.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Diari Syawal 1431 ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur kepada Maha Suci Allah, Robbul 'alamin. Selawat dan salam buat baginda tercinta, Muhammad Rasulullah SAW.

ALLAHUAKBAR!!!...Daulat kebawah duli Tuanku Muhammad Faris Petra atas pemahsyuran sebagai Sultan Kelantan. Sekalian rakyat pastinya bersyukur dan teruja mendapat seorang sultan yang lebih dekat dengan ulama' yang soleh daripada umara' yang korup, lebih dekat dengan Islam daripada kejahilan. Laungan Takbir " ALLAHUAKBAR " dari Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz dan sekalian yang hadir di istana semasa istiadat pemahsyuran pastinya membawa seribu erti!



Asal penceritaan kembali kepada tajuk, diari Syawal akan ana celotehkan. Ramadhan yg berlalu ditangisi dan selitkankan doa agar dapat ketemu Ramadhan berikutnya, Syawal menjelang jangan pula bermuka durja, raikanlah seadanya, ia hari istimewa. Diari Syawal masing2 pastinya padat, ana juga, dan di Wadi al Qurra' akan dititipkan sedikit perkongsian, bukan semua tetapi tetap ada.

Tiada daya mahu coretkan semua, jadi sekadar saja ya, izinkan...

1 Syawal

Selepas Isya' kami berkemas rumah pada malam raya, itu biasa, yang tidak biasanya selepas itu ana bersama anak2 saudara main bunga api, yes, Encik Zulhairi main bunga api, dan gayanya mengalahkan baby2 dan anak2 kecil yang cOmel, itu maknanya ana lebih cOmel dari mereka semua, maaf, terlebey suda :p

Esoknya, pagi raya, minum sedikit then bersiap untuk ke masjid dengan baju raya kaler pepel yang cantik, cantek kerana ana yang memakainya, bukan orang lain, maaf, terlebey suda lagi. Tema tahun ini? warna warni, hehe. Okeh, di masjid sesi beraya dengan sahabat2 lama, selepas pulang dari Masjid, sesi bermaaf maafan dengan keluarga pun tiba, ana macam biasa, sempOi, nak mintak maaf tapi rase macam tak besalah je kan, memang sgt supan :p

Pagi itu makan satay, sedap, ana makan "sikit" saja, sila pecaya. Selepas itu askar2 kecil mula datang nak duit raya, selagi tak dapat duit memang tak turunlah jawabnya, adakah ana dulu begitu? tak!. Then turun beraya ke rumah mak sedara di tepi rumah. Raya pertama lebih pada raya di tepi2 rumah n menunggu tetamu. Cukup sekadar itu, ana sudah ingat2 lupa tambah tak larat nak refresh semua :p

( Bahagia main bunge api :D )



( Nuha!...kene ayahchik kang! )

( Liplap2 rumah malam raya )

( Keluarga tercinta ~ tahun lepas keluarga Abg Long ada, tahun ni keluarga Abg Ngah la pulak, tahun depan insyaAllah keluarga Abg Chik ada sekali kut...OopsS :D )

( Sesi mintak maaf & memaafkan )


2 Syawal

Hari raya kedua, aktiviti penuh, dari tengah hari sampai ke malam beraya. Dari rumah terus ke Permatang Sungkai, Pasir Puteh, kemudian ke Kota Bharu, Peringat, bla3...boleh di kategorikan sebagai beraya sakan.

Yang istimewanya hari raya kedua adalah kami sekeluarga sempat ke Pulau Melaka, kediaman Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz, menteri besar tersayang. Sempat beraya dengan beliau, berimamkan beliau untuk solat maghrib, dan memohon sedikit doa untuk anak2 saudara. Oh ya, kebetulan hari itu ada majlis akad nikah kat Masjid Tok Guru, kami pun join sekali la. Selesai nasihat dan peringatan, alhamdulillah sekali lafaz saja, sangat senang ijab kabul dengan Tok Guru, tiada gaya mengada2 seperti kebanyakan imam di tempat2 tertentu yang kadang2 sengaja mepermainkan pengantin. Semasa majlis, anak Tok Guru sempat cakap kat ana, " enta kalau nak 'buat' kat sini pun bOleh ", apa lagi, tersegan supan lah ana :p.

