.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Berpuas Hatikah Kita?

Bismillah...

Segala puji kepada Allah, raja segala raja, pencipta segala pencipta, dengan rahmat dan kurniaNya kelansungan hidup kita diteruskan, tidak jemu memberi, itulah dia sifat tuhan yang Maha Agung, sedangkan kita yang 'Maha' hina ini masih lagi rakus dengan nikmat, lupa pada pengurnia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah.

Maksud firman Allah swt :

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Ibrahim : 10

Allahu Robi, dengan izinNya tercoret juga sedikit kata dilaman usang ini. Tak tahu mengapa, banyak benar yang mahu di kongsi, tetapi selalu saja tersungkur, rebah sebelum memula langkah, entahlah, semoga yang ada lebih baik dari yang tiada, manfaatnya walau sedikit, harapnya adalah. Tak dinafikan, minggu terkebelakang ini, banyak halnya, yang ada, yang duka pun ada, tapi posting ini bukanlah ana mahu berkongsi kongsi semua cerita yang itu, mungkin lain kali.

Dalam masa senggang ini, sempat ana gunakan berjalan di bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan ummat manusia di Malaysia, seronok juga dapat bersenang2 di waktu sempit, ke Mid Valley, Jalan Masjid India, dan lain2 lah, bukannya tak pernah ke sana, tapi kali ini banyak hikmahnya mungkin. Dengan izin Allah, ana terlihatkan, dan datang ke benak fikir, akan sesuatu yang menjadi api di dalam sekam buat kita, ummat Islam.

Melihatkan betapa kita rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya, sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan anugerah dariNya. Tidak perlu pergi jauh, melalui perjalanan ana tempoh hari saja, sudah banyak benar dapat dinilai. Kita seronok dan gembira dengan nikmat kedamaian yang dikecapi, kita seringkali dapat meluang masa bersama keluarga tersayang di shopping complex yang serba mewah, kemudahan serba canggih belaka. Ada pula yang seringkali melancong, ada yang ke Langkawi, Pangkor, malah yang lebih 'ada' dapat pula ke Paris atau New York. Sungguh, kita sangat berpuas hati dengan semua ini.

Kita berduit dan berharta, punya rumah yang besar dan cantik, tidak cukup dengan itu, kita mampu memiliki koleksi kereta mewah dan dibuat tayangan. Tidak pernah terasa cukup, kerna kita punya harta yang melimpah, apa salahnya, kerna itu harta kita, dan dari jalan yang halal...bahkan pula kita banyak menderma untuk badan badan kebajikan, anak2 yatim dan sebagainya, kita sudah mampu untuk berpuas hati dengan semua ini sebenarnya.

Ada pula yang berlumba mahu membina bangunan tinggi2, pelbagai bentuk dan rupa. Subhanallah, cantik sekali!...kita bina semua ini supaya dunia lihat betapa negara Islam mampu membangun dan maju setanding barat. semua mata sedang memandang kita, bukan saja Kuala Lumpur, tapi lihatlah Dubai sana dan lain2 lagi, bahkan Makkah pun sudah punya bangunan tinggi2, lihatlah!...negara Islam mampu berjaya. Kita juga sudah mampu berpuas hati dengan semua ini, ya!...kita berpuas hati sebenarnya.

Janganlah dinafikan lagi, kita sedang berpuas hati sekarang, lihatlah keadaan umat Islam kini, masing2 sedang dibuai mimpi indah. Jika kita mahu menafikan yang kita masih tidak berpuas hati, apa buktinya?...ana hanya melihat kita terutamanya buat ummat Islam di Malaysia sekarang bagai sudah cukup3 berpuas hati dengan apa yang ada, jika kalian mahu mengatakan sebaliknya, tidak usahlah, buktinya sudah terlalu banyak, bukalah mata dan lihatlah sendiri.

Kita Sebenarnya sedang enak dengan dunia, menjual maruah dan harga diri, membenar yang batil dan mencantas yang haq, teroleng oleng dek mainan syaitan. Kita menunding jari kepada pelbagai pihak, mengatakan itu salah, ini salah, bahkan barat sana kita kutuk dan keji habis habisan, katanya merekalah yang memporak perandakan Islam. Kita melihat sedalam dalamnya terhadap barat dan seluruhnya, illuminati, zionis segalanya kita tembak, akan tetapi apa yang kita pakai sekarang?....Seluar ketat?....skirt singkat?....Baju adik?....Rambut colour warna warni?....subang di hidung?...

Kita terlalu melihat terhadap setiap perkara yang dilakukan pihak lain, namun bagaimana dengan diri sendiri?...sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ada!....jika ditanya pasti katanya tidak, namun masing2 cuba lihat dan muhasabah diri...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??...update blog?...main facebook?...sudah cukup??...Allahu Robbi.

Setiap kali Palestine di bom, kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim, hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!

Maksud firman Allah SWT :

" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31

Ada pula di antara kita yang bersungguh menuntut ilmu, sampai ke manara gading, ke UM, UIA, bahkan ada pula terbang sampai ke luar negara, apalagi yang terbang ke Timur tengah, ke Jordan, Mesir, Syiria. Semua bertungkus lumus belajar, mendapat segulung ijazah, bergelar ustaz ustazah, duktur dukturah. Intelektual ini semuanya punya ilmu yang tinggi, jangan dilupa masing2 mengikut dakwah dan tarbiyyah, namun, balik ke Malaysia, jadi guru Jqaf, pegawai pejabat2 kerajaan, pergi pagi balik petang, kumpul harta, nikah, dapat zuriat...meningkat usia, akhirnya, ajal menjemput, MATI! Ke mana dakwah? ke mana tarbiyyah?...semuanya ditelan arus masa, tanggungjawab bertambah, kita sudah tidak mampu, cukuplah dengan apa yang kita sempat, baca quran selepas maghrib, solat sunat rawatib, cukuplah, kita sudah berpuas hati...ya, kita sememangnya sedang berpuas hati sedangkan Islam masih ditakuk lama!

Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???

Maksud sabda Rsulullah SAW :

" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
HR : Muslim

Cukuplah!...biarlah setakat ini saja kita ummat Islam seluruhnya merendahkan martabat, menjual bangsa dan agama, cukuplah kita bertempik menyalahkan pelbagai pihak, cukuplah dengan rasa puas hati...ayuh!...Kita bangkit menjadi Ummat sehebat Assabiqul Awwalun!...ana undur dulu.

at Tadhiyyah ~ Berkorban Atau Terkorban?

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

Tidaklah sama keadaan orang2 yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang beriman selain daripada orang2 yang ada keuzuran dengan orang2yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang2 yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang2 yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)dengan kelebihan satu darjat dan tiap2 satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang2 yang berjuang atas orang2 yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur)dengan pahala yang amat besar "
an Nisa : 95

Sebesar2 kesyukuran kehadrat Allahu Robbi, tinggi duduknya tidak terjangkau, besar kuasanya tidak terperi, itulah dia pencipta maya, yang tidak jemu2 melebarkan rahmatNya, hanya saja kita yang sering alpa dan lupa. Selawat dan salam buat baginda tercinta, kekasih pencipta, Muhammad Rasulullah.

