.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

~ Mawar Ku? ~

Bismillah...

Allah itu tuhan kita, kasih dan sayangNya sentiasa bersama, setiap detik dan waktu, setiap masa yang berlalu, cintaNya terus terusan mengiringi, adakah kita hamba yang benar2 sombong, sehingga mahu mengucap sedikit tahmid pun perlu menunggu waktu selepas solat atau selepas kenyang?...ucaplah sekarang!...Alhamdulillah!. Buat baginda rasul junjungan insan mulia, cintanya kepada ummat sampai ke akhir, tidak pula lupa walaupun sakit sakaratul maut menghimpit, namun kita ummat yg kononnya cintakan rasul, mahu selawat pun perlu diingatkan berulangkali!...selawatlah sekarang!.

Dulu2 ana pernah menulis tentang mawar, tapi dulu ana tanya Mawar Siapa?, namun dulu dan kini sentiasa berubah, kerna at taghyir atau perubahan itu kewajipan untuk kita sebagai Muslim, ya, ia wajib bagi kita untuk berubah, berubah ke arah yang lebih baik, berhijrah ke destinasi yang akan lebih menunjukkan kita sebagai muslim sejati. Ana cuba berubah, dan ana rasa ia 'mungkin' lebih baik, bagaimanapun lebih baik itu sgt sedikit nilainya jika dibandingkan perubahan QURRA' dan sahabat sekalian, tidak tertanding ana, jika mahu bicara, ana seakan kura2 yg masih merangkak merangka perubahan kerna kedhaifan diri terlalu dalam, sedangkan sahabat dan QURRA' disekeliling adalah seakan arnab yg laju meninggalkan ana di belakang...Allahu Allah.

Kini ana menulis pula menyahut sedikit perubahan, sudah ana katakan, perubahan ana terlalu lambat dan sedikit, makanya jika dulu tajuknya Mawar Siapa?, kini ia berubah menjadi Mawar Ku?. Jika dulu ia terlalu fantasi, maka sekarang ana cuba ubahkan menjadi sedikit realiti, realitinya ada kerna ia berpijak dibumi nyata dan tidakklah melayang layang ke puncak kayangan. Maka izinkanlah ana berceloteh, keizinan dari Allah harapan ana, semoga dipermudahkan.

********

Mawar ku yang asli kelopaknya menawan hati, dengan bukaan dan mekarnya ia menarik pandangan siapa saja, putera raja? petani? pengurus?...sebut saja. Benar sekali, si mawar yang asli tidaklah sama dengan si mawar tiruan. Sifat si tiruan itu zahirnya cantik namun hakikatnya tiada harga, warnanya terang menghiasi meja2 si pemilik, namun kosong tanpa makna dan kehidupan. Lain pula si mawar asli, serlahan mekar warnanya yang menambat hati setiap yang memandang itu seolah gambaran kecantikan akhlak, duri2 tajam dari batang hijaunya yg segar itu membayangi keteguhan memegang syari'atullah, ya, itulah si mawar asli yang sifatnya tidak menipu, ia menghadirkan seribu hikmah dan itulah mawar ku...mawar ku?

Mawar asli itu menjadi pilihanku, kerna ku tahu, ia bakal membawa kebaikan, kebaikan untukku juga untuk agamaku, itu yang aku andai dan fikirkan, benarlah begitu bukan?. Dulu, aku mencari2, banyak yang aku jumpai, di kiri ada, di kanan pun ada, semuanya yang asli, aku jadi terpesona, namun aku tidak tergoda. Pernah juga aku jumpai mawar tiruan, aku jadi simpati, mungkinkah yg tiruan boleh berubah menjadi yang asli?...hakikatnya tidak, namun aku katakan pada diri, kuasa Tuhan yang mati pun boleh hidup kembali, inikan pula yang tiruan mahu menjadi asli, pasti boleh juga. Secara sendiri, aku lebih sukai yang asli, namun jika yang tiruan itu berubah menjadi asli, aku pasti suka juga, aku suka bukan tergoda.

Kerna fitrahnya aku sangat suka pada kecantikan, pastilah mawar menjadi pilihan, kerna mawar bagiku simbol kecantikan zahir dan batin, akhlak dan iman, pekerti dan budi. Suatu masa, disebalik rimbunan pohon2 belukar yang memenuhi taman, juga di lindungi oleh mawar2 tiruan, aku lihat ada sepohon mawar asli, indah!. Mawar itu buat jiwaku bergelora, aku terpesona bukan tergoda, mawar itu aku cuba dekati, namun ia bukan sesuatu yang mudah kerna durinya sentiasa melindungi. Aku tidak pernah kenal apa itu putus asa, aku cuba lagi, dan aku lamari sekuntum mawar pujaan, aku tuturkan seikhlas hati dan aku beroleh jawapan yang di inginkan hati...Alhamdulillah.

Ku cuba menjaga mawar itu, dan yang utamanya ku usahakan agar perasaanku turut terjaga, susah, namun aku telah mulakan, kenapa perlu aku takut. Aku bahagia, mawar itu juga bahagia, ia semakin mekar dan durinya semakin tajam, aku suka begitu kerna dgn sendiri kami masing2 akan lebih terjaga dari belaian dunia. Dalam kebahagian itu, aku sentiasa ingatkan yang kebahagiaan itu jika tidak dijaga dan dikawali dgn baik akan membawa kepada kemusnahan. Kemusnahan itu pastinya akan membawa kemudhoratan yang amat besar untuk hati dan perasaan.

Tiba masanya, aku lepaskan mawar itu dari pandangan mata, ya, aku lepaskannya dari mataku bukan hatiku, ia terbang tinggi di bawa angin, mawar itu punya tujuan lain demi menyahut seruan dan tuntutan agama, aku redha dan kami redha. Mulanya aku takut, tetapi akhirnya aku menyedari betapa besar hikmahnya keadaan itu walaupun berjauhan, sehingga kini, hikmahnya masih tidak putus2 dapat di gali. Syukur, ia semuanya kehendak Tuhan yang kuasa. Aku sujud kepadaNya kerna aku hamba, dan Dia sentiasa melihat dengan pandangan Tuhan, membuat aku kuat, dan mawar ku juga kuat...Alhamdulillah.

