.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Konsert Lifeline Gaza & KLIBF 2010 ~

Segala puji dan syukur kepada Allah, tuhan sekalian alam, pemilik segala yang ada. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, diberi ruang masa lagi untuk meng'update'. Update ini sekali lagi adalah update uktiviti secara ringkas, tak sempat nak menulis artikel...eheh, tak sempat ke malas. Ok, hari Jumaat lepas ana bersama sahabat, berkonvoi 2 buah kereta, satu Kembara yang ana bertindak sebagai pilotnya, kedua adalah kancil yang Hafizuddin Pemude Kahfi menjadi pilotnya. Tujuan kami adalah Konsert Lifeline Gaza anjuran HALUAN dan NGO2 yang lain.

Kami terus ke Shah Alam dulu, kemudian bergabung dengan konvoi HALUAN, aha...ana menjadi ahli konvoi HALUAN. Tapi yang agak dasyatnya dari Melaka ke Masjid Wilayah mengambil masa lebih kurang 5 jam, bukan apa, ada masalah teknikal sikit, masing2 nak menimba pengalaman lebih, so kitorang ambik long cut lah. Sampai saja di Dewan Masjid Wilayah tu, persembahan baru nak mula, tak ketinggalan lah kami walaupun lewat sampai, alhamdulillah.

Persembahan daripada kumpulan Shoutul Harokah, Bro Muadz, dan Da'ei sememangnya mantap2, mampu membangkitkan rasa terhadap perjuangan bagi membela Palestine. InsyaAllah, dengan usaha yang sedikit ini pun, di harap kita punyai jawapan kelak bila di tanya olehNya tentang apa yang kita buat bilamana Palestine di cabuli. Biar hanya sedikit, tapi telah ada usahanya berdasarkan kemampuan yang ada, bukan hanya beretorik kosong tanpa praktikal.

Yang tak boleh tahannya, kami sempat naik ke pentas semasa persembahan, kibar2 bendera...ada berani?...haha...tak cukup dengan itu, sempat kami buat tarian arab betul2 di barisan paling hadapan semasa persembahan... :D. Apa pun sememangnya bersemangat dan paling pentingnya mengingatkan kita terhadap nasib saudara kita di Palestine sana. Sungguh, mereka memerlukan bantuan!...tidak kiralah apa bantuan yang mampu, beri saja!

Esoknya, selepas sarapan, terima kasih buat Hafizuddin and junior2 yang sudi menyarapankan kami...hehe, kami terus ke Pesta Buku Antarabangsa KL, fiuh...memang sangat ramai manusia, cukup sendat, kereta pun terpaksa parking jauh2 nun disana. Apa pun amat2 seronok dapat melihat buku yang banyak...ehehe, niat asalnya tak mahu beli apa pun, sebab memang tak ada bajet, memang tingtOng, tetapi telah tergoda akhirnya, terpaksa juga bergadai bergolok membeli :D.

Di pendekkan cerita, kami pulang berasingan, Kancil balik dulu, Kembara stay lama sikit kat KLIBF. Telah habis shopping, kami mahu pulang, tapi on the way balik, singgah pula kat rumah junior di Semenyih, makan lagi, sekarang sorang lagi junior berhutang untuk menyarapankan kami...heheh. Alhamdulillah sedap2 semuanya, akhirnya sekitar pukul 10 malam hari Sabtu, kami tiba di Bukit Beruang....thumma alhamdulillah!

Sedikit Perkonsian Gambar :

( Muslimin - Wakil Kehormat MMU ke Konsert Lifeline Gaza :D )

( Persembahan Bro Muadz...cayalah bro! )

( Ni dia Shoutul Harokah yang memang bersemangat dan membangkitkan semangat! )

( Kibar2! )

( Shoutul Kelate :D )

( AiyOk...nak lOmpat naik pentas ke Zul? )

( Zulfaz...kibar jangan tak kibar! )

( Hasbul Hadi ngan abang askar :D )

( Muka semangat Din Pemude Kahfi )

( Dengan salah seorang Mujahid Shoutul Harokah )

( Haaa...ni dia, da melOmpat naik pentas da pOn...tengok makhluk2 yang di bulatkan dalam gambar tu...itu la dia kalau dah semangat, ada berani naik sama??.... :p )

( Tak banyak beli kat KLIBF, mmg xda bajet...huhu...dapat siri Belajar Dari Perang Badar, Uhud, dan Khandaq serta Belajar Dari Dua Umar...apa pun alhamdulillah, teruja dengan buku2 ni!, lagipun kedai buku Salleh tu dekat je, discount pun byk...xpayah tungguh KLIBF pun xpe... :D )

Simposium : Transformasi Gagasan Kepemimpinan Mahasiswa

Bismilllah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, ke hadrat Tuhan yang Maha Kuasa diungkapkan segala rasa, dengan izinnya ana menulis lagi. Selawat dan salam buat Raslulullah, Muhammad SAW.