Terkemudian ini, banyak benar ulasan tentang pengorbanan, yakin ana ia kerna sempena 'Eid al Adha yang sememangnya mahu mengajar itu semua. Ana bukan tak mahu mengulas, cuma saja mahu sedikit lewat, lagipun sudah ramai bijak pandai telah menzahirkan ilmunya. Namun, sedikit lewat itu ada ertinya juga, pengorbanan bukan hanya pada tarikh2 tententu, tetapi ianya tuntutan selagi hayat masih dikandung, 'Eiduladha?...ia sebagai ingatan buat kita yang lalai, bukan tarikh khusus utk pengorbanan =)

Tidaklah tinta kali ini diutuskan untuk menyoroti panjang lebar soal fiqh ibadah korban, binatang apa yg boleh dikorban, berapa umurnya, itu semua, sudah ramai yang berkongsi ilmu. Ana mahu bicara soal pengorbanan, bukan binatang korban. Secara haqnya, ana yakin yang masing2 sudah mengerti apa itu pengorbanan, namun suka untuk ana katakan kepada diri sendiri yang dhaif ini, tahu bukan bermakna faham.

Tidak kecil bilangannya bilamana jika ditanya, siapa yang sanggup berkorban demi Islam, maka yakin ana, berbilion manusia kan mampir dan maju kehadapan, tak kurang juga aksi mengangkat tangan, saling menunjukkan yang mereka mahu dan mampu. Tidak ada keraguan lagi jika itu keadaannya, ia sangat positif!. Akan tetapi akan timbul persoalan bilamana, yang berbilion tadi adalah manusia yang sekadar tahu apa itu pengorbanan, tahu!...bukan faham!

Ana tidak pelik jika dari yang berbilion itu separuh darinya bilamana ditanya pengorbanan bagaimana yang kalian kan berikan, dan jawapannya " unta2 dan lembu2! "...sekali2 tidak akan ana pelik jika ia datangnya dari manusia yang hanya tahu!. Dari bilion manusia itu, jika ada yang sedikit pandai, mungkin mereka mampu berkata, " Kami rela berikan derma untuk palestine! ", ya!...itu bagus!...untuk manusia yang hanya tahu!

Maksud firman Allah SWT :
" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALLAH orang2 yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang2 yang sabar "
Ali Imran : 142

Pelbagai ragam dan gaya manusia dapat dilihat, diakhir zaman ini semakin ramai yang bijak berkata, bersemangat, ilmiah, tetapi hakikatnya kosong addeen di dalam diri, kefahaman sifar!, Islam hanya pada nama!. Tidakkan kalian perhatikan, bagaimana pembesar2 negara juga sebilangan pendeta agama, yang lagaknya mahu benar bekorban demi Islam tetapi hakikatnya hanyalah kepalsuan yang ditutupi syaitan menjadikan ia seolah benar, na'uzubillah!. Dimulut katanya mahu menjaga agama, namun di mana al Quran dan as Sunnah diletakkan?...dimulut katanya mahu menegakkan Islam namun perlembagaan Lord Reid tajaan kuffar jadi pujaan!, di mulut katanya mahu melihat keizzahan Islam bangkit, namun Islam diambil sebahagian dan dilempar sebahagian yang lain!, di mulut katanya mahu mengikut suruhan Allah, namun syariatullah dipermainkan cuma!...berkorban apa ini?...korban tajaan syaitan?

Maksud firman Allah SWT :

" Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka "
at Taubah : 73

Seringkali senang bagi manusia2 yang hanya tahu dan tidak mahu untuk faham, golongan inilah sebenarnya musuh utama Islam, golongan jahil yang bukan bodoh tetapi menolak kebenaran yang nyata!...Bukanlah Abu Jahal itu jahil kerana bodoh dengan memusuhi Rasulullah SAW, bahkan dia seorang yang bijak!, namun menolak kebenaran yang dibawa, tidaklah juga Ariel Sharon itu jahil kerana bodoh dengan memusuhi Islam, akan tetapi jahilnya adalah dengan menolak kebenaran, jadi, apa yang kalian dapat sekarang?...ini ana mahu tegaskan!...Secara haqnya ramai yang mengaku muslim diluar sana, yang mengaku sanggup membela agama dan bangsa, hanya kata2 kosong dari minda jahil semata, menolak kebenaran Quran Sunnah, mengambil sebahagian, buang sebahagian yang lain, hukum2 Islam dikata tidak sesuai, apa ini??...inilah kejahilan yang nyata dari manusia yang sekadar tahu dan tidak mahu faham!

Bukan kecil erti pengorbanan disisi Islam, bahkan amat besar ganjaran bagi yang benar2 faham dan melaksanakan korban dalam erti kata yang sebenar. Harta, tenaga, masa dan segalanya hanya untuk Islam!...Lupakah kita kisah Abu Bakar as Siddiq yang sanggup meninfaqkan seluruh harta untuk Islam?, lupakah kita dua remaja kecil Samurah ibnu Jundab serta Rafi' ibnu Khudaij yang sanggup berjihad di jalan Allah dan akhirnya syahid di Tabuk?, lupakah kita akan penyeksaan yang ditanggung keluarga Yassir demi menegakkan akidah yang sebenar?, lupakan kita akan sekalian kisah pengorbanan ummat terdahulu??...itulah sebenar2 pengorbanan wahai QURRA'!...bukan sekadar bermain kata akan tetapi tindakan tidak sekali kali nyata!...Allahu Robbi!

Maksud firman Allah SWT :
" katakanlah, jika bapa2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari ALLAH danRasul-NYA dan berjihadlah dijalanNYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang fasiq "
at Taubah : 24

Ingatlah wahai sahabat sekalian, Islam tidak sekali kali memerlukan kita!...Allah tidak sekali kali memerlukan kita, akan tetapi kita sebagai manusia, sebagai hamba inilah yang memerlukan Islam dan Tuhan sekalian alam, Robbul 'Izzah!. Menjadi tanggunjawab dan kewajipan bagi kita sang hamba, untuk menjadi insan yang bukan sekadar tahu, tetapi perlu faham dengan sebenar benar kefahaman erti kata pengorbanan yang dituntut. Juga menjadi tanggungjawab dan kemestian untuk kita bersatu dan berjuang dalam menegakkan Islam yang sebenar!...Jika kita mahu lari dari jalan ini, maka tidak ada sedikit pun kerugian pada Islam, akan tetapi, diri sendiri yg akan berada dalam kesempitan, adakah kalian mahu BEKORBAN ATAU TERKORBAN?...kalian pilihlah!

Buat ingatan dan pemangkin rasa, ana titipkan bait kata as Syahid Imam Hasan al Banna :

" Ketidahfahaman rakyat pada hakikat Islam akan menjadi ujian bagi kalian. Ulama rasmi pemerintah akan menjadi musuh kepada kalian. Setiap pemerintah berusaha membatasi amal kalian dan memasang halangan di jalan yang kalian tempuh. Mereka akan meminta bantuan dari mereka-mereka yang berjiwa lemah dan berhati sakit. Sebaliknya akan berlaku kasar kepada kalian. Kerana itu kalian akan dipanjara,disiksa,diusir,rumah-rumah kalian digeledah,harta kalian dirampas, dan tuduhan keji dilontarkan pada kalian dengan harapan dpt mengurangkan wibawa kalian. Kemungkinan ujian ini akan berlangsung dgn lama. Sedarilah, saat itu kalian baru mula menapakkan kaki dijalan yang telah ditempuh oleh para mujahid…"

Renung2kanlah sahabat mujahid mujahidah sekalian, ana undur dulu...