Suatu ketika, suatu waktu, sepertimana nikmat yang diterima itu mudah diperoleh, begitu jugalah jika Dia mahu menarikknya kembali. Mawar yang aku cuba bajai, sirami dan kasihi itu, mulanya terbang dan aku cuma lepaskan dari mata bukan hati, kini, keadaan dan situasi sudah lain, terpaksa jua ku lepaskan dari hati, bukan kerna sesiapa, tetapi kerna ada percaturan yang lebih besar. Bukanlah mudah melepaskan sesutu yang disayangi, bukanlah mudah melepaskan sesuatu yang dicintai, dan bukanlah mudah melepaskan sesuatu yg telah dibayangi satu ikatan. Suatu ikatan yang dibina kerna akidah, dan dijagai dengan tuntutanNya kini perlu dibuka simpulan jua kerna tuntutanNya. Aku mulanya keliru, kerna aku tidak pernah membayangi semua ini, ya, jujurnya aku tidak pernah bercita2 sebegini, namun ia berbeza kini...

Gelora perasaan dan hati siapa yang tahu, anda? kamu?...pastinya tidak merasa seperti yang aku dan mawar ku rasa, kerna ia bukan satu percaturan biasa. Setelah beberapa kali ku rebah, ku cuba bangun sendiri, namun tiada kudratnya, berkali kali aku cuba bangun, sama saja, tidak mampu. Namun suatu masa, ketika mana ku cuba menggali hikmah, ada suatu pesanan dariNya yang aku dapati, satu pesanan yang terlindung di sebalik beribu ribu pesanan yang lain, dan selain untukku, semoga pesanan ini manfaatnya berguna buat semua yang diluar sana, ingatlah wahai QURRA' sekalian, panggilan yang sebenar bukanlah MAWAR KU, akan tetapi...MAWAR NYA!...kini aku pohon supaya aku beroleh MAWAR NYA, ya, inilah yang lebih tepat, aku bangun kembali...:)

********

Sedarlah wahai sahabat, kita tidak memiliki apapun di dunia ini, janganlah sesekali menganggap sesutu nikmat dan kurnia itu milik kita, kerna ia bakal membawa kekecewaan yang besar nanti, dan ia juga bahkan mungkin menjerumuskan kita ke lembah yang melalaikan, ingatlah, SEMUA MILIK-NYA, BUKAN MILIK KITA...DAN MAWAR KU TIADA DALAM KAMUS ALAM KECUALI MAWAR-NYA, BEGITU JUGA TIADA KUMBANGKU KECUALI KUMBANG-NYA...wallahu'alam, ana undur dulu...

~ Ku Hulurkan Tangan ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan kesyukuran kepada Allah SWT, tuhan yang Esa, haram disyirikkan dan haram di bantah syariatNya, jika masih lagi terasa diri sedang melawan tuhan, bertaubatlah sebelum dihumban, Allahu Allah. Buat baginda junjungan, Sayyidina Muhammad Rasulullah SAW, teruskan berselawat dan dokongi sunnahnya, ini buat insan2 yang lemah, bagi insan2 yang hebat, tidak perlulah, anda bisa menongkat langit.

Lama benar ana tidak berfiksyen, insyaAllah, rasanya kali ini hati tercuit melakarkan sesuatu, satu fiksyen ringkas tetapi nyata, tidak perlulah ana panjang lebarkan lagi, izinkan ya Allah...

********

Saiful memandang langit, ramalan cuaca menujukkan petang ini mendung, nyata perkiraan manusia kadang2 begitu hebat, hujan mampu diramal, mendung mampu diramal, bahkan salji juga mampu diramal. Hati kecilnya berkata, " adakah selepas ini manusia mampu mencipta alat meramal kematian pula? "...Saiful diam dalam kesejukan syita', Kaherah sekarang begitu menguji jiwa kehambaan, ada manusia yang ibadahnya sebelum ini begitu tegar dan kuat, namun kini lesu diulit nafsu. Dalam menungnya, Saiful bangkit, sedar perlakuan itu kurang manfaat, al Quran dicapai, tilawah dimulakan dengan basmalah.

Alunan ayat2 al Quran yang di baca begitu menggentarkan hatinya, satu bahagian Allah menunjukkan cintaNya sehingga Saiful lupa akan segala cinta yang tercipta di dunia, leka, menghayati bait2 cinta dari tuhan yang Esa, hatinya lalu berbunga2 menyedari kebesaran dan keindahan cinta yang sebenar, nada bacaan mendayu dayu dilagukan Saiful. Hanyut dengan cinta tuhan, kitab suci ini juga tempatnya menyedarkan manusia, tiba di bahagian penceritaan azab dan neraka, hatinya luluh mengenang dosa dan kesilapan lalu, " apakah aku bisa menempah syurga dan menghindari nerakaMu ya Allah! "...hatinya berbisik, terasa seperti ditusuk2 sembilu, alunan ayat azab dan neraka Saiful keraskan bagi mengingatkan hati yang lesu.

********

Di satu sudut lain negara yang terkenal dengan panggilan Ardul Kinanah itu, terpanggil juga dengan bumi anbiya', namun dalam masa yang sama masih terkenal dengan bumi firaun, secara tidak langsung ia menzahirkan fitrah kehidupan manusia, fitrah penciptaan Tuhan yang Esa, ada malam ada siangnya, ada murah ada mahalnya, ada baik ada buruknya, ada Adam ada Hawa nya, dan ada Firaun ada Musa-nya. Penghuni Bayt Fatimah az Zahra di kota Iskandariah sedang asyik ber muroja'ah kitab2 muktabar demi menyahut tuntutan yang Esa agar merperkayakan ilmu. Letaknya kota pelancongan dan pelabuhan ini tidak lebih 250 kilometer ke utara Kaherah, kira2 2 jam perjalanan menaiki bas dari Kaherah dan 3 jam jika menaiki kereta api, merupakan bandar kedua terbesar di Mesir serta amat sinonim dengan pantainya yang indah dan menjadi tumpuan ramai di waktu shayf atau musim panas nanti.