Kali ini, mahu update sedikit tentang aktiviti, Sabtu lalu, 20 Mac 2010, telah di adakan satu simposium di MMU Melaka anjuran Institusi Usrah, ana join sekali lah, alhamdulillah di beri kesempatan. Tajuk simposium ini adalah Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa, yang mana ia lebih menjurus kepada penyatuan fikrah mahasiswa sebagai pemimpin, dan juga mahu menjadikan kepemimpinan itu dipimpin oleh Islam. Inilah yang sepatutnya, Islam menjadi acuan, bukan kita yang menjadi acuan bagi membentuk Islam.

Antara panel yang hadir adalah, Mior Isfandy Mior Azizan, sebagai speaker utama, yang sepatutnya disampaikan oleh Ust Ramadhan Fitri. Panelis untuk forum pula adalah Ustaz Dzulkhairi mantan presiden Gamis, sekarang ketua pemuda Persatuan Ulama' Malaysia, dan Ustazah Zafirah, Helwani Gamis. Simposium ini dibahagikan kepada beberapa slot, iaitu, pembentangan kertas kerja, forum, dan juga latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasi yang mantap2 di ikuti oleh pembentangan oleh peserta.

Ana tidak berniat mahu membutirkan satu2 perihal simposium ini, namun pada amnya, alhamdulillah ia berjalan lancar, dan semoga yang hadir dapat mengambil beribu ribu butir mutiara yang telah dicurahkan oleh para panelis, pastinya sangat banyk ilmu dan hikmah telah disampaikan, semoga program sebegini akan lebih banyak di adakan demi membuka minda mahasiswa akan kepentingan memegang tampuk kepimpinan dengan acuan Islam.

Seterusnya ana kongsikan sedikit gambar :

( Dari kiri, Aidil UTEM, Ust Dzulkhairi Mantan Gamis, Ust Zulhairi Wadiqurra :D, al Amin UTEM, Ust Najib Khassim, Fadhil with Wafa' - puteri Ust Najib )

( Steady... )

( Adik2 komiti, 2 dari kiri tu adik kandung OK! )

( Adik Bongsu, adik kandung jugak ok, baca doa memulakan simpo, abg adik semua ada, kira kroni ke ni?..:p )

( Otai )

( Beg Simposium )

( Khusyuk tengok apa tul Zul n Hazwan? )

( Antara yang hadir )

( Forum, Ust Dzulkhairi and Ust Zafirah )

( Pembentangan kertas kerja, Saudara Mior Isfandy )

( Salah satu kumpulan LDK, ada dua orang yang duk buat peace, sempat aje...kene rotan ngan fasi baru tau...:p )

( Muslimat??...oOppsS! )

( Antara komiti Simposium )

( Tengok aura tu, tengah menyerap segala ilmu yang disampaikan, ni bukat gambar edit ok, original dari DSLR Fadhil al Cameraman...:D )


Gambar berikutnya, Kenduri Ustaz Said Jamaluddin kat Senawang, 21 Mac 2010 :

( On the way, tengah mengorat wafa', anak Ust Najib :p )



( Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair )

( Widad cayang Wafa' )

Jangan Pandang Sebelah Mata!

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Dan Tuhamnu berfirman : " berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang2 yang menyombongkan diri dari menyembahKu(berdo’a kepadaKu) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina "
al Ghafir : 60

Alhamdulillah wa syukurlillah, masih lagi diberi upaya olehNya untuk singgah dan mengukir sedikit kata di Wadi al Qurra. Teruslah ingat padaNya, Dia tuhan kita setiap masa dan keadaan, bukan waktu susah sahaja, waktu senang pun Dia tetap tuhan, jangan alpa lagi. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW, dengan nurnya datang rahmat, menyinari alam menerangi semesta.

Lama juga ana menyorok ya, saja buat2 sibuk, mengada pun ada juga. Apa pun syukurlah kali ini tergerak rasa mahu membuang sawang2 yang ada. Kalian mesti tahu bukan, salah satu senjata senjata orang mukmin adalah kereta kebal, oh...bukan ya?...bagi ana betul lah tu, salah satu senjata orang mukmin adalah kereta kebal, dan senjata lainnya, senapang, pistol, pedang, keris dan sebagainya. Cuma ada satu benda lagi yang rasanya lebih utama, iaitu DOA!.

Pastinya doa itu salah satu senjata, melihatkan sirah perjuangan Rasulullah SAW sendiri sudah cukup untuk kita fahamkan perkara ini. Bukannya baginda SAW hanya berperang dengan menggunakan pedang dan tentera, tapi doa kepada Allah juga dijadikan salah satu perkakas utama. Ini menunjukkan betapa doa itu bukan amalan yang sekadar saja, bahkan ia amat2 membantu kita dalam apa keadaan sekali pun. Janganlah beranggapan doa itu hanyalah utk memenuhi syarat bagi membuka dan menutup majlis, amalan selepas solat dan lain2.

