.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Mutiara Yang Bernilai

Bismillah...

Ku pohon keampunan dariMu tuhan, Sang Perkasa pencipta maya, Allah rabbul 'alamin tuhanku! tiada lain lagi yang punya hak syukur keatasNya, puji keatasNya, sembah keatasNya. Alhamdulillah dikurnia lagi sedikit masa buat jariku menari mengikut rentak takdirNya. Selawat dan salam buat Rasulullah insan mulia, walau malu mengatakan, tetap jua usaha mengejar cinta mulia, cinta mulia dari dua! dari Pencipta dan yang dicipta.

"Aku cinta kepada orang2 soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka, barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat2 kepada Allah SWT, walaupun barang-barang dagangan kita sama"


Imam Syafie


Hasrat kali ini di asbab kan oleh takdirNya yang membawa diri hina ini terdetik mahu menulis. Di hentak benak ini dengan satu mutiara kata Imam besar kita Muhammad Idris as Syafie, terus membuat diri rasa perlu berkongsi, ah...kongsi dengan hati sendiri maksudku. Apa pun yang terzahir nanti adalah untuk diriku, jika QURRA' sekalian mahu mengambilnya sedikit mahupun banyak, halal saja, ini Allah yang punya, PASTI!


Ana tersentak bila tiba2 ruang legar tempat lahirnya buah2 fikiran ini dihadirkan dengan kalimat berbisa dari al Imam, apakah yang tuhanku mahu tunjukkan? berfikir seketika...dan ana punya satu solusi, mungkin ini untuk semua juga!...jadi ana lakar saja disini moganya ana beroleh kefahaman sendiri dengan penulisan ini juga lebih baik jika semua beroleh manfaat dariNya, ameen ya Allah!.


QURRA'
sekalian, perlu diingat yang melafazkan kata2 itu bukannya manusia kebanyakan, bukan juga manusia selekeh2 saja. Dia as Syafie, sang mujtahid!...maksud ana mujtahid MUTLAK! yang mana termasuk dalam bilangan 4 Imam besar2 yang luar biasa faqihnya itu. Kita bukan bicara soal mujtahid seperti al Qardhawi, Wahbah Zuhaily, dan lain2...benar mereka itu bukan calang2 manusia tapi Mujtahid MUTLAK ini sudah tamat susur galurnya selepas Imam Ahmad ibn Hanbal. Sedikit sebanyak mampu sudah digambarkan besar dan luasnya kefahaman ilmu al Imam as Syafie, walaupun luas dan besar ilmu Allah itu sudah kita ketahui ia infiniti.


Jadi, ana mahu tanya, Manusia yang sebesar as Syafie pernah saja menitipkan satu bicara bagaikan dia sememangnya pelaku maksiat yang hina, di mana letaknya kita yang mahu berbicara gah seantero dunia mengatakan akulah pandai akulah bijak? Realiti ini bukanlah ana mahu katakan pada yg diluar sana saja, bahkan untuk diri ana sendiri. Cuba tanya hati sendiri, dari setiap tutur yang keluar mahupun tulisan2 di blog, ataupun tindakan2 kita diluar, ikhlas dalam menjawab persoalan ini, terdapat rasa gah dihati? rasa kita benar dan hebat, rasa mahu dipuji, rasa mahukan anugerah, rasa diri layak menerima semua itu?bandingkan diri dengan as Syafie!


Dari pernyataan as Syafie, dikatakan walaupun bukanlah beliau dari golongan solehin, yang hakikatnya kita tahu siapa Imam besar ini, mahu juga beliau berada dikalangan orang2 soleh untung2 mendapat kebaikan dari mereka. Begini QURRA', jelas...jika melihat sunnah alam, pasti kita melihat si penggoreng gitar, mereka memilih utk berada dalam kelompok mereka, si penyangak, mereka mahu bersama2, tidak lupa si pengumpat yang juga suka benar dalam kelompok mereka, dengan kata mudahnya manusia suka memilih untuk bersama golongan yang sama fikrah.


Benar, ia sunnah alam tetapi ia bukan syariat!...maka kebiasaan boleh saja diubah bukan? Jika terasa diri kekurangan dari satu segi, maka pilihlah golongan atau kelompok yang boleh melengkapi kelompongan diri. Sungguh, kita hanyalah insan hina dan lemah. Iman, akidah, akhlak, entah bagaimana, tetapi masih lagi mahu sombong diri dan bongkak tidak mahu mendekati orang soleh, majlis2 ilmu, ulama'...maka apa sebenarnya matlamat hidup? sekadar melayan rasa tinggi diri di dunia ini dan abaikan saja akhirat yg pasti, berani?silakan saja.