Jangan Sampai Ditangkap!

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah atas segala nikmat pemberianNya, selawat dan salam buat baginda junjungan Muhammad Rasulullah.

Sekadar memanfaatkan ruang yang diberi olehNya, ana suka untuk menggunakan sekadar yang terdaya buat mengisi kelompongan hati sendiri dengan tulisan yang entah isinya mampu digunakan atau tidak, biarlah, asalkan ana mahu menulis, insyaAllah.

Kecamukan politik Malaysia yang tidak pernah sepi2, kali ini telah ditambah lagi perisanya dengan keaadaan yang lain pula, apa dia?...Mantan mufti pula yang ditangkap, alasannya, tiada tauliah untuk menyampaikan ceramah, erm, tauliah itu apa ya?...ana sememangnya insan dhaif lagi kurang ilmu, maka telah diberitakan bahawa seorang pensyarah, mantan mufti, mantan ahli majlis fatwa, yang telah dikenali latar belakang dan ilmunya, dinafikan hak oleh JAIS utk memberi kuliah...dengan hal ini ana yang dhaif ini makin keliru apa ertinya tauliah yg diperlukan oleh JAIS lagi?...yang menyeronokkan lagi telah dibawa segerombolan anggota Polis utk menahan mantan mufti itu, wah, hebat benar, mungkinkah mantan kita itu punya M16 dan beberapa butir bom tangan?...agaknya.

Ana bukan mahu membela mantan itu, dia tiada kene mengena pun dengan ana, bukan ayah saudara, mahupun sepupu sepapat yang terdekat, cuma dalam menilai gaya tindak tanduk pihak yang menahan itu, lagaknya semacam tidak pernah belajar pula, nak kata jahil pastinya tidak, nak kata pandai, mungkin lagilah tidaknya. Lihat saja Selangor negeri kesayangan itu JAIS, cuba bilang kelab2 malamnya, dengan arak2 yg bertebaran, judi dan nombor ekor berleluasa, pelacuran dan segala macam perkara ma'asi yang lain, sudah lihat?

Ana baru katakan gejalanya, belum lagi ana katakan si pelaku2 ma'asi yang tidak langsung mampu dihitung, sebut saja siapa, Dato'?...Datin'?...pastinya tidak terbilang, maka ana mahu tanya, JAIS mengapa tidak utamakan yang itu dahulu?...kenapa mantan mufti yg akhirnya dilepaskan tanpa pendakwaan itu yang didahulukan sedangkan si pelaku ma'siat tadi bebas melata tidak kira tempat tidak kira pangkat?...oh, mungkinkah JAIS yang bijak akan memberikan alasan mereka tiada tauliah?...ana senyum saja.

Mungkinkah juga JAIS itu mendapat tauliah untuk tidak mempedulikan kelakuan yang terang2 memancung syari'atullah itu?...sebab itu jugalah mereka berani menjeling saja atas pelaku2 ma'asi itu dengan sebelah mata sahaja, ya, mungkin JAIS ada tauliah ini, tauliah utk membenarkan segala kelakuan ma'siat yang lain...ana senyum lagi.

Ana terdengar suara besar JAIS yang hebat berkata, bidang kuasa mereka lebih besar dr kerajaan negeri Selangor dalam penguatkuasaan undang2 Islam, ana jadi teruja mendengarkannya, tapi ana tersipu2 malu sendiri pabila yang ditangkap bukannya penjenayah mahupun pelaku ma'asi, tetapi sasarannya seorang ulama'...ah, ana sendiri menjadi malu walaupun encik JAIS itu bukan ayah saudara ana mahupun sepupu sepapat.

Tidak perlulah JAIS menghujahkan apa2 lagi demi membela penahanan itu, mantan itu mungkin ada terlanjur katanya, akan tetapi tidaklah beliau seorang penjenayah hebat yang perlu ditahan sebegitu rupa, jangan lagi gunakan alasan tiada tauliah, itu sudahpun boleh digumpal2 dan dbangkul sampahkan. Yang benar2 perlu bagi JAIS supaya tidak dikata jahil nanti, ubah lagak, dan tonjolkan gaya sebenar pejuang agama dengan membanteras segala kelakuan yang memancung syariatullah, bukan sekadar2 saja tapi sepenuh tenaga.

Entahlah, 1 Malaysia sekarang, macam2 hal yang terjadi, kecil ada, besar pun ada, yang lucu pun ada, yang lucu tak menjadi pun ada juga. Kecamukan ini ana kiranya tidaklah lain, hasilnya kerana cakap sahaja besar dan berdegar, pelaksanaannya saja yang kecil molek sgt sampai tak kelihatan, sama2 lah muhasabah, kita semua manusia biasa, perlu utk refresh setiap masa. Sekadar itu saja, ana undur dulu.

p/s : Untuk sekalian imam, ulama', pendakwah dan yg sewaktu dgnnya, hati2 kerna anda sedang diperhatikan, untuk sekalian tokey judi, bapa ayam, tokey kelab malam, pelaku2 ma'siat, usah takut, anda sememangnya dilindungi...fikir2kanlah...

Jangan Kerana Kita Islam Terfitnah!

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan dengan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk "
an Nahl : 125

Kehadrat Dia pujian di lanjutkan, syukuri nikmat segala yang ada, Sang Pencipta itu tidak henti memberi, mengapa kita hamba hina mahu melupai, sudah hebat dan perkasa benarkah?...Junjungan besar di akhir hayat masih lagi terkeluar 'ummati' dari bicaranya, mulia benarkah kita sehingga untuk berselawat sepatah dua pun susah?...selawat dan salam buat baginda. Muhammad Rasulullah.

Afwan, ku mulai dengan maaf kerna aku tahu setiap kali aku ber'aku', mungkih hemah bicaraku hilang sedikit, namun aku dengan lafaz insyaAllah, pedasku, kasarku, masih lagi aku yakini tidak terkeluar dari syari'atullah bicaraku ini, jika aku tersasar maka bangkitlah kamu dengan pedang2 mu datang mengingatkanku, silakan wahai sahabat. Izinkan aku insan hina mula berbicara dan ku mulakan dengan kisah dialog Nabi Musa AS dengan kaumnya yang telah dirakamkan dalam firman Allah SWT yang maksudnya :

“ Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan tetapi kamu menyeru aku ke neraka. Kamu menyeru aku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang tidak aku ketahui padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku beriman kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa-apapun baik di dunia mahupun diakhirat. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang2 yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka. Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba2Nya "
al Mukmin - 41 : 44

Dengan kemelut dunia sekarang, aku tahu, bukan mudah berjalan di atas syaria'tullah, bukan senang menelusuri sunnatullah, kulihat jalannya berliku, hiruk pikuk dengan segala macam kesesatan, gejala2 ma'asi, perlakuan2 mungkar, dan apa lagi yang semuanya secara pasti aku katakan ianya buruk di mata Addeenul Islam. Gejala2 kutuk inilah yang kini senang ditelusuri oleh sekian ramai anak Adam, maka, sudah menjadi kebiasaan manusia, yang senang itu dipilih, yang payah itu dikesampingkan.

