.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Jalan2 Tak Cari Pasal

Bismillah...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur buat yang Maha Kuasa, Dia tidak pernah jemu dan leka memberi, hanya kita saja selalu alpa dan lupa. Selawat dan salam buat junjungan besar, Muhammad Rasulullah.

Tengok tajuk pun rasanya kalian sudah boleh agak, ini bukan tazkirah khusus, tapi perkongsian diari hidup ana insyaAllah, mahu baca silalah, tak mahu baca pun kena baca juga. Alhamdulillah, tiba saja saat imtihan nihaei melabuhkan tirai, ditambah pula ramai yang bakal menamatkan hidupnya di bumi bertuah MMU ni, termasuk ana insyaAllah, maka inilah saatnya untuk kami meronggeng...:D

Hari Jumaat malam yang lepas, kami sekolompok manusia yang masih tak mahu balik lagi ke kampung, sungguh degil mereka ini, termasuk ana juga, telah berpeluang dengan izin Allah merayau ke Bandar Hilir Melaka. Tujuan utama kami, Eyes On Malaysia, ana pun tak tahu kat mana matanya :D. Maka dengan itu, kami sekeluarga, Ana @ Zul WadiQurra', Hisyam, Din @ PemudeKahfi, Azaruddin, dan tetamu jemputan istimewa dari Somalia, Abdurrahman telah memulakan langkah menuju sirotul mustaqim...hehe.

Destinasi pertama kami, terus ke Eyes On Malaysia. Sampai saja, semua teruja nak naik, namun apa yang mengejutkan, Abdurrahman dari Somalia tu selamba kata dia dah penah naik, alamak ai, kami ni dah 4-5 tahun duk Melaka tak Ponah lagi naik, tak jadi nak eksen, tapi eksen gak la sikit, tanya balik kat Abdurrahman, " You have this at Somalia? "...kami tersenyum bangga...hahaha...dia kata ada tapi the small one la :p.

Duk kat atas tu pusing punye pusing, ana pelik kenapa pula la slow sangat, tak boleh laju sikit ke :D. Boleh tahan la pusing2 tu, cantik juga la nampak lampu2, naik tengah malam memang golap jela...eheh. Duk dalam tu Din Pemude Kahfi ni dengan selamba badak je petik2 butang tu, konon2 boleh la makin laju ke, leh jadi roket ke, tapi tup2 butang tuk cakap ngan operator kat bawah tu...dah la aircond pun mati kejap...nakal ni, piat kang!...haha.

Dah puas pusing2 tu, berapa kali pun ana tak pasti, 5 kut, habis la giliran kami walaupun ada yg masih berdegil tak mahu turun :p. Lepas saja turun, ada satu peristiswa best yang melibatkan Din Pemude Kahfi lagi, tengok gambar dibawah nanti...jangan marah Din...kueng3. Destinasi seterusnya, mula2 taktau nak p mana, bincang2, jom ke Jonker Walk!.

Jonker Walk agak terkenal utk pelancong asing kat Melaka ni, so kami p la nak tengok2. Konsepnya macam pasar malam biasa, cuma adalah barang2 yang unik sikit dari biasa. Majoriti peniaga kat sini memangnya dari bangsa cina. Jadi kedai2 makan pun kebanyakannya non halal. Cari punya cari, masing2 nak makan cendol ngan ABC, last2 jumpa satu kedai halal, Restoran Tranquerah Bistro, yang ni Muslim punya lah, cawangannya ada satu depan UTEM kampus bandar kat Plaza hang Tuah sana. Tapi punya la sedih, cendol, ABC semua dah habis, keluar kami dengan perasaan gundah gulana...uiceh.

Keluar saja dari Jonker Walk, cari cendol!...kami buat keputusan nak p Quay Side Cafe, yang dekat tepi jeti tu, agaknya betul la nama tu. Sampai2 sana, aduhai malang sungguh, sudah ketutupan pula sebab dah malam sangat. Lalu McD 24 hours kat Dataran Pahlawan tu, nak aje ana berenti, tapi boikot, tak boleh2!... Hisyam pula bagi cadangan lepak kat Kelebang, mula2 semua setuju, tapi tengah jalan tu tukar plan, macam malas pula p jauh2 malam@pagi buta ni. Kami cari saja restoran area Plaza Hang Tuah, banyak lagi yang buka, jadi ronggeng jela kat situ walaupun cendol dan ABC tak dok.

Abis ja makan2, sambil merepek mempertahankan negeri masing2, juga memperdebatkan kuew tiau mana yang lebih sedap, Penang atau Perlis (Kelantan la paling best!), masing2 sudah mula penat. Tapi ada lagi yang bagi cadangan, jom ke zOo...adeh...zOo malam ana tau la, tapi pepagi buta ni tak tau la plak...ade ke?...tak boleh, depa pun nak qiam jugak sedara oOii :p. Dan keputusan akhirnya, balik rumah cari bantal!...Ada sedikit gambar dibawah...

