.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

The Return of JEDI

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur padaNya kita masih disini, selawat dan salam Buat junjungan, Muhammad Rasulullah.

Ana memang amat pantas meng'update' jika keinginan itu datang, dan buktinya ana sertakan lg kali ini...hehe, Mulanya posting kali ini pun sudah merepek maka kalian boleh telahi apa yang akan ana bawa hingga akhirnya, pasti ia bukan satu tazkirah yang dibuat secara khusus, tetapi jika mahu boleh juga di ambil sebagai peringatan, hanya saja hati yg perlu memahami :)

The Return of JEDI, ini bukan JEDI dalam filem starwars itu..:D asalnya bukan begitu bunyinya, tetapi ini kata Ustaz Abi kerana katanya, nama2 program budak2 MMU ni canggih2 belaka :D. Yang sohihnya adalah The Return of JED (TROJ), yang mana JED itu adalah singkatan pada Jejak Eksplorasi Diri, atau senang cerita utk memudahkan QURRA' sekalian, ia adalah tamrin qiadi, hah...senang bukan, itu saja yg sebenarnya :D

Alhamdulillah, semuanya lancar. Ia bermula pada hari jumaat (10/04/09) dan tamatnya ahad (12/04/09), tetapi oleh sebab ana ada paper untuk electronic commerce pada pagi sabtu, maka ana perginya lewat sedikit, sebenarnya banyak...hehe...hari sabtu malam kami sampai di sana, tempatnya di Asahan, Anjung Bonda Homestay...menarik tempatnya, banyak buah buahan...hehe. Sebenarnya ini pertama kali ana sampai ke sini, jalan pun tak tahu sangat, nasib baik ada co-pilot yang cekap dan berwibawa (walaupun terlajak sedikit), terima kasih kepada co-pilot tersebut...kalau terbaca, jangan marah, senyum2 saja...hehe

Disebabkan kelewatan sampainya ana, maka ana akui, agak blur dengan aturcara, dah la time briefing fasi, ana on the way pulang dari Bukit Gantang, makanya jadilah pening2 lalat sedikit, tak tau nak buat apa, banyak LDK, kuliah dan semua yang tertinggal, maaf ye semua, bukan sengaja lewat tiba, tp kerana sebab yang x dapat dielakkan.

Tapi alhamdulillah, apa pun yang berlaku, sempat juga menapakkan diri disana, dengan adik2, abang2, dan kakak2...hehe. Malam itu semasa sampai, kuliah dari saudara Aidil UTEM baru saja tamat, soal fiqh aulawiyat...selepas itu slot Abi, tapi kami ada meeting sedikit masa tu, bolehla dengar hujung2 telinga, asal boleh je.

Tamatnya meeting, seeiringan pula selepas itu tamat slot Abi, ana berganjak ke dapur, makan!...nasib baik urusetia TROJ ni sungguh baik hati, tau2 ja ana belum makan...hehe. Sempat pula memetik sebutir dua mutiara hikmah dari Abi, yang sedang menjamu selera di dapur ketika itu. Maka, apa yang sedikit boleh menimbulkan keraguan pada hati ana mengenai soal bughoh, atau soal belot pada pemerintah terjawab, dengan santai dan logik akal saja Abi jawab soalan ana itu, alhamdulillah, ia penuh hikmah...:)

Tidak perlu ana detailkan perjalanan program, yang pastinya, apa yang dijalankan insyaAllah akan membawa manfaat kepada peserta dan sesiapa saja yang mahu mengerti. Pastinya ia dijalankan dengan penuh kasih sayang bukan, kasih sayang kerana Allah demi memartabatkan Islam! :)...Peserta juga alhamdulillah, nampak komitmen mereka, kesungguhan itu ada, dan insyaAllah sama2 pertingkatkan lagi.

Tamatnya program, ahad tengah hari, sesudah resolusi peserta dan post mortem kami, solat zuhur serta makan, kemudiaannya pulang ke MMU. Sampai saja di kampus, hujan mencurah2, sempat main hujan sebelum sampai di rumah dan sekarang ana sudah demam...ehehe. Rasanya itu saja ana mahu update kali ini, tak mahu panjang2 sekadar mahu berkongsi sedikit perjalanan, mungkin langsung tiada manfaat, mungkin juga ada sedikit, apa pun, TROJ tetap jua berlangsung dan harapannya moga terus segar apa yang kita dapat di program itu, insyaAllah...demi Islam, TERUS JUANG!!!