Aku tidak terlalu hairan melihatkan manusia2 yang hilang pedoman, tiada bekal ilmu, tidak mendapat nurture atau asuhan yang baik terperosok ke lembah yang bejat itu. Bahkan, untuk mereka ini, walaupun dilihat berjalan berpegangan tangan, ringan2, keluar dating, aku masih mampu mengucap nafas lega, aku masih lega kiranya mereka belum terlalu jauh menjunam meneroka lembah ma'asi. Aku telah katakan tadi, mereka ini tidak dilengkapi dengan ilmu yang cukup untuk memahami perlakuan mereka itu menyimpangi syari'atullah, maka para da'ie sekalian, ini tugasnya kalian yang punya ilmu untuk memahamkan, ayuh!...keluarkan singa2 kamu!

Tetapi sahabat sekalian, fasa ini aku mungkin hilang hemahnya, hilang hemahku ini bukan kerana ammarah bissu' yang dikontrol syaitan, tetapi kerana sayangku kepada kalian. Wahai sahabat2 yang berilmu sekalian, sahabat2 yang bijak pandai, para cendikiawan, ilmuan, agamawan dan entah apa2 lagi gelarannya. Oleh kerana tarbiyahmu sudah cukup untuk mematangkan, sudah cukup utk kamu membezakan yang mana haq yang mana batil, sudah khatam kamu soal fiqh, syariat dan sebagainya, maka aku ingatkan bahawa sekarang murka dan laknat Allah bersama kamu!!!...jangan melenting dulu!...

Sabda Rasulullah SAW :
" Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing "
HR : Muslim

Jika kalian bangga dengan ilmu yang kalian ada, jika kalian megah dengan pandangan org disekitar, jika kalian rasa dada kalian sudah cukup isinya, maka aku mahu tanya kalian, kenapa bongkak benar hati itu untuk melihat dengan jelas apa yang benar apa yang salah?...kenapa perlakuan yang menghampiri ma'asi itu yang kalian tayang2kan?...kenapa benda2 yang pastinya boleh menimbulkan fitnah itu kalian mulakan?...aku tanya kalian wahai si ilmuwan sekalian, kenapa hati menjadi buta hanya sekadar ingin beroleh sedikit keseronokan yang pastinya tidak kekal?...apa sudah bertukarkah status kalian dari si alim yang hebat menjadi si jahil yang sombong?

Aku pasti, jika hati masih lagi diselimuti gelap pekat rasa bongkak, maka wacana aku ini kalian akan bangkul sampahkah, kalian akan mencari2 hujah mengiakan kebejatan kalian, begitulah manusia, sentiasa mahu menang walaupun secara haqnya sudah tahu yang mana betul yang mana salah. Ini perlakuan hati2 kosong yang bongkak tidak mahu menerima kebenaran. Maka aku rayu, jika kalian mahu aku melutut di depan kalian pun aku sanggup, aku katakan ini Demi Allah aku sanggup!...asalkan kalian bisa menilai dan muhasabah kembali sehingga benar2 mampu melihat kekhilafan yang telah dilakukan dgn mata hati!

Maksud firman Allah
" Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan kepada jiwa mereka "
an Nisa' : 63

Tidak aku bicara begini untuk mereka2 yang lain, ini bicaraku khas utk sahabat yang amat aku kasihi lillahita'ala, hikmah itu tidak semestinya lembut, juga tidak semestinya keras, bahkan ia bukan juga diantara lembut dan keras, hikmah adalah apabila kita menyesuaikan situasi dengan tujuan. Maka teguran ini aku kira sesuai untuk hati2 ilmuwan yang mulai gelap, kerna aku pasti, kalian punya akal utk berfikir. Ingat wahai sahabat, dirimu menjadi cermin pada yang lain, menjadi ikutan dan tauladan, menjadi cahaya untuk kegelapan, maka jika kalian suka untuk mengakali syari'atullah, apa jadi pada mereka yang lain??...kerana itulah, aku tidak mahu lagi berlemah lembut, kerna ini soal agama!...ini soalnya bagaimana mahu membawa keizzahan Islam ke puncak!

Jika tadi aku mampu lagi menarik nafas lega melihatkan pasangan2 kekasih yang dating sana sini, itu kerana sudah aku nyatakan mereka mungkin tidak punya kefahaman, akan tetapi kini aku bicara dengan para ilmuwan!...aku bicara dengan yang punya kefahaman, maka biarpun sedikit perlakuannya, namun jika ia sudah cukup untuk menimbulkan fitnah maka ini tidak lagi mampu melegakan nafasku, bahkan aku mungkin kesesekan nafas!. Ingat wahai sahabat, kelakuanmu walaupun sedikit, tetapi jika ia mampu membangkitkan fitnah, maka fitnah itu bukan sekadar jatuh di atas batu jemala kalian, tetapi kemuliaan Islam juga boleh tercalar akibat fitnah yang dimulakan kalian!, apa kalian mahu menjadi pemula fitnah kepada Islam? kalian ingat Allah?...kalian ingat Rasulullah?...kalian ingat?...kalau lupa, usahlah baca lagi, lupakan saja!!!.

Aku berikan sedikit contoh sahaja, seorang wanita yang pakaiannya ketat, berseluar sendat, tidak bertudung, berjalan seiringan dengan seorang lelaki berabut ala2 mohawk berpimpinan tangan, dengan satu lagi situasi iaitu seorang wanita yang bertudung litup, berjubah sopan, duduk di bawak pokok ditaman bunga berduaan dengan bukan muhrim, tidak pegang tangan pun, situasi mana lebih hebat fitnahnya pada Islam?...kalian bijak pandai pastu mampu memberikan jawapan tepat!...aku yakin!!!

Rasanya tidak cukup apa yang aku wacanakan ini, namun harapnya bijak pandai sekalian mampu memahami, aku tidak totokkan kepada perlakuan apa, situasi apa, maka ianya tiada pengkhususan, ia terbuka untuk semuanya, bahkan untuk diriku sendiri juga. Apapun, aku mohon dengan sangat, agar kalian dapat memahami dengan jelas dan nyata pernyataanku yang satu ini! " JANGAN KERANA KITA ISLAM TERFITNAH!!! "...wallahu'alam...aku undur dulu.

Bagan Pinang Dalam Kenangan

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur dan puji buat pencipta maya, hebat perkasa, Allahu Robbi. Selawat dan salam jangan pula dilupa buat Baginda kekasih mulia, Muhammad Rasulullah.

Setelah sekian lama juga Wadi al Qurra' tidak konsisten dengan update dan isinya, maka hari ini, kali ini ana akan cuba untuk lebih konsisten dalam pengisian, insyaAllah. Alasannya ada untuk ana jadikan sebab ketidakkonsistenan itu, cuma, tidak rasanya perlu ana beralasan jika hanya untuk melegakan diri sendiri.

Ingin rasanya ana kongsikan pengalaman di Bagan Pinang, nama yang ana yakin sudah popular ke seantero dunia sekarang. Tempatnya cantik, terletak di Port Dickson yang indah, dengan bayu yang membelai, burung2 beterbangan, pokok2 nyiur liang lintuk diulit deru angin yang mengusik jiwa. Keadaan sebegitu sememangnya menggamit rasa, dan ana adalah antara ribuah manusia yang baru saja menikmati anugerah Allah itu.