Rumah terakhir yang disinggahi hari itu adalah rumah sahabat di MMU, Nik Amin. Terima kasih yang tak terhingga atas layanan yg istimewa dan makanan yang best2 itu. Walaupun kami datang mengejut, sapa suruh tak bukak phone, tapi ok la, hari raya kut :D. Tapi dah macam rombongan meminang pun ada kan Amin?...hehe.

( Merenung dan berfikir @ Pulau Melaka, Masjid Tok Guru )

( Tok Guru sedang memberikan Tausiyah ~' Suami yang soleh akan melengkapi isterinya & isteri yang solehah juga akan melengkapi suaminya ' :) )

( Tengah salam raye ngan Tok Guru ~ Sempat aje candid kan :D )

( Kat umah kenalan keluarga di Kota Bharu ~ Ayahchik & Fudhyal, sama cOmel sama hensem :p )

( Hitam ~ Gaya, Mutu & Keunggulan )

( Kat umah Nik Amin )



3 Syawal

Hari ini pagi2 hari lagi sudah keluar. Tak sempat makan pagi, ana ke Balai Islam bersama sahabat2. Menghadiri program hari raya anjuran Markas Siswazah Kelantan, sekali lagi jumpa Tok Guru. Sebelum ucapan Tok Guru, ada talk show yang akhi Amin Idris menjadi moderatornya, sangatlah menghilangkan mengantuk :D

Di sana, ketemu sahabat2 lama, sahabat2 baru dan ada juga sahabat yang kurang dikenali tetapi mengenali diri ini, ana rasa sangat bersalah, biasa lupa nama saja, kali ini dengan muka2 sekali lupa, nasib baiklah berjaya mengawal muke agar kelihatan cool dan seolah2 kenal saja semasa di sapa, ampun! :D

Selepas tamat program, bergerak sekali dengan seorang senior dari Kota Bharu ke rumah ana, kemudian berkumpul dengan 3 kereta lagi bagi menyertai rombongan Akhi Hafizan, senior MMU selaku mantan Presiden Institusi Usrah MMU yang walimahnya di Pasir Puteh. Tahniah Akhi Hafizan & Ukhti Hafizah!...Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair!

Rombongan kami adalah, ana sendiri, abang ana, Zainal dan keluarga, Abang Mudin dan keluarga, Abg Noyo dan keluarga, abang Nizam@Poksue, my bro Shakir, Nik Amin, n Azree ex MMU. Ana dipertanggungjawabkan utk lead selawat rombongan, tetapi dek kerana kesesakan lalulintas yg sgt ketara, kami tiba lewat sedikit, sedikit saja, tak banyak :D, maaf ye abang pijang!...hehe.

( MSK ~ Bukan men awal sampai, seat kosong lagi :D )

( Hadirin telah memenuhi dewan )

( Talk Show ~ Tak kering gusi dengan telatah Amin Idris sebagai moderator dan penyampaian penuh ilmiah daripada Dr. Suhazeli )

( Ucapan dari Tok Guru kepada para Mahasiswa ~ " Mahasiswa meneraju perubahan, tetapi perubahan ke arah mana? " soal Tok Guru :) )



( Mabruk Akhi Hafizan & Ukhti Hafizah! ~ Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair! )

( Sebahagian dari rombongan kami )

( Mengambil berkat dan aura pengantin :D )

( Mula2 nak amek gambar atas pelamin, tapi xbest la duk ngan amin :p, duk sOrang pun xbest, so kire step pertama duk bawah, jap lagi nek atas la...OopsS :p )


4 & 5 Syawal

Rutin biasa syawal, ziarah dan di ziarahi, maafkan dan mintak dimaafkan, rasanya macam tiada yang grand utk diceritakan, rasanyalaa... :D

6 Syawal

Hari ini beraya paling jauh. Kami 2 buah kereta, meluncur ke Terengganu untuk beraya di sana, dan menu rayanya sangatlah sesuai dengan selera ana, Nasi Dagang...nyum2. Setelah selesai beraya, di bekalkan pula dengan keropok lekor yang best itu, tapi yang tak bestnya, ana tak dapat duit raya, haih :p. Apa pun terima kasih byk2 kepada tuan rumah :).

