.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Berpusing - pusing @ Meronda - ronda

Bismillah...

Hari yang cerah seakan mengizinkan matlamat ana, setelah dari malamnya ana berkira kira mahu meronda sedikit di bumi Hang Tuah ini akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya pada perkiraan asal mahu meronda ke KL untuk demo PPSMI, tapi tak jadi..dan akhirnya, berlegar ke mana?...Begini sirahnya...

Kali ini ana berkesempatan menunai hajat atau boleh dikatakan hobi, berjalan sendiri2 dengan menaiki bas :D. Kenapa begitu?...sememangnya begitulah kesukaan ana, setiap semester ana akan meluangkan masa untuk diri sendiri, keluar seorang2 dengan menaiki bas, menarik bagi ana, bagi kalian?bukan hak ana menjawabnya.

Semester ini, ini adalah kali pertama ana dapat keluar sendiri2, jangan ditanya berapa kali keluar dengan sahabat2 lain pula, ana tak mampu membilangnya...tidak cukup jari...hehe. Agak pelik bukan kesukaan yang sebegini, tetapi kepelikan ini adalah dengan bersebab pastinya :)

Satunya, bila keluar sendiri begini ditambah pula dengan menggunakan bas sebagai medium untuk mencapai hajat ke sesebuah destinasi, bagi ana ia akan lebih membuka minda, dan membuka mata. Ana memang agak gemar memerhati, telatah2 manusia, jalan2 yang dilalui, bahkan memang kesukaan ana menghafal nama2 tempat dan jalan yang pernah ana sampai. Memerhati itu sebenarnya besar manfaatnya, manfaat untuk diri lebih mengerti kebesaran Allah.

Maksud firman Allah :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Satu pengalaman menarik yang sempat ana tangkap di kala rondaan ini adalah bila ana ke Tesco, sebelum itu mahu ana jelaskan yang ana sendiri telah mula pendekatan memboikot Tesco. Jadi kenapa ke Tesco?...teruskan membaca, seperti yang ana katakan pada awalnya, berlegarnya ana hari ini adalah demi memenuhi tuntutan kesukaan ana, iaitu MEMERHATI. Ana ke tesco mahu memerhati sejauh mana kempen boikot telah berjaya. Pada amatan ana, mungkin ana tersilap, tetapi setakat yang ana lihat, memang ramai manusia di gedung itu, tetapi kebanyakannya bangsa cina, dan di Malaysia pastinya bangsa cina itu majoritinya bukan Islam. Tepat atau tidak pemerhatian ana, ana tak tahu secara pasti, tetapi itulah yang ana nampak. Mungkin kebetulan hari yang ana pergi Melayunya tak ramai...wallahu'alam...tapi jika memang begitu pada hari2 dan masa2 lain, nampaknya dah ada kesan.

Selainnya seperti biasalah, mata ini banyak menangkap kelakuan2 yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, couple, pegang2, body ditayang2...ah...betapa lemahnya diri, lemah sungguh...tak terdaya melaksana nahi mungkar sedangkan begitu ramai sahabat2 diluar sana yang masih memerlukan...hrmm...dari itu masih lagi ana dapat menterjemah satu lagi pengajaran, ana masih LEMAH!...di dalam 'lingkaran' kita, mungkin kita mampu menegur sahabat dan rakan, tetapi bila diluar 'zon' kita? di tempat2 awam contohnya...ana akui, ana amat lemah disitu...tetapi insyaAllah..masih mencuba cuba...semoga kita diberi kekuatan untuk itu...ameen ya Allah...

Itu sedikit sebanyak pengajaran yang ana dapat, selanjutnya mahu pula rasanya ana berkongsi rasa menceritakan destinasi2 yang sempat ana singgah. Mulanya tempat yang dirancang adalah Jusco, gedung terdekat dengan MMU, ada sesuatu yang mahu dicari. setelah berputar putar tidak pula nampak sesuatu itu bahkan sesuatu yang lain pula dapat di gendong...hehe. Apa tidaknya, setiap kali melintas kedai2 buku pasti saja kaki ini menari mengikut rentak sendiri :D

Popular Bookstore di jusco memang sudah jadi kebiasaan, tetapi yang berlainan sedikit kali ini adalah beliannya. Selalunya bila ke mana2 kedai buku sekalipun mata ana juga akan menari mengikut rentak sendiri mencari2 judul2 atau kitab2 berkaitan fiqh, syariah, sirah, tawarikh, akidah...dan novel islami juga, begitulah kebiasaannya. Kali ini luar biasa pula jadinya, karya Dr. 'Aidh yang menjadi pilihan, pastinya QURRA' sekalian tahu yang karya beliau selalunya berkitar dalam lingkungan motivasi, walaupun memang ada karyanya dalam bidang fiqh dan lain2...tetapi beliau itu terkenal dengan motivasinya yang mendidik jiwa.