Maksud doa Rasulullah SAW ketika perperangan Badar :
" Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini "
Apabila berbicara tentang doa, ada satu peristiwa yang baru2 saja berlaku yang menunjukkan bahawa doa itu JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA, apatah lagi datang dari seorang tokoh ulama'. Ulama' itu pula sering ditekan, difitnah dan sebagainya, padahal yang sibuk berkata menfitnah itu, tidak tahu macam mana pula amalannya. Risau bila melihatkan doa menjadi perkara yang diperlekehkan, tak tahu hujung pangkal, tapi ramai yang mahu menyibuk sama.

Baru2 ini, oleh kerana kemarau di Kelantan, makanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin telah memimpin barisan exco serta rakyat bagi menjalankan salah satu sunnah Rasulullah SAW, iaiu solat sunat Istisqa' atau pun bahasa kampungnya solat minta hujan. Itulah apabila diterajui dengan sistem Islam, maka penyelesaian terhadap setiap perkara akan kembali kepada cara Islam. Yang menariknya, pada rakaat pertama sahaja, Tuan Guru dan seluruh jamaah akhirnya kuyup setelah rahmat Allah turun membasahi bumi. Bahkan bukan saja di Kelantan, ia telah terbias sehingga ke Melaka, tempat ana menumpang ini, yang mana mmg tengah panas kemarau juga. Begitu juga Kedah, turut menumpang peristiwa sama, lain2 tempat juga ana ada dgr khabarnya.

( Solat sunat Istisqa' di Padang Perdana, tengok awan mendung tu )

( Hujan dah turun, Alhamdulillah )

Maka mungkin akan ada yang kata ia kebetulan, bagi yang masih tidak nampak kebesaran rahmat Allah dan betapa kasihnnya Dia pada hambanya maka akan diciptakan pelbagai alasan untuk menolak keagungan Allah. Ana tidak faham jika masih ada yang mahu meragui bahawa Allah sangatlah kasih kepada hambaNya. Kita perlu mengambil ini sebagai satu contoh Allah sentiasa mendengar keluhan hambaNya, apatah lagi dari pihak yang benar. Jadi jangan main2 dengan doa orang mukmin, nanti akan memakan diri!

Menyentuh bab doa ini, teringat kisah doa Tuan Guru perihal royalti minyak. Ramai yang tidak tahu hujung pangkal mula mahu berbicara soal agama. Termasuklah manusia2 yang berjambul unta, berkain belah, berkroni sana sini, menyokong arak dan judi, serta lain2 lagi. Malah ada artis telah bercakap soal doa ini dalam salah satu ruangan khasnya. Dengan hujah2 yang dangkal, mereka ini semua mahu berbicara soal agama, ana senyum saja, semoga Allah mempermudahkan kita semua untuk memahami ilmuNya. Malah yang menyedihkan lagi, semua komentar itu adalah hasil daripada propaganda media, yang mana kenyataan sebenar dan bagaimana doa sebenar dari Tuan Guru ana pasti mereka tidak tahu sepenuhnya. Dari segi teknikalnya pun sudah hancur, mahu bicara pula tentang doa, hukum hakam dan lain2?.

Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya. ( Takut) kalau2 kamu menzalimi satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kelak kamu akan menyesal atas perbuatan kamu "
al Hujurat : 6

Kalian kira apa yg membolehkan perjuangan menegakkan Islam ini berterusan, di Kelantan contohnya, cukup banyak isu yang ditimbulkan, begitu besar fitnah dilemparkan, 20 tahun Tuan Guru menghadapinya, kalian kira tanpa doa dan bantuan Allah mampukah ia bertahan sehingga kini?. Berjuang atas landasan kebenaran ini bukan harta yang diperoleh, bahkan harta itu mencurah curah dikorbankan demi Islam, masa, tenaga dan lain2, tiada keuntungan material yang boleh didapati, tetapi masih ada tubuh2 yang kuat memegang syariatullah dan memperjuangkannya, apa lagi kalau bukan bantuan Allah dan doa yang menjadi tiang seri perjuangan ini.

Maksud firan Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar "
at Taubah : 111

Jangan pandang enteng akan doa hambaNya yang berjuang di landasan syariatullah, buktinya cukup banyak bagi menunjukkan betapa Allah sentiasa mendengar keluhan dan permintaan hambaNya. Tolonglah, jangan suka memandai berbicara itu dan ini kalau tak pandai, nanti makan diri, juga janganlah memperlekehkan doa orang mukmin, sesungguhnya Allah sentiasa mendengarnya...wallahu'alam...ana undur dulu.