Syukur alhamdulillah kepada Rabbul 'Izzah yang tinggiNya tidak mungkin digapai, muliaNya membuat kita hina, kasihNya membuat kita bahagia...Dialah tuhan yang mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata. Selawat dan salam buat insan mulia penghulu umat, bersih pekertinya membuat kita kotor, lembut tingkahNya membuat kita kasar...Muhammad Rasulullah penunjuk jalan.
Maksud firman Allah SWT :
"(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)"al Baqarah : 165
Dalam fatrah ini, tarbiyah dariNya datang menduga ku, aku bukan mahu lari dari menghadapi, tapi sekali lagi aku menulis bagi meredakan hati sendiri. Juga aku menulis kerana memenuhi hajat seorang sahabat agar aku mencoretkan perihal yang bakal ku lakar di sini nanti. Pastinya aku bukan insan terbaik bagi bicara soal ini, tapi mahu atau tidak aku telah pilih jalan ini, kenapa mahu aku mengelak sedangkan aku mampu berusaha. Ah, maafkanku kerana aku ber 'Aku' kali ini. Ini kerana aku mahu bicara dan menyentuh hati sendiri, hati kalian aku tak tahu mampu disentuh atau tidak tapi tolong fahamkan apa ini yang mahu aku sampaikan, moga kalian mendapat manfaat dariNya.
Maksud firman Allah SWT :
" Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang mereka selalu kerjakan"al-An'am : 43
Wahai QURRA' sekalian umumnya dan diri sendiri khususnya, ayat2 Allah itu tidak sekali pernah berdusta, walau setitik mahu sedetik, tidak pernah dan tidak akan ada keraguan padanya, kalau pernah kalian sekali meraguinya, maka pantaslah kalian ke nerakaNya jika tiada disusuli dengan taubat kepadaNya. Maka benar sekali jangan di ragu lagi ayat yang aku sertakan di atas itu, kamu merasa kerjamu baik, kelakuanmu santun, pekertimu indah...sangkaan mu itu disekalikan dengan hati yg keras lagi kaku, tidak mahu mendengar bicara kebenaran, mencintai kebatilan mahupun nyata...maka itu aku berani katakan yang syaitan telahpun menjadi teman rapatmu sehingga kamu lupa sahabat sebenarmu disisi.
Sesungguhnya apa yang mampu menjadikan semua ini nyata, satunya adalah CINTA, cinta yang dimanipulasi kebobrokan hati yang punah dan koyak akibat kebejatan diri mempercayai tipu daya syaitan laknatullah. Dusta itu kamu terima mentah2 kerna mengagungkan CINTA PALSU yang dilandasi nafsu menggila, membuat kamu lupa yang mana nyata yang mana dusta. Dan ingatlah wahai diri2 yang dhoif, sekali kamu terperangkap, payah sungguh mahu keluar...yang dusta itu kamu usahakan menjadi nyata, yang sebelum ini kamu mampu dengan terang melihatnya sebagai satu kesilapan, tetapi setelah kamu masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, matamu BUTA mengiakan DUSTA. Nah!...kamu sudah angguk pada SYAITAN dan kamu geleng pada PENCIPTA!
Apa kamu tidak menyedari, tingkah hinamu itu telah merobek kasih antaramu dengan PENCIPTA, dengan sahabat sejati, dengan rakan taulan, dengan keluarga?...apa kalian merasa CINTA DUSTA dengan si LELAKI ATAU WANITA IDAMAN itu mampu membawa kalian ke syurga?...aku mahu bicara kali ini, syurga dunia pun kalian boleh terlepas jika CINTA DUSTA itu yang kalian kejar! Perlu aku ingatkan aku bicara soal CINTA YANG DUSTA, bukan cinta yang berlandas keimanan dan ketaqwaan padaNya, itu perkara lain!
Aku mahu tanya lagi, apakah dengan tingkahmu bergayut siang malam membakar duit makanmu yang di cucuri penat lelah dan titik peluh orang tuamu yang tidak tahu bila mahu pulang kesisiNya itu, adakah itu suatu perkara mulia?...aku tanya!...adakah dengan tingkah 'MULIA' itu kamu mampu meruntun hati sang pencipta membantu hubungan CINTA DUSTAMU dengan membiarkan kamu bersatu akhirnya?...apa kamu ingat yang Maha Kuasa itu seperti kamu?...apa kamu ingat DIA senang saja mahu membiarkan begitu?...apa kamu ingat DIA redhakan saja tingkah kejimu?...apa kamu fikirkan semua ini, atau mungkinkah kamu sudah lupa adanya PENCIPTA setelah dibuai nafsu dan angan kosongmu yg dibelenggu syaitan laknatullah???
