Bismillah...
Alhamdulillah, ucap syukur padaNya, ulang ulang jemu jangan terasa, siapa untung siapa suka, dirimu jua beroleh gembira. Selawat dan salam buat kekasihNya, insan mulia pendeta kita, bersinar gemilau bumi dan dunia, Muhammad Rasulullah membawa cahaya. Berpantun bermadah membuka bicara, mengisi ruang mengukir berita, moga bermanfaat buat QURRA.
Semalam, ana selamat tiba di Klang setelah berpenat pada petangnya, agak padat jadual hujung minggu ini, Melaka - Klang - Taiping - Bukit Gantang - Ipoh - Klang...dan nanti akan kembali pula ke Melaka. Posting kali ini, menunai janji mahu becerita sedikit berkenaan P059 Bukit Gantang. Tadinya kami sempat menyulusuri keadaan disana, Alhamdulillah...nampaknya jika tiada toyol2 yang comel itu, insyaAllah KITA menang, cuma memang ada angin bertiup sedikit, MEREKA akan meraih sedikit sebanyak lebih undi dari Melayu, ada angin2 yang mencorak kearah itu, wallahu'alam, tetapi bagi ana jika keadaan tidak dimanipulasi pihak SANA, insyaAllah KITA menang. Salah satu faktor yg menyumbang kearah itu adalah kerana Calon KITA itu, Ir Nizar bukan calang2 manusia. Apapun, semua bergantung pada izinNya jua bukan? :)
Ok, ana mula dari awal, paginya kami sarapan di Hotel, selaku pusat media bg pilihanraya kecil P059, sila rujuk entry sebelum ini, maka sambil makan2, nampak jua kelibat2 personaliti TV, terutama dari RTM, depa dah siap pasang alatan semua, media lain masih nyenyak tidur barangkali, sibuk la katakan. Tetapi itulah hakikatnya RTM selaku sumber berita SAHIH nombor satu di Malaysia, mestilah cekap serta cepat. Cekap dan cepat memutar alam...hehe.
Selesai aktiviti makan2, kami teruskan dengan agenda seterusnya. Tup Tap2, masa berlalu, petang itu kami berangkat ke kawasan perperangan, malam sebelumnya kami cuma ke pinggir2, tapi kali ini kami ke tengah medan, maka pasti QURRA' akan sedikit terkejut dengan foto2 yang sempat ana tangkap, akan ana sertakan, sudah menjadi perkampungan FRU!...mereka sudah siap membina perkampungan semetara disana, polis2 lain ke hulur ke hilir menunjuk gaya, sempat juga abang ana mengusik2 polis itu...hehe
Tetapi dari penglihatan ana, jumlah truck2 polis dan FRU yang ada sedikit kurang jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yg lalu, mungkin kerana kali ini 3 pilihanraya kecil diadakan serentak, perlu dibahagikan jumlah mereka. Sebenarnya secara ikhlas ana mengakui kehadiran polis2 adalah untuk menjaga ketenteraman awam, tanpa mereka pasti lg kacau keadaan, tetapi apa yg ana amat kurang senang bilamana KITA di provoke, tetapi seterusnya kita pula yg dipersalahkan, dan itulah hakikatnya, demo2 yg di adakan sebelum ini, hampir kesemua begitu...jika KITA yg lakukan, akan dicari jalan untuk menunjukkan kita di pihak salah, tetapi jika pihak SANA yg demo, berkumpul atau berceramah, semuanya HALAL...ah, Malaysiaku tercinta!
Satu lagi berita yang Kami dapat ketika disana, dengarnya HINDRAF mahu berkumpul malamnya di kem Kamunting, kem tahanan ISA yang amat glemer tu, berdekatan juga. Mengikut info yang diperolehi, bakal terjadi sedikit pergelutan, ana x pasti berlaku atau tidak, kami tidak disana malamnya. Tetapi harapan ana, janganlah mencari jalan yang boleh merosakkan ketenteraman awam. Mereka berkumpul untuk menuntut dibebaskan geng2 mereka yg ditahan di bawah ISA, PM baru kita sudah bebaskan 13 org, tetapi tak silap ana ada 2 daripada org mereka masih di tahan.
