.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Showing posts with label luah rasa. Show all posts
Showing posts with label luah rasa. Show all posts

~ Anugerah ~

Bismillah...
" Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya yang nampak mahupun yang tidak. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan "
( Luqman : 20 )

Puji pujian buat Allah SWT, tuhan sekalian alam, pentadbir segala yang ada. Selawat dan salam buat baginda junjungan, insan mulia Muhammad Rasulullah SAW.

Ana tidak mahu menulis panjang, hanya mahu mencoret sedikit sahaja, semoga ada manfaatnya juga...

Manusia sentiasa mahukan anugerah, anugerah dari manusia, anugerah dari Allah. Oleh kerana ini kita sentiasa berdoa memohon anugerah dari Allah, dan di atas hal ini juga telah dijadikan pelbagai jenis anugerah di dunia, sebut saja anugerah apa, anugerah kecemerlangan akademik, anugerah industri muzik dan sebagainya.

Dan seringkali kali anugerah itu dipandang ia adalah sesuatu yang datang kepada kita dalam bentuk yang besar dan mengujakan, bagai bulan jatuh ke riba barangkali. Anugerah juga sering dipandang sebagai rezeki yang datang bergolek. Ya, itu semua anugerah, cuma manusia sering lupa yang anugerah juga datang secara beransur2 dengan diberikan dahulu ujian dan dugaan.

Apakah ujian dan dugaan, kesempitan hidup, kegagalan, dan yang sewaktu dengan itu adalah bukan bentuk anugerah?, adakah ia bentuk yang menunjukkan zalimnya Allah?...

Pasti semua akan mengatakan tidak, tetapi tidak dimulut bukan semestinya tidak dihati. Setiap kali menghadapi ujian, ramai yang langsung rasa tersisih, rasa marah, rasa putus asa, kenapa mahu rasa begitu jika kita benar2 dapat merealisasikan kata2 kita yang ujian itu sebenarnya tarbiyyah bahkan anugerah daripada Allah?...persoalan ini perlu dijawab dengan hati sendiri...

Sesungguhnya ujian, dugaan, rintangan, kegagalan dahulu sebenarnya adalah anugerah, ia adalah anugerah Allah kepada hambaNya agar mendapat yg lebih baik dan terbaik utk dirinya. Setiap ujian dari Allah jika dihadapi dengan sabar, maka nanti hasilnya amatlah manis dan mulia.

Jadi ana kata, ujian itu itu sebenarnya anugerah. Hasil taqwa, tawakkal, serta sabar atas ujian Allah itu juga adalah satu anugerah, dan ana sedang merasai salah satu anugerah dariNya sekarang, thumma alhamdulillah!, semoga di beri kemudahan dan keredhaanNya, Allahumma ameen!.

Salah satu nasyid yang sgt ana suka adalah Anugerah dari Nahwannur, jadi ana kongsikan :



Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com

Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita


p/s : Manis itu akan dapat dirasai dan dihargai sebaik baiknya jika kita tahu apa itu pahit... :)

p/s : Bersiap mahu ke 'round' seterusnya yang pasti lebih 'mencabar', semoga dipermudahkan... :)

" Aku Sepertimana Sangkaan Hambaku! "

Bismillah...

Maha suci Allah, tuhan sekalian alam, telah mengurniakan lagi sedetik waktu buat ana melontar kata, mencoret rasa, thumma Alhamdulillah!, kalian2 juga, ucapkanlah syukur atas segala nikmat dariNya, jangan bertangguh jangan pula malas. Selawat dan salam buat baginda junjungan, sosok mulia peribadi agung, ikutan seluruhnya, Muhammad Rasulullah SAW.

Ana sangat penat sebenarnya, tadi, dan sejak dari ahad lepas, ana dan sahabat membantu untuk menguruskan tempahan makanan Shimah Catering bagi pelajar baru MMU, mereka sedang dalam minggu orientasi sebenarnya. Memanglah penat, tapi hari ini, penat ana kurang terasa, sampaikan saat ana menulis ini pun ana masih belum lagi makan tengah hari, perut terasa kenyang, hati pula agak terkedu, ana mahu kata ana gembira, tapi istilah gembira tidak menepati perasaan ana, yang lebih sesuai, ana rasa, ana semakin menjadi hamba, hamba Allah Rabbul 'Alamin yang telah dimudahkan olehNya atas urusan kehidupan.

Allah berfirman, maksudnya :

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

Hadith ini sebenarnya telah lama ana pegang, siapa ana tidak mahu memegang satu hadith Qudsi?. Namun semalam, ana sempat untuk ke kuliah Ustaz Zulkifli ( Baitul Qurra' ) di Bukit Katil, seorang ulama' yang sgt ana hormati. Ustaz telah menyebut hadith ini dan menceritakan bagaimana pengalamannya yakin dengan hadith ini, seterusnya dimudahkan oleh Allah untuk mencapai hasratnya. Ana mendengarnya, dan ia alhamdulillah menambahkan lagi keyakinan yang sedia ada, ya!...Allah akan bersama dengan sangkaan hambaNya jika di ikhlaskan hati, usaha, tawakkal, taqwa, dan semua syarat2 perlulah dijaga.

Jika semalam, ana mendengar pengalaman Ustaz Zul, hari ini, hamba yang hina ini telah diperlihatkan satu lagi kebesaran Allah yang Maha berkuasa, Dia memperlihatkan kekuasaan dengan sifat al Jamal-Nya. Allah menunjukkan keindahan sifatnya pabila kita meletakkan keyakinan yang penuh padaNya, " Aku sepertimana sangkaan hambaku! ". Lorongan dan petunjuk darinya, jika kita gagal membaca dan mengikuti, amatlah rugi, bahkan celakalah bagi yang menolak panduan Allah, ana tidak mahu menjadi yang celaka itu!. Jadi ana berusaha mengkuti satu demi satu, tingkat demi tingkat panduan dari Allah, walaupun ianya kadang datang syaitan mahu melencongkan ana dari laluan, tapi, Allah itu amat berkuasa, alhamdulillah, syaitan itu tersungkur!.

