.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

~ Setahun Yang Panjang ~



Sekejap bulan sekejap matahari,
Bintang merangkak datang pula pelangi,
Sekejap resah sekejap suka,
Hari merangkak tahun pun pergi.

Hakikat hidup tiada lain,
Mulanya hidup tamatnya mati,
Namun hakikat bahagia dan sengsara,
Ada pada langkah serta lalunya.

Langkah lalu ku pula banyak aneka,
Macamnya ada segala,
Namun yang manisnya aku lontarkan,
Puisi ini tentang bahagia.

Jika dulu aku menunggu,
Kini meraikan pula,
Setahun yang lalu aku resah dan gembira,
Masa ini aku gembira dan gembira.

Insan kecil ini,
Telah menemaniku genap setahun,
Dia berikan senyumnya untuk aku
Dia berikan tawanya,

INI ANUGERAH KAMI!

Dari sebesar telapak tangan,
Kini sudah pandai meniti,
Dia membesar,
Dia besar rohani dan jasmani,

Dari mana kudratnya?
Pastilah Allah rabbul 'alamin,
Apa pula asbabnya?
Titik titik susu ummi!

Benar ulang tahun kelahiran yang ku sambut,
Tampak besar dan bahagia harinya,
Namun cerita bukan sekadar itu,
Ada yg lebih besar dari yg besar,

Setahun yang panjang,
Umurnya menginjak setahun,
Setahun itulah jua masanya,
Masa setiap titik susu ummi mengalir.

Mungkin senang pada zahirnya,
Tetapi hakikat perlu pengorbanan,
Pengorbanan dan ketabahan,
Dan ia bukan kecil!

Buat Faqihah Nasyrah,
Sanah helwah abi ucapkan,
Buat zawjati habibati,
I LOVE U!

25 Januari 2013
Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama buat Faqihah Nasyrah dan selamat ulang tahun untuk ummi yang telah menyusukan nasyrah genap setahun!

Tak lupa juga, selamat ulang tahun perkahwinan buat Tokki dan Tokmi! :)

~ Puisi Buat Isteri ~

Kulihat awan berarak mendung,
Sesekali sinar mentari terpancar terang,
Menyelit mencari ruang di celahan yang ada,
Ku sedar sedari dulu begitulah ceritanya.

Aku lontarkan fikiran jauh ke sana,
Membilang hari mendung dan panas,
Tidak sedikit rupanya,
24 tahun merangkak, menari di dunia fana.

Jika dulu aku anak kecil,
Kini aku pula mendambakan kehadirannya,
Jika dulu aku seorang,
Kini aku sudahpun berdua.

Puisi ini bukan untukku,
Puisi ini puisi istemewa,
Puisi dari hati untuk hati,
Buat peneman setia, isteri yang ku cinta.

Hadirmu dengan izin Yang Kuasa,
Cinta kita kerana cinta DIA,
Membenih rasa menanam mahabbah,
Menuai sakinah hidup mulia.

Hadirmu bukan sekadar saja,
Menyubur rasa pada Pencipta,
Menguatkan langkah terjun ke Medan,
Mengatur gerak melaju terus.

Kau isteriku,
Belahan jiwa dan perasaan,
Biar setahun jagung usia perkahwinan,
Aku memandang syurga sebagai tujuan.

Buat isteriku NORAZINI,
Jika dirimu bukan lilin yang menerangi perjalanan,
Usah dikau terkilan durja,
Kerana dirimu bukan sekadar lilin, tetapi CAHAYA!

~ Suamimu ~

~ Toriqul Huda ~

Bismillah...

Segala puji buat Sang Pemilik, Selawat dan salam buat baginda dikasihi. Ana hadirkan entry kali ini dalam bentuk puisi, semoga bermanfaat.

Suatu detik aku menyendiri,
Membiar masa berlalu pergi,
Bukan niatku membuangnya begitu,
Namun ia kerana sesuatu.

Bukan ini jalan yang ku mahu,
Tapi inilah jalan yang ku pilih,
Tetap jua jadi taruhan,
Kerna kutahu kemahuanku bukannya benar selalu.