Tolonglah rendahkan diri, ikhlaskan hati, cuba kenal diri dengan sebenar benar kenal, moga tawaduk itu datang mendampingi membuang ego dan bangga diri ke sisi. Dekatilah golongan2 yang soleh, moga terkena tempiasnya, juga membuka jalan hidayah Allah menyinari diri. InsyaAllah jika ikhlas, pasti ada jalannya, Allah hanya menunggu hambanya mencari, pasti Dia memberi! mahu pula berkongsi bait2 kata dari si bijaksana Luqmanul Haqim yang mana tuturnya begini :

" Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit "


Seterusnya as Syafie meneruskan kalimah indah dan tawaduknya itu dengan menyatakan bahawa adapun beliau itu pelaku maksiat dan kerosakan, tidak sesekali beliau menyukai berada bersama golongan2 sebegitu. Begitulah kerendahan hati Imam besar kita, tidak sekali malu mengaku menjadi golongan pelaku maksiat, sedangkan kita, cuba tanya kembali dan jawab dengan hati, bukan saja tidak mengaku bahkan mahu pula menonjol2 kebejatan diri, na'uzubillah!


Pengajaran dari bait lanjutan as syafie, dapat dilihat, selagi mana berada dalam lingkungan pelaku maksiat, maka kesannya kepada diri adalah memayahkan jalan untuk merungkai kerosakan tersebut, bahkan kita akan sentiasa terasa enak2 saja dengan maksiat yang dilakukan kerananya, disekililing kita juga lagaknya sama, jadi tidak terasa asing kelakuan durjana itu. Jika mahu berubah, maka keluarlah dari kotak hitam itu, bukan bicara saja mahu berubah, tapi gayanya sehari2 begitu juga tiada henti.


Sesungguhnya bilamana diri sudah diselubungi maksiat, maka memang bukan mudah mahu memandang kebenaran, tetapi yakinlah hati manusia ini walaupun telah bergelumang dengan maksiat seribu tahun, seolah2 maksiat sudah menjadi sebahagian dari diri, secara pasti ana mahu katakan, fitrah hati manusia tidak sesekali dapat tenang dengan maksiat yg dilakukan, pasti terdetik ketidakselesaan. Dalam pada ini, alang2 bicara soal maksiat, izinkan ana coretkan sedikit tentang maksiat mengikut telahan Ibnu Mas'ud.


1. Maksiat fahsya' iaitu satu kelakuan ma'asi yang secara terang terangan terzahir akan kekejiaanya, umpamanya seperti syirik, zina dan riba.


2. Maksiat mungkar yang mana kelakuan yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, sebagai contohnya adalah seperti mencuri, menganiaya orang yang lemah dan seterusnya.


3. Maksiat al Baghi pula adalah kelakuan terus menerus dimana kezaliman dilakukan membatasi keadilan.


Begitu sedikit sebanyak huraian ringkas yang mahu ana kongsikan dengan hati sendiri juga QURRA' sekalian, huraian dari bait2 indah Imam besar as Syafie. Sedikit konklusi dari leteran ini, kejarlah kebaikan, fastabiqul khairat!...tanamlah sifat tawaduk di dalam diri agar jauh dari sifat takbur, juga akhirnya jauhilah perkara2 dan kelakuan ma'asi. Semoga Allah merahmati semua...Allahumma ameen.




2 comments:

Ya, malu menjadi golongan pelaku maksiat.. tapi sekarang, maksiat itu yg dimegah2.. berbangga dengan kemaksiatan yg dilakukan..
Seharusnya, cuba untuk berubah, bukan bermegah sekaligus menarik lebih ramai lagi supaya seronok membuat maksiat, ya tidak??

Bersamalah ikhlaskan hati..Ilmu kita yang sedikit ini, milik Allah semuanya.. Tidakperlu rasa gah dengan ilmu yang dikurniakan Allah.. Jika Allah tarik nikmat itu, bagaimana??

Teruja membaca entri ini, warisilah sikap imam syafie, yg sntiasa merendh diri.. sedangakn dia adalah imam fiqh.. kita??

 

ya benar, maksiat yang dilakukan dibangga2...apa faedahnya?...membuka aib sendiri, mencari murka Allah...teruskan kalau benar2 kuat...

insyaAllah, sama2 ikhlas hati, jujur ana akui bukan sng ikhlas ni, tp at least cuba dan usaha yang terbaik!

kita siapa?...nak kata bagai bumi dengan langit jika bandingkan dengan imam syafie pun belum tentu...tp boleh lagi bangga diri ya?...fikir n zikir..