Maksud firman Allah SWT :
" Dan Tuhamnu berfirman : " berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang2 yang menyombongkan diri dari menyembahKu(berdo’a kepadaKu) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina "al Ghafir : 60
Alhamdulillah wa syukurlillah, masih lagi diberi upaya olehNya untuk singgah dan mengukir sedikit kata di Wadi al Qurra. Teruslah ingat padaNya, Dia tuhan kita setiap masa dan keadaan, bukan waktu susah sahaja, waktu senang pun Dia tetap tuhan, jangan alpa lagi. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad Rasulullah SAW, dengan nurnya datang rahmat, menyinari alam menerangi semesta.
Lama juga ana menyorok ya, saja buat2 sibuk, mengada pun ada juga. Apa pun syukurlah kali ini tergerak rasa mahu membuang sawang2 yang ada. Kalian mesti tahu bukan, salah satu senjata senjata orang mukmin adalah kereta kebal, oh...bukan ya?...bagi ana betul lah tu, salah satu senjata orang mukmin adalah kereta kebal, dan senjata lainnya, senapang, pistol, pedang, keris dan sebagainya. Cuma ada satu benda lagi yang rasanya lebih utama, iaitu DOA!.
Pastinya doa itu salah satu senjata, melihatkan sirah perjuangan Rasulullah SAW sendiri sudah cukup untuk kita fahamkan perkara ini. Bukannya baginda SAW hanya berperang dengan menggunakan pedang dan tentera, tapi doa kepada Allah juga dijadikan salah satu perkakas utama. Ini menunjukkan betapa doa itu bukan amalan yang sekadar saja, bahkan ia amat2 membantu kita dalam apa keadaan sekali pun. Janganlah beranggapan doa itu hanyalah utk memenuhi syarat bagi membuka dan menutup majlis, amalan selepas solat dan lain2.
Maksud doa Rasulullah SAW ketika perperangan Badar :
" Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini "Apabila berbicara tentang doa, ada satu peristiwa yang baru2 saja berlaku yang menunjukkan bahawa doa itu JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA, apatah lagi datang dari seorang tokoh ulama'. Ulama' itu pula sering ditekan, difitnah dan sebagainya, padahal yang sibuk berkata menfitnah itu, tidak tahu macam mana pula amalannya. Risau bila melihatkan doa menjadi perkara yang diperlekehkan, tak tahu hujung pangkal, tapi ramai yang mahu menyibuk sama.
Baru2 ini, oleh kerana kemarau di Kelantan, makanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin telah memimpin barisan exco serta rakyat bagi menjalankan salah satu sunnah Rasulullah SAW, iaiu solat sunat Istisqa' atau pun bahasa kampungnya solat minta hujan. Itulah apabila diterajui dengan sistem Islam, maka penyelesaian terhadap setiap perkara akan kembali kepada cara Islam. Yang menariknya, pada rakaat pertama sahaja, Tuan Guru dan seluruh jamaah akhirnya kuyup setelah rahmat Allah turun membasahi bumi. Bahkan bukan saja di Kelantan, ia telah terbias sehingga ke Melaka, tempat ana menumpang ini, yang mana mmg tengah panas kemarau juga. Begitu juga Kedah, turut menumpang peristiwa sama, lain2 tempat juga ana ada dgr khabarnya.
Maka mungkin akan ada yang kata ia kebetulan, bagi yang masih tidak nampak kebesaran rahmat Allah dan betapa kasihnnya Dia pada hambanya maka akan diciptakan pelbagai alasan untuk menolak keagungan Allah. Ana tidak faham jika masih ada yang mahu meragui bahawa Allah sangatlah kasih kepada hambaNya. Kita perlu mengambil ini sebagai satu contoh Allah sentiasa mendengar keluhan hambaNya, apatah lagi dari pihak yang benar. Jadi jangan main2 dengan doa orang mukmin, nanti akan memakan diri!