Pastinya nama Bagan Pinang ini bila disebut, akan terpaparlah di dalam benak fikiran masing2 ~ Piliharaya Kecil N.31 ~. Ya! sememangnya atas dasar itulah Allah menggerakan kaki ana ke sana kali ini. Bagan Pinang memang indah, namun ana tak tahu mengapa, masih terdapat segelintir manusia yang mahu merosakkannya dengan kejahilan diri sendiri. Keadaan permai yang Allah ciptakan supaya masing2 dapat menilai kebesaranNya bagi melembutkan hati tidak langsung diendahkan, malah dipermainkan saja, seolah2 tiada lagi tuhan di dunia. Ana tidak mengerti kenapa ada apa yang segelintir manusia itu dapat dengan menunjuk lagak samseng, adakah dia mengerti dengan kesamsengan itu dia boleh merebut keredhaaNya, atau apa yang direbut?...duit minyak motor untuk menggertak?...wallahu'alam

Ana yakin Qurra' yang bijak pandai mampu mengerti apa yang ana mahu sampaikan. Begitulah lagaknya jika manusia jauh dari agama, mengelak dari iman, menjeling saja pada akidah, hasilnya pasti, kekerasan hati!. Biarlah apa yang dikatakan media, apa yang dikata pimpinan negara kita, ana di sana, rakan2 ana disana, bahkan puak2 biru itu pun ana yakin amat2 mengerti kebenaran yang nyata, antara siapa yang hak dan siapa yang batil. Usahlah berhujah lagi di dunia ini, tunggu saja dimahsyar sana, disitu pasti kebobrokan kamu akan terzahir, kamu tunggu saja disana!...ayuh siap siagalah kamu dengan hujah yang bakal menikam sosok2 kamu kelak!!!

PAS kalah di Bagan Pinang, ana redhakan sahaja kerna itulah ketentuan dariNya. Gerak kerja telah dilakukan, jentera2 dari seluruh Malaysia all out, namun kehedakNya itu tidak sekali mampu ditidakkan. Pasti terselindung mutiara hikmahNya disebalik ketewasan ini. Biarlah puak2 sana menang dengan usaha samseng mereka, biarlah mereka bangga dengan gaya sombong dan bongkak mereka, biarlah mereka rasa bergaya dgn kejahilan dan penipuan mereka, biarlah mereka menang di Bagan Pinang, tetapi kita jentera2 dan pejuang2 ummah menang dalam mendapat keredhaaNya!!...Allahuakbar!...

Sebagai manusia biasa, ana tercuit oleh gelagat kurang ajar puak2 sana kepada kami, namun Demi Allah, ana masih suka untuk mendoakan agar kita sama2 kelak berada dibarisan sama, semoga Allah membukakan pintu hati kita semua untuk berada di siratul mustaqim...ameen ya Allah!...sama2lah mendoakan antara kita ya!...insyaAllah!...tidak sekali ana membenci kerana kamu biru atau merah, tidak sekali ana membenci kerana kamu isa samad atau najib, ana hanya membenci perlakuan2 yang memancung syariatullah sehingga seolah nampak tidak lagi ada tuhan di dunia, itulah sebabnya, ana mohon kepada semua, agar dapat sama2 kita mendoakan agar dapat kita sesama islam ini bersatu dengan teguh kelak demi meletakkan Islam dipuncak!...ameen ya Allah!!!

Akhirnya, pengalaman bersama berjuang di Bagan Pinang amat2 manis, dengan sahabat2 yang semuanya bersemangat, yang sebelum ini ada yg tak pernah jumpa pun, tapi ukhwah yang terbina itu dirasakah seolah2 telah lama terbina, Alhamdulillah!. Juga buat sahabat, pakcik2 dan ustaz yang satu rumah dengan ana di Bagan Pinang haritu ( Yang duduk sama2 dgn Calon~PJ Negeri sembilan, Zulkefly Mohd Omar dengan PJ P.Pinang@YB Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man ), kalau terbaca, ana ucapkan lagi terima kasih tidak terhingga, insyaAllah kita jumpa lagi dala perjuangan akan datang!...:)

Sedikit Analisis ana berikutan faktor ketewasan besar PAS :

1. Calon Kurang dikenali ramai di Bagan Pinang
2. Calon bukan orang tempatan
3. Kurangnya orang2 tempatan yang berpengaruh menonjol ke hadapan bagi meraih undi, orang2 luar sebenarnya kurang kesannya walaupun ramai.
4. Faktor Isa Samad yg sememangnya dikenali ramai, walaupun terpalit rasuah, pasti byk juga jasanya kepada rakyat tempatan, 22 tahun jadi MB.
5. Jentera parti tempatan kurang menonjol, masih lagi kurang dari segi kualiti dan kuantiti.
6. Cara kempen perlu dibezakan antara kawasan timur, utara dengan selatan.
7. Faktor rasuah, peras ugut, dan kelakuan samseng jentera biru.
8. Faktor undi pos semestinya
9. Perlu lebih banyak mainkan isu2 tempatan yang benar2 mampu menyentuh hati pengundi.
10. Faktor terakhir, KETENTUAN DARI ALLAH, CARILAH HIKMAH DISEBALIK KETEWASAN INI :)

Sedikit perkongsian photo ~

( Masa ni baru lepas di provoke, kiri kanan jalan time ni mmg ramai sahabat2 seperjuangan, ramai2 baru depa takut )

( Kat markaz induk, kami dapat arahan untuk berkumpul sbb kemgkinan ada serangan, alhamdulillah bila ramai depa pun jeling jela, penting duk dalam jamaah! )

( Munajat perdana di markaz dewan ulama, dipimpin oleh Tuan Guru Haji Husin Pondok Lubok Tapah, Kelantan )

( Time duk gantung2, posing2 jangan dilupa...hihi )

( Pasang jang Oii, jangan x pasang, biOr orang lalu x nampak pantai, nampak bulan yO )

( kOjO2 gak, eksen jgn lupO )

( Haa...yang ni gambO mahal ni, tgk puak2 biru duk jatuhkan bilboard besar PAS dgn selamber badak yO, kawan ana amik gambO ni kene tolak ngan sepak gak sedaih duO, seb baik x kene parang, henset ana pun selamat x kene rampas, kejadian ni punca salah satu gaduh yg agak besar pastu, haihhh )

( Ceramah Perdana, antara yang ada, Mahfuz, Anwar, Khalid Ibrahim dll )

( Duk khusyuk dgr ceramah, satgi balik tahajud bior lagi khusyuk ye!...:) )

( Persembahan selepas ceramah oleh Yasin )

( Aih abg Yasin kitO, x takut kO kibOr2 benderO PAS tu, satgi nak cari makan susOh...xpO2...adat berjuang! )

( Ni dia calOn kita, Zulkefly Mohd Omar, Pesuruhjaya PAS N9, time ni kami duk makan roti canai sebelum g melawat tempat mengundi )

( awat muke gtu Zul?...sedap sgt ke roti canai?...:p )

( Ustaz Nasa mai umah sewa kami, nak iring calon melawat tempat mengundi ~ maap la ust, roti canai da abis..hihi )

( Ni antara para pejuang kita...TAKBIR!!! ~ Belah kanan PAS, Belah Kiri BN )

( Depan umah sewa kami kat Bagan Pinang, hensem x?...haha )

( VrOom2...:D )

( Ngan Ust Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Penang a.k.a YB Permatang Pasir...Ust nak balik Penang da masa ni...babai...insyaAllah jumpe lg )

~Jemputan Rumah Terbuka ~

Bismilah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, selawat dan salam buat junjungan.

