.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Mencari Cinta ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"
at Taubah : 24

Syukur pada yang Kuasa, segala puji bagiNya, dengan izinNya jua aku mampu bersyukur dan memuji. Muhammad Rasulullah SAW, dengan nurNya alam diterangi, rahmat dilimpahkan, manusia biasa yang bersifat luar biasa, datang juga dariNya, jangan lupa selawat dan salam.

Kalau tulisan sebelum ini tajuknya Epilog Cinta, kali ini Mencari Cinta pula, kenapa banyak sangat perkataan CINTA, adakah ana sedang bercinta?...

Ya...ana sedang bercinta, kerna manusia jika tanpa cinta akan hancur dan porak perandalah kehidupan. Tanpa cinta manusia binasa, ana menyeru kepada semua, marilah bercinta. Bercintalah dengan Allah dan bercintalah kerana Allah, pasti kita akan bahagia, cintailah sesiapa saja, asalkan disandarkan padaNya.

Malaysia kini sememangnya sedang diselaputi cinta, itu bagus, namun yang tidak bagusnya cinta iu disandarkan pada dunia, rakyat Malaysia sekarang sedang mencintai segala yg ada dengan disandarkan pada dunia, oh ya...bukan Malaysia saja sebenarnya, tapi seluruh dunia, namun usah melihat lebih besar jika diri sendiri terkontang kanting.

Ana sempat mengkuti program edaran risalah sempena Ramadhan, Merdeka dan 'Eidul fitri di Melaka anjuran GAMIS. Jika kita pada bulan mulia selalu mendengar tazkirah sempena Ramadhan, bertarawih, beratadarrus, menulis tentang Ramadhan dan kelebihannya dengan sangat bersungguh2 di blog2 atau mana saja, sahabat kita di luar sana juga sedang bersungguh sungguh mencari cinta terlarang. Secara praktikalnya, adakah apa yang kita buat sekarang membantu sahabat kita yang lain?, atau sebenarnya kia hanya sedang membantu diri sendiri sahaja?, sekadar persoalan, insyaAllah kita sama2 berusaha lebih gigih, sama2 mengejar mardhatillah.

Ana berpeluang mengedarkan risalah dan menegur mesra 'beberapa', oh ya, 'beberapa' yang ana sebut itu sebenarnya bermaksud BANYAK. Banyak pasangan yang sedang mencari cinta, apatah lagi yang sedang bercinta. Gayanya macam2, ada yang berkepit, ada yang berbaring mesra, ada yang berbual2 biasa, namun oleh kerana keadaan tempat itu agak gelap, jadi pasangan berkenaan perlu duduk rapat2, takut barangkali, syaitan diikat, tetapi jin tetap ada di bulan Ramadhan ini.

Reaksi yang di terima pelbagai, namun alhamdulillah semuanya positif, bermaksud mereka masih lagi punya HATI!. Ada juga yang sedang berbaring mesra itu terkejut bila di sapa, terus bangun dan apa yang keluar dari mulutnya adalah, ya ALLAH!, terkejut dengan cara pakaian dan kOpiah barangkali, mungkin disangka pegawai pencegah maksiat, itu tidak perlu dikisahkan, tetapi yang ana gembira, masih ada ALLAH di hati mereka.

Ada pendapat mengatakan perlu ditanggalkan kOpiah dan imej agama semasa gerak kerja begini diadakan, tetapi ana pula sengaja melawan arus, kenapa tidak mahu menonjolkan syiar agama, sedangkan pengalaman ana sendiri, golongan sebegini lebih menghormati imej agama yang dibawa. Mereka akan segan sendiri, malu sendiri kepada Islam yang ada dalam diri mereka. Ini bukan sekadar teori, ini adalah observation dari pengalaman sendiri, pergaulan dengan sahabat yang begitu, dan terbukti secara praktikalnya, apalagi di bulan Ramadhan ini.

