.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Berehat Sudah, Berhenti Pun Sudah...Jom Teruskan Perjalanan!

Bismillah...

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kehadrat ilahi, Pencipta kita Pencipta maya, Rabbul'Izzah yang Maha Kuasa. Selawat dan salam buat junjungan kita kekasih Dia, Muhammad Rasulullah.

Ke mana ana menghilang seminggu ini?...tak hilang cuma menyorok sekejap, sebagaimana posting pemberitahuan sebelum ini, itulah sebabnya kehilangan sementara ana...rindu sungguh pada Wadi al Qurra'. Rindu sungguh, tapi bila dibuka saja laman ini, terus aja longlai lemah gemalai mahu menaip, ehehe...maklumlah sudah bercuti, jemari pun turut bercuti, maka rasa mahu lagi terus terusan dengan cuti.

Sebenarnya baru sahaja sampai di bumi melaka pagi tadi dan sampai pula MMU ditengah hari, sempat lagi merewang rewang...mata sudah mengantuk, kaki sudah longlai, namun tetap jua merewang dulu, sudah tahu, di rumah sewa tu pastinya tiada lagi teman yang sudah kesampaian. Mengintai ngintai pakej celcom broadband, mencari modem yang murah sekali, mahu cop dulu, belinya kemudianlah, tak makan jawabnya beli sekarang.

Qurra' sekalian, asalnya ana mahu menulis yang lain, ada artikel sudah di'draft'kan, tapi cuma tajuk saja yang ditulis, tak jadi pula menerus hajat melanjutkan...sebabnya ana sekarang berada di awan awangan...mengantuk, pening, bercampur baur bersekali...bila bendasing itu bercampur baur pastinya menghasilkan satu produk yang kita namakan MALAS. Kalau di lanjutkan menulis, maka pasti merapu rapulah ana, sepertimana kemerapuan ana sekarang...hehe

Meh nak cite...hehe...baliknya ana dalam jangka masa seminggu yang lepas awalnya banyak juga yang dirancang, mahu ke situ, mahu ke sini...ish, tak cukup kaki haa kalau nak ikut. Tapi akhirnya, terlebih kaki pula, memang cuti kali ini sepenuhnya digunakan untuk menikmati aroma kampung halaman nan indah itu =D. Bukan apa, nak berjalan merata riti boleh saja, tapi rasanya lagi baik abiskan cuti dengan femili, tak begitu?...begitula kan...hehe

Dalam pada tak sempat berjalan tu, sempat juga menjenguk2 ke Kota Bharu, jalan2 cari makan dengan keluarga...memang seronok!=)...nak dijadikan cerita, waktu pulang tu kebetulan pula lalu didepan istana...ya...kebetulan pula sekarang kelantan tengah meriah dengan sambutan hari keputeraan sultan, maka warna warni di depan istana itu menarik perhatian ana untuk berhenti sekejap sambil ber'posing'...ish...xde keje...=D









Orang Kelantan sudah lekat dgn sebutan 'Puja Umur' bagi sambutan hari keputeraan...tapi ana cukup tidak suka dengan sebutan sebegitu, buat apa mahu dipuja2 umur, sultan mmglah sultan, tapi Umur Rasulullah SAW pun tak pernah dipuja2...tapi begitulah kebanyakan, terutama kalangan rakyat veteran, puja umur menjadi istilah biasa, ana tak suka, kita mahu ubah ini!...insyaAllah.

Ana terus bercerita ya, satu lagi agenda menarik yang sempat ana tangkap dan muatkan di sini adalah khutbah jumaat di kampung, ana cukup tertarik dan senang hati, khutbah kali ini sirahnya bersekitar tentang Bumi Barokah Sang Pejuang itu!..ya..ia tentang Palestin, ana cukup teruja dengan khutbah itu bukan hanya kerana palestin, tetapi kerana sikap masyarakat dan pihak2 yang berwajib terus terusan dengan peringatan soal bumi barokah itu. Cukup bersemangat imam ketika membaca, menunjukkan musim syita' bagi cerita juang di Palestin masih belum tiba, dan insyaAllah isu ini akan tetap panas membara sehingga akhirnya.

Itu sedikit sebanyak tentang perjalanan cuti ana, cuma kali ini ada satu yang ana sedikit terkilan, perancangan lain itu ana biar saja walau tak menjadi, tetapi yang satu ini, terkilan juga sebab tidak menyempatkan diri mengahdiri kuliah Tok Guru di Pulau Melaka(Kelantan). Mutiara2 dari beliau tidak sempat pula dikutip, rugi!...insyaAllah lain kali.

Mahu mengomel lagi sebenarnya, tapi rasanya cukuplah dulu,pening + mengantuk menghalang untuk ana terus berkongsi...insyaAllah, tunggu ngomelan ana yang berikutnya pula ya...sekian

*Gambar dibawah tiada kene mengena dengan posting di atas, hanya memenuhkan ruang kosong sahaja =D

(Bersama keluarga - Jalan2)

(Posing dengan anak2 =D)

(Makan kuaci cam tengah bernasyid le plak)

Berehat Sebentar, Berhenti Seketika...

Bismillah...

Alhamdulillah syukur kepadaNya, selawat dan salam buat kekasihNya, Muhammad Rasulullah.

Buat makluman, perkongsian di Wadi al Qurra' mungkin akan terhenti seketika dalam jangka masa seminggu, ana pulang bercuti bertemu mata dengan keluarga tercinta...:)

Sebenarnya tak perlu diumumkan pun takpa, tapi rasanya ana menggalas tggungjawab utk menerang, kalau dtg pengunjung tp tiada bicara2 yg baru, sedikit sebanyak mungkin mengecewakan. Kita menulis kerana Allah, kerana jalan dakwah dan islah...mgkin juga pengunjung tidak peduli lansung posting disini, tp tetap jua ana rasa bersalah jika tidak menerang begini...tanggungjawab bila kita sudah mantap utk berbuat sesuatu...maka peganglah ia seteguh teguhnya...insyaAllah


Teringat pula kata2 Badiuzzaman Said Nursi :

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."


Semoga dipanjangkan umur dan berjumpa lagi, oh ya, sebenarnya sehari dua ini ana dibekalkan dengan satu keyakinan yg amat teguh, benarlah janji2 Allah...Dia tidak akan menghampakan hambaNya, hanya perlu utk kita pasakkan keyakinan dan keteguhan dalam keimanan kita kepadaNya, YAKIN lah!...dan itulah yg ana lakukan, sedayanya meletakkan keyakinan kepadaNya!

Sessungguhnya Dia telah menunjukkan yg keyakinan itu berbalas, kerana itulah janjiNya kepada seluruh hambanya, apa yg diberi beraliran, sejalan dengan apa yg ana pinta dan mohon...petunjuk2nya diberi sedikit demi sedikit, dan keyakinan juga datang dariNya membuat diri tetap teguh dengan JANJI2 itu...betapa kasihnya Yang Maha Kuasa itu kepada hamba2Nya!

Yang haq tetap ditempatnya, yang batil tetap ditempatnya...BENARLAH!...BENARLAH!...BENARLAH!...


Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "

HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah


Maksud firman Allah SWT :
" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "

Ghafir : 60

Maksud firman Allah SWT :
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Al-Baqarah: 214

Benarlah segala galanya!...keyakinan hambaNya tak kan dipersia sama sekali kerana itu janjinya...Maafkan ana kerana bermonolog sendiri, maaf membuat QURRA' sekalian terpaksa membaca bicara sebegini...tetapi teman ana pasti akan sepenuhnya faham monolog ini, tidak pastilah sempat atau tidak teman membuka laman ini, tetapi pasti akan difahaminya...:)...syukran kepada teman...ana undur dulu...ilalliqo..

Bumi Barokah Sang Pejuang - Buat Mereka Yang Masih Punya Akidah!

Bismillah...

