.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Membaca Membawa Mudhorat !

Bismillah...

Alhamdulillah, kepadaNya syukur dan pujian diungkap serta dikembalikan, tiada lain yang berhak menerima, hanya Dia punya kedudukan, siapa kita mahu dipuja, sedangkan hendak berkedip mata masih mengharap nikmatNya. Selawat dan salam buat al Mustofa, insan terpilih membawa cahaya, terang maya dengan nurnya, Muhammad Rasulullah kekasih tercinta.

Maksud firman Allah SWT :
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan”
al Alaq : 1

Wadi al Qurra', itulah nama teratak maya yang kalian kunjungi ini, ertinya Lembah Para Pembaca. Apa yang QURRA' sekalian bisa telah atau tangkap sekarang, sedikit pelik, aneh, hairan atau terkejut?...atau tidak ada apa2 yang mampu membuat kalian merasa sebegitu?...Tidakkah berlawanan antara nama teratak ini dan maksud firman Allah SWT yang ana sertakan di atas itu dengan tajuk posting kali ini?...pastinya ia berlawanan amat bukan, soalnya...apakah ana mahu menyangkal ayat2Nya sambil menidakkan kepentingan membaca sedangkan ana menulis ini pun pastinya untuk dibaca?

Ana diwaktu ini alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat akal, kewarasan berfikir masih lagi ada, jadi mana mungkin mahu menyangkal iman dan akidah sendiri, pastinya ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mahu menarik perhatian dan mahu membuat QURRA' berfikir sejenak, berfikir apa motifnya tajuknya begitu, mungkin ada juga yang hampir mahu mempersoal kewarasan ana, soal lah jika mahu, insyaAllah ada jawapannya...kita teruskan...

Ayat pertama yang junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW hadam dari Allah melalui Jibrail a.s adalah seperti di atas, menunjukkan betapa kepentingan membaca itu mempunyai keutamaan yang amat tinggi nilainya, lihatlah saja jika tiada bacaan maka boleh dikatakan seseorang itu pastinya tertinggal dibelakang, dari dahulu hingga sekarang, begitulah ketentuanNya. Jadi apakah tajuk posting kali ini hanya sekadar gimik yang tiada makna?...jangan berhenti dahulu, baca jangan separuh2, ramai yang begitu...baca sedikit tapi lagaknya mengalahkan tuan guru. Ingatan kepada diri sendiri jua.

Pastinya ana tidak sekali kali berani mati mahu menidakkan kepentingan membaca, cuma mahu ana ingatkan kepada diri sendiri khususnya dan kepada QURRA' sekalian umumnya yang ada masanya jika tidak kena pada gaya yang sepatutnya, bacaan kita mampu membuat diri terpesong dari landasan kebenaran dan tergelincir ke lembah kebinasaan. Begitulah hakikatnya, lihat dan tafsirlah keadaan di sekeliling kalian, berapa ramai ilmuan yang menongkah arus menolak akidah yang benar, tidakkah Albert Einstein, Isaac Newton, dan lain2 lagi itu ilmuan...mereka itu ilmuan tetapi apa akidah mereka, tidak cukup contoh itu? teliti lah lagi, pastinya mampu membuat mata berpinar melihat senarainya.

Betul jika membaca bisa membuatkan diri berilmu, tapi ilmu apa? sohih atau tidak? apa sumbernya?...berbagai soalan itu semestinya tidak dipandang enteng jika mahu menjadi manusia yang berilmu dengan ilmu yang sohih. Pernah kalian dengar atau baca mutiara dari Rasul kita penghulu umat ini?

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa merentasi satu jalan untuk mencari suatu ilmu, nescaya Allah akan mudahkan untuknya jalan ke syurga”
HR : Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Sekali pandang, boleh saja kita katakan ia adalah fadhilat mencari ilmu, tetapi yang tersuratnya ia membawa kita untuk memahami pada lafaz " Sesiapa merentasi satu jalan untuk mencari ilmu " itu bahawa pencarian ilmu memerlukan pengorbanan, tidak hanya sahaja membeli buku dan membaca, tetapi perlu ada usaha dan kesungguhan mencari mursyid...seperti mana sahabat mengambil ilmu dari Rasulullah SAW, begitu juga ulama' muktabar yang lainnya, cuba tawaquf sekejap, fikir sejenak, siapa nama2 besar dalam Islam yang menyinar dengan hanya membaca tanpa guru?...mungkin ada, tapi sinar mereka itu hanyalah sinaran palsu yang hanya mampu merosakkan ummah. Lihat saja gejala liberalisme, pluralisme, dan lainnya, betapa besar kerosakan yang dibawa golongan ini? Ada dikalangan kita sekarang dan inilah yang menjadi MUDHORAT, inilah jua asbabnya ana jadi teruja menulis soal membaca membawa mudhorat.

