.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Nature VS Nurture - Satu Penilaian

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri "
ar Rad : 11

Panjatkan syukur dan puji buat ilahi, segala nikmat dan rahmatNya tidak terperi, antara alpa atau sedar saja. Selawat dan salam buat baginda junjungan, insan mulia sepanjang zaman, qudwah terbaik buat ummat. Jangan malas2, nanti diri sendiri yang kerugian.

Paper masih belum habis, ana tahu, tapi sedikit masa diluangkan sekejap, rehatkan minda, releasekan tension, sebenarnya takdalah tension pun. Apa pun menulis buat ana selesa, kalau nak bagi alasan tak ada masa, rasanya itu kurang tepat, ana tak rasa 24 jam sehari suntuk kita baca buku ja kan?...ada masa luangnya, kadang kita guna buat sembang2, baring2, dan macam2 lagi, jadi alasan tak ada masa ditolak sama sekali!

Kalian pernah lihat Slumdog Millionaire?...yang mengisahkan tentang seorang remaja jalanan berjaya menjadi Millionaire setelah mampu menjawab keseluruhan soalan dalam rancangan 'Who Wants To Be A Millionaire'. Hanya kerana beliau adalah remaja jalanan, telah dituduhnya menipu, namun setelah siasatan, telah disahkan tiada penipuan yang berlaku. Itu yang tersurat, namun dari pandangan ana, filem itu sebenarnya mahu menunjukkan realiti sebenar kehidupan di India, terutamanya kehidupan kanak2 jalanan di sana, mahu tahu?...tontonlah!.

Jika belum sempat menonton Slumdog Millionaire, sudahkah kalian tonton Laskar Pelangi?...filem dari seberang yang mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 miskin di Pulau Belitong yang begitu komited dalam menuntut ilmu, sehingga ada yang sanggup berbasikal setiap hari berpuluh2 kilometer demi mahu mengutip sebutir dua mutiara hikmah, malah dalam perjalanan kesekolah perlu melalui kawasan buaya dan hutan, kita bagaimana?.

Mengapa ana membangkitkan soal 2 filem itu? mungkin ada yang kata disebabkan ana sudah terpengaruh dengan hedonisme, kalau ada sila jumpa ana, nanti ana sekolahkan biar jumud dalam kepala tu hilang, ingat Kak Ina STAD ja yang boleh sekolahkan budak2 ni?...:D...Sebenarnya, setelah menonton 2 filem ini, ana terus teringatkan perkataan NATURE dan NURTURE. Kenapa?...kena terus bacalah...izinkan ya Allah.

Mengikut ilmu psikologi, NATURE dan NURTURE ini adalah faktor dalam pembentukan personaliti, bahkan sudah berdekad2 perbahasan yang mana lebih penting dalam membentuk personaliti seseorang, adakah NATURE yang boleh kita katakan kualiti dalaman atau bakat semulajadi itu lebih penting? sedangkan NURTURE iaitu environment, didikan, asuhan juga adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak kepentingannya.

Dr. Donald Hebb, seorang pakar psikologi terkenal dari Kanada pernah menjawab soalan journalis bila mereka bertanyakan yang mana lebih penting antara NATURE atau NURTURE, dan apa jawapan beliau?...beliau menyoal balas " Which contributes more to the area of a rectangle, its length or its width? ", satu lontaran idea yang sememangnya tidak pelik jika datang dari seorang ahli psikologi. Jadi apa jawapan anda untuk soalan Dr. Hebb?...apakah yang lebih penting bagi membentuk segi empat, adakah tingginya atau lebarnya?...ana masih berfikir sekarang.

Gerakan Nazi yang terkenal itu, mereka telah menekankan konsep NATURE lebih penting dalam mengejar agenda, sedikit sebanyak mereka telah berjaya, tidak dinafikan berjayanya mereka, juga tidak dinafikan mereka juga gagal. Kita lihat pula fahaman Komunis, yang mana Karl Marx telah mempromosikan penggunaan NURTURE bagi membentuk fahaman yang kuat. Ini juga telah berjaya, tetapi hakikatnya tetap gagal. Konflik ini telah membuatkan kontroversi antara sociobiology dan evolutionary psychology semakin berlanjutan. Yang ini ana punya jawapan, kenapa mereka gagal akhirnya, apa dia?...kerana secerdik dan selicik mana pun fikiran mereka dalam membentuk fahaman, tetapi dasarnya tidak mengikut SYARIATULLAH!, macam mana mahu berjaya?