Alhamdulillah, masih lagi dengan rahmatNya kita disini dan dengan nur kekasihNya kita diterangi. Setinggi syukur buat Pencipta yang Mencipta, selawat dan salam buat kekasih yang dikasihi, Muhammad Rasulullah.

Maksud firman Allah :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
al Baqarah : 120

Adapun kali ini jari jemari ana kembali menari mengungkap kata melakar bicara kerana mahunya menunai janji yang dilafaz kepada diri. Janji kepada diri agar tidak cepat serta mudah terkesan dengan kesejukan dan buaian mimpi indah yang diulit ulit nikmat duniawi sedangkan MEREKA masih lagi dibuai sengsara juga duka. Apa khabar sahabat kita di Palestin?...ana tidak mahu bertanya yg sudah pergi itu, mereka sudah mendapat apa yg mereka MAHU, yang kita mahu tahu mereka yang masih terkesan itu...apa khabar?...apa khabar mereka?...sudah lupakan semua QURRA' bertanya khabar mereka?...oh ya, mungkin disebabkan assignment, mungkin juga sebab awek, mungkin juga sebab sibuk berprogram...sibuk berusrah juga mungkin...sebab itu terlupa saudara kita disana, mungkinkah begitu?...tepuk dada tanya iman.

Masing2 sudah pandai menilai diri, tidak perlu lagi diajar berkali kali, cuma perlu diingat ingat saja, mereka di SANA tidak pernah dan tidak lekang dengan perjuangan, hari2 mereka dilalui dengan tangis dan duka...itu bumi PERJUANGAN! tidak sesekali berpeluang seperti kita enak2 dengan nasi lemak di awal pagi, nasi campur ditengah hari, mee sup pula di malam hari, indah sungguh dunia! kenapa mahu syahid?...dunia ini sungguh indah!...benarkah begitu?...muhasabah sendiri wahai si bijak dan si pandai...:)

Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan redha, selagi tidak kita patuh kepada mereka...ya kita di sini, Malaysia nan indah lagi permai di bawah pemerintah yang 'ADIL' dan 'SAKSAMA' juga pasti terkesan dengan Yahudi dan Nasrani, tapi kita tidak didatangkan ujian dengan mortar atau bom kimia seperti mereka disana, kita masih lagi mampu makan sup ekor, tetapi mereka disana hirup sup kosong berlauk batu mungkin...sedarlah, jangan leka dari keprihatinan terhadap sahabat disana!...jangan leka! jika kalian masih lagi punya hati, jiwa, rasa, dan AKIDAH!

Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Hudzaifah bin Yaman r.a. :

"Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka dia bukan dari golongan mereka"
HR : at Tabarani

Setiap patah bicara ini buat hati ana sendiri, jika tidak diingat begini pasti hati akan mati, bukan hati QURRA' sekalian tapi hati ana sendiri...ana tahu kalian punya hati yang cekal dan mantap, tetapi tidak ana yang punya hati lemah dan tak bermaya. Ana terkesan dengan satu kisah yang sempat diceduk dan dihadam entah dari mana, sirah seekor kera yang bergayut di sebatang pokok dikala angin yang kuat, maka dipegang erat pokok itu seakan mahu bersatu kera dan si pokok tetapi bilamana sudah tamat riwayat angin yg kuat itu, diganti pula dengan angin sepoi2 bahasa yang mengusik jiwa, maka si kera itu terlena dan jatuh lalu mati sendiri di bawahnya.

QURRA' sekalian, ibrahnya dari sirah si kera dan si pokok itu apa sebenarnya ya? itulah diri kita jika hanya hangat2 di masa panas dan sejuk kembali di kala dingin, seolah2 pergantian musim syita' dan soifi pula, sekejap sejuk sekejap panas. Kitalah si kera itu jika hanya waktu TV menayang nayang perang di palestin, kita bangkit juang memakai selendang palestin dan berarak di stadium melawati, KHAIBAR2 YA YAHUD! JAISYU MUHAMMAD SAUFA YAUD! BIR RUH! BID DAM! NUFDIKI YA GHAZZAH!...wah!...kobaran semangat itu menggegar Malaysia dan nusantara!

Tetapi bila tiba musim dinginnya berita2 tentang palestin, sudah kurang di dada akhbar dan TV, tiada lagi BIR RUH! BID DAM!...kembali kepada cara lama adalah, main DAM dikedai kopi, naik haji berkali kali, haji apa?...haji kopi! lagi hebat!...boikot sebelum ini bukan main, nampak saja lambang McD terus palingkan muka, tetapi bila sudah sejuk anak beranak diajaknya dinner makan prosperity burger, enak sekali!...apakah tidak kalian perasan, jika begitu sikap kita, maka kera yg jatuh tadilah dapat membayangkan sifat kita, bukan kita menjadi kera, bukan juga kita mati akibat jatuh pokok!...tetapi jiwa dan rasa itulah yg telah hilang dan mati...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya menderita"
HR : Bukhari

Bumi Palestin adalah bumi perjuangan, tidak akan terhenti perjuangan di bumi barokah itu sehinggalah datangnya Nabi Isa A.S menghapuskan Dajjal si perosak. Wajiblah untuk kita tetap dan teguh berdiri di belakang mujahidin disana, jika tidak mampu menjadi benteng2 hadapan sebagai syuhada', dokongilah mereka semampu mungkin, infaklah harta, atau apa sahaja yang mampu dilakukan. Doa jangan dilupa, itu senjata utama kita umat Islam. Jangan lagi terus enak melayan rasa sendiri2...sedangkan saudara kita dilanyak setiap hari, jangan mencari murka Allah...jangan begitu, jangan menjadi hina sebegitu rupa!...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Hampir sahaja seluruh bangsa dari setiap penjuru dunia, berebutan terhadap kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berebut terhadap mangkuk makanannya. Para sahabat bertanya, “Apakah jumlah kita sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “ Bahkan pada saat itu jumlah kamu sangat banyak, tetapi kewujudan kamu tidak ubah seperti buih air bah, sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari dada musuh-musuhmu terhadap kamu dan akan melemparkan rasa wahan ke dalam hati kamu”. Para sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”
HR : Ahmad & Abu Daud dari Thauban

Mengenang Perjuangan dibumi syahid itu, membuat diri terasa cukup kerdil, membayangkan jiwa2 besar dari tubuh2 kecil, hanya dengan balingan batu mahu menawan kecanggihan jentera2 kebal yahudi zionis itu, apa yang mereka fikir sebenarnya, logik akal mana mungkin ditewaskan si gajah jika diserang seekor semut, tapi bila difikir2 si Namrud pun tewas dengan seekor nyamuk saja, kuasa Allah!...tetapi tetap jua semangat juang dari batang2 tubuh kecil anak palestin itu amat menggegar jiwa...mereka telah lali dengan bedilan mortar, mereka sudah lali dengan dentuman2 peluru berpandu...sungguh! mereka punya jiwa dan semangat yang amat besar!...jiwa dan semangat kita bagaimana pula?...Benarlah sabda Rasulullah SAW...

Maksud Sabda Baginda SAW :

“Akan sentiasa ada segolongan dari umat ku yang berjuang atas kebenaran, mengalahkan musuh-musuh mereka. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh sesiapa yang menentang mereka dan apa yang menimpa mereka dari kesengsaraan sehingga datang urusan Allah taala. Para sahabat bertanya “Di manakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Mereka di Baitul Maqdis dan sekitaran Baitul Maqdis.”
HR : Ahmad

Marilah bersama sama mengusahakan agar diri kita termasuk didalam golongan yang disebut Rasulullah SAW itu, mungkin tidak di barisan depan, tetapi tafsiran ulama' ada mengatakan sekitaran Baitul Maqdis itu adalah mereka yang jiwa2 mantap untuk memperjuang dan mempertahankan Bumi Barokah itu...tidak kiralah dimana, Malaysia, UK, Russia...pedulikan batas georgrafi...sematkan sungguh2 semangat mahu membela dan mempertahakan bumi perjuangan itu!...panaskan kembali, jangan sejuk2 lagi...:)



Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Jaisyu Muhammad Saufa Yaud!


Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Ghazzah!

Bir Ruh! Bid Dam!

Nufdiki Ya Ghazzah!

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

Anjuran

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),


dengan kerjasama

BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)


dan

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF


* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT


21 – 22 Mac 2009 / 24-25 Rabiulawal 1429H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

SASARAN

Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN

RM 10 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.

(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)

TENTATIF PROGRAM


Sabtu (21/03/2009)

7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 :
Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


4:00 petang : Minum petang & solat Asar
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat] {BERGANTUNG KPD KESESUAIAN}


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 4 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]


11:00 malam : Minum malam & Berehat


Ahad (22/03/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 5 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 6 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;


Saudara Ikhram Husin [019-3731744]

Saudari Izzah Khanani [013-2197192]


http://www.almukminun.blogspot.com/2009/03/majlis-pengajian-kitab-turath-itiqad.html

Update Ringkas - Main Pantun2

Bismillah...
alhamdulillah...segala puji dan syukur kepadaNya, selawat dan salam buat pembawa sinar, Muhammad Rasulullah.

Kali ini memang update yang amat2 ringkas, betul!..ana tak tipu!...hehe
update ni saja2 sebab tadi merewang rewang sekejap dekat portal Rakan Usrah, terjumpa pula pantun yang pernah ana buat kat situ dulu untuk bahagian pantun tauhid...kira republished la ni...tak banyak pun...tapi at least ada modal nak update kali ni sebelum posting isu2 lain pula...apa2 saja la zul...asal boleh je kamu ni...:D


Pantun 1

Beralun indah gemersik di kota,
terdetik gundah terasa amat,
hadir sudah dijiwa pendeta,
secubit anugerah pengurnia rahmat.

Pantun 2

Berlayar sendiri kepengkalan hulu,
berhajat puteri di hujung negeri,
biarlah diri dikata dahulu,
tibanya hari balasan diberi,

Pantun 3

Diamnya pendekar digunung tahan,
duduknya berakar tiada bergerak,
biarlah tegar rasa bertuhan,
agar segar hati yg berkerak.


* Cuba perhatikan rima tengah dan rima akhir, payah nak buat tu...berbakat juga ana ni ya...hihi...asal bOley jeee...:D...mOga bermanfaat :)

Malam Penghayatan Palestine

Bismillah...
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada rabbul 'alamin, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad Rasulullah.

Sedikit update kali ini, sedikit bermakna bukan banyak, maka isinya tidak akan begitu banyak kerana ia telah diberitahu sedikit :D
sedikit perkongsian ini adalah mengenai Malam Penghayatan Palestine yang telah berjaya dengan jayanya...alhamdulillah kerana jaya itu tidak akan hadir tanpa bantuanNya...semuanya lancar alhamdulillah walaupun sound system agak gedebak gedebuk sikit...hehe...biasalah masalah teknikal...apapun semuanya dapat diatasi.

Time ni ana nak balik bersiap utk program malam tu, tapi abang Mu'adz nak bergambar pula..maklumla bukan selalu boleh jumpa ana kan :D (time rehearsal)



Perjalanan program malam itu dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diikuti ucapan daripada wakil Aman Palestine yang mewakili Mukhriz Mahathir, Dr. Kassim, dan semasa sempat berborak2 dengannya, beliau dengan suka sukinya mempromot Mukhriz Mahathir yang mmg sedang sibuk berkempen utk pemilihan ketua pemuda UMNO...maka kami yang mendengar itu masing2 mengangguk anggukkan kepala dengan comel sambil berkata, betOl3(upin ipin)...walaupun hati kecil ini berkata, hontam saja labu...hehe.

Seterusnya majlis diteruskan dengan gimik yang direka dan dilakonkan khas untuk meniupkan roh kedalam diri tetamu yang hadir, ana dengan rela hatinya menjadi salah seorang pejuang intifada didalam lakonan itu, ana rasa balingan2 batu ana kepada si zionis itu telah amat kuat, tapi apakandaya, batu tiruan...kalau batu betul rasanya ana tidak disini menaip tapi disana meringkuk :D...apa pun teman2 kami mengatakan lakonan itu agak real, tapi bagi ana, tak yah la agak2 lagi...mengaku ajelah memang macho pe kami buat tu...haha

Majlis kemudiannya diserikan oleh penampilan istimewa, artis yang sedang meningkat naik namanya, Mu'adz...beliau memang seorang yang amat berbakat dan mampu menaikkan semangat perjuangan dan keinsafan...ikhlas ana katakan, persembahan, pengisian dan doa dari beliau amat mendatangkan kesan dihati, abang Mu'adz kalau baca ni jangan senyum sorang2 ek...senyum ramai2 la...hehe...apa pun apa yang ana katakan mmg ikhlas dari hati, terima kasih utk abang mu'adz!...untuk pengetahuan beliau sempat menyanyikan 3 buah lagu utama, Hijrah, Baitul Maqdis dan Stand Up.

Salah satu babak daripada persembahan drama UIA - Zionis tengah melanyak rakyat palestine - yg jadi zionis tu muke xleh tahan betul dia buat, mmg menjadi la depa...huhu


Kemudiannya majlis diselang seli dengan persembahan dari kumpulan nasyid MMU melaka, 'Afwan'...juga dari sahabat2 kita rakyat palestine yang menuntut di MMU, antara persembahan mereka yang betul2 menggamit rasa adalah sajak dan lakonan video. Didatangkan khas pula sahabat2 dari UIA untuk satu persembahan yang amat menarik dan beremosi!...syukran kepada sahabat2 disana. Satu drama yang mampu membangkitkan rasa cinta dan kesedaran ke dalam diri para hadirin.

Selain dari persembahan, terdapat juga pengisian2 daripada MC, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat sama2 menmbah maklumat2 tentang apa yang berlaku disana, begitu juga dengan persembahan montaj, video dan sebagainya...semua sarat dengan maklumat2 berharga yang sepatutnya perlu ada didalam diri setiap manusia yang masih mahukan kebenaran.

Persembahan Mu'adz - Alhamdulillah terbaik!

Bagi ana, program ini memang dapat menyentuh hati hati yang masih mahu disentuh, ana simpulkan saja yang hadir itu tentulah mahu disentuh hatinya...maka khulasahnya bagi ana semua hati hati yang ada pada malam itu mampu disentuh dan tersentuh...harapannya cuma tidak sekadar panas sekejap saja, buat diri ana juga sebenarnya...memang banyak benda2 menarik didunia ini yang mampu menyejukkan apa yang sudah panas itu, mohon dikuatkan iman kita semua...ameen ya Allah!

Ini sekadar perkongsian diari ana, maka tentulah ia berkisar tentang apa yang lalui malam itu, insyaAllah...selepas ini ana rasa mahu posting yang kaitannya dengan palestine pula, sudah lama mahu posting yang berkaitan palestine, cuma selepas program ini...berkobaran pula semangat, harapnya kobar2 ana itu tahan lama...insyaAllah sama2 kita usaha dan doakan :)...tahniah untuk semua!


Penutup - Performers semua naik ke pentas, sama2 lagukan 'iktiraf dengan hadirin, ana tak naik ok!..hehe


Inilah yang kita katakan mencari publisiti atau kata mudahnya 'MENCAPUB'


Selepas program tamat - Ana tak mencapub! tu sbb depa panggil utk masuk sekali,(konon2 terpaksa la)..terpaksa la buat gaye mencongok depan tu...kesian encik mu'adz kita dah keluh kesah nak balik, apala depa ni!

Kenapa Menolak Sedangkan Dia Memberi?

Bismillah...
Selawat dan salam keatas junjungan besar, Muhammad Rasulullah...

