Bismillah...
Alhamdulillah, rafa'kan kesyukuran dan pujian ke hadrat ilahi, Sampaikan selawat dan salam buat baginda kekasih yg dikasihi, Muhammad Rasulullah
Afwan, mulanya dengan maaf kepada QURRA' sekalian, kali ini selepas berfikir fikir sejenak setelah di minta untuk mengulas soal yang mungkin agak kompleks ini, ana lakarkan juga di Wadi al Qurra' satu coretan yang rasanya perlu. Ana mulakan dengan lafaz afwan oleh kerana mungkin ada yang tidak berpuas hati, mungkin juga ada yang puas, dan mungkin juga ada yang sedang2 saja...wallahua'alam, apapun ana tidak dikiri, ana juga tidak dikanan mahupun ditengah, ana mahu dan tak akan berganjak dari satu landasan haq...tidak dimana2 hanya saja disitu...insyaAllah.
Melihat kepada Ta'adud dan Pluralisme, perkataan itu akan terus membawa kita untuk membayangkan satu keadaan di mana ia bukan satu, malah banyak dan berbilang bilang. Melihat pula perkataan jamaah, terbayang pula kita pada satu golongan atau kelompok, jadinya apa yang ana mahu bawa pada coretan ini adalah soal kepelbagaian atau lebih sesuai dan untuk mudah difahami adalah percambahan kewujudan jamaah, tidak perlu kita pergi jauh2, sekadar Malaysia saja sudah mencukupi.
PAS, PKPIM, ABIM, ISMA, GAMIS...ah...kalian senaraikan sendiri, bukan tujuan ana mahu menyenaraikan satu2, tapi hakikatnya begitulah, sudah berbilang jamaah kita di Malaysia ini yang rata2nya mempunyai aspirasi yang sama, KE'IZZAH'AN ISLAM!. Memang tiada penafian ke arah itu, semuanya mahukan ISLAM menjadi paksi, jika ada yang menolak aspirasi ini, maka nyahlah kamu, bukan tempatnya kamu di sini, bahkan di bumi ini pun tiada tempat bagimu.
Sekali pandang, sungguh!...Percambahan bilangan jamaah itu adalah suatu yang positif, dapat kita lihat umat islam sekarang semakin bijak mengatur organisasi, tertubuhnya pelbagai nama baru dengan sistem, manhaj dan aspek teknikal yang berbeza2. Kepelbagaian cara pelaksanaan dan tumpuan oleh jamaah2 yang lahir itu memberi tafsiran yang baik pada umumnya bukan?...
Sudah ana katakan, itu jika sekali pandang, tapi bila dipandang 2 atau 3 kali, dan pandanglah dalam2, maka ada sesuatu yang boleh dijadukan isu. Mari kita pergi lebih jauh, kalian selalu saja dengar bukan perbezaan pendapat itu rahmat, mungkin benar...tetapi pendapat yang bagaimana, siapa yang berbeza pendapat itu, apa isunya, itu perlu juga diteliti.
Sedikit sebanyak ia merungkai satu aspek di mana, perbezaan pendapat antara golongan yang alim dan golongan jahil bukanlah sesuatu yang sama, kerana apa? yang alim itu berbeza pendapat dengan ilmu tetapi yang jahil berbeza pendapat dengan nafsu! maka di mana mahu datang rahmatnya jika begitu?...keadaan yang sama juga dapat di qiaskan dari sini apabila apa yang dibezakan itu adakah satu perkara kebaikan atau satu perkara yang boleh membwa mafsadah. Contohnya, 2 orang penyangak mahu merompak, seorang mahu merompak bank, seorang lagi mahu merompak kedai emas, apakah itu kita panggil perbezaan pendapat membwa rahmat?...kalian punya akal utk memikirkannya.
Malah Ibn Qasim ra pernah berkata :
“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah SAW bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah! "
Ia menunjukkan dimana, setiap kali peselisihan itu berlaku, pasti ada yang benar dan pasti ada yang salah, atau boleh kita wasatiahkan sedikit disini, setiap kali ada perbezaan pendapat pasti ada yang benar dan yang kurang benar sedikit dimana, ia juga dilandasan betul menuruti syara', cumanya kurang tepat jika dikira waqi dan sebagainya. Jika mahu berselisih, perlulah dengan adab, bukan nafsu semata.
