.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Nyamuk Atau Kelambu?

Bismillah...

Alhamdulillah, sekali lagi kurnia dari Allah mengizinkin ana melakar kata di laman serba dhoif ini, puji dan syukur sama2 kita kembalikan pada Tuan Punya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, mulianya sepanjang zaman, darinya semua jadi qudwah, dia sosok mulia, Muhammad Rasulullah.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW.: "Berikanlah wasiat kepada aku, " Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau marah." Kemudian dia mengulangi (bertanya lagi) beberapa kali. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah engkau marah"
HR : Bukhari

LA TAGHDOB!!!

Sebelum lanjutkan pembacaan mari sama2 kita senyum dengan ikhlas, maksud ana seikhlas mungkin, lihat cermin, kalau sudah nampak akan bibit ikhlas itu timbul maka jom teruskan membaca. Macam mana mahu tahu senyuman sudah cukup ikhlas?...senang saja, kalau sudah nampak agak comel tu, ikhlas la tu...itu tips hancur dari wadi qurra', jangan jadikan panduan...tolong!

Sebenarnya dua tiga menjak ini, banyak permintaan artikel, jadinya malas pun menjengah, lain kali jgn mintak2, nanti ana malas, satu lagi kelakuan yang jangan sesekali dijadikan ikutan, tolonglah sahabat! Santai saja kali ini, tulisan ini bukan isu berat2 yang boleh membebankan kepala masing2, kita nak final exam sekarang (MMU).

Nyamuk, kelambu dan marah, apa relevennya ana letakkan semua itu dalam satu ikatan? pasti pernah dengar pepatah marahkan nyamuk kelambu yang dibakar. Jika anda bangsanya melayu, ataupun sinonim dengan masyarakat melayu pasti pepatah ini amat biasa didengari. Jadi ana mahu bicara soal ini lah, kalau marahkan nyamuk bakarlah nyamuk jangan bakar kelambu, nanti lebih ramai nyamuk2 lain menyerang...kalian faham?...:)

Tidak ada rasionalnya jika marahkan satu pihak, tapi habis dipandang negatif, membuat dan membina satu persepsi negatif pada keseluruhannya sedangkan ia bukan yang utama, ingat individu tidak semestinya mewakili keseluruhan organisasi, walaupun mungkin boleh nampak begitu, tapi hakikatnya bukan, bahkan jauh sekali. Benar organisasi membentuk individu tapi ada sesetengahnya yang lahir dari individu tersebut bukanlah dari acuan organisasi bahkan nafsu semata.

Penulisan ana ini bukan membela organisasi tertentu, bahkan ana sendiri punya prinsip tiada organisasi sempurna, dan seperti ana katakan mulanya tadi, tulisan ini adalah santai saja bukan tulisan berat, cuba kembali fikirkan nyamuk, kelambu dan marah tadi...:) Mohon kembali kepada matlamat asal penulisan ini, ana cuma mahu bina persepsi jangan bakar kelambu! tapi bakar nyamuk!

Mahu bakar?...membakar pun perlu ada caranya, jangan mahu bakar nyamuk tapi gunakan C4, ataupun tuang minyak tanah sampai 10 tong. Perlu tertib dan berhikmah, jangan terus saja serang2 tapi tiada langkah2 yang perlu, tadarruj itu perlu. Apa mahu ketingkat 5 tidak perlu melalui tingkat 1,2,3,4? Bila marah betul, kadang2 kita nampak ia biasa saja, tp sebenarnya ia mengundang lebih banyak masalah, kenapa? jangan buat2 lupa marah itu datang dari siapa...:)

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”
HR : Abi Daud

Jom ambil wuduk!...yang marah sila ambil wuduk, yang kena marah pun sila ambil wuduk, kerana pastinya anda juga akan marah, marah campur marah hasilnya boleh jadi api, ah...panas!...jangan tambah lagi dengan haba2 lain tapi sejukkan dengan air penuh hikmah. Bila dimarahi atau ditegur, tolong dengar ini! kalau kalian da'ie yang berjiwa besar jangan pandang dengan amarah saja, jangan di puja2 ego! tapi cuba berbalik kepada diri sendiri...tanya! kenapa aku dimarahi, pastinya ada yang tak kena, ikut lubang mana pun pastinya walau 1%, sedikit sebanyak datang dari diri sendiri juga, ah...manakan tidak, orang takkan marah suka2 saja...:)

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”
HR : Muslim

Sekarang ubah posisi!...kedua2 pihak ubah sekarang, ikut petua Rasullullah, jangan pandang enteng, wuduk sudah ambil kan?. Ada masalah jangan terus serang sebelum menerang, pegang itu jika jiwa kalian besar, bahkan itulah yang sememangnya dituntut, bukan tidak boleh serang tapi perlu berperingkat dan berhikmah, dan paling utama keadaan itu perlu diteliti terlebih dahulu. Ana tahu semua punya ego, bahkan ego ana sendiri amat payah untuk dikawal, tapi sekurang kurang perlu ada usaha mengekangnya.

Ada dengar cerita Ustaz Nik Abduh anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz? beliau marah dengan pembantu2 ayahandanya dan telah keluarkan tulisan menegur pihak2 yang bermasalah tersebut, natijahnya sekarang satu Malaysia sudah bising dengan hal ini, pihak2 yang ditegur pasti melenting, tapi ana rasa pasti kecut perut juga, ana sokong tindakan ini dan dalam masa yang sama ana juga tidak sokong, kenapa?...kalau ulas isu ini akan masuk bab2 jamaah dan sebagainya, jadi artikel ini akan jadi berat, tangguh dulu. Apa pun ana percaya kebijakan berjamaah akan membantu isu ini reda.

Yang ana mahu tekankan, dan apa yg boleh diambil pengajaran dari peristiwa ustaz Nik Abduh ini adalah, marah boleh, tapi perlu ada caranya juga perlu ikut tertib dan landasan yang betul, matlamat kita mungkin benar, tapi caranya dan natijah dari tindakan yang bakal diambil perlu diteliti dengan sebenar2 ketelitian. Tidak kiralah kita dipihak mana, semua ini perlu diambil kira, jangan sentiasa mencari keburukan kerana keburukanlah yang kita akan temui, itu hakikatnya. Muhasabah kembali diri masing2, jangan lihat orang saja, tapi diri sendiri hanyut, ana undur dulu, wallahu'alam


DARI LEDANG KE PEKAN KUAH,


SEMANGAT KENTAL TIDAK GOYAH,

KALAU TUAN KUAT DAN GAGAH,

JAGA THIQAH HINDARI MARAH.


SENYUMLAH!!!

* Tulisan ini dibuat secara laju2, gear 5,nak cepat abes... maka harap maaf kalau kurang isi, la taghdob...:D

17 comments:

ya.. api, takkan boleh dipadam dengan api.. kng makin marak.. perlu padam dengan air.. (detail tanyelah bomba), ngee~~

balas pantun bawah tu,

dari irbid pergi ke amman,
singgah di mafraq beli berangan,
marah itu dari syaitan,
sapa ikut dapat habuan..

keh3.. pantun ngantuk.. ade ke buah berangan kt mafraq?? adehhh..

 

baru beberapa hari baca mengenai kekecohan "orang-orang besar", kini di sini yang tak berapa nak besar pula. Begitu hebat penangan teknologi~ :D

p/s: La Taghdob dan bersabarlah! :)

 

ana dah telefon bomba, benar! abang bomba dgn seriusnya bgtahu ana, "ya dik, jangan sesekali padamkan api dengan api, kami bomba pun xda simpanan api utk padamkan kebakaran"...

wah...pantun ana dibeli, ana jual lagi!

Pendekar muda terbang ke pekan,
Jaraknya cuma sehari perjalanan,
Jangan malu jangan segan,
Tahanlah marah hindari syaitan.

buah brangan ada kat mafraq???...sat lg cuba tanya buah durian pulak ye...hehe

to insan kerdil

kekecohan "org besar2" tu satu malaysia sudah tahu, tp yakinlah kecoh macam mana pun insyaAllah Jamaah pasti diutamakan, selesai dgn cara baik biiznillah...:)

kekecohan disini?ini bukan kekecohan, ini tazkirah...:)...ambui2, xbrapa nak besar ek, siut je, takpa..janji manis dan comel...haha...benar!...la taghdob!

 

maafkan ana. maksud ana, bkn kekecohan di wadi al-qurra' tapi kekecohan yg sdg anta perkatakan, di university yg x berapa nak besar ni. :D

 

owh...afwan...terclap paham pula...ahaa, kalau kekecohan itu, muungkin ada kaintannya lah...:D...apa pun tulisan ni adalah sebagai tazkirah untuk semua, termasuk ana sendiri juga...:)

 

salam..wah2 cepat betol dpt psnn..haha pas ni leh order lg artikel yg besh2..tq2..

” aku tidak bimbang jika yang menentang dan menghalang Islam itu adalah dari kalangan orang² kafir kerana itu adalah Sunnatullah dalam perjuangan tetapi aku bimbang jika segala halangan yang mendatang adalah daripada orang Islam itu sendiri” - Yusof Qardawi

 

wsl wrhmtlh...

haha, memang cepat la dah mmg gune gear 5, laju2 tulis, maaf la byk terkurang...tp takpa janji sampai maksud, insyaAllah

bait kata dari syeikh yusuf qardhawi tu betul2 boleh dijadikan iktibar...org Islam sendiri yang menajatuhkan Islam, mmg bahaya...lihat saja si celaka mustafa kamal attartuk...haih

 

bukanke org skang dah pakai shieldtox goodnight? mana ada kelambu dah. adoyai!;p

 

emm..marah mmg xelok..t cepat tua..so kena senyum selalu...

penulisan yg baik..tahniah..teruskan usaha berdakwah ini..

gear 5???

 

to hanif amir

jangan nak buat kurang asam kat cni ye, nanti balik cuti makan asam byk ok..:D

to marjan ibtisam

betul, senyum seindah suria...

insyaAllah sama2 kita istiqomah atas jalan pilihan ni...

ya gear 5, sebab tulis laju3 nak cepat siap...:D

 

ya..kita fire nyamuk..kelambu tukar aircond-jgn bg nyamuk masuk,kasi nyamuk sejuk-sampai depa pakai sweater :p berat senang skit nak tgkap-leh picit2 lumat jd sambal tumis.haha

p/s : g surau naik kapal selam ka?:P

 

to hamdan al kandahlawi

uish, kejam sangat tu encik...lagipun sambal tumis nyamuk...x lalu la nak makan...kalo udang ke sotong ke sedap jugee...:D

kadang2 naik gak kapal selam, pastu terus menyelam x timbul2...:D...yela aku xdak roket ngan peghau cm hang...:p

 

nyamuk pakai sweaterrr.. zaman moden..nnti pakai winter coat pula... =P

sedap jugak tu smbal tumis nyamuk.. kt secret resipi pn tkde ni.. sgt secret.. mntak resipi leh??

tumpang bertanye, peghau tu ape??

 

rasanya zaman moden nnti pakai heater kat badan kut...haha...nyamuk cyber

nak resipi tye la kat encik kandahlawa tu...bab nyamuk2 ni dia mmg la yg power, tp bab lain jgn tanya...nak masak tomyam jadi bubur...kui3

aha...peghau tu loghat kami org utagha..eh...kami??...:P

*ana org kelantan anakanda angkat ayoh zik aka TGNA....:D..

 

slam...kegelapan x boleh nk digantikan dengan kegelapan,,,tetapi gunakan cahaya untuk menghapuskan kegelapan...

 

salam singgah ^^

wah,dalam masa yang cepat pun mampu menghasilkan entri yang begitu lengkap isinya...kamu memang hebat..subhanallah ^^

ya,sedang melatih diri untuk lebih bersabar dan memaafkan dari cepat marah dan melenting...tapi,kadang2 tewas juga...huhu

teruskan menulis...^^

 

to anak pendang...

wslm wrhmtlh, benar anak pendang, cahayalah yang akan menerangi kegelapan..:)

tp DAMAI...

entri ini xlengkap pun, n kehebatan tu bagi ana hanya layak untuk Allah...semua dariNya...:)

benar, kadang2 bukan senang nak tahan marah ni, sabar2 juga tp kdg tu termelenting juge...huhu

insyaAllah, sama2 teruskan..:)