( Bayar dulu sebelum masuk! )

( Dalam Gondola - Kamera sOrang satu, tak tahan2...syam, say cheesssseeee!..:p )

( Nyibuk je Din Pemude Kahfi ni, campak ke bawah sedap juga ni )

( Zul Wadiqurra' & Abdurrahman Somali...ana tak sempat sebut cheese laaa!! )

( Konon macho la semua tu, yg amik gambar tu lagi comel dan macho ok! )

( Gambar yang dinantikan! Teka siapa dalam tu? adakah kanak2 berumur 6 tahun kebawah?...secreto! )


( Masa ni Din Pemude Kahfi selaku exco akademik Institusi Usrah 08/09 sambil menyorok berkata " Zul!..jgn la amik gambar !"...OopSs...hahaha )

( Kami di Jonker walk sekarang )

( Tranquerah Bistro - Restoran Muslim yang kami jumpa kat Jonker Walk )

( Abdurrahman tanya ana, " What is this? "...hehe - Hamster kat Jonker Walk )

( Santai2 jap, minum kat depan Plaza Hang Tuah tu )

( " Kamera ni canggih ni, amik la, murah2 je "...kata Azaruddin yg dibuat2 oleh ku :p )

Ini ana nak merepek pula pasal hari Ahad. Mulanya ana dengan housemate yang masih tak reti2 nak balik ni bersama seorang lagi kawan merancang mahu p makan. Tunggu2 last2 kawan tu tak boleh datang sebab ada hal apa entah. Kami buat keputusan p jugak lah, sebab lepas ni agak susah nak cari masa yang sama2 lapang serentak. Jadi teruslah kami ke Mahkota Parade (MP) dengan tujuan untuk makan lillahita'ala...kan bagus tu. Apa menunya?, jadi orang Korea kali ni, kami cadang ke Seoul Garden.

Sampai ja sana terus p, agak mahal juga, teragak2 juga mulanya, lagipun mmg weekends harganya up sikit, tapi disebabkan oleh niat kami yang sungguh lurus, tiada apa2 agenda tersembunyi, kecuali untuk makan, akak yang jaga tu tiba2 datang, " You all kalau nak makan, akak bagi harga lunch ya, tapi makan la sampai malam pun takpa "...Alhamdulillah, dapat la jimat sikit, sebabnya harga untuk lunch lebih murah dari harga untuk dinner. Oh ya, Seoul garden ni hidangannya style buffet, so, kami masuk ja lah, sentap sampai pengsan!...Zul, jaga thiqah!..:D

Tak payah cakap la berapa banyak kami ambil utk BBQ, steambot n lain2, dah namanya buffet, jangan biar kita rugi, tapi kita rugikan tokey kedai tu :D. Alhamdulillah, makanannya sedap, banyak pilihan utk BBQ n steambot, udang, ketam, ayam, ikan, kambing, daging, bebola2, dengan macam2 masakan n rempah lagila...ntah, banyak sangat, lagipun memang weekends dia akan letak banyak pilihan sikit kata abang kat situ. Makanlah kami seadanya :p. Sebenarnya bukan pertama kali makan makanan Korea, cuma sebelum ni restotan lain, kali ni pilihannya lebih banyak n lebih sedap!

Yang bestnya, ada juga aiskrim kat situ, boleh amek nak banyak mana pun, sedap la kami, lama da tak makan aiskrim...nyum2. ABC pun ada, tapi sebab perut dah keras, tak boleh masuk daa...ABC terpaksa dibiarkan saja walaupun teringin sangat, aiskrim pun dah ok la tu...:p. Makan punya makan sampai dunia pun tak ingat kami, nak bangun pun tak boleh, kene duduk lama jugak, adui, tak senonoh betui, tak ngaku kawan la...hehe. At last, kami melangkah keluar juga dengan hati yang sayu meninggalkan makanan2 disitu, jumpa lagi ya...hehe.

Sebelum balik, ronda2 MP kejap, lagipun kawan nak cari kelengkapan untuk masuk office, maklumla orang nak praktikal. Ana window shopping ja lah. Pusing sana pusing sini, alhamdulillah setel semua, kami melangkah pulang ke MMU tercinta dengan perut yang masih lagi keras, tak thiqah betul perut ni :p. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah belek2 gambar dibawah ya...

( Jemput makan2...masa ni terasa macam hero drama Korea pulak...ada gaya ke? )

( Tuang je semua, pinggan tu kalau muat masuk sekali ye )

( Cepat la masak, tapi mmg cepat pun...:D )

( Pegang elok2 aizat, jatuh kang!...hehe )

( Lala ngan Kepah pun ade! )

( Supan santunnya laa, anak sapa la ni, betuah dpt buat buat menantu ni! - Jemput makan2 )

ps : Tahniah buat Dr Mansor, menang besar nampaknya di Penanti, kita tunggu apa jadi di Manik Urai pula nanti...sama2 doa! :)

14 comments:

salam
macam best ja tgk makan2 tuh..