Mahu berbeza2 dan berbilang2 tidak ana katakan secara totok ianya salah, tetapi perlu dilihat keadaan, masa, tempat, siapa dan apa yang mahu di perselisihkan atau lebih terang ana katakan...mahu berkelompok kelompok itu perlu ada dasarnya yang teguh dan utuh, jika ia mampu membawa mafsadah dan kerosakan yang membinasa gerakan Islam yang sedia ada, maka hukumnya boleh meningkat kepada haram!...tetapi bilamana ia membawa maslahah dan kebaikan yang mampu membina, maka memanglah digalakkan demi ISLAM!
Maksud firman Allah SWT :
“ Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai”ar Rum : 31-32
“ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah BERCERAI BERAI dan BERSELISIHAN (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”Ali Imran : 103-105
Ta'adud dan pluralisme jemaah ini bukan lahir di zaman ini, sudah berkurun diperdebat, sudah pelbagai pendapat dan aturan di perjelas, cumanya masih lagi menjadi permasalahan hinggalah sekarang kerana ketidakfahaman yang jelas sesetengah pihak, memperjuangkan jamaah, bukannya Islam, kewujudan jamaah adalah untuk Islam, Islam bukan alat untuk mempejuangkan ideologi jamaah2 tertentu, maka jika yang kita agung2kan itu hanya jamaah yang disertai saja, silap dan kelemahan sendiri tidak mahu diakui, bila ditegur masih buat hal sendiri, maka jamaah apa ini?...sudahlah begitu, diserang serang pula yang lain...soal pengkaderan usah cerita, saling berebut mahu ahli, ah!...adakah ini kebaikan yang kamu cari? Adakah begitu adabnya jika mahu Islam menjadi mulia, kalian punya akal!
Syeikh2 besar kita, bukan syeikh tabligh atau tareqat ya, sekarang kita tumpu soal gerakan, maka syeikh2 haraki yang mahu ana bawa. Mereka2 itu telahpun menggariskan pelbagai panduan bagi pejuang2 dan gerakan Islam, hanya saja tinggal kita untuk mengikutinya. Soal Ta'adud ini syeikh Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :
" Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "
Telah ana ulaskan tadi, ana tidak menolak ta'adud dan pluralisme jamaah, secara jelas bukan kalian pastinya faham kata2 di atas, tiada halangan tapi masih lagi bersyarat. Syeikh Solah Shawi pula pernah mengatakan dalam Mada Syariyyatul Intima' :
" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah "
Dan satu lagi bicara kata yang perlu di ambil iktibar untuk semua, adalah dari kata2 Syeikh Mustafar Masyhur yang mana katanya di dalam Wahdatul Amal Fi Qatril Wahid :
" Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah2(selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat menasihati, bantu membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu "
Jadi pastinya jelas bagi QURRA' sekalian bukan, selagi mana ia mampu membawa KE'IZZAH'AN buat Islam, tiada masalah ta'adud dan pluralisme jamaah, hanya yang amat perlu di tekankan adalah syarat2 yang telah dijelaskan, adab dalam bejemaah, dan lain2. Jika menubuhkan satu jamaah, dan ia mampu membawa kerosakan kepada jamaah sedia ada, maka diamlah, itu lebih baik buat kamu, bantu saja yang sudah sedia ada, insyaAllah, usaha kalian jika ikhlas, Allah ada untuk menilai.
Mahu lebih jelas, mahu ana bawa kata amaran dari beberapa syeikh kita iaitu Mustafa Masyhur, solah Shawi, Yusuf Qaradhawi dan Said Hawwa yang bersependapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan sama sekali taadud seandainya jemaah yg baru ditubuhkan tersebut tidak mengikuti ketetapan syara' dan timbul pecah belah serta dendam kesumat juga ditubuh atas dasar tidak puas hati antara satu sama lain. Nah, kalian boleh menilai dan mentafsir sendiri, apa yang benar dan apa yang batil, sama2 muhasabah diri, perbaiki mana yang batil, teruskan mana yang haq.