Aku mahu teruskan, sudah mahu berhenti membaca?...sudah terasa ada api yang membakar bakar hatimu marahkan bicaraku?...aku tidak peduli!...aku memangnya mahu bakar CINTA DUSTAMU dengan api panas merejam, merejam sifat angkuhmu yg menolak yang haq dan menyangjung yang batil, aku mahu bakar sifat egomu, aku mahu kamu terbakar hari ini kerana aku sayang kamu kerana Allah!...ini aku lanjutkan bertanya, pernah atau tidak kamu sedari, hati2 sahabat disisi, yang sayangnya kepadamu dengan sebenar benar cinta dan kasih...sedayanya mereka cuba membantumu, menasihatimu...tapi kamu tetap dengan nafsu gelojoh menolak saja bicara mereka, mengguris dan merobek hati2 sahabat yg selama ini siang dan malam mendoakan kesejahteraanmu...kamu lakukan ini hanya kerana SI DIA yang kamu cintai dengan diwalikan syaitan laknatullah...renungkan wahai sahabat...
Tidak terasa lagi aku mahu sejukkan keadaan, maka aku bakar lagi!...apakah kalian ingat CINTA DUSTA itu kekal abadi sehingga akhir?...apa kalian gembira sungguh setiap kali SMS dari si dia tiba?...apa kalian seronok benar setiap kali si dia menghubungi?...apa kalian suka benar menatap wajah si dia pujaan?...aku mahu igtkan...pernah kalian terfikir...suatu ketika, SMS dari si dia tidak lagi menjelma...panggilan dan suara si dia tidak lagi kalian dengari, wajah si dia jadi kenangan cuma...ini yang aku mahu igtkan, ia tidak abadi!...si dia itu pastinya tidak KEKAL ABADI! cinta DUSTA itu juga kalian jgn sangka indahnya sampai ke petang...mana kalian tahu badai dan petir melanda nanti?...ah mudah saja bagi Sang PENCIPTA...DIA sebut saja 'KUN FAYAKUN'!!...maka hancur leburlah cita dan anganmu, tidak kemana...hanya pilu menyeliputi diri...sedarlah wahai sahabat...
Aku sedih dan kecewa jika sahabat masih lg mahu terus dengan CINTA DUSTA itu, aku sedih jika kalian tidak faham bicaraku, aku tahu hidayah itu milikNya...tapi aku tetap sedih aku tidak mampu menyentuh hati sahabat...aku sayang semua kerana Allah!...aku mohon dengan sangat, tolonglah...jangan lagi menongkah kebenaran, demi Allah aku minta ini bukan untuk diriku saja, bahkan untuk diri kalian, taatlah padaNya, bercintalah kamu mengikut syariatNya, agar mudah mudahan DIA berkenan membantu CINTA kita hingga ke syurga sana...mudah mudahan sahabat...ameen ya Allah!
“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"al-Syams : 7-10
Cukuplah setakat ini hati2 kita diperdaya oleh syaitan laknatullah dengan menghiasi kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga tampaknya indah belaka, membuat kita ragu dalam menilai yang mana benar dan yang mana palsu, sungguh!...jika diselami betul2, maka pasti....biiznillah, akan terlihatlah kesesatan yang nyata itu...aku pohon sahabat, MUHASABAH kembali sebelum DIA menyungkurkan kita ke dasar!...sesal di waktu itu, hanya ratapan saja yang mampu, aku undur dulu...
14 comments:
Salam'alayk akhi.
(maaf, ana add link akhi dalam blog ana tanpa beritahu) - sekarang dah bagitahu.
Syukran wa jazakallah atas pautan kalini. Ana juga dah lama cuba "merentasi" fikrah sahabat-sahabat, usaha membawa mereka mencari dan merasai manisnya CINTA ILAHI. Seringkali juga mereka berubah seketika dan kemudian berpaling semula kepada si dia yang di puja... :'(
Ana juga selalu menitiskan air mata sebab dah tak tahu nak bicara yang bagaimana untuk menyentuh hati-hati mereka. Ana tahu, mungkin kerana hati ana ada banyak salah silap dan ia menjadi penyebab ketidakbekersanan pada mereka. Astaghfirullah hal azhim.
