.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah buat kesekian kalinya, jangan leka ucap puji dan syukur kerna nikmat dan rahmatNya tidak pernah terhenti walau sedetik. Buat baginda insan mulia, Muhammad Rasulullah penghulu ummat, jangan dilupa selawat dan salam.

Seketika lagi waktu diberi oleh MMU tercinta buat ana melepas lelah dari menghadapi perperangan jiwa dan pena. Kali ini 3 hari waktu diberi, Sabtu nanti paper last, insyaAllah last paper untuk ana ambil di MMU. Tadinya sudah satu paper yang amat "senang", kata orang tua2 macam kacang ja, tapi ana up lagi sedikit, macam kacang lupakan kulit ja!. Sebenarnya ana sedang mempraktiskan teknik reverse phsycology untuk membetulkan kembali saraf2 otak yang sedang berpintal ketika ini, think positive is a MUST!

Oh ya, kita tinggalkan saja zul wadiqurra' dengan sarafnya yang berpintal itu, sekarang sama2 kembali ke dunia nyata. Kalam ana dipaksa lagi untuk berbicara tanpa suara kali ini kerna melihatkan Wadi al Qurra' semakin merindui tulisan tuannya, mungkin laman ini akan merajuk jika dibiar lama2, ana tak mahu nanti ada makhluk2 halus yang datang membuat kediaman rasmi disini. Kita terus saja dengan agenda sebenar, apa itu "Jauh Tak Berjarak, Dekat Tidak Bersentuh?"

Pastinya pelbagai telahan timbul untuk meneka apakah bendanya yang bersifat sedemikian. Bukan QURRA' sekalian saja yang mahu menelah, bahkan ana sendiri pun turut sama berfikir apakah kebarangkalian yang mungkin menjadi jawapannya. Suka hati kalianlah mahu memikirkan apa, tiada skema disini untuk ana berikan markah atau mengatakan betul dan salah. Apa yang terzahir diminda kalian anggap saja itu jawapannya, tetapi kalau mahu tahu apa jawapan dari minda ana, ayuh teruskan pembacaan.

Ana mahu fokuskan dalam permasalahan cinta, rasanya bukan ana yang terbaik membicarakan soal ini, namun ana tak mahu menunggu menjadi yang terbaik baru mahu memberi. Dalam pada kita usaha menjadi yang terbaik, seiringkanlah juga dengan usaha untuk menambah baik yang lain, begitu juga hendaknya kalian, saling memberi juga saling menerima. Ah, teringat pula kata2 Pak Harfan dari Pulau Belitong dalam Laskar Pelangi, " Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak banyaknya!"

Anda ada kekasih hati? pujaan jiwa? atau apa saja yang seangkatannya, ana mahu tanya sudikah kalian jadikan sidia itu sebagai jawapan kepada " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh? "...mahu atau tidak?. Sebelum ana lanjutkan lagi bicara santai ini, ingin ana tegaskan bukan niat ana menggalakkan cinta palsu!. Bicara ini lahirnya kerna kesedaran ana sebagai manusia yang tidak sesekali boleh menolak FITRAH!. Jadi kali ini, semacam satu solusi dan peringatan ana sediakan, fahamilah.

Pastinya, yang tidak bertudung, bertudung singkat mahupun labuh, berkopiah, berjubah, bertopi sudu, semua itu selagi bergelar manusia maka fitrah ingin mencintai dan dicintai pasti hadir. Oleh kerana itulah pelbagai kisah dukacita masih lagi mampu didengar termasuklah soal khalwat antara pasangan ustaz dan ustazah, ini bukan rekaan bahkan kenyataan yang haq!. Tidak segan ana tonjolkan kebenaran demi kemaslahatan. Jika dikalangan orang2 biasa, mungkin boleh di andaikan mereka tidak tahu, tetapi jika si lelaki itu sudah hafaz 30 juzuk, dan si muslimat itu bertudung litup serta dari keluarga kuat pegangan agamanya, apa cerita?