Maksud firman Allah
" Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti2 kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
al Baqarah : 208-209

Tidak ada yang lari, bahkan sangat mesra pula, approach yang betul akan membantu pakej pakaian atau syiar yg dibawa, kita mahu mengislah dan berdakwah untuk manusia kembali pada Islam, kenapa mahu bawa imej yang sama seperti mereka, lagipun keberkesanannya telah terbukti. Bawalah imej Islam, jangan takut manusia akan lari kerana fitrah manusia itu pada ISLAM, yang perlu dikhuatirkan adalah cara bertindak dalam situasi yang berbeza.

Golongan tertentu 'Mencari Cinta'...

Heboh kini dengan isu non Muslim memasuki masjid, ada pihak2 tertentu sedang mencari cinta dengan cara mengharamkan non Muslim memasuki Masjid. Mereka menunjukkan mereka sangat cintakan agama, dan inilah caranya mereka mencari cinta, tetapi mahu bercinta juga perlulah di dasari dengan ilmu. Kamu cintakan Islam tetapi kamu tidak tahu dan tidak mengikut apa yang Islam minta, cinta apa begini?

Salah satu alasannya adalah kerana YB bukan Islam yang memasuki masjid itu tidak menutup aurat, tak memakai tudung, bergegar gegar golongan pencari cinta ini mengeluarkan hujah. Secara peribadinya ana juga setuju, sepatutnya penganjur majlis perlu menasihatkan YB non Muslim itu memakai tudung, YB itu tidak ada masalah pun utk memakainya, cuma beliau tidak tahu.

Namun, ada apa dengan ini?...

( Pencari cinta hakiki...surau atau masjid mana ni?... )

Jika golongan ini yang bergegar menyuruh memakai tudung dan menutup aurat bila memasuki masjid sebagai menghormati agama Islam, bagaimana pula mereka yang beragama Islam, tetapi membuka aurat merata rata, bahkan sampaikan dalam surau pun masih menonjolkan rambut yang hitam pekat itu?, Cakap saja bergegar, diri sendiri...carilah cinta yang sebenar, jika sudah jumpa jangan pula berpaling demi kepentingan diri.

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya "
as Saff : 2-3

Golongan pencari cinta ini menari lagi...

Mereka berhujah pula Islam mengharamkan non Muslim memasuki masjid, seolah2 secara total Islam mengharamkan. Mungkin mereka terlalu sibuk mencari cinta hingga terlupa untuk membelek kitab dan melihat pandangan ulama' terdahulu dan kontemporari, bahawa jumhur ulama' dan fuqaha' membenarkannya.

Imam Bukhari ada membawakan sebuah hadith yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap kerana kesalahan tertentu)

Maksudnya :
" Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid "
HR : Bukhari & Muslim

Selepas tiga hari di tahan, Thuhamah bin Uthal telah memeluk Islam demi kerana melihat keramahan dan budi pekerti umat Islam serta keindahan mereka dalam beribadah.

Thuhamah itu semasa ditahan belum memeluk Islam dan tempatnya adalah di dalam Masjid, jadi bagaimana sekarang golongan pencari cinta yang sedang menari?...

Imam al Mawardi as Syafie di dalam al Hawi al Kabir telah membawa pendapat Imam as Syafie, maksudnya :

" Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram "

Dapat kita lihat, membenarkan non Muslim memasuki masjid adalah salah satu uslub dakwah yang digunakan Rasulullah SAW, dan ia di sepakati oleh majoriti ulama' dalam mengharuskannya. Jadi kalau kita yang bukan siapa2 ini, usahlah bergegar gegar mahu membantah tanpa dasar, oh mungkin ada dasarnya, POLITIK SEKULAR!. Jadikanlah hubungan politik dengan bukan Islam sebagai salah satu cabang dakwah untuk kita, ini juga salah satu cara dalam mengejar cinta Allah, bukannya dengan menjauhkan lagi non Muslim dari Islam.