Pagi tadi, ana menerima satu SMS yang membuat ana berfikir, tertuduk, dan terus sujud mengalirkan mutiara lelaki, semalam ana mendengar hadith " Aku sepertimana sangkaan Hambaku! ", pagi ini Dia telah merealisasikan salah satu impian yang amat besar buat diri ana, segala puji bagi Allah!. Qurra' yang dikasihi sekaliannya, janganlah meragui bantuan Allah, sesungguhnya tiada keraguan padaNya!, yang menjadikan kita gagal bukan kerna Allah mahu menzalimi, bukan jua Allah tidak mahu mengizinkan, tetapi kita sendiri yang masih ragu akan kekuasaanNya!.

Sebagai hamba, jangan sesekali betindak sebagai tuhan, jadilah hamba yang benar2 mengharap, dan ana sebenarnya tiada kata lagi, cuma ucapan syukur yang mampu dilontarkan. Ana menulis bukan mahu berkongsi kegembiraan, teapi ana mahu berkongsi rasa sebagai hamba, hamba yang tidak mampu melangkah sedikit pun jika tiada keizinan dariNya. Semoga Allah mempermudahkan segalannya. Langkah seterusnya akan di mulakan dengan izinNya, jika sebelum ini 'Langkah Tercipta', kali ini langkah bakal diteruskan, bantuanMu ku pohon ya Allah!



ps 1 ; Syukur alhamdulillah, dan syukran kepada yang berkenaan, demi Allah!, ana sangat2 menghargai penerimaan yang diberikan!, maka biiznillah penerimaan itu akan menjadi langkah kita untuk terus thabat dengan perjuangan, tegar dengan jalan pilihan, mantap dengan pegangan, dan semoga berbahagia dari mula hingga ke syurga sana!...Allahumma ameen!...semOga dipermudahkan dalam segala sesuatu!...:)

ps 2 ; Dua hari lepas, Ustaz Hasrizal datang ke MMU Melaka, satu penyampaian yang sangat menarik dari Ustaz, dan salah satu pOint yang ana amat bersetuju dan ingin kongsikan adalah " Manusia yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa!, sedangkan manusia yang berjaya adalah manusia yang memaksa diri untuk berubah! "...renung renungkan, insyaAllah...

~ Langkah Tercipta ~

Bismillah...

Syukur pada Allah, puji ke atasnya, nikmat da
n
rahmat tidak lekang di kurniakan, kita saja suka benar putus hubungan denganNya. Selawat dan salam pada baginda Rasulullah SAW, cinta dan kasih buatnya.



Nasyid ini sudah lama ana dengar, sedap, ana suka irama dan lagunya, membawa kepada realiti manusia, ya...hakikat sebagai manusia, apa yang dialunkan dalam lagu ini pasti dilalui, jika belum dilalui, kita akan merasanya nanti, jika sudah, kita akan memahaminya, jika sedang, kita perlu menguatkan diri, jika tidak melaluinya langsung, maka kamu bukanlah manusia... :)

Ana melihat lagu ini tidak dalam konteks besar kali ini, biasanya ana sering mengulas sesuatu isu yg berlaku terhadap diri sendiri atau sahabat2 dengan meluaskan skop ulasan, kerna ana suka untuk berkongsi dengan ramai, ana tahu Wadi al Qurra' bukan saja dikunjungi oleh sahabat yg terdekat, jadi demi meraikan kunjungan yg pelbagai itu, ana sering meng 'universal' ulasan, supaya ia tidak terlalu merujuk kepada hal peribadi walaupun ia memang peribadi. Ana menulis untuk memberi, lillahita'ala, dan ana mengharapkan agar redha Allah dapat dihampiri dan dicapai, doakan...

Namun, ada sedikit artikel dalam Wadi al Qurra' sebelum ini yg tampak agak peribadi, nisbahnya mungkin 2:100, mungkinlah. Artikel ini ana rasa akan menambah nisbah yg kurang itu, nasyid ini buat ana mahu berkongsi dengan diri sendiri, jika ada manfaatnya, silalah ambil, ia dari Allah jua pastinya. Tajuk nasyid ini Langkah Tercipta, ana melihat dan membahagikan sendiri fasa nasyid ini kepada 3, dan fasa ini ana bahagikan mengikut apa yg hati ana rasa berdasarkan pengalaman lalu, biiznillah.

Fasa Pertama - Impian

Dulu2, bukan sekaranglah, ana pernah lalui satu peristiwa, harapan ana tinggi untuk mendapatnya. Harapan ana itu pula berbalas, orang melayu suka mengatakan bagai bulan jatuh ke riba, ya, keadaan ketika itu ana anggap sebagai bulan jatuh ke riba, kerna ia datang memberi harapan begitu saja. Ana akui fatrah itu sangat menggembirakan ana, hati ana cukup berbunga bunga melaluinya, semampu mungkin ana cuba mengekalkan apa yang patut dijaga. Manusia jika diberi peluang merasa nikmat, memanglah gembira dan seronok bukan?... :)

Fasa Kedua - Langkah Terhenti

Saat ana merasa enaknya nikmat, tiba masanya roda berputar, giliran ana jatuh ke bawah, jatuh tersungkur sebenarnya. Langkah ana terhenti menghadapi situasi ini, ana tertunduk saja, impian yang telah di bina tiba2 saja dilandai badai. Ana hilang punca, cuba mencari cahaya dalam gelap malam. Sebenarnya amat tergamam, kenapa terjadi begini, sedangkan sudah sedayanya menjaga apa yang perlu, membinanya dengan asas yg digaris, kenapa?. Dalam gelap malam, setelah tersungkur rebah, sedikit cahaya mula menyinari, ya, Allah memberi sinarNya, ana menyedari yang tiada apa pun milik kita, semua miliknya, semacam mana sayang atau menjaganya, jika DIA meminta, tiada daya menahan pergi. Jangan di anggap apa yg dimiliki adalah milik kita, ia pinjaman saja, pengajaran yg begitu bermakna buat ana.

Fasa Ketiga - Langkah Tercipta

Fasa ini ana kira paling ditekankan dalam nasyid ini, ia mengajar kita, bila tersungkur jangan bertangguh untuk bangun kembali, terus saja bangun dan melangkah lagi!. Begitu juga apa yang ana lalui, setelah kedua fasa sebelumnya, ana melangkah lagi setelah dikuatkan tuhan. Mencipta langkah sememangnya mudah, namun mengekalkan langkah memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi, istiqomah dalam melangkah akan membantu kita melihat lebih jelas matlamat dan tujuan.