Tidak lain tidak bukan, kerana cinta yang tidak terkawallah salah satu asbabnya. Perasaan cinta itu pasti hadir, akan buruk akibatnya jika tanpa kawalan yang sepatutnya, bagaimanapun jika landasan yang diikuti adalah landasan yang benar maka fitrah itu akan menjadi anugerah. Salah satu solusi yang mampu ana berikan, cuba teliti kata2 " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh ". Sebolehnya jika perasaan sudah mula berbunga2 maka praktikkan ini!

" Jauh Tak Berjarak ", sudi kiranya ana menjelaskan ini sebagai satu kata yang membayangkan sekuat mana rindu mahupun cinta kalian, hadirkanlah didalam hati, sidia yang dicintai itu walau jauhnya beribu batu, tetapi Allah ada untuk menjaganya. Maka buat apa mahu difikir2, dirindu2, dirisau2 sedangkan sebaik baik penjaga sudah ada sebagai penemannya, ragukah kalian akan kekuasaan Allah?. Itu satu, peringkat yang lain pula, jangan terlalu dirisau teman hidup anda jika masih belum punya seseorang, sesungguhnya ia "Jauh Tak Berjarak", sudah ada utk kita insyaAllah, cuma perlu sedikit usaha lagi dan sepenuh tawakkal kepadaNya. Sebenarnya bukan payah mahu mempraktikkan semua ini, jika hati yakin dengan TUHAN!.

Pelbagai alasan itu dan ini diberikan demi menghalalkan yang haram, pada hakikat sebenarnya satu saja alasan yang boleh diberi, TAK YAKIN PADA ALLAH!, renung2 kembali, ada benarnya bukan?. Selanjutnya ana teruskan dengan " Dekat Tak Bersentuh ". Begini, kita mulakan dengan yang mudah dahulu. Selagi mana belum halal melalui syariat Islam iaitu perkahwinan, maka tidak usahlah mencari cari alasan berdampingan, bersentuh sentuhan, ber dating2, tiada hujah yang mampu menghalalkan!. Itu rasanya sudah jelas bukan, namun kita teliti lebih sedikit maksud tersiratnya. " Dekat Tak Bersentuh " bukan saja soal fizikal, bahkan batin juga!

Jika benar kalian sudah punya komitmen dengan seseorang, jangan sampai ia membenarkan perasaan masing2 saling bersentuhan sehingga membawa kepada lagho dan zina batin!. Sedekat mana pun hati kalian dengan sidia, tetap jua perlu diingat garisan yang telah ditetapkan Islam. Jika tidak mampu kawal maka cepat2 lanjutkan keperingkat yang menghalalkan semua itu, jika tidak mampu melanjutkan keperingkat itu, maka atas dasar apa kalian memberanikan diri melawan arus dan mempermainkan dustur ilahi? atas dasar apa komitmen hubungan itu diteruskan?...atas dasar apa sebenarnya kalau bukan dasar keberanian menderhaka kepada TUHAN semata?...sedarkah?

Mahu bicara soal cinta ini memang tiada sudahnya, akan berlanjutan saja sampai tak sudah, namun ana perlu sudahkan juga kerna telah mulakan. Sebagai ingatan kepada diri juga kepada yang sudi, jika tidak mampu dari awal, jangan sesekali cuba melawan arus, arus manusia ana tidak risaukan, tetapi jika melawan arus yg ditetapkan Allah, maka sakitnya tak sudah nanti, ingat ya!. Oh ya, sebelum itu, satu lagi jawapan kepada " Jauh Tak Berjarak, Dekat Tak Bersentuh "...nak tahu apa?...TUHAN kita itu lah!...ALLAH SubhanaWata'ala!...^_^...ana undur dulu!

13 comments:

salam, ni idea dtg lepas tgk status ym org eh?

lalal~

 

wslm wrhmtlh...

ehe...idea dari ctu, ilham dari Allah...yg pastu bukan status ym kamu..so takyah mintak royalti la ye..hehe

 

Saya suka N3 ni...memang nyata syaitan tidak mengira sesiapa untuk dihasut. Tak kira org yg dah hafal 30 juzuk atau mereka yg tak pernah khatam..


