.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Malam Penghayatan Palestine

Bismillah...
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada rabbul 'alamin, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad Rasulullah.

Sedikit update kali ini, sedikit bermakna bukan banyak, maka isinya tidak akan begitu banyak kerana ia telah diberitahu sedikit :D
sedikit perkongsian ini adalah mengenai Malam Penghayatan Palestine yang telah berjaya dengan jayanya...alhamdulillah kerana jaya itu tidak akan hadir tanpa bantuanNya...semuanya lancar alhamdulillah walaupun sound system agak gedebak gedebuk sikit...hehe...biasalah masalah teknikal...apapun semuanya dapat diatasi.

Time ni ana nak balik bersiap utk program malam tu, tapi abang Mu'adz nak bergambar pula..maklumla bukan selalu boleh jumpa ana kan :D (time rehearsal)



Perjalanan program malam itu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diikuti ucapan daripada wakil Aman Palestine yang mewakili Mukhriz Mahathir, Dr. Kassim, dan semasa sempat berborak2 dengannya, beliau dengan suka sukinya mempromot Mukhriz Mahathir yang mmg sedang sibuk berkempen utk pemilihan ketua pemuda UMNO...maka kami yang mendengar itu masing2 mengangguk anggukkan kepala dengan comel sambil berkata, betOl3(upin ipin)...walaupun hati kecil ini berkata, hontam saja labu...hehe.

Seterusnya majlis diteruskan dengan gimik yang direka dan dilakonkan khas untuk meniupkan roh kedalam diri tetamu yang hadir, ana dengan rela hatinya menjadi salah seorang pejuang intifada didalam lakonan itu, ana rasa balingan2 batu ana kepada si zionis itu telah amat kuat, tapi apakandaya, batu tiruan...kalau batu betul rasanya ana tidak disini menaip tapi disana meringkuk :D...apa pun teman2 kami mengatakan lakonan itu agak real, tapi bagi ana, tak yah la agak2 lagi...mengaku ajelah memang macho pe kami buat tu...haha

Majlis kemudiannya diserikan oleh penampilan istimewa, artis yang sedang meningkat naik namanya, Mu'adz...beliau memang seorang yang amat berbakat dan mampu menaikkan semangat perjuangan dan keinsafan...ikhlas ana katakan, persembahan, pengisian dan doa dari beliau amat mendatangkan kesan dihati, abang Mu'adz kalau baca ni jangan senyum sorang2 ek...senyum ramai2 la...hehe...apa pun apa yang ana katakan mmg ikhlas dari hati, terima kasih utk abang mu'adz!...untuk pengetahuan beliau sempat menyanyikan 3 buah lagu utama, Hijrah, Baitul Maqdis dan Stand Up.

Salah satu babak daripada persembahan drama UIA - Zionis tengah melanyak rakyat palestine - yg jadi zionis tu muke xleh tahan betul dia buat, mmg menjadi la depa...huhu


Kemudiannya majlis diselang seli dengan persembahan dari kumpulan nasyid MMU melaka, 'Afwan'...juga dari sahabat2 kita rakyat palestine yang menuntut di MMU, antara persembahan mereka yang betul2 menggamit rasa adalah sajak dan lakonan video. Didatangkan khas pula sahabat2 dari UIA untuk satu persembahan yang amat menarik dan beremosi!...syukran kepada sahabat2 disana. Satu drama yang mampu membangkitkan rasa cinta dan kesedaran ke dalam diri para hadirin.

Selain dari persembahan, terdapat juga pengisian2 daripada MC, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat sama2 menmbah maklumat2 tentang apa yang berlaku disana, begitu juga dengan persembahan montaj, video dan sebagainya...semua sarat dengan maklumat2 berharga yang sepatutnya perlu ada didalam diri setiap manusia yang masih mahukan kebenaran.

Persembahan Mu'adz - Alhamdulillah terbaik!