Pengalaman lalu mengajar erti yang sungguh bermakna, ia mematangkan dan menjadikan ana lebih rasional, ia adalah tarbiyyah dari Allah. Kini, ana terus melangkah, mencari sinar2 kebahagiaan, letakkanlah Allah atas segalanya, pasti kebahagiaan yg kita peroleh, halawatul iman pasti menenangkan jiwa. Ana berusaha melengkapkan kehidupan, terus melangkah, menanti saat2 bahagia lain yang bakal tiba, Allah tujuanku, dan ana bertekad mahu membawa siapa yang mahu melangkah bersama ana kepada kebahagiaan hakiki, ini janji yang dibuat bersaksikanNya!...bantulah hambamu ini ya Allah!

Perkongsian Rasa

Dalam menghadapi tiga fasa di atas, ana hanya mengadu kepada Allah, ana bukanlah seorang yg terlalu gemar berkongsi rasa, ana kurang gemar di leter dengan pelbagai motivasi. Bukanlah ia kerna kesombongan, namun ana lebih selesa memotivasikan diri sendiri, dan utamanya memohon motivasi dari Allah, hasbunallah wani'mal wakil!. Ana ada menceritakan masalah yang dihadapi itu, namun sampailah saat ini termasuk keluarga bilangannya kira2 tidak lebih dari 10 orang yang tahu, ana berkongsi pun kerna ada asbabnya, namun ana tetap dengan perangai lama, setiap masalah yg dihadapi, ana pendamkan dan ana akan motivasikan diri sendiri, kerna ana suka begitu, ana suka mengadu pada Allah! kerna Allah lah tuhan ana, dan ana adalah hamba kepada tuhan.

Bercakap perihal motivasi, ana sgt susah terkesan mendengar leteran motivasi yang tidak punya ruh, maksudnya disini, biarpun ia terkenal sebagai pakar tersohor, namun jika tiada penghayatan kepada apa yg diperkatakan, ana sukar menerima. Di sekolah menengah dulu, pernah pihak sekolah membelanjakan berbelas ribu untuk satu program motivasi penceramah terkenal, ana dengan rela hati tidak menyertai, ana balik ke rumah mencari ruh sendiri. Berkali2 ana buat begitu sebenarnya dlm program2 yg lain, namun biiznillah natijah peperiksaan ana sangat manis juga. Ana lebih suka memotivasikan diri sendiri dengan panduan Allah, ana mahu hati ana jadi lebih kuat dari hari ke sehari!.

Namun, ada tokoh2 yang boleh buat ana termotivasi tanpa bercakap pun, dan antaranya adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ana banyak kali juga dapat face to face dgn tokoh ini, berbual pun pernah, namun sosok ini, dianugerahkan oleh Allah dengan ruh yang kuat barangkali, boleh membuatkan ana termotivasi dengan sendiri. Sedangkan solat dibelakang beliau pun boleh membuat hati terasa gentar, bukan gentarkan Tok Guru, tapi melihatkan Tok Guru, membuatkan kita lebih terasa dekatnya Allah, sebaik baik manusia adalah manusia yang mampu mengingatkan kita kepada Allah!. Pengajaran yang ana kira sesuai adalah, kuatkanlah ruh kita dalam menghadapi hari2 yang mendatang, agar hati menjadi tabah, jiwa menjadi tenang, perjuangan tidak goyah, pengorbanan pula tiada mengharap balasan...insyaAllah.

Banyak pula ana cerita soal motivasi, namun hakikatnya itulah yang sebenarnya, rasanya ramai yang boleh sahkan, memang ana tidak berapa gemar berkongsi untuk dimotivasi, kecuali untuk keadaan dan orang tertentu sahaja. Itu nature ana, dan ana melaluinya dengan baik setakat ini, alhamdulillah, rasanya ana tidak menyusahkan orang dan tidak menyusahkan diri sendiri jua, kerna Allah ada untuk mempermudahkannya :). Dalam pada masa yang sama, ana tiada masalah untuk memotivasikan sahabat, ana suka sebenarnya jika ada yang mahu berkongsi. Agak ramai juga yang berkongsi cerita dengan ana, ana meraikan sebaiknya, sebolehnya ana mahu menjadi asbab seseorang itu mendapat manfaat dari Allah, ana suka begitu, ana mohon pada Allah, agar dipermudahkan untuk sahabat2 sekalian.

Sudah ana katakan, ini entry untuk peribadi, maka tidaklah pelik jika banyak persoalan peribadi ana coretkan. Dalam melalui kehidupan yang serba mencabar ini, penuh mehnah dan tribulasi, ia mengajar ana pelbagai erti. Pengalaman2 lalu semakin membuatkan ana matang, ia semakin menyedarkan ana ini sangat lemah sebenarnya, insan yang sangat2 lemah. Oleh itu, ana berusaha menjadi kuat, ana melalui fasa2 dalam kehidupan dengan kekuatan sendiri yang dikurniakan Allah. Semakin lama mengharungi kehidupan dunia, semakin hampir pula kita dengan hari kematian, oleh itu, kita perlu bersedia, perlu kuat dan tabah mempersiapkan diri. Setiap yang hadir di dunia ini jika ia adalah peluang untuk membuat amal soleh, apa pun amal soleh, maka segerakanlah untuk melakukannya, lillahita'ala!...bimbang jika ditangguh2, ia akan hilang dan tidak kembali lagi, ia pesan seorang murobbi. Ana ingin menyahutnya, Allah yusahhil!

Ana ingin akhiri coretan ini dengan satu lakaran hati kepada diri :

Wahai dunia yang terbentang luas,
Aku seorang pengembara hina,
Beberapa tempoh telah aku lalui,
Bahagia, derita, suka dan duka telah kuharungi.

Aku pernah saja tersungkur,
Aku pernah juga bangun kembali,
Ia mengajar aku pelbagai erti,
Erti kehidupan yang sebenar.

Setelah diajar oleh mehnah,
Aku mahu langkah yang istiqomah,
Dan kini aku mahu mengotakan kata,
Lillahita'ala, LANGKAH TERCIPTA lagi!

Robbana Yusahhil!

Jangan Sampai Ditangkap!

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah atas segala nikmat pemberianNya, selawat dan salam buat baginda junjungan Muhammad Rasulullah.

Sekadar memanfaatkan ruang yang diberi olehNya, ana suka untuk menggunakan sekadar yang terdaya buat mengisi kelompongan hati sendiri dengan tulisan yang entah isinya mampu digunakan atau tidak, biarlah, asalkan ana mahu menulis, insyaAllah.