Maksud firman Allah SWT :
“ Janganlah KAMU berselisih dan berbantah-bantah nanti akan hilang kekuatan kamu ”al-Anfaal : 46
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”Ali – Imran : 102
Sedikit sebanyak, di mana duduknya ana sudah jelas pada QURRA' sekalian bukan, ana tidak sekali2 secara totok menolak ta'adud, tetapi harapannya moga kalian dapat memahami dengan hati bukan sekadar tahu. Betul ta'adud dibenarkan dengan SYARAT, tetapi perlu ditafsir dengan mata hati, dan janganlah mempergunakan syarat2 itu demi mewujudkan satu jamaah baru yang didasari rasa tidak puas hati dengan jamaah yang sedia ada kerana itu boleh membawa kepada perpecahan. Kewujudan jamaah yang dilahirkan atas dasar tidak puas hati terhadap yang lain secara jelas tidak di persetujui oleh syeikh2 kabir kita. Jalan yang terbaik adalah sama2 bersatu dibawah satu panji, saling menyokong dan bekerjasama, jika ada yang kurang senang, bincanglah dengan tertib...insyaAllah.
Bagi jamaah yang sudah sedia ada, tidak perlulah diperdebat soal ideologi masing2, saling menyerang antara satu sama lain, gayanya bukan begitu!. Setiap gerakah dakwah pasti tidak lari dari dua aspek iaitu al thawabit yang mana aspek dasarnya dan al mutghayyirat iaitu aspek teknikalnya. Yang sering saja menjadi isu adalah teknikalnya, perbezaan pendapat soal ini sering kali berlaku dan kadang2 boleh membawa perpecahan dan inilah yang perlu dijaga dan diteliti, soal dasar perjuangan rasanya itu memang tiada masalah untuk dikompromikan. Usahlah saling mencari perbezaan dan kelemahan, tetapi carilah titik persamaan dan kebaikan, dan sama2 berganding bahu, bukannya bersilang bahu.
Fahamilah benar2 fiqhul harakah agak gerak kerja bukan mahu bersaing siapa lebih hebat tarbiyahnya, siapa lebih hebat berprogram, siapa lebih hebat dalam pengkaderan, siapa lebih hebat berusrah...tiada guna bersaing begitu jika perpecahan yang timbul, letaklah Islam di atas jamaah, isilah kelompongan jamaah disebelah kita, jika mereka kurang dalam pengtarbiyahan, bantulah, jangan sempitkan mereka, tuntun dan pimpinlah, sama2 saling melengkapi dan itulah fitrah dari ilahi. jadikah fitrah ini anugerah bukannya fitnah!
Untuk mencapai kesepakatan ataupun wahdatul amal antara gerakan yang sedia ada ini, ada sedikit solusi yang mahu ana sertakan, jadikan ia sebagai titik mula untuk saling berkompromi, jangan lagi sini jeling sana, sana jeling sini, sudahnya dua2 juling, antara solusinya begini :
1.Menerima pakai konsep Pluralisme dan Ta'adud Jamaah, dan setiap kumpulan sedia mengiktiraf kumpulan yang lain dengan baik.
2.Mengakui sumbangan pihak lain dan menghormati usaha2 mereka walaupun cuma sedikit.
3.Bebaskan pemikiran kepartian masing-masing dan tidak meninggikan diri dengan usia yang lama di medan dan ahli yang banyak.
4.Saling menghormati dan tidak perlu mempersoalkn niat masing2, supaya tidak timbul prejudis.
5.Saling nasihat menasihati dan bertukar-tukar pengalaman.
6.Sentiasa memperbaiki dalaman dan memperbetulkan keaiban kumpulan sendiri.
7.Sentiasa berbincang untuk kepentingan bersama dan untuk merawat penyakit masyarakat.
8.Sentiasa berkerjasama dalam perkara-perkara yang di sepakati dan sentiasa memberi keuzuran pada perkara-perkara yang berbeza pandangan.
9.Sentiasa berusaha meletakkan dasar dalaman yang boleh di ikuti semua kumpulan.
10.Sentiasa berusaha keras untuk membina integriti dalam gerak kerja dakwah yang jauh dari kepentingan diri.