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya (keseluruhannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata "
al Baqarah : 208

Setelah lama berfikir, ana punya satu pegangan sekarang, mulanya ana suka untuk mengatakan keduanya sama penting, dan ana pernah ditanya oleh seorang sahabat dahulu mengenai perkara ini, jawapan ana, BOTH!, keduanya saling memerlukan. Namun saat ini, ditambah pula dengan tontonan ana terhadap 2 filem yang telah disebutkan di atas, maka ana telah berani menyatakan bahawa NURTURE lebih penting dalam membentuk personaliti. Ana tidak menafikan kepentingan NATURE, pastinya ia saling bertaut, cuma jika ditanya mana lebih penting, ana akan mengangkat tangan dan menjawab NURTURE!.

Kembalilah kepada Islam, yang mementingkan penerapan bi'ah solehah dalam kehidupan bekeluarga. Tidak terhad kepada keluarga sebenarnya bahkan pemerintah atau siapa pun perlu menekankan soal bi'ah solehah. Kenapa Islam begitu mementingkan environment yang sihat? ini tidak lain adalah kerana dari asuhan, didikan dan persekitaran mampu membentuk peribadi yang mulia. Ana sebut saja, Madinah al Munawwarah dengan New York, mana lebih bertamadun kalian rasa?...jangan pula ertikan tamadun itu bangunan yang tinggi2, tapi akhlak, ilmu, adab, budaya dan lain2 itu perlu dilihat terlebih dahulu.

Maksud firman Allah SWT :
" Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan "
al Hajj : 41

Maka disini dapat dilihat Islam menekankan NURTURE sebagai titik tolak bagi membentuk personaliti yang mantap. Dari didikan dan asuhan Rasulullah SAW jugalah telah lahir sahabat2 yang begitu mantap akhlaknya, teguh imannya. Andaikanlah Umar al Khattab yang bengis pada mulanya itu jika tidak diasuh dan di didik Rasulullah SAW apa jadinya ya?...benar hidayah milik Allah, namun Allah menjadikan sesuatu pasti dengan asbabnya, dan Rasulullah adalah salah satu asbab Umar berubah. Dalam masa yang sama, NATURE umar yang bengis dan garang pada asalnya itu, telah digunakan oleh Rasulullah menjadi kekuatan pula bagi umat Islam dengan menggunakan NURTURE iaitu didikan dan asuhan yang penuh hikmah, subhanallah!

Dapat dilihat disini, bagaimana NURTURE mampu mengubah NATURE manusia sekaligus mampu memaksimumkan kualiti dalaman seseorang, bahkan mampu pula melahirkan sesuatu yang positif sedangkan asalnya ialah negatif. Semua ini berlaku jika syariat diikuti dengan sebaik baiknya, bukan ambil sebahagian dan buang sebahagian. Pendapat ana ini diteguhkan lagi pabila mengingatkan dan mengkaji filem Slumdog Millionaire, yang mana NATURE watak utama adalah seorang budak periang, bijak, berani mengambil risiko, dan bersemangat, namun akhirnya telah menjadi yang agak liar. Watak utama itu beragama Islam, namun jika dilihat dia telahpun menyimpang dari Islam yg syumul. Beliau telah membesar dalam environment yang tidak sihat, tiada didikan dan asuhan yang sempurna, dan semua ini adalah faktor2 NURTURE dalam mempengaruhi personaliti seseorang.

Dalam Laskar Pelangi pula, dapat dilihat, pabila kanak2 itu berada dalam lingkungan mereka yang gemar belajar walaupun berada dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka semuanya menjadi bersemangat menuntut ilmu. Lintang, salah satu watak yang begitu menarik untuk dikaji dalam persoalan NATURE VS NURTURE, insyaAllah pengkajian ana akan dikongsikan. Lihat, Lintang adalah seorang murid yang genius! bijak secara semula jadi (NATURE), ayahnya pula seorang yang begitu bersungguh2 mahu melihat lintang berjaya (NURTURE), dan ini telah membuatkan Lintang begitu besemangat dalam pembelajaran sehingga sanggup berbasikal berpuluh2 kilometer setiap pagi untuk ke sekolah.