Kecamukan politik Malaysia yang tidak pernah sepi2, kali ini telah ditambah lagi perisanya dengan keaadaan yang lain pula, apa dia?...Mantan mufti pula yang ditangkap, alasannya, tiada tauliah untuk menyampaikan ceramah, erm, tauliah itu apa ya?...ana sememangnya insan dhaif lagi kurang ilmu, maka telah diberitakan bahawa seorang pensyarah, mantan mufti, mantan ahli majlis fatwa, yang telah dikenali latar belakang dan ilmunya, dinafikan hak oleh JAIS utk memberi kuliah...dengan hal ini ana yang dhaif ini makin keliru apa ertinya tauliah yg diperlukan oleh JAIS lagi?...yang menyeronokkan lagi telah dibawa segerombolan anggota Polis utk menahan mantan mufti itu, wah, hebat benar, mungkinkah mantan kita itu punya M16 dan beberapa butir bom tangan?...agaknya.

Ana bukan mahu membela mantan itu, dia tiada kene mengena pun dengan ana, bukan ayah saudara, mahupun sepupu sepapat yang terdekat, cuma dalam menilai gaya tindak tanduk pihak yang menahan itu, lagaknya semacam tidak pernah belajar pula, nak kata jahil pastinya tidak, nak kata pandai, mungkin lagilah tidaknya. Lihat saja Selangor negeri kesayangan itu JAIS, cuba bilang kelab2 malamnya, dengan arak2 yg bertebaran, judi dan nombor ekor berleluasa, pelacuran dan segala macam perkara ma'asi yang lain, sudah lihat?

Ana baru katakan gejalanya, belum lagi ana katakan si pelaku2 ma'asi yang tidak langsung mampu dihitung, sebut saja siapa, Dato'?...Datin'?...pastinya tidak terbilang, maka ana mahu tanya, JAIS mengapa tidak utamakan yang itu dahulu?...kenapa mantan mufti yg akhirnya dilepaskan tanpa pendakwaan itu yang didahulukan sedangkan si pelaku ma'siat tadi bebas melata tidak kira tempat tidak kira pangkat?...oh, mungkinkah JAIS yang bijak akan memberikan alasan mereka tiada tauliah?...ana senyum saja.

Mungkinkah juga JAIS itu mendapat tauliah untuk tidak mempedulikan kelakuan yang terang2 memancung syari'atullah itu?...sebab itu jugalah mereka berani menjeling saja atas pelaku2 ma'asi itu dengan sebelah mata sahaja, ya, mungkin JAIS ada tauliah ini, tauliah utk membenarkan segala kelakuan ma'siat yang lain...ana senyum lagi.

Ana terdengar suara besar JAIS yang hebat berkata, bidang kuasa mereka lebih besar dr kerajaan negeri Selangor dalam penguatkuasaan undang2 Islam, ana jadi teruja mendengarkannya, tapi ana tersipu2 malu sendiri pabila yang ditangkap bukannya penjenayah mahupun pelaku ma'asi, tetapi sasarannya seorang ulama'...ah, ana sendiri menjadi malu walaupun encik JAIS itu bukan ayah saudara ana mahupun sepupu sepapat.

Tidak perlulah JAIS menghujahkan apa2 lagi demi membela penahanan itu, mantan itu mungkin ada terlanjur katanya, akan tetapi tidaklah beliau seorang penjenayah hebat yang perlu ditahan sebegitu rupa, jangan lagi gunakan alasan tiada tauliah, itu sudahpun boleh digumpal2 dan dbangkul sampahkan. Yang benar2 perlu bagi JAIS supaya tidak dikata jahil nanti, ubah lagak, dan tonjolkan gaya sebenar pejuang agama dengan membanteras segala kelakuan yang memancung syariatullah, bukan sekadar2 saja tapi sepenuh tenaga.

Entahlah, 1 Malaysia sekarang, macam2 hal yang terjadi, kecil ada, besar pun ada, yang lucu pun ada, yang lucu tak menjadi pun ada juga. Kecamukan ini ana kiranya tidaklah lain, hasilnya kerana cakap sahaja besar dan berdegar, pelaksanaannya saja yang kecil molek sgt sampai tak kelihatan, sama2 lah muhasabah, kita semua manusia biasa, perlu utk refresh setiap masa. Sekadar itu saja, ana undur dulu.

p/s : Untuk sekalian imam, ulama', pendakwah dan yg sewaktu dgnnya, hati2 kerna anda sedang diperhatikan, untuk sekalian tokey judi, bapa ayam, tokey kelab malam, pelaku2 ma'siat, usah takut, anda sememangnya dilindungi...fikir2kanlah...

Tasawwur ~ Ahlami


Aku bukan pendeta

Aku juga bukan pujangga

Bukan niat mahu bermadah bicara

Hanya itu yang mampu ku kata


Tidak sekali mahu permainkan

Sebuah dustur dari ilahi

Sudah dikata aku bukan pendeta

Tetapi sedarku jua adanya pencipta


Ku sedar siapa diri

Ku sedar kau juga sedari

Tetap jua ada yang membatasi

Ku tahu itu siapa, laknatullah pencetus benci


Suatu realiti sama dilalui

Sama2 mengejar erti

Erti diri yg kadangnya rumit

Tetap jua usaha mengerti


Pernah sekali ku gagah berdiri

Pasti dengan pengertian diri

Tapi kini jadinya keliru

Apa itu dusta dan apa itu nyata


Bisakah yang nyata menjadi dusta

Atau yang dusta menjadi nyata

Ku rayu lagi pengertian

Mahu ku peroleh sebenar benar makna


Kalam mu walau kudengar mahupun kubaca

Yakinku datangnya dari hati

Ku kenal hati suci itu

Tidak menipu tidak berdusta


Ku titip erat janji

Tidak sekali luntur hati

Kupegang teguh kalimah bicara

Kerna datangnya ia darimu


Aku sendiri mengolah janji

Sahutannya jua kudapati

Tidak sekali ku dustai

Kerna ku tahu dusta itu duka


Diri ini dan diri itu

Mungkin sulit kondisinya

Ku renung jua sedalam yg mampu

Ku tunduk sujud menghambur mutiara


Tetap jua ku peroleh keyakinan

Darinya pasti bukan tipuan

Ku gagahkan hati kembali berdiri

Kerna yakinku dasarnya dari yang satu


Dirimu dan diriku

Anugerah itu mulia

Jangan biar dinodai

Tanpa satu erti yg mengikat diri


Aku tetap aku

Kau tetap engkau

Aku memahami dan engkau mengerti

Keyakinanku dan keyakinanmu


TIDAK LUNTUR TIDAK GOYAH!


