.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Ukurlah Kasut Dikaki Sendiri

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, lagi kesempatan di beri olehnya untuk ana menulis dan kalian membaca, tidak mungkin terjadi susun atur ini jika tiada keizinan dariNya, pasti!. Selawat dan salam buat baginda, insan mulia, qudwah sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah.

Santai dan ringkas saja kali ini ya, seringkali kita mendengar soal idola, yang mana seseorang itu meletakkan individu lain sebagai ikutan, lihat saja bagaimana lahir klon2 P.Ramlee, Elvis Presly, Micheal Jackson, dan lain2 nama lagi yang tidak mungkin ana senaraikan satu2. Menjadikan individu tertentu sebagai idola pastinya bukanlah sesuatu yang salah, bahkan memang elok, lagi pula jika Para ilmuan, agamawan, dan yang sekata dengannya dijadikan idola, lebih elok lagi kiranya idola utama adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Mengambil teladan dan segala kebaikan untuk dijadikan qudwah pastinya amat digalakkan di dalam Islam sendiri, namun apa yang mahu ana bawakan, mencontohi bukanlah menjadi. Buat memudah cara, cuba fikir ini, bila menjadikan Rasulullah sebagai idola, semampu mungkin kita akan mencontohi segala akhlak baginda, tetapi walau apa pun yang dilakukan, kita tetap tidak akan mampu menjadi Rasul bukan?...yang boleh, mencontohi bukan menjadi :)

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah "
al Ahzab : 21

Rasanya boleh memahami dengan jelas bukan?...masing2 punya potensi diri yang berlainan, tidak semua manusia itu sama, itulah antara tanda kebesaran Allah yang menjadikan manusia berlainan sifat dan kemahirannya. Dapat dilihat dulu dan kini, masih ada, bahkan ramai manusia yang mahu menjadi apa yang bukan dirinya, atau dalam erti kata lain, hipokrit. Maksudnya, di depan lain, tetapi bila dibelakang transform menjadi seseorang yang lain pula.

Secara pastinya ia memang berlaku, bahkan banyak kes2 sebegini. Mahu menonjolkan diri tetapi dengan menjadi orang lain. Sebenarnya ana tidak kisahkan manusia yang mahu menonjolkan diri dengan perkara kebaikan bagi usaha memperbaiki diri, tetapi yang menjadi kecelaruan adalah segelintir manusia yang boleh dikategori sebagai sesumpah, berubah2 mengikut keadaan bagi menjamin kebaikan untuk diri sendiri semata. Apakah ini sesuatu yang Islam tunjukkan?...pastinya semua akan menjawab tidak, jadi jangan lagi berperilaku sebegitu!

Apa yang terbaik adalah berusaha menjadi diri sendiri, mengikut kemampuan dan potensi diri dengan mencontohi contoh ikutan terbaik bagi kita. Janganlah menipu diri sendiri dengan hanya berlakon semata2 ingin mencari populariti dan kemahsyuran di dunia yang sementara cuma. Sedih melihat insan2 yang sering lupa diri, mahu menjadi sesuatu yang bukan dirinya, seolah menipu diri sendiri, dan lebih2 lagi menipu orang disekitar.

Maksud firman Allah SWT :
" Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu kerana kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati "
Ali Imran : 119

Cubalah mengenal diri sendiri dan memaksimumkan potensi sebenar, bukan terikut2 dengan suasana lantas terus saja mahu berlakon supaya sekata dengan keadaan sekeliling. Tidak berapa kena rasanya jika hidup bertopengkan manusia lain, sedangkan diri sendiri punya suatu potensi yang lain, janganlah kerana nama kita sanggup hidup bertopeng, usahalah untuk menjadi diri sendiri, supaya nanti orang akan mengenal kita dengan apa yang sebenarnya kita ada, bukan dengan tindak tanduk yang hipokrit semata.

Jika kita seorang yang lemah dalam sesuatu bidang, maka akuilah dan belajarlah dari yang lebih tahu, bukannya terus berlagak bodoh sombong kerna tidak mahu orang mengetahui kelemahan diri, ini bukanlah cara yang betul, bahkan sudah terpesong dari landasan Islam itu sendiri. Jika tidak tahu akui saja, jika lemah akui saja, jadilah diri sendiri, jangan terus berlakon seolah2 hebat dalam semua hal sedangkan itu sifat hipokrit yang tidak terpuji gayanya.

Ingatlah konsep kehambaan, kita sebagai manusia yang bersifat hamba pastinya tidak lari dari kelemahan, tidak perlu malu menjadi diri sendiri, juga tidak perlu malu mengakui kelemahan kerna selagimana bergelar manusia, pastinya tidak lari dari fitrah kejadiannya, lemah!...Sifat lemah itu milik hamba dan sifat berkuasa itu milik Pencipta, jadi usahlah mahu terus sombong serta ego sampai lupa diri dan menjadi insan yang hipokrit.

Ingatan kepada diri terutamanya, ukurlah kasut dengan saiz kaki sendiri, bukannya dengan kaki manusia lain, kerana yang mahu memakainya nanti bukanlah yang lain, bahkan diri sendiri jua. Bayangkan saja, jika saiz kita adalah 6, tetapi memakai kasut saiz 10, agaknya bagaimana nanti ya?...pasti terhencut2, begitulah jua hakikatnya jika membuat sesuatu yang bukan lahir dari diri sendiri, ingin orang melihat kita hebat, tetapi pasti akhirnya ia akan menyusahkan diri sendiri...wallahu'alam.

Mencari Puteri Gunung Ledang

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, diizinkan lagi dengan nikmat dariNya kesempatan ana melakar rasa, segala puji dan syukur jualah yang mampu diungkap, hanya sekadar itu yang mampu, dan sekadar itu sajalah yang dituntut. Selawat dan salam buat baginda junjungan, tiada lainlah dia sosok agung lagi mulia, Muhammad Rasulullah.

Ana menghilang, maka Wadi al Qurra' sepi lagi, begitulah seadanya. Hilang ana kali ini bukan kerana alasan tidak sempat, tiada masa ataupun malas, tetapi kerana laptop kesayangan ini di pakai adik bagi menyelesaikan hal2nya. Kini ia kembali kepangkuan maka ana terus saja teruja mahu menulis, tetapi sindrom akhir2 ini, iaitu sindrom merayap kesana kemari masih belum hilang, maka tulisan ini sekali lagi mahu berkongsi perjalanan, bukanlah tazkirah khusus, afwan.

