bukanlah agama yang mahu menyusahkan, bahkan ia adalah untuk kesejahteraan. Jika melalui dakwah kalian, masyarakat mula terasa terbeban dengan agama, jadi pasti silapnya dari diri kita sebagai manusia yang menyampaikan dakwah tidak dengan cara yang betul.

Memang menjadi kepelikan kiranya, seseorang yang jelas fikrahnya lari dari jalan yang dipilih, dan bagi ana amat2lah lagi peliknya jika ahlul dakwah ini masih belum mahu mengaku silap sendiri dan terus saja menembak pihak lain, kenapa tidak ditembak diri sendiri?...cuba dulu!...jangan malu dan segan!. Dan apa yang suka juga untuk ana bawa disini, apakah betul pendekatan dakwah yang tetap saja pada jalan yg satu tanpa boleh bengkok2 lagi?. Maksudnya begini, adakah perlu untuk kita terus tetap dengan pembawaan satu2 gerakan dakwah tanpa ada perubahan ke atasnya dalam menyampaikan?...sedangkan semua sudah mengetahui, Rasulullah SAW sendiri mengikut keadaan apabila berdakwah.

A’isyah menyatakan bahawa, maksudnya :
" Tidaklah Rasulullah saw diberi pilihan di antara dua perkara kecuali Baginda akan memilih yang paling mudah "
Bukhari & Muslim

Di sini, ana mahu mengingatkan kepada diri sendiri sebenarnya, fleksibel dalam berdakwah itu juga adalah hikmah. Bahkan, Rasulullah SAW menganjurkan kefleksibeliti dalam soal itu, tidak bolehlah kita menurut sahaja sebijik2, sedangkan persekitarannya berlainan. Tidaklah berdosa jika mahu mengikut tanpa ubah cara gerakan dakwah tertentu, tetapi lebih aula jika apa yang dibuat itu selagi syari'e, ia boleh meraikan persekitaran. Lihat saja, jika kita bicara soal manhaj akidah, kalian mungkin akan kenal apa itu Madinah an Nas dan juga Madinah ar Ra'yu.

Ceritanya begini, Madinah an Nas bolehlah kita ringkas2 sahaja, ianya dipelopori oleh fuqoha dua tanah haram iaitu Makkah dan Madinah, yang mana, istinbat hukum lebih berpegang kepada nas, kurang melihat kepada maqasid, ini tidak lain adalah kerana keadaan Makkah dan Madinah itu sendiri walaupun selepas kewafatan Rasulullah, mereka lebih dekat dan tidak banyak masalah baru yang timbul. Berlainan pula jika dilihat Madinah ar Ra'yu, yang mana ianya lebih cenderung untuk melihat kepada maqasid, iaitu rahsia dan maslahat hukum di sebalik zahir nas. Ini terjadi kerana, selain dari dua tanah haram itu, Islam mula berkembang pesat dan meluas, maka persekitaran, keadaan dan pelbagai permasalahan baru mula timbul, jadi pendekatan melihat kepada maqasid diperlukan tanpa menidakkan nas itu sendiri.

Ana tidak mahu memanjangkan soal itu, takut tersimpang pula tajuk kali ini, tetapi ana bawakan pernyataan itu adalah untuk menunjukkan akan kepentingan hikmah, dan kepentingan mengikut serta menyesuaikan dengan keadaan setempat. Adalah tidak elok jika mahu tetap saja dengan cara yang satu, sedangkan masih ada cara yang lebih sesuai dan syarie. Juga kalau dilihat dalam urusan dakwah, amatlah tidak sesuai kiranya jika hanya mahu mempertahankan pendekatan yang satu dan memandang sepi pendekatan yang lain, setakat pandang sepi boleh lagi diterima walaupun ia sudahpun celaru, tapi ada juga yang mahu meng api2 antara satu sama lain...na'uzubillah.

Kecelaruan dalam memahami pendekatan dakwah sememangnya menjadi masalah utama, tidak tahulah apa puncanya kecelaruan itu, tetapi ana lebih suka untuk menyentuh bab hati. Jika hati bersih, niat suci, maka rasanya tidak adalah masalah untuk terus belajar memahami, cuma bila hati sudah kurang sucinya dan niat sudah mula lari landasan, maka jadinya apa?...inilah biasanya lahir dakwah yang terpesong, tidak lagi bertapak pada landasan asal, hilang al hikmah, hilang sudah matlamat ke arah ke'izzahan Islam, bahkan sudah mula lahir matlamat untuk memenangkan gerakan sendiri juga individu tertentu. sebelum ana undur, ana mahu nyatakan, ana tidak dikiri, ana tidak dikanan, bahkan ana tidak ditengah2, dan insyaAllah letaknya prinsip ana adalah bersama Islam serta bersama al haq.

Maksud firman Allah SWT :
" Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah kurnia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh musuhan, lalu dipersatukanNya hatimu, sehingga kamu dengan kurnia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk "
al Imran : 103

4 comments:

subhanallah
salam wbt..posting menarik n terkena juga pada btg hidung sndiri. setelah sekian lama mgkin kite sndiri x perasan pendekatan2 yg kite lakukan mungkin menjemukan mad'u..insyA sy nak minta izin untuk copy post ini n sebarkan pada teman2..harap diizinkan..syukran..

 

to jojar

wslm wrhmtlh...

benar, kadang2 kita leka dan tidak menyedari pendekatan yang dibawa sudahpun menjemukan, adalah tidak betul untuk terus membawa pendeketan yg sama sedangkan ia boleh merugikan Islam...

silakan...tiada masalah...

 

ana terkesan dengan tulisan anta kali ni. terima kasih atas peringatan kepada diri ana yang masih banyak lemahnya dalam berdakwah.. jazakallahu khair..

 

to wardatul shaukah...

syukur kepada Allah kerana berkesan atau tidak, semua datang dariNya...insyaAllah sama2 kita saling mengingati selagi mana menyedari diri ini lemah...