 

wslm wrhmtlh...

alhamdulillah...best2...boleh la kalau nak try nnti...

 

salam..

berjalan2 melihat dan mentafsir alam, memuji kebesaran dan keagungan ilahi ye??

haihh bajet2 la pn letak gambar makanan2 tu, tak thiqah betul makanan2 tu..

best ke naik mata malaysia tu?? tu bukan dekat KL ke, rasa hari tu balik ada kawan ajak gak, tapi tak sempat nk pegi.. macamana boleh ada kat Melaka lak?? sape yg pindahkan? Ifrit kah?? =P.. (kalau tak silap la.. kalau silap, jgn tegur, kang malu (^_^)

 

wslm wrhmtlh..

ahaa...mengambil pengajaran dari setiap kejadian alam ni memang perlu setiap masa!...:)

a'ah kan, tak thiqah betul makanan tu, tapi org yg makan tu thiqah je kan?...kire ok la...balance...:p

biasa ja naik tu, kalau dapat pusing laju2 lagi mesti besh bangat...hehe...memang dulu kat KL, pastu kerajaan melaka beli, so skg ade kat melaka dah la...ifrit?...mau patah pinggang dia nak ngangkat mende alah tu...hueh3...aa...kali ni betul...jgn malu2 ye...:p

 

Salam.

Eyes On Malaysia? Penah haritu teringin la nak naik tapi dek kerana tingginya amat, adik lelaki tak mau temankan sebab dia gayat. Maka... Terliur je la, takkan nak naik sensorang, mau tak turun2 lak nanti. Huhu. Takpe2 nanti ada rezeki kena buat rombongan kecil dengan sahabiah la ke Melaka, nak naik juga! :P

 

salam 'alaik..

part makan tu mmg nmpak bestla..tiba2 rasa lapar ja perut tghahari2 ni!
:p

btw,
antum jln2 tym malam ye?
paginya ke mana?
=D

apapun keow tiaw perliss paling best!!
lalala~

 

to wardatul syaukiyyah

alahai...lelaki pulak yang gayat ek?...dia pusing bukan laju pun...rilek je...lgpun bak kate ana, jangan risau, tepi tu laut...paling2 tidak pun basah kuyup je...:p

haa sila2...pastikan bawak kad2 yang ade tu nnti dapat murah sikit, IC, student card kalau ada...atm card pun kene bawak la nanti nak shopping...:D

to miss gaza

wslm wrmtlh...

part makan tu alhamdulillah, best amat...jemput2...lapar g la makan...:D

yup...memalam la baru romentik skit jalan2, leh lihat lampu2 neon nan indah..uiceh...
erk...paginya?...soalan maut ni...hehe...wallahu'alam..:p...

kuew tiaw perlis?...xdelah...kelantan la paling besh...mengancam oOo...x caye g try...lala

 

huh!
romantik?
apekah itu..
haha

waa
pecah tembelang habess..
mcm taw ja pagi tu watpa!
:p

apepun,
masakan emaklah yg paling sedapp!

 

to miss gaza

romantik la..
alaa...macam...
mcm pe ek?...hue3

xde la pecah sgt...
buat2 taktau je dah la..
lgpun ibadah gak tu..
ibadah sirr...:D

yup...betul tu...
bg ana masakan ummi ngan abah plg sedap..
pastu masakan ana sendiri...:D

 

ya benda belon itu elok untuk melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan kekuatan mental dan fizikal. Jadi rugi tak cube.. haha..

zul, macam ni lah.. sampai hati hang kantoi.. adooi..

 

banyak la tu...sungguh menyihatkan, sampai nak drive pun pening2 pastu, nasib baik encik wadiqurra' ade :p...

alaa...lek r...kantoi mengkantOi mengeratkan ukhwah...

 

kalau nak laju2, naik roller coaster laa.. yg tu perlahan, sbb nk suh menikmati keindahan.. kalau laju, bukan nikmati keindahan, nikmati kemuntahan ade arrr, yeaakk..

takde keje betul jalan waktu mlm, naik waktu mlm, bukan nmpak ape.. sbb tu la kut sume gmbar2 tu gmbr manusia ja, ish3..(tnduk pndangan), =P

 

ape salahnye kalau dia laju jap, pelan2 jap...pastu laju lek...hehe...

ape lak xde keje, malam dan siang ciptaan Allah untuk di dilihat dan ditafsir seterusnya megmbil pengajaran daripadanya...kate ahlul albab kan..:D....nampak pe...cantek lampu2....ala...gambar manusia, tergoda la tu...haha...tunduk2!...:p

 

salam
dh lama x jln2 kt mlake even dok dlm mlake
Eyes On Malaysia tu pon x pnah nek huhu