Kami tak berhenti melangkah di Terengganu, perjalanan diteruskan ke Pahang, Kampung Halaman ana di Nenasi, Pekan. Hajatnya mahu terus ke Nenasi, rumah Tok, tapi oleh sebab telah kelewatan, berhenti di Peramu, Pekan, rumah mak saudara.

7 Syawal

Paginya kami berangkat ke Rumah Tok, di Nenasi. Sampai saja si Nufayl, anak saudara ana merengek nak terjun laut, sememangnya Kampung ana di Pahang sangat hampir dengan pantai. Tetapi dek kerana panas, tunda rancangan terjun laut pada petang hari. Hari itu beraya dengan Tok dan mak saudara di sana.

Petang itu kami terjun laut ramai2, sangat seronok, pantai di Nenasi sangat cantik, tiada hakisan, bersih, tak ramai orang, dan yang paling best bila airnya surut petang, akan timbul pulau2 pasir. Malam itu sepupu datang beraya dan seterusnya tintOn, penat mandi pantai, tidO pun sangat best.

( Kat Umah Tok @ Nenasi, Pekan )

( Kat pantai Nenasi )

( Ummi, Nufayl & Nuha )

( Bawak Fudhayl yang firstime main kat pantai :D )

( Melayan anak2 saudara mandi laut )

( Ayahchik & Fudhayl sedang bercinta @ Pantai Nenasi :D )



( Fudhayl lentok penat mandi laut sambil muhasabah diri :D )


8 Syawal

Bertolak pulang ke Kelantan. Tetapi singgah dahulu di Kuantan, rumah ayah saudara di sana. Rumah ayah saudara ana ini, atau ana memanggilnya Pak Harun sangat best, tersorok kedalam, dan di atas bukit, yang paling bestnya sangat banyak haiwan di sana...hehe. Macam2 jenis haiwan ada, arnab, merpati, ikan, ayam, macam2 spesies la, sesuailah dengannya seorang pegawai veterinar.

Setelah selesai makan2 di sana, kami diberikan penerangan tak rasmi mengenai jenis2 haiwan yang ada di rumahnya. Tak sangka ada sejenis merpati sampai RM 600 sepasang, sebelum ini yang ana tau merpati tu merpati la...hehe, tapi rupanya tidak, ada yg kuat igtan, yang laju terbang dan sebagainya.

Yang bestnya Nufayl sempat menculik seekor anak arnab yang sgt comel, eeeeii, geramnyeee!...alamak, terlebey lagi :D. Arnab itu alhamdulillah dengarnya sedang berbahagia di rumah barunya kat Klang.

Selesai semuanya kami berangkat pulang, a.ngah ana dan keluarga ke Klang. Ummi, abah, my sister ke rumah kami di Kelantan. Sebelum itu ke UITM dungun dulu menghantar sepupu. Alhamdulillah malamnya kami selamat tiba.Setakat itu dulu perkongsian kali ini :)

( Site survey, sedang memilih arnab di reban )

( Fudhayl mewakili abangnya Nufayl sedang mengorat Tokki Harun dia utk mendapatkan seekor arnab :D )

( Tadaaa...da bejaya kidnep :D )



( Fudhayl tgk bunny, nyum2! :D )

( Alahai comelnyeee!...ada sapa2 rasa nak picit2 tak? :p )


p/s : Ramadhan dan Syawal yang sangat bermakna, tahun hadapan insyaAllah lebih bermakna, seterusnya juga :)

~ Ibrah Dari Samurai ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, kesempatan diberi lagi untuk ruangan Wadi al Qurra' di isi. Tanpa izinnya pastilah tidak ada yang terjadi, segalanya dari Dia dan segalanya kembali pada Dia. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah, sosok agung peribadi mulia. Perbanyakkanlah selawat, Rasulullah tidak perlukan selawat kita, akan tetapi kitalah yang memerlukan syafaat dari baginda dengan selawat, tunjukkan kasih seikhlas hati.