" Syaitan itu mahu menyesatkan manusia sejauh2 kesesatan"...

 

peringatan bagi yang MAHU :)

 

eh mmg bkn saye punye status, tp DIA kan? hueh3
(mengacau je budak nehh -,-")

 

to arryani

betul, memang tugas mereka pun begitu, untuk derhaka dan menyesatkan manusia, tugas kita pula untuk taat akan suruhan Allah, kalau kita turut derhaka maka layaklah digelari syaitan juga...

to wardatul syaukiyyah

benar, anda mahu atau tidak?...ehehe

to andi

erk, mmg pengacau, pernah dgr x jin2 ni mmg suka kacau manusia, apekah?...hehe

 

salam..

status ym je leh bawak kesedaran yang besar.. kesimpulan, tulislah status ym baik2, moga manfaatnya dapat dikongsi..(pesanan penaja)

entri yg ni, semalam baca, tak faham2.. baca hari ini, baru faham.. setuju sgt, kalau sudah ada komitmen pn, serahkan semua pada Allah.. takkan nk cemarkan hati si dia tu, sebelum sah menjadi milik kita..

Dekat tak bersentuh, jauh tak berjarak.. mula pandang tajuk macam pelik ja.. rupanya pasal cinta, patut la susah nk faham.. saya berfahaman kiri sikit kalau bab cinta ni.. kata lainnya ialah otak senget sikit ke kiri, =P..

 

to cik santun mantun

aha, status tu elok2 skit, macam status ana la kan...:D

tak fhm semalam sbb langgar pantang, org suh p baca buku xmau...kene tulah la....ahaa...betul tu...jagalah hati!

alamak, ana lupa, cik santun ni radikal skit bab2 cinta...rock kapak gitu...jiwang2 xmen la...:p...otak senget kekiri?...patutla...mmg patut2...hehe

 

salam..

sy setuju 60%..
tp bg sy, seboleh2 nye..jgn lah cube bermain dgn cinta jika masih belum bersedia tuk ke peringkat lebih serious..n pastinya godaan sewaktu bercinta atau lebih 'daring' nye, bercouple sgt2 tinggi..terbukti bile seorg hafiz pun boleh tumbang..sudahnya, pasti sesalan yg menyusul..

ini hanya pendapat dr hamba dhaif spt sy..

p/s: baru2 ni..kamu wish sy psl niqah2 ni,lately, entry kamu pulak psl cinta..adekah kamu sdg di lamun cinta en zulhairi?almaklumlah..org dah nak grad.hehe:p

 

to ainies

wslm wrhmtlh....cuba baca perenggan kedua terakhir, rasanya kita sependapat saja...jika belum sedia jangan bermain api...:)

ucap pasal niqah tu, sebab mmg fitrah manusia kan, xnak nikah ke?...hehe...ambui3...sesedap rase je ek...grad x grad klau nak kawen jalan je, masa praktikal macam kamu pun boleh je jalan...:p

 

sbb tu la zaman sekarang, org bercinta guna istilah bercinta atas nama dakwah.. konon macam alim la tu, dakwah... tp yang sebenarnya merosakkan nama dakwah..

p/s 1: bila masa saya pegang kapak?? mmg la kene kiri.. perjuangan wanita adalah sayap kiri perjuangan lelaki, =P..

p/s 2: haha adakah saudara zulhairi sedang dilamun cinta?? haa jawab2.. adakah??

 

cinta guna nama dakwah, erm...burukkan nama Islam...haih...

rOck kapak ok cik santun mantun!...kenapa selalu org sebut sayap kiri, kenapa x sebut sayap kanan, kan ke lebih elok kanan, sunnah pun byk sebut mulakan dgn sebelah kanan...:D...xpun kalau nak lg comel...sayap kiri kanan la...baru seimbang..:P...

dilamun cinta?...budak2 ni klau x kene luku x sah kut...