Dengan ini, ana dengan segala hormatnya ingin menjemput sesape yang sudi ke rumah separa terbuka kami, separa sebab untuk muslimin jek, muslimat kalau nak kene main pesan2 la..nanti kami buat delivery ala2 Pizza Hut tu...hehe

Untuk detail, ni Din Pemuda Khafi kita yang memang dia la yang beria ria benar nak buat Open hOuse...x nyenyempat...hah ni pun keje dia la buat pOster ni, ana lanjutkan aje....sO...jemput2 la ye datang...yang mane jauh2 sgt tu xpela x dtg pun, kirim2 duit raye kat kami pun ok da...:D

Oh ye, nanti datang jangan lupa bawak buah tangan sikit, duit raya banyak pun xpe...:D...infaq la skit...ibnu sabil ni... :p



ps : Maaf lame x update blog, nanti2 ana update ye, ideanye byk, tapi2...hehe...

Travelog Aspirasi Ramadhan @ Cameron Highland

Bismilah...

Segala puji dan syukur buat Tuhan semesta alam, Allahu Robbi. Selawat dan salam buat baginda junjugan, Muhammad Rasulullah.

Update kali ini berikutan satu program Institusi Usrah, iaitu tamrin atau nama glamournya Travelog Aspirasi Ramadhan, yang alhamdulillah telah berjaya di lansungkan di Cameron Highland. Sedikit sebanyak mahu ana kongsikan, insyaAllah.

Kami bertolak pada malam hari Jumaat 4/9/09. Sesi ta'aruf dan Kuliah dasar pertama telah dijalankan selepas solat tarawih malam itu bagi mengelakkan kesuntukan masa di tapak program nanti, almaklumlah tempatnya jauh, bulan Ramadhan pula. Perjalanan kami dimulakan, dan bas meluncur laju membelah lebuhraya dalam sepi malam. Lebih kurang pukul 4.30 pagi, kami singgah di Bidor untuk sahur, restoren ayah kepada salah seorang geng Institusi Usrah, Fadhil namanya.

( Sahur kat Bidor, Ustaz Said, Zul Wadiqurra', Nik Amin, Hazwan )

( Muslimin )

( Muslimat )

Selanjutnya perjalan diteruskan lagi, dan singgah untuk solat subuh di R&R Tapah. Usai saja solat, musafir kami ke Cameron Highland disambung, melalui liku2 jalan naik ke puncak, pusing kanan, pusing kiri...hihi. Diringkaskan cerita, akhirnya biiznillah, kami berjaya sampai ke tempat yang dituju, iaitu Pusat Dakwah di Kampung Sedia, Tanah Rata. Aturcara program dimulakan dengan Kuliah Dasar Kedua, dan seterusnya.

Rasanya, nak ceritakan satu2, penat juga...jadi ana kongsikan dulu yang mana sempat. Riadah bermodul sambil jalan2 di Cactus Valley salah satu yang ana suka, sebabnya boleh jalan2...:D...pernah saja naik ke tanah tinggi ni, tapi ke ladang ini, kali pertama. seronok jugalah, sambil2 jalan, modul dapat dilaksanakan untuk peserta.

( Hensem tak? cowboy Wadiqurra' ~ Kat Cactus Valley )

( Ustaz Said sedang menikmati keindahan ciptaan Allah )

( Zul suka bunga...hihi )

( Zul Strawberry... :p )

( Pakcik misai yang hensem )

( Hazwan and Aliff...control2..:D )

Pengalaman lain adalah berbuka puasa di sini, dalam sejuk yang menggigit, ditambah pula hujan yang turun, sungguh, ia menguji ketahanan masing2, namun dek kerana menu yang disediakan memang sedap, sejuk pun boleh lupa kejap...hihi. Terima kasih buat chef kita, mabruk 'alaiki. Yang beshnya juga, menu berbuka siap ada Strawberry lagi, maklumla, Cameron Highland kan.

( Antara menu iftar )

Malam itu, adalah Kuliah dasarnya, namun yang beshya adalah sesi muhasabah. Kali ini dilakukan kelainan sedikit, dibuat di tanah perkuburan. Suasananya memang menginsafkan, lagi2 pula di hening malam yang sunyi dengan cuaca yang sejuk menggigit, Allahuakbar. Terjadi sesuatu yang diluar kawalan, hujan lebat turun mencurah2, nasib baiklah ada pondok kat situ, namun, ia tidak menghalang suasana muhasabah bagi ana, bahkan alam sendiri sedang mentarbiyyah para peserta. Alhamdulillah ia membawa seribu erti bagi yang menghayati.

Seterusnya adalah pengalaman bagi peserta2, qiamunlail dan bersahur dengan cuaca yang memang sejuk, menggigil2 semua, tapi alhamdulillah, inilah tarbiyah dari alam...:)...ada juga yang tewas, maklumlah kepenatan, tapi apapun ia membawa pengalaman yang penuh erti. Pagi Ahad, adalah sesi2 selanjutnya, Praktikal solat, Debat, Resolusi. Tamat semua, kami bertolak pulang, sempat singgah di ladang teh Cameron Valley dan juga tempat utnuk beli2 strawberry. Kami berbuka di R&R Ulu Bernam, selepas itu ke MMU Cyberjaya untuk menghantar sahabat dari sana, dan akhirnya sampailah sudah kami ke MMU Melaka kira jam 12 tengah malam. Alhamdulillah semuanya selamat.

Tamat sudah penceritaan ringkas ana, dikesempatan ini ana ingin ucapkan tahniah, terutamanya kepada seluruh adik2 tanzim, tuan director kita Aliff, dan juga Izzat kerana telah dengan jayanya melansungkan satu program yang amat bermakna, sebesar2 tahniah buat semua AJK2 pelaksana yang telah bertungkus lumus, usaha kalian amat dihargai. Tidak lupa juga buat urusetia yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan lancarnya, dikelolai oleh Kak Ros Upin Ipin, dengan menu2 yang sedap, alhamdulillah, jasa, tenaga dan usaha kalian amat2 dihargai, semoga Allah membalas seluruhnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Buat para fasilitator, seluruh alumni, senior dan semuanya, tahniah kerana berjaya meletakkan diri dalam gerak kerja dakwah. Buat para peserta yang telah dengan jayanya mengikuti program ini dengan penuh kesabaran, tahniah!. Dan disini ucapan terima kasih tidak terhingga buat Ustaz Said Jamaludin, yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk mengikuti program dari awal hingga akhir, tidak mampu kami balas jasa, hanya doa mampu kami abadikan, semoga sentiasa dalam rahmatNya.

Dikesempatan ini juga mahu ana utarakan sedikit, setiap komen atau teguran untuk setiap dari kita, bukan bermakna kita pastinya bersalah, setiap pujian yang kita terima tidak semestinya menunjukkan tindakan kita itu betul, pasti ada kelemahannya, kerana ia melengkapi fitrah sebagai manusia. Barangkali si penegur itu yang salah dalam menilai, barangkali juga si pemuji itu salah dalam memerhati, namun kita ketepikan itu, yang perlu dicari adalah hikmah disebalik segala apa yang terjadi, insyaAllah jika hikmahnya dapat kita cari, hari2 esok kita akan lebih bermakna biiznillah...:)

Sekian saja, ana sertakan lagi photo berikutnya :

( Sebahagian adik2 muslimin yang dihargai )

( Sembang2 ilmiah dgn ustaz Said )

( Praktikal Solat )
( Menung apa tu? )

( Meluncat kegembiraan...hilang thiqah jap..:p )

( Fakhru, Zulfazlizan, Din, Atif, Zul Wadiqurra' )


( Mawar siapa??...hihi)

( Muslimin - Selepas tamat program )

( Cantek kan♦?... :p )

Ramadhaniyyah VS Rabbaniyyah

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Bulan Ramadhan, yang pada bulan itu Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk buat manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu, dan sebagai pemisah (yang haq dan yang batil)"
al Baqarah : 185

Alhamdulillah wa syukurlilah, dengan kuasaNya, dengan rahmatNya, dengan izinNya, di kurnia lagi sedetik waktu untuk kita meluang masa melayari kehidupan. Buat Baginda junjungan, Muhammad Rasulullah, jangan alpa selawat dan salam, insyaAllah.