Dalam keasyikan dengan kitab2 yang ilmunya semakin dihadam semakin dhaif diri terasa, Nur Ibtisam yang sesuai dengan namanya itu, mudah tersenyum, mudah juga membuat sahabat tersenyum, berkat nama yang baik dari kedua ibu bapa, kali ini seakan hilang senyumnya bersamaan hilang juga tumpuannya terhadap kitab2 di hadapan. Tidak terperasankan sahabat yang lain, Ibtisam kini sedang hanyut di alamnya yang sendiri, mindanya tertumpu akan suatu perkara, ya, terhadap satu ayat pada pesanan ringkas di talifon bimbitnya kelmarin, " Ana masih menunggu... ". Ayat penamat pesanan itu cukup menekan jiwa seorang mujahidah, datang pula oleh seorang yang benar2 disegani sedari awal persekolahan di Malaysia lagi, siapa tidak kenal Saiful Mujaheed, Ketua Badan Dakwah di sekolahnya, juga selaku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Kisah ini bukanlah satu kisah yang telah lama disimpan oleh kedua pejuang ini, Nur Ibtisam dan Saiful Mujaheed sememangnya sudah kenal lama, cumanya, kisah lamaran ini hanya dimulakan oleh Saiful sebulan yang lepas melalui wakilnya keluarga Ustaz Hasrizal dan Ustazah Khadijah selaku pimpinan Unit Mutazawwijin Iskandariah, dan desir perasaan mereka hanyalah bermula ketika mana Saiful memulakan langkah, dan langkah itu bukan kerana di ulit nafsu yang gila, tetapi disandarkan keyakinan pada janji Pencipta, Ya, 'hubungan' mereka dibina kerna mahu membina sesuatu yang lebih besar untuk hari mendatang, langkah mula telah di hayun, kini langkah seterusnya, Allah lebih tahu pengakhirannya. Ragu dan gelisahnya Ibtisam bukanlah kerna dia punya pilihan yang lain, akan tetapi ragunya kini adalah kerna khuatirnya pada dirinya yang hina disisi tuhan, mampukah ia berdiri disamping seorang mujahid dan menyokong perjuangan lillahita'ala, mampukah dia menjadi hamba yang lebih baik jika menyahut lamaran ini, atau akan hanyut dan menghanyutkan pasangannya dengan belaian duniawi, Allahu Allah, persoalan ukhrawi yang difikir, bukannya khayalan duniawi yang pastinya sementara dan merosakkan.

********

Hiruk pikuk kota Kaherah sememangnya tidak kenal erti syita' atau shayf, bingitan bunyi hon dari pelbagai jenis kenderaan sememangnya bagai mahu menggegar kota, ia sudah sinonim benar dengan negara benua Afrika ini, jika tiada bunyi hon, maka itu yang sebenarnya harus dikhuatirkan. Saiful kini sedang bergegas mahu ke Khan el Khalili atau Souq Husien, letaknya pasar yang terkenal menjual pelbagai barangan itu adalah berhampiran masjid Saidina Husien, berada diseberang Masjid al Azhar. Saiful menggunakan lintasan bawah tanah yang menghubungkan Masjid al Azhar dan destinasi tujuannya, deras sekali langkahan saiful dek kerana jam sudah menunjukkan pukul 11:03 pagi, sedangkan janjinya dengan seorang sahabat adalah pukul 11 pagi, " al waqtu kas saif illam taqtho'hu qatha'aka!, masa itu pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu! " ...hati kecilnya terus menerus mengulang bait kata Saidina Ali, sememangnya waktu bagi Saiful teramatlah berharga, cuma di pertengahan jalan tadi ia teserempak dengan seorang tua yang sedang diserang migrain, lalu diusahakan untuk menghantar hamba Allah itu ke Rumah Sakit yang berhampiran.

Sampai saja berhadapan dengan Souq Husien, tempat yang dijanjikan untuk bertemu senior yang juga sahabatnya, anak matanya liar memandang kawasan sekitar...lega, Saiful mengucapkan tahmid, syukur kerna dia tidak membuat sahabatnya tertunggu tunggu. Selang beberapa minit kemudian bahunya ditarik, ucapan salam diterima dan mereka saling berpelukan, Ustaz Nasrullah ataupun panggilan Saiful padanya akhi Nasrul akhirnya tiba. Usai dua sahabat ini bertegur sapa dan bertanya khabar, Saiful memulakan persoalan mengenai agenda Ustaz Nasrullah mengajakknya bertemu, sedikit hairan kerna Ustaz Nasrullah bukanlah seorang yang punya masa yang byk terluang, selaku pelajar Universiti al Azhar peringkat Master takhassus Syariah Islamiyyah, juga selaku ahli perniagaan yang berjaya, pastinya tidak banyak masa yang boleh diistilah masa senggang. Ustaz Nasrullah sememangnya mewarisi bakat dan kebolehan bapanya iaitu seorang usahawan hartanah bumiputra yang sangat berjaya di Malaysia. Di Kaherah pula, jika terdapat kedai2 makan masakan Melayu, tanya sahaja siapa pemiliknya, pasti nama Nasrullah bin Siddiq akan menjadi jawapan.

" Anta cuba lihat pasar itu Saiful, apa yang anta nampak?...cuba bagitahu ana..." Ujar Ustaz Nasrullah.

" hrmm...ana nampak ramai orang, dan yang pastinya bising tawar menawar itu sedikit mencuit hati ana, ana juga tahu di pasar ini jika masuk ke bahagian lebih dalam harga akan lebih murah...kenapa ya akhi? " Jawab Saiful santai.

Ustaz Nasrullah menyambung kata...
" Saiful, ana tahu anta kini di tahun akhir pengajian, dan ana dengar anta mahu sambung lagi disini untuk peringkat master ya?..."

" InsyaAllah jika ada kelapangan dan rezeki ya akhi " Balas Saiful yakin.

" Kalau benar begitu, anta tidak terdetikkah, untuk menjadi seperti saudara kita yang berniaga di Pasar itu? " Soal Ustaz Nasrullah.

" Begini, ana sebenarnya yakin dengan anta, dengan bakat kepimpinan yang anta ada, jua bakat kesusasteraan kurniaan Allah kepada anta, ana ingin menawar peluang... " Ustaz Nasrullah dengan nada serius menunjukkan wibawa seorang ahli perniagaan...