Maksud firman Allah SWT

" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
az Zumar : 53

Siapa yang sentiasa menolak dan siapa pula yang sentiasa memberi?
Mahu ana ertikan disini sang memberi itulah Allah dan sang penolak itulah manusia. Angkuh sungguh bukan sang penolak itu, angkuh?...kenapa angkuh pula?...sedangkan apa yang diberi dan apa yang ditolak itupun ana belum jelaskan...sabar...jangan menghukum tanpa ilmu, jangan menyerang sebelum menerang...izinkan...

Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN!...mana mungkin kita tidak tersilap, mana mungkin kita tidak terlupa, sedangkan Rasulullah SAW sendiri memungkinkan diri baginda tersilap...apatah lagi kita insan biasa yang cacamarba ini...ah...tentu sekali sehari hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya...beruntai untai kesalahan dan kesilapan...mahu menghitung?silakan...

Apa pula jadinya dengan MENOLAK dan MEMBERI tadi?...begini lanjutannya.
Pasti pernah bukan, setelah melakukan suatu kesilapan atau kesalahan...terasa berat dan besarnya beban dosa yang dipikul bagai memikul dunia seisinya, pernah rasa begitu?...pernah terasa kesilapan yang dilakukan bagai tiada sudahnya?...bagai memikul satu junjungan dosa di atas kepala dan ditayang2 pula kepada semua...semua melihat kejelikan kita...SEMUA!...atau pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah nyalahkan diri atas kelemahan sendiri...menyendiri, sendiri2 merintih sayu...tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempatku di dunia...mahu kemana?...terjun bangunan 44 tingkat?silakan...jika sudah bosan membaca...

QURRA' sekalian...pernah atau tidak merasa begitu?...atau tidak pernah?...tidak?...jika tidak jawapannya, maka silakan segera mencari 'RASA' itu kerana dengan 'RASA' itulah dapat menunjukkan kalian masih punya hati dan jiwa. Menunjukkan kalian masih dengan ayat2 NYA.

Maksud firman Allah :

" Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui "
as Shu'araa : 218 - 220

Begitu saja?...dengan punya rasa begitu sudah cukup?...merintih2 sendiri di balik pintu sambil menyalah nyalahkan diri?...membawa perasaan pilu seolah2 tiada siapa yang mahu menjeling kearah kita...apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh?...Kalau ditanya dengan kelakuan itu menunjukkan kalian masih punya rasa jawapannya ya!...tapi kalau begitu kelakuannya...kalian boleh digelar insan yang punya rasa dan sudah berputus asa...:)

Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil...tetapi ingatlah teman yang ana kasihi dan ingatan kepada diri sendiri jua...jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI...kenapa kita mahu MENOLAKnya?...rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita teman, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak...alangkah rugi menolak anugerah...sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan...ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI...

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya "
HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Alangkah manisnya bait2 kata itu, tidakkan QURRA' sekalian dapat merasa akan kemanisan itu...alangkah bersifat MEMBERI nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya?...mahu apa?...keampunan, kesejahteraan?...hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya wahai teman! insyaAllah...

Maksud firman Allah SWT :

" Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu "
Ghafir : 60

Janganlah terlalu terbawa bawa kesedihan dan duka lara itu, bergembiralah dengan janji Allah, yakinlah, pohonlah padaNya...jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana itu perbuatan sia2 membawa murka...jangan begitu QURRA' sekalian, mengapa mahu MENOLAK sedangkan DIA MEMBERI?

Kesedihan yang datang itu pastinya kerana melengkapi fitrah sebagai manusia yang masih punya rasa, tetapi jangan jadikan ia sebagai ratapan rutin yang sia2. Kuatkan dan tabahkan diri, NurNya ada dimana mana...segelap mana pun bahagian diri ini pasti NurNya akan menyinggahi diri selagi masih ada mahu memperolehnya. Jangan biarkan diri menjadi sang putus asa yang tidak punya rasa, tinggalkan duka lara itu dan pohonlah padaNya dengan keyakinan yang teguh...pasakkan betul keimanan nan utuh agak tidak lagi terumbang ambing di ulit ombak perasaan.

Maksud firman Allah SWT :

" Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
az Zumar : 53

Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta, sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya. Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudhorat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna...usah MENOLAK lagi!...sujud dan pohonlah kepadaNya...Pasti DIA MEMBERI!...wallahu'alam

Berpusing - pusing @ Meronda - ronda

Bismillah...

Hari yang cerah seakan mengizinkan matlamat ana, setelah dari malamnya ana berkira kira mahu meronda sedikit di bumi Hang Tuah ini akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya pada perkiraan asal mahu meronda ke KL untuk demo PPSMI, tapi tak jadi..dan akhirnya, berlegar ke mana?...Begini sirahnya...

Kali ini ana berkesempatan menunai hajat atau boleh dikatakan hobi, berjalan sendiri2 dengan menaiki bas :D. Kenapa begitu?...sememangnya begitulah kesukaan ana, setiap semester ana akan meluangkan masa untuk diri sendiri, keluar seorang2 dengan menaiki bas, menarik bagi ana, bagi kalian?bukan hak ana menjawabnya.

Semester ini, ini adalah kali pertama ana dapat keluar sendiri2, jangan ditanya berapa kali keluar dengan sahabat2 lain pula, ana tak mampu membilangnya...tidak cukup jari...hehe. Agak pelik bukan kesukaan yang sebegini, tetapi kepelikan ini adalah dengan bersebab pastinya :)

Satunya, bila keluar sendiri begini ditambah pula dengan menggunakan bas sebagai medium untuk mencapai hajat ke sesebuah destinasi, bagi ana ia akan lebih membuka minda, dan membuka mata. Ana memang agak gemar memerhati, telatah2 manusia, jalan2 yang dilalui, bahkan memang kesukaan ana menghafal nama2 tempat dan jalan yang pernah ana sampai. Memerhati itu sebenarnya besar manfaatnya, manfaat untuk diri lebih mengerti kebesaran Allah.

Maksud firman Allah :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164

Satu pengalaman menarik yang sempat ana tangkap di kala rondaan ini adalah bila ana ke Tesco, sebelum itu mahu ana jelaskan yang ana sendiri telah mula pendekatan memboikot Tesco. Jadi kenapa ke Tesco?...teruskan membaca, seperti yang ana katakan pada awalnya, berlegarnya ana hari ini adalah demi memenuhi tuntutan kesukaan ana, iaitu MEMERHATI. Ana ke tesco mahu memerhati sejauh mana kempen boikot telah berjaya. Pada amatan ana, mungkin ana tersilap, tetapi setakat yang ana lihat, memang ramai manusia di gedung itu, tetapi kebanyakannya bangsa cina, dan di Malaysia pastinya bangsa cina itu majoritinya bukan Islam. Tepat atau tidak pemerhatian ana, ana tak tahu secara pasti, tetapi itulah yang ana nampak. Mungkin kebetulan hari yang ana pergi Melayunya tak ramai...wallahu'alam...tapi jika memang begitu pada hari2 dan masa2 lain, nampaknya dah ada kesan.

Selainnya seperti biasalah, mata ini banyak menangkap kelakuan2 yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan, couple, pegang2, body ditayang2...ah...betapa lemahnya diri, lemah sungguh...tak terdaya melaksana nahi mungkar sedangkan begitu ramai sahabat2 diluar sana yang masih memerlukan...hrmm...dari itu masih lagi ana dapat menterjemah satu lagi pengajaran, ana masih LEMAH!...di dalam 'lingkaran' kita, mungkin kita mampu menegur sahabat dan rakan, tetapi bila diluar 'zon' kita? di tempat2 awam contohnya...ana akui, ana amat lemah disitu...tetapi insyaAllah..masih mencuba cuba...semoga kita diberi kekuatan untuk itu...ameen ya Allah...