Bagaimana Ramadhan kali ini?, lebih baik dari sebelumnya?. Ramadhan kian hampir berakhir, beberapa hari saja lagi maka bulan yg mulia ini bakal meninggalkan kita, entah dapat ketemu lagi atau tidak tahun berikutnya, semoga Allah sampaikan kita...Allahumma ameen!

Kata2 George Santayana, penulis Amerika kelahiran Sepanyol :

" Progress, far from consisting in change, depends on retentiveness. Those who cannot remember the past are condemned to repeat it "

Ana sangat suka sejarah, apa pun bahan yang berbentuk sejarah menarik minat ana. Sejarah Islam atau bukan, ana tetap suka. Sukakan sejarah bukan kerana suka2, tetapi suka untuk mengambil ibrah darinya agar dapat mengajar erti kehidupan dan realiti yang ditempuhi. Belajar dari sejarah membolehkan kita membaca dan mengatur kehidupan dengan lebih baik insyaAllah. Kali ini ana mahu mengenengahkan satu sejarah yang agak menarik bagi ana.

Jika kalian biasa dengar Sun Tzu, penulis buku The Art of War yang sangat mahsyur dengan strategi perangnya, sehinggakan tentera moden pun mengambil asas pemikiran Sun Tzu, hebat bukan?. Tetap ana tidak mahu bercerita perihal Sun Tzu, ana mahu bercerita tentang seOrang samurai dari Jepun, yang juga seorang penulis sebuah buku strategi menghadapi musuh, Go Rin No Sho ataupun The Book of Five Rings. Buku ini adalah salah satu buku strategi yg hebat dan seperti juga The Art of War, masih lagi dikaji sehingga hari ini.

Miyamoto Mushasi nama samurai gelandangan ini. Walaupun Mushashi personalitinya semacam orang gelandangan, kusut masai, akan tetapi ia masih dikenang sehingga kini sebagai salah seorang samurai terhebat di Jepun. Kenapa dia disanjung?, sedangkan dia hanya seorang yang selekeh?...begini ceritanya...



( Self Potrait dari Miyamoto Mushashi )

Mushashi seorang samurai, tetapi dalam masa yang sama seorang penulis dan juga pelukis. Tidak terlupakan, dia juga seorang pakar strategi dan ahli falsafah. Mengikut perkiraan, Mushasi telah bertarung 60 perlawanan tanpa kalah, rekod hebat seorang samurai, tetapi dikatakan bilangan 60 itu tidak menepati angka yang sebenar, bahkan lebih lagi dan semua ini masih belum termasuk pertarungan Mushashi di medan perang, berapa ramai yang telah di tewas di hujung 'Katana' nya?, tidak dapat dijangka, hebat!

( Antara Lukisan Mushashi )

Sebelum ana meneruskan, Katana yang ana sebutkan tadi adalah senjata samurai yang berupa pedang panjang, yang kita biasa panggil pedang samurai itulah. Katana ini bukanlah senjata sembarangan, untuk membuat satu2 Katana yang baik, ia mengambil masa sehingga 8 bulan menyiapkan keseluruhannya, lama bukan?...

( Contoh set senjata Mushashi, Katana & Wakizashi )

Pertarungan Miyamoto Mushashi

Shishido Baiken

Telah banyak pertempuran dan pertarungan hebat antara Mushashi dan pahlawan Jepun yang lain, salah satunya adalah dengan Shishido Baiken, yang menggunakan ' Kusarigama ' sebagai senjata. Kusarigama adalah senjata yang mempunyai rantai panjang disambungkan dengan sabit, senjata yang sangat merbahaya apatah lagi jika yg menggunakannya seorang yang mahir.

