.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Tembikai Itu...

Bismillah...

Syukur dan puji kehadrat ilahi, Pencipta dan Pencinta, Allah...Rabbul 'Alamin, Selawat dan salam buat Baginda junjungan, yang di cipta dan di cintaiNya, Muhammad Rasulullah.

Alhamdulillah ana berkesempatan lagi kali ini, mengukir dan melakar buah fikir, buat dijadikan santapan pada ruh2 yang mengiginkan, buat jasad2 yang mahu, dan buat diri2 yang suka. Yang utamanya, kebaikan itu sama2 kita kecap dan peroleh. Ambil yang baik, tinggal yang mudhorat. Ada satu sirah yg mahu dikongsi, akan ana coretkan dan sama2 kita hayati...mari renungkan sirah ini, renung dengan mata hati kemudian sama2 kita muhasabah diri...insyaAllah.

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Selesai sudah satu sirah yang enak bagi ana, dan mungkin QURRA' sekalian juga. Ya!...ini kisah sufi, sekali pandang, jika hanya dipandang dengan mata zahir, bertunjang syariat semata, tanpa ada asas2 tasawwuf...maka perkara yang mula2 akan terlintas dibenak fikir adalah penjual itu telah melakukan satu kesalahan!...dia menipu dalam jualannya, jika tidak menipu pun si penjual itu telah melakukan suatu kesalahan dari segi muamalah, menjual barangan yg gharar, tidak tahu kualiti sebenar, barangan yang masih ada keraguan pada sifatnya.

Nah!...hebat kita dalam syariah dan fiqh!...sebut pasal muamalah bagai sedang memakan kacang butir saja, hukum hakam syariat, semua dalam kepala...terus saja dengan sifat itu, maka yang akan terzahir adalah kekerasan jiwa semata. Pernah ana dengar dari butir bicara ayahanda Tok Guru, syariat dan fiqh tidak boleh dipisahkan dengan tasawuf. Maka apa yang ana mahu bawa kali ini adalah pentingnya kebersihan jiwa dan rohani, demi Allah, jiwa dan rohani yang bersih membantu hati menjadi tenang serta terang!

Cubalah dilihat kembali sirah yang ana sertakan di atas, sungguh dan benarlah kata si sufi itu, tembikai itu datangnya dari Allah! Secara jelas bukan, termaktub sudah setiap kejadian di dunia ini milikNya jua. Kadang2 kita memandang rupa dan wajah, kita memandang harta dan pangkat, kita memandang yg zahir saja sebenarnya. Kita jelik dengan kekurangan diri2 lain, mungkin dirasa kita cukup tegap dan gagah...ah!...ana mahu tanya...kalaulah kalian benci, atau pernah datang terdetik dihati tidak suka akan kekurangan insan lain, maka sebenarnya, hakikatnya...pada siapa perasaan kalian itu kembali?...adakah kalian berasa jelik terhadap PENCIPTA yang menciptakan insan2 itu?...ya!...itulah yang kalian rasa!...cuma terhijab oleh jiwa dan hati yg keras, maka kita susah menyedarinya...na'uzubillah!

Maksud firman Allah :
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
al Hadid : 16

Sirah yang ana bawakan itu sebenarnya menunjukkan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu memandang, melihat, mentafsir setiap apa yang terzahir, tertulis, termaktub...adalah hak mutlakNya. Sucikanlah hati, maka pasti suatu ketika, kalian bila melihat kereta2, motor2 yang bergerak itu dapat mentafsir dengan betul2 tafsiran, bukan sekadar tahu saja yang semuanya adalah atas kekuasaan Allah, pandanglah dengan mata hati!...semuanya datang dari Dia!

Jika nampak pada seseorang itu yg mendatangkan ketidaksukaan pada diri kalian, jangan cepat mengucap benci, bahkan perhati dan tafsir apa yang tersirat disebalik yang terpampang di depan mata. Contoh yang ana mahu sertakan, jika terlihat satu pasangan sedang berhimpit himpitan, maka jgn terus menghukum...ah si bedebah ini neraka tempatnya!...jangan begitu QURRA' sekalian, tetapi cuba kita kembalikan kepada diri sendiri, tafsirlah dengan akal yg diberi, mereka sedang berhimpit himpit itu, mungkinkah mereka tidak tahu, dan apa tugas kita sebagai yang tahu?...hanya mengutuk2 saja? jadi apa tugasnya seorang da'ei?...cuba fikir begitu, hikmah dari setiap yang berlaku pastinya ada.