Syukran akhi. Teruslah menulis dengan HATI agar dapat menyentuh HATI orang yang membaca kerana menulis dengan JARI dari akal fikiran semata2 belum tentu dapat merentasi AKAL si pembacanya. Wallahua'lam.
Bittaufiq wannajah.
Siru 'ala barakatillah.
wa'alakumussalam wrhmtlh...
silakan saja, syukran atas pautan ya...moga sama2 beroleh manfaat...
Itulah, mmg begitulah hakikatnya...bukan mudah menyentuh hati2 lain, moga hati ini tetap ikhlas dalam menyampaikan supaya dapat menyentuh hati2 lain...
Apapun, jika hati masih terkesan dengan maksiat disekeling, ucaplah alhamdulillah, kita masih punya jiwa da rasa...moga Allah menguatkan hati2 ini kekal istiqomah di atas jalannya...ameen ya Allah..
syukran atas komentasi yg bernas...syukran jazilan...
Bila da'ei tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya. Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang da'ei berkata-kata tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya. Waspadailah hatimu selalu agar ia selamat dari kekotoran nafsu yang menipu. (",)
Salam Jumaat, moga dilimpahi rahmat jua naungan maghfirah Allah. Ameen.
:)
Alhamdulillah,,alhamdulillah,,alhamdulillah..aku bersyukur kehadrat Ilahi,,kerana menganugerahkan kelebihan kpd shbtku menulis dialam maya ini yg dpt menyentuh HATI2 walau xpernah bersua muka...CINTA DUSTA merupakan POLITIK SYAITAN LAKNATULLAH..Ini kerana,,syaitan telah bersumpah kepada Allah swt,,yang tertulis dlm surah Al Hijr:39-40, yang bermaksud " Ya Tuhanku,oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti akau akan menjdikan mereka memandang baik (perbiuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba2 Engkau yang Mukhlis(org yg mentaati segala perintah Allah swt dan menjauhi perkara yg dilarang oleh Allah swt) diantara mereka"
Betul kata shbt,,setelah masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, mata BUTA mengiakan DUSTA. dan angguk pada SYAITAN...Ini seolah2 ia sudah masuk ke perangkap dan jerat yg telah syaitan creat utk manusia sejak berkurun lamanya lagi..Nasihat shbt sudah tidak dihiraukan,,nasihat yg baik ditafsirkan jahat olehnya..Sanggup mengatakan bhwa sahabat yg memberi nasihat itu cemburu dgn CINTA KOTOR yg mrk anggap suci...MasyaAllah,,tidak sesekali org yg mencintai Allah dan
Rasul akan cemburu dgn cinta yg sementara itu..Tetapi dgn perasaan syg, mrk cuba menasihati..tetapi syg,,ia dipandang sinis..
Syukur kehadrat Ilahi,dan syukran jazilan kpd sbht dgn post ini..izinkan ana menggunakan penulisan shbt sbgai nasihat dan peringatan utk ana dan shbt2 yg lain..
to wardatul shaukah
benar!...terfitnah Islam mgkin datangnya dari pelaku maksiat, tetapi lebih besar dari itu sebenarnya datang dari da'ei yg punya hati kotor, menyangjung kebatilan, riya' dan hanya mampu berkata mengikut rentak sendiri...JGALAH HATI!
salam jumaat kembali...semoga rahmat Allah juga bersama kalian...Allahumma ameen...
to srikandi
Kembalikan segala syukur dan pujian kepadaNya...itu milikknya...dan ana mohon keampunan dariNya atas kelemahan diri, dan ana mohon keampunan atas diri sahabat...sesungguhnya Allah saja yg mengetahu segala kelemahan diri...
sekali terkena penangan POLITIK SYAITAN, bukan senang kembali ke alam nyata...dibuai nafsu dan gelojak perasaan semata...menolak kebenaran mengambil kejahatan...
tafsiran yang ada pada diri hanya dialah yg benar dan betul, pedulikan yang lain...ah...moga kita sama2 mampu merobohkan permainan kotor si LAKNATULLAH itu!...insyaAllah..
ana izinkan, semuanya milik Allah jua...syukran atas pandangan yg jitu..semoga Allah merahmati kalian...