Itu sedikit sebanyak pengajaran yang ana dapat, selanjutnya mahu pula rasanya ana berkongsi rasa menceritakan destinasi2 yang sempat ana singgah. Mulanya tempat yang dirancang adalah Jusco, gedung terdekat dengan MMU, ada sesuatu yang mahu dicari. setelah berputar putar tidak pula nampak sesuatu itu bahkan sesuatu yang lain pula dapat di gendong...hehe. Apa tidaknya, setiap kali melintas kedai2 buku pasti saja kaki ini menari mengikut rentak sendiri :D

Popular Bookstore di jusco memang sudah jadi kebiasaan, tetapi yang berlainan sedikit kali ini adalah beliannya. Selalunya bila ke mana2 kedai buku sekalipun mata ana juga akan menari mengikut rentak sendiri mencari2 judul2 atau kitab2 berkaitan fiqh, syariah, sirah, tawarikh, akidah...dan novel islami juga, begitulah kebiasaannya. Kali ini luar biasa pula jadinya, karya Dr. 'Aidh yang menjadi pilihan, pastinya QURRA' sekalian tahu yang karya beliau selalunya berkitar dalam lingkungan motivasi, walaupun memang ada karyanya dalam bidang fiqh dan lain2...tetapi beliau itu terkenal dengan motivasinya yang mendidik jiwa.

Agak pelik jugalah, bukan tidak biasa membeli buku motivasi tetapi sebelum2 ini ana beli bukan untuk diri sendiri. Mungkin kali ini ana rasa hati ana memerlukannya, ya...ana perlukan karya Dr. 'Aidh!...dua buah buku karangan beliau ana sempat dapatkan. Yang lucunya, bila mahu bayar saja, pulusnya tidak cukup...ana senyum dekat akak kaunter tu, "akak, ATM kat mane ye"..:D..Alhamdulillah, setelah ditunjukkan tempatnya, ana selesaikan pembayaran dua karya bertuah itu.

Gayanya, macam sudah selesai, tapi bila keluar dari Jusco ana rasa masih tak puas dengan rondaan ana di tambah pula apa yang dicari masih belum jumpa...ana teruskan lagi dengan perjalanan ke Melaka Central(Bus Station), dan selepas itulah ana ke Tesco. Dalam rondaan di sana, dapat ana perhatikan, agak ramai manusia turut serta dengan ana, bila difikir2..ya!..isnin ini kan cuti...pastilah ramai yang mahu pulang kan. Eh, kenapa ana tak balik kampung?...kalau kampung di Kelantan, rasanya masa amat mencemburui. Asalnya memang telah berkira mahu ke rumah abang di Klang hari jumaat, dan merancang juga mahu ke demo PPSMI...tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan...

Maksud Firman Allah :

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)
al Qamar : 49

Meronda rondalah ana di Melaka Central dan Tesco yang memang berdekatan itu, setelah puas mencuci mata, cuci dengan apa?...dengan buku2 lah..:)..boleh dikata disetiap tempat yang sempat ana sampai itu ada kedai buku, jadi apa lagi...masuk saja..:D..tapi sudah cukuplah dengan 2 buah buku tadi...yang lain tengok2 saja. Sambil2 itu ana terus2 juga memerhati dan pada masa yang sama, apa yang ana suka bila keluar sendiri2 ini...masa dan ketenangan untuk berfikir itu ana akan perolehi...bila memerhati ana suka berfikir dalam keadaan yang tenang...dengan harapan dapat mentafsirkan segala pemerhatian itu kedalam bentuk pengajaran...pengajaran buat diri ana sendiri tentang hakikat kelemahan diri...moga Allah memberi kesempatan dan peluang untuk itu...ameen ya Allah.

Habis sudah dengan pemerhatian dan rondaan ana beransur pulang...barang pada asalnya dicari tidak juga ketemuan, biarlah...ana rasa sudah lebih dari itu yang ana dapat hari ini. Sudah tamat hikayat pusing2 @ ronda2 kali ini, sedikit sebanyak dapat sudah ana penuhi kesukaan diri. Moga bermanfaat...

Maulid Dan Ittiba'...Siapakah Mereka Berdua?

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah al-Taubah : 24

Mendengar dan membaca kalimah2 haq Yang Maha Kuasa pastinya menerbitkan pelbagai rasa bukan? kadangkala kagum teramat, kadangkala sedih sendiri2, kadangkala gembira meruap ruap, kadangkala...kadangkala dan kadangkala lagi. Berbagai bagai bunga mahupun lonjakan perasaan dapat kita rasakan dikala kalimah haq itu menjentik jiwa insan2 yang punya hati.

Apa kalian rasa bila membaca maksud ayat di atas? pastinya akan ada rasa, ana yakin kita semua pasti ada rasa. Jangan kita tergolong dalam kelompok yang sudah kehilangan jiwa2 dan hatinya. Bersama kita panjatkan kepada Rabbul 'alamin supaya dikuatkan rasa itu pada yg sudah merasa dan di berikan rasa pada yang telah kehilangannya...ameen ya Allah!

Siapakah Maulid? dan siapakah pula Ittiba'?...ya, pasti QURRA' sekalian kepelikan dengan telatah ana bertanyakan itu, memang kepelikan itu yang ana cari, fitrah manusia suka benda2 pelik...jadinya mahu ana menarik perhatian dengan gaya kepelikan sebegini. Ya!...pastinya Maulid dan Ittiba' itu bukanlah seseorang, mereka itu sesuatu.

Dengan Maulid ar Rasul yang membuka tirainya pada 12 rabi'ul awwal, bicara ana akan berlegar di sekitar itu. Tulisan kali ini bukan mahu membuka perbahasan bida'ah atau tidak maulid, atau membuka perbincangan mengenai penilaian semula tarikh keramat kelahiran baginda SAW yang sememangnya menjadi perbincangan ulama'...tidak, bukan itu yang ana mahu bawa, ikutilah, QURRA' sekalian pasti akan faham jika berterus terusan membaca hingga noktah akhir.

Kita ke fasa seterusnya. Imam as-Sayuti mengatakan amalan maulid adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan kebesaran Junjungan Nabi kita s.a.w. Begitu juga Syeikhul Islam Sayid Dahlan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Imam Subki pernah membaca nasyid yang memuji kebesaran Nabi s.a.w sambil bangun berdiri.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajaran daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.


Jadi, apa salahnya untuk membuat sambutan ini? cuma yang perlu diingat ingatkan adalah caranya, kalau berlaku pembaziran contohnya, atau pun maulid nabi tapi konsert Rihanna atau Britney Spears pula yang di adakan...hah! itu memanglah perbuatan yang boleh mendatangkan laknat dan murkaNya.

Sekarang kita berada pula di fasa yang berikutnya. Ya...memang maulid itu setelah diteliti dan diseloroti, amat baik dengan keadaan zaman sekarang, dapat mengembalikan dan menyegarkan ingatan kita kepada baginda tercinta, insan mulia pembawa cahaya. Tetapi adakah dengan sambutan2 begitu sahaja?...sudah selawat, sudah berarakan, sudah bermarhaban, kemudian balik kerumah sambung hal masing2...ya! nikmat dunia masih banyak yang perlu dikejar!!??...

Inilah masanya ana mahu mengenengahkan Ittiba' atau dalam bahasa Melayu tercinta ini, ia membawa maksud mengikut ataupun mencontohi. Mengikut siapa?...pastinya mengikut Rasulullah SAW!...:)

Maksud firman Allah SWT :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
al Ahzaab : 21

Inilah yang utamanya, ingatan pada diri ana dan QURRA' sekalian...inilah yang lebih aula'...yang lebih utama bagi kita di seantero dunia ini, selagi kita bergelar manusia dah masih berpijak di bumi Allah, Rasulullah itulah ikutan kita!...jika ber 'maulid' sana sini, tetapi balik dengan hati kosong...kembali mengejar nikmat dunia tanpa ada mahu berjinak dengan sunnah2 Rasul, dimanakah kita?...mahu menempah apa kita di sana kelak?...na'uzubillah!