Di Merata dunia, United Kingdom, German, London, bahkan Masjid al Azhar sendiri membenarkan non Muslim memasukinya. Ketua paderi Kristian juga pernah memasuki masjid dalam rangka lawatannya ke negara Arab. Persoalannya bukan di ruang dalam atau luar, ruang solat atau di mana pun, selagi mana adab dijaga, ia diharuskan.






Mencari cinta itu satu kewajipan bagi seluruh manusia, namun perlulah mencari cinta yang benar, dan jalannya pula perlulah syarie. Mencari cinta perlu dengan ilmu, bukan dengan bersandarkan kepentingan diri dan dasar emosi membuta, tidak kiralah siapa pun kalian, ana undur dulu.

p/s : Nampaknya ana update lagi, sgt termotivasi :D...apa pun JOM BERCINTA! :)

~ EpilOg Cinta ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, dengan kurnianya kita masih disini. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Rasulullah SAW.

20-22 Ogos lepas, Jumaat Hingga sabtu ana di atas bukit sana. Berkesempatan sekali lagi bersama adik2 Institusi Usrah MMU Melaka untuk menjayakan satu lagi program rutin IU, yang kali ini namanya menjadi sangat romantis, Epilog Cinta, dah macam tajuk drama atau novel pula. Ia diadakan sekali lagi di Cameron Highland, juga diempat penginapan yang sama seperti program tahun lepas, Pusat Latihan Dakwah ad Diniyyah.

Kembara kali ini sekali lagi ditemai oleh Ustaz Said dari Al Faliheen Management, jika tahun lepas masih solo, tahun ini sudah berteman, zaujah ustaz turut dibawa untuk membantu kami, bahkan zaujahnya bukan datang seorang, diteman pula anak kecil yg masih belum lahir. Kalaulah sudah lahir, pasti ada orang kempunan nak NGAP baby :D

Kami bertolak sekitar pukul 1 pagi sabtu, bersahur di R&R tapah dan kemudian tiba di Tanah Rata lebih kurang pukul 9 pagi. Bila sampai agak mengantuk, kerana malamnya di atas bas sampai ke pagi sangat banyak ana membebel, natijahnya tak cukup tidur lah. Oleh sebab itu, sampai2 saja terus mandi utk segarkan diri, yes, ana mandi ok walaupun di Cameron Highland, kalau yang lain2 tu taktau la...:p

Selepas itu, aktiviti diteruskan, dengan kuliah dasar, LDK dan sebagainya. Komitmen dari Ustaz Said sangatlah tinggi, sampaikan ana pula jadi malu sendiri melihatkan kesungguhan beliau. Apa yang sangat ana ingat, ketika bersembang sembang dengan ustaz, beliau berpesan, Rasulullah SAW dulu menggunakan pelbagai cara dalam menyampaikan dakwahnya, ada kalanya dengan lisan, ada kalanya dengan lukisan, dan sebagainya demi memahamkan mad'u yang berlainan cara fikir dan latar belakang. Jadi, ustaz menambah, kita yang buat kerja Islam ini perlu begitu, perlu gunakan semua medium yang ada, jangan buat kerja bagai melepas batuk ditangga, perlu buat yang terbaik dengan cara yang paling baik dalam menyampaikan ilmu.

Melihat cara ustaz, menggunakan visual, lisan, aktiviti, dan sampaikan memberi cenderahati kepada peserta, yang sepatutnya kami yang sediakan, dapat dilihat bahawa perkataannya seiring dengan perlakuan, jadi contohilah itu, buat kerja Islam, kitalah perlu buat yang terbaik, semoga Allah permudahkan.

Dalam banyak2 peristiwa yang berlaku, ada satu peristiwa yg benar2 mencuit hati, manakan tidak, sewaktu malam muhasabah, aktiviti dibuat di kawasan kubur. Peserta di di tempatkan seorang untuk satu kubur, mengingatkan kepada kematian yang pasti datang. Namun ada pula yang boleh terbaring di tepi kubur, ingatkan mahu menghayati, rupanya tertidur tergolek, cuaca sejuk yang menggamit jiwa dan perasaan telah menyebabkan itu barangkali, lagipun malam itu sgtlah sejuk.