Saiful terkesima...
" Peluang apa ya akhi?? "

Perbualan semakin hangat, langkah mereka berlegar disekitar Souq Husien kemudian beransur ke Masjid al Azhar, mengambil berkat Masjid yang berusia lebih seribu tahun itu dan telah dibina semasa pemerintahan Khalifah Muiz Lidnillah, pada zaman Fatimiyyah.

Sambil membelek belek kitab Fiqh al Islami wa Adillatuh jilid kedua, karya ulama' terkenal zaman ini yang turut menghasilkan Tafsir al Munir iaitu Syeikh Wahbah Zuhaily di sudut bacaan rumah sewanya, Bayt al Qurra', fikiran Saiful masih lagi dibayangi tawaran dari Ustaz Nasrullah tadi. Sememangnya itu adalah kehendaknya, cita2nya memang mahu yang sebegitu, dipanjatkan doa kepada Allah supaya dibuka ruang perniagaan buatnya agar mampu membiayai hidup di bumi Mesir ini demi meneruskan pengajian untuk peringkat master selama beberapa tahun lagi, juga pastinya untuk membiayai kehidupan berkeluarga, jika diizinkanNya. Ustaz Nasrullah menawarkan Saiful peluang untuk membuka syarikat penerbitan buku, menerbitkan karya2 pelajar Malaysia di sana, juga jika dia ingin berkarya, Ustaz Nasrullah sudi membiayai kosnya, untungnya, akan akan dibahagi mengikut nisbah asas 50 : 50 dan mungkin dia akan mendapat lebih jika perniagaannya laju. Tawaran dari seorang yang terkenal dengan thiqahnya itu, di tambah pula ia seiringan dengan doa yang dipanjatkan, akhirnya Saiful mantap menaip sesuatu di talifon bimbitnya, " Ana setuju, semoga usaha kita dapat membantu mahasiswa Malaysia disini, juga mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT " ...pesanan di hantar ke nombor Ustaz Nasrullah.

********

Kira2 250 kilometer dari Kaherah, Ibtisam termenung di balkoni Bayt Fatimah az Zahra, menikmati angin dingin syita', tangannya memeluk erat tubuhnya demi menghangatkan badan. Matanya kini tertumpu ke arah pantai Mandarah, ia sememangnya amat indah. Kalau di musim panas, berderetanlah payung2 di tepi pantai, pelancong asing dan tempatan datang berjemur, dan kalau mahu berjemur, yang menariknya, untuk duduk di kerusi dan khemah kawasan pantai itu berbayar, tidak seperti di tanah air Malaysia, semuanya percuma. Walaupun pantai Mandarah tidak seindah pantai di Matruh yang merupakan salah satu pantai tercantik di dunia, ia masih tetap istimewa di hati Ibtisam, hati kecilnya berbisik, " sungguh! keindahan alam ciptaan Allah ini sememangnya memukau jiwa2 yang mahu menghayati, namun lebih ramai yang suka untuk mengingkari dari mengakui " , Allahu Allah. Indahnya segala ciptaan Tuhan Yang Kuasa, begitu jugalah indahnya perasaan kurniaan Allah kepada manusia, dan salah satu perasaan yang paling indah yang dikurniakan adalah mencintai dan dicintai.

Dalam keheningan raut wajah Ibtisam, mahu atau tidak, suka atau kecewa, tenang atau gusar, satu jawapan harus di sampaikan kepada Ustazah Khadijah dan juga Saiful Mujaheed. Sejujurnya, jiwa Ibtisam amat resah untuk membuat pilihan, namun itu pada mulanya, kini setelah meluahkan segala yang terbuku kepada sahabat di Bayt Fatimah az Zahra, berbincang dengan orang tuanya di kampung halaman, dan paling utama, setelah bersungguh2 mengharapkan pandangan Allah melalui istikharahnya, jawapannya telah ada dan hanya menunggu masa untuk disampaikan. Ibtisam senyum sendiri melihat kereta kuda yang membawa muatan pisang melintasi jalan berhampiran, senyumnya membawa seribu makna, senyumnya mempamirkan jiwa yang tabah, senyumnya membayangkan keteguhan dan keyakinan jawapan yang bakal disampaikan nanti, tangannya mencapai talifon bimbit, menaip pantas, " Salam, setelah mantap dgn pilihan hati, sampaikan kepada Saiful Mujaheed, boleh tetapkan tarikh untuk ta'aruf " ...butang sent ditekan...syukur alhamdulillah, ucapan tahmid bergema di dalam sanubarinya.

********

Saiful, sungguh dia salah seorang insan yang di beri kelebihan, bukan sahaja pada keilmuaannya, bukan sahaja pada kepimpinannya, bahkan mempunyai daya juang yang cukup tinggi. Tidak cukup dengan itu, rezekinya datang mencurah curah, maqbul doanya kerna keberkatan dan rahmat Allah, semuanya kurniaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Persatuan Mahasiswa Islam di Mesir begitu sistematik dan pantas bergerak dengan gaya kepimpinannya yang jitu, akademiknya cemerlang, dan pastilah insan sebegini ramai peminatnya, namun, pilihan hatinya nun di Iskandariah sana, Nur Ibtisam bt Hj Abdullah, puteri kepada Ulama' terkenal di negeri Serambi Makkah, Tuan Guru Hj Abdullah al Kalantani, Mudir dan pengasas sebuah pondok moden yang terkenal di nusantara. Saiful masih belum mendapat berita dari keluarga Ustaz Hasrizal dan Ustazah Khadijah, dan kini dia sedang menunggu satu lagi jawapan yang bakal mengubah hidupnya.

Dengan ciri2 sebegini, masa depan Saiful Mujaheed tampak cerah, dan kini dia juga punya peluang untuk merealisasikan impianNya demi menyahut seruan sunnah, memulakan perniagaannya dengan bantuan Ustaz Nasrullah. Namun pabila dikatakan segala Nikmat itu hak mutlak Allah, pastinya ramai yang bersetuju, akan tetapi pabila ia di tarik amat sedikit yang boleh meredhai, seakan semua nikmat itu dia yang punya. Tidaklah Saiful di tarik nikmat2 yang telah tersebut itu, namun sesuatu yang cukup2 bermakna baginya kini semakin hampir dia kehilangan.