Sebenarnya ada lagi musafir2 lain yang seronok untuk dikongsi. Biarlah dulu, ana mahu kongsikan yang ini dulu, dan ini adalah yang terbaru. Sabtu, seawal pukul 9.30 pagi kami mula bergerak. Bergerak ke Sagil di kaki Ledang sana, namun tersangkut pula di kedai kopi, asalnya mahu sampai pukul 10 lebih disana, tapi apakandaya, pukul 10 masih di kedai kopi Bukit Beruang. Kami berlima, Zul wadiqurra', Hazwan, serta tiga orang sahabat baru di MMU, adik2 la ni...Nazreen, Firdaus dan Bukhori.

Alhamdulillah walaupun masa dah lari melencong, kami selamat sampai juga. Terus saja kami memulakan langkah mencari port baik punya untuk berendam. Naik punya naik jumpalah satu, kami bertapa disitu menikmati alam ciptaan ilahi, mengambil ibrah dari alam indah, subhanallah!. Seronok, ikan2 disitu jinak belaka, slumber badak je di patuk2nya kaki ni, untuk ingatan, gaya bahasa ikan mematuk hanya terdapat di Wadi al Qurra' sahaja.

Sambil duduk2, ana, Hazwan dan Nazreen tiba2 menjadi teruja untuk mendaki, mulanya mahu ke atas sedikit, namun dek kerana telah dimotivasikan oleh alam yang sungguh indah, kami daki sampai ke tempat yang tidak boleh di daki lagi. Yang tambah adventurenya, kami daki ikut batu batan dan air terjun, bukan ikut tangga, amat best...khusyuk mendaki sampai terpijak cermin mata seorang abang disitu. Tapi di maafkan, sebab hazwan kata ingatkan ulat...ulat dan cermin mata?...:p

Alhamdulillah, kami diberi kesempatan meneroka bumi Allah dengan ciptaan2nya yang sungguh luar biasa, walau sekali sekala ada pemandangan kurang enak...hrmm. Sampai di atas, mandi2 bergambar2 sekejap, kami turun. Turun ikut tangga lah sebab bahaya ikut air terjun, cadangan ana supaya menggelongsor ikut aliran air terjun ditolak mentah2 oleh yg lain, ana cukup terkilan...:p

Turun, mandi2 dan berendam2 sekejap, kami mulakan langkah untuk pulang, menyambut seruan supaya pulang kepangkal jalan. Sudah berendam, lapar pula, jadi singgah di Tangkak untuk santapan tengah hari. Terus saja pulang selepas itu, masing2 sudah mula pancit...:D. Sampai di rumah, solat asar dulu, kemudian goreng keropok, untuk makluman, keropok telah digoreng oleh Hazwan, pandai dia goreng, sedap...tak ada pun keropok yang hangus...:p. Selepas itu, ana pancit lagi, ponek haa mendaki...Ok, untuk selanjutnya, tengok2lah gambar dibawah ya.


( On the way cari port baik punya, rehat kejap untuk posing )

( Macam ni ke gaya liqa usrah kat air terjun?...:p - Firdaus, Zul, Hazwan, Bukhori )

( Posing lagi...ada gaya taiko tak? )

( Teruskan perjuangan Hazwan, terus mendaki, mencari Puteri Gunung Ledang...:p )

( Subhanallah!...tinggi tak?...ini sebahagian saja yang kami daki, ada lagi2 )

( Kemuncak pendakian kami, dah ade signboard danger zone tu baru reti nak stop )

( lagi gaya taiko )

( Dinosor yang sempat kami temui )

ps ; Sesiapa yang berminat untuk ke sagil sila hubungi ana atau encik Nurhazwan Harun...:p

Ronda2 Lagi

Bismillah...

Syukur pada Allah atas segala nikmatNya, pastinya tidak terbalas, syukur saja yg mampu selayaknya untuk kita hamba yang lemah. Kepada baginda junjungan, jangan bakhil mengucap selawat dan salam, jika malas siapa yang rugi?...semua sudah tahu itu.

Ana mahu berkongsi lagi kali ini, sambil2 mengisi ruang masa yang ada, bolehlah juga mengisi ruang2 Wadi al Qurra' yang bersenggang. Selasa minggu lepas, malamnya sempat ana terbang ke Bangi dan Kajang menaiki jet pejuang yang dikendalikan Fadhil si pilot. Kami pergi bertiga, zul wadiqurra, Fadhil dan Zulfaz atas sedikit urusan. Alhamdulillah lancar saja semuanya.

Selesai saja urusan di Bangi kami ke Kajang pula mengambil adik Zulfaz kita ni. Seterusnya, walaupun telah dibelanja seseorang di Bangi, Zulfaz yang kempunan satay kajang telah bermurah hati mengajak kami ke Satay Kajang Haji Samuri. Jadi makanlah lagi kami. Selesai semuanya kami bertolak pulang ke Melaka, sekali lagi kami terbang dengan jet pejuang Fadhil tu...hehe. Pulang kami kali ini bukan lagi bertiga tapi berempat, tambah adik Zulfaz sorang lagi yang mahu dibawa ke Melaka oleh abangnya yang mithali (lambatnya RFC bukak). Kami Sampai lebih kurang pukul...err...pukul...lupa la...:p

( Hangat! Zulfaz with somebody...haha...adik dia laa, namanya Basirah...sama tak?...:p )

( Fadhil si pilot, makan jangan tak makan! )

( Lepas ni boleh jadi duta Satay Kajang Haji Samuri la gamaknye )

Ini pula sedikit perkongsian ke kampung Din Pemuda Kahfi pada petang Rabu lepas. Asalnya tak dirancang pun, tapi dek kerana semasa on the way ke surau BBU untuk solat Asar, kami terpandang buah2 rambutan yang hampir ranum kemerah merahan, ana terus kata..." Din, jum g kampung amik rambutan "...tuptap2...jum!...pinjam kereta fakhru, meluncur kami ke Brisu, Alor Gajah...kali ini tak terbang lagi. kami pergi berempat, Din, zul wadiqurra, Najmudeen dan Farid

Sampai2 ja terus mintak plastik nak isi Rambutan, senonoh betul perangai kan?. Tapi sayangnya dek kerana Rambutan tak masak betul lagi, cuma ada satu pohon ja yang agak2 kuning dah, hentam sajalah, jauh2 mai. Dapat juga dalam 4 plastik untuk di bahagikan, sapa2 yg dapat tu ucap time kasih untuk ana kerana besusah payah kutip rambutan....hehe. Durian pun sempat kami kutip, bolehlah buat alas perut. Jadi time kasih banyak buat Din, neneknya, sepupunya dan semua pihak yg terlibat atas segala buah2 itu.