( Kusarigama )

Dalam pertarungan ini Mushashi hampir2 tewas dek kerana rantai itu berjaya membelitnya, akan tetapi tindakan pantas dari Mushashi berjaya menyelamatkan nyawanya. Menggunakan Wakishazi, iaitu senjata sampingan berupa pedang pendek, Mushashi menewaskan lawannya dengan melontarkan tepat mengena Shishido Baiken.

Yoshioka Seijuro

Antara pertarungan lain adalah dengan Yoshioka Seijuro, yang mana Mushasi telah sengaja melewatkan ketibaannya. Seijuro menjadi marah dan geram, tetapi oleh sebab itu juga dia ditewaskan dengan hanya satu pukulan. Seijuro tumpas, Mushashi menang lagi.

Perkelahian Mushashi dengan keluarga dan puak2 Yoshioka tidak tamat di situ, ia terus berlarutan sehinggalah Mushashi membunuh pimpinan terakhir cabang keluarga besar Yoshioka, iaitu Matashichiro. Dalam pertarungan akhir ini sekali lagi permainan minda Mushashi terserlah, dia telah sengaja datang awal dan mengejutkan konco2 Matashichiro. Hasilnya seperti yang di duga, Mushashi berjaya bermain minda lagi kali ini.

Miyamoto Mushashi VS Sasaki Kojiro

Dalam siri pertarungan Mushashi, ini adalah yang dikatakan paling bersejarah. Sasaki Kojiro bukanlah calang2 samurai, dan oleh sebab inilah Mushashi telah mencabarnya.

Kojiro digelar " Syaitan dari daerah barat ", kehebatan Kojiro tidak kalahnya dengan Mushashi. Kemahsyuran mereka mungkin sama, akan tetapi mereka adalah dua personaliti yang sangat berbeza. Mushashi seorang yang serabai, samurai yang tidak seperti seorang samurai. Akan tetapi Kojiro adalah seorang yang berpegang kepada tradisi samurai, berdisiplin, menepati masa, berpakaian kemas. Yang menariknya lagi, Kojiro menggunakan Katana yang lebih panjang dari biasa, ia dipanggil sebagai Nodachi.

( Nodachi ~ Lebih panjang dari Katana )

Ini memberi kelebihan kepada Kojiro. Dikatakan oleh kerana status Kojiro dan senjatanya, Mushasi telah hilang untuk beberapa ketika, ada ura2 menyatakan Mushashi melarikan diri, namun yang berlaku sebenarnya...

Mushasi telah menyendiri sebentar memikirkan cara menewaskan Kojiro, dan pakar strategi minda ini telah sekali lagi cuba menggunakan kelebihannya, tiada langsung niatnya mahu melarikan diri. Sedangkan Kojiro pula mengunjungi kuil untuk 'berdoa'. Mempersiapkan diri dengan cara tradisionalnya. Sememangnya mereka merupakan dua personaliti yang amat berlawanan.

Hari Penentuan

Tibalah hari yang ditunggu, Kojiro telah siap menanti dengan Nodachi nya yang yang panjang itu di sebuah pulau, tempat dimana mereka telah persetujui bersama. Kojiro menunggu, namun selepas 1 atau 2 jam dari masa yang dijanjikan Mushashi belum tiba.

Kojiro seorang samurai yang sangat berdisiplin dan menepati waktu, sesuai denganya sebagai seorang samurai dalam kelas bangsawan, akan tetapi ketibaan Mushashi yang lewat itu telah membuatkan Kojiro tidak senang duduk, rasa seperti di perlekehkan. Sehinggalah dari kejauhan tampak Mushashi tiba...

Kojiro melemparkan sarung Nodachi nya dengan perasaan marah, dan sangat terkejut kerana ketibaan Mushashi tidak disertai Katana nya, akan tetapi sebuah kayu panjang yang dibentuk dari pendayung sampan.