Saiful kini gusar menanti, Seharian dia berada Di Hospital Universiti Ain Shams, setelah rebah semalam di kamarnya, dia di bawa ke hospital oleh ahli Bayt al Qurra' yang lain. Doktor Hassan datang memegang sesuatu di tangan, dan menyerahkah kepada Saiful, Saiful kini berharap akan hadirnya sinar harapan setelah diberitahu pada awalnya kemungkinan besar ia menghidap kanser otak. Sampul laporan perubatan yang diberikan oleh doktor Hassan dibuka dan laporannya di baca, "Brain stem glioma!, Kanser pangkal otak, tahap terakhir, Ruang masa yang ada 2 bulan atau mungkin kurang ", dalam masa yang sama mesej ringkas dari Ustaz Hasrizal sampai, " khabar gembira buat adikku Saiful, lamaranmu diterima, boleh tetapkan tarikh ta'aruf? "...Allahu Robbi

Saiful terduduk, air matanya tidak mampu untuk keluar, sedih dan sentakan perasan yang diterima begitu menggugah jiwa, dia kini memandang lantai dengan pandangan kosong, tiada kata, tiada suara. Setelah berturut2 nikmat dariNya dikurniakan, begitu banyak nikmat yg di berikan, kini terima atau tidak, suka atau duka, nikmat umur dan nikmat kesihatan dituntut kembali oleh Yang Esa. Terpaku Saiful, terlintas lalu di benak fikirnya, " Adakah Allah sedang menuntut setiap kata2 ku?, adakah Allah sedang menuntut setiap khutbah dan kuliahku?, adakah Allah sedang meminta aku membuktikan setiap ikrar dan bicaraku? "...Saiful bangun dengan langkah longlai dan hati yang kosong, kini hanya satu dalam ingatannya, ALLAH!

********

Ustaz Hasrizal dan Ustazah Khadijah bergegas ke Kaherah setelah mendapat berita ini, mereka mahukan kepastian yang sebenar, dan itulah yang mereka dapat. Saiful membatalkan lamaran demi kemaslahatan yang lebih besar, kini hanya ada dia dan Allah.

********

Nur Ibtisam sedang riang dengan gelak tawa bersama sahabatnya di bayt Fatimah az Zahra, Sahabatnya Wardah mengusik riang....

" Ibtisam, agaknya apa nama anak enti nanti ye "

Seluruh ahli bayt ketawa mendengar celoteh nakal Wardah itu, usikan2 masih bertali arus membuatkan Ibtisam tidak senang duduk. Namun satu panggilan keramat dari Ustazah Khadijah akan menghentikan keseronokan dunia ini. Talifon Ibtisam berdering melagukan nasyid nyanyian kumpulan terkenal tanah air, In Team, Segenggam Tabah.

" Adikku Ibtisam, ana tahu enti seorang yang sangat tabah, dan ana pinta enti terus tabah bila mendengar khabar ini...hmm "... Ujar Ustazah Khadijah.

" InsyaAllah, semoga kita sama2 terus tabah, macam serius je, boleh ana tahu pasal apa? " ... Balas Ibtisam.

" Saiful Mujaheed...kini dia punya 2 bulan untuk menikmati hari2 akhirnya, mengikut kata doktor, kansernya ditahap akhir, jadi untuk kemasalahatan bersama, dia meminta untuk membatalkan lamarannya " ... Ustazah Khadijah mengungkap kata dgn cepat dan tegas, mengelakkan dia turut bermain dgn perasaan.

" Sabar ya adikku! " ...Ustazah Khadijah menenangkan.

Keriangan di wajah Ibtisam hilang sekelip mata, dia memandang sahabat2nya yang turut mendengar perbualannya, masing2 sunyi tanpa bicara, entah tidak tahu hendak berkata apa. Air mata seorang mujahidah tumpah berlinangan, tidak menyangka sebegitu mudah nikmatNya dituntut kembali. Sahabat2nya saling menenangkan Ibtisam dgn kata2 semangat, namun jiwa mana yang mampu tenang dengan sekelip mata dalam keadaan ini?.

********

Satu sudut di Bayt al Qurra' menjadi saksi malam itu, Saiful mengungkap kata menghampar rasa kepada Tuhan Yang Kuasa....

Ya Allah,

Dengan nikmatMu ku hidup, dan dengan ketentuanMu ku di pengakhiran,
Dengan kasihMu ku berdiri, dan dengan ketentuanMu ku terduduk,


Ya Rahman,

Ku hulurkan tangan memohon kecemerlangan, dan Engkau izinkan,
Ku hulurkan tangan mengharapkan pasangan solehah, dan Engkau hadirkan,
Ku hulurkan tangan menuntut ruang perniagaan, dan Engkau berikan,


Ya Rahim,

Ku hulurkan tangan memohon segala sesuatu, dan Engkau kurniakan,
Ku hulurkan tangan meminta setiap keperluan, dan Engkau maqbulkan,
Ku hulurkan tangan untuk menerima kurniaanMu dan ku hulurkan tangan untuk menyampaikan kepada yang lain....


Ya Bari',

Kini ya Allah, Engkau Hulurkan KEMATIAN, dan aku hulurkan tangan menerimanya, aku terimanya ya Allah demi pengabdianku padaMu!
Aku redha dan aku pasrah!

*****TAMAT*****

Seringkali wahai Qurra', manusia menginginkan nikmat dari Allah, nikmat keduniaan yang sementara. Seringkali wahai Qurra', pejuang2 agama meminta kekuatan untuk berjuang di bumi Allah. Semua ini tidak ada salahnya, namun cubalah sekali tunduk merenung akan suatu yang pasti tiba, KEMATIAN itu pasti dan tiada ubatnya. Apakah kita hamba yang patuh pabila kita masih tidak kuat untuk menghadapi hakikat KEMATIAN?, apakah kita pejuang yang sebenar jika KEMATIAN itu menjadi igauan?, adakah kita boleh menjadi insan yang bersyukur dengan meminta2 nikmat dariNya namun lupa untuk mengingati suatu yang pasti dihulurkan Tuhan untuk kita sambut dengan penuh ketaqwaan?...Itulah dia KEMATIAN!