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapa yang enggan?”Rasulullah menjawab: “Barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan barangsiapa yang durhaka kepadaku maka dialah yang enggan"
HR Bukhari

Bersempena Maulid ar Rasul kali ini, marilah kita puncakkan kecintaan kepada baginda SAW, jangan lagi hanya panas sekejap, selepas membaca tulisan ini, selepas ber 'maulid'...kembali kepada kealpaan, mohon kejauhan dari keadaan sebegitu. Mari bersama kita mujahadah menggenggam sunnah Rasulullah!...jangan malas2 lagi! mulakan hari ini!...INSYAALLAH!!!...hah!..sudah lafazkan insyaAllah tu?...itu janji kita kepada Allah!...mahu ingkari???...tepuk dada tanya iman...wallahu'alam

Ekonomi vs Muamalah?

Bismillah...

Alhamdulillah...malam tadi ana sempat menghadiri forum dan tajuknya adalah "Islamic Economy via Horizontal dimension". Forum ini menekankan soal western economic system, islamic economic system dan juga islamic consumerism. Pastinya kalau bincang soal ekonomi akan lebih kepada teknikal, fakta dan lain2, tetapi ana menulis malam ini bukan untuk memeningkan Qurra' sekalian mahupun ana sendiri...kita bicara santai saja lagipun jam sudah lewat ni...

Sebenarnya soal ekonomi ni semakin menarik tumpuan, terutamanya bila bicara soal ekonomi islam, maklumlah...dunia sudah gawat, baru sedar sistem Islam itu lebih baik..:). Sebelum kita ke fasa selanjutnya, cuba lihat tajuk posting ini sekali lagi, Ekonomi vs Muamalah...kenapa begitu, kenapa perlu ada vs2...nak main lawan2 macam power rangers tu ke?...:)

Ia sebenarnya untuk mengubah mind set kita semua, yang sebenarnya Islam itu tidak ketinggalan langsung dari segala segi. Istilah 'economy' jika di seloroti dalam wikipedia yang serba tahu itu adalah satu istilah yang berasal dari perkataan greek yang membawa maksud 'one who manage household'. Jadi kenapa dengan perkataan tu?...begini...seperti yang ana katakan tadi, kita mahu mengubah mind set kita dahulu, mengapa guna istilah economy...sedangkan Islam telah mendahului dengan istilah Muamalah?...gunakan Muamalah Islam, lg cantik dari Ekonomi Islam bukan...:)

Ok, mari kita kongsi sedikit sebanyak secara santai2 saja. Bila disebut Muamalah Islam, pastinya yang terbaik datangnya dari zaman Rasulullah SAW dan di zaman itu adakah penggunaan fiat money?...oh ya, fiat money adalah paper money atau duit kertas yang kita gunakan sekarang tu lah. Fiat money atau paper money, namanya saja sudah duit kertas, jadi apa nilai sebenarnya...cuma kertas yang diakui kerajaan, itu sahaja.

Dalam sedar atau tidak, yahudi zionis sudah tahu yang sistem kewangan dunia sekarang ini berada dalam kesilapan, mereka hanya membiarkan sistem palsu ini terus berjalan demi untuk menjayakan agenda laknat mereka. Sistem muamalah Islam, asasnya pada sistem itu adalah penggunaan Dinar dan Dirham, iaitu emas dan perak, suatu yang memang ada harganya, bukan kertas yang di cop!

Satu cerita yang boleh kita jadikan tauladan, semasa Jepun datang ke tanah kita suatu masa dulu...si nippon itu telah menukarkan matawang British kepada matawang mereka, jadi apa jadi pada yang menyimpan matawang British sebelum itu?...buat kertas alas meja lah agaknya. Begitu juga setelah Jepun kalah, British kembali ke tanah Melayu, jadinya apa pula dgn matawang jepun sebelum itu, buat alas kaki pula lah...:)

Siapa yang berjaya dan mampu bertahan ketika itu? mereka itulah si penyimpan emas...:). Nampak bukan? krisis apa pun, nilai emas dan perak tetap begitu, cuma yang berubah adalah nilai fiat money, terumbang ambing. Cuba tengok di Zimbabwe contohnya, sekeping wang kertas yg bernilai 50 juta dicop, siap ada tarikh luput lagi. mahu membeli roti, berbillion2...haih, ditipu hidup2 kita dgn sistem barat ni..yahudi pula tersenyum sumbing melihat permainannya menjadi, sudahlah Palestine dilanyak habis habisan...SEDARLAH!

Salah seorang panel pula ada menerangkan sedikit sebanyak soal sistem ekonomi Islam yang diamalkan sekarang, buat pengetahuan, panel ini adalah pensyarah ekonomi di MMU, beliah pernah menjadi penasihat kepada Tun Dr Mahathir dan sekarang begiat aktif dalam mempromosikan dinar dan dirham, ana sendiri pernah ambik dinar dia, mahu bawa lari, tapi takut dia tak halalkan pula...hehe

Katanya sistem yang diamalkan sekarang masih bercampur baur dengan sistem konvensional, luarnya nampak cantik, tetapi dalamnya hitam legam, mengapa begitu?...ya...mestilah begitu, namanya ekonomi islam tapi masih bergantung pada sistem konvensional, fiat money dan lain2....putar alam!

Kita sebenarnya terjerat dengan sistem yang dibawa barat yang di dalangi yahudi, memang susah mahu keluar, tapi apa yang kita perlu buat adalah mujahadah dalam memperjuangkan muamalah Islam tulen! beli dan simpan Dinar!...insyaAllah suatu masa, kita akan lihat muamalah Islam di julang...dengan kata lain, Islam akan mengawal dunia, biiznillah. Lagipun kita bukan sedikit, approx, 1.9 billion umat Islam kat muka bumi sekarang ni, dari approx, 6 billion manusia yang ada.

Banyak lagi input2 berguna sebenarnya, tetapi rasanya kalau dimuatkan secara totok dalam posting ini, bukan Qurra' sekalian sahaja yang akan pening, bahkan ana sendiri pun akan berpusing2...hehe. Setakat itu dulu perkongsian kali ini, Wallahu'alam

Rahmat di Sebalik Dugaan

Bismillah...

Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk


al Baqarah : 156 - 157

Izinkan kalam ana berbicara...insyaAllah...

Dunia, suatu destinasi indah, indah dengan nikmat dan rahmatNya. Ramai sekali yang betul2 menghayati keindahan dunia dengan se'optimum' mungkin. Kenapa tidak mahu menikmati keindahan dunia sedangkan ia memang disediakan untuk kita menikmatinya?...sedar atau tidak, CARA menikmati itu yang berbeza beza mengikut rentak dan personaliti diri, cara yang haq kah?...atau cara yang batil?...ana tinggalkan persoalan itu.

Dengan nikmat dan rahmat dariNya yang melimpah ruah, adakala membuat manusia alpa, yang ujian dan dugaan dariNya juga pasti tiba. Perlu kita sedar, sedarlah se awal mungkin akan hakikat ini agar tidak tersentak dikemudian hari. Pastinya dengan persedian itu akan membuat kita lebih memahami konsep musibah, ujian dan dugaan ini.

Tiada siapa yang mampu lari dari hakikat ini, ana sendiri, pastinya...PASTI!...
kesedian itulah yang akan membantu kita, insyaAllah. Ramai dikalangan kita bila ditimpa musibah, akan merasakan bahawa merekalah yang paling malang, paling berdukacita dan bila ditanya dan dinasihati, jawapannya.."kamu tak rasa apa yang aku rasa"...itulah jawapan kebiasaan yang kita dengar...ialah...dia saja yang faham.

