.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ 'DUA' yang Wajib Ada ~

Bismillah...

Firman Allah SWT :
" Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal "
al Hujurat : 13

Segala puji kepada Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pentadbir maya, pencipta segala yang ada. Jangan pula di lupa selawat dan salam buat baginda tercinta, Muhammad Rasulullah SAW.

Sepurnama lebih bergelar suami, agak merata juga dating bersama, semakin faham dari tahu, semakin sayang bertambah sayang. Kenyataan ini bukan untuk menggoda teman2, tetapi untuk menukilkan apa yang dirasa, semoga sayang ini memantapkan lagi sayang kami kepada Allah. Zawjati habibati memang degil dan nakal, ada saja yang mahu dikenakan, tak masuk lagi bab merajuk, tetapi itu semua bagi ana, menambahkan lagi sayang dan mempelbagaikan rencah rumahtangga :)

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya "
HR : Tirmidzi

Ini bukan surat cinta, ini hanya nukilan biasa. Diri dan teman tanpa nukilan dan ingatan akhirnya akan menjadi tin kosong yang senang di lambung lambung. Bercakap soal hati dan perasaan, saling menyayangi itu satu pelengkap keimanan. Tanpa sayang ada di hati jangan mengaku diri beriman.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.”
HR : ar Rabii’

Ana sambung lagi, ada sayang di hati pun belum cukup syaratnya untuk mengaku beriman, kita masih jauh lagi. Sayang sahaja akan luntur mengikut masa dan keadaan. Sayang sahaja bukan penentu kebahagiaan, kerana janji Allah sudah tegap tercatit dalam kitabNya

Maksud firman Allah SWT :
" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan " Kami telah beriman ", sedangkan mereka belum diuji? "
al Ankabut : 2-3

Mahu sayang kekal dan berpanjangan, mahu iman cekal dan tegar, maka ada dua lagi perkara dalam banyak perkara yang perlu ada dalam diri. Ana sebut dalam tajuk nukilan ini 'DUA', maka dua saja akan di bincangkan. Secara khususnya 'DUA' ini perlu ada untuk mengekalkan sayang, umumnya pula 'DUA' ini perlu ada untuk menjaga Iman. 'DUA' ini selalu di dengar namun jarang di amal, SABAR dan SYUKUR gerangannya.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
 " Iman terbahagi dua,separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur "
HR : al Baihaqi

Ujian dan dugaan pasti hadir dalam mana-mana bahagian kehidupan pun, jaminan 100% ana berikan. Saat ujian dan dugaan datang inilah di panggil waktu kritikal, dan ubat penenangnya tidak lain dan tidak bukan, SABAR dan SYUKUR. Inilah ramuan rahsia menjadikan diri sentiasa tenang dan redha, senyum dikala senang, senyum juga dikala musibah.

Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang, pastinya apa saja ujian dan dugaan yang di datangkan adalah untuk mendidik hambanya menjadi lebih kuat dan bersedia, menjadikan lebih mantap keimanan padaNya. Formula senangnya dalam menghadapi kekusutan jiwa dan perasaan adalah renungkan kembali bahawa Allah juga memiliki sifat as Salam melalui salah satu namanya, kesejahteraan dan ketenangan.

Bagaimana menggunakan formula ini, tidak susah sebenarnya, dekatkan diri pada Allah dan jangan sesekali jauhkan diri dariNya. Semakin dekat kita denganNya maka semakin enak kesejahteraan dan ketenangan itu dirasa. Apapun dugaan yang tiba, insyaAllah kita mampu hadapi dengan senyuman.

Masalah sering timbul dalam banyak keadaan, tidak kira persahabatan, percintaan, rumah tangga, pekerjaan dan sebagainya kerana 'DUA' perkara yang di sebut sebelum ini tidak diterapkan dan disuburkan dalam diri. Tanpa SABAR dan SYUKUR, maka susah sebenarnya untuk kita redha dan senyum dalam setiap keadaan. Kita sering memikirkan kenapa dan kenapa, mempersoalkan keadaan yang berlaku, tidak rela, tidak redha!

Ana suka untuk menyebut satu analogi keras, Iblis disingkir dari syurga kerana tindakannya mempersoalkan kejadian Nabi Adam AS, dengan kata lain mempersoalkan qada dan qadar Allah. Jadi bagaimana pula keadaan kita apabila suka mempersoalkan setiap yang terjadi pada kita, bukan mahu menyelesaikan masalah, bahkan menambah kusut fikiran dan keadaan. Ana mahu tanya, jika itu keadaanya diri kita, tidakkan sama dengan Iblis laknatullah? soalan kasar dari ana, Ibliskah kita?...ana undur dulu...

p/s : tak sabar nak dating kat ZOO melaka :p
p/s2 : dua dua demam, dua dua selsema, dua dua batuk, dua dua suara "ROCK"...dua hati satu rasa :D

~ Diari Pengantin Baru ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur buat tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat insan mulia sepanjang zaman, Muhammad Rasulullah.


Wadi al Qurra' berubah wajah, usaha tajdid yang di usahakan oleh isteri tercinta, yang mahukan isinya juga turut di tajdid, maka, ana sememangnya termotivasi sehingga keluarnya entry kali ini. Oh ya, lupa pula setelah sekian lama Wadi al Qurra' diam bertapa, hari ini, penulis telah pun berubah status daripada bujang menjadi seorang suami, alhamdulillah :).

Pastinya setelah diam dan tidak terisi begitu lama, banyak yang mahu dikongsikan, ana tidak mampu memuatkan semuanya, tetapi insyaAllah sedikit diari perjalanan kehidupan akan dikongsikan.

