.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Ukurlah Kasut Dikaki Sendiri

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, lagi kesempatan di beri olehnya untuk ana menulis dan kalian membaca, tidak mungkin terjadi susun atur ini jika tiada keizinan dariNya, pasti!. Selawat dan salam buat baginda, insan mulia, qudwah sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah.

Santai dan ringkas saja kali ini ya, seringkali kita mendengar soal idola, yang mana seseorang itu meletakkan individu lain sebagai ikutan, lihat saja bagaimana lahir klon2 P.Ramlee, Elvis Presly, Micheal Jackson, dan lain2 nama lagi yang tidak mungkin ana senaraikan satu2. Menjadikan individu tertentu sebagai idola pastinya bukanlah sesuatu yang salah, bahkan memang elok, lagi pula jika Para ilmuan, agamawan, dan yang sekata dengannya dijadikan idola, lebih elok lagi kiranya idola utama adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Mengambil teladan dan segala kebaikan untuk dijadikan qudwah pastinya amat digalakkan di dalam Islam sendiri, namun apa yang mahu ana bawakan, mencontohi bukanlah menjadi. Buat memudah cara, cuba fikir ini, bila menjadikan Rasulullah sebagai idola, semampu mungkin kita akan mencontohi segala akhlak baginda, tetapi walau apa pun yang dilakukan, kita tetap tidak akan mampu menjadi Rasul bukan?...yang boleh, mencontohi bukan menjadi :)

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah "
al Ahzab : 21

Rasanya boleh memahami dengan jelas bukan?...masing2 punya potensi diri yang berlainan, tidak semua manusia itu sama, itulah antara tanda kebesaran Allah yang menjadikan manusia berlainan sifat dan kemahirannya. Dapat dilihat dulu dan kini, masih ada, bahkan ramai manusia yang mahu menjadi apa yang bukan dirinya, atau dalam erti kata lain, hipokrit. Maksudnya, di depan lain, tetapi bila dibelakang transform menjadi seseorang yang lain pula.

Secara pastinya ia memang berlaku, bahkan banyak kes2 sebegini. Mahu menonjolkan diri tetapi dengan menjadi orang lain. Sebenarnya ana tidak kisahkan manusia yang mahu menonjolkan diri dengan perkara kebaikan bagi usaha memperbaiki diri, tetapi yang menjadi kecelaruan adalah segelintir manusia yang boleh dikategori sebagai sesumpah, berubah2 mengikut keadaan bagi menjamin kebaikan untuk diri sendiri semata. Apakah ini sesuatu yang Islam tunjukkan?...pastinya semua akan menjawab tidak, jadi jangan lagi berperilaku sebegitu!

Apa yang terbaik adalah berusaha menjadi diri sendiri, mengikut kemampuan dan potensi diri dengan mencontohi contoh ikutan terbaik bagi kita. Janganlah menipu diri sendiri dengan hanya berlakon semata2 ingin mencari populariti dan kemahsyuran di dunia yang sementara cuma. Sedih melihat insan2 yang sering lupa diri, mahu menjadi sesuatu yang bukan dirinya, seolah menipu diri sendiri, dan lebih2 lagi menipu orang disekitar.

Maksud firman Allah SWT :
" Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu kerana kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati "
Ali Imran : 119

Cubalah mengenal diri sendiri dan memaksimumkan potensi sebenar, bukan terikut2 dengan suasana lantas terus saja mahu berlakon supaya sekata dengan keadaan sekeliling. Tidak berapa kena rasanya jika hidup bertopengkan manusia lain, sedangkan diri sendiri punya suatu potensi yang lain, janganlah kerana nama kita sanggup hidup bertopeng, usahalah untuk menjadi diri sendiri, supaya nanti orang akan mengenal kita dengan apa yang sebenarnya kita ada, bukan dengan tindak tanduk yang hipokrit semata.