Usai sudah kerja2 di Kampung Brisu nan indah itu, kami bertolak pulang, singgah solat Maghrib di Masjid Daerah Alor Gajah dan kemudiannya singgah sebentar di Rumah Najmudeen tepi masjid ja untuk ambil sedikit barang2 saudara kita ni, tetapi dengan tak disangka2, bak kata Din Pemuda Kahfi, murah betul rezeki akhir2 ni, asyik dapat makan je....:D. Kami diajak untuk makan malam di situ, alhamdulillah, sedap...makan bertalam kami. Ana kabarkan saja pada mak Najmudeen yang sungguh sporting itu, " nanti kami datang lagi ya makcik, sedap! "...haha...abis la...jadi R&R la nanti...:p.

Setel semua, kami pulang ke Bukit Beruang, hantar dulu mereka2 ini kemudian membahagi bahagikan rambutan, then terus hantar kereta kat Fakhru. Mulanya mahu p makan Char Kuew Tiaw kat Depan UTEM kampus Bandar tu, tapi tak jadi atas masalah teknikal, lain kali la ye. Itulah sedikit sebanyak perkongsian kali ini, undur dulu ya.

( Ala...supannya petik buah...ni mesti kes posing nak masuk gambar...:p )

( Kutip2...jangan membazir! )

( Antara cara yang dapat ana belajar semasa berada bawah pokok durian, letak tangan diatas kepala, ataupun lebih senang...pakai songkok...hehe )

( Menunggu durian jatuh ke riba @ kepala )


( Tak sampai?...tangga adaaa! )

( Zul & Rambutan )

Manusia Itu Tidur, Bila Mati Baru Terjaga

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa "
Fatir : 10

Alhamdulillah, setelah beberapa "tahun" Wadi al Qurra' senyap sunyi dari nukilan rasa penulisnya, hari ini dengan izin Allah, ana mampu kembali memetik jari melakar bicara bagi memenuhi ruang2 yang bersemak, sudah ada lalang2 dan sawang2nya, namun belum lagi sampai ke tahap ular2 beranak pinak. Syukur padaNya atas segala nikmat, selawat dan salam buat baginda penghulu umat, Rasulullah SAW.

Ampun maaf dipinta, akhir2 ini, ana mahu lagi beralasan tiada kesempatan menulis, atas dasar apa alasan itu, biarlah saja, kerna tidak patut pun ana beralasan. Hanya untuk makluman, sekarang ana di Melaka, lepas ni tak tahu ke mana pula. Apa pun agenda selepas ini, harapnya sentiasa di atas landasan yang lurus juga dibawah naungan rahmatNya. Semoga kita sentiasa begitu, ameen ya Allah.

Banyak kita dengar kejadian2 di Malaysia, mahupun luar negara akhir2 ini, pelbagai isu sensasi terkini, mahupun isu lapuk yang diulang2 sampai tak sudah, inilah dunia. Lihat saja isu Parti Islam Semalaysia yang melihatkan pertembungan dua gaya pemikiran, antara golongan reformis dan juga golongan konservatif. Ada pula yang menamakan kumpulan Erdogan dan kumpulan ulama'. Muktamarnya sudah lepas, keputusannya sudah ada, anda pilih yang mana?

Bagi ana, ana pilih keizzahan Islam...biarlah siapa pun asal Islam kembali kepuncak, ana tidak kisahkan mana2 yang menang, bahkan pertandingan dalam muktamar yang lepas, ana tidak langsung melihat siapa yang menang itu menang, dan siapa yang kalah itu kalah. Secara kolektifnya ana menyimpulkan Islam telah menang kerana mampu mengadakan satu pertandingan yang sihat, juga mampu meminimumkan mainan media dan pihak lawan. Dalam perjuangan jamaah, bila menang kita menang bersama, bila kalah kita kalah bersama, tiada kepentingan individu, jika ada maka usah mengaku berjuang dalam jamaah.

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar "
at Taubah : 111

Ulasan lanjut ana tak mahu berikan lagi, cuma ana berdiri dengan prinsip ana, selagi mana seseorang itu mampu mengembalikan keizzahan Islam, maka itu pilihan ana, dan tentulah seseorang itu hebat dengan ilmu dunia dan akhirat serta sohih amalannya. Ada lagi isu tentang PAS, Negara perpaduan...bunyinya amat menarik bukan?. Memang lah menarik, dunia pun sudah tahu hal ini. Ana tidak kisahkan pendapat lain ketika ini, bukan ana menolak tapi ana tidak kisah saja, bagi ana, ana ada prinsip tersendiri.

Satunya, jangan menyisihkan orang lama bila membuat keputusan. Kedua jangan mungkir apabila berjanji, perlu tetap dengan kata2, jangan menjadi lalang yang bila ditiup kekiri ia kekiri, bila ditiup kekanan ia kekanan. Ketiga, jangan menimbulkan sesuatu yang boleh menjadikan ia fitnah pada jamaah, jelaskan dengan sejelasnya. Keempat, jangan hanya melihat kepada cara untuk memudahkan perjuangan, sedangkan matlamat akhirnya cukup berbeza. Ana mahu tanya diri sendiri, seorang mahu ke Makkah, seorang lagi mahu ke New York, bolehkah dua bersaudara itu menaiki unta @ kenderaan yang sama untuk ke destinasi?...Ana rasa akhirnya unta itu terjun ke laut...terpulang, ana sudah kata, masa ini ana dgn pendapat ana.