Biarlah jika dia seorang saja yang rasa...ana tak mahu memanjangkan soal itu. Apa yang ana mahu cetuskan adalah kesedian menghadapi musibah. Kuatkan iman dan teguhkannya, yakinlah apa yang datang itu adalah peringatan dariNya. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya" HR Bukhari & Muslim

Redhalah dengan musibah yang mendatang, hargainya sebagai tarbiyah dari Allah dan berusalah kearah yang lebih baik kerana itulah yang sepatutnya bagi setiap dari kita, bukan mengeluh sehari hari, berputus asa, dan membuang masa...ya Allah...permudahkanlah urusan kami!

Pastinya setiap dugaan yang mendatangi diri disertai dengan hikmah dan rahmat dariNya, cuma ada yang dapat melihat hikmah dan rahmat itu sedangkan ada pula yang tidak berkemampuan melihatnya dengan jelas bahkan tidak nampak langsung!. Bagaimana untuk melihat semua itu?...lihatlah dengan mata hati, ramai yang hanya mengunakan mata zahir yang dua itu, tapi tidak ramai yang mahu melihat dengan mata hati kurniaan ilahi.

Gunakanlah mata hati kurniaan Yang Maha Kuasa itu, lihatlah sedalam dalamnya kedalam diri, tadabbur segala musibah yang berlaku, puncakkan semaksima mungkin pengertian diri, teruskan...teruskan...dan teruskan...pastinya kita akan dapat melihat keindahan disebalik kegusaran...insyaAllah

Bila menceritakan soal musibah pastinya banyak kisah2 tauladan yang boleh kita jadikan tauladan, antara mahu atau tidak sahaja. Satu darinya, ingatkah dengan kisah Ummu salamah yang terlalu bersedih hati dengan kematian Abu Salamah, merasakan itu puncak kesedihannnya...hinggalah suatu ketika dia sedar dari kesedihan itu dan mula bertanya siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah. Akhirnya apa yang Ummu Salamah dapat?...Rasulullah SAW sendiri datang meminang, dan apa lagi yang lebih bahagia ketika itu?...subhanallah!

Janganlah terlalu melayani kehendak sedih itu, tapi cubalah bermujahadah mengingatkan akan hikmahnya...insyaAllah
Abdul Aziz bin Abu Rowwad pernah berkata ada 3 perkara yang menjadi gudang2 syurga iaitu :

1. Menyembunyikan perasaan duka ketika ditimpa musibah
2. Menyembunyikan penyakit
3. Menyembunyikan sedekah


Sebahagian ulama' salaf pula pernah berkata ada 3 perkara yang dengannya akan diuji akal manusia :

1. Dengan harta yang melimpah ruah
2. Dengan diturunkan musibah
3. Dengan pangkat dan kekuasaan


Setiap kali ditimpa musibah, janganlah mengeluh ngeluh tetapi ucapkanlah istirja', sesuai dengan hadith Rasulullah SAW yang maksudnya :

" Barangsiapa yang pernah ditinpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu serta memperbaharui ucapan istirja itu walaupun telah berlalu masanya, maka Allah akan mengurniakan pahala kepadanya sebesar pahala disaat ia ditimpa musibah saat itu"
HR Ibnu Majah

* Hanya sebagai ingatan, istirja' itu adalah innalillahi wainnailaihi roji'un

Ketahuilah besarnya rahmat disebalik dugaan, jangan pula dijadikan alasan untuk berputus asa, tetapi jadikan ia sebagai satu batu loncatan untuk menempuh kejayaan, sudah biasa kita dengar bukan, setiap kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, insyaAllah. Dan jangan pula kita terlalu terbuai dengan kenikmatan dunia, ingatlah firmah Allah " Qul mataa'uddunya qalilun " dari surah an nisa'...katakanlah kesenangan dunia ini hanya sebentar. Wallahua'alam

MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN - MMU





Institusi Usrah (IU) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STAD)

dengan kerjasama

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ;
Aman Malaysia ;
History Society ;
Yayasan TM

akan menganjurkan

“ MINGGU PENGHAYATAN BUMI PALESTIN (MPBP) ”

pada 10 Mac 2009 – 14 mac 2009,
bertempat di Multimedia University (MMU) Melaka.

Klik sini untuk lihat video “Preview MPBP”

Bersempena itu, kami juga menjemput anda ke program utama:

“ Malam Penghayatan Bumi Palestin 2009 “

14 Mac 2009
8.00 malam
Main Hall, MMU Melaka



dapatkan salah satu tiket di atas dengan HANYA RM 3!

Hasil jualan tiket anda akan disalurkan sepenuhnya ke Tabung Kemanusiaan Palestin.

sudahkah anda menyumbang?
jika belum, anda masih berpeluang…

terdapat juga program-program sisipan :

~ Pameran “Jejak Palestin” ~

10 Mac 2009 – 13 Mac 2009
8.00 pagi hingga 5.00 petang
CLC Concourse, MMU Melaka

dan

~ Bicara Isu Palestin : “Baitulmaqdis a place of worship of 3 faiths” ~
Oleh : Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin

12 Mac 2009
8.00 malam hingga 11.30 malam
CLC A2, MMU Melaka

BTN Dan Lembu

Bismillah...

Hah??...sehari sampai 2 post?...suka hati ana la...hehe
Mulanya tadi mahu menggabungkan 2 tajuk dalam satu posting, tetapi bila difikir2 baik buat 2 posting aja, baru nampak rajin sikit...yelah, takut2 x nampak kerajinan ana ni kan...=D

BTN?...apa tu?...makanan ke?..sedapnyaa!...heheh...Ok2, jangan melalut lagi. BTN atau Biro Tata Negara adalah dengan rela hati dan berbangganya ana mengklasifikasi Makhluk BTN ini adalah satu alat kerajaan UMNO-BN bagi mempromosikan kebatilan...wallahu'alam.
Mengapa BTN menempah nama di Wadi al Qurra?...sebenarnya secara x sengaja, setelah ber'chating' dengan seorang sahabat UITM...Dia telah menceritakan satu program BTN telah di adakan di sana.

Setelah diceritakan kisah2nya, memang tidak kepelikan langsung ana mendengarnya akan ketaksuban penceramah2 BTN terhadap kebatilan, tetapi yang menjadikan BTN menjadi tajuk kali ini adalah kerana, diceritakan penceramah di program itu demi menunjukkan ke'gagal'an pemerintahan PAS kelantan, telah mengatakan bahawa rakyat kelantan ini sanggup mencuri lembu dan menjualnya dan mengatakan daging itu halal.

Fokus ana adalah kenapa seorang penceramah yang bergelar pensyarah boleh bercerita begitu demi menegakkan benang yang basah?...ana kesiankan dia yang telah berjaya memperbodohkan dirinnya. Beliau telah berjaya menunjukkan mentaliti yang amat kolot dan ketinggalan zaman...SYABAS!!!

Ana bukan mahu menyangkal cerita yang di bawa pensyarah itu, tetapi rasanya QURRA sekalian sudah dapat menangkap maksud ana, membawa cerita2 begitu demi menjatuhkan pembangkang amnya dan PAS kelantan khususnya, agaknya lembu cuma ada dikelantan sahaja, dan perompak2 lembu itu juga hanya berada di Kelantan...ah...lemahnya mentaliti seorang pendidik!...

PPSMI

Bismillah...

Alhamdulillah...sedikit kesempatan ini dapat ana gunakan untuk memetik metik jari di papan kekunci laptop kesayangan. Modal kali ini adalah PPSMI yang famous itu, maka ana mahu menumpang ke'famous'an PPSMI dengan menulis diruangan ini. Izinkan...

PPSMI atau pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah satu isu nasional yang tidak kunjung tiba penyelesaiannya setakat ini. Tidak adakah penyeselaian segera? ini soal anak maruah, budaya dan bangsa. Ana dipihak mana? pastinya ana mahu berada dipihak yang haq!...pihak manakah yang benar?...pihak yang benar itulah yang benar...^_^

Jika kita perhatikan isu ini, kerajaan menjayakan program ini dengan harapan Malaysia amnya dan bangsa Melayu khususnya akan berjaya dipersada dunia, kata mereka dunia globalisasi sekarang ini memerlukan bahasa inggeris untuk diterokai. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris maka, akan mundurlah anak2 bangsa...betulkah begitu?

