Bismillah...
Alhamdulillah...malam tadi ana sempat menghadiri forum dan tajuknya adalah "Islamic Economy via Horizontal dimension". Forum ini menekankan soal western economic system, islamic economic system dan juga islamic consumerism. Pastinya kalau bincang soal ekonomi akan lebih kepada teknikal, fakta dan lain2, tetapi ana menulis malam ini bukan untuk memeningkan Qurra' sekalian mahupun ana sendiri...kita bicara santai saja lagipun jam sudah lewat ni...
Sebenarnya soal ekonomi ni semakin menarik tumpuan, terutamanya bila bicara soal ekonomi islam, maklumlah...dunia sudah gawat, baru sedar sistem Islam itu lebih baik..:). Sebelum kita ke fasa selanjutnya, cuba lihat tajuk posting ini sekali lagi, Ekonomi vs Muamalah...kenapa begitu, kenapa perlu ada vs2...nak main lawan2 macam power rangers tu ke?...:)
Ia sebenarnya untuk mengubah mind set kita semua, yang sebenarnya Islam itu tidak ketinggalan langsung dari segala segi. Istilah 'economy' jika di seloroti dalam wikipedia yang serba tahu itu adalah satu istilah yang berasal dari perkataan greek yang membawa maksud 'one who manage household'. Jadi kenapa dengan perkataan tu?...begini...seperti yang ana katakan tadi, kita mahu mengubah mind set kita dahulu, mengapa guna istilah economy...sedangkan Islam telah mendahului dengan istilah Muamalah?...gunakan Muamalah Islam, lg cantik dari Ekonomi Islam bukan...:)
Ok, mari kita kongsi sedikit sebanyak secara santai2 saja. Bila disebut Muamalah Islam, pastinya yang terbaik datangnya dari zaman Rasulullah SAW dan di zaman itu adakah penggunaan fiat money?...oh ya, fiat money adalah paper money atau duit kertas yang kita gunakan sekarang tu lah. Fiat money atau paper money, namanya saja sudah duit kertas, jadi apa nilai sebenarnya...cuma kertas yang diakui kerajaan, itu sahaja.
Dalam sedar atau tidak, yahudi zionis sudah tahu yang sistem kewangan dunia sekarang ini berada dalam kesilapan, mereka hanya membiarkan sistem palsu ini terus berjalan demi untuk menjayakan agenda laknat mereka. Sistem muamalah Islam, asasnya pada sistem itu adalah penggunaan Dinar dan Dirham, iaitu emas dan perak, suatu yang memang ada harganya, bukan kertas yang di cop!
Satu cerita yang boleh kita jadikan tauladan, semasa Jepun datang ke tanah kita suatu masa dulu...si nippon itu telah menukarkan matawang British kepada matawang mereka, jadi apa jadi pada yang menyimpan matawang British sebelum itu?...buat kertas alas meja lah agaknya. Begitu juga setelah Jepun kalah, British kembali ke tanah Melayu, jadinya apa pula dgn matawang jepun sebelum itu, buat alas kaki pula lah...:)
Siapa yang berjaya dan mampu bertahan ketika itu? mereka itulah si penyimpan emas...:). Nampak bukan? krisis apa pun, nilai emas dan perak tetap begitu, cuma yang berubah adalah nilai fiat money, terumbang ambing. Cuba tengok di Zimbabwe contohnya, sekeping wang kertas yg bernilai 50 juta dicop, siap ada tarikh luput lagi. mahu membeli roti, berbillion2...haih, ditipu hidup2 kita dgn sistem barat ni..yahudi pula tersenyum sumbing melihat permainannya menjadi, sudahlah Palestine dilanyak habis habisan...SEDARLAH!
Salah seorang panel pula ada menerangkan sedikit sebanyak soal sistem ekonomi Islam yang diamalkan sekarang, buat pengetahuan, panel ini adalah pensyarah ekonomi di MMU, beliah pernah menjadi penasihat kepada Tun Dr Mahathir dan sekarang begiat aktif dalam mempromosikan dinar dan dirham, ana sendiri pernah ambik dinar dia, mahu bawa lari, tapi takut dia tak halalkan pula...hehe
Katanya sistem yang diamalkan sekarang masih bercampur baur dengan sistem konvensional, luarnya nampak cantik, tetapi dalamnya hitam legam, mengapa begitu?...ya...mestilah begitu, namanya ekonomi islam tapi masih bergantung pada sistem konvensional, fiat money dan lain2....putar alam!
Kita sebenarnya terjerat dengan sistem yang dibawa barat yang di dalangi yahudi, memang susah mahu keluar, tapi apa yang kita perlu buat adalah mujahadah dalam memperjuangkan muamalah Islam tulen! beli dan simpan Dinar!...insyaAllah suatu masa, kita akan lihat muamalah Islam di julang...dengan kata lain, Islam akan mengawal dunia, biiznillah. Lagipun kita bukan sedikit, approx, 1.9 billion umat Islam kat muka bumi sekarang ni, dari approx, 6 billion manusia yang ada.
Banyak lagi input2 berguna sebenarnya, tetapi rasanya kalau dimuatkan secara totok dalam posting ini, bukan Qurra' sekalian sahaja yang akan pening, bahkan ana sendiri pun akan berpusing2...hehe. Setakat itu dulu perkongsian kali ini, Wallahu'alam
Nazam Ubat Hati
1 week ago
0 comments:
Post a Comment