Wadi al Qurra' menyepi lagi seketika, dan sudah kedengaran suara2 tidak puas hati oleh kerana terpaksa menyapu sawang2 yang ada ketika memasuki teratak dhoif ini, afwan, tiada alasan, hanyalah kemalasan. Namun detik ini, ana luangkan sedikit masa, bagi sedikit perkongsian. Tiada lain, tujuannya bagi mengalu ngalukan Ramadhan Kareem!. Sudahpun lewat seminggu Ramadhan melintasi, ana akui mungkin terlewat tapi tidaklah terlambat, Marhaban ya Ramadhan!

Ana mulakan saja, ketika mana Ramadhan hampir menjelma, ada sesuatu yang menggangu , ya, sudahpun gegendang telinga ini menangkap lagu2 hari raya, dan ia amat mengganggu. Bukan kerana lagunya tidak indah dan merdu, namun ana sedikit kurang senang melihat gaya sebegini, sudah beriya benarkah mahu menyambut hari raya, dah sudah benar2 tidak sabarkah mahu meninggalkan Ramadhan?...jika ya, maka inilah natijahnya kesan pembawaan hedonisme semata, duniawi tanpa ukhrawi, jasmani tanpa rohani, semoga Allah melindungi semua.

Tidaklah ana mahu panjangkan bicara itu, sekadar muqaddimah dan ingatan, kepada diri sendiri terutamanya. Pokoknya saat ini, bicara di Wadi al Qurra', mahu mengupas sedikit sebanyak soal tajuk utama di atas, Rabbaniyyah VS Ramadhaniyyah, insyaAllah. Begini Qurra', pasti indah, tiba saja Ramadhan, maka akan terlihatlah begitu ramai manusia berduyun2 mahu berinfaq sana sini, ibadah siang malam, Quran tidak lekang ditangan, dan pelbagai lagi gayanya. Ya, sememangnya ada anjuran bagi menambah baik amalan dan kebajikan di bulan penuh rahmat ini, ia sememangnya ada!...malah amat2 dituntut!

Maksud sabda Rasulullah SAW :
Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba bersabda: " Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naunganNya kepada kalian. Dia turunkan RahmatNya, Dia hapuskan kesalahan2, dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kalian berpacu melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kalian, dan perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt "
HR : ath Thabarani

Bulan Ramadhan sememangnya bulan penuh rahmat, dilimpah2kan pahala amal kebajikan, doa2 mustajab, dibelenggu syaitan laknatullah, dosa2 diampunkan. Inilah juga satu2nya bulan yang diwajibkan berpuasa dan di sunnahkan solat tarawih padanya. Lihat saja di masjid2 pada malam harinya, solat tarawih di tunaikan, saff2 yang sebelumnya kosong bahkan lompong di sana sini, kini penuh rapi tersusun cantik. Tidak ketahuan mana datangnya manusia2 ini, hendak dikata malaikat, pernah jumpa main dam di warung kopi, hendak dikata jin, pernah bertembung memancing di ikan di sungai, sungguh!...tidak pasti mana datangnya.

Apapun keadaanya, ini menunjukkan masih ramai yang punya rasa bertuhan, menyedari diri sebagai hamba yang dhoif, masih memerlukan rahmatNya bagi menjamin tempat terbaik disana nanti. Alhamdulillah, rupanya dalam budaya hedonisme, sekularisme dan liberalisme yang menghimpit dewasa ini, masih ada lagi hati2 yang sehingga kini kekal mengakui kehambaan. Inilah fitrah kejadian manusia, yang tidak dapat tidak akan punya rasa adanya pencipta yang Maha Kuasa.

Namun, setelah sedikit gembira melihat gelagat manusia di bulan mulia ini, ana menjadi sedikit takut dan kurang senang. Ana menjadi takut melihat begitu banyaknya kebajikan dan amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan, ana menjadi kurang senang ketika mana melihatkan kesungguhan ibadah setiap manusia di bulan rahmat ini. Tolong jangan katakan ana tidak suka melihat setiap dari itu, cumanya, risau ini hadir oleh asbab yang tertentu. Tidakkan para Qurra' seluruhnya memerhati dengan teliti, apa bezanya kelakuan di bulan Ramadhan dan selepasnya?

Semoga Allah meluaskan pandangan semua, lihatlah betapa ramai yang amal kebajikan dan ibadahnya yang menjadi2 di bulan Ramadhan, akhirnya, tamat saja bulan rahmat ini, masing2 mula bertindak seakan tiada lagi tuhan, Na'uzubillah. Ana menjadi keliru, jika semasa Ramadhan Kalamullah dapat dihabiskan satu juzu' sehari malah lebih, namun selepasnya, kitab suci itu di biar berhabuk tanpa sedikit cap jari, jika semasa Ramadhan diisi dengan solat2 sunat, selepasnya solat fardu pun hanyut ditelan waktu, jika semasa Ramadhan mencari2 majlis ilmu, tamat Ramadhan, tiba saja siaran al Kuliyyah ditukarnya channel mencari Britney Spears...apa sudah jadi dengan tarbiyyah sebulan di madrasah Ramadhan?...apa jadinya wahai Qurra'?

Inilah yang menjadi kerisauan, tidakkah Allah berfirman yang maksudnya :
" Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa "
al Baqarah : 183

Bulan Ramadhan telah dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya, bukan sahaja penurunan rahmat yang melimpah ruah, tetapi ia juga adalah satu medan tarbiyyah untuk setiap dari kita agar lebih bertaqwa. Inilah yang utamaya Qurra' sekalian, Ramadhan adalah medan tarbiyyah untuk kita memperbaiki diri, agar menjadi insan yang lebih bertaqwa, lebih baik dari sebelumnya. Jika selepas Ramadhan kita hanya keluar sebagai produk yang sama seperti sebelumnya, bahkan lebih teruk lagi, tidakkah kita berada dikalangan orang2 yang rugi?.

Jika hanya memenuhi bulan Ramadhan dengan segala macam amalan dan ibadah, tetapi selepasnya ditinggal saja segalanya, maka inilah dia golongan Ramadhaniyyah. Segalanya hanya di bulan Ramadhan, alasannya senang, untuk mendapat ganjaran yang berganda. Ana ada dua soalan mudah buat yang berfikiran seperti ini,pertamanya, apakah syurga Allah itu akan dimiliki dengan hanya banyaknya amalan?...keduanya, apakah rasa bertuhan dan diri hanya menjadi hamba Allah pada bulan Ramadhan saja?...sediakan jawapan itu, tetapi tidak perlulah jawab kepada ana, cuma fikirkan dan bentanglah kepada Allah di Mahsyar sana...silakan.