Seperti biasanya, setelah selesai semua aktiviti, hari akhir iaitu ahad telah dikhususkan untuk jalan2 sambil shopping2. Ana pun tidak terkecuali lah, apatah lagi dengan tempahan2 istimewa dari jauh, maka sangatlah khusyuk memilih cekelat stoberi, teh dah lain2...:D. Semasa di ladang teh pula, bagai lupa sedang puasa, ana telah berlari lari naik turun bukit, dah macam cerita hindustan pulak, oh, sgtlah...huhu

Akhirnya, pulang ke pangkal jalan, kami sampai di MMU Melaka sekitar pukul 7 malam, terus ke masjid bersama sahabat dan adik2 untuk berbuka puasa. Ketika itu barulah ana terasa, Melaka ini sangat panaslah, tak biasa rasanya... :p

Ana sertakan sedikit gambar sebagai perkongsian :

( Cak! :D )

( Ustaz Said menyampaikan kuliah dasar )







( Tempat Penginapan )

( Ustaz Said mengendalikan sesi praktikal solat )

( Umair sedang menjampi apa ntah...:p )

( Kubur ~ Mengingatkan mati itu pasti datang! )







( Ustaz Said & Zaujahnya, Kak Reha di Big Red Strawberry Farm )



( Subhanallah...Melihatkan alam mengingatkan kekuasan Allah SWT ~ Kat sini la kami main lari2... :D )



( Ada macam hero hindustan tak? )


p/s : Kali ini sempat lagi mengulangi cabaran mandi pagi di Cameron Highland, seperti tahun lepas, sebelum subuh lagi ana mandi, and kali ni saja mencabar diri, walaupun hitter dah tak rosak, ana mandi guna air sejuk juga...segarrrr!...:D )

p/s : Termotivasi lagi untuk berlumba :D...Fastabiqul Khairat!

~ Satu Kisah Sempena Ramadhan ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al Quran) itu pada malam al Qadr. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar "
al Qadr : 1-5

Alhamdulillah wa syukurlillah, kurniaanNya melimpah lagi, dek kerana rahmat Ramadhan barangkali, ah, tidak Ramadhan saja rahmatNya turun bukan, tak percaya?...buktinya kita masih hidup!, syukurilah. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah SAW, yalah, sempena Ramadhan juga, banyakkanlah selawat, selepas Ramadhan nanti, banyakkanlah lagi.

Orang kata semasa Ramadhan gandakan amalan kerna pahalanya berganda ganda, jadi ana pula kata, selepas Ramadhan perlu lebih banyak amalan, agar pahalanya nanti melebihi apa yang kita dapat semasa Ramadhan, bukankah sebagai Muslim tanggungjawab kita untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya, pahala dan amal selepas Ramadhan mestilah lebih banyak dari bulan Ramadhan, bagaimana, setuju?, sanggup atau tidak?.

Ana menulis waktunya hujan, jadi jiwa ana menjadi sedikit romantis, kalian tidak salah baca, romantis ana ulangi. Menjadi romantis membuatkan ana mahu bercerita, bukan ceritanya ana, tapi ceritanya manusia yang perlu belajar bersyukur. Cerita Wadi al Qurra' versi Ramadhan, izinkan...

**********

Seorang pemuda datang menjengah seorang ulama', hajatnya mahukan nasihat tentang rasa bersyukur. Oleh kerana pemuda itu datangnya sehari sebelum Ramadhan, maka sang ulama' memberikan sesuatu yang ada kaitannya dengan ramadhan.

" Wahai pemuda, di bulan Ramadhan itu ada satu malam yang jika beribadah di dalamnya, maka akan digandakan amalmu bagai beribadat seribu bulan "

"Bilakah malam itu ya syeikh?!"