SETELAH MENGHULURKAN TANGAN UNTUK MEMINTA DAN MENERIMA NIKMAT2 DARI-NYA, BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHULURKAN TANGAN MENYAMBUT KEMATIAN PULA???

Maksud firman Allah SWT :

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun"

Al-Mulk : 1-2

Wahai sahabat, KISAH ini FIKSYEN, namun KEMATIAN itu NYATA, untuk DIRI SENDIRI, jua untuk INSAN TERSAYANG DISEKELING....wallahu'alam, ana undur dulu.

Kita Sayang Allah?

Bismillah...
"Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia"
al Ikhlas : 1-4

Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar. Kita bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, semuanya kerna satu tujuan, yaitu mengakui Allah sebagai tuhan yang Esa, juga mengakui diri sebagai hamba. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah SAW.

Ana telahpun mengulas dan menetapkan pendirian mengenai isu kalimah Allah dalam tulisan sebelum ini, dan masih tetap begitulah, Allah bukanlah milik siapa2 bahkan Allah lah yang memiliki segala. Namun, isu ini masih lagi hangat, membuat ana juga turut hangat untuk mengikuti, bukan kerana ia suatu isu semasa yang sedang panas saja, namun lebih dari itu, ia wajib diikuti jika kita sayang pada Allah, bukankah begitu?

Allah itu tuhan sepanjang masa, bukanlah tuhan dikala senang saja, bukan tuhan diwaktu susah saja, dan bukanlah tuhan semasa isu kalimah Allah saja, Dia sentiasa dan sentiasa menjadi tuhan, kita pula sentiasa dan sentiasa menjadi hamba. Namun manusia kini ada yang bersyukur bermati matian bila mendapat nikmat dan rahmat, bila ditimpa kecelakaan, Allah hilang entah ke mana. Ada pula yang bila ditimpa kedukacitaan, segala air mata keluar menghampar rasa, yang tidak kenal sejadah sebelum ini sudah pandai berjubah serta berkopiah, akan tetapi bila nikmat dan rahmat datang kembali, sejadah serta jubah lipat dan simpan dalam almari, sambung pula dengan agenda kufur nikmat. Ada lagi!...golongan yang paling ada class, dukacita ke, sukacita ke, sama saja...semacam dunia ini tiada pencipta, mungkin lahirnya ke dunia pun atas usahanya sendiri, ya, kerana dia begitu hebat barangkali, tidak setara dengan kita insan2 yang lemah ini.

Allahu Allah, beginikah sikap manusia yang mengaku cintakan Allah?. Dalam tidak sedar, mahupun dalam sedar tetapi buat2 tidak sedar, tidakkah kita melihat sesuatu dari Isu penggunaan kalimah Allah ini?...Ia terjadi bukanlah kerana pihak kristian menuntut penggunaannya, namun bagi ana dan sepatutnya bagi kita semua, perlu meyakini ia terjadi kerna Allah mengizinkan ia terjadi untuk kita melihat sesuatu, salahkah ana?. Begini, ana lihat memang ramai yang memperjuangkan bagi menghalang nama Allah digunakan pihak non muslim, sungguh, memang ramai...lihat saja demonstrasi aman seluruh Malaysia Jumaat lepas, dan berlarutan lagi hingga kini, ada yang kecil kecilan, yang besar2 pun ada juga.

Dalam ramainya yang berjuang itu, ana tidak tahu berapa ramai yang berjuang dengan ilmu, dan berapa ramai yang berjuang dengan emosi. Ana juga tidak tahu dan bukan hak ana untuk menghukum, tetapi berapa ramaikah juga yang berjuang itu yang betul2 sayangkan Allah?. Ana juga tak mahu tahu yang berjuang itu dari gerakan dan barisan mana, tetapi adakah barisan atau gerakan yang mereka dokongi itu benar2 sayang kepada Allah?...ana tak tahu dan hanya Allah sahaja yang tahu. Adakah perjuangan itu political motivated, ataupun emotional motivated semata?, nanti cubalah check and balance...buatlah kira2 terhadap diri sendiri, tidak perlu susah2 check hati orang lain.

Maksud firman Allah SWT :
" Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit "
Ali 'Imran : 5

Ana terus lagi, kita kata kita sayang Allah, kita kata kita perjuangkan isu kalimah Allah ini kerana kita sayang Allah, begitu?...jika begitu, maka jika benar begitu, rata2 ummat Islam sekarang sememangnya sedang di buai enak oleh syaitan laknatullah. Ana tidak katakan semua, ana sekadar kata rata2nya begitu, kenapa pula?. Ya, kita mengaku kita sayangkan Allah, namun dengan perjuangkan isu kalimah Allah adakah cukup membuktikan cinta kepada Allahu Ta'ala? Dalam kita berjuang untuk isu ini, kita masih leka dengan segala macam kemaksiatan dan kelekaan yang dibawa barat, kita masih 'leka' dengan facebook dan internet, kita masih pentingkan me-reply segala macam mesej2 maya dari mengutamakan solat di awal waktu, kita masih seronok dengan novel2 cinta dari membaca al Quran, kita masih gemar mendengar lagu2 alunan artis kuffar dari mendengar alunan ayat2 suci al quran serta nasyeed2 Islami, kita masih dan masih lagi dibawah telunjuk kuffar dan kita mahu kata kita sayang Allah?

Masih tak cukup, ini dia yang paling besar bagi seluruh 'pencinta' Allah, yang bermatian mahu mempertahankan hak kononnya, namun apakah suruhan dan syariatullah di laksana di Malaysia tercinta ini?...adakah dengan meletakkan perlembagaan Lord Reid sebagai perlembagaan negara mengatasi al quran dan as sunnah itu tanda cintanya kepada Allah?...Adakah pengizinan lesen2 judi itu tanda cintanya kepada Allah?...Adakah dengan tumbuhnya kelab2 malam dengan permit yang sah itu tandanya cinta kepada Allah?...Adakah dengan tauladan tidak menutup aurat dikalangan pemimpin besar itu tanda cintanya kepada Allah?...Masihkah mahu mengaku cintakan Allah dalam keadaan sebegini?...biarlah ana berikan jawapan supaya masing senang muhasabah diri, termasuk ana jugalah, jika beginilah, janganlah berani mahu mengaku cintakan Allah kerana ini hanyalah semata2 cintakah kalimah 'Allah' saja, bukanya mencintai Allah yang Esa!...itupun belum tentu, barangkali cintakan kalimah Allah juga kerana kepentingan tertentu, ana kata kata barangkali, bukannya pasti!.