Itu sedikit sebanyak jalan yang boleh ana sertakan untuk mencapai wahdatul amal, ana pasti QURRA' sekalian lebih pandai dan bijak, maka teruslah tingkatkan kreativiti masing2 bagi mencapai apa yang kita cari, KESATUAN DEMI KE'IZZAH'AN ISLAM!...insyaAllah. Dan izinkan ana selitkan di sini, sedikit gagasan yang perlu di realitikan demi menjayakan misi tajdid dan islah, moga dapat dipraktikkan :
1. Berikan teladan sebelum berdakwah
2. Ikatan hati sebelum suntikan fikrah
3. Pengenalan asas sebelum memberi bebanan
4. Beransur-ansur dalam memberikan taklif
5. Memudahkan bukan menyulitkan
6. Perkara pokok sebelum perkara cabang
7. Berita gembira sebelum berita ancaman
8. Memahamkan bukan menghafal
9. Mendidik bukan menghukum
10.Berguru
Harapnya, semua dapat ambil iktibar, insyaAllah, semoga bermanfaat buat semua, ambil yang baik, tinggal yang mudhorat. Rasanya mahu berhenti disini dahulu kali ini, sakit mata hadap skrin, isu ini sebenarnya memerlukan tumpuan ketika menulis demi mengelakkan tersentuh hati mana2 pihak, jika ada yang tidak berkenan, jangan pancitkan tayar kereta ana ya!...eh...lupa pula, kereta lembu mana ada tiub!...semoga Allah merahmati semua!....wallahu'alam
16 comments:
tahniah atas penulisan yg sangat baik...moh kita amalkan...
assalamualaikum,,alhamdulillah,,bernas sekali pengulasannya..buleh bukukan ni syeikh..:)..erm,,macam kuliah abi pun ade..
to zul ( Kami bani ZUL di MMU)
syukran ya sodiqi...sama2 kita amalkan...:)
to srikandiku_mawar
wslm wrhmtlh...moga dapat diamalkan bersama, nak bukukan tu boleh, tp kuliah abi lg mantap...jgn main2...hehe
Shukran..pengisian yang bermakna..ana selalu gak lawat tanah sekangkang kera ni..banyak ilmu.Kete lembu buek dilopekan lembunya tak ke naya..hi..hi.
moga bermanfaat..tau saja, perasan je name melawis ni...tp kera2 x main ok, ckp la sekangkang lembu ke...hehe
takde lembu pakai kude...:D
Salam,
Untuk pengetahuan tuan blog. Blog Ibnurashidi sudah ditukar ke http://www.faridrashidi.com/
mcm berat :D
ana baca separuh dulu,
separuh lg nnt,power spek mate
naek pulak nnt..
Afwan, mmg agak berat isu ni..tp insyaAllah moga bawa kebaikan pd semua...xpa..asalkan faham...:)...
Salam. Tahniah atas kupasan isu yang begitu menarik untuk dikongsi bersama.
mantap!
inilah yang kita nak..
penjelasan yang sungguh mendalam dan berkesan.
salam...
kupasan yang berilmiah.
tp bg ana,praktikalnya perlu dikaji dgn lebih mendalam.
dalam soal pluralisma,kita mengiktiraf persamaan,mengenepikan perselisihan pendapat.tapi dalam soal pembawakan sistem ikhwan dan jemaah,bg ana sifat paling penting adalah kejujuran untuk memahami,apakah yg dibawa,sistem bagaimana yang diterapkan.bukan sekadar dengan menerima segala macam hujah sahaja sudah mencukupi utk mengatakan : saya telah faham:
tetapi turun bersama di dalam sistem itu,kaji,lihat,dan jujur dgn diri-adakah ini yang di ajar Rasulullah,adakah ini yg mengikut manhaj nubuwwah.cara terbaik juga,boleh melihat hasilnya.kalau hasilnya masih ada kesamaran,maka muhasabah,dan lihatlah di mana kepincangannya,utk diperbaiki.
InsyaAllah,semua jemaah2 ini,bak sungai2 yang mengalir mengikut haluan masing2,tetapi matlamatnya adalah satu,iaitu lautan yang luas terbentang.dan ianya lebih kepada compliment each other,dan saling melengkapi satu sama lain.masing2 ada kelebihan dan kekurgn.d kekurgn itu akan ditampung dgn kesatuan pemikiran,dan matlamat yg sama.
InsyaAllah.moga kupasan cik wadiqurra ni mampu memberi manfaat kpd mereka yg mncr jwpn.ameen
yang paling utama,setiap muslim perlu mengkaji,dan memahami dahulu konteks dakwah ini,sebelum "terikat" dgn mana2 blok-blok pihak2 yg berusaha utk dakwah.kalau tak,Islam dan dakwah akan difahami mengikut acuan blok masing2
to sunah
wslm wrhmtlh, syukran, semoga bermanfaat...
to A for ANA
moga yg berkesan dan mendalam itu akan di zahirkan dalam medan yg sebenar...insyaAllah
to hamdan al kandahlawi
wslm wrhmtlh ya sodiqi!...
tidak dapat dinafikan praktikal itu amatlah penting untuk dikaji, kerana itu yg kita akan lalui...ana juga tidak menulis sesuatu yg tidak praktikal, insyaAllah...:)
sekali lagi...ana amat bersetuju, benar! kadang2 ada antara kita sudh lari dari satu perkara yg amat penting dalam perjuangan, JUJUR...dan kegagalan dalam membentuk kejujuran memahami inilah salah satu virus yg memecah belahkan perpaduan.
