.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Manusia Itu Tidur, Bila Mati Baru Terjaga

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa "
Fatir : 10

Alhamdulillah, setelah beberapa "tahun" Wadi al Qurra' senyap sunyi dari nukilan rasa penulisnya, hari ini dengan izin Allah, ana mampu kembali memetik jari melakar bicara bagi memenuhi ruang2 yang bersemak, sudah ada lalang2 dan sawang2nya, namun belum lagi sampai ke tahap ular2 beranak pinak. Syukur padaNya atas segala nikmat, selawat dan salam buat baginda penghulu umat, Rasulullah SAW.

Ampun maaf dipinta, akhir2 ini, ana mahu lagi beralasan tiada kesempatan menulis, atas dasar apa alasan itu, biarlah saja, kerna tidak patut pun ana beralasan. Hanya untuk makluman, sekarang ana di Melaka, lepas ni tak tahu ke mana pula. Apa pun agenda selepas ini, harapnya sentiasa di atas landasan yang lurus juga dibawah naungan rahmatNya. Semoga kita sentiasa begitu, ameen ya Allah.

Banyak kita dengar kejadian2 di Malaysia, mahupun luar negara akhir2 ini, pelbagai isu sensasi terkini, mahupun isu lapuk yang diulang2 sampai tak sudah, inilah dunia. Lihat saja isu Parti Islam Semalaysia yang melihatkan pertembungan dua gaya pemikiran, antara golongan reformis dan juga golongan konservatif. Ada pula yang menamakan kumpulan Erdogan dan kumpulan ulama'. Muktamarnya sudah lepas, keputusannya sudah ada, anda pilih yang mana?

Bagi ana, ana pilih keizzahan Islam...biarlah siapa pun asal Islam kembali kepuncak, ana tidak kisahkan mana2 yang menang, bahkan pertandingan dalam muktamar yang lepas, ana tidak langsung melihat siapa yang menang itu menang, dan siapa yang kalah itu kalah. Secara kolektifnya ana menyimpulkan Islam telah menang kerana mampu mengadakan satu pertandingan yang sihat, juga mampu meminimumkan mainan media dan pihak lawan. Dalam perjuangan jamaah, bila menang kita menang bersama, bila kalah kita kalah bersama, tiada kepentingan individu, jika ada maka usah mengaku berjuang dalam jamaah.

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar "
at Taubah : 111

Ulasan lanjut ana tak mahu berikan lagi, cuma ana berdiri dengan prinsip ana, selagi mana seseorang itu mampu mengembalikan keizzahan Islam, maka itu pilihan ana, dan tentulah seseorang itu hebat dengan ilmu dunia dan akhirat serta sohih amalannya. Ada lagi isu tentang PAS, Negara perpaduan...bunyinya amat menarik bukan?. Memang lah menarik, dunia pun sudah tahu hal ini. Ana tidak kisahkan pendapat lain ketika ini, bukan ana menolak tapi ana tidak kisah saja, bagi ana, ana ada prinsip tersendiri.

Satunya, jangan menyisihkan orang lama bila membuat keputusan. Kedua jangan mungkir apabila berjanji, perlu tetap dengan kata2, jangan menjadi lalang yang bila ditiup kekiri ia kekiri, bila ditiup kekanan ia kekanan. Ketiga, jangan menimbulkan sesuatu yang boleh menjadikan ia fitnah pada jamaah, jelaskan dengan sejelasnya. Keempat, jangan hanya melihat kepada cara untuk memudahkan perjuangan, sedangkan matlamat akhirnya cukup berbeza. Ana mahu tanya diri sendiri, seorang mahu ke Makkah, seorang lagi mahu ke New York, bolehkah dua bersaudara itu menaiki unta @ kenderaan yang sama untuk ke destinasi?...Ana rasa akhirnya unta itu terjun ke laut...terpulang, ana sudah kata, masa ini ana dgn pendapat ana.

Ada pula isu luar negara, Di Iran sana Presiden Ahmadinejad menang besar, namun pesaingnya Mousavi menuduh Ahmadinejad menyalah guna kuasa dan lain2. Terjadi sudah pergelutan dan tunjuk perasaan. Kebenaran dipihak mana bukanlah hak ana untuk menghakimi, cuma dari zahirnya dua pihak ini amat berbeda lagaknya, kalau seorang itu hanya menaiki keldai, seorang pula menaiki helikopter, entahlah mana benar, belajar dan kaji lagi.Belum lagi isu Rafsanjani dengan harta2nya itu. Nasib ana bukan orang Iran, tidak berani dengan tegas mahu menyata siapa salah siapa benar, ana bukanlah seperti mufti2 yang sebegitu ramai di Malaysia sekarang yang dengan mudah menyesatkan ulama' besar, dunia!

Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya "
al Isra : 36

Ana membangkitkan sedikit isu2 semasa bukanlah kerna mahu mengulas panjang lebar mengenainya. Ada sesuatu yang bermain di benak minda ana, kembali kepada tajuk, ' Manusia itu tidur, bila mati baru terjaga '. Ayat ini ana terlihatkan dari status YM seorang sahabat, sudah lama sebenarnya. Dengan pelbagai masalah yang timbul didunia, tidak kiralah yang berada dalam kelompok mana, pergelutan kekuasaan, harta pangkat sudah semakin menjadi2. Ana semakin lupa satu perkataan iaitu musyawarah, entah kenapa ana semakin hilang ertinya dalam memahami perkataan ini, apatah lagi perkataan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Namun dalam masa yang sama ana semakin mengerti perkataan2 seperti kizb, kitman, khianat, jahlun, dan banyak lagi yang unsurnya lebih ke arah negatif, ana sajakah yang begitu?

Ana tidak tahu mengapa, tetapi ana jadi mudah bersetuju dengan ayat ' Manusia itu tidur, bila mati baru terjaga '. Kerana apa ya?...manusia itu semasa hidupnya seringkali lagho dengan nikmat dunia, seakan di alam khayalan saja mengejar nikmat yang sementara, harta, pangkat, kekayaan dan kalau remaja, hanyut saja dengan cinta monyet @ kera. Ya, mata memang terbuka membawa erti kita sedar, tetapi itu hanya mata zahir, mata hati tetap tertutup rapi. Tidak mampu mentafsir dengan tafsiran yang sebenar benarnya yang mana haq yang mana batil.

Sesudah dibuai dialam mimpi yang nyata, sekali terhentak, tersedar seketika, namun kembali ke asal sekelip mata saja, mengulang2 sejarah kesilapan yang sama, entah sampai bila mahu begitu, ana masih bertanya sampai bila ana mahu begitu, kalian tanya diri kalian soal yang sama, kita sama2 mencari jawapan yang haq. Kenyataannya begitulah majoritinya sifat manusia sekarang, masih lagi tidur tidak sedar2, hanyut lagi dengan dunia. Ia berulang2, sehingga satu ketika manusia itu mati dan di barzakh sanalah ia tersedar.

Pabila Mungkar dan Nakir datang menghentak tubuhnya hancur lebur, barulah mula menggosok2 mata terjaga dari khayal yang panjang. Baru mula mencari jawapan dari soalan2 yang sudah bocor sekian lama, baru mahu menyedari kenapa diri di palu sebegitu rupa, dan saat itu barulah mahu menangis seenak enaknya mencari tuhan memohon keampunan. Ya, saat mati barulah ia terjaga dari apa yang telah dikerjakan di alam khayal sebelum ini. Namun jika disana nanti saja terjaga, eloklah persiapkan diri awal2 membina otot2 yang kuat bagi menahan buah2 tangan yang pastinya sungguh mengujakan.

Ana terasa otot2 ana tidak mampu dibina sekuat itu, jadi ana suka untuk memulakan langkah supaya ana tidak hanya terjaga bila mati nanti, ana mahu terjaga seawal awalnya di dunia lagi. Ayuh kepada sesiapa yang rasanya lemah semacam ana juga, kita usaha untuk bangkit dan terjaga di dunia lagi, usah terikut dengan mainan politik syaitan yang menyesatkan, jangan lagi kita terpedaya dan hanya terjaga dikejutkan mungkar dan nakir bila mati nanti. Namun bagi sesiapa yang kuat, kalian mungkin boleh menahan dan membalas kembali pukulan2 di barzakh nanti, jika mampu, tidurlah, ana tak mahu kejutkan...ana undur dulu.

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal "
HR : Bukhari & Muslim

4 comments:

salam
YM sape la ye? kui3 :P


Rafjansani ke Rafsanjani? huhu

 

to andi

wslm wrhmtlh...

entah la ym sape...misteri sungguh...hehe

dua2 tu adik badik je...:p

 

em boleh baca buku harun yahya psl tajuk tu...agak menarik. mayb jgk org putih terjemahkannye ke dalam citer MATRIX, pesongkn kpd zionis. politik hr ni semakin kucar kacir. sama seprti negara2 islam yg lain. muslim bergaduh sesama sendiri, berpakat dgn puak kafir.muslim mengkritik sesama sdr. bkn nye nsihat membina. tp org kafir snyp je. tgklah DAP, MIC, MCA, HINDRAF. ade diorg gaduh sesama sdr. MIC, MCA kutuk pas, dan DAP, HINDRAF slhkan umno. so, pikir berlandskan akal...bukan nafsu

 

to den

InsyaAllah akan diusahakan buku itu menjadi milik ana nanti...

Benar, fikir dengan akal bukan nafsu, dan akal itu mesti didasari dengan iman bukan akal semata...:)

Ana setuju dan masih menunggu, bila seluruh umat Islam akan bersatu?...semOga Allah memudahkan jalannya, bukan kita sendiri mencari jalan mudah yang kurang kena gayanya...

syukran...