Alhamdulillah, syukur dan puji kehadrat ilahi, memberi izin dan ruang untuk mencoret sesuatu hari ini. Selawat dan salam tujunya terus kepada baginda tercinta juga mengharap cintanya, Muhammad Rasulullah.
Sebelum terlupa, Tahniah pada Haji Nizar di bukit gantang, juga buat PKR di Bukit Selambau. Alhamdulillah, tidak salah pemerhatian ana di Bukit Gantang sebelum ini, moga yang benar terus mendapat haknya, insyaAllah, sama2 doa.
Apa yang berlaku seminggu dua ini menggambarkan dengan jelas tajuk posting kali ini, ada yang pergi ada pula yang datang. Pak Lah kesayangan kita sudah pergi dari kerusi empuknya, Najib pula datang mengganti. Begitu juga sahabat2 kita di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai nun jauh di sana. Tahniah di ucapkan kepada yang datang itu, jangan di lupa tanggungjawab berat menanti, jangan bermain api dengan amanah yang di beri, di SANA nanti suatu yang besar menanti.
Rakyat sudah meluahkan, keputusan sudah ditentukan, ana tidak mahu bermain secara sinis kali ini, cuma apa yang berlaku sehari dua ini jelas sekali melihatkan apa yang KAMI mahu, sudahlah dengan kebobrokan, ubahlah kepada kebaikan. Sistem ciptaan manusia sekarang sudah semakin tertuju kepada satu jalan mati, maka kembalilah kepada tali Allah, terutama kepada PM baru kita, banyak sekali cerita depan dan belakangnya, tiada keputusannya sampai ke hari ini, tiada kejelasan, gharar menguasai...ah, secara peribadi, ana tidak suka dengan itu semua, semuanya mengundang fitnah, mengapa anda sanggup menanggungnya tanpa menjelaskan dengan sebenar benarnya, ana hanya mahu tahu yg benar...KAMI mahu tahu!
Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Sayidina Ali :
HR : Muslim
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan."
Siapa pun dia, jika maksiat yang menjadi pilihan, maka dengan sepenuh daya dan usaha, jauhilah!...jika kamu mampu maka nasihatilah, moga2 Dia sedar dengan apa dia bakal berdepan di SANA nanti! Sebenarnya kali ini adalah wadah bicara ana untuk meraikan PM baru kita, ana mahu raikan dengan sedikit ingatan kepada semua, beginikah pemimpin yang kita cari, tidak mahu ana ulas soal peribadi, masalah, tuduhan, QURRA' sekalian ana rasa boleh mencari sendiri dan mentafsir juga sendiri siapa PM baru kita. Ana mahu lontarkan kali ini, apa itu ciri2 pimpinan Islam, maka lihatlah sendiri, mencakupi atau tidak beliau itu. Kita tidak mahu melihat secara detail, kerana ia pasti akan memakan masa dan panjangnya tidak akan terkira jika bicara soal kepimpinan dalam Islam, kita diskusikan yang asas2 saja dulu.
1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar2 menghayati agamanya. Ingatlah kita sebaik baik ummat, maka kenapa saja kita mahu menyerah kuasa kepada golongan yang kufur?
2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegang. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumi ini. Sebagaimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.
3. Berilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.
4. Melaksanakan hukum Allah - Tiada jalan lain bagi seorang pemimpin Islam, selain menegakkan syari'atullah. Strategi, polisi politik, apa pun alasannya, cuma cepat atau lambat saja, tetapi perlu juga dilaksana, jangan ditolak mentah2 dan memberi alasan dengan akal yang pendek itu.
Maka nilailah sendiri dimana letaknya pemimpin yang kamu pilih, banyak lagi ciri2 lain, tapi rasanya cukup dulu untuk kali ini, ana agak berat kepala sedikit sekarang, pening2 pula...huhu. Kita lanjutkan sedikit lagi...sudah ana katakan, ana tidak mahu mengulas mengenai tingkahnya, lakukan ulangkaji sendiri, ana hanya saja mahu melontar idea membuka ruang fikir QURRA' sekalian, adakah kita betul dalam memilih apa yang ada sekarang, sudah dilandasan yang benarkah? Fikir2lah...pendirian ana? rasanya sudah jelas bukan...:)
Ingin pula rasanya berkongsi satu hadith dari Raslullah SAW yang mana maksudnya :
"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukannya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil"HR : Tirmidzi
Simpulkan saja, adil itu wajib bagi pemimpin Islam, jika tiada keadilan pada pemerintahannya maka di SANA nanti, sediakan jawapan bagi menjustifikasikan perbuatannya, silakan kalau berani.
Akhir bicara ini, ana sertakan jua satu kata2 dari al Imam Hasan al Basri ketika mana beliau ditanya Amirul Mukminin Umar Abdul 'Aziz apakah ciri2 pemimpin Islam yang sebenar, maka jawab al Imam :
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
2 comments:
semoga pemimpin kita ada sifat2 yang disebutkan di atas tu.. walau ade yang kurangnya, sama2 lah kita berdoa agar pemimpin kita sedar apa yang perlu ada pada dirinya..
bukankah doakan pemimpin itu, kita seolah mendoakan seluruh rakyatnya?? carikan hadith ni, =P
cik santun kite, cari le sendiri...hehe..
mmg hakikatnya pun begitulah, jika pemimpin itu baik, insyaAllah akan membawa kebaikan juga pada rakyatnya...
bak kata Fudhail bin Iyadh yg dikeluarkan Abu Nu'aim dalam al hilyah...
“Jika aku mmpunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan utk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan utk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah mnjadi baik, maka semua org dan negara merasakan manfaat dan kebaikan...”
Post a Comment