Maksud firman Allah SWT :
“ Allah menganugerahkan al hikmah (kebijaksanaan/pemahaman)
yang dalam kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al
hikmah itu, ia benar2 telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan
hanya orang2 yang berakal yang dapat mengambil pengajaran (dari
firman Allah)”
al Baqarah : 269

Itu soal yg begitu, bagaimana pula dengan soal memandang enteng2 saja jika melihat paras rupa yg tidak menyenangkan, begitulah hakikatnya...mahu cari pasangan umpamanya, cakap berdegar2, kuliah sana sini, AGAMA YANG UTAMA!...itu yang diulang2, tapi diri sendiri, hati masih lagi memandang KECANTIKAN yang utama. Ini cakap tidak bagai tindakan yg nyata. Pernah satu kisah benar yang terjadi di Maghribi sana, seorang khatib sedang berpeluh hangat, bagai mahu patah tongkat berkhutbah jumaat, bicaranya soal memberi sedekah, katanya apa yang paling kita sayang itulah yang utama untuk disedekahkan, sesuai dgn satu hadith Rasulullah...tetapi tiba2 bangun seorang pengemis...dengan semangat juga si pengemis itu berkata..."ah, cakap saja begitu...tapi bila mahu berikan sedekah, duit syiling itu saja yg diberi"...bagaimana dengan kalian?...sama2 muhasabah

Tulisan kali ini unsur utamanya tasawwuf, ana berkata soalnya lebih kepada kerohanian, bukan fiqh mahupun syariat, jadi cuba2 fahamkan apa yang tersirat itu, jangan terlalu dikeraskan jiwa, sampai lupa apa berlaku dan tercipta itu datangnya semua dari Allah, Rabbul 'Izzah...tiada lain, Dia yang satu!...ingat ingatlah Allah jangan dilupa lupa...

Maksud firman Allah SWT :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu , tenang tenteramlah hati manusia ”
ar Ra'd : 28

7 comments:

Subhannallah..entri yang menusuk kalbu membacanya.Shukran.

 

afwan...semoga bermanfaat..:)

 

saudara nik yg dikasihi...:D...ye encik nik amin, insyaAllah akan dikeluarkan nanti, mmg sudah ada agenda, tajuk pun sudah di draftkan cuma isinya saja yang belum...

btw...btw anta juga menarik, berbunga2 lagi..hehe

 

menarik2.. memandang rendah orang lain, kita ni cukup bagus ke??

 

salam.cara olahan yg menarik.ana suka pertautan dan perkaitan sirah dlm satu2 penyampaian. sgt bagus.ana teringat, ana penah tanya sorg ustz mcm mana nk hadam buku haraki dn sbgainya.sbb ana bab mbaca dan mghadam ni kurg sket memandgkn bdang yg ana amek lbih pd praktikal.lalu, ust 2 jwb kalau ustz, ustz akn bce sirah. sbb katanya dlm sirah tu ada smua bnda. sirah 2 pngajaran utk spjg zmn.dan sbenanya even Hasan Al Bana sndiri pun menegakkan pjuangan krn dia faham dan tahu sirah nabi... wallahu'alam.

 

to cik santun

aha...sama2 muhasabah...:)

to munadhia

wslm wrhmtlh

syukran,ya...ana amat setuju dengan anti, mmg olahan yg dikaitkan dengan sirah lebih senang utk dihadam...

aiwah...dari sirah perjuangan baginda la kita mampu membina apa yg ada sekarang itu, benar ia sudah berlalu, tapi pengajaran darinya tetap segar....tadabburlah sirah2 terdahulu...insyaAllah besar manfaatnya...

 

astaghfirullahal 'azim.
alhamdulillah. isinya mmg menjentik hati. jazakallah ya akh.