Maksud firman Allah SWT :

" Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah) "
Ali 'Imran : 3-4

Secara mudahnya QURRA' sekalian, adakah kita mahu mengaku cintakan Allah, namun dalam masa yang sama kita mendurhakaiNya, tidakkan ia sesuatu yang hipokrit dalam bahasa lembutnya, dan kasarnya ana sebut munafiq!. Ana tidak mampu menuduh siapa2 munafiq, tapi jika sikapnya seperti yang telah tersebut di atas, maka, tidak perlu susah2 ana mahu mengata dan menembak, si pelakunya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar. Ya Allah, ana sendiri malu melihat keadaan sebegini, ana bukan malu pada kalian, tapi malu pada Allah yang menciptakan, mahu menipu diri sendiri bolehlah lagi, menipu orang lain pun dapat lagi diterima, namun bila sampai tahap mahu menipu tuhan, maka apa ini?

Dikejutkan pula kita dengan Isu gereja di bom, inilah juga padahnya bila mahu berjuang tanpa ilmu dan semata2 kerana emosi, bahkan lebih teruk lagi jika si pelaku itu melakukan dengan niat dan kepentingan tertentu. Jika dengan bom itu mahu menunjukkan cinta kepada Allah, usahlah, lebih baik lagi kalau tunjukkan cinta kepada Allah dengan pergi mengadap mana2 tok guru, tadah kitab, semoga Allah membuka pintu2 hati dan mempermudahkan akan pemahaman ilmuNya. Tindakan sebegini pastinya akan memberi imej negatif kepada Islam, dan akan memungkinkan tindak balas yang lebih dasyat dari pihak kuffar, ini bukan perlu khatam 2 - 3 kitab untuk tahu,common sense, budak sekolah pun tahu.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan ”
al An'am : 108

Bila sensitiviti terhadap dosa dan pahala hilang, sensitiviti terhadap kepentingan ilmu hilang, beginilah jadinya ummat Islam, hanyut, kerana apa keadaan ini terjadi?...tepuk dada tanya iman, ana jawab, kerana Islam tidak ditonjolkan dengan sepatutnya oleh pihak yang bertanggungjawab, malah ada yang mahu tonjol, disekat2 pula, alasannya demi perpaduan kaum, ah, demi perpaduan kaum?..Islam itu tidak menjaga kepentingan kaumkah?. Bila ada yang mahu melaksanakan syariat Islam, juga disekat, alasannya tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia yang berbilang kaum, adakah ini menidakkan kekuasaan Allah yang menciptakan seluruh bangsa manusia ini? bukankah semuanya pun makhluk Allah? adakah ini bermakna kita mengatakan Allah telah menciptakan satu undang2 yang tidak sesuai dengan makhluk ciptaanNya sendiri?...sudahlah, jika begini gayanya 'pencinta' Allah, maka memang patutlah keadaan menjadi seperti sekarang, di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

Maksud firman Allah SWT :

" Hai orang2 yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan(petunjuk yang dapat membezakan antara yang haq dan batil) "
al Anfal : 29

Sama2 kita muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan manusia yang benar2 mencintai Allah, ataupun sekadar mencintai kalimah Allah itu, tidak usahlah lagi menipu tuhan. Jika kita benar2 mencintaiNya berusahalah semampu mungkin dalam menuruti setiap tuntutannya, agar suatu hari kita sama2 mampu mengungkap kata " aku sayang Allah " tanpa rasa bersalah, malu dan segan, wallahu'alam...ana undur dulu.

Maksud firman Allah SWT :
" Hai orang2 yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "
al Hadid : 28

Allah Milik Siapa?

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
"..lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukKu, ia tidak akan sesat (di dunia) dan tidak akan celaka (di akhirat). Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta."
Thaha : 123-124

Kehadrat tuhan yang Maha Besar, Maha Kuasa, Allah Robbul 'Alamin, panjatkan segala puji dan syukur serta tunduklah serendah rendahnya pada suruhan pencipta yang menciptakan. Buat baginda insan mulia, jangan dilupa selawat dan salam, menunjuk cinta menghampar rasa buat sosok agung Muhammad Rasulullah.

Pertamanya ana ingin menjawab tajuk artikel, Allah bukan milik siapa2, bahkan Allah jualah yang memiliki segalanya :). Puas menyoroti isu2 yang berlaku akhir2 ini, ana terpanggil untuk berkongsi pandangan, bukan mahu berdebat siapa benar siapa salah, sekadar melontar pandangan buat penjernihan, semoga Allah mempermudahkan. Kini kita dipanaskan oleh satu isu yang sememangnya layak utk dipanaskan, terutamanya di bumi Malaysia ini, ianya suatu isu yang benar2 menyentuh sensitiviti, usah kita sebut di Indonesia atau Arab sana, mereka sudah lali dgn ini semua.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! "
al Zukhruf : 87-88

Melihat kepada hal yang sama tapi dari sudut yang berbeza, maka ana lebih cenderung utk mengiakan akan pandangan yang mengharuskan nama Allah diguna pakai oleh non muslim sekalipun, tidaklah ana berlogika dengan akal semata, tetapi ia disandarkan kepada nas dan sirah, namun dalam masa yang sama ana tidak menolak pendapat dan pihak2 yang menentang penggunaan nama Allah ini untuk non muslim kerana mereka juga punya hujah, cuma kecenderungan ana adalah untuk mengambil pandangan mengharuskan. Isu ini sememangnya isu akidah, akan tetapi dalam ilmu akidah jua masih ada perkara pokok dan rantingnya. Isu penggunaan nama Allah ini bukan sesuatu yang pokok, dan ia masih dibenarkan utk berselisih dan berlainan pendapat, yang mengatakan non muslim tidak boleh menggunakkan nama Allah tidak boleh mengkafirkan pihak yang mengatakan boleh, begitu juga sebaliknya.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad):“Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) "
al Ankabut : 63