" Engkau carilah satu malam yang terbaik dalam bulan Ramadhan, itulah malamnya "

" Apa lagi nasihatmu? "


Ulama' itu memandangnya, lalu berkata " Janganlah kamu datang kepada aku selepas Ramadhan nanti dan kamu mengatakan ' aku menyesal ' "

Pemuda itu kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga pinga, akan tetapi ia sudah ada azam, mencari lailatul qadr!

Awalnya Ramadhan pemuda itu tampaknya bersungguh beribadat. Tarawih, sOlat malam, tadarrus dan sebagainya, namun dalam hatinya, ah, sama saja dengan malam kebiasaan. Hanya saja 5 Ramadhan, ia membuat kesimpulan, dia perlu cari malam yang terbaik itu, yakni bila merasakan itu malam yg terbaik makanya ia kan beribadah sekuat mungkin!.

Hari berganti hari, sudah masuk 25 Ramadhan, sang pemuda masih belum menjumpai malam terbaik, baginya setiap malam sama saja, tiada yg istimewa atau menarik. Jadi ia teruskan saja dengan rutin biasa sebagaimana yang dilakukan sebelum Ramadhan.

Sudah akhir Ramadhan, sang pemuda semacam kecewa, ia tidak menemui apa yg istimewa, tiada malam terbaik itu baginya, cuma pada 27 Ramadhan yang lepas di rasanya sedikit lain, pukul 4 pagi ia terjaga bagai dikejut seseOrang. Ia bangun, lalu mencari apa2 yang istimewa, ah, sama saja, malam pastilah gelap, ada bulan ada bintang, manakan malam akan muncul matahari, ia tidur kembali.

Hari raya pertama, selepat solat sunat hari raya, ia tergesa gesa datang kepada ulama yg telah ditemui sebulan yang lepas.

" Wahai syeikh, aku tidak mengerti akan malam terbaik yang engkau katakan, padaku semua malamnya sama sahaja.."

Ulama' itu tersenyum, " Apakah kamu beribadah, dan amalmu sama saja dengan bulan yang lain sebelum Ramadhan? "

" Apakah kamu mencari satu malam yg istimewa itu, dan kamu mahu beribadah di malam itu saja "...sambung sang ulama'

" Ya, itu yg aku lakukan wahai syeikh, sedangkan aku sgt2 menginginkan malam itu, aku mahu amalku diganda seribu bulan! "

" Kamu telah mendapatnya wahai anak muda, namun kamu menolaknya "


Sang pemuda itu tercengang..." Mana mungkin aku menolaknya!, aku bahkan sanggup membayar berapa saja yg aku ada demi mendapatkannya! "

" Lupakah kamu suatu malam kamu terjaga secara tiba2, dan kemudiannya kamu tidur kembali, itulah saatnya Lailatul Qadr wahai anakku..."

" Malam itu???....tidakkah aku mampu memutarkan masa wahai syeikh!...aku menye... " Ulama itu mengisyaratkan supaya pemuda itu tidak meneruskan kata2.

" Telah aku katakan, jangan sebut penyesalanmu didepanku, bangkitlah...dan inilah pengajaran yang sgt berguna buatmu, erti bersyukur dan menghargai jika kamu mendapatkan sesuatu..."

Sebulan kemudiannya, pemuda itu pergi memenuhi jemputan tuhan, dalam hayatnya, ia tidak sempat mendapatkan Lailatul Qadr yg sangat diingininya, malam terbaik yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Yang lepas tidak dapat di capai, yang di depan juga tidak kesampaian.

Ibrah 1

Maksud sabda Rasulullah SAW :
Sebaik baik malam ialah Malam al Qadr, kerana baginda SAW bersabda : " Barangsiapa yang berqiyam pada Malam al Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa dosa yang telah lalu"
HR : Abu Hurairah, Ahmad

Mencari Lailatul Qadr bukanlah dengan mencari malam yang istimewa dan mahu beribadah di dalamnya. Jika mahukan anugerah ini, ia perlu dimulakan lama dahulu, dengan ikhtiar dan doa sepanjang tahun. Malam dengan kelebihan seribu bulan ini bukan bagai bola mahu datang bergolek, ia hanya untuk insan terpilih yang benar2 ikhlas dan berusaha mahu mendapatkannya. Mana mungkin mahukan Lailatul Qadr, sedangkan usahanya begitu2 saja, tunggu melihat pokok sujud baru mahu turut sujud barangkali.