Jika kita seorang yang lemah dalam sesuatu bidang, maka akuilah dan belajarlah dari yang lebih tahu, bukannya terus berlagak bodoh sombong kerna tidak mahu orang mengetahui kelemahan diri, ini bukanlah cara yang betul, bahkan sudah terpesong dari landasan Islam itu sendiri. Jika tidak tahu akui saja, jika lemah akui saja, jadilah diri sendiri, jangan terus berlakon seolah2 hebat dalam semua hal sedangkan itu sifat hipokrit yang tidak terpuji gayanya.

Ingatlah konsep kehambaan, kita sebagai manusia yang bersifat hamba pastinya tidak lari dari kelemahan, tidak perlu malu menjadi diri sendiri, juga tidak perlu malu mengakui kelemahan kerna selagimana bergelar manusia, pastinya tidak lari dari fitrah kejadiannya, lemah!...Sifat lemah itu milik hamba dan sifat berkuasa itu milik Pencipta, jadi usahlah mahu terus sombong serta ego sampai lupa diri dan menjadi insan yang hipokrit.

Ingatan kepada diri terutamanya, ukurlah kasut dengan saiz kaki sendiri, bukannya dengan kaki manusia lain, kerana yang mahu memakainya nanti bukanlah yang lain, bahkan diri sendiri jua. Bayangkan saja, jika saiz kita adalah 6, tetapi memakai kasut saiz 10, agaknya bagaimana nanti ya?...pasti terhencut2, begitulah jua hakikatnya jika membuat sesuatu yang bukan lahir dari diri sendiri, ingin orang melihat kita hebat, tetapi pasti akhirnya ia akan menyusahkan diri sendiri...wallahu'alam.

2 comments:

Di kala ini, jika kita melihat ke kaca tv mahupun mendengar stesen radio (selain ikim), byk tribute diadakan untuk arwah Mikael, atau lebih dikenali sebagai Michael Jackson. Kita boleh lihat juga bagaimana peminat beliau meniru aksinya dan tak kurang juga ada yang mahu menjadi sepertinya.

Semua berbalik kepada jati diri, kenali asal usul kejadian. Malu untuk menjadi diri sendiri? Kalau terlebih berbangga dengan diri sendiri pun susah juga. Kalau tiada langsung rasa malu, itu lagi susah.

Apapun mesej zul jelas, kenali diri sendiri dan syukurilah apa yg telah Allah kurniakan. Setiap dari kita punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jgnlah kita memperolok-olokkan orang lain krn boleh jadi org yg kita perolokkan itu lebih baik dari org yg mengolok-olok itu (Al Hujurat ayat 11). Belajarlah menerima diri sendiri dan hargainya. Apapun pd sy,tidak salah belajar dari org lain, apa yg baik kita ambil, mana yg buruk dijadikan sempadan. Yg jd masalahnya kalau "mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan". Semata-mata mahu dilihat hebat, sanggup pula utk berlakon. Sesungguhnya perbuatan itu amatlah dibenci oleh Allah (surah as-Saff ayat 3).

Wallahualam, sekadar pendapat peribadi. Yg baik dtgnya dari Allah, yg buruk dtg dari kelemahan sy sendiri yang mana hakikatnya dtg dari Dia jua.

 

to milik Allah

Nampaknya point ana dah sampai...alhamdulillah...mmg itulah maksudnya, tiada salah mencontohi, tetapi janganlah berlebih lebihan sehingga lupa siapa diri hanya kerana mahu menjadi seseorang yang lain, sedangkan apa yang ada pada kita bukan ke arah itu....

betul tu kak...tidak perlu rasa malu untuk menjadi diri sendiri, teruskanlah....cuma jangan lupa satu...sifat kehambaan...:)...jadilah apapun, jgn lupa itu saja...

apapun...syukran atas komen yang cukup membina akak...cukup2 bermakna...:)....semOga sentiasa dalam keredhaan Allah...