* Maksud sebenar wacana ini adalah berdasarkan pada tasawwur dan tafsiran QURRA' sekalian, ana dengan hak ana, kalian dengan hak kalian...yang pasti ia membawa satu erti...moga bermanfaat.

Berehat Sudah, Berhenti Pun Sudah...Jom Teruskan Perjalanan!

Bismillah...

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kehadrat ilahi, Pencipta kita Pencipta maya, Rabbul'Izzah yang Maha Kuasa. Selawat dan salam buat junjungan kita kekasih Dia, Muhammad Rasulullah.

Ke mana ana menghilang seminggu ini?...tak hilang cuma menyorok sekejap, sebagaimana posting pemberitahuan sebelum ini, itulah sebabnya kehilangan sementara ana...rindu sungguh pada Wadi al Qurra'. Rindu sungguh, tapi bila dibuka saja laman ini, terus aja longlai lemah gemalai mahu menaip, ehehe...maklumlah sudah bercuti, jemari pun turut bercuti, maka rasa mahu lagi terus terusan dengan cuti.

Sebenarnya baru sahaja sampai di bumi melaka pagi tadi dan sampai pula MMU ditengah hari, sempat lagi merewang rewang...mata sudah mengantuk, kaki sudah longlai, namun tetap jua merewang dulu, sudah tahu, di rumah sewa tu pastinya tiada lagi teman yang sudah kesampaian. Mengintai ngintai pakej celcom broadband, mencari modem yang murah sekali, mahu cop dulu, belinya kemudianlah, tak makan jawabnya beli sekarang.

Qurra' sekalian, asalnya ana mahu menulis yang lain, ada artikel sudah di'draft'kan, tapi cuma tajuk saja yang ditulis, tak jadi pula menerus hajat melanjutkan...sebabnya ana sekarang berada di awan awangan...mengantuk, pening, bercampur baur bersekali...bila bendasing itu bercampur baur pastinya menghasilkan satu produk yang kita namakan MALAS. Kalau di lanjutkan menulis, maka pasti merapu rapulah ana, sepertimana kemerapuan ana sekarang...hehe

Meh nak cite...hehe...baliknya ana dalam jangka masa seminggu yang lepas awalnya banyak juga yang dirancang, mahu ke situ, mahu ke sini...ish, tak cukup kaki haa kalau nak ikut. Tapi akhirnya, terlebih kaki pula, memang cuti kali ini sepenuhnya digunakan untuk menikmati aroma kampung halaman nan indah itu =D. Bukan apa, nak berjalan merata riti boleh saja, tapi rasanya lagi baik abiskan cuti dengan femili, tak begitu?...begitula kan...hehe

Dalam pada tak sempat berjalan tu, sempat juga menjenguk2 ke Kota Bharu, jalan2 cari makan dengan keluarga...memang seronok!=)...nak dijadikan cerita, waktu pulang tu kebetulan pula lalu didepan istana...ya...kebetulan pula sekarang kelantan tengah meriah dengan sambutan hari keputeraan sultan, maka warna warni di depan istana itu menarik perhatian ana untuk berhenti sekejap sambil ber'posing'...ish...xde keje...=D









Orang Kelantan sudah lekat dgn sebutan 'Puja Umur' bagi sambutan hari keputeraan...tapi ana cukup tidak suka dengan sebutan sebegitu, buat apa mahu dipuja2 umur, sultan mmglah sultan, tapi Umur Rasulullah SAW pun tak pernah dipuja2...tapi begitulah kebanyakan, terutama kalangan rakyat veteran, puja umur menjadi istilah biasa, ana tak suka, kita mahu ubah ini!...insyaAllah.

Ana terus bercerita ya, satu lagi agenda menarik yang sempat ana tangkap dan muatkan di sini adalah khutbah jumaat di kampung, ana cukup tertarik dan senang hati, khutbah kali ini sirahnya bersekitar tentang Bumi Barokah Sang Pejuang itu!..ya..ia tentang Palestin, ana cukup teruja dengan khutbah itu bukan hanya kerana palestin, tetapi kerana sikap masyarakat dan pihak2 yang berwajib terus terusan dengan peringatan soal bumi barokah itu. Cukup bersemangat imam ketika membaca, menunjukkan musim syita' bagi cerita juang di Palestin masih belum tiba, dan insyaAllah isu ini akan tetap panas membara sehingga akhirnya.

Itu sedikit sebanyak tentang perjalanan cuti ana, cuma kali ini ada satu yang ana sedikit terkilan, perancangan lain itu ana biar saja walau tak menjadi, tetapi yang satu ini, terkilan juga sebab tidak menyempatkan diri mengahdiri kuliah Tok Guru di Pulau Melaka(Kelantan). Mutiara2 dari beliau tidak sempat pula dikutip, rugi!...insyaAllah lain kali.

Mahu mengomel lagi sebenarnya, tapi rasanya cukuplah dulu,pening + mengantuk menghalang untuk ana terus berkongsi...insyaAllah, tunggu ngomelan ana yang berikutnya pula ya...sekian

*Gambar dibawah tiada kene mengena dengan posting di atas, hanya memenuhkan ruang kosong sahaja =D

(Bersama keluarga - Jalan2)

(Posing dengan anak2 =D)

(Makan kuaci cam tengah bernasyid le plak)

Berehat Sebentar, Berhenti Seketika...

Bismillah...

Alhamdulillah syukur kepadaNya, selawat dan salam buat kekasihNya, Muhammad Rasulullah.

Buat makluman, perkongsian di Wadi al Qurra' mungkin akan terhenti seketika dalam jangka masa seminggu, ana pulang bercuti bertemu mata dengan keluarga tercinta...:)

Sebenarnya tak perlu diumumkan pun takpa, tapi rasanya ana menggalas tggungjawab utk menerang, kalau dtg pengunjung tp tiada bicara2 yg baru, sedikit sebanyak mungkin mengecewakan. Kita menulis kerana Allah, kerana jalan dakwah dan islah...mgkin juga pengunjung tidak peduli lansung posting disini, tp tetap jua ana rasa bersalah jika tidak menerang begini...tanggungjawab bila kita sudah mantap utk berbuat sesuatu...maka peganglah ia seteguh teguhnya...insyaAllah


Teringat pula kata2 Badiuzzaman Said Nursi :

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."


Semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi, oh ya, sebenarnya sehari dua ini ana dibekalkan dengan satu keyakinan yg amat teguh, benarlah janji2 Allah...Dia tidak akan menghampakan hambaNya, hanya perlu utk kita pasakkan keyakinan dan keteguhan dalam keimanan kita kepadaNya, YAKIN lah!...dan itulah yg ana lakukan, sedayanya meletakkan keyakinan kepadaNya!

Sessungguhnya Dia telah menunjukkan yg keyakinan itu berbalas, kerana itulah janjiNya kepada seluruh hambanya, apa yg diberi beraliran, sejalan dengan apa yg ana pinta dan mohon...petunjuk2nya diberi sedikit demi sedikit, dan keyakinan juga datang dariNya membuat diri tetap teguh dengan JANJI2 itu...betapa kasihnya Yang Maha Kuasa itu kepada hamba2Nya!

Yang haq tetap ditempatnya, yang batil tetap ditempatnya...BENARLAH!...BENARLAH!...BENARLAH!...


Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "

HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah


Maksud firman Allah SWT :
" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "

Ghafir : 60

Maksud firman Allah SWT :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Al-Baqarah: 214

Benarlah segala galanya!...keyakinan hambaNya tak kan dipersia sama sekali kerana itu janjinya...Maafkan ana kerana bermonolog sendiri, maaf membuat QURRA' sekalian terpaksa membaca bicara sebegini...tetapi teman ana pasti akan sepenuhnya faham monolog ini, tidak pastilah sempat atau tidak teman membuka laman ini, tetapi pasti akan difahaminya...:)...syukran kepada teman...ana undur dulu...ilalliqo..

Bumi Barokah Sang Pejuang - Buat Mereka Yang Masih Punya Akidah!

Bismillah...

Alhamdulillah, masih lagi dengan rahmatNya kita disini dan dengan nur kekasihNya kita diterangi. Setinggi syukur buat Pencipta yang Mencipta, selawat dan salam buat kekasih yang dikasihi, Muhammad Rasulullah.

Maksud firman Allah :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
al Baqarah : 120

Adapun kali ini jari jemari ana kembali menari mengungkap kata melakar bicara kerana mahunya menunai janji yang dilafaz kepada diri. Janji kepada diri agar tidak cepat serta mudah terkesan dengan kesejukan dan buaian mimpi indah yang diulit ulit nikmat duniawi sedangkan MEREKA masih lagi dibuai sengsara juga duka. Apa khabar sahabat kita di Palestin?...ana tidak mahu bertanya yg sudah pergi itu, mereka sudah mendapat apa yg mereka MAHU, yang kita mahu tahu mereka yang masih terkesan itu...apa khabar?...apa khabar mereka?...sudah lupakan semua QURRA' bertanya khabar mereka?...oh ya, mungkin disebabkan assignment, mungkin juga sebab awek, mungkin juga sebab sibuk berprogram...sibuk berusrah juga mungkin...sebab itu terlupa saudara kita disana, mungkinkah begitu?...tepuk dada tanya iman.

Masing2 sudah pandai menilai diri, tidak perlu lagi diajar berkali kali, cuma perlu diingat ingat saja, mereka di SANA tidak pernah dan tidak lekang dengan perjuangan, hari2 mereka dilalui dengan tangis dan duka...itu bumi PERJUANGAN! tidak sesekali berpeluang seperti kita enak2 dengan nasi lemak di awal pagi, nasi campur ditengah hari, mee sup pula di malam hari, indah sungguh dunia! kenapa mahu syahid?...dunia ini sungguh indah!...benarkah begitu?...muhasabah sendiri wahai si bijak dan si pandai...:)

Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan redha, selagi tidak kita patuh kepada mereka...ya kita di sini, Malaysia nan indah lagi permai di bawah pemerintah yang 'ADIL' dan 'SAKSAMA' juga pasti terkesan dengan Yahudi dan Nasrani, tapi kita tidak didatangkan ujian dengan mortar atau bom kimia seperti mereka disana, kita masih lagi mampu makan sup ekor, tetapi mereka disana hirup sup kosong berlauk batu mungkin...sedarlah, jangan leka dari keprihatinan terhadap sahabat disana!...jangan leka! jika kalian masih lagi punya hati, jiwa, rasa, dan AKIDAH!

Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Hudzaifah bin Yaman r.a. :

"Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka"
HR : at Tabarani

Setiap patah bicara ini buat hati ana sendiri, jika tidak diingat begini pasti hati akan mati, bukan hati QURRA' sekalian tapi hati ana sendiri...ana tahu kalian punya hati yang cekal dan mantap, tetapi tidak ana yang punya hati lemah dan tak bermaya. Ana terkesan dengan satu kisah yang sempat diceduk dan dihadam entah dari mana, sirah seekor kera yang bergayut di sebatang pokok dikala angin yang kuat, maka dipegang erat pokok itu seakan mahu bersatu kera dan si pokok tetapi bilamana sudah tamat riwayat angin yg kuat itu, diganti pula dengan angin sepoi2 bahasa yang mengusik jiwa, maka si kera itu terlena dan jatuh lalu mati sendiri di bawahnya.

QURRA' sekalian, ibrahnya dari sirah si kera dan si pokok itu apa sebenarnya ya? itulah diri kita jika hanya hangat2 di masa panas dan sejuk kembali di kala dingin, seolah2 pergantian musim syita' dan soifi pula, sekejap sejuk sekejap panas. Kitalah si kera itu jika hanya waktu TV menayang nayang perang di palestin, kita bangkit juang memakai selendang palestin dan berarak di stadium melawati, KHAIBAR2 YA YAHUD! JAISYU MUHAMMAD SAUFA YAUD! BIR RUH! BID DAM! NUFDIKI YA GHAZZAH!...wah!...kobaran semangat itu menggegar Malaysia dan nusantara!