Beribadahlah kerana Allah, ikhlaskan hati, sujud dengan pengharapan mendapat redhaNya semata, itu setinggi tinggi tingkat ikhlas. Jika begitu keadaannya, nanti saja anugerah yg pelbagai dari Allah, usahkan Lailatul Qadr, sebut saja apa kalian mahu...

Ibrah 2

Maksud firman Allah SWT :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)"
Ibrahim : 34

Manusia sering mencari yang terbaik, namun ramai sekali manusia terlepas pandang apa yang terbaik baginya dek kerana tidak mampu melihat petunjuk Allah. Ini hakikat yang sering terjadi, lihatlah bagaimana pemuda tadi begitu mencari malam yang terbaik, akhirnya langsung ia tidak mendapatkannya, penyesalan saja yg ia peroleh.

Begitu juga dalam kehidupan, apabila telah menjumpai sesuatu yang baik buat kita, syukuri dan hargailah ia, janganlah terus mengejar sesuatu yang tidak pasti, bimbang ia tidak datang lagi. Anugerah Allah datang dan pergi, pabila ia hadir maka janganlah lepaskan, jika ia pergi bukan siapa yang rugi, kitalah yang sendiri.

Yang terbaik buat kita adalah apabila kita mendapatkan sesuatu yg baik, hargai, syukuri, dan jadikanlah ia yg terbaik. Yang terbaik adalah apabila kita mampu menjadikannya begitu, ia perlu di usahakan, ia tidak datang bergolek begitu sahaja. Jadi sangat benarlah jika dikatakan kita harus menjadi, bukan mencari. Jika telah menjadi, tidak perlu lagi dicari, insyaAllah ia datang sendiri.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "
an Nahl : 18

**********

Ingatkan cerita romantis, nampaknya tidak, lain kali pulalah ana buatkan cerita romantis. Oh ya, ana sertakan gambar di bawah, rasa macam menarik pula, mungkin boleh jadi pencetus kepada artikel seterusnya, yang mungkin menjadi romantis, oh KCB...oh nO!...:D



p/s : Mahu beromantis dengan Allah, supaya dapat beromantis dengan manusia...yang mengasihi pasti dikasihi...:)

~ Memaknakan Ramadhan ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa "
al Baqarah : 183

Alhamdulillah, segala puji buat tuhan sekalian alam, tanpaNya tiada kita disini, tiada juga alam ini. Selawat dan salam buat baginda junjungan, wakil tuhan membawa rahmat, tanpaNya rosaklah manusia, penghidupan sia sia.

Setiap yang ada di dunia ini pasti ada dengan disekalikan pakej hikmahnya, tidak kiralah hatta khinzir sekalipun, disebalik kenajisannya, ada ibrah dan hikmah di sebalik penciptaan, pasti!. Nah, apalagi jika Ramadhan, Ramadhan kareem...Ramadhan yang mulia kita katakan, hikmahnya pasti beribu ribu, namun hikmah bukanlah seperti bola yang boleh datang bergolek. Mahukan hikmah, carilah...

Ramadhan itu hanyalah nama satu bulan, ia hanyalah seperti bulan2 yang lain, akan tetapi ia menjadi mulia kerna Allah memuliakan ia, mewajibkan puasa didalamnya, nuzul al quran, lailatul qadr dan sebagainya. Ramadhan itu tidak akan menjadi mulia juga bagi kita, jika kita tidak dapat memaknakan dgn sebenar benarnya. Apa Ramadhan akan bermakna jika kita bertindak sama saja seperti sebelumnya?...terus lalai dan cuai dengan agama, mengejar dunia bertuhan material.