Ada pula isu luar negara, Di Iran sana Presiden Ahmadinejad menang besar, namun pesaingnya Mousavi menuduh Ahmadinejad menyalah guna kuasa dan lain2. Terjadi sudah pergelutan dan tunjuk perasaan. Kebenaran dipihak mana bukanlah hak ana untuk menghakimi, cuma dari zahirnya dua pihak ini amat berbeda lagaknya, kalau seorang itu hanya menaiki keldai, seorang pula menaiki helikopter, entahlah mana benar, belajar dan kaji lagi.Belum lagi isu Rafsanjani dengan harta2nya itu. Nasib ana bukan orang Iran, tidak berani dengan tegas mahu menyata siapa salah siapa benar, ana bukanlah seperti mufti2 yang sebegitu ramai di Malaysia sekarang yang dengan mudah menyesatkan ulama' besar, dunia!

Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya "
al Isra : 36

Ana membangkitkan sedikit isu2 semasa bukanlah kerna mahu mengulas panjang lebar mengenainya. Ada sesuatu yang bermain di benak minda ana, kembali kepada tajuk, ' Manusia itu tidur, bila mati baru terjaga '. Ayat ini ana terlihatkan dari status YM seorang sahabat, sudah lama sebenarnya. Dengan pelbagai masalah yang timbul didunia, tidak kiralah yang berada dalam kelompok mana, pergelutan kekuasaan, harta pangkat sudah semakin menjadi2. Ana semakin lupa satu perkataan iaitu musyawarah, entah kenapa ana semakin hilang ertinya dalam memahami perkataan ini, apatah lagi perkataan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Namun dalam masa yang sama ana semakin mengerti perkataan2 seperti kizb, kitman, khianat, jahlun, dan banyak lagi yang unsurnya lebih ke arah negatif, ana sajakah yang begitu?

Ana tidak tahu mengapa, tetapi ana jadi mudah bersetuju dengan ayat ' Manusia itu tidur, bila mati baru terjaga '. Kerana apa ya?...manusia itu semasa hidupnya seringkali lagho dengan nikmat dunia, seakan di alam khayalan saja mengejar nikmat yang sementara, harta, pangkat, kekayaan dan kalau remaja, hanyut saja dengan cinta monyet @ kera. Ya, mata memang terbuka membawa erti kita sedar, tetapi itu hanya mata zahir, mata hati tetap tertutup rapi. Tidak mampu mentafsir dengan tafsiran yang sebenar benarnya yang mana haq yang mana batil.

Sesudah dibuai dialam mimpi yang nyata, sekali terhentak, tersedar seketika, namun kembali ke asal sekelip mata saja, mengulang2 sejarah kesilapan yang sama, entah sampai bila mahu begitu, ana masih bertanya sampai bila ana mahu begitu, kalian tanya diri kalian soal yang sama, kita sama2 mencari jawapan yang haq. Kenyataannya begitulah majoritinya sifat manusia sekarang, masih lagi tidur tidak sedar2, hanyut lagi dengan dunia. Ia berulang2, sehingga satu ketika manusia itu mati dan di barzakh sanalah ia tersedar.

Pabila Mungkar dan Nakir datang menghentak tubuhnya hancur lebur, barulah mula menggosok2 mata terjaga dari khayal yang panjang. Baru mula mencari jawapan dari soalan2 yang sudah bocor sekian lama, baru mahu menyedari kenapa diri di palu sebegitu rupa, dan saat itu barulah mahu menangis seenak enaknya mencari tuhan memohon keampunan. Ya, saat mati barulah ia terjaga dari apa yang telah dikerjakan di alam khayal sebelum ini. Namun jika disana nanti saja terjaga, eloklah persiapkan diri awal2 membina otot2 yang kuat bagi menahan buah2 tangan yang pastinya sungguh mengujakan.

Ana terasa otot2 ana tidak mampu dibina sekuat itu, jadi ana suka untuk memulakan langkah supaya ana tidak hanya terjaga bila mati nanti, ana mahu terjaga seawal awalnya di dunia lagi. Ayuh kepada sesiapa yang rasanya lemah semacam ana juga, kita usaha untuk bangkit dan terjaga di dunia lagi, usah terikut dengan mainan politik syaitan yang menyesatkan, jangan lagi kita terpedaya dan hanya terjaga dikejutkan mungkar dan nakir bila mati nanti. Namun bagi sesiapa yang kuat, kalian mungkin boleh menahan dan membalas kembali pukulan2 di barzakh nanti, jika mampu, tidurlah, ana tak mahu kejutkan...ana undur dulu.

" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal "
HR : Bukhari & Muslim

Ke Hulu Ke Hilir

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala nikmat dariNya usah dibilang usah diungkap, tak kan termampu ditutur dicatat satu persatu, hanya saja jika masih sedar, ucaplah syukur sebanyak banyaknya pada yang SATU. Insan Mulia, ikutan sentiasa, jangan dilupa selawat dan salam buatnya, Muhammad Rasulullah.

Maaf! ana dahulukan permohonan maaf ana, kerana atas kekhilafan diri, ana masih lagi mahu beralasan tidak sempat menulis tazkirah2 atau artikel ilmiah yang khusus, semuanya atas kerana kelemahan ana, bukan tiada masa, bukan tidak sempat, hanya kerana disebabkan ana yang lemah, itu saja. Seminggu dua ini ana memang asyik ke hulu ke hilir, tak boleh duduk diam, mungkin itulah alasan yang paling baik utk ana beralasan tak sempat menulis. Bukan ana tak tulis langsungkan, ana gantikan dengan tulisan2 santai yang tak berapa menggunakan kepala sangat, dan harini pun ana akan berbuat perkara yang sama, maaf ya.

Sebenarnya banyak kalau nak dikongsi semua, jadi ana kongsi yang sempat sajalah. Khamis lepas, selepas menyetelkan sedikit2 hal yang masih tak setel2 sampai sekarang, dari Melaka ana meluncur laju ke Klang, laju2 pun naik bas sajalah. Bergerak ana dengan Din Pemude Kahfi, asalnya mahu terus ambil tiket ke Klang, namun atas beberapa masalah teknikal, kami berdua ke Pudu Raya. Sampai ke Pudu terus ke Menara Rebong, HQ TM Malaysia jumpa abang dan selanjutnya hantar Din ke Klang Sentral.

Habis agenda itu, ana, abang ngah, kak hany, dan anak2 sedara, Aleef Nufayl serta Fatma Nuha yang comel macam ana tu terus saja dengan agenda berikutnya iaitu menjemput Ummi dan Abah dari Kelantan, waaa...jumpa family ye zul?....bestnyee...:D. Kami tunggu tepi jalan ja, mereka sampai ja, terus follow dan terus ke tempat yang paling ana suka, apa ya?...tempat makan lah...:D. Restoran itu ana lupa namanya, tapi Nufayl panggil restoran ombak sebab lampunya beralun macam ombak, tapi ana panggil restoran mawar...mawar siapa?...hehe.