Tetapi bila tiba musim dinginnya berita2 tentang palestin, sudah kurang di dada akhbar dan TV, tiada lagi BIR RUH! BID DAM!...kembali kepada cara lama adalah, main DAM dikedai kopi, naik haji berkali kali, haji apa?...haji kopi! lagi hebat!...boikot sebelum ini bukan main, nampak saja lambang McD terus palingkan muka, tetapi bila sudah sejuk anak beranak diajaknya dinner makan prosperity burger, enak sekali!...apakah tidak kalian perasan, jika begitu sikap kita, maka kera yg jatuh tadilah dapat membayangkan sifat kita, bukan kita menjadi kera, bukan juga kita mati akibat jatuh pokok!...tetapi jiwa dan rasa itulah yg telah hilang dan mati...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya menderita"
HR : Bukhari

Bumi Palestin adalah bumi perjuangan, tidak akan terhenti perjuangan di bumi barokah itu sehinggalah datangnya Nabi Isa A.S menghapuskan Dajjal si perosak. Wajiblah untuk kita tetap dan teguh berdiri di belakang mujahidin disana, jika tidak mampu menjadi benteng2 hadapan sebagai syuhada', dokongilah mereka semampu mungkin, infaklah harta, atau apa sahaja yang mampu dilakukan. Doa jangan dilupa, itu senjata utama kita umat Islam. Jangan lagi terus enak melayan rasa sendiri2...sedangkan saudara kita dilanyak setiap hari, jangan mencari murka Allah...jangan begitu, jangan menjadi hina sebegitu rupa!...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”
HR : Ahmad & Abu Daud dari Thauban

Mengenang Perjuangan dibumi syahid itu, membuat diri terasa cukup kerdil, membayangkan jiwa2 besar dari tubuh2 kecil, hanya dengan balingan batu mahu menawan kecanggihan jentera2 kebal yahudi zionis itu, apa yang mereka fikir sebenarnya, logik akal mana mungkin ditewaskan si gajah jika diserang seekor semut, tapi bila difikir2 si Namrud pun tewas dengan seekor nyamuk saja, kuasa Allah!...tetapi tetap jua semangat juang dari batang2 tubuh kecil anak palestin itu amat menggegar jiwa...mereka telah lali dengan bedilan mortar, mereka sudah lali dengan dentuman2 peluru berpandu...sungguh! mereka punya jiwa dan semangat yang amat besar!...jiwa dan semangat kita bagaimana pula?...Benarlah sabda Rasulullah SAW...

Maksud Sabda Baginda SAW :

“Akan sentiasa ada segolongan dari umat ku yang berjuang atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh sesiapa yang menentang mereka dan apa yang menimpa mereka dari kesengsaraan sehingga datang urusan Allah taala. Para sahabat bertanya “Di manakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Mereka di Baitul Maqdis dan sekitaran Baitul Maqdis.”
HR : Ahmad

Marilah bersama sama mengusahakan agar diri kita termasuk didalam golongan yang disebut Rasulullah SAW itu, mungkin tidak di barisan depan, tetapi tafsiran ulama' ada mengatakan sekitaran Baitul Maqdis itu adalah mereka yang jiwa2 mantap untuk memperjuang dan mempertahankan Bumi Barokah itu...tidak kiralah dimana, Malaysia, UK, Russia...pedulikan batas georgrafi...sematkan sungguh2 semangat mahu membela dan mempertahakan bumi perjuangan itu!...panaskan kembali, jangan sejuk2 lagi...:)



Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!


Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Ghazzah!

Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Ghazzah!

Berpusing - pusing @ Meronda - ronda

Bismillah...

Hari yang cerah seakan mengizinkan matlamat ana, setelah dari malamnya ana berkira kira mahu meronda sedikit di bumi Hang Tuah ini akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya pada perkiraan asal mahu meronda ke KL untuk demo PPSMI, tapi tak jadi..dan akhirnya, berlegar ke mana?...Begini sirahnya...

Kali ini ana berkesempatan menunai hajat atau boleh dikatakan hobi, berjalan sendiri2 dengan menaiki bas :D. Kenapa begitu?...sememangnya begitulah kesukaan ana, setiap semester ana akan meluangkan masa untuk diri sendiri, keluar seorang2 dengan menaiki bas, menarik bagi ana, bagi kalian?bukan hak ana menjawabnya.

Semester ini, ini adalah kali pertama ana dapat keluar sendiri2, jangan ditanya berapa kali keluar dengan sahabat2 lain pula, ana tak mampu membilangnya...tidak cukup jari...hehe. Agak pelik bukan kesukaan yang sebegini, tetapi kepelikan ini adalah dengan bersebab pastinya :)

Satunya, bila keluar sendiri begini ditambah pula dengan menggunakan bas sebagai medium untuk mencapai hajat ke sesebuah destinasi, bagi ana ia akan lebih membuka minda, dan membuka mata. Ana memang agak gemar memerhati, telatah2 manusia, jalan2 yang dilalui, bahkan memang kesukaan ana menghafal nama2 tempat dan jalan yang pernah ana sampai. Memerhati itu sebenarnya besar manfaatnya, manfaat untuk diri lebih mengerti kebesaran Allah.

Maksud firman Allah :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Satu pengalaman menarik yang sempat ana tangkap di kala rondaan ini adalah bila ana ke Tesco, sebelum itu mahu ana jelaskan yang ana sendiri telah mula pendekatan memboikot Tesco. Jadi kenapa ke Tesco?...teruskan membaca, seperti yang ana katakan pada awalnya, berlegarnya ana hari ini adalah demi memenuhi tuntutan kesukaan ana, iaitu MEMERHATI. Ana ke tesco mahu memerhati sejauh mana kempen boikot telah berjaya. Pada amatan ana, mungkin ana tersilap, tetapi setakat yang ana lihat, memang ramai manusia di gedung itu, tetapi kebanyakannya bangsa cina, dan di Malaysia pastinya bangsa cina itu majoritinya bukan Islam. Tepat atau tidak pemerhatian ana, ana tak tahu secara pasti, tetapi itulah yang ana nampak. Mungkin kebetulan hari yang ana pergi Melayunya tak ramai...wallahu'alam...tapi jika memang begitu pada hari2 dan masa2 lain, nampaknya dah ada kesan.

Selainnya seperti biasalah, mata ini banyak menangkap kelakuan2 yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, couple, pegang2, body ditayang2...ah...betapa lemahnya diri, lemah sungguh...tak terdaya melaksana nahi mungkar sedangkan begitu ramai sahabat2 diluar sana yang masih memerlukan...hrmm...dari itu masih lagi ana dapat menterjemah satu lagi pengajaran, ana masih LEMAH!...di dalam 'lingkaran' kita, mungkin kita mampu menegur sahabat dan rakan, tetapi bila diluar 'zon' kita? di tempat2 awam contohnya...ana akui, ana amat lemah disitu...tetapi insyaAllah..masih mencuba cuba...semoga kita diberi kekuatan untuk itu...ameen ya Allah...