Menyentuh bab doa ini, teringat kisah doa Tuan Guru perihal royalti minyak. Ramai yang tidak tahu hujung pangkal mula mahu berbicara soal agama. Termasuklah manusia2 yang berjambul unta, berkain belah, berkroni sana sini, menyokong arak dan judi, serta lain2 lagi. Malah ada artis telah bercakap soal doa ini dalam salah satu ruangan khasnya. Dengan hujah2 yang dangkal, mereka ini semua mahu berbicara soal agama, ana senyum saja, semoga Allah mempermudahkan kita semua untuk memahami ilmuNya. Malah yang menyedihkan lagi, semua komentar itu adalah hasil daripada propaganda media, yang mana kenyataan sebenar dan bagaimana doa sebenar dari Tuan Guru ana pasti mereka tidak tahu sepenuhnya. Dari segi teknikalnya pun sudah hancur, mahu bicara pula tentang doa, hukum hakam dan lain2?.
Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya. ( Takut) kalau2 kamu menzalimi satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kelak kamu akan menyesal atas perbuatan kamu "al Hujurat : 6
Kalian kira apa yg membolehkan perjuangan menegakkan Islam ini berterusan, di Kelantan contohnya, cukup banyak isu yang ditimbulkan, begitu besar fitnah dilemparkan, 20 tahun Tuan Guru menghadapinya, kalian kira tanpa doa dan bantuan Allah mampukah ia bertahan sehingga kini?. Berjuang atas landasan kebenaran ini bukan harta yang diperoleh, bahkan harta itu mencurah curah dikorbankan demi Islam, masa, tenaga dan lain2, tiada keuntungan material yang boleh didapati, tetapi masih ada tubuh2 yang kuat memegang syariatullah dan memperjuangkannya, apa lagi kalau bukan bantuan Allah dan doa yang menjadi tiang seri perjuangan ini.
Maksud firan Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar "at Taubah : 111
Jangan pandang enteng akan doa hambaNya yang berjuang di landasan syariatullah, buktinya cukup banyak bagi menunjukkan betapa Allah sentiasa mendengar keluhan dan permintaan hambaNya. Tolonglah, jangan suka memandai berbicara itu dan ini kalau tak pandai, nanti makan diri, juga janganlah memperlekehkan doa orang mukmin, sesungguhnya Allah sentiasa mendengarnya...wallahu'alam...ana undur dulu.
5 comments:
Assalamu'alaikum, alhamdulillah tazkirah yang segar. Doa senjata mukmin. Sudah seusia umur ana di dunia TG berjuang mempertahankan kerajaan Islam di Kelantan. Bukan mudah, pastinya penuh dengan onak berduri bukan dengan hamparan permaidani. Itulah senjata mukmin, DOA!
"Berdoalah kepada KU nescaya akan KU perkenankan"
wa'alaikumussalam wrhmtlh...
laju mengomen ya Insyirah...heheh...
20 tahun berjuang mempertahankan kelantan, belum dikira tahun2 sebelumnya sehingga sekarang memperjuangkan Islam...:)
ya...doa senjata mukmin!...
Kata orang dibelakang seorang laki itu hadir wanita yang menjadi penguat semangat. Ana lihat "Bidadari dari Timur" (zaujah TG) merupakan insan yang paling akrab dengan TG yang menyumbangkan banyak peranan dalam proses kebersamaan untuk mendaulatkan Islam. :) Doa sang isteri yang redha dengan perjuangan suami, sering melirih pada RABB agar diberikan kekuatan untuk menempuhi segala ujian. Ya, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
(Eh, komen ni dah lari tajuk)
Sory tuan umah...
adakah sama manusia yg buta dengan manusia yg celik?
hm..syukran atas pengisain ni,
to wardatul syaukiyyah
tuan umah xmarah...jgn risau...heheh...
yup, disebalik kekuatan lelaki, ada dibelakangnya satu tiang seri yg menyokong perjuangan...:)
to DM
tidak sama manusia yang buta hatinya dgn yg celik hatinya...amat jauh bezanya...:)
Post a Comment