Betul jika kita membaca karya2 jua kitab2 muktabar dari syeikh2 dan imam2 besar dizaman ini mahupun zaman terkemudian, tentulah sedikit sebanyak akan mampu membuat diri ini bertambah sedikit pengetahuan, tetapi pernah ada satu ungkapan hikmah yang bunyinya begini, “Asal ilmu itu berada di dalam dada ulama'. Kemudian dipindahkan ke dalam kitab2 ulama'. Namun kuncinya masih berada di tangan ulama'”. Jadi rasanya QURRA' mendapat kefahaman dari situ, kita mungkin bisa mengutip hikmah2 dari bacaan itu, tetapi kuncinya masih lagi dipegang mereka yang lebih tahu, sudah fitrah manusia saling memerlukan, pastinya murid memerlukan guru bukan?

Kita lanjutkan lagi, mengapa membaca dikatakan boleh membawa mudhorat, perlu ana ingatkan sekali lagi yang ana bukan mahu menidakkan kepentingan membaca, yang tersirat disini adalah bila bacaan itu tidak pada landasan yang betul, salah jalannya, terpesong tujuaannya, maka itulah yang mampu membawa kepada mudhorat. Lagi kita lihat ayat mulia Rabbul 'alamin.

Maksud Firmah Allah SWT :

" Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya "
al 'Alaq : 6-7

Begitulah, bagi mereka yang membaca tetapi tidak dengan namaNya, dengan membaca mereka beroleh ilmu pengetahuan yang luas, tetapi ilmu itu menerbitkan ego dan bangga, terasa diri tinggi melangit, mereka serba tahu, tanya apa jua cabang ilmu...fiqh? akidah? tasawuf?...sila tanya, aku tahu jawapannya! Nah, disini bacaan mereka itu telah pun membinasakan, takabur bila sudah menguasai diri pastinya payah melihat kebawah, hanya mendongak pandangannya, tidak langsung mahu menunduk kebawah, mereka pastinya betul! kenapa tidak? mereka punya banyak ilmu dari bacaan2 mereka...inilah akibatnya QURRA' sekalian, jika membaca bukan dengan namaNya, tetapi membaca untuk kemegahan.

Janganlah kita terperosok ke dalam lembah kerosakan, bacalah dengan namaNya, ikhlaskan diri, jangan mencari murka dan mudhorat sendiri. Keutamaan membaca itu tidak dapat sekali pun disangkal, cuma perlu ada satu asas yang kukuh, tidak sekali kita mampu terus berdiri sebelum awalnya meniarap, merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari, itulah hikmahnya fitrah manusia dijadikan begitu, mengikut tertib dan aturan. Bukan sikap yang betul, baru saja belajar membaca, terus sahaja bukak kitab tafsir ibnu kathir, atau sohih bukhari, baca dan amalkan sendiri...itu bukan jalan yang baik, pastinya perlu dulu untuk bertatih, mencari mereka yang lebih tahu untuk menerang. Jangan sekali merasa diri serba tahu, kerana itu membawa kebinasaan sendiri.

Tulisan ini bukanlah mahu melemahkan semangat dari membaca, tapi satu kenyataan yang perlu diambil kira, jangan membaca sekadar mengikut nafsu sendiri tanpa memikirkan apa yang sepatutnya. Bacalah!...kutiplah ilmu Allah semampu mungkin, jangan tinggalkan bacaan kalian tetapi sama2 kita muhasabah kembali, apakah tujuan bacaan itu, apakah jalannya, adakah sudah cukup ikhlas, masing2 sudah mampu berfikir...maka fikirlah sebaik baiknya, akal kurniaan Allah itu gunakan semaksimanya! Akhir bicara ini, mahu ana ingatkan satu penegasan dari Ibnu Sirin :

“Ilmu itu adalah agama. Maka hendaklah seseorang dari kamu memerhatikan dari siapa ia mengambil agamanya”
Sohih Imam Muslim : Bab Bayan Anal Isnad Minad Din

3 comments:

Assalamu'alaykum..

sangat setuju dengan artikel ni...

Mudir Baitul Qurra' al-muallim Ustaz Zulkifli berpesan...
"Pelajarilah ilmu secara talaqqi... dan carilah guru yang mursyid..."

Ramai org gemar membaca lantas membuat kesimpulan berdasarkan 'aqal yg pendek tanpa didasari dgn pertimbangan ilmu yg haq dan iman.

Jika buku yg menjadi guru, takut yg mnjadi guru adalah syaithan yg memesongkn hati (na'uuzubillaahi min zalik)

wlu apepun, menjadi kwajipn kita mncari ilmu d kesempatan yg ada & mnyampaiknnya di kesempatan yg kita sendiri mngusahaknya utk smpat myampaiknnya...

"Lihatlah yang tersirat di sebalik yg tersurat" atas sgala yg berlaku di sekeliling kita. dan lihatlah ia dengan mata hati kita...

SYUKRAN ... TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI ADIK ZuLHaiRI...

 

wslm wrhmtlh...

syukran atas komen yg begitu membina, moga bermanafaat buat semua. anna juga amat bersetuju dengan komen ni.

Lihatlah dengan mata hati!...sama2 kita teruskan...

 

Salam,
Membaca amalan yang sangat byk manfaat & dituntut agama. Ayat pertama pun Iqra` tp kdg2 kt lagha...Bkn org lain tp diri ini...Tmbhn pula bila msk fasa keje.Syukur dpt bkunjung ke blog adik Zulkhairi ni. Teruskan perjuanganmu. May Allah bless us...amin....