.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

" Aku Sepertimana Sangkaan Hambaku! "

Bismillah...

Maha suci Allah, tuhan sekalian alam, telah mengurniakan lagi sedetik waktu buat ana melontar kata, mencoret rasa, thumma Alhamdulillah!, kalian2 juga, ucapkanlah syukur atas segala nikmat dariNya, jangan bertangguh jangan pula malas. Selawat dan salam buat baginda junjungan, sosok mulia peribadi agung, ikutan seluruhnya, Muhammad Rasulullah SAW.

Ana sangat penat sebenarnya, tadi, dan sejak dari ahad lepas, ana dan sahabat membantu untuk menguruskan tempahan makanan Shimah Catering bagi pelajar baru MMU, mereka sedang dalam minggu orientasi sebenarnya. Memanglah penat, tapi hari ini, penat ana kurang terasa, sampaikan saat ana menulis ini pun ana masih belum lagi makan tengah hari, perut terasa kenyang, hati pula agak terkedu, ana mahu kata ana gembira, tapi istilah gembira tidak menepati perasaan ana, yang lebih sesuai, ana rasa, ana semakin menjadi hamba, hamba Allah Rabbul 'Alamin yang telah dimudahkan olehNya atas urusan kehidupan.

Allah berfirman, maksudnya :

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

Hadith ini sebenarnya telah lama ana pegang, siapa ana tidak mahu memegang satu hadith Qudsi?. Namun semalam, ana sempat untuk ke kuliah Ustaz Zulkifli ( Baitul Qurra' ) di Bukit Katil, seorang ulama' yang sgt ana hormati. Ustaz telah menyebut hadith ini dan menceritakan bagaimana pengalamannya yakin dengan hadith ini, seterusnya dimudahkan oleh Allah untuk mencapai hasratnya. Ana mendengarnya, dan ia alhamdulillah menambahkan lagi keyakinan yang sedia ada, ya!...Allah akan bersama dengan sangkaan hambaNya jika di ikhlaskan hati, usaha, tawakkal, taqwa, dan semua syarat2 perlulah dijaga.

Jika semalam, ana mendengar pengalaman Ustaz Zul, hari ini, hamba yang hina ini telah diperlihatkan satu lagi kebesaran Allah yang Maha berkuasa, Dia memperlihatkan kekuasaan dengan sifat al Jamal-Nya. Allah menunjukkan keindahan sifatnya pabila kita meletakkan keyakinan yang penuh padaNya, " Aku sepertimana sangkaan hambaku! ". Lorongan dan petunjuk darinya, jika kita gagal membaca dan mengikuti, amatlah rugi, bahkan celakalah bagi yang menolak panduan Allah, ana tidak mahu menjadi yang celaka itu!. Jadi ana berusaha mengkuti satu demi satu, tingkat demi tingkat panduan dari Allah, walaupun ianya kadang datang syaitan mahu melencongkan ana dari laluan, tapi, Allah itu amat berkuasa, alhamdulillah, syaitan itu tersungkur!.

Pagi tadi, ana menerima satu SMS yang membuat ana berfikir, tertuduk, dan terus sujud mengalirkan mutiara lelaki, semalam ana mendengar hadith " Aku sepertimana sangkaan Hambaku! ", pagi ini Dia telah merealisasikan salah satu impian yang amat besar buat diri ana, segala puji bagi Allah!. Qurra' yang dikasihi sekaliannya, janganlah meragui bantuan Allah, sesungguhnya tiada keraguan padaNya!, yang menjadikan kita gagal bukan kerna Allah mahu menzalimi, bukan jua Allah tidak mahu mengizinkan, tetapi kita sendiri yang masih ragu akan kekuasaanNya!.

Sebagai hamba, jangan sesekali betindak sebagai tuhan, jadilah hamba yang benar2 mengharap, dan ana sebenarnya tiada kata lagi, cuma ucapan syukur yang mampu dilontarkan. Ana menulis bukan mahu berkongsi kegembiraan, teapi ana mahu berkongsi rasa sebagai hamba, hamba yang tidak mampu melangkah sedikit pun jika tiada keizinan dariNya. Semoga Allah mempermudahkan segalannya. Langkah seterusnya akan di mulakan dengan izinNya, jika sebelum ini 'Langkah Tercipta', kali ini langkah bakal diteruskan, bantuanMu ku pohon ya Allah!



ps 1 ; Syukur alhamdulillah, dan syukran kepada yang berkenaan, demi Allah!, ana sangat2 menghargai penerimaan yang diberikan!, maka biiznillah penerimaan itu akan menjadi langkah kita untuk terus thabat dengan perjuangan, tegar dengan jalan pilihan, mantap dengan pegangan, dan semoga berbahagia dari mula hingga ke syurga sana!...Allahumma ameen!...semOga dipermudahkan dalam segala sesuatu!...:)

ps 2 ; Dua hari lepas, Ustaz Hasrizal datang ke MMU Melaka, satu penyampaian yang sangat menarik dari Ustaz, dan salah satu pOint yang ana amat bersetuju dan ingin kongsikan adalah " Manusia yang berubah kerana terpaksa adalah mangsa!, sedangkan manusia yang berjaya adalah manusia yang memaksa diri untuk berubah! "...renung renungkan, insyaAllah...

6 comments:

gembira? ada berita gembira ker?..share2 la..

;)

 

share?...insyaAllah, just wait n see, the time will cOme...:)

 

i think u know aready la...huhu

 

salam..harini ALLAH mentakdirkan ats sy membaca post blog saudara..natijahnya, air mata penyesalan dan faqirnya diri saya kpd ALLAH..Alhamdulillah ALLAH masih sayang pada hambanya..wlupun sayang hamba itu kpdNYA tak menambah atau mengurangkan kekuasaaNYA dam kebesaranNYA

 

Alhamdulillah,sy t'haru m'baca post ini.terima ksh. ini juga merupakan kali pertama sy menemui blog saudara. Ternyata, ayat-ayat yg ditulis begitu terkesan. semoga Allah merahmati saudara & keluarga saudara.