Namun, dalam pada itu, jangan pula kita menjadi hamba Ramadhan kerna ramadhan akan pergi. Beribadah bagai nak rak ketika ramadhan, selepas itu terus futur. Beribadahlah lillahita'ala, kerna Allah itu kekal abadi dan tidak akan meninggalkan kita. Untuk hal ini telah ana coretkan pada artikel untuk ramadhan yang lepas, ana kira elok juga kiranya artikel yang lepas itu di refreshkan kembali untuk ramadhan kali ini, bacalah jika berkesempatan.

Untuk Ramadhan 1431 ini, ana suka rasanya untuk meluahkan dalam bentuk puisi pula, izinkan...

Ia pergi datang kembali,
berputar masa mengakur ilahi,
hamba hamba merasa senang,
menyahut seruan kembali datang.

Manusia cetek terbayang juadah,
manusia celik tergambar ibadah,
manusia kabur teraba raba,
manusia buta tetap membuta.

Ramadhan kareem pembuka bicara,
hati berbunga terus berselera,
selerakan juadah atau ibadah?,
hati kamu tahunya lebih.

Apa ertinya Ramadhan bagimu?,
memaknakan Ramadhan dengan ucapan?,
atau memaknakan ia dengan tingkahmu?,
manusia sering berselisih hati dengan perkataan!.

Hikmah Ramadhan besar sekali,
namun kecil jadinya jika tidak dicari,
menghitung saja berlalunya hari,
menunggu meriahnya 'eidul fitri.

Sudahlah menjadi buta,
mata celik gunakan saja,
lihatlah kurniaan dari tuhan,
sambutlah ia maknakanlah Ramadhan!

Ya Allah, kurniakanlah kami Ramadhan yang lebih bermakna kali ini, kurniakan juga kami dengan lailatul qadr!...ameen ya Robb!...Ramadhan kareem!

~ Convocation Day The Return ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, selawat dan salam buat rasulullah SAW.

Jika sebelum ini sudah ada entry yang tajuknya convocation day, ini adalah lanjutannya. sepatutnya ana update sekaligus, tetapi oleh kerana 'tiba2' sahaja entry sebelum ini muncul di Wadi al Qurra', tak mengapalah, hanya yang tahu akan mengetahui kenapa ia 'tiba2' ada, mungkin lepas ini ada lagi yang 'tiba2' itu...:D

Apa pun halnya, 2 Ogos lepas adalah hari konvokesyen ana. Untuk bercerita lanjut, ana semacam kurang pandai, namun untuk menyambung entry sebelum ini ana update jugalah. Rasanya tidak perlu untuk ana kronologikan setiap yang berlaku,penat kut :p, jadi mungkin gambar2 boleh menceritakan serba sedikit. Sayangnya tidak semua gambar ada dengan ana, byk gambar dengan sahabat lain ada dlm kamera mereka, yang ada dengan ana gambar yg sudah ramai sudah pulang kerna kameraMan lambat tiba, makanya muka ana sajala yang byk :p.

Oklah, ana titipkan sahaja sedikit gambar kenangan, benarlah jika dikatakan ia bukanlah semata mata mengenai konvokesyen, konvokeseyn itu sendiri hanyalah sebuah upacara, ianya tidak akan bermakna jika kita tidak memaknakan ia dengan makna yang sebenar...

( Topiku terbang tinggi... )

( err... )

( ececeh... :p )

( Ummi n Abah tercintaa... )

( a.chik & a.ngah, dua2 produk MMU...:D )

( Macam2 gaye dak2 ni :p... )

( Terbang Zul!... )

( Alamak YB!... )

( Katak hijau cOmel yang taktau tau dari mane dtg melOmpat...tOink2... :p )

p/s : Gambar on stage belum ambil lagi, masih kat kedai...huhu

~Convocation Day~























2 Ogos 2010. Alhamdulillah...



p/s: It's a teaser. The story will be continued later, perhaps... :)