Selain itu, kami juga dapat satu cerita dari mereka yang di Taiping, Kawasan berhampiran dengan Tasik Taiping itu kalau ana tak silap, ada satu rapat umum malamnya, tetapi natijahnya, pagi itu bersepah sepah kawasan itu, dan tekalah siapa...penuh dengan botol2 air pihak BIRU TUA itu, dah la ketika ceramah itu kelakuan masing macam sudah hilang tamadun, kepada MB Perak baru yang KAMI TIDAK IKTIRAF itu, cuba jaga kelakuan pengikut anda, jangan menjadi seperti anda ya. Cukuplah anda sorang begitu, cakap berdegar di TV, tp di luar, kami tahulah siapa yang begitu sebenarnya. Kepada soff BULAN PURNAMA, jaga adab dan kelakuan ya, kalau tak mahu jaga nama sendiri, jagalah nama Islam itu, jangan terikut rentak pihak SANA!...Kelakar teringat satu kempen yang dijalankan pihak sana, majlis yg dihadiri Zahid Hamidi, menteri haji org kata, selaku naib presiden UMNO, antara yg islamik dalam UMNO, apa majlisnya? Tarian separa Bogel!...katanya " kita menghormati budaya mereka (non muslim)"...kejadah apa?...budaya cina atau india?...budaya mereka pun tidak sesekali menggalakkan begitu!...ini budaya bacul yang direstui MEREKA!...anda mahu kebaculan seperti ini terus berlaku?...tepuk dada tanya iman...lihat sendiri video dan komen encik menteri itu.
QURRA' sekalian, jika berkesempatan jengok2 lah mereka di Bukit Gantang, Seronok! macam karnival pula...macam biasala kan kalau ada pilihanraya, cukup meriah! dengan ekspo2, peniaga, bendera, ceramah, dan yg utamanya FRU!...hehe...selanjutnya ana sertakan gambar2 yang sempat ana peroleh ketika di sana, biar gmbar itu berbicara sendiri, akhirnya, kami pohon maaf kepada sahabat di Bukit Gantang kerana tidak berkesempatan utk bersama kalian pada 7 April nanti oleh kerana masing2 ada komitmen yg tak dapat dielakkan, apapun insyaAllah doa kami bersama kalian, terus juang!!!...
TAKBIR!!!....ALLAHU AKBAR!!!
PS : Kepada PM baru, entry untuk meraikan anda lain masa ya, nanti kita usahakan...=D
(Perkampungan Polis dan FRU, luas kawasannya, belakang tu ada lagi, macam baru bukak kampung baru ja depa ni)
(Antara truck2 FRU yg kelihatan, x sempat ambil semua la, lgpun beringat juga, kut tgk kita duk ambil gmabr, tup2 kene sembur air pancut tu...hehe)
( Jentera merah gagah perkasa, main langgar2 best ni kan2)
(Bila bulan terang, Bukit Gantang gemilang!)
(Semangat tu duk tengah2 jalan...hehe)
(Ade merate rate si merah saga ini, klau bagi ana sebijik kan bagus, byk sgt kut...=D)
(Perkampungan polis kat Changkat Jering, salah satu dun bawah parlimen Bukit Gantang)
Nazam Ubat Hati
1 week ago
10 comments:
cantk 'bas' kaler merah tuh..~~
wahh teruja rasanya.. cam nak pegi jugakk..
to rauqah...cantek dan selamat, bas g penang ade x cmtu?..hehe
to cik santun...haa...jum2, copek beli tiket, jordan je pun kan...hehe...tp kepada sapa2 yg nak p kene betulkan niat ok...jgn niat nak p tgk tarian separa bogel tu plak, maklumlah nak hormati budaya lain...kueng3...
haa tu ar.. smlm dh tempah tiket, tp org tu kate, sebelah lagi roda kapal terbang tak siap.. tak dapek la nk pegi.. (alasan lama dan lapuk dh), ekeke..
dari jauh sahaja kudoakan negaraku yang tercinta ini.. "negaraku, tanah tumpahnya darahku", bersemangat patriotik pula disini..
tarian tu, ish3.. malu ambo nk tgk..
slm. sronoknya! ada yg mengajak trun ke bkt gntg. tapi, sygnya x dpt ikut. trpaksa brjuang di meja tulis.xm.. xpelah, doa dari jauh smoga slamanya purnama menyinar bukit gntg.insyaAllah. slamat brjuang!
to cik santun...aisep, baik punye alasan...kapal terbang xde naik la kapal selam...ana belanje...hehe...
uiceh, bagus la tu...semangat kesukanan yg tinggi...=D
to munadhia...mmg seronok! xm ya...xpa, masing ada peranannya, xm tu lebih aula utk didahulukan dalam keadaan kita sebagai student, tp doa jangan dilupa..:)...insyaAllah purnama bakal menyinar!
Salam, ziarah blog anda yang ramai kata best! wah, best jugak artikel2 ni, menarik. Jom g bukit gantang tgk pilihanraya tu,... :D
salam ziarah dan perkenalan dr saya, :D
wslm wrhmtlh...segala pujian dikembalikan kepada Allah jua...
ya...jom p bukit gantang!!!...
moga perkenalan ini adalah kerana Allah dan berkekalan jua...ameen ya Allah
salam buat kamu...
tidak tahu hendak komen apa tentang entri ini...cuma nak cakap...comeyl anak2 kamu itu...subhanallah ^^
wslm wrhmtlh...
syukran!...anak2 ye?...hehe...mmg cumel amat pun depa, tp tu anak2 sedara, nnti ana ana yg betul2 mesti lg cumel =D...ameen ya Allah...
Post a Comment