Segala pujian milik Allah yang memberi ilham dan dengan kuasaNya mengerakkan jari-jari nta untuk menulis..teruskkan usaha memberi nasihat memang ramai yang tersungkur,n kalah dengan musuh yang paling dekat,moga-moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada semua untuk jihad melawan musuh terdekat itulah dia hawa nafsu yang dikuasai syaitan..
syukran atas tazkirah ini..memgla hati ni kadang2..terlalu mengikut gelojak nafsu.kadg2 kt sendiri pun terlalai..berpeganglah dgn tali Allah..sesungguhnya kt tdk tersesat..iAllah mudah-mudahan kasih yg ad sehingga ke syurga..suka baca kish cnta yg berlndskan hukum ALLAh..cinta itu indah..sebenarnya..berdoalah untuk mendapat cinta yg mekar..hingga kasihnya membawa ke syurga..
Hadis Qudsi: Buatlah apa yang kamu sukai tetapi INGAT, kamu pasti akan mati. Buatlah apa sahaja mengikut kehendak hatimu tetapi INGAT, kamu akan dihisab. Cintailah sesiapa sahaja yang kamu sayangi tetapi INGAT, kamu pasti akan tinggalkannya. Kehebatan manusia terletak pada solat malamnya dan tiada pergantungan kepada manusia lain.
Allah melihat usaha kita, bukan pada hasilnya. Tahniah dan syukur padaNya atas kekuatan dan kelebihan luar biasa yang Allah berikan kepada nta dalam usaha nta untuk memberi peringatan, menyambung tugas nabi seperti yang dinyatakan dlm ayat 8 surah Al Fath, "Sungguh Kami mengutus engkau (Muhammad) sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan".
Semoga usaha nta diberkati dan sama-samalah kita mengambil iktibar atas apa yang terjadi. Boleh jadi kita akan diuji seperti ini (termasuk ke dalam perangkap cinta dusta).
Didoakan agar peliharaan dan perlindungan serta kasih sayangNya mengatasi segalanya.
Wallahualam.
to nur insani
syukur kepadanya...moga kita dijauhkan dari terperangkap dari mainan musuh yg paling dekat ini...
to mardhatillah
ya...pegang teguhlah tali Allah, nescaya kita tidak akan mampu diperdaya politik kotor si laknatullah...insyaAllah...
to milik Allah
komentasi yang menyegarkan, syukran atas komen yg begitu baik, moga semua mengambil iktibar dari ini juga...
semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus di atas jalan yg dipilih ini...semoga sama2 diberkatiNya...
Semoga Allah memberi kekuatan agar mampu mghadapi ujian2 dariNya...insyaAllah sama2 doa..
syukran.. :(
membakar hati-hati yang dibuai
kesejukan maksiat dan noda :)
Ayuh hangatkan dengan cinta Ilahi
komen jgn tak komen. walaupun tak reti, nak komen jugak. seimbas lalu, berfokus, seolah tersirat tetapi terang matlamat penulisannya. budak baru belajar masuk blog nak tanya.. adakah cinta dusta itu satu pendustaan pada cinta? atau manifestasi cinta yang mendustakan hakikat itu yang menjadi dustanya.. adeh... percayalah, tiada yang kekal, dan tiada juga yang tiada pangkalnya. cuma kembali atau tidak, itu pilihan sendiri. dan jgn menyesal jika itu pilihan kita. jika ingin sesalinya, jgn memilih dari awal.. feninn..
to si pengembara
afwan...moga cinta ilahi menjadi yg utama...insyaAllah
to abu nufayl
sila komen, sile2...ehehe...abangku...sempat juge singgah ye...
belit2 juga komennya...x dinafikan ada benarnya komen abg ngah ni, cuma artikel ni sebenarnya soal cinta dusta muda mudi yg khayal dengan godaan nafsu dan syaitan semata...:)...
so...janganlah pilih jalan yg salah dari awal, nanti terkena penangan politik syaitan laknatullah...tgk la mcm mana jadinya remaja2 islam sekarang ni...MMU sendiri...jgn cerita la...
ASSALAMUALIAKUM......WAHAI PEMUDA EGYPT....CAM NER CUACA KT SANE????KT MELAKE PANAS..
ermm...cinta,cinta,cinta....bl fitrah mnjadi ftnah..ya Allah hati ini msh berdegil merebut cnta manusia,rela disakiti drp mndaptkan kasih ILAHI:(
sakit bl tdk di pedulikn olh kksh ati, bgaimana nnt jk Allah tdk m'pedulikn kt tika kt amat memerlukan-Nya..isk..isk
Post a Comment