( Bokken, senjata kayu Mushasi versi moden, salah satu senjata kegemaran Mushashi )

Mushashi turun dari sampan, kemudian berkata :

" Kojiro!...engkau telah tewas!, engkau membuang sarung pedangmu begitu, seperti engkau akan membuang nyawamu! "

Kojiro lantas meluru laju, mengangkat Nodachi nya yang berkilat dan panjang itu, menghayunkan ke arah Mushashi dengan sangat kuat dan pantas...

Mushashi mengelak ke tepi sedikit, zappp!...dush!...kebabO!... ( alamak, telebey suda :p )

Kojiro tersungkur!...dengan hanya satu gerakan dan satu pukulan tepat senjata kayu Mushasi, seorang yang dikatakan antara samurai terhebat sepanjang zaman telah tersungkur di tangan Mushashi, samurai gelandangan!.

Mushashi terus beredar selepas itu, dikatakan dia tidak lagi mencabar sesiapa, tetapi hanya berlawan jika di cabar. Legasinya diteruskan hingga ke hari ini, teknik berlawan dan strategi pertarungan Mushashi masih di ajar sehingga kini, menjadi salah satu teknik terhebat samurai di Jepun. Inilah kisah seorang samurai hebat, yang hebatnya bukan sekadar dalam pertarungan, tetapi menggunakan akal dan minda.

Ibrah Dari Samurai

Qurra' sekalian, setiap yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah dan ibrah yang boleh kita ambil sebagai bekal untuk kita berhadapan cabaran kehidupan. Allah tidak menjadikan sesuatu apa pun sengan sia2, jika merasa sia2, itu kerna kelemahan sendiri yang tidak mampu membaca dan menilai petunjuk Allah.

Maksud firman Allah SWT :

" Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayat petunjuk lantas mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan "

Fussilat : 17

1. Menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Lihat bagaimana Mushashi menyimpang dari kebiasaan samurai. Bukan serabai itu yang kita mahu contohi, akan tetapi kebolehannya menghadapi pelbagai rentak dan senjata musuh. Mushashi menghadapi musuh yang terdiri daripada pengguna senjata yang berlainan antara satu sama lain. Kebiasaan samurai hanya menggunakan Katana, dan akan menghadapi masalah bila berdepan dengan musuh yg berlainan senjata.

Mushasi sentiasa menyiapkan diri dalam apa keadaan sekalipun, bahkan Mushashi juga tidak terikat dengan hanya menggunakan Katana sebagai senjata, ia melihat corak dan rentak lawannya, lalu ia mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan cara yang sangat bijak, walaupun kelihatan pelik.

Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang da'ei, sentiasa bersedia untuk bekerja dalam apa keadaan sekalipun. Senjata kita sebagai da'ie bukan sekadar pandai bercakap, pandai menulis. Seharusnya penguasaan teknik2 lain seperti multimedia, teknik menyentuh hati, mengukuhkan ukhwah dan sebagainya perlu di dalami.

Para asatizah bukanlah bermaksud hanya memberi kuliah dan mengajar dikelas, bukan pula berkhutbah Jumaat saja, bahkan perlu melangkaui sempadan itu. Da'ei perlu turun ke dalam masyarakat dan merasa sendiri keluhan dan segala yg mereka hadapi. Jika mahu berjuang dalam Islam, keterlibatan kita bukan hanya dengan golongan terpelajar, golongan mahasiswa dan pensyarah sahaja, akan tetapi pakcik dan makcik di kampung itulah yg lebih memerlukan.

Idealisme yang hebat bagus, akan tetapi perlu berpijak di bumi nyata, idea yang hebat jika hanya kita yg memahaminya, tetapi tidak mampu di capai oleh kerana faktor besar masyarakat dan lain2 akan menjadi sia2. Jangan kita merasa hebat sendiri, sedangkan masyarakat kian terpinggir. Jika kita merasa kita betul, masih ada yang lebih betul dan bijak dari kita, berpijaklah bumi nyata, jangan terlalu tinggi terbang, sakit bila jatuh.

