.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Puisi Buat Isteri ~

Kulihat awan berarak mendung,
Sesekali sinar mentari terpancar terang,
Menyelit mencari ruang di celahan yang ada,
Ku sedar sedari dulu begitulah ceritanya.

Aku lontarkan fikiran jauh ke sana,
Membilang hari mendung dan panas,
Tidak sedikit rupanya,
24 tahun merangkak, menari di dunia fana.

Jika dulu aku anak kecil,
Kini aku pula mendambakan kehadirannya,
Jika dulu aku seorang,
Kini aku sudahpun berdua.

Puisi ini bukan untukku,
Puisi ini puisi istemewa,
Puisi dari hati untuk hati,
Buat peneman setia, isteri yang ku cinta.

Hadirmu dengan izin Yang Kuasa,
Cinta kita kerana cinta DIA,
Membenih rasa menanam mahabbah,
Menuai sakinah hidup mulia.

Hadirmu bukan sekadar saja,
Menyubur rasa pada Pencipta,
Menguatkan langkah terjun ke Medan,
Mengatur gerak melaju terus.

Kau isteriku,
Belahan jiwa dan perasaan,
Biar setahun jagung usia perkahwinan,
Aku memandang syurga sebagai tujuan.

Buat isteriku NORAZINI,
Jika dirimu bukan lilin yang menerangi perjalanan,
Usah dikau terkilan durja,
Kerana dirimu bukan sekadar lilin, tetapi CAHAYA!

~ Suamimu ~