( Sekuntum mawar merah, sebuah puisi...hihi...Restoran Mawar Siapa? Nama ni ana bagi sebab dia buat bunga mawar tu, sukehati je...:D )

( Jemput makan2, bersila ja atas wakaf, unik gak restoran ni, meja biasa pun ada )

Hari Jumaat, rancangan asalnya mahu ke Stadium Melawati, ada apa ya disana?...Muktamar PAS yang ke 55 la sahabat. Tapi tak jadi atas desakan masa dan beberapa masalah teknikal lain. Keesokannya, hari Sabtu, alhamdulillah kami sempat ke Shah Alam dan pastilah destinasinya Muktamar PAS. Tapi ana mahu mohon maaf awal2 sempat kami tak tangkap gambar pun kat muktamar, jadi tak boleh nak upload gambar2 hari kejadian muktamar. Pasti ada yang kecewa kerana menjangkakan wartawan Wadi al Qurra' akan membuat liputan menyeluruh, maap la ye, den tak sompat, nak tau p la sendiri...hehe. Apa pun tahniah buat Ustaz Nasa untuk kekal sebagai timbalan presiden, dan lain2 yang menang dan kalah. Jawatan tak payah kisah sangat lah, yang penting Islam kembali ke puncak!. Muktamar2 juga, tapi shopping jangan lupa, banyak gerai luar tu, sempat jugalah bukak dOmpet, tapi duit orang lain juga yang ana guna...:p.

Hari Ahad, ini hari bersejarah buat adik ana yang bakal melangkah ke alam universiti, masuknya ke MMU juga. Meneruskan generasi ketiga dari keluarga kami untuk memasuki MMU. Sampai pernah orang kata kat kami, tak da U lain ke kat Malaysia ni?...haha. Apa pun, selamat membuka langkah baru untuk adik ana, Wahida Amalin, kepada kakak2 kat MMU Melaka tu, tengok2 la ya, nak2 buat cik co - pilot @ Kak Ros Upin Ipin ( jgn marah :p ) tu...tak tengok siap!...haha. Kami Balik dari Melaka hari tu juga, mulanya ana mahu tinggal di Melaka saja untuk sertai Malam Orientasi Mahasiswa Baru pada hari Isnin, tapi oleh kerana ada hal lain, perlu juga pulang ke Klang.

( Makan Pagi kat Subaidah MITC - Baru sampai Melaka dari Klang untuk hantar adik ke MMU )

( Ummi & Fatma Nuha yang comel macam ana, time kasih... :p )

( Budak depan sekali tu la yang kene tinggal kat Melaka sorang2...haha - Generasi ketiga keluarga ana di MMU )

( Senior Director STAD @ HEP MMU, cik zam tanya kami " Ni kopiah Manik Urai ke kopiah mana ni "...haha... - 2 generasi di MMU, Zulhairi di kiri, Zainal di kanan )

( Kami, Hamdan pon join sekali...ape kamu buat tu zul? )

( Dan kami lagi...zul wadiqurra, abah, cik zam, abg ngah, hamdan )

( Ucapan mesra dari cik zam untuk adik2 baru )

( Sebahagian dari 2000 orang adik2 baru tengah bersemangat ditengah panas )

( Lepaskan pergi belon2 itu adik2 ku...uiceh )

( Dengan anak sedare, Fatma Nuha, macam ana je comelnya kan? - Kat Mydin MITC Melaka cari barang adik )


Petang hari Isnin Kami jalan2 lah sikit, kat IKEA, IKANO dan lain2, cari2 barang sikit. Rasanya itu saja yang ana mahu kongsi kali ni, maaflah serba ringkas, nak kata ada pekdah kalau baca ni pun ana malu, tapi dari tinggal kosong, tak sedap pulak, kang sunyi sepi wadiqurra ana ni. InsyaAllah kesempatan lain nanti ana cuba isikan dengan yang sepatutnya, biiznillah, ana undur dulu.

( Jangan disangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka di Damansara tiada merak berkeliaran...gambar ni time kat IKANO Damansara, ada plak burung2 merate kat dalam tu, sape sangke...:D )











( Bersama Aleef Nufayl & Fatma Nuha )

( Aleef Nufayl sedang membuat pertunjukan gaya bebas )

Liku Liku Kehidupan

Bismillah...

Kepada Allah jualah segala puji dan syukur dipersembahkan, tiada lagi yang lebih berhak, hanya DIA yang satu. Selawat dan salam buat baginda yang dikasihi, tiada lain lagi, Muhammad Rasulullah.

Tengok tajuk macam serius saja, tapi sebenarnya jauh bangat, santai2 ja buat rehatkan minda. Ana terasa suka dan mahu berkongsi sedikit liku2 kehidupan di MMU, tapi tidaklah semua, pastinya tidak larat ana mahu menulis dan memerah otak mengingat kembali keseluruhan sejarah lama. Jadi ana fokuskan untuk kali ini periwayatan tentang teratak yang didiami ana dari mula memasuki MMU hinggalah saat ini. Bersedialah...hehe :D

( Kediaman pertama - Hujung sekali tingkat 3 )

Ini kediaman pertama ana selaku junior yang mula melangkah ke alam university, dengan comelnya ana memasuki apartment yang dikenali sebagai Emerald Park atau EP nama glamournya. Sekarang bangunan ini bukan EP lagi, ia telah menjadi Regal Park kalau tak salah ana, biar saja Park apa pun, ana tak peduli lagi...hehe. Ditingkat tiga ana dicampakkan, takpa, masa tu muda lagi, cergas dan culas ( sekarang pun muda lagi ). Setiap hari ana bersenam turun naik tangga dengan bahagianya bersama rakan2, bahagia sungguh...oh ya, maaf, entry ini bukan untuk menceritakan tentang roomate atau housemate, jadi ana tak masukkan hal itu, insyaAllah lain kali kita fokuskan itu pula...:)

Kediaman pertama ana ini tidak lama ana diami, beberapa bulan saja rasanya, namun seronok!, maklumlah pertama kali mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa disini. Banyak kenangan sebenarnya, satunya masih ana ingat, oleh sebab ada rakan dari middle east tinggal bersama, jd selalu jugalah rakan2 dari Yaman dan lain2 singgah, pernah kami sama2 meraikan majlis keraian mereka, ana pernah menari2 dan menyanyi gaya Yamani, sebagai menghormati budaya mereka, kami beramai2 ya, amat comel! Tapi ini bukan hedonisme ok!...:D

Sebenarnya banyak kalau mahu diceritakan satu2, tapi oleh kerana sedikit malas untuk mengingat kembali satu2 hal, ditambah pula penyakit lupa yang menyerang, kronik!. Jadi ana tak mahu buang masa kalian menelan kerepek yang ana buat, kita teruskan ke kediaman ana yang berikutnya.