Setiap jamaah ada kelebihan dan kekurangan, pastinya begitu, perlu mengisi kelompongan satu sama lain, bukan menerjah sesama sendiri, malah menyempitkan lagi sahabat di sisi...TIADA JAMAAH SEMPURNA!...semua amat memahami bukan...:)
Ahah, point akhi al kandahlawi yg akhir ana suka benar!...setiap muslim perlu semampu mungkin fhm dengan sebenar benar kefahaman...baru dapat bertindak dengan lebih jitu dan teratur...diacu oleh ISLAM sebelum di ACU oleh jamaah, risau juga takut2 terkena virus JAMAAH centric dan mengabaikan UMMAH secara keseluruhannya...tetapi kata2 ana bukan menolak kepentingan acuan jamaah tu sendiri, cumanya mahu di acu, elok mnyediakan diri terlebih dahulu...
apa pun, pandangan ilmiah dari al kandahlawi moga boleh dijadikan panduan sedikit sebanyak buat semua
Moga sedikit sebanyak tulisan ini dapat memberi sedikit penyelesaian kepada yang berkenaan, terjemahkan kepada alam nyata, insyaAllah...
terima kasih akhi, ana mohon utk menyebarkan artikel enta ni yep.. tenang hati bile membace .. moge tsabat dlm dakwah .. memperjuangkan kesatuan utk mencapai ke'Izzahan islam!! jazakallahukhairan wa uhibbukafillah
afwan ya akhi zi_ukhwah...silakan...moga bermanfaat...juga moga kesatuan dicapai demi ke 'Izzahan Islam....insyaAllah....Allah yubarik fik!
setiap jemaah x perlu utk mengorek kesalahan jemaah lain,dan mengatakan,kamilah yg lbeh ikhwan,kamilah yg paling benar,ana suke dgn komen al kandahlawi,
cari persamaan yg lbeh utama,contoh di malaysia, kita ada pas, ade certain aspek, kurg sempurna,maka, jemaah lain,perlu baiki dan support, bukan mencela pas dgn sifat kekurangannya,lantas membiarkannya....
ade juga grup2 yg tumpu tarbiyah aje,tolak politik,tapi,kalo tolak, xkan kite sume yg ada tarbiyah ni nak dudok tengok jer kerajaan buat salah,kite jaga tarbiyah,pemimpin rosak, mana boleh,
sebab manusia adalah mengikut agama pemimpin mereka,...
pendapat ana,alang2 dh bayak jemaah kat malaysia,semua kna main peranan masing2,ada yg tumpu tarbiyah,sukan,ekonomi,bukan islam....tapi lastly kna bsatu as ummah islam di malaysia,
undilah PAS!
zul,bila reunion sekolah?
encik shahnon....
sasterawan negara kita ni, ahlan ya sodiqi!...alumni punya reunion aritu aku x p ah...huhu, yg terbaru tgk la nnti...
actually ana agak setuju pendapat anta, jemaah yang berbilang, yang dah sedia ada ni teruskan ja, cumanya...jgn jadi jamaah centric...itu maksud anta yang ana dapat fahami...
saling sokong menyokong, berbilang jemaah kerana lain manhaj masing2 dalam mencapai objektif...iaitu keizzahan islam, tp meletakkan ummah lebih atas dari jemaah...
mcm kat malaysia, PAS ana akui kurang tarbiyah, tp kalau kata PAS x usaha untuk mentarbiyah rasanya tipu la kan...n sekarang yg berjuang memegang tampuk pemerintahan bg meletakkan Islam ditempat tertinggi di Malaysia ni, PAS...jd jamaah2 lain, rasanya bagi ana...perlu juga menyokong...sebab kita letak UMMAH di depan...insyaAllah...
p/s : shahnon nanti aku turun KB aku call...
Post a Comment