Perit dan pilu bukan soalnya,
Sememangnya itu fitrah kehidupan,
Dijadikan hidup sedemikian,
Tidak selalu indah, tidak selalu tenang.

Ku soal-soal hati kecil,
Mengapa yang susah jadi pilihan,
Mulanya tidak kudengari jawapan,
Namun semakin lama ku mula fahami.

Jika mahu hanya kelapangan,
Katakan saja pada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa benar lapang itu hasilnya kejayaan?

Jika mahu kesenangan dunia,
Katakan saja pada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa senang di dunia pastinya senang disana?

Jika mahu pujian manusia,
Katakan saja pada Tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa pujian manusia pastinya kemuliaan dari tuhan?

Jika mahu kecantikan paras,
Katakan saja kepada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa paras itu lesen ke syurga?

Aku merenung sedikit jauh,
Tampak jalan semakin berliku,
Ku cuba jua telusuri,
Sudah hilangkah rasionalku?

Kelihatan saja satu jalan terbentang,
Luas dan terang tiada liku,
Namun kupalingkan muka,
Sudah hilangkah akalku?

Kenapa perlunya aku memilih liku,
Sedangkah ada yang terang dan luas,
Hati kecil mula bersuara,
Apakah liku yang haq atau luas yang batil engkau mahukan?

Hati kecilku berdetik lagi,
Mengingatkan aku bait kata al Ghazali,
Hujjatul Islam yang aku kagumi,
Menuju yang mulia pasti berliku jalannya.

Aku habiskan renungku,
Tiada sudahnya begini,
Aku bangkit dengan pasti,
Sekarang masanya untuk melangkah!

~BIIZNILLAH~

Tasawwur ~ Ahlami


Aku bukan pendeta

Aku juga bukan pujangga

Bukan niat mahu bermadah bicara

Hanya itu yang mampu ku kata


Tidak sekali mahu permainkan

Sebuah dustur dari ilahi

Sudah dikata aku bukan pendeta

Tetapi sedarku jua adanya pencipta


Ku sedar siapa diri

Ku sedar kau juga sedari

Tetap jua ada yang membatasi

Ku tahu itu siapa, laknatullah pencetus benci


Suatu realiti sama dilalui

Sama2 mengejar erti

Erti diri yg kadangnya rumit

Tetap jua usaha mengerti


Pernah sekali ku gagah berdiri

Pasti dengan pengertian diri

Tapi kini jadinya keliru

Apa itu dusta dan apa itu nyata


Bisakah yang nyata menjadi dusta

Atau yang dusta menjadi nyata

Ku rayu lagi pengertian

Mahu ku peroleh sebenar benar makna


Kalam mu walau kudengar mahupun kubaca

Yakinku datangnya dari hati

Ku kenal hati suci itu

Tidak menipu tidak berdusta


Ku titip erat janji

Tidak sekali luntur hati

Kupegang teguh kalimah bicara

Kerna datangnya ia darimu


Aku sendiri mengolah janji

Sahutannya jua kudapati

Tidak sekali ku dustai

Kerna ku tahu dusta itu duka


Diri ini dan diri itu

Mungkin sulit kondisinya

Ku renung jua sedalam yg mampu

Ku tunduk sujud menghambur mutiara


Tetap jua ku peroleh keyakinan

Darinya pasti bukan tipuan

Ku gagahkan hati kembali berdiri

Kerna yakinku dasarnya dari yang satu


Dirimu dan diriku

Anugerah itu mulia

Jangan biar dinodai

Tanpa satu erti yg mengikat diri


Aku tetap aku

Kau tetap engkau

Aku memahami dan engkau mengerti

Keyakinanku dan keyakinanmu


TIDAK LUNTUR TIDAK GOYAH!


* Maksud sebenar wacana ini adalah berdasarkan pada tasawwur dan tafsiran QURRA' sekalian, ana dengan hak ana, kalian dengan hak kalian...yang pasti ia membawa satu erti...moga bermanfaat.