* Tahniah kepada rakan2 fasi, urusetia, ustaz2, tenaga bantuan, dan seluruhnya, dan terutamanya kepada para PESERTA! semoga Allah bersama KITA!

Sedikit gambar untuk perkongsian,

(Siapa kami?..., dari kiri...akhi khair selaku wakil dari Institusi Usrah MMU Cyberjaya, akhi Zulhairi selaku wakil dari Brigade al Qassam - HAMAS...:p, akhi Shahrul Nizam yang juga wakil dari MMU cyberjaya)

(Akhi Hazwan selaku Camp Commandant yang hensem dan berwibawa - nanti blanje OK, baru pujian ni akan di 'convert'kan menjadi ikhlas)

(Akhi Zulfazlizan berbaju merah jalur kelabu, bukan Zulhairi ok! - tengah berpura2 khusyuk untuk 'mencapub')

(Hanif & Din, Mereka ini sungguh bersemangat sehingga boleh berada diluar kawalan, kes3...lek r)

(Menyanyikan lagu tema TROJ, Bingkai Kehidupan...semangat semuanya!)

Lagu Tema TROJ

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami

12 comments:

memang pantas meng-update walaupun lambat tiba di destinasi~ :P

 

ambui3...perli nmpak...hue3...bak kate sape ntah, better late than never...x gitu?...:D

 

salam ziarah... panta betul update.. huhu

 

ala
maaf la lambat
patutla tersedak
co pilot memang cekap
dia jadi co pilot tetap saya.hehe
cuma,time balik tu, kami sesat pulak.isk

 

to cahaya shaheed

wslm wrhmtlh...kan dah kata, pantas kan..:D

to siti suraya

alahai, baru ckp sikit dah tersedak ke..hehe

co pilot tu mmg cekap pun, time pegi tu walaupun malam, telajak sikit je...xde la sesat...nak tau sbb apa?...sebabnya pilot utama tu pun mmg cekap dan berwibawa...kes3

tp time balik, walaupun co pilot sama, tp kamu yg jd pilot utama, so...camtu la jd...:p

 

salam..
ana terkejut sgt bl bc antani sebenarnya student MMU..ana ingt student uia ke..ape2 jela yg Islam..x sgka MMU msh ad masyarakat yg Islamic..terharu btul..alhmdulillah..& x sgka..mgkin kt di bwh 1 aliran yg sama IT..tp pling x sgka..anta student MMU..

 

wslm wrhmtlh...

ehehe...ngat student MMU takde org islam ke?..hehe
tp mmg begitu la persepsi masyarakat luar setakat ni, bukan anti je penah ckp cmni...:)

InsyaAllah, dimana2 pun Islam pasti ada tapaknya...kerana yg benar tetap benar!...

jangan main2 kami kat mmu ni, satu2nya persatuan yg namanya INSTITUSI USRAH dapat ditubuhkan, tiada IPTA atau IPTS lain yg dibenar meletakkan perkataan USRAH sebagai nama persatuan oleh kerana sebab2 tidak masuk akal pihak SANA...hue3...

btw...mmg susah jugak sebenarnya kat mmu ni, x ramai...tp at least ada...moga Allah bersama kita...ameen...

 

salam alaik.

lagu tema ni same cam lagu tema kos sy. mg lgu ni memberi semangat pada pejuang2 islam.=)

mg misi dakwah anda akan berterusan sampai ke akhir hayat. insyaAllah..

 

wslm wrhmtlh...

lagu ni mmg dapat beri smgt kalau betul2 hayati...:)

insyaAllah moga misi kita sama2 berterusan...terus juang!

 

ya..moga anta dan kt semua terus memartabatkan Islam dalam dunia yg penuh dugaan dan cabaran ini..be taufik wa najah..

 

mengarungi samudera kehidupan.. kita ibarat para pengembara.. hidup ini adalah perjuangan.. tiada masa tuk berpangku tangan... (shoutul harakah)

lalalala..

 

to mardhathillah

ameen ya Allah

to cik santun

eh3...nyanyi plak dia kat cni...kalau sedap xpe la jugak, biar ana je dah la, merdu lunak suara ana ni mmg dinanti2...:p