Walimah 11.03.11 dan 13.03.11 ~

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun lafaz sakinah terpaksa diulang 3 kali dek kerana jurunikah yang mahukan perkataan AKAN dilafazkan juga. Ana tidak mahu memanjangkan hal tersebut, cuma mungkin jurunikah sekalian perlu membelek helaian kitab2 muktabar yang ada untuk melihat apa saja sebenarnya lafaz yang diperlukan, jangan rumitkan apa yang mudah!... Yassiru wala tu'assiru...:)

Namun bila sahabat2 duk perkenakan ana dengan 3 kali lafaz tu, ana jawab senang, ambil wudhu' pun sunnah ulang 3 kali, apa salahnya lafaz juga 3 kali, 'sunnah' la tu kan :D. Setelah selesai semua, saat yang paling 'best' pun tiba, usai solat sunat selepas nikah, upacara menyarungkan cincin bermula, inilah saat yang mendebarkan, kerana pengantin lelaki segan nak sarungkan, pengantin perempuan pula tak mahu hulurkan tangan, dengan kata lain, kami sangat comel ketika itu (ketika yang lain pun comel juga :P)

Sangat banyak detik2 manis, ana rasa tidak sempat menyebut satu persatu, namun cukuplah ana biar gambar yang berbicara...

( Beberapa minit sebelum akad, peace! :D ~ )

( Saat lafaz sakinah ~ )

( Zawjati habibati menyarungkan cincin :) )

( Sama segan, sama cOmel :p )

( Rentak pendekar hijau ~ :D )

( Ehem... )


Di Kelantan pula, sebelum majlis bermula rumah ana telah dinaiki air dek kerana hujan yang tak henti2 pada hari2 yang sebelum, namun alhamdulillah, Allah Maha Kuasa, setengah jam sebelum ketibaan pengantin perempuan selaku isteri tercinta, air telah surut sepenuhnya.

Majlis di Kelantan juga menjadi satu kenangan indah, terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat2 Multimedia University kampus Melaka & Cyberjaya yang telah menyerbu majlis kami, kekecohan yang dibuat oleh rombongan satu bas sahabat sekalian pasti menjadi kenangan buat kami :)

Ana serahkan lagi kepada gambar untuk bercerita...

( Kek Tiramisu, Nyum2 :D )

( Pengantin yang supan :D )

( Nyum2 )

( Menyambut ketibaan tetamu dari jauh - rombongan MMU )

( Rombongan MMU - Muslimat )

( Muslimin - MMU )

( Adik beradik, anak2 saudara & ipar duai )

( Bergambar kenangan dengan Bas rombongan dari MMU )

Setelah bergelar suami...

Kehidupan bujang dan berkeluarga sangat banyak bezanya, satu amanah daripada Allah!. Berat memang berat, tapi yang berat itulah manis :). Melayari kehidupan berumah tangga sememangnya penuh rencah, walaupun baru 3 minggu usia perkahwinan kami, namun telah banyak juga kami belajar. Ringkasnya, alam rumah tangga menuntut pengorbanan, keredhaan, tangunggjawab dan yang sewaktu dengannya, namun setiap satu dari itulah yang memberikan kemanisannya.

Dulu teringat ingat boleh datangkan dosa, sekarang rindu rinduan pun dapat pahala :). Sebenarnya walaupun telah 3 minggu bergelar suami isteri, kami masih lagi ada keseganan antara satu sama lain, terutamanya untuk panggil isteri dengan panggilan apa, kekok menyebut 'sayang', begitu juga zawjati habibati yang kekok menyebut 'abang'... Namun kami perlahan lahan cuba membiasakan diri, kami mulakan dengan SMS ber 'abang' 'sayang' :)... Walaupun nak mulakan dalam sms pun segan.

Kadang2 ana saja membuat muka bila isteri tercinta memanggil orang lain dengan gelaran 'abang', "Orang lain panggil abang boleh pulak" :P Bukan apa, saja meriahkan suasana :D, padahal diri sendiri pun masih segan2 cOmel.

Belum lagi masuk part jalan2 sambil pegang tangan, kami masih lagi segan2 cOmel, kalau kat shopping complex atau tempat2 ramai, memang segan lagi la setakat ni nak pegang :D. Sebelum ni lagi best, sebab inai masih terang, masing2 gigih nak sorokkan jari sebab tak nak orang nampak :D Apa bole buat, comel betul kan kami?..time kasih..:p

Sebenarnya banyak sekali ceritanya sejak bergelar suami, dengan pelbagai aktivitinya, namun tidaklah ana mampu untuk menjadi penglipur lara sepenuh masa, jadi sekali lagi ana hadiahkan sekeping dua gambar untuk menglipur larakan sahabat sekalian...

( Dating di Pasar Payang, Kuala Terengganu - First time keluar sama2 :D )

( Dah boleh bergOsip sama2 da :p )

( @ Cameron Higlands ~ :) )

Orang kata kawen itu best, ya, memang best, namun apa yang membuatkan ia best bukan perkara2 yang best sahaja, namun jatuh bangun, susah senang bersama itulah yang akan menjadikan ia lebih bermakna dan sangat manis :)...semOga Baitul Muslim yang di bina ini akan menjadi satu jalan buat kami untuk terus menyumbang buat Addeenul Islam, Baitul Muslim tidak dapat tidak adalah asas kepada sebuah daulah!

p/s : Gambar sangat banyak tapi memang tak terdaya nak letak semua :D