Itu sedikit sebanyak pengajaran yang ana dapat, selanjutnya mahu pula rasanya ana berkongsi rasa menceritakan destinasi2 yang sempat ana singgah. Mulanya tempat yang dirancang adalah Jusco, gedung terdekat dengan MMU, ada sesuatu yang mahu dicari. setelah berputar putar tidak pula nampak sesuatu itu bahkan sesuatu yang lain pula dapat di gendong...hehe. Apa tidaknya, setiap kali melintas kedai2 buku pasti saja kaki ini menari mengikut rentak sendiri :D

Popular Bookstore di jusco memang sudah jadi kebiasaan, tetapi yang berlainan sedikit kali ini adalah beliannya. Selalunya bila ke mana2 kedai buku sekalipun mata ana juga akan menari mengikut rentak sendiri mencari2 judul2 atau kitab2 berkaitan fiqh, syariah, sirah, tawarikh, akidah...dan novel islami juga, begitulah kebiasaannya. Kali ini luar biasa pula jadinya, karya Dr. 'Aidh yang menjadi pilihan, pastinya QURRA' sekalian tahu yang karya beliau selalunya berkitar dalam lingkungan motivasi, walaupun memang ada karyanya dalam bidang fiqh dan lain2...tetapi beliau itu terkenal dengan motivasinya yang mendidik jiwa.

Agak pelik jugalah, bukan tidak biasa membeli buku motivasi tetapi sebelum2 ini ana beli bukan untuk diri sendiri. Mungkin kali ini ana rasa hati ana memerlukannya, ya...ana perlukan karya Dr. 'Aidh!...dua buah buku karangan beliau ana sempat dapatkan. Yang lucunya, bila mahu bayar saja, pulusnya tidak cukup...ana senyum dekat akak kaunter tu, "akak, ATM kat mane ye"..:D..Alhamdulillah, setelah ditunjukkan tempatnya, ana selesaikan pembayaran dua karya bertuah itu.

Gayanya, macam sudah selesai, tapi bila keluar dari Jusco ana rasa masih tak puas dengan rondaan ana di tambah pula apa yang dicari masih belum jumpa...ana teruskan lagi dengan perjalanan ke Melaka Central(Bus Station), dan selepas itulah ana ke Tesco. Dalam rondaan di sana, dapat ana perhatikan, agak ramai manusia turut serta dengan ana, bila difikir2..ya!..isnin ini kan cuti...pastilah ramai yang mahu pulang kan. Eh, kenapa ana tak balik kampung?...kalau kampung di Kelantan, rasanya masa amat mencemburui. Asalnya memang telah berkira mahu ke rumah abang di Klang hari jumaat, dan merancang juga mahu ke demo PPSMI...tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...

Maksud Firman Allah :

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)
al Qamar : 49

Meronda rondalah ana di Melaka Central dan Tesco yang memang berdekatan itu, setelah puas mencuci mata, cuci dengan apa?...dengan buku2 lah..:)..boleh dikata disetiap tempat yang sempat ana sampai itu ada kedai buku, jadi apa lagi...masuk saja..:D..tapi sudah cukuplah dengan 2 buah buku tadi...yang lain tengok2 saja. Sambil2 itu ana terus2 juga memerhati dan pada masa yang sama, apa yang ana suka bila keluar sendiri2 ini...masa dan ketenangan untuk berfikir itu ana akan perolehi...bila memerhati ana suka berfikir dalam keadaan yang tenang...dengan harapan dapat mentafsirkan segala pemerhatian itu kedalam bentuk pengajaran...pengajaran buat diri ana sendiri tentang hakikat kelemahan diri...moga Allah memberi kesempatan dan peluang untuk itu...ameen ya Allah.

Habis sudah dengan pemerhatian dan rondaan ana beransur pulang...barang pada asalnya dicari tidak juga ketemuan, biarlah...ana rasa sudah lebih dari itu yang ana dapat hari ini. Sudah tamat hikayat pusing2 @ ronda2 kali ini, sedikit sebanyak dapat sudah ana penuhi kesukaan diri. Moga bermanfaat...

BTN Dan Lembu

Bismillah...

Hah??...sehari sampai 2 post?...suka hati ana la...hehe
Mulanya tadi mahu menggabungkan 2 tajuk dalam satu posting, tetapi bila difikir2 baik buat 2 posting aja, baru nampak rajin sikit...yelah, takut2 x nampak kerajinan ana ni kan...=D

BTN?...apa tu?...makanan ke?..sedapnyaa!...heheh...Ok2, jangan melalut lagi. BTN atau Biro Tata Negara adalah dengan rela hati dan berbangganya ana mengklasifikasi Makhluk BTN ini adalah satu alat kerajaan UMNO-BN bagi mempromosikan kebatilan...wallahu'alam.
Mengapa BTN menempah nama di Wadi al Qurra?...sebenarnya secara x sengaja, setelah ber'chating' dengan seorang sahabat UITM...Dia telah menceritakan satu program BTN telah di adakan di sana.

Setelah diceritakan kisah2nya, memang tidak kepelikan langsung ana mendengarnya akan ketaksuban penceramah2 BTN terhadap kebatilan, tetapi yang menjadikan BTN menjadi tajuk kali ini adalah kerana, diceritakan penceramah di program itu demi menunjukkan ke'gagal'an pemerintahan PAS kelantan, telah mengatakan bahawa rakyat kelantan ini sanggup mencuri lembu dan menjualnya dan mengatakan daging itu halal.

Fokus ana adalah kenapa seorang penceramah yang bergelar pensyarah boleh bercerita begitu demi menegakkan benang yang basah?...ana kesiankan dia yang telah berjaya memperbodohkan dirinnya. Beliau telah berjaya menunjukkan mentaliti yang amat kolot dan ketinggalan zaman...SYABAS!!!

Ana bukan mahu menyangkal cerita yang di bawa pensyarah itu, tetapi rasanya QURRA sekalian sudah dapat menangkap maksud ana, membawa cerita2 begitu demi menjatuhkan pembangkang amnya dan PAS kelantan khususnya, agaknya lembu cuma ada dikelantan sahaja, dan perompak2 lembu itu juga hanya berada di Kelantan...ah...lemahnya mentaliti seorang pendidik!...