( Kediaman kedua - Hujung sekali ground floor )

Ini pula kediaman kedua ana di bumi MMU yang fana ni, terletak juga di blok yang sama dan bahagian yang sama, cumanya bukan tingkat 3 lagi, ini ground floor. Asal usulnya ana tercampak ketingkat bawah ni kerana mendapat jemputan dari geng2 yang berkomplot mahu berpindah rumah, underground ni...hehe. Semuanya oleh kerana tidak tahan bersenam memanjat tangga turun naik, telah menyatukan kami anak2 melayu didalam satu rumah. Di rumah penuh sejarah inilah ana satu bilik dengan Zulfazlizan (Kene promote sbb dia nak blanja RFC), bani Zul mula bersatu. Zulfaz, ingat lagi kita selalu bangun subuh awal2 n berjemaah sama2?...hahaha...OopSs.

Bayaran tingkat bawah lebih mahal, akan tetapi kami gagahkan jua diri untuk membayarnya, sepakat kami lebih sanggup untuk gagahkan diri membayar dari memanjat tangga tidak henti2. Kami saja sepakat semua melayu dirumah ini kerna senang urusannya, agak assobiah jugala...hehe. Disini diamlah ana dengan pendekar2 lain, sampai habisnya alpha. Pendekar2 ini sekarang bertebaran sudah, ada yang ke France, ke German, tetap di Melaka, ada juga ke Cyber, juga berpindah ke tempat lain.

Kenangan Di EP memang banyak tak terkata, malas berkata pun ada juga, tetapi sampai sekarang yang paling2 ana ingat tentang EP adalah connection internetnya yang amatlah "laju" berdezup dezup itu, sampailah sekarang EP kekal menjadi lagenda sebagai tempat yg paling mantap connection speed internetnya, syabas EP!. Ingat juga gerai burger Techno sebelah EP, kami selalu melepas penat lelah bekerja seharian disitulah, malam2 jadi kelawar makan burger, minum bandung sOda. Sekarang malas sudah kesana, Kenangan lama...:)...Jom kita pindah lagi!

( Kawasan sekitar ke rumah No. 17 )

( Macam ni la bentuknya umah ana, tapi ni bukan rumah No. 17, gambarnya ilang taktau p mana...nampak tak keluarga monyet yang bahagia atas bumbung tu? :D )

( Gambar ni diambil dari rumah ana, monyet tu melompat nampak?...pokok mangga depan umah ni selalu jadi kunjungan )

Haa, ini adalah hasil kesepakatan setelah pendekar2 EP sudah berpecah belah, bukan bergaduh, tapi membawa diri mengikut haluan masing2, bertebaran keserata dunia. Rumah teres di Taman Dahlia ini menjadi kediaman ketiga ana dalam menempuh perjuangan di bumi bertuah Melaka. Dirumah ini hanya seorang saja pendekar dari kediaman di EP yang bersama2 ana. Inilah Rumah yang paling lama ana duduki, seingat ana dari BETA hinggalah DELTA, diamlah ana disini seadanya.

Selaku kediaman paling lama ana diami, maka pelbagai kisah suka dan duka terpahat disini. Rumah diceroboh 3 - 4 kali, yang menyebabkan ana kena bebel ngan Sarjan Misai, apa nama pun dah ana dah lupa. Kita hilang barang, kita plak kene bebel, tarik misai tu karang baru tau. Tidak lupa juga monyet2 comel yang selalu bermain2 kat depan rumah di atas pohon mangga nan indah itu, sungguh, bukan monyet tipu, memang monyet betul dari hutan Bukit Beruang.

Tidak lupa juga pengalaman berkejaran mesra dengan anjing2 tak sedar dek untung yang sentiasa menggugat keimanan ana, pernah sekali ana jalan sempoi saja dengan sorang sahabat, tiba2 datanglah makhluk tak diundang tu, dengan menyalak dan mengejar kami. Kawan ana pecut 100 meter, tapi ana buat selamba badak tak hirau, ingat pesan org tua2 jangan lari kalau anjing provoke. Alhamdulillah, dengan dukdap2nya hati, entah ayat apa yang dibaca pun tak tahulah, makhluk itu lalu tepi n terus senyap, tau takut!...tak sempat hembus fuh2 lagi tu...hehe.

Rumah ini juga pernah memberi sedikit pengalaman ngeri buat ana, satu ketika semua teman serumah sudah pulang bercuti, tinggal ana seorang saja. Suatu malam yang memangnya hening, salakan anjing bersahut sahutan, itulah kali pertama n kali terakhir ana mendengar salakan yang pelik begitu. Masa sedang tidur, tilam ana bergerak2 sendiri, ana yang sedang mamai ingatkan mimpi saja,ana gagahkan juga diri hilangkan mengantuk, ya Allah...tilam ana tiba2 bergerak lagi diikuti goncangan katil. Maknanya bukan mimpi lagi, kuatkan saja hati. Ana bangun n baca ayat2 sepatutnya, ana kata saja, aku nak tidur tolong jgn ganggu, lagipun mudhorat berlaku hanya dengan izin Allah. Seketika saja, sahutan anjing2 tadi senyap n tiada lagi gangguan, ana tidur dengan nyenyak!...:D

Sebenarnya banyak sekali ceritera yang berlaku di rumah nombor 17 Taman Dahlia dan sekitarnya, amat banyak! Pahit?...manis?...sebut saja, namun ana tidak merancang untuk menceritakan semua kerana ada juga pengalaman yang mampu membuat ana diam seribu bahasa jika disebut kembali, maaf, tidak semua boleh dikongsi, ia atas kekhilafan diri, semoga Allah menguatkan kita!...Mengingatkan kenangan sekitar Rumah teres nombor 17 di Taman Dahlia mampu membuat ana tersenyum juga termenung, bergelak tawa juga menghambur mutiara...ya Allah!...Kuatkan aku!...masih ku ingat jejaknya...

