.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Mencari Puteri Gunung Ledang

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, diizinkan lagi dengan nikmat dariNya kesempatan ana melakar rasa, segala puji dan syukur jualah yang mampu diungkap, hanya sekadar itu yang mampu, dan sekadar itu sajalah yang dituntut. Selawat dan salam buat baginda junjungan, tiada lainlah dia sosok agung lagi mulia, Muhammad Rasulullah.

Ana menghilang, maka Wadi al Qurra' sepi lagi, begitulah seadanya. Hilang ana kali ini bukan kerana alasan tidak sempat, tiada masa ataupun malas, tetapi kerana laptop kesayangan ini di pakai adik bagi menyelesaikan hal2nya. Kini ia kembali kepangkuan maka ana terus saja teruja mahu menulis, tetapi sindrom akhir2 ini, iaitu sindrom merayap kesana kemari masih belum hilang, maka tulisan ini sekali lagi mahu berkongsi perjalanan, bukanlah tazkirah khusus, afwan.

Sebenarnya ada lagi musafir2 lain yang seronok untuk dikongsi. Biarlah dulu, ana mahu kongsikan yang ini dulu, dan ini adalah yang terbaru. Sabtu, seawal pukul 9.30 pagi kami mula bergerak. Bergerak ke Sagil di kaki Ledang sana, namun tersangkut pula di kedai kopi, asalnya mahu sampai pukul 10 lebih disana, tapi apakandaya, pukul 10 masih di kedai kopi Bukit Beruang. Kami berlima, Zul wadiqurra', Hazwan, serta tiga orang sahabat baru di MMU, adik2 la ni...Nazreen, Firdaus dan Bukhori.

Alhamdulillah walaupun masa dah lari melencong, kami selamat sampai juga. Terus saja kami memulakan langkah mencari port baik punya untuk berendam. Naik punya naik jumpalah satu, kami bertapa disitu menikmati alam ciptaan ilahi, mengambil ibrah dari alam indah, subhanallah!. Seronok, ikan2 disitu jinak belaka, slumber badak je di patuk2nya kaki ni, untuk ingatan, gaya bahasa ikan mematuk hanya terdapat di Wadi al Qurra' sahaja.

Sambil duduk2, ana, Hazwan dan Nazreen tiba2 menjadi teruja untuk mendaki, mulanya mahu ke atas sedikit, namun dek kerana telah dimotivasikan oleh alam yang sungguh indah, kami daki sampai ke tempat yang tidak boleh di daki lagi. Yang tambah adventurenya, kami daki ikut batu batan dan air terjun, bukan ikut tangga, amat best...khusyuk mendaki sampai terpijak cermin mata seorang abang disitu. Tapi di maafkan, sebab hazwan kata ingatkan ulat...ulat dan cermin mata?...:p

Alhamdulillah, kami diberi kesempatan meneroka bumi Allah dengan ciptaan2nya yang sungguh luar biasa, walau sekali sekala ada pemandangan kurang enak...hrmm. Sampai di atas, mandi2 bergambar2 sekejap, kami turun. Turun ikut tangga lah sebab bahaya ikut air terjun, cadangan ana supaya menggelongsor ikut aliran air terjun ditolak mentah2 oleh yg lain, ana cukup terkilan...:p

Turun, mandi2 dan berendam2 sekejap, kami mulakan langkah untuk pulang, menyambut seruan supaya pulang kepangkal jalan. Sudah berendam, lapar pula, jadi singgah di Tangkak untuk santapan tengah hari. Terus saja pulang selepas itu, masing2 sudah mula pancit...:D. Sampai di rumah, solat asar dulu, kemudian goreng keropok, untuk makluman, keropok telah digoreng oleh Hazwan, pandai dia goreng, sedap...tak ada pun keropok yang hangus...:p. Selepas itu, ana pancit lagi, ponek haa mendaki...Ok, untuk selanjutnya, tengok2lah gambar dibawah ya.


( On the way cari port baik punya, rehat kejap untuk posing )

( Macam ni ke gaya liqa usrah kat air terjun?...:p - Firdaus, Zul, Hazwan, Bukhori )

( Posing lagi...ada gaya taiko tak? )

( Teruskan perjuangan Hazwan, terus mendaki, mencari Puteri Gunung Ledang...:p )

( Subhanallah!...tinggi tak?...ini sebahagian saja yang kami daki, ada lagi2 )

( Kemuncak pendakian kami, dah ade signboard danger zone tu baru reti nak stop )

( lagi gaya taiko )

( Dinosor yang sempat kami temui )

ps ; Sesiapa yang berminat untuk ke sagil sila hubungi ana atau encik Nurhazwan Harun...:p

9 comments:

terkilan ek cadangan turun lalu air terjun ditolak mentah2.. kalau sy pun, mesti terkilan gak..

gaya2 tu bukan gaya taiko.. tu gaya teko!!

naik atas jumpe puteri gunung ledang tak?? hang tuah ada?? agaknya yang atas lagi tu dh lepas danger zone tu kot puteri gunung ledang tinggal..

gila la dinosor, die tak 'ngap' korang ke??

 

a'ah...amat2 terkilan...kan ke best...gelongsor jela ikut air terjun tu kan...mesti cepat sampai...:D

tekO?...susu cap tekO tu ke?...:p

jumpe hang tuah, tp puteri gunung ledang xde, hang tuah cakap dia turun p tangkak beli kain murah...hehehe...

haa...jgn main2...dinosor pun ada, xsempat dia ngap...kami ngap dia dulu...

 

Wow Bestnya korang mandi..macam nilah, mandi tak ajak aqu pun.. takpa2.. sob100x..

 

hang keje dah la...bab2 becuti n mandi manda semua ni serahkan je pada kami...haha

 

salam.

cisss
dan
cisss lagi. ciskek!

huhu, org y dok kat UITM JHOR da 2thn, sblh tu je pun, x pnh g sagil lagi. xleh jadi nehh!!

actly ad ritu, plan dak klas, tp men-kesel-kan
diri sbb cm xbes pn iktilat2 neh. (uiceh :P)

puteri gunung ledang da balik KL ah, cuti sem.
hue3

 

wslm wrhmtlh..

say cheese...hihi

awat pakat nak jadi putera puteri gunung ledang sume ni?...:p

awat xpi?...takde org halang pun...lala...haa...takut ikhtilat p la ngan puan2 je...ape susel...

KL xde gunung ke?...g naik batu cave la...dekat skit...

 

hahaha (gelak ayu)

masing2 telah mengaku diri putera gunung tahan dan puteri gunung ledang.. ceytt, takleh jadi ni, ini tak adil!!! (smbil menghentak meja) dan mengaku juga diri adalah cindrella..

tak jumpe puteri gunung ledang ya?? nape hang tuah biorkan je puteri gunung ledang turun sowang2 beli kain.. ish3, tak patut.. tak bertuah betul!!

 

ayu apenya mcm tu...:p

lorh...cinderalla x masuk buku sini ok...ni hanya untuk hero dan heroin melayu je...omputeh len tempat...haha

haa...tu la...hang tuah tu x gentle langsung...sian puteri gunung ledang turun sengsorang....maybe dia x larat nak nunggu puteri gunung ledang milih kain kut...:p

 

buat apa cari puteri gunung ledang jauh2.dekat mmu pun ada.haha.