2. Memahami lawan

Mushashi mengkaji dan memahami lawannya terlebih dahulu, kelebihan, kelemahan dan sebagainya. Ini akan memberi kelebihan besar kepada Mushashi, bukan sahaja kelebihan untuknya mempersiapkan diri bahkan awal2 lagi mampu melemahkan lawannya. Lihat bagaimana Mushashi telah melemahkan Kojiro dari awal lagi, dengan membuat Kojiro tidak tentu arah, marah2 dan hilang ketenangan. Musashi sengaja lewat kerana tahu Kojiro adalah seorang yang sangat menjaga masa, lantas akan terganggu oleh kelewatan Mushashi.

Memahami lawan tidak berhenti sekadar itu, kita perlu bertindak setelah mendapat maklumat. Maklumat yang kita perolehi akan menjadi sia2 jika kita tidak menggunakannya. Samalah jika kita beroleh petunjuk Allah, akan tetapi kita lihat saja dan membiarkan ia berlalu. Alangkah runginya tindakan yang demikian.

3. Mengawal suasana

Sebagai da'ie, selain menyesuaikan diri dengan keadaan, kemampuan mengawal suasana adalah satu kelebihan yang sangat besar, bahkan seorang da'ie yang benar2 hebat akan mempengaruhi suasana bukan mengikut rentak suasana itu. Jangan kerna hujah mahu mengikut rentak suasana, contohnya apabila dalam mendekati golongan yang jauh dari agama, kita perlu buang imej agama, tidak semestinya begitu jika kita mampu mengawal dan mempengaruhi suasana.

Kojiro yang sedang marah itu di hangatkan lagi dengan kata2 Mushashi yang mengatakan dia telah tewas. Kemampuan Mushashi membaca bahasa badan Kojiro, kemudiannya menggunakan suasana tegang itu dengan memanaskan lagi keadaan. Mushashi sebenarnya sedang mengawal keseluruhan situasi. Lihat saja dalam pertarungan2 lain, sememangnya Mushashi berjaya mengawal suasana dari awal lagi.

4. Menjadi sumpah - sumpah

Jangan salah faham, ana tidak bermaksud mendoakan kita semua menjadi sumpah2 yang macho itu. maksudnya di sisi adalah kemampuan kita untuk menjadi pendakwah, penulis, pakar IT, pemimpin dan segala apa selagi ada kelebihan untuk itu. Memaksimumkan kebolehan diri, kelebihan yang ada pada diri seorang da'ei perlu di asah supaya mencapai tahap yang terbaik, tidak sekadar boleh2 saja. Lihat saja sumpah2, kalau hijau tempat dia menapak, hijau betul jadinya, tidak jadi hijau sipi2, begitu juga kita, perlu tahap maksimum.

Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah RA :

" Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya "
HR : Bukhari

Membuat kerja Islam, perlu lakukan segala apa dengan usaha yang terbaik, kita buat tamrin, mukhayyam dan macam2 lagi, jangan buat sekadar ini melunaskan perancangan, akan tetapi perlu dibuat bersungguh2. Mubaligh Kristian jika dilihat sangat tinggi komitmen mereka menjelajah ke seluruh pelosok bumi, bahkan yang support mereka berhabis berjuta juta demi kemaslahatan agama mereka, kita yang Muslim ni macam mana, Petronas yang diketuai oleh orang Melayu Islam, dan dimiliki oleh sebuah negara yang dikatakan " negara Islam ", tidak membayar zakat Rikaz, yaitu zakat hasil galian, jika zakat pun masih menjadi isu, apalagi mahu bersedekah dan menyumbang begitu saja untuk gerak kerja dakwah?

Mushashi menggunakan kebolehannya berlawan, menulis dan mengatur strategi secara maksimum, sebab itulah dengan izin Allah dia menjadi seorang yang hebat dan di ingati sehingga kini. Mushashi itu bukan Muslim dan kita ini yang mengaku Islam bagaimana ya?.

5. Berstrategi

Ibrah dari Saidina Ali, kebenaran yang tidak terancang akan tewas pada kebatilan yang terancang. Amat benarlah begini, jika kita mahukan kemenangan, akan tetapi tanpa usaha dan langkah yang semberono, maka akibatnya kemenangan itu tidak akan dikecapi.