Periwayatan tentang Rumah bernombor 17 itu ana tamatkan saja setakat ini, mungkin jika bekesempatan akan ana luahkan lagi, tapi sekarang bukan masanya. Setelah 3 buah kediaman ana kongsikan, kini tiba masanya untuk ana perkenalkan kediaman terbaru ana, yang mana teratak ke 4 ana diami selama mana di MMU, berpindah randah ya, macam kaum nomad pula, gipsi mungkin?...:D...mari kita telusuri lagi.

( Rumah No. 17, Taman Bunga Raya...jemput la datang ya...:D )

Teratak inilah sekarang yang ana bertapa di dalamnya, setelah banyak isu2 yang susah untuk diselesaikan di teratak sebelumnya, kami ambil keputusan berpindah kesini. Letak duduknya kediaman baru ana ini adalah di Taman Bunga Raya, rumah nombor 12. Alhamdulillah, jujurnya ana akui selesa dengan environment disekitar sini. Ia kawasan taman Melayu, juga kebanyakan yang tinggal disini adalah keluarga. Tidak seperti di Dahlia dulu, nak bertegur dengan family2 disitu agak rumit, tapi kini, seronok rasanya dapat menyapa mesra pakcik2 disekitar.

Surau pun dekat saja, jadi susahlah mahu beralasan untuk mengelat...hehe. Selainnya, kawasannya dekat dengan tempat makan, Mamak Kenang selalu, Impiana, Tomyam Sri Pantai Timur, Kedai Jus, jadi senang buat pilihan, yeke senang?...:D...Rumah ini tak lama ana diami, baru saja, tak sampai lagi 3 bulan, dan insyaAllah inilah kediaman terakhir ana di bumi MMU. Rasanya tidak sempat lama2 disini, masa mencemburui ana, detik2 akhir di MMU sudah mula menunjuk rupa, sayu juga. Kediaman baru ini sederhana saja, pengalaman pun tak banyak untuk dicerita, biasa2 saja, sebabnya baru saja mendiaminya. Namun persekitaran disini selesa buat ana, ana suka...:)

Sudahnya sedikit sebanyak ana coretkan soal kehidupan bak kaum nomad ini, mungkin ada yang akan bertanya selepas ini kemana pula agaknya ya, ana rasa ke sini kut :

( Cantik tak umah ana?, nak umah ni kene la jadi PM macam ana nanti :p )

Dan akhirnya nanti pasti kita semua akan sama2 kesini kan?...sama2 kita persiapkan diri ya!...:)

( Ini rumah yang ana paling2 pasti akan miliki suatu hari nanti, kalian macam mana? :) )

Jalan2 Tak Cari Pasal

Bismillah...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur buat yang Maha Kuasa, Dia tidak pernah jemu dan leka memberi, hanya kita saja selalu alpa dan lupa. Selawat dan salam buat junjungan besar, Muhammad Rasulullah.

Tengok tajuk pun rasanya kalian sudah boleh agak, ini bukan tazkirah khusus, tapi perkongsian diari hidup ana insyaAllah, mahu baca silalah, tak mahu baca pun kena baca juga. Alhamdulillah, tiba saja saat imtihan nihaei melabuhkan tirai, ditambah pula ramai yang bakal menamatkan hidupnya di bumi bertuah MMU ni, termasuk ana insyaAllah, maka inilah saatnya untuk kami meronggeng...:D

Hari Jumaat malam yang lepas, kami sekolompok manusia yang masih tak mahu balik lagi ke kampung, sungguh degil mereka ini, termasuk ana juga, telah berpeluang dengan izin Allah merayau ke Bandar Hilir Melaka. Tujuan utama kami, Eyes On Malaysia, ana pun tak tahu kat mana matanya :D. Maka dengan itu, kami sekeluarga, Ana @ Zul WadiQurra', Hisyam, Din @ PemudeKahfi, Azaruddin, dan tetamu jemputan istimewa dari Somalia, Abdurrahman telah memulakan langkah menuju sirotul mustaqim...hehe.

Destinasi pertama kami, terus ke Eyes On Malaysia. Sampai saja, semua teruja nak naik, namun apa yang mengejutkan, Abdurrahman dari Somalia tu selamba kata dia dah penah naik, alamak ai, kami ni dah 4-5 tahun duk Melaka tak Ponah lagi naik, tak jadi nak eksen, tapi eksen gak la sikit, tanya balik kat Abdurrahman, " You have this at Somalia? "...kami tersenyum bangga...hahaha...dia kata ada tapi the small one la :p.

Duk kat atas tu pusing punye pusing, ana pelik kenapa pula la slow sangat, tak boleh laju sikit ke :D. Boleh tahan la pusing2 tu, cantik juga la nampak lampu2, naik tengah malam memang golap jela...eheh. Duk dalam tu Din Pemude Kahfi ni dengan selamba badak je petik2 butang tu, konon2 boleh la makin laju ke, leh jadi roket ke, tapi tup2 butang tuk cakap ngan operator kat bawah tu...dah la aircond pun mati kejap...nakal ni, piat kang!...haha.

Dah puas pusing2 tu, berapa kali pun ana tak pasti, 5 kut, habis la giliran kami walaupun ada yg masih berdegil tak mahu turun :p. Lepas saja turun, ada satu peristiswa best yang melibatkan Din Pemude Kahfi lagi, tengok gambar dibawah nanti...jangan marah Din...kueng3. Destinasi seterusnya, mula2 taktau nak p mana, bincang2, jom ke Jonker Walk!.

Jonker Walk agak terkenal utk pelancong asing kat Melaka ni, so kami p la nak tengok2. Konsepnya macam pasar malam biasa, cuma adalah barang2 yang unik sikit dari biasa. Majoriti peniaga kat sini memangnya dari bangsa cina. Jadi kedai2 makan pun kebanyakannya non halal. Cari punya cari, masing2 nak makan cendol ngan ABC, last2 jumpa satu kedai halal, Restoran Tranquerah Bistro, yang ni Muslim punya lah, cawangannya ada satu depan UTEM kampus bandar kat Plaza hang Tuah sana. Tapi punya la sedih, cendol, ABC semua dah habis, keluar kami dengan perasaan gundah gulana...uiceh.