Jika dilihat dengan lebih halus, sekiranya ia diharamkan terus utk penggunaan non muslim, apabila non muslim itu mengatakan Allah sesuai dgn sifatnya, sebagai contoh ia berkata " Allah yang menciptakan manusia dan seluruh makhluk "...apakah kita sebagai muslim akan berkata " Tidak, bukan Allah...kamu tidak boleh menyebutnya "...adakah begitu?...Dalam tak sedar kita menafikan juga Allah sesuai dengan sifatnya...bagaimana ini?. Bagi ana, selagi mana Allah diletakkan sesuai ditempatnya, tidak perlu kita menghalang, bahkan berdoa dan berusahalah semoga sinar lailahaillallah menyinari hati2 kaum kuffar.

Allah bukan milik siapa2, kenapa mahu merebut apa yang bukan milik kita, bahkan Allah jualah yang memiliki segalanya. Namun, oleh kerana ana tidak boleh mengambil enteng terhadap isu sensitiviti setempat atau 'uruf ini, maka sekiranya pihak yang menuntut mahu menggunakan nama Allah itu mempunyai niat dan agenda tersembunyi, pastinya ana akan berada di barisan yang menentang, jika tidak pun ana akan berpendapat mengharuskan penggunaannya tetapi perlu diletakkan syarat2 yang tertentu dan pemantauan yang ketat. Sesuai dengan keadaan kita di Malaysia, sekiranya ia bakal mencetus satu keadaan yang membawa kemudharatan dan mafsadah yang lebih besar dari kemaslahatan, kaedah saddul zara'i dan mashalih mursalah pastinya amat perlu diteliti dan terpakai utk isu ini. Itu prinsip fiqh yang perlu di ambil kira, kita perlu menimbang tara dengan kembali kepada al Quran dan as Sunnah, serta berpandukan akal yang ilmiah, bukan sekadar beremosi dgn semangat semata, ia tidak akan membawa kita kemana mana, malah menjerumuskan Islam kepada satu sudut dan terhimpit dek kerana emosi dan ego sendiri.

Rekod al Imam Muslim dalam sahihnya berkenaan perjanjian Hudaibiah antara Rasulullah SAW dan puak Quraisy :
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. (*Dalam riwayat al Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah)
Dalam hal ini juga, kita berjuang, ada yang mahu menentang dan ada yang mahu membenarkan, tetapi ingin ana membawa QURRA' sekalian berfikir sejenak, polemik dan isu sebegini sering timbul, bahkan bermacam macam lagi isu yang perlu diambil kira,tidakkah kita terfikir, yang semua ini datangnya kerna kita terlalu mengagungkan sistem barat, mengangkat liberalisme sebagai idola, kononnya demi kemajuan, kemajuan apa ini?...setakat bangunan tinggi2 sudah mahu berbangga punyai tamadun yang hebat?...Inilah kesannya, pabila Islam yang sebenar dipinggirkan.

Pabila ditanya oleh salah seorang anak usrah akan pendapat ana mengenai isu ini, ana menjawab, sebelum dikupas isu ini lebih dalam dan teliti, cuba fikirkan, jika Islam yang sebenar dapat dipacu di bumi Malaysia tercinta ini, syariat Islam diperjelas dan dijalankan, aqidah islam ditulenkan, muamalah disucikan, menerapkan kefahaman sebenar kepada setiap dari rakyat, tidak kira muslim atau non muslim seperti di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu, tidak kiralah apa pun yang mahu dilakukan kuffar dan musyrikin, mahu guna nama Allah atau apa pun, kita sebagai muslim pasti akan tegar dengan pegangan, kerana apa?...kerana pabila kefahaman itu sampai dengan tapak aqidah yang sohih dan kukuh, maka yang batil tidak akan mampu membenamkan yang haq!...mana mungkin seorang yang punyai tapak aqidah yang kukuh tidak bisa membezakan tuhan yang satu dan tuhan yang tiga?

Imam al Ghazali pernah menyebut di dalam kitabnya, al Iqtishad fi al I’tiqad, bahawa perkaitan antara kekuasaan dan agama, iaitu," ad diinu ussun wa as sulthaanu haris. Wa maa laa ussa lahu fa mahdumun wa maa laa harisa lahu fa dhaa`i’ " (Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang). Disini dapatlah kita lihat betapa kekuasaan dan agama bertaut rapat, sekiranya diperhatikan pada hari ini, penguasa yang ada sama sekali tidak menegakkan agama Islam sesuai dengan kedudukannya yang sebenar, maka inilah yang menjadikan semakin hari Malaysia khususnya dan dunia amnya semakin goyang dan ampuh.

Maksud firman Allah SWT :

" Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah membuat mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "

ar Ruum : 41

Inilah persoalan kita sekarang, bersikap reaktif pabila munculnya sesuatu isu, namun lupa untuk menyelami apa permasalahan sebenar yang menjadi punca kepada semua ini. Bagi ana, inilah akibatnya pabila Islam yang sebenar disekat dan Islam acuan yang diangkat, penguasa sekarang sedang membentuk Islam mengikut acuannya, bukan menjadikan Islam sebagai acuan sebuah pemerintahan, ada saja isu mulalah ramai yang bertempik dan berkokok, tapi lupa diri sendiri yang mencetuskan. Setiap kali dihimpit dan ditekan, penyakit menunding jari muncul kembali, nampak silap pihak lain sahaja, lupa yang diri sendiri tiada usahanya, Semoga Allah mengurniakan hidayah buat semua...wallahu'alam...ana undur dulu.

ps : Janganlah cepat berpuas hati dan mengangap apa yang ada hari ini sudah cukup, lihatlah bagaimana ummat Islam sekarang, banyaknya hanya seperti buih2 di lautan, ana cadangkan cubalah hayati lirik lagu Maher Zain - Awaken, benar2 terkena atas perlakuan ummat Islam kini...