Maksud firman Allah SWT :
" Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu "
adz Dzariyat : 56

Ingatlah wahai Qurra' sekalian, diri ini bukanlah menjadi hamba di bulan Ramadhan sahaja, bahkan telah diciptakan seluruh makhluk ini sebagai hambaNya pada keseluruhan masa. Jadikanlah Ramadhan sebagai medan tarbiyyah untuk menjadi insan yang bertaqwa, usahakanlah menjadi produk berjaya keluaran Ramadhan kali ini dengan menjadi golongan Rabbaniyyah, sedarlah, yang kita hanya hamba dan selamanya hamba, tidak tertakluk pada masa2 tertentu sahaja, kejarlah rahmat Allah dengan hati yang penuh ikhlas.

" Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan tentang apa2 yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat) dan bertakwalah, sesungguhnya Allah maha tahu dengan apa yang kamu perbuatkan "
al Hasyr : 18

Tanamlah ini kedalam hati setiap dari kita, jika beramal dan memperhambakan diri hanya di bulan Ramadhan, Ramadhan itu tidak kekal dan pasti akan berlalu, tetapi jika beramal dan memperhambakan diri kepada Allah seluruhnya, maka Allah itu kekal abadi!...Jadilah insan Rabbaniyyah, bukan sekadar Ramadhaniyyah, ana undur dulu, wallahu'alam

21 Ogos ~ Satu Tarikh, Satu Peristiwa

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, dengan limpah rahmat dan kurniaNya, telah memungkinkan kita berada dimana kita berada detik ini. Jangan dilupa Selawat dan salam buat baginda tercinta, Muhammad Rasulullah.

Suatu ketika Islam gah, yahudi dan nasrani hanya mampu menjeling dengki. Merancang dan terus merancang, tetapi ianya hanya tinggal rancangan. Islam bertapak mulia, gah dipandang, tinggi duduknya. Yahudi dan Nasrani mundar mandir, cuba mencuba pelbagai helah. Islam tetap utuh berdiri perkasa, cubaan itu hanya picisan. Islam teguh kerana Allah menjadi pengaturnya, dan asbab tindakan ummat terdahulu yg cekal pegangannya.

Namun semakin lama, taring kuffar semakin tajam, sikapnya semakin menggila laparkan darah. Seolah sang singa mahu menerpa sang kijang, tajam pandangannya, tangkas geraknya, kuffar semakin mengganas, mahu menyembelih dan memancung. Ummat Islam yang tadinya cekal, mula hilang keperkasaannya, ajaran sebenar semakin dilupa, berpecah belah, hancur lebur sebuah khalifah. Islam mula diinjak, dihina, bukannya Islam itu rosak, akan tetapi kebejatan ummat yang semakin alpa menghalalkan kepunahan. Di manakah ummat Muhammad yang cekal dahulu?

21 Ogos 1969, si jahat Micheal Dennis Rohan mencetus sesuatu. Sesuatu yang bukannya kecil, dan sesuatu itu adalah penghinaan besar buat ummat Islam seluruhnya. Si bejat itu dengan pegangan teguhnya pada Talmud mengarut, cekal berani dengan tindakan, memulakan satu nyalaan api, yang hampir memusnahkan Masjidil Aqsa tercinta. Inilah dia peristiwa besar 21 Ogos, pembakaran al Aqsa yang didalangi Yahudi kutuk.

Rancangan hina Yahudi Zionis, menghancurkan al Aqsa dan mendirikan Haikal Sulaiman. Itulah dia cita2 dan keberanian si Zionis derhaka. Besar kemusnahan yang berlaku, dikira satu per tiga bahagian masjid musnah. Namun apa yang menarik, si bejat Micheal Dennis Rohan dibiar saja tanpa hukuman. Rakyat Australia yang juga seorang doktor itu dibebaskan atas alasan kurang siuman. Inilah hakikatnya, dunia diperbodohkan, Islam dipermainkan.

Bukan setakat itu, bahkan berulang2 dengan pelbagai cara puak2 yahudi memainkan peranannya bagi melumatkan al Aqsa, menggali terowong, menceroboh masuk, merampas tembok buroq dan bermacam lagi lanjutannya. Nah, sekarang dibarisan mana kita?...di mana kita?...masih leka dengan keadaan senang lenang?...masih enak minum kopi di warung2?...teruskan dengan lalaimu!.

Tulisan ini bukan mahu menggali sejarah sekitar hari al quds dan masjidil al Aqsa, namun ini sekadar loceng peringatan buat semua, agar tidak leka dan hanyut dengan mimpi sendiri. Islam diinjak, al Aqsa di ceroboh, ummat di hina, al Quran dipermain, tetapi dimana kita sahabat? Adakah sudah siap siaga kita seluruhnya bagi menghadapi golongan2 kuffar ini. Adakah sudah cukup teguh tapak kita sepertimana ummat terdahulu mempertahankan Islam?...AYUH!!! bangkitlah dari mimpi dan mulakan langkah pendekar!...kita hancurkan si bejat dan si laknat itu!






p/s : Syukran kepada yang mengingatkan ana akan hari al Quds :), artikel ramadhan menyusul...ahlan ya muslimin, ahlan ya muslimat, ahlan fi Ramadhan Kareem!...

~ Toriqul Huda ~

Bismillah...

Segala puji buat Sang Pemilik, Selawat dan salam buat baginda dikasihi. Ana hadirkan entry kali ini dalam bentuk puisi, semoga bermanfaat.

Suatu detik aku menyendiri,
Membiar masa berlalu pergi,
Bukan niatku membuangnya begitu,
Namun ia kerana sesuatu.

Bukan ini jalan yang ku mahu,
Tapi inilah jalan yang ku pilih,
Tetap jua jadi taruhan,
Kerna kutahu kemahuanku bukannya benar selalu.

Perit dan pilu bukan soalnya,
Sememangnya itu fitrah kehidupan,
Dijadikan hidup sedemikian,
Tidak selalu indah, tidak selalu tenang.

Ku soal-soal hati kecil,
Mengapa yang susah jadi pilihan,
Mulanya tidak kudengari jawapan,
Namun semakin lama ku mula fahami.

Jika mahu hanya kelapangan,
Katakan saja pada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa benar lapang itu hasilnya kejayaan?

Jika mahu kesenangan dunia,
Katakan saja pada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa senang di dunia pastinya senang disana?

Jika mahu pujian manusia,
Katakan saja pada Tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa pujian manusia pastinya kemuliaan dari tuhan?

Jika mahu kecantikan paras,
Katakan saja kepada tuhan,
Tunggulah jawapan dariNya,
Apa paras itu lesen ke syurga?

Aku merenung sedikit jauh,
Tampak jalan semakin berliku,
Ku cuba jua telusuri,
Sudah hilangkah rasionalku?

Kelihatan saja satu jalan terbentang,
Luas dan terang tiada liku,
Namun kupalingkan muka,
Sudah hilangkah akalku?

Kenapa perlunya aku memilih liku,
Sedangkah ada yang terang dan luas,
Hati kecil mula bersuara,
Apakah liku yang haq atau luas yang batil engkau mahukan?

Hati kecilku berdetik lagi,
Mengingatkan aku bait kata al Ghazali,
Hujjatul Islam yang aku kagumi,
Menuju yang mulia pasti berliku jalannya.

Aku habiskan renungku,
Tiada sudahnya begini,
Aku bangkit dengan pasti,
Sekarang masanya untuk melangkah!

~BIIZNILLAH~