Bagi ana, program ini memang dapat menyentuh hati hati yang masih mahu disentuh, ana simpulkan saja yang hadir itu tentulah mahu disentuh hatinya...maka khulasahnya bagi ana semua hati hati yang ada pada malam itu mampu disentuh dan tersentuh...harapannya cuma tidak sekadar panas sekejap saja, buat diri ana juga sebenarnya...memang banyak benda2 menarik didunia ini yang mampu menyejukkan apa yang sudah panas itu, mohon dikuatkan iman kita semua...ameen ya Allah!

Ini sekadar perkongsian diari ana, maka tentulah ia berkisar tentang apa yang lalui malam itu, insyaAllah...selepas ini ana rasa mahu posting yang kaitannya dengan palestine pula, sudah lama mahu posting yang berkaitan palestine, cuma selepas program ini...berkobaran pula semangat, harapnya kobar2 ana itu tahan lama...insyaAllah sama2 kita usaha dan doakan :)...tahniah untuk semua!


Penutup - Performers semua naik ke pentas, sama2 lagukan 'iktiraf dengan hadirin, ana tak naik ok!..hehe


Inilah yang kita katakan mencari publisiti atau kata mudahnya 'MENCAPUB'


Selepas program tamat - Ana tak mencapub! tu sbb depa panggil utk masuk sekali,(konon2 terpaksa la)..terpaksa la buat gaye mencongok depan tu...kesian encik mu'adz kita dah keluh kesah nak balik, apala depa ni!

10 comments:

mabruk 'alaika!! sbb mcm berjaya 'MENCAPUB' ... kuang3

* bila baca entri ni,rasa bersalah...sbb rasanya Palestin sudah jauh dari hati...dah lama tak diingatkan dan mengingatkan ttg Palestin...sesungguhnya Palestin bukan isu bermusim !! moga Palestin sentiasa dekat di hati :)

 

segala puji dan kesyukuran dikembalikan kepada Allah...alhamdulillah...

terima kasih...peluang utk mencapub mmg terbuka luas...maka apa ditunggu lg...ye x?...hehehe

yaa...tidak bermusim, sudah itu ketentuan Allah....bumi palestine adalah bumi perjuangan...pernah dengar cerita kera?...ana pernah tgk kat blog seorang sahabat...kera yang bergayut di atas pokok, ketika taufan melanda, dia pegang erat kat pokok tu, tp bila angin sepoi2 bahasa.....dia dibuai enak lalu jatuh dan mati...

ibrahnya...jgn hangat bermusim saja...bila bunyi perang kat sana, kita bOikot dan macam2 lg, bila tgk tv x cerita psl palestine dah...kita pun sambung makan McD...sedangkan saudara2 kita di palestine x pernah menganggap mereka stop dr berperang...

insyaAllah...sama2 kita usahakan...ana pun cepat jugak sejuk...kena ada sesuatu yg boleh panaskan...sudah fitrah...kene la usaha dan doa..

 

kate nk skit je.. pnjg je jugak..

tak aci betul gmbr yg atas sekali tuh..

 

hehe...ni kire sikit la...panjang sebab gambar2 je tu..:D

x aci ek?..special tu...lala

 

salam zirah kembali ;)

satu usaha murni yg bagus!
patut ada kesedaran yg berterusan utk perkara sebegini..
keep it up!!!

 

ohlala. gambar paling atas nuh, bergamba mcm tah sape y artis. XD XD

eleh zul, t ak mau capap selendang palestin tu jugak lah.haha.

btw, tahniah lah korang. kat sini ad bt jugak, tp ak mls nk join. pdhl ad tugas tuh.iskk..
mcm xde kesedaran tol. agaknye sbb nyampeh lak tv3 dtg kot. hehehe.

 

Salam ziarah...hmm gambar ke5, duduk dari kiri, iras2 muka zulfazizan, kwn nta ke tu?

 

wslm wrhmtlh....zulfazlizan?...btul lah tu...kenal dia ke?...kawan baik ana tu...

 

hmm orang yang sama la tu. ana kenal waktu ana balaj kat kmpp dulu. pastu dia berpindah ke mmu. sampaikan salam se'ismi' pada dia ye...tq