Agak pelik jugalah, bukan tidak biasa membeli buku motivasi tetapi sebelum2 ini ana beli bukan untuk diri sendiri. Mungkin kali ini ana rasa hati ana memerlukannya, ya...ana perlukan karya Dr. 'Aidh!...dua buah buku karangan beliau ana sempat dapatkan. Yang lucunya, bila mahu bayar saja, pulusnya tidak cukup...ana senyum dekat akak kaunter tu, "akak, ATM kat mane ye"..:D..Alhamdulillah, setelah ditunjukkan tempatnya, ana selesaikan pembayaran dua karya bertuah itu.

Gayanya, macam sudah selesai, tapi bila keluar dari Jusco ana rasa masih tak puas dengan rondaan ana di tambah pula apa yang dicari masih belum jumpa...ana teruskan lagi dengan perjalanan ke Melaka Central(Bus Station), dan selepas itulah ana ke Tesco. Dalam rondaan di sana, dapat ana perhatikan, agak ramai manusia turut serta dengan ana, bila difikir2..ya!..isnin ini kan cuti...pastilah ramai yang mahu pulang kan. Eh, kenapa ana tak balik kampung?...kalau kampung di Kelantan, rasanya masa amat mencemburui. Asalnya memang telah berkira mahu ke rumah abang di Klang hari jumaat, dan merancang juga mahu ke demo PPSMI...tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...

Maksud Firman Allah :

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)
al Qamar : 49

Meronda rondalah ana di Melaka Central dan Tesco yang memang berdekatan itu, setelah puas mencuci mata, cuci dengan apa?...dengan buku2 lah..:)..boleh dikata disetiap tempat yang sempat ana sampai itu ada kedai buku, jadi apa lagi...masuk saja..:D..tapi sudah cukuplah dengan 2 buah buku tadi...yang lain tengok2 saja. Sambil2 itu ana terus2 juga memerhati dan pada masa yang sama, apa yang ana suka bila keluar sendiri2 ini...masa dan ketenangan untuk berfikir itu ana akan perolehi...bila memerhati ana suka berfikir dalam keadaan yang tenang...dengan harapan dapat mentafsirkan segala pemerhatian itu kedalam bentuk pengajaran...pengajaran buat diri ana sendiri tentang hakikat kelemahan diri...moga Allah memberi kesempatan dan peluang untuk itu...ameen ya Allah.

Habis sudah dengan pemerhatian dan rondaan ana beransur pulang...barang pada asalnya dicari tidak juga ketemuan, biarlah...ana rasa sudah lebih dari itu yang ana dapat hari ini. Sudah tamat hikayat pusing2 @ ronda2 kali ini, sedikit sebanyak dapat sudah ana penuhi kesukaan diri. Moga bermanfaat...

7 comments:

hu~ zul, ritu ak drive dr segamat ke melaka, xde hala tuju last2 stop kat pengkalan balak. xsempat nk tengok kenah org sekeliling, org dlm kete lagi bnyk kenah. huhu.nk citer pn sedih tok. -.-"

 

tengok jela dalam kete tu...ehehe...aisep...jangan sedeh2...hehe...

*pgkalan balak tu kat melaka kan...melancOng ke...ehe

 

ha'ah pengkalan balak melaka la..dokek2 uma kak dayah ngn ainul,eh tp cm joh jek. heehehe

melancong dan melencong. :3

 

kt tesco xde melayu sbb pegi demo tolak PPSMI... itu menunjukkan melayu sedar yg mereka sedang dibogelkan.. ish ish..

 

hehe...btui jgak...:D..tapi ok lah tu...daripada x sedar langsung...at least masing2 dah nampak skrg..

 
This comment has been removed by the author.
 

pnah sampai melaka central....hikmah kembara 6_9 keep it up!!