Keluar saja dari Jonker Walk, cari cendol!...kami buat keputusan nak p Quay Side Cafe, yang dekat tepi jeti tu, agaknya betul la nama tu. Sampai2 sana, aduhai malang sungguh, sudah ketutupan pula sebab dah malam sangat. Lalu McD 24 hours kat Dataran Pahlawan tu, nak aje ana berenti, tapi boikot, tak boleh2!... Hisyam pula bagi cadangan lepak kat Kelebang, mula2 semua setuju, tapi tengah jalan tu tukar plan, macam malas pula p jauh2 malam@pagi buta ni. Kami cari saja restoran area Plaza Hang Tuah, banyak lagi yang buka, jadi ronggeng jela kat situ walaupun cendol dan ABC tak dok.

Abis ja makan2, sambil merepek mempertahankan negeri masing2, juga memperdebatkan kuew tiau mana yang lebih sedap, Penang atau Perlis (Kelantan la paling best!), masing2 sudah mula penat. Tapi ada lagi yang bagi cadangan, jom ke zOo...adeh...zOo malam ana tau la, tapi pepagi buta ni tak tau la plak...ade ke?...tak boleh, depa pun nak qiam jugak sedara oOii :p. Dan keputusan akhirnya, balik rumah cari bantal!...Ada sedikit gambar dibawah...

( Bayar dulu sebelum masuk! )

( Dalam Gondola - Kamera sOrang satu, tak tahan2...syam, say cheesssseeee!..:p )

( Nyibuk je Din Pemude Kahfi ni, campak ke bawah sedap juga ni )

( Zul Wadiqurra' & Abdurrahman Somali...ana tak sempat sebut cheese laaa!! )

( Konon macho la semua tu, yg amik gambar tu lagi comel dan macho ok! )

( Gambar yang dinantikan! Teka siapa dalam tu? adakah kanak2 berumur 6 tahun kebawah?...secreto! )


( Masa ni Din Pemude Kahfi selaku exco akademik Institusi Usrah 08/09 sambil menyorok berkata " Zul!..jgn la amik gambar !"...OopSs...hahaha )

( Kami di Jonker walk sekarang )

( Tranquerah Bistro - Restoran Muslim yang kami jumpa kat Jonker Walk )

( Abdurrahman tanya ana, " What is this? "...hehe - Hamster kat Jonker Walk )

( Santai2 jap, minum kat depan Plaza Hang Tuah tu )

( " Kamera ni canggih ni, amik la, murah2 je "...kata Azaruddin yg dibuat2 oleh ku :p )

Ini ana nak merepek pula pasal hari Ahad. Mulanya ana dengan housemate yang masih tak reti2 nak balik ni bersama seorang lagi kawan merancang mahu p makan. Tunggu2 last2 kawan tu tak boleh datang sebab ada hal apa entah. Kami buat keputusan p jugak lah, sebab lepas ni agak susah nak cari masa yang sama2 lapang serentak. Jadi teruslah kami ke Mahkota Parade (MP) dengan tujuan untuk makan lillahita'ala...kan bagus tu. Apa menunya?, jadi orang Korea kali ni, kami cadang ke Seoul Garden.

Sampai ja sana terus p, agak mahal juga, teragak2 juga mulanya, lagipun mmg weekends harganya up sikit, tapi disebabkan oleh niat kami yang sungguh lurus, tiada apa2 agenda tersembunyi, kecuali untuk makan, akak yang jaga tu tiba2 datang, " You all kalau nak makan, akak bagi harga lunch ya, tapi makan la sampai malam pun takpa "...Alhamdulillah, dapat la jimat sikit, sebabnya harga untuk lunch lebih murah dari harga untuk dinner. Oh ya, Seoul garden ni hidangannya style buffet, so, kami masuk ja lah, sentap sampai pengsan!...Zul, jaga thiqah!..:D

Tak payah cakap la berapa banyak kami ambil utk BBQ, steambot n lain2, dah namanya buffet, jangan biar kita rugi, tapi kita rugikan tokey kedai tu :D. Alhamdulillah, makanannya sedap, banyak pilihan utk BBQ n steambot, udang, ketam, ayam, ikan, kambing, daging, bebola2, dengan macam2 masakan n rempah lagila...ntah, banyak sangat, lagipun memang weekends dia akan letak banyak pilihan sikit kata abang kat situ. Makanlah kami seadanya :p. Sebenarnya bukan pertama kali makan makanan Korea, cuma sebelum ni restotan lain, kali ni pilihannya lebih banyak n lebih sedap!

Yang bestnya, ada juga aiskrim kat situ, boleh amek nak banyak mana pun, sedap la kami, lama da tak makan aiskrim...nyum2. ABC pun ada, tapi sebab perut dah keras, tak boleh masuk daa...ABC terpaksa dibiarkan saja walaupun teringin sangat, aiskrim pun dah ok la tu...:p. Makan punya makan sampai dunia pun tak ingat kami, nak bangun pun tak boleh, kene duduk lama jugak, adui, tak senonoh betui, tak ngaku kawan la...hehe. At last, kami melangkah keluar juga dengan hati yang sayu meninggalkan makanan2 disitu, jumpa lagi ya...hehe.

Sebelum balik, ronda2 MP kejap, lagipun kawan nak cari kelengkapan untuk masuk office, maklumla orang nak praktikal. Ana window shopping ja lah. Pusing sana pusing sini, alhamdulillah setel semua, kami melangkah pulang ke MMU tercinta dengan perut yang masih lagi keras, tak thiqah betul perut ni :p. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah belek2 gambar dibawah ya...

( Jemput makan2...masa ni terasa macam hero drama Korea pulak...ada gaya ke? )

( Tuang je semua, pinggan tu kalau muat masuk sekali ye )

( Cepat la masak, tapi mmg cepat pun...:D )

( Pegang elok2 aizat, jatuh kang!...hehe )

( Lala ngan Kepah pun ade! )

( Supan santunnya laa, anak sapa la ni, betuah dpt buat buat menantu ni! - Jemput makan2 )

ps : Tahniah buat Dr Mansor, menang besar nampaknya di Penanti, kita tunggu apa jadi di Manik Urai pula nanti...sama2 doa! :)