Tujuan mereka itu tiada salahnya, memajukan anak bangsa, tetapi caranya tu nampaknya kurang betul, apakah anak2 yang baru setahun jagung itu mahu dilumat cukup2 dengan bahasa asing?...ummi ana sendiri terlibat sebagai salah seorang tenaga pengajar bagi program ini, komennya?..=)..bolehlah ana konklusikan PPSMI ini perlu dimansuhkan segera.

Mahu memajukan anak bangsa tidak semestinya dengan bahasa inggeris!...lihat sahaja negara2 maju seperti Jepun, Perancis, German, dan lain2...apakah mereka mengamalkan PPSMI?...mereka maju dengan berpijak dibumi sendiri, tidak perlu meng'asing' sistem ataupun bahasa. Kenapa kita pula yang terhegeh2 tanpa diundang mahu menjayakan apa yang dinamakan PPSMI itu?

Majukanlah bangsa kita dengan jati diri sendiri, ana bukan anti bahasa inggeris, tidak salah mempelajarinya dan menggunakannya. Apa yang ana tidak kemahuan adalah program PPSMI itu, tidak kena pada tempatnya ana kira. Jika mahu juga ia dijalankan, boleh dibincangkan langkah2 pengubahsuaiannya. Mungkin diajar di sekolah menengah...mungkin juga di universiti ataupun apa sahaja caranya agar PPSMI yang ada sekarang ini berubah wajahnya. InsyaAllah boleh dibincangkan bersama.

Takdir Menolak Takdir?

Sesiapa yang beramal soleh maka pahalanya bagi dirinya sendiri dan sesiapa yang mengerjakan perbuatan yang buruk maka dosanya menimpa ke atas dirinya. Dan Tuhan kamu tidak menzalimi hamba-hambanya sedikit pun.
Fussilat : 46

Bismillah...

Alhamdulillah...di awal2 kelahiran blog ini rajin ana menjadi jadi, sudah fitrah, benda baru memang membuat kita bersemangat. Bila mengira ngira apa yang mahu di coret, spontannya perkataan TAKDIR itu melambai lambai di minda...mengapa takdir?...sebabnya sudah takdir Allah ana menulis soal ini...=)


Sebelum memasuki fasa2 lain dalam pembicaraan ini, elok kita fahami dulu apa itu takdir. Takdir adalah suatu peraturan yang telah dibuat dan ditetapkan Allah untuk segala apa yang ada di alam ini, peraturan ini pula adalah undang2 pada kepastian2 yg diikat antara sebab dan musabab atau antara sebab dan akibat.

Ada baiknya pula kita ketahui istilah2 qada mubram dab qada muallaq bagi memperkayakan lagi pengetahuan. Qada mubram adalah takdir yang pasti, yang mana seperti kematian...pastinya kematian itu akan datang kepada setiap manusia dan qada muallaq pula adalah takdir yang boleh berubah dengan izinNya iaitu seperti umur, iaitu umur biiznillah boleh dipanjangkan atau dipendekkan sesuai dengan amalan dan doa...wallahu'alam

Apa tajuk kita?...Takdir menolak takdir kan?...=)
mungkin kita pernah mendengar ungkapan2 di drama2 atau filem2 melayu...pelakonnya dengan penuh kesedihan, terisak isak bagai bagai nak rak, dengan disertai dialog yg bunyinya lebih kurang seperti ini " Kenapa?...kenapa?...kenapa tuhan begitu zalim!...kenapa tuhan tidak adil??" dan seterusnya pelakon itu naik rooftop dan terjun dengan gaya terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun...wah...ana dah buat satu skrip untuk filem nampaknya...hehe...jangan melalut zul!

Nah...soalnya, apakah Allah itu zalim?...pastinya kalau guru bertanya soalan ini kepada anak2 murid darjah satu, mereka akan beramai ramai menggeleng gelengkan kepala dengan comel sambil berkata..."Tidak cekgu!!!"...jadi...sudah jelas Allah itu tidak zalim...budak darjah satu pun tahu.

Tapi...kenapa masih ada suara2 sumbang mengatakan Allah itu zalim?...pastinya kerana kurang fahamnya mereka terhadap konsep takdir. Mari kita buka minda, jelaskan pemikiran...Takdir menolak takdir!

Takdir terbahagi kepada 2, satu yang telah berlaku dan satu yang akan berlaku. Takdir yang akan berlaku dapat kita fahami begini, Allah jadikan keadaan dimana Abu suatu hari akan tertarik kepada seorang wanita di suatu tempat...dan peluang utk lakukan maksiat ditempat itu adalah baik punyaaa...itu takdir....tapi dia bOleh menOlaknya dgn jihad melawan nafsu (takdir)...maka pilihan ditangan abu...dosa atau pahala?...maka siapa yang zalim?...Allah yg telah memberikan pilihan atau Abu yang membuat pilihan?

Takdir kategori kedua, takdir yang telah berlaku...dapat kita mudahkan dengan satu situasi, iaitu...Siti telahpun menghidapi demam panas(takdir)...apa ikhtiarnya?...usahalah dengan memakan ubat dan berdoalah (takdir)

Jadi sekarangg...sudah sedikit jelas bukan?...pilihan ditangan kita, memang takdir itu Allah yg tentukan...takdir buat jahat dan masukkan dalam neraka...itu betul...tapi jgn lupa...Allah menyuruh kita menolak kejahatan (takdir) dengan melakukan kebaikan (takdir)...takdir tolak takdir!...pilihan di tgn kita...untuk buat jahat masuk neraka atau buat baik then masuk syurga...=)

Begitulah serba ringkasnya mengenai takdir menolak takdir, atau ada baiknya jika ana bagi satu lagi contoh mudah...Umar lapar (takdir Allah untuk dia lapar), then Umar makan nasik untuk menghilangkan laparnya (juga takdir Allah memberikan umar keupayaan untuk makan)...

Pilihan ditangan kita, bukan mereka! berusahalah!...^_^...wallahu'alam

Tinta Permulaan Dari Perlembahan...





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

[6] Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

[7] Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

[8] (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).

[9] Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);

[10] Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?

[11] Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?


Setinggi syukur dipanjatkan kepada pengurnia cahaya, Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar pembawa cahaya, Muhammad SAW...ahlan wasahlan kepada sahabat ke perlembahan ini...

Dalam berkira kira untuk menulis, setelah sekian lama rasanya perkiraan itu, namun tak kunjung tiba jawapannya sehinggalah tanggal ini, menjadi pilihan ana dengan izinNya...tulisan pertama di medan blog. Apa yang membuatkan ana liat benar untuk memulakan blog?ah...biar ana saja yang tahu, dan yang paling mengetahui, tentulah DIA!..^_^

Apapun...setelah dimulakan, sudah bertambah tanggujawab, mahu istiqomah, mahu terus terusan, mahu segala apa yang ana mahu....tapi terdetik juga dibenak minda, sekadar mahu?...tindakannya mana?...mohon doa sahabat semua, moga yang mahu itu terzahir dengan tindakan...insyaAllah!

Mungkin ada yang bertanya, kenapa ana mula ber'blog'...ikut sahabat kah? ikut trend kah?...ikut ikutan sahaja tanpa tahu apa yg di ikut kah?...jawapannya beginilah, apa yang akan terbit dan terzahir dari tulisan2 selepas ini, itulah jawapannya...yang terzahir nanti insyaAllah datangnya dari hati, mahu jawapan yang lebih spesifik?...x usah la, nanti tak menjana critical thinking pula...=D

Akhir kalam untuk entry pengenalan ini, sudilah kiranya kira renung renungkan firman Allah dari surah at Taubah : 122



Maksudnya : Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)

Renung2kanlah!...^_^