Mushashi dalam setiap pertarungannya mempunyai strategi yang bijak, lihat bagaimana dia telah merancang strategi untuk sengaja melewatkan kedatangannya dalam satu2 masa, dan ada pula yang diawalkan. Bahkan dalam menentang Kojiro, Mushashi telah menggunakan senjata yang dibuat dari dayung sampan untuk menandingi Nodachi Kojiro yang panjang, hasilnya, Mushashi menang bergaya!

6. Membuat keputusan yang tepat

Sebagai seorang da'ei, apatah lagi jika pimpinan dalam satu2 organisasi, kebolehan membuat keputusan yang tepat akan menjadi salah satu faktor utama dalam keberkesanan tindakan. Bahkan, keputusan yang tepat itu perlu pula disertakan dengan pakej cepat. Keputusan yang dibuat dengan tepat dan cepat tidak dapat tidak akan memerlukan ilmu dan qiraatul zuruf yang betul. Semua ini tidak akan diperolehi jika kita punya ilmu cukup makan saja, sedarlah bahawa seorang Muslim yang sejati akan sedaya upaya mengukuhkan ilmu pengetahuannya.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
HR :Abu Darda' RA

Mushashi membuktikan, lihat saja dalam pertarungannya dengan Shishido Baiken, pengguna senjata Kusarigama. Berhadapan dengan senjata berantai yang merbahaya itu, Mushasi hampir tewas, namun oleh kerana kebijaksanaannya dalam ilmu pertarungan dan ketepatan serta kepantasan membuat keputusan utk menggunakan senjata sampingannya yaitu Wakizashi, yang mana tidak terduga oleh lawan, maka beliau terselamat dan sekali lg beroleh kejayaan.

Khulasahnya

Maksud firman Allah SWT :

Katakanlah:" Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik "
Yusuf : 108

Sesungguhnya Ibrah itu tidak ada pada orang Islam sahaja, tidak ada pada satu2 bangsa sahaja. Kita perlu mencedoknya dari segenap sudut dunia. Jangan kerana kita Melayu, kita mahu berpakat dan menunjukkan kehebatan sebagai melayu sahaja, begitulah utk bangsa2 lain sekaliannya. Menyayangi bangsa tidak salah, mencintainya juga tidak salah, tetapi mengangkat bangsa sendiri sehingga memencilkan bangsa lain akan mengakibatkan kerosakan yang nyata. Dakwah kita adalah dakwah lillahita'ala dan dakwah illallah, yaitu menyeru kepada Allah. Seruan kita agar seluruh bangsa menerima Islam, dan sekaligus bernaung di bawah naungan panji2 Islam, jika ada yang mengakatakan dakwah kepada India, Cina dan lain2 kaum boleh ditunggu dulu sehingga Melayu seluruhnya berpakat, maka takrif dakwah tampak benar telah disalah erti, apalagi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Maksud firman Allah SWT :

" Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah -khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang yang derhaka "
an Nur : 55

Belajarlah dari Miyamoto Mushashi, bijaklah membuat keputusan dan menyesuaikan diri dengan tempat dimana kita berpijak, tidak terbang terlalu tinggi, patah sayap jatuh lalu mati, tidak kedengaran lagi suara gegak gempita, kembali pula kepada tanah yang nyata.

Kita belajar dari sejarah, membantu merancang dan melancarkan, jangan pula mengulangi sejarah dan membawa kita pada pengulangan kegagalan yang dulu. Dari Miyamoto Mushashi kita belajar hari ini, sebelumnya Belajar dari Luqman al Hakim di Wadi al Qurra', selepas ini, carilah ibrah dari sesiapa saja, kita punya akal utk menentukan yang haq dan yang batil, wallahu'alam, ana undur dulu...

p/s : Entry ini pun terlebey panjang sudaa... :D

p/s : Silalah membulatkan mata untuk membaca sejarah ye... :p

p/s : Selamat hari raya!...taqabbalallahu minna wa minkum!