Namun, apa yang telah mengubah Lintang menjadi seorang buruh kasar saja di alam dewasanya? Ini kerana, kemiskinan keluarganya telah menyebabkan Lintang terpaksa menggantikan ayahnya yang meninggal dunia untuk menampung keluarga, juga persekitaran kawasan itu sememangnya menuntut untuk dia melakukan pekerjaan sedemikian (NURTURE). Oleh sebab tiada galakan dan bantuan yang sepatutnya dari pihak bertanggungjawab, Lintang yang genius itu hanya menjadi buruh kasar pada akhirnya, ini kerana NURTURE tidak digunakan untuk memaksimumkan NATURE Lintang yang genius itu.

Satu lagi watak iaitu Kucai, yang mana beliau bolehlah dikatakan paling lemah dalam pembelajaran (NATURE), dalam filem mungkin tidak kelihatan sangat, tapi jika membaca novelnya, insyaAllah akan menunjukkan bahawa Kucai adalah antara yang lemah. Apa yang menjadikan ana teruja, walaupun beliau lemah dalam pembelajaran, akhirnya pada alam dewasa, beliau mampu sudah meraih gelaran Doktor Falsafah. Ini tidak lain, melalui environment, didikan, dan asuhan (NURTURE) yang diterima sedari kecil telah menguatkan semangatnya untuk terus berusaha belajar mengejar cita, lihat bagaimana NURTURE mampu mempengaruhi NATURE.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" seseorang itu menurut agama(jalan) temannya,maka oleh sebab itu hendaklah kamu semua meneliti orang yang digaulinya "
HR : Abu Daud & Tirmizi

Ulasan2 ana adalah melalui pemerhatian, juga bila dikaitkan dengan Islam itu sendiri, maka akan terlihatlah kepentingan NURTURE itu lebih terkehadapan dalam membentuk personaliti seseorang. Ana tidak membangkul sampahkah NATURE sebagai salah satu faktor, namun jika ada yang bertanya apa yang lebih penting, maka jawapan ana sekarang sudah mantaplah NURTURE ataupun boleh dilihat sebagai persekitaran, didikan dan asuhan. Kalau mengikut ilmu psikologi, atau perdebatan mengenai NATURE VS NURTURE ini, sebenarnya NURTURE itu dapat dikembangkan lagi pemahamannya, sehingga pengaruh semasa mengandung pun dikira salah satu proses pembelajaran, dan ana amat setuju dengan itu kerana Islam juga menyuruh membuat perkara2 baik, memperbanyakkan bacaan al Quran dan lain2 diwaktu mengandung bukan?

Sebagai khulasahnya, apa2 pun jika ada keraguan padanya, mahu mencari kebenaran, mahu merungkaikan apa yang tersimpul, Islam ada jawapannya, sesuailah dengan Islam itu sendiri yang bukan sekadar agama, bahkan ia adalah satu cara hidup yang merangkumi seluruh rangka sosial dalam bermasyarakat. Jadi, apa pun permasalahan yang timbul kembalilah kepada al Quran dan as Sunnah, kembalilah kepada Islam yang punya segala jawapan, ana undur dulu...wallahu'alam.

4 comments:

salam..wah de cite baru hasil dr gap seminggu nih..makin panjang dr sebelumnya..hehe..xpe nnti nk amik masa kit tumpu pd artikel nih ..well penin la naik buai pusing2( eye on mesia )..haha

 

wslm wrhmtlh...

panjang tak pun bace jela...hehe...ceyh...blagak nek mate mesia tu...ana pun bepusing2 gak la semalam atas tu...ngat kome je leh p?

 

nota yg amat brsuna utk ku mghdpi exam?thanks

 

Tgh buat asgmt utk subject Intro To Psych, Highly